Showing posts with label di jual. Show all posts

KUIH BAHULU BENTUK KEMALUAN LELAKI

KUIH BAHULU BENTUK KEMALUAN LELAKI. Zaman GST berleluasa.. barang keperluan jadi mahal.. kos sara hidup semakin tinggi sedangkan pendapatan statik macam tu tak naik naik mula manusia terpaksa menggunakan kreativiti untuk hidup. Orang meniaga sekarang pun banyak saingan jadi terpaksa buat kelainan la terhadap produk jualan mereka. Baru2 ni Viral Nasi lemak spiderman.. Penjual nasi lemak tu terpaksa ber custom spiderman sambil jual nasi lemak bagi menarik pelanggan. Dulu mana ada orang buat semua ni..


Pakai custom spiderman tu ok la.. Orang kata attractive jugak. Kita tengok pun mesti tertarik nak dekat. Bila dah dekat takkan kau nak ajak dia selfie camtu jer. Mesti la kau beli kurang2 sebungkus nasi lemak dia ye dak.. So startegi dia di kira berjaya la. Kalau nasi lemak dia sedap.. 1 bonus orang akan datang beli lagi. Tapi atas desakkan nak melariskan jualan ada jugak manusia bertindak di luar batas ke'malu'an katanya.

Kreatif tu memang kreatif tapi ni kategori tak senonoh sangat jual bahulu bentuk kemaluan lelaki. Mak Aaiii... Kalau aku la memang tak beli la. Apatah lagi nak selfie macam akak tu. Malu kot beb! Mau sorok muka dalam spender kalau gambar aku selfie dengan bahulu macam ni jadi viral. Tak jadi viral pun malu dengan laki sendiri kot even dah jadi laki bini pun. Malu tetap malu.

Macam mana la depa dapat idea macam ni. Semalam terbaca kat whatsapp katanya satu kedai kat Jonker walk melaka jual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di arahkan menghentikan operasi jualan. Tak tau la.. mungkin bahulu ni ada kaitan dengan kes kat Jonker walk tu. Kadang2 Viral ni pun boleh silap fakta, Roti di katakan bahulu. Apapun point dia bentuk kemaluan tu. hahahha.. Rupanya jadi satu kesalahan yer jual makanan dengan bentuk2 kemaluan ni. Elok la.. Nama pun negara Islam ye dak? Sepatutnya benda2 macam ni tak boleh di biarkan berleluasa.

Caption Giler Kentang Ni Memang Gila la hahaha

Terdesak macam mana pun tak perlu la berperangai jijik sangat yang boleh menyebabkan hilang ke'malu'an di khalayak ramai. Aku jangankan bahulu kemaluan ni.. Ada satu Ice cream dok tengah popular sekarang. orang rajin upload kalau makan.. warna kuning atas dia letak macam coklat.. bawah dia melengkung macam kaki payung. Bentuk dia bagi aku macam memalukan.. Insya Allah sedap macam mana pun aku takkan beli. Aku malu kot nak pegang & makan di khalayak ramai.. tengok blogger lain elok je dok upload gambar dengan ice cream tu. Maybe.. depa punya pemikiran tak sensitif sangat kot macam aku. hahahahaha


Moral of the story.. Berpada pada la nak meraih jualan. Buat apapun malu tu kena ada. Bila hilang malu maka maruah kita pun orang pijak pijak jer.

BANGLO BERHANTU RM50 KINI JADI PUSAT ASUHAN KANAK KANAK

banglo yang terkenal dengan kisah seram sekumpulan budak Universiti yang pernah menyewa kat situ dengan sewa yang sangat murah iatu RM50 berakhir dengan trajedi seram & dari cerita yang tersebar & kesahihannya tak pasti.. ada yang mati dalam kejadian malam pertama depa tinggal kat situ. Alahai.. nak cerita panjang2 rasa ramai dah tahu kot cerita pasal banglo berhantu RM50 kat shah alam tu kalau tak tau sila guna khidmat bomoh google yer...

Wajah seram sebelum di touch up cecantik. (sumber google)

Terbaca kat Blog Hisyamuddin katanya sekarang dah di jual kepada seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Sekarang dah tak menyeramkan & usang lagi. Segala gambaran2 misteri & mistik yang di lihat kat rumah tu pun dah di bersihkan.. di cat.. di renovate cecantik.. (boleh tengok kat blog shakiddo.com untuk lihat wajah baru banglo berhantu RM50 ni) Hantu2 yang katanya pernah ada kat situ je aku tak sure dah pindah ke belum. Maybe dah kena halau la kot.. lama tinggal kat situ tak bayar sewa, orang sewa dia menyakat.

Bagus jugak la banglo tu di beli & renovate semula.. Tempat2 yang terkenal dengan kisah seram & mistik ni selalunya jadi port kaki2 khurafat & syirik selain geng2 paranormal yang gigih cari hantu. Aku pernah la jugak lalu jalan berhampiran banglo tu dulu.. tapi masa aku lalu kat situ dok lagu tu lagi.. Baru lagi kot di bersihkan & di cantikkan.

Hope selepas di jadikan pusat untuk pelajar luar negara tu berkumpul kisah mistik & seram yang pernah di kaitkan dengan banglo tu pun tak ada lagi lepas ni. Jin & syaitan pun makhluk Alllah.. depa pun ada kelemahan so tak mustahil boleh di usir dari penempatan manusia. Jadi.. kisah hantu di banglo RM50 kini hanya tinggal kenangan...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com