Showing posts with label kisah peribadi. Show all posts

PERHITUNGAN ANTARA IBU & ANAK DALAM KANDUNGAN

Baby yang masih tak bernama.. masih belum menjenguk dunia & masih belum tengok wajah mummy & papa. Sekarang mummy nak buat perhitungan dengan kamu yer Baby. Kamu pilih siapa? Mummy atau papa?? Kamu hanya boleh pilh satu antara dua. Walau masih dalam perut mummy tapi kamu harus belajar membuat pilihan yang penting dalam hidup kamu mulai sekarang.

carian google

Apa dah gila sang lekit ugut baby dalam perut macam tu?? Pilihan apa ni?? Apa yang berlaku antara sang lekit & en hubby sehingga menjadikan anak yang belum lahir sebagai mangsa? Mesti korang nak tau kan?? Sebenarnya secara kebetulan (dengan kuasa Tuhan juga) Baby dalam perut sang lekit ni sangat bertuah sebabnya kalau ikutkan due date bersalin sang lekit 9.9.2011 iatu pada bulan Islamnya jatuh pada bulan syawal. Apa bertuahnya baby sang lekit ni??

Mengikut dari pembacaan sang lekit tak mustahil ibu yang mengandung boleh melahirkan anak pada masa yang lebih awal dari masa yang di jangka atau lewat dari tarikh jangkaan. Ini bermakna baby sang lekit ada dua pilihan yang sangat - sangat bertuah. Kalau dia lahir awal dari tarikh jangkaan maka dia akan jadi anak mummy.. sebabnya sang lekit lahir pada bulan ogos (28 Ogos) & kalau seperti tarikh jangkaan iatu 9.9.2011 yang jatuh pada bulan syawal (mengikut kalendar Islam maka dia akan jadi anak papa sebab papa dia pun lahir pada bulan syawal walau mengikut kalendar mat saleh si papa lahir pada 28 Mei.

Semuanya secara kebetulan terjadi sebab kitorang tak mengamalkan sebarang perancang keluarga. Tak kira awal atau lewat si baby lahir dia tetap akan mencipta sejarah samada jadi geng papa atau geng mummy. Kalau jadi geng mummy jadi anak merdeka, kalau geng papa jadi anak syawal. Jadi apa nama yang sesuai korang rasa untuk anak sang lekit ni?? Boy or girl belum tahu sebab kitorang tunggu sampai lahir untuk tahu jantina. Jadi korang boleh la cadangkan dua nama (lelaki & perempuan) yang sedap, baik maknanya & senang di sebut.

FAKTA KARUT DARI ORANG BERLAGAK PAKAR

Nak ambil peduli setiap kata - kata dari orang harus di tapis dulu baik & buruknya. Kata - kata berunsur nasihat, semangat & yang membawa kearah kecermelangan hidup tu takpe la kita nak ambil pusing pun tapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa & kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja.

Teringat sang lekit dari zaman remaja sampai la bertukar status menjadi bini & bakal mak orang ni. Kata - kata yang sang lekit tak boleh lupa adalah berkenaan dengan fizikal yang sang lekit yang kecik kementot. Macam - macam pertikaian & ramalan berunsurkan mitos dari orang lain. Dulu sebelum kawen.. Masa tu sekolah lagi. Seorang pakcik yang sang lekit tak kenal pernah cakap.. Orang kecik ni susah dapat jodoh. Macam la jodoh tu dah tertakluk pada orang yang berfizikal sempurna jer, kan?? Lepas tu ada juga sedara mara yang cakap.. Kau ni kecik sangat macam la nak kawen nanti. Macam mana orang lain kawen, macam tu la jugak sang lekit kawen. Apa bezanya.. walau fizikal ku tak selampai orang lain kan?? Lepas tu ada lagi yang kata.. kalau kawen ni susah nak dapat anak sebab kau kecik sangat. Sekarang dah 8 bulan.. Takde apa yang mustahil. Dari mana dia dapat fakta orang kecik susah nak dapat anak pun tak tahu la. Ada juga yang lancang mempertikaikan.. macam mana nak layan suami sebab kecik sangat. Harap faham la layanan yang di maksudkan sipolan tu.

