Showing posts with label pengalaman seram. Show all posts

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN. Hallu.... Wei lamanya lahai segmen seram serik lekatlekit tak bersiaran kan? Maafkan kami penunggu gua. Hangpa pun sedia maklum la kami tengah struggle untuk kes saman tu so tak consistent daily dah update blog pun tapi Alhamdulillah.. walaupun blog seram belum jadi blog bersawang lagi. Walau tak daily update tapi masih sentiasa ada update.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bagi peminat cerita seram blog lekatlekit.. Mesti tak sabar kan nak baca edisi terkini cerita seram. Seperti biasa pengalaman seram yang di ceritakan ni bukan lah dari pengalaman den sendiri. Matilamak nak.. nak cari hantu & rasai sendiri pengalaman tu setiap kali nak tulis cerita seram. Hantu pun jarang pulak nak sakat mak ni nak Ooi.. Maybe mak dengan hantu tak jauh beza gamaknya. Takde feel dia nak sakat mak. Jadi terpaksa la mak memburu kisah2 seram di forum2 untuk share dengan korang semua. Alah.. bukan mak tak tau.. engkorang buka suka sangat baca threat kat forum tu kan? 

Alkisah benda ni berlaku kepada seorang budak kecik yang di ceritakan kembali oleh si Ayahnya. Anak dia masa tu baru umur 2 tahun.. Bermulanya kisah seram ni adalah dari asbab rantai leher anak dia yang hilang dengan tiba tiba masa tidur..

Bermulalah kisah pada satu hari aip..... sang kancil datang beramai ramai.. kekekeke. Alolo gurau pun dah nak tantrum. Sabar nak sabar..

Cerita dia bermula masa waktu tengahari semasa dirumah mertuanya. Anak dia tidur dalam bilik.. manakala luar bilik di ruang tamu  yang bertentangan dengan bilik, ada adik ipar tengah tengok TV. Bilik tu pintu terbuka.. wife & mertua dia sibu kat dapur masak. tetiba anak dia tak semena mena menangis macam kena belasah.. terjerit jerit sambil pegang leher.

Mau tak terkejut seluruh isi rumah tetiba budak tu menangis macam tu. Kelam kelibut memasing datang kepada budak tu termasuk mak bapak dia, atuk nenek, mak2 sedara semua. Tetiba abang kepada budak tu perasan yang rantai leher adik dia hilang.. Semua jadi pelik. tetiba je hilang & budak tu menangis macam tu tapi memasing perasan ada angin & langsir terserak tinggi sebelum budak tu menangis. Memasing tak rasa manusia dah.. Tapi nak tuduh jin pun tak ada bukti. Takkan la Alien turut dari planet semata mata nak curi rantai leher budak tu pulak kot. Alang2 dia nak merompak baik kedai emas terus. Apa kes rompak budak budak ye dak??

Si bapak mertua ni.. Ada la sedikit ilmu ni. So, lepas solat zohor dia buat solat sunat mohon petunjuk apa sebenarnya yang berlaku kat cucu dia. Mungkin ada la something dia buat & dia bagitau ada bunian menyinggah tadi. Bagi yang tak tahu bunian tu apa.. Bunian ni spesis jin juga tapi jenis suka nak damping dengan manusia. Perubatan tradisional yang suka guna khadam ni banyak la guna khidmat jin bunian. Bunian pun macam manusia.. ada Islam ada tak. Walaupun Islam tetap ada yang baik & jahat. Kehidupan mereka ni macam manusia.. ada perkampung, ada penghulu & anak perempuan & lelaki. Bernafsu, berkahwin & beranak pinak. Tu dia.. kemain explain pasal bunian.. Macam la expert sangat kan pasal bunian.

Sambung balik cerita tadi... Bila dia syak ada bunian menjadi tetamu tak di undang di rumah dia maka di call kawan dia kat hulu langat untuk mendapat lebih kepastian. Maybe kawan dia tu ilmu level up sikit dari dia & boleh tahu samada memang betul betul ada kehadiran jin bunian atau tidak.

