Showing posts with label cepat di masak. Show all posts

RESEPI AYAM MASAK HALIA VERSI CAMPAK MENCAMPAK

RESEPI AYAM MASAK HALIA VERSI CAMPAK MENCAMPAK. Aku memang suka sangat la masak masakan yang versi mencampak, tercampak & di campak bagai ni. Senang tak payah nak fikir berat berat sangat. Nak2 lagi sekarang ni laki den memang taknak makan pedas langsung walau kadang2 nampak dia macam teringin je nak makan masakan pedas tapi sebab gastrik yang di alami lambat sangat nak hilang dia rela korbankan selera pedas. Jadi den sebagai selaku bini Solehah ni kesian pulak nak masak pedas2. Lagi malas nak masak banyak jenis makan. Masak menu yang dua2 boleh makan, settle. Nak pedas kang gigit la cili api tu.. Biar berpijau lidah katanya. hahaha


Jadi antara menu tak pedas langsung malah hujung ekor cili pun tak ada.. Adalah Ayam Masak Halia. Sebenarnya tercetus idea nak masak ayam masak halia ni sebab aku malas nak pergi kedai jadi aku tengok apa je yang ada dalam rumah. So, bahan bahan yang nak masak halia ni memang dah ada dalam rumah maka operasi berketung ketang kat dapur pun bermula..

Antara bahan nak masak Ayam Masak Halia ni

Ayam
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Sos Tiram
Sos Ikan
Carrot
Straw mushroom (yang ni tak wajib. Aku masukkan sebab memang ada kat rumah)
Tepung jagung
Daun bawang.
Kuib pati ayam (tak wajib)

Cara nak masak jangan risau.. Cukup mudah.

Mula2 potong ayam kecik2. Gaul dengan garam & kunyit & goreng dulu. Lepas angkat la kang hangus tak pepasal jadi ayam mati terbakar pulak.
Potong bawang putih, halia secara memanjang. Bawang besar potong bulat. Carrot potong dadu. Tepung jagung bancuh dengan air. Daun bawang potong panjang panjang. kalau ada mushrom tak kisah la straw mushroom ke hapa mushroom pun potong la sikit. Dah siap semua. Panaskan minyak tumis bawang putih & halia.. Agak dah naik bau masukkan carrot. Lepas tu masukkan sos tiram & sos ikan & serbuk perasa (@ kiub pati ayam kalau ada. Masukkan ayam & masukkan tepung jagung yang siap di bancuh tadi. Gaul sebati & biar masak sekejab kemudian masukkan straw mushroom & bawang besar. Kalau kurang masin boleh tambah garam. Dah masak masukkan daun bawang gaul sebati & hidangkan.

Siaplah Ayam Masak Halia Versi campak mencampak katanya. Potong campak jer. Susah ke? Mana ada susah, kan? Tapi boleh di jadikan menu untuk tetamu tau.

Nampak sedap & rasa sedap katanya. Ok Ok.. aku puji diri sendiri.

Masak simple macam ni pun sebenarnya dah sedap. Nak tau kena cuba la ye dak.

Moral of the story.. Masak sebenarnya bukan benda yang susah tapi yang jadi susah bila mood tak rajin je. Kalau mood tak rajin jangankan nak masak nak suap nasi dalam mulut pun rasa macam angkat balak je. Hahahaha

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS. Musim el nino ni serius boleh kurus aku. Sebabnya selera makan semakin drop.. tengok nasi pun tak ada nafsu. Asyik minum air je. Almaklum la panas.. Nak makan berat berat sangat tak berapa best. Aku lebih suka makan simple2. Bila dah semakin hilang selera terhadap nasi ni otak mula la ligat nak cari menu yang boleh menaikkan nafsu serakah.


Spaghetti kari ni pun terilham sebab tak tau nak makan apa. Mula2 nak masak megi kari je tapi tetiba mata terpandang pasta san rimo pulak. Sepintas lalu idea datang buat spaghetti kari. Check apa bahan mentah yang ada.. mulakan operasi dengan apa adanya kat dalam rumah je. Malas dah nak turun bawah pergi kedai.

Bahan - bahan yang mempunyai potensi untuk masak spaghetti kari aku adalah...

1.Spaghetti (aku guna jenama san rimo)
2. Rempah kari daging
3. Serbuk cili
4. bawang besar
5. bawang putih
6. halia
7. daun kari
8. bunga lawang
9. kulit kayu manis
10. buah pelaga
11. kobis
12. sosej
13. ayam
14. Minyak masak untuk menumis
15. kuib pati ayam (ni tak wajib)

Untuk hiasan : Daun bawang & telur rebus

Cara aku buat spaghetti kari ni memang simple sangat. Budak darjah 6 pun boleh masak..

1. Mula2 bancuh serbuk rempah kari & serbuk cili buat macam pes tu.

2. potong bawang besar, bawang putih & halia.

3. potong la ayam, sosej & sayur kobis lepas tu cuci.

4. panaskan minyak masak.. tumis bawang besar, bawang putih,halia,bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga & daun kari sampai naik bau.

5. Lepas dah naik bau sampai naik muak korang bau.. masukkan rempah kari & serbuk cili yang korang buat pes tadi. Masukkan sekali kiub pati ayam.

6. masak sehingga pecah minyak.. untuk pastikan nanti tak ada rasa rempah kari tak masak.
dah pecah minyak rempah korang.. masukkan ayam. kalau rempah tu kering sangat tambah air sikit. Biar masak sekejab

7. Agak2 ayam dah masak masuk la sosej & sayur kobis. Kalau pekat sangat tambah sikit air tapi jangan sampai cair sangat. Sebab nak kena pastikan kuah tu sedang2 je. Tak cair atau pekat sangat. Sebab konsep nak makan spaghetti ni kuah dia memang tak macam makan mee kari. Agak2 rasa kuah dia boleh sebati dengan spaghetti macam kita makan spaghetti bolognese tu..

8. Masak sekejab sampai korang rasa semua bahan dalam tu dah masak dengan sempurna. tutup la api. jangan bazir gas, ok!

9. Jangan lupa rebus spaghetti sampai lembut. Dah siap semua boleh tuangkan kuah kari kat atas spaghetti. Hiaskan dengan hirisan daun bawang & telur rebus.

Ni hasil dari kemerapuan aku di dapur takhkala lapar. Rasa bagi aku menepati piawaian tekak aku.

Aku memang tak guna santan sebab aku tak suka sangat rasa lemak santan tu. Actually aku bukan peminat mee kari sebab rasa berlemak sangat. Sebab tu resepi spaghetti kari aku tak guna santan. Kalau korang nak masukkan santan pun boleh. Suka hati la tekak memasing. Bahan2 lain tu kalau nak tambah pun boleh. Nak masuk daging ke, udang ke hapa korang punya pasal la. Kalau rasa selera korang tahap pelahap semua benda nak makan.. campak je. hahahaha

Harap orang itali tak menangis la dengan makanan dorang aku dah karikan macam ni. Almaklum la selera aku ni mix katanya. itali+melayu. Bertabahlah aku akan mencipta berbagai lagi resepi dengan spaghetti lepas ni sebagai penganti mee kuning. hahahaha. Tapi apa lah sangat spaghetti kari..

Moral of the story.. Kalau nak hantaran RM15K sila belajar masak dari sekarang. Almaklum la.. calon2 menantu pilihan selalu ada dalam list mesti pandai masak katanya. Tak kira la lelaki ke perempuan. Jangan nanti ada kena tumbuk sebab tak pandai masak. Ok gua chow dulu beb sebelum kena belasah... hahahhaa

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com