BUNTING GAJAH
Ramai pula blogger yang bakal jadi ibu & ayah kan sekarang ni. Terbaru khabar dari Ben Ashaari yang juga bakal bergelar bapak. Wah macam penyakit berjangkit pula. Apapun tahniah pada mereka2 yang bakal bergelar ibu & bapak ni termasuk jugak sang lekit. Meriah dunia blog dengan mummy & dady lepas ni. Tapi petang ni sang lekit nak cerita pasal penyakit bunting gajah. Penyakit apa tu??Teringat sang lekit masa sekolah dulu, istilah bunting gajah yang di gunakan oleh seorang cikgu vateran kat sekolah. Kelakar juga masa pertama kali dengar istilah bunting gajah. Ni kebanyakkan terjadi kepada bapak2 budak. Tapi sekarang ni masalah ni bukan je di hadapi oleh mereka yang dah bergelar bapak tapi yang belum dapat pangkat bapak pun mula di jangkiti penyakit bunting gajah. Taknak kalah tu kaum lelaki. Kalau perempuan boleh mengandung, lelaki pun nak juga bunting. Adakah mereka suka akan keadaan ni?? Tentu sekali tidak kan??
Carian google
Itulah antara perkara yang paling kaum lelaki tak suka kan?? Kalau perempuan bunting sampai masa kempis juga perut tapi kalau lelaki bunting, sendiri mau ingat. Kena rajin la bersenam. Kalau tak membunting la seumur hidup. Jadi pada para2 bapak & kaum adam ni, sila jaga pemakanan & diet korang untuk mengelakkan anda di sahkan bunting gajah. Kalau perempuan bunting ada yang kata comel, tapi lelaki bunting kalau ada perempuan cakap comel maka ketahuilah sebenarnya dorang cuma nampak comel kalau poket anda pun turut bunting. Kalau tak bersedialah untuk di hambur dengan kata2 penuh trajidis & menyayat hati.
Perubahan pengambilan jenis pemakanan terutamanya dalam kalangan lelaki yang sudah berkahwin menjadi punca ramai antara mereka menghadapi masalah perut buncit atau boroi.perubahan itu berlaku kerana jadual pemakanan lelaki berkahwin biasanya lebih teratur dan melibatkan kuantiti yang banyak.(Rujukan : Usia, pemakanan punca lelaki boroi)