Bermula la ritual tersebut lepas maghrib.. si pakcik kawan kepada bapak mertua sipolan tadi datang berkumpul kat rumah bapak mertua dia malam tu. Menurut pakcik tu.. Anak sipolan ni ada bunian suka. Bunian ni memang perangai dia lagu tu.. Asal dia suka je.. tak kira hak orang pun dia nak ambil tau. Jadi sebab dia suka pada budak tu dia ambil rantai budak tu tapi dia ganti dengan rantai lain berupa kain kuning yang di ikat pada leher budak tu. Cuma orang takkan nampak pada pandangan mata kasar rantai tu.. Orang tertentu je boleh nampak. Orang yang di buka hijab boleh nampak benda2 ghaib je la kot kan.. Orang rabun apatah lagi, manusia pun dia nampak tak jelas apatah lagi benda ghaib kan.

Yang buat depa lagi percaya bila tanya budak tu.. mana rantai tu dia cakap ada ni.. sambil tunjuk kat leher dia. Mau tak meremang segala bulu mak bapak dia. Yelah.. dia nampak tapi mak bapak dia tak nampak. Budak 2 tahun kot.. nak menipu mendanya.

Menurut pakcik tu lagi.. Bila rantai tu nanti dah bertukar dari warna kuning jadi warna merah, anak dia akan hilang. Rantai kain kuning tu sebagai tanda.. sampai masa nanti akan ada seorang budak kecik datang & bawa anak dia pergi. Tapi yang ambil rantai anak dia tadi tu nenek tua..

Maka si bapak budak ni baru perasan perangai pelik anak dia sebelum ni.. Kadang2 bersembang sorang sorang tapi macam berbual dengan someone. Ingat budak2 buat pretend play ke apa.. Pernah berlaku satu malam tengah makan anak dia berdiri kat kerusi tiba2 seolah olah menegur seseorang.. Dia cakap "kakak nak?" sambil hulur kentang goreng. Mak bapak dia terkedu & terdiam sekejab. Sebab rasa lain macam si bapak azan 1 rumah.. Yelah la sapa tak seram kan? Kita tak nampak apa budak tu nampak. Kau tak gila ke??

Mak mertua dia pun pernah bagitau.. Kadang2 waktu tengahari budak ni selalu lambai tangan seolah olah sedang panggil seseorang dari luar rumah sambil gelak gelak. Selama ni mak mertua dia ingat dia main dengan abang dia.. Tapi lama2 baru perasan dia main sorang sorang tapi gaya macam main dengan seseorang.


Sebab semakin pasti budak tu sedang di dampingi bunian.. So si pakcik kawan kepada bapa mertua tadi  mulakan ritual untuk hentikan gangguan tu. Ada la beberapa barang di gunakan. Semasa ritual tu di buat, satu rumah di gelapkan. Selepas berzikir semua dia keluar dari dalam rumah ke halaman rumah mertua sipolan ni berborak dengan someone yang sapapun tak nampak dengan siapa. Bukan sebab gelap tapi memang tak nampak apapun.

Lepas tu dia masuk semula dalam rumah & suruh buka semua lampu balik. Dia minta si mak budak tu pegang anak dia & dia golekkan telur kat leher budak tu dalam 3 - 4 kali lepas tu dia pecahkan telur tu.. semua terkejut sebab dalam telur tu ada kain kuning yang ada tompok merah. Kalau kata ada jarum.. ada orang kata jarum boleh cucuk dalam telur tanpa menyebabkan dia pecah. Tu cara bomoh guna untuk menipu mangsa. Ni kain kuning beb.. celah mana dia nak masukkan. Tu la.. tak semua benda kita boleh jawab dengan hukum akal & sains. Benda2 ghaib ni kadang2 berlaku di luar logik akal & semua berlaku dengan izin Allah juga. Sesungguh memang jin itu wujud.. dalam Al Quran pun dah menyatakan kewujudannya.

Pakcik tadi pun csrita la.. dia dah jumpa dengan nenek tua yang ambil rantai anak dia tu dengan penghulu bunian sekali & dah bawa berbincang secara berhemah antara 2 alam. Bunian tu bunian Islam, kampung depa tak jauh dari kawasan tu. Memang depa berhajat nak bela budak tu, tapi pakcik yang jadi perantaraan tu cakap tak boleh & tak setuju. So, hasil perbincangan masing masing setuju budak tu tak di ambil.

Sebenarnya bunian ni tak suka budak yang makan buah labu atau apa2 yang berkaitan buah labu. Barulah si bapak ni perasan masa dia pernha bawa bapak dia pergi ikhtiar berubat dengan seorang Ustaz, ustaz tu tengok anak dia & cakap suruh depa bagi anak depa makan apa2 berkaitan buah labu.. pengat labu ke, gulai labu. Dia masa tu tak tahu.. simbolik labu tu ustaz tu mungkin nak bagitau anak dia sedang di dampingi jin bunian.. Tapi manalah kita tahu bunian tak suka budak makan labu. Den pun baru hari ni tahu hahahhaa...

Kesimpulannya pada cerita ni.. Erkk.. rantai budak yang nenek bunian tu ambil dia bagi balik tak? Alah.. kenapa tang rantai tu bapak dia tak cerita? Apa jadi dengan rantai tu? dapat ganti rugi macam harta ahmad albab ke kan? Spoil betul la tetiba rantai tu pulak jadi misteri & tanda tanya. Ni la kalau cerita melayu mesti tak habis. hahahaha

Moral of the story.. Apapun cerita ni di kongsikan sekadar hiburan. Jangan terlalu taksub yer membaca. Apa berlaku sekalipun semua dengan Izin Allah & tiada kuasa yang lebih besar & kuat melainkan Allah juga. Jadi mohonlah pertolongan & perlindungan dari Allah.

Sumber cerita : Forum (lupa nak save link. maaf kan kami penunggu gua)

KISAH SERAM DI JALAN SEDENAK

KISAH SERAM DI JALAN SEDENAK. Sampai hari ni keywords search kat blog den ada je dok sangkut Simpang sejenak. Alah drama DFKL yang baru 2 minggu lepas tayang kat TV3 dalam slot cekerama tu. Katanya Drama tu di adaptasi dari kisah masyarakat.. Tak tau la benar ke tak. Katanya kisah benar yang berlaku kat satu tempat bernama sedenak.. Kat Johor sana bukan kedah tau. Satgi dok cari sedenak kat kedah.. Sampai kiamat tak jumpa pulak. Tapi tajuk drama tu tukar sikit nama tempat tu dari sedenak jadi sejenak. Ada nak.. nak kat belakang tu dah kira seram cukup la kan.. Jangan Nang Nak sudah.. Jenuh nak halau balik Thailand pulak.


Tadi tetiba ternampak posting dari blogger masakan terkenal Cik Mat Gebu kat Facebook dia Adnan Ibrahim berkongsi kisah seram yang berlaku di tempat tinggal dia sedenak. Banyak juga cik mat selalu share kisah2 seram yang berlaku tak kira cerita tu di ceritakan oleh orang lain kepada beliau atau pengalaman beliau sendiri yang berdepan dengan kejadian seram, mistik & misteri. Sapa yang follow cik mat mesti pernah terbaca perkongsian kisah seram dari beliau.

Di sebabkan manusia hari ni tak boleh move on lagi dengan drama simpang sejenak tu.. So, elok la den ambik kesempatan untuk meraih traffic juta lemon dengan berkongsi kisah kejadian misteri & seram yang Cik mat Gebu share kat pesbuk beliau semalam.. hahaha pengakuan ikhlas tu nak meraih traffic. 

Alkisahnya.. cerita ni di ceritakan oleh abang cik mat kepada cik mat. Kisah seorang Tabligh yang datang maybe berdakwah la kot kat kampung depa. Pada satu malam yang sepi..pi..pi.. pak mat jual topi.. pi..pi.. Ok ok gurau je. Aloo.. jangan la marah. Kita sambung kita mamat Tabligh tadi.. Pada satu malam ni dia menunggang motor seorang diri. tetiba ada seorang pakcik berjubah putih sambil pegang tasbih kat tangan. Minta tumpang hantarkan dia kat masjid sedenak. Mat tabligh tu pun rasa takde hal la setakat nak tumpangkan pakcik tu naik motor dia. Apadahal.. Motor bukan nak kena kayuh pun kan. Naik la pakcik..

