ORANG YANG BAIK TAK AKTIF DI LAMAN SOSIAL
Zaman orang bercakap melalui keyboard ni dah takde perkara betul boleh di buat kalau ikut pandangan manusia. Semua akan jadi salah.. tak kira la benda tu baik apa lagi yang buruk. Contohnya..
Sumber Google
Tulis pasal isu semasa
tak baik mengumpat
tulis pasal hiburan
Dosa.. sebab melalaikan umat
tulis pasal agama
Kau bukan orang yang layak cakap semua tu sebab kau tak sempurna
Tulis pasal resepi masakan
Tak baik.. mungkin ada orang kat luar sana kelaparan
Tulis pasal kau
Bagus! memberi manafaat pada semua. Sebab kau je yang bagus kat alam maya ni
Sumber google
P/S : Jangan rasa tulis pasal diri sendiri semua tu menyumbang pahala sangat.. jiran jemur spender kat luar pun kau canang satu alam maya, Makcik kaki mengumpat ajak kau mengumpat kau tak suka kau mengumpat dia balik kat FB. Kau rasa macam kau menegur tapi sebenarnya kau jugak mengumpat. So, Sama2 la kita perbaiki diri. Aku pun sama.. memang serba serbi tak baik lagi.
*Apa aku tulis aku tak kata aku tak buat.. apa aku tulis adalah apa yang kebanyakkan kita semua buat, jadi marilah kita terasa beramai ramai*