Showing posts with label ikhlas. Show all posts

RM8 ANDA BOLEH MEMBINA SEBUAH RUMAH MELALUI 4 ONLINE SITES NI

RM8 ANDA BOLEH MEMBINA SEBUAH RUMAH MELALUI 4 ONLINE SITES NI. Zaman IT.. apa yang takde jual secara online. Dari sekecil kecil benda sampai la sebesar besar perkara semua ada. Kalau yang jenis anti sosial memang sepanjang hidup dia dalam rumah je memang tak payah keluar rumah. Sebabnya.. nak beli barang runcit, barang dapur, barang rumah, pakaian,makanan bagai semua boleh beli secara online & ada delivery sampai ke depan hidung. Tu dia.. betapa teknologi memudahkan manusia dan sebab tu la manusia semakin malas.


Jangan terkejut kalau korang nak buat rumah untuk golongan yang memerlukan pun boleh di beli bahan binaan tu secara online serendah RM8 jer... Macam mana RM8 korang boleh membina sebuah rumah kepada golongan yang memerlukan?? Macam tak logik je kan? dah tu beli barang secara online pulak tu...

Takde apa dah nak pelik zaman sekarang ni Dik Ooi.. Macam2 benda boleh buat hanya semudah main clik clik je. Tak kira la clik guna mouse atau touch screen.. semua boleh. Dengan gabungan 4 syarikat terkenal ni tentu korang terkejut apa yang korang boleh buat dengan RM8. Memang korang takkan sangka korang mampu buat benda ni dengan serendah RM8. Tak caya meh tengok kat sini >> Ini Yang Berlaku Jika Anda Membeli Belah di 4 Pusat Membeli belah Online ni. Tentu Anda Tidak Percaya Apa Yang Anda Boleh Buat << Aku pun mula2 pun buat buat terkejut jugak tengok. Konon macam tak percaya la.. hahahahaha

Zaman sekarang nak melakukan sedekah cukup mudah.. Dengan media sosial yang ada banyak golongan memerlukan di viral untuk memberi peluang kepada kita memberi sumbangan. Ingat sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki. Insya Allah.. dengan bersedekah, moga Allah perluaskan rezeki buat kita semua. Sedekah seringgit pun besar ganjaran pahalanya apatah lagi kalu beringgit ringgit.

Moral of the story.. Moga dengan sedekah ikhlas dari kita semua membantu golongan yang benar benar memerlukan contoh seperti kerajaan Malaysia sekarang. Dengan kita sedekah melalui GST & cukai2 lain... maka Malaysia bertambah maju & kaya raya. hehehehehe

ALIA HARYANI UJIAN DARI ALLAH UNTUK BLOGGER

Mungkin ramai blogger kenal dengan seorang blogger yang menderita kanser,  disamping tu perlu membesarkan 2 cahayamata seorang diri. Aku pernah minta jasa baik blogger untuk buat satu post untuk mempromosikan jualan dia haritu.. Alhamdulillah ramai blogger turut serta biarpun kebanyakkan blogger level2 aku jer.. Bukan blogger tahap retis keluar masuk tv, malajah,radio bagai. Tapi aku kagum dengan keikhlasan mereka untuk turut membantu.


Baru2 ni kak Alia Haryani mesej aku kat FB.. minta bantuan lagi. Dia ada masalah kewangan.. disamping tu rumah mak dia pun katanya bakal di sita sebab arwah Ayah dia pernah buat pinjaman dengan kowaja. Akibat dari kejadian tu Mak akak Alia Haryani jadi semakin uzur. Mungkin susah hati kerana masalah kewangan untuk membayar balik pinjaman yang pernah arwah Ayahnya buat. Kata kak Alia Haryani.. dia sendiri tak mampu nak tolong. Jualan dia katanya sambutan kurang. Dia minta sangat kalau tak dapat bantu yang lain.. bantu terus mempromosikan jualan dia pun dah cukup.

Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo
Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg
Untuk Tempahan Boleh PM Alia Haryani di FB
 
Apa yang paling menyedihkan.. Aku ada suggest pada dia untuk minta tolong komuniti blogger **tet** & **tet** ni katanya dia dah cuba tapi kedua duanya tak reply. Maybe kedua duanya pernah memviralkan tentang jualan dia sekali dulu so tak tau la kenapa untuk kali kedua mereka terus mendiamkan diri. Maybe sibuk dengan aktiviti blogger yang lebih memberi pulangan besar kot. Aku sendiri pun tak tahu. Aku jugak pernah cuba minta tolong kat satu page troll popular pun diam seribu bahasa.