Dalam perjalanan menuju ke destinasi yeah.. yeah.. Tu dia. Siap ada yeah yeah tu macam lagu siti nurhaliza katanya. Pakcik ni tak henti henti tertasbih.. Berzikir gamaknya. Zikir apa di baca tak pulak la di nyatakan secara terperinci so hangpa jangan dok tanya pulak. Sampai kat masjid sedenak, mat tabligh pun tanya la si pakcik rumahnya di mana. Pakcik tu cuma tunjuk atas bukit di seberang jalan. Lokasinya berhadapan dengan masjid. Lepas tu menonong laju je pakcik tu jalan dalam gelap. Confident tu penting.. baru tak tersadung akar ke hapa bila jalan dalam gelap. kekekeke

Di pendekkan cerita supaya tak jadi entri berepisod.. Pada satu hari si mat tabligh ni datang lagi ke masjid sedenak. Niat di hati tu nak ziarah la pakcik yang dia pernah tolong. Maybe nak eratkan silaturrahim sesama umat islam kan. Tapi bila tau atas bukit tu sebenarnya tempat apa.. Terus dia tak kata apa. hangpa nak tau atas bukit tu ada apa..

menurut cik mat gebu.. Atas bukit tepi club house lama katanya adalah kawasan tanah perkuburan islam sejak berpuluh tahun yang lalu. Aje giler kat situ mana ada orang berumahtangga. Semua yang berumah tiang dua jer.. dah kenapa pakcik Ooi.. Kau bergurau senda dengan mat tabligh tu. Lepas tu tak tau la mat tabligh tu berani tak tumpangkan mana2 pakcik lagi kat area sedenak kalau memalam buat. Hope Mat Tabligh tu kuat Iman & tak trauma lah yer..

Sumber asal cerita ni


Biasa la Jin & syaitan ni memang dia suka mencuba orang2 yang beriman.. Kalau yang tak beriman ni apadahal. Cuit sikit pun dah boleh ajak jadi geng. tak mencabar katanya.. test yang power sikit, kalau success boleh raikan dengan daun saderi katanya. Kalau tak berjaya pun kalah bermaruah. kekekeke

Moral of the story.. Ok la tu dia menjelma sebagai pakcik berjubah putih siap bertasbih sepanjang jalan kalau dia jelma sebagai makcik berjubah putih mengilai sepanjang jalan.. Mau kering darah turun kekaki. kan Uolls hehehehe

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG. kembali lagi kita dalam slot seram serik lekatlekit. Tu dia.. Mesti hangpa semua dah siap sedia melukut depan skrin memasing kan? Peminat setia sangat kekdah kan.. Nak otogeraf ke? hehehehe..

Sudah sudah la tu lekatlekit kau feeling retis.. Kau kena saman RM3juta pun takde media nak highlight kes kau lagi dok acah acah macam kau ramai peminat. Pergi kau tulis blog di sana! Apa kau menangis disini!!!

Siang siang hari hang dok gigih tulis cerita seram ni pasaipa?? Bukan apa.. Ada orang jenis minat cerita seram tapi takut nak baca malam - malam.So bagi peluang depa baca update fresh from oven dari blog lekatlekit ni di siang hari pulak. Hangpa yang rasa tak feel baca sengsiang hari.. Simpan je entri ni tunggu sampai malam Jumaat keliwon baru baca. Apadahal... Blog den bukan nak expired lagi pun. Renew domain sampai 2019 ok!

Gambar sekadar hiasan

Semalam den gigih membaca satu kisah seorang kanak kanak di mana bermulanya hijab terbuka selepas bertemu dengan puaka pokok ketapang. Lumrah budak budak ni.. suka buat perangai degil. Alkisah budak ni pun jenis spesis suka melawan arus jugak. Yang orang kata tak boleh itulah yang di buatnya. Tak payah nak libas la.. Berbirat sekejab jer... lepas tu dia lupa dah sakit dia buat balik.

Kisah budak ni yang habis tuisyen tak terus balik rumah tapi ikut kawan kawan tengok bola kat padang. Niat tu nak singgah sekejab tapi kalau budak lelaki dah tengok bola... confirm la sampai habis perlawanan ye dak. Sedar sedar dah lewat petang sangat.. Baru la ingat nak balik. Tu pun selepas perlawanