MAKSUD PERKATAAN 'HAWAU' SEBENAR YANG ORANG MELAKA SELALU GUNA
MAKSUD PERKATAAN 'HAWAU' SEBENAR YANG ORANG MELAKA SELALU GUNA. Perkataan hawau yang berasal dari Melaka sekarang bukan orang melaka je suka guna.. Dah jadi satu perkataan yang 'hipster' di gunakan kebanyakkan orang serata negeri. Almaklum zaman generasi 2000an katanya... Selalu je aku nampak perkataan 'hawau' ni di gunakan secara berleluasa di media sosial.. Nak juga tahu apa maksud di sebalik perkataan hawau. Mencarut ke? memaki ke?Kalau kat kedah.. sebut hawaq. Selalunya di kaitan dengan penyakit untuk ayam atau di gunakan untuk meluahkan perasaan marah pada seseorang. Kalau tak marah pun kategori gurau kasar jugak la.. Contoh ayat.. "hawaq sungguh perangai hang ni?" Mengambarkan perangai sipolan tu memang buruk. Tapi lagi satu perkataan yang dekat2 nak sama sebutan macam hawaq iatu kawaq. Kawaq ni adalah gelaran pada pencuri atau penyamun la. Contoh ayat.. "Semalam rumah Man Terekta kena masuk kawaq. Habis barang kemas bini dia kena sapu. " Tu kalau dalam loghat negeri kedah. Saja ja bagi pengenalan.
Tapi kalau untuk orang melaka.. Hawau ni bermaksud.. 'Tak guna kau." lebih kurang macam tu la. Orang melaka gunakan perkataan ni mungkin untuk sembang2 santai.. gurau senda katanya. So, ia tak menjurus kepada untuk memaki hamun orang lain. Tapi bergantung pada niat jugak. Kalau memang niat dia nak marah someone dengan perkataan hawau ni.. Maka perkataan tu menjurus kepada niat yang tak baik.. maka boleh jatuh dalam kategori carut jugak la kan.
Mungkin sesetengah orang tak selesa menerima perkataan macam ni even dalam gurauan sebab mungkin mereka rasa agak biadap & ada certain orang ok jer.. Macam aku ni memang jenis kasar so setakat nak gurau camtu aku boleh terima lagi cuma untuk guna perkataan tu aku masih janggal. Maybe sebab aku orang kedah hahahahaha
Moral of the story.. Apa yang kita rasa tak salah di sebut pada orang lain belum tentu benda tu tak mendatangkan masalah. So tengok - tengok juga dengan siapa hangpa nak ber 'hawau'. Kang tak kena orang terus dia label hangpa.. Kurang ajar. Peace Yo!