Showing posts with label Zulfikar. Show all posts

NOSTALGIA ZULFIKAR & AISPOP TAK DAPAT DI PISAHKAN

Mau senyum Nyah Zulfikar pemilik blog rasa hati bila tajuk entri sang lekit ni CAPLOCKS nama dia dia tu. Bagi yang masih tak kenal dengan Zulfikar pemilik blog rasa hati ni boleh la berkenal - kenalan dengan beliau selepas habis membaca entri sang lekit ni tau.

Dia ada kawan baik,kawan nakal & kawan sepegurauan sang lekit kat dunia blog ni. Sang lekit memang suka dengan blog dia & entri2 dia lebih - lebih lagi entri bertemakan pendapat, teguran & tentu sekali entri nostalgia dia yang sangat - sangat menggelikan ketiak bila baca. Memang bagi sang lekit Zulfikar & blognya Rasa Hati ada potensi untuk berjaya dalam dunia blog. Selain pendapat & pandangan yang telus, jujur & ikhlas tanpa ada rasa gigil, tampil dengan berani berkata2 dalam blog, penulisan & jalan cerita yang di tulis kat entri dia memang menarik. Bagi sang lekit dia adalah salah seorang sifu  yang sentiasa menjadi rujukan sang lekit. Tak kisah la blog dia lebih muda dari blog sang lekit. Janji kalau dia ada ilmu, maka sang lekit suka menempel tumpang belajar.

Ni la rupa aispop yang dah beku kalau korang tak pernah tengok

Apa yang sang lekit perasan tentang entri - entri nostalgia Zulfikar ni mesti ada cerita aispop. Memang kanak - kanak dulu memang sangat - sangat kenal dengan aispop ni. Selain mudah, murah & berwarna - warni rasanya juga sedap tapi tak sesedap padel pop la. Budak - budak dulu bukan hari2 boleh dapat padle pop kan. Aispop ni penghilang dahaga bila petang2 main tengah padang, or main kejar - kejar sampai berpeluh segala celah yang ada. Duit lebih 20sen belanja sekolah tu mampu beli aispop yang waktu tu harga 10sen jer. Dah tu boleh patah dua guna lutut kasi kat adik, kakak atau abang separuh. Tapi bila dah beku la. Kalau yang cair pun ada juga. Cuma tak boleh patah dua. Kena gigit kat kepala dia yang macam kunci tu pastu sedut dalam masa kurang dari 5 minit. kekekekekekeke

Ni lak aispop cair

Memang kalau baca entri nostalgia Zulfikar ni akan buat sang lekit senyum balik bila teringat zaman kanak - kanak rebina dulu. Sebab banyak benda yang di bangkitkan buat kita teringat.. "Aku dulu pun tak terkecuali perangai macam tu juga." Aku dulu pun suka makan benda tu." Aku dulu pun main benda yang sama. aku dulu pun.. bla.. bla.. bla.." Apapun Aispop & Entri nostalgia di blog rasa hati memang tak dapat di pisahkan. Kan Nyah?? Agaknya dekat 1 kilang dah ko makan aispop tu masa kecik - kecik kan?? Patut pengeluar Aispop pun ni bagi penghargaan kat ko Nyah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com