Mangsa keadaan. Gambar sebenar bukan sekadar hiasan. kekekeke

Kenapa mesti ada pendapat, pandangan & pertikaian macam ni pada golongan bertubuh kecik macam sang lekit?? Sang lekit pun kadang - kadang tak faham. Apakah fizikal kecik ni di pertikaiankan dari segi kemampuan?? Setiap manusia yang lahir ada kekurangan & kelebihannya sendiri. Selagi Tuhan tidak berkata itu mustahil.. Maka takde apa yang mustahil. Orang yang di sahkan mandul pun kalau Allah nak bagi dia rezeki, dia juga tak mustahil boleh dapat zuriat sendiri. Siapa kita untuk pertikaikan kuasa Tuhan.

Dulu yer.. pernah sang lekit rasa macam orang cacat pula bila di sembur dengan kata - kata macam ni tapi kedewasaan tu buat sang lekit berfikir kearah yang lebih positif. Mak pun kecik.. Boleh jer lahirkan 7 orang anak walau akak sulung sang lekit meninggal dunia masa di lahirkan. Apa yang membuktikan cakap2 orang macam tu adalah benar?? Takde bukti pun.

Jadi tak perlu kita rasa rendah diri (walau kurang tinggi) dengan kata - kata yang berunsur penghinaan tak berasas macam tu. Terima diri kita seadanya, Insyaallah kita akan di terima. Pada orang - orang yang berlagak pakar meramal kemampuan orang lain tu renung2kanlah diri sendiri. Apakah kamu sesempurna manusia yang ada di bumi Tuhan ni?? Jangan melemahkan orang lain dengan fakta karut korang tu.

P/S : Alhamdulillah dapat pasangan yang tak kementot.. Tu memang impian sang lekit. Cukup la diri kementot,harap tak dapat hubby yang kementot juga. Sudah jodoh ku bersama si mata kucing berbulu mata lentik itu. Kekekekekeke

 Pakai kasut 5 inci pun belum tentu berdiri sama tinggi ni.

SENTAP DENGAN BLOG SAFURA.ONLINE.DIARY

rara.. akak terasa hati tau bila baca entri kamu. Sungguh akak sentap gila. Sampai hati rara, kan??

Ni la muka orang yang bertanggungjawab dalam hal ni

Mesti rara pelik kenapa tiba - tiba akak lekit ni sentap dengan entri - entri yang di tulis dalam blog rara, kan?? Tu la lain kali hati - hati... Jangan sampai ada yang terasa hati. Rara jangan la panik sangat ok... Sebenarnya rara tak salah apa - apa pun. Tu semua gimik jer.. Lagipun sejak dua menjak ni Rara cuma banyak tulis pasal persiapan rara nak jadi raja sehari je. Tapi sebab tu la akak touching tau tak??

Sang lekit touching bukan apa.. Bila teringat kahwin, secara automatik akan ingat arwah Ayah. Ayah pergi di saat - saat sang lekit nak kawen. Tak sempat pun dia tengok anak dara dia buat kali pertama dalam wajah seorang pengantin. Tak sempat pun dia menjadi wali buat pertama kali untuk anak perempuannya. Dan sekarang apa yang paling buat hati sang lekit tersentuh adalah anak dalam kandungan ni. Tak sempat pun arwah ayah nak timang cucu. Arwah Ayah tak sempat merasa menjadi mertua, menjadi datuk...