Allah hantar Alia Haryani pada kita (Blogger) untuk menguji sejauh mana keprihatinan kita. Jangan kita hanya mencanang keikhlasan bila kita membuat kerja amal yang mendapat publisiti tapi membiarkan mereka yang berada dekat dengan kita terus mengemis perhatian yang tak di pedulikan. Jangan cakap soal 'Keikhlasan' kalau nak membantu pun kita pilih bulu.

Aku bukan blogger yang baik.. Tapi bila Allah hantar Insan bernama Alia Haryani untuk menguji sebenarnya. Bukan sekali dia mesej aku kat FB.. malah banyak kali sampai kadang2 buat aku rasa bersalah sebab aku tak tahu macam mana lagi boleh aku buat untuk bantu dia. Aku cuma seorang blogger kecil yang terpinggir dalam dunia blog. Aku tiada populariti atau di kenali ramai. Cuma di kenali di kalangan blogger jer.

Bagi pihak Alia Haryani aku merayu pada semua yang membaca entri ni untuk turut sama membantu. Kalau tak nak membantu membeli jualan beliau, nak bersedekah pun boleh. Hari ni hari dia.. Mungkin akan datang hari kita. Bantulah apa yang daya walau sekadar mempromosikan jualan dia. Yang nak beli atau mempromosikan jualan beliau boleh tengok kat sini >> Alia Haryani <<

Kalau kita tak mampu untuk membantu dari segi material & tenaga.. Dengan satu doa pun cukup besar. Semoga Allah permudahkan segala urusan kak Alia Haryani & luaskan rezeki untuk dia & keluarga.


BILA KITA SEDAR YANG BAIK DENGAN KITA CUMA KAKI KIPAS

Bak kata pepatah aku.. Kita lebih banyak di bohongi saat kita punya segalanya.. nama, harta, kemahsyuran. Tapi kita akan jumpa sebuah kejujuran bila kita tak punya apa - apa. Sebab tu dalam hidup kita jangan selesa dengan pujian.. sebab pujian sekarang umpama ada udang di sebalik batu.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan harga minyak yang naik 10sen hahaha

Saat kita sedar di yang ramai di sekeliling kita selama ni cuma kaki kipas bukan kawan saat tu baru kita sedar bahawa sebenarnya tak ramai pun sudi berkawan dengan kita kalau kita bukan kita yang mereka kenal. Yang ada kepentingan untuk orang lain bergesel kat kaki kita macam kucing jalanan minta makan. Even kita tendang pun tetap dia datang bergesel jugak kat kaki. Even terpaksa jilat tapak kaki pun dia sanggup buat asalkan dia kenyang. Tapi kalau kita pun umpama kucing kurap.. jangankan nak gesel kat kaki, nak duduk sebelah pun orang tak sudi apatah lagi nak mengaku kenal.

Waktu tu baru kita sedar banyak kepalsuan dalam pujian & sokongan yang kita dapat. Waktu tu baru kita rasa selama ni kita syok sendiri.. Rasa kita macam bagus sangat sampai apa yang kita buat semua orang sokong & suka.

Tu la kan.. Dalam kemahsyuran seseorang tu miliki ada 1001 ujian yang Allah nak duga. Dan kalau Allah nak tarik seminit pun kita boleh hilang segalanya yang kita miliki. jangan sombong sampai tak boleh je cuit sikit dah nak tunjuk betapa kita punya kuasa yang boleh menentang orang lain dengan semudah satu jari.

Moral of the story.. Jangan jadi macam Azwan Ali. Kena warning dengan Rani Kulup baru mengelabah nak minta maaf. Jangan sombong sangat seolah2 takde sapa boleh jatuhkan kita sebab kena ingat ada yang kat atas tu boleh jatuhkan kita bukan takat terduduk.. Sampai tertiarap menyembah bumi pun boleh. Dan kalau kita jatuh jangan letakkan 100% kesalahan tu pada orang lain.. Renung balik saat kita di atas adakah kita terhindar dari sifat sombong, riak,bongkak,bangga diri yang melampau? renung renungkan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace!

p/s :Sekadar nukilan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. hehehe


ADA LAGI RUPANYA BLOGGER TAK MALU MACAM NI

Ingat dah pupus rupanya ada lagi blogger2 yang tak malu macam ni. Sebab masih ada terpaksa la aku melahar jugak dalam blog yang berpuaka ni. Sapa suruh bagi isu, kan dah jadi cerita dalam blog lekat lekit. Yang rasa gud gud sangat.. baca tajuk jer terus label negative.. You saka pegi jauh jauh katanya... hahaha very the copypaste tajuk drama kan?

 Tak tau la gambaq anak dara sapa. Pinjam dari google jer

Di sebabkan mereka masih nak menunjukkan ketidak maluan mereka di blog masing - masing maka aku nak tolong canang jugak la ketidak maluan mereka kat blog aku tanda terima kasih. Mereka2 yang tak malu ni bukan la tak senonoh perbuatannya.. Tapi tak malu tunjuk tulisan tangan memasing jer.. Wah makin kreatif peserta2 cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni.. ada yang tulis resepi selang seli dengan gambar lagi guna tulisan tangan.. Ada yang buat cerita komik bergambar dengan tulisan tangan. memang rajin Uolls.. aku pun belum mampu rajin tahap macam tu...

Sebab kerajinan depa ni join cabaran ni tanpa hadiah.. Maka aku yakin depa ni semua rajin2 jugak bertandang kat blog orang jadi tak rugi korang rajinkan diri beramah mesra dia blog diorang...

1. Alongxp
2.  umi's cup cake
3.  Farha Kimah
4. Mrs. A
5. Adinda Baizura Mazlan
6. izzeyda
7.  Cik Ash
8. Tiga lalat

Tu dia 6 blogger yang sporting & ikhlas sebab tak perlu sogok dengan hadiah pun depa boleh join jugak. Kalau nak tengok 11 lagi peserta cabaran menulis entri dengan tulisan tangan boleh tengok kat entri ni INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU.

Terima kasih yang sudi support cabaran ni even ada di antara kita sebelum ni tak pernah kenal di alam maya pun. Bagi yang masih nak sahut cabaran ni.. silakan sebab takde expired date pun.Boleh rujuk entri ni Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan

5 JENIS PENGOMEN YANG KITA AKAN JUMPA DI BLOG

Aku nak tutup sat cerita pasal retis...  Berderet sangat kot entri pasal retis dah macam blog ROTIKAYA la pulak. Kita cerita pasal dunia blog pulak la. Yelah.. kalau hidup di selubungi Blog harus la kita lebih tahu apa yang berlaku dalam dunia blog kan? Tak nama blogger la kalau tak amik pot pasal dunia, ye dak??

Bagi blog2 yang membuka ruang komen untuk orang tinggalkan komen mesti jumpa perkara2 ni dalam komen2 korang. Ada macam2 jenis komen & macam jenis perangai si pengomen. Terus terang aku memang dapat detect ramai.. erkk.. tak la ramai tapi ada la jugak jenis pengomen yang macam ni..


Carian Google
1. Baca tajuk entri & komen
2. Baca entri separuh jalan & komen
3. Baca entri seimbas lalu tak paham pun apa orang cerita & komen.
4. Tak baca pun entri tapi tetap tinggalkan komen.
5. baca entri, faham & komen

5 jenis pengomen ni kat mana2 blog pun Insya Allah boleh jumpa. Yang ke 5 tu tak perlu jadi isu & pertikaian la.. depa memang golongan yang ikut rules.. baca, faham & baru tinggalkan komen. Yang jenis 1 hingga 4 ni... kadang2 spesis camni depa ingat orang tak dapat detect depa sebenarnya tak minat pun nak baca entri kita just berminat nak tinggalkan komen @ tinggalkan jejak je sebab tu kadang2.. komen depa berunsur soalan yang jawapan dia kita dah tulis dalam entri... komen yang lari topik perbincangan.. & komen yang takde kena mengena dengan topik perbincangan. Yang paling sadis komen dia cuma tinggal link blog dia jer. Tu dah confirm dia tak baca entri.

Apapun jadikan pengomen yang berhemah.. kalau betul nak join berkomen, ikhlas la sikit. Kalau betul memang tak minat entri tu atau takde mood nak baca tak payah la tinggalkan komen. Bukan apa.. silap komen buat malu diri sendiri jer. Bukan ada orang paksa pun kita baca entri tu. Apalah sangat dok kejar traffic.. tinggalkan komen semata mata nak orang datang berkomen kat blog kita balik. Rasanya tak perlu la terdesak sampai macam tu. Kalau cerita/info/bahan blog kita tu best, Insya Allah mesti ada orang baca punya blog kita.

Moral of the story kadang2 kita rasa kita bijak untuk menipu tanpa sedar kita sedang perbodohkan diri. Jadi.. Kalau betul nak komen sila baca even tak larat nak telaah entri panjang lebar at least pahamkan apa yang orang tulis sebelum komen. Peace!

P/S : Tak merujuk pada spam komen yer.. 
P/S : adakah korang antara 4 jenis pengomen tu... kekekekekkee. takpe tak payah ngaku

KAWAN AKAN LEBIH JUJUR BILA MENJADI MUSUH

Kita selalunya rasa bila orang tu berkawan dengan kita, dialah yang baik, jujur & ikhlas. Sentiasa menyokong apa yang kita buat. Kita rasa dia tak pernah sakitkan hati kita.. Sentiasa berpihak pada kita bila kita di serang dengan anasir2 jahat. Bagi kita itulah kawan.. yang kononnya memahami kita.

Kebanyakkan yang bernama kawan ni tak jujur dengan kita hampir 50%. Kita nak nampak apa pandangan dia pada kita tunggu sehingga dia anggap kita musuh. Dari situ baru dia akan cuba menjadi seorang jujur untuk memperlihatkan keburukkan, kesilapan & kesalahan kita yang dia nampak sepanjang dia menjadi kawan kita. Masa dia berkawan dengan kita tak pernah pulak dia tegur kita.. yang ni tak elok. Yang tu tak boleh.. yang ni berdosa. Bila jadi musuh tetiba jer benda yang pernah dia sokong kita bila kita buat, dia nampak sebagai satu kesalahan & keburukkan diri kita walau niat nak mengaibkan kita tapi percayalah.. itulah yang sebenarnya pandangan dia pada kita selama ni cuma tak di suarakan semata mata nak menampakkan diri dia kawan yang baik & sentiasa menyokong kita.

Bila berkawan di laman sosial ni.. Memang aku banyak melihat & belajar. Sebab tu aku susah untuk percaya pada sesiapa walau bernama kawan. Sebabnya.. bila satu masa ada perselisihan faham.. Rahsia kita la akan menjadi senjata mereka. Kita takkan tahu siapa baik siapa jahat untuk masa depan walau hari ini kita nampak dia perfect sebagai seoarng kawan. Jadi berhati hati & berpada pada lah dalam berkawan. Kawan kita kebanyakkan takkan tunjuk silap kita semasa berkawan tapi akan menyebutnya ketika bermusuh. Terima atau tak.. itulah yang banyak berlaku. Nak jumpa kawan yang betul2 membimbing & mengingatkan kita setiap kali kita melakukan kesilapan memang susah... selalunya kawan yang kita anggap baik bila sama2 boleh join mengumpat. Kau tak suka orang tu.. kau ajak kawan kau mengumpat dia.. kawan ko pun support apa yang kau umpat itulah yang kau anggap kawan. Cuba masa dia ajak kau mengumpat.. kau tolak & tegur dia... confirm keluar sindir menyindir. Mengaku atau tak kita lebih rela berkawan dengan orang yang hipokrit dari menerima kenyataan di tegur, betul tak?

Dan kerana tu jugak aku takde geng borak kosong dalam group bila di laman sosial. aku takde geng wechat, geng whatsapp atau geng sembang cara berkumpulan ni. Apa yang korang tengok aku bual kat komen FB, itulah komunikasi aku dengan kawan2 alam maya. Ada la sorang dua PM bagitau tu ni.. tapi abis satu isu tu abis la. Nak kata.. seminggu sekali pun payah aku nak borak2 dengan sapa2 secara private. sekali sekala je orang PM aku kalau ada apa2 isu dorang nak cakap, tanya atau bincang.

Pengalaman yang banyak ajar aku untuk berpada pada dalam berkawan. Pengalaman juga buat aku berhati hati dengan semua yang bernama kawan. Jadi dari pengalaman aku.. Moga jadi pengajaran pada orang lain. Memang bukan semua kawan itu jahat & kena ingat bukan semua kawan juga benar benar baik tapi kita takkan tahu siapa baik & jahat sehingga sesuatu perkara berlaku macam perselisihan faham. Masa tu kita akan menyesal pada banyak perkara so, sebelum benda tu menjadi kesalan yang tak berguna ambil langkah keselamatan dari sekarang.

Ikhlas dari hati.hehehee

P/S : dalam hidup memang kita perlukan kawan, tapi kawan mungkin tak selamanya akan bergelar kawan mungkin suatu hari dia bernama lawan.

P/S : 45 hari MH370 hilang dan masih hilang. Yang mati masih mati dalam teori... Ya Allah kau bukakan jalan untuk semua jawapan di temui.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com