Bila orang asyik ramalkan anak dalam kandungan sang lekit ni lelaki.. Makin tersentuh hati. Arwah ayah memang sangat2 inginkan zuriat lelaki sebab anak - anak ayah semuanya perempuan. Kalau ayah ada tentu dia happy.. Lebih - lebih lagi kalau cucu dia lelaki. Tapi Sang lekit pasti dia tetap happy walau cucu dia lahir seorang perempuan pun. Sebab sang lekit tahu Ayah teringin sangat nak ada menantu & cucu sendiri. Selama hidupnya.. Ayah hanya sempat menumpang gelaran Tok Wan dari cucu saudara (anak abang sepupu yang sangat rapat dengan family sang lekit). Macam tu jugak mak.. Tapi mak lebih bernasib baik. Insyaallah mak sempat juga merasa semua ni.

Rindu sangat kat arwah Ayah.. Kalau ayah masih ada mesti tiap - tiap bulan dia datang dengan mak jenguk sang lekit kat sini. Lebih - lebih bila sang lekit tengah sarat mengandung macam sekarang. Mesti macam - macam dia nak beli untuk baby.. Sebab dulu pun macam - macam dia beli untuk anak abang sepupu. Asal keluar jer.. Mulut dia tak pernah lupa beli apa - apa untuk cucu - cucu sedara kesayangannya tu.

Takde kata sang lekit nak gambarkan betapa sang lekit sangat - sangat rindukan ayah. Setiap kali menulis pasal Ayah.. Mesti menangis. Moga Ayah tenang & bahagia disana. Walau Ayah takde lagi di dunia ni tapi tetap hidup dalam ingatan anak ayah sampai akhir hayat.

MAKAN SEPINGGAN DALAM USIA EMAS

 Hari ni hari check up kandungan sang lekit. Alhamdulillah.. dah cecah 7 bulan setengah tanpa ada sebarang masalah. Yang best hari ni takde enjit2 semut (sebarang suntikan). Takde ambil darah cuma urine test saja. 2 minggu lagi kena pergi check up & ada satu lagi suntikan. Misi yang check up sang lekit hari ni Misi Noormawati. Tahniah.. misi Noormawati juga baik & peramah. Mungkin sebab dia pun pregnant jadi dia lebih memahami emosi ibu mengandung.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Cerita pasal check up tu macam biasa la.. Takde yang menarik sangat selain tak kena hadap apa2 jarum suntikkan. Ni cerita masa makan tengahari kat kantin klinik tadi. Alkisahnya sepasang warga emas ni umur mungkin dah cecah 60 keatas la. Si suami nampak sihat cuma si isteri je nampak uzur. Sang Lekit ada nampak kat klinik si suami ni temankan isteri dia untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam usia emas, kudrat pun nampak semakin kurang, kagum sang lekit dengan pakcik ni yang setia temankan isteri. Dorang berdua jer.. takde anak atau sedara mara yang temankan.


KEDAH VS KL. BUKAN TAK SEDAR DIRI

Mula - mula nak guna tajuk entri ni sebagai Kedah Murtad tapi sang lekit search dulu maksud perkataan murtad. Bukan tak tahu murtad tu apa.. Cuma nak pastikan samada ada sesuai atau tak di gunakan. Rasanya tak berapa sesuai jadi tak jadi la guna. Tak mahu jadi pertikaian nanti mengelirukan orang lain semata - mata nak bergimik dengan tajuk entri, kan??

Apa kisah lupa diri ni? Mungkin ada yang tahu & mungkin juga ada yang tak tahu yang sang lekit di lahirkan, di besarkan & di sekolahkan di kedah darulaman. Disitulah kampung halaman ku sampai sekarang. Cuma sejak 6 tahun ni sang lekit menghuni disini.(Selangor/KL). Dari segi loghat/Slang memang la berbeza. Semua pun sedia maklum tapi sang lekit jarang pula berinteraksi dalam loghat kedah kat sini. Banyak sebab.. Antaranya :


Sang lekit bersuamikan orang KL. En Hubby ni tak berapa faham sangat loghat kedah walau dia kadang boleh la mengajuk sikit - sikit. Jadi untuk tidak menyusahkan komunikasi antara kami, jadi sang lekit yang dah biasa bertutur dalam slang sini menggunakan slang tu sebagai slang rasmi kitorang berinteraksi. Teringat masa baru2 kawen dulu.. Masa bawak en hubby ke rumah sedara (kat kedah) ada sorang nenek sedara sebelah arwah ayah ni. Peramah orangnya.. bercerita tu ini.. En Hubby tekun je dengar tapi dari air muka dia sang lekit faham dia cuba meneliti & memahami setiap perkataan yang di cakap nenek sedara ni walau sebenarnya dia tak faham sangat. Lucu pun ada. Tapi selalunya sang lekit la jadi penterjermah kepada perkataan2 yang dia tak faham.


KEJAR DENGAN PENYAPU. KAU BERANI NGORAT AKU??

Kisah ni sang lekit kategorikan kan sebagai kali pertama la.. sebab yang terpahat dalam ingatan sang lekit cuma kisah tu jer.. Yang lain - lain sebelum tu samar - samar & tak pasti. Korang pun mesti ada kisah kali pertama di ngorat oleh sang jejaka kan?? Di sebabkan tiba - tiba ingatan tu terjerumus kepada kisah tersebut maka sang lekit nak kongsikan la sebagai santai - santai hari minggu.

Kisahnya bila sang lekit dapat peluang menyertai satu kem UPSR kat salah sebuah sekolah ni. Kem ni di sertai ramai pelajar dari macam - macam sekolah. Tak ingat pula berapa buah sekolah & peserta yang terlibat tapi memang agak ramai juga. Pelajar2 di tempatkan di sebuah sekolah menegah berasrama. Kem ni di adakan masa cuti sekolah. Tak ingat semester berapa. Semuanya tak ingat pulak.. kekekekeke

Bila dah bercampur dengan sekolah - sekolah lain, maka ramai kawan yang sang lekit kenal melalui program tu. Biasa la aktiviti kem UPSR ni.. solat berjemaah, makan berjemaah, study berjemaah.. semuanya di lakukan ramai2. Mandi jer tak berjemaah. Dah 12 tahun beb.. takkan nak mandi dengan kawan2 lagi. Iskk... malu la.

Dipendekkan cerita ada seorang mamat ni.. Dia selalu jadi iman masa solat, suara pun sedap bila baca surah2, orangnya pun comel jugak. Entah mana comelnya sang lekit yang masa tu masih comot menarik minat dia pun tak tau. Dia suka usik - usik sang lekit. Siap kirim surat nak berkenalan. Lepas tu suka datang kelas sang lekit intai - intai sambil usik - usik. Sebab sang lekit ni rasa malu dengan kawan - kawan yang lain mula nak padankan sang lekit dengan dia.. Rasa malu tu bertukar marah bila dia selalu buat macam tu. Bila tak layan pun still dia datang menyakat.. Entah angin apa satu hari tu.. sang lekit ambil penyapu & kejar dia.Ha! kau kejar hero dengan penyapu. Tak padan dengan kementot.. garang bukan main!

Tu dia selongkar gobok lama jumpa gambar masa bujang. Dengan penyapu sorang2 dalam rumah pun buat photoshoot. Kau boleh??

Pun mamat ni tak serik. Hari last kem tu macam biasa la bertukar - tukar alamat. Masa tu mana ada email, myspace, facebook bagai. Cuma popular en posmen & surat jer. Lepas je kem tu.. sang lekit ni memang jenis tak reti nak panjangkan silaturrahim. Abis kat situ jer.. takde dah nak contact2 dengan sapa - sapa. Bukan sombong tapi malas.. kekekeke. Entah mana si mamat ni dapat alamat sang lekit ada sepucuk surat dia pernah hantar tapi tak pernah sang lekit balas. Punya la kerek kan?? Bila takde balasan.. maka bernoktah macam tu jer. Agaknya mamat tu sekarang ni dah jadi apa yer??

MISTERI SEORANG JIRAN.. PATUT KE TAK PATUT?

Kalau korang masih ingat Sang Lekit pernah kongsi cerita pasal jiran sang lekit yang selalu sang lekit dengar dia bertengkar dengan seseorang kat telefon. Kalau yang tak ingat atau tak pernah baca entri tu abaikan la. Sebab tak penting pun. Ok.. sang lekit nak kongsi cerita terbaru pasal jiran sang lekit ni.

Dia seorang mualaf berbangsa Punjabi. Umur dia dah cecah 40++ kalau tak silap. En hubby cakap dia tak kerja tapi cuma buat kerja2 sukarelawan. Seingat sang lekit masa baru - baru dia pindah dia pernah tegur sang lekit & cerita dia seorang guru. Tu tak penting la yang mana satu betul. Alkisahnya semalam...

Dia tegur sang lekit kat depan pintu. Dia tanya kalau dia nak ajak sang lekit temankan dia pergi beli makan boleh tak? Sang Lekit pun tanya kenapa nak kena temankan? Dia cakap takut sorang - sorang. Apa nak di takutkan siang2 hari. Kat sini bukan kawasan pendalaman.. Siang malam penuh dengan manusia macam pesta muda mudi jer. Lepas tu sang lekit cadangkan la dia kalau takut nak keluar order je kat restoran di blok A yang ada service delivery. Cuma call je.. dorang akan hantar. Dia kata dia dah tak boleh beli kat situ. Owner restoran tu tak bagi. Bila sang lekit tanya kenapa.. dia cuma senyum tak jawab.

Bukan tak kesian.. Tengok macam bermasalah je jiran sang lekit ni cuma sang lekit risau nak terlalu baik. Pengalaman lepas pasal jiran ni buat sang lekit berhati hati nak rapat dengan sapa. Siang malam asyik ketuk rumah aku minta tolong tu ni.. Last - last kita di dajalkan dia. Memang cukup la sekali jadi macam tu, kan?? Jiran baru ni pula lain macam je sang lekit tengok. Nak tanya lebih - lebih masalah dia.. Risau kang cakap kita menyibuk. Tak tanya jadi tertanya - tanya & buat andaian sendiri pula.

Yang menjadi persoalan kenapa dia tak boleh beli makanan kat restoran Blok A tu lagi? Dia makan tak bayar ke sebelum ni? Dia nampak macam ada masalah kewangan jer... Lepas tu nak berjanji boleh sentiasa temankan dia turun bukit (Rumah sang lekit atas bukit sikit) jalan kaki pergi makanan.. aduhai. kudrat dah kurang sekarang. Nak turun dari tingkat 9 ni pun kadang - kadang malas sebab kaki sang lekit sekarang cepat sangat rasa lenguh. Sebolehnya taknak campur dalam masalah orang lain, takut kita pula terjebak dalam masalah dia.

Sang lekit sebenarnya dalam di lema kalau dia ajak temankan nanti apa nak jawab? Lagi satu sang lekit risau takut mula2 temankan pergi beli makan.. esok lusa bila kita senang di ajak temankan dia ajak boleh temankan ke tempat lain - lain. Dia lain bujang, tapi sang lekit dah bersuami. Sang Lekit jenis susah berkata tidak.. Jadi sang lekit tak bagi harapan kat orang. Bukan la sang lekit tak suka beramah mesra dengan jiran2.. Tapi konsep berjiran kat sini kena berpada pada. Dulu sebab baik tak berpada la sampai nak roboh di ketuk jiran sebelah. Hal remeh temeh pun nak minta kita tolong buatkan. Melampau kan??

Jadi cadangan en hubby.. suruh cakap dia tak izinkan. Macam tak logik je takut nak pergi beli makan sorang - sorang. Sebab sini memang kawasan sibuk & ramai orang. Kalau dia takut sebab ada musuh, takkan sang lekit nak ambil risiko? Lagipun apa sang lekit yang bertubuh kenit ni boleh buat kalau jadi apa - apa kat dia. Rasa macam tak logik.. dekat Apartment ni ada 2 restoren & 1 gerai nasik campur. Kalau takut beli je dekat2 sini. Kenapa perlu pergi sampai bawah bukit? kan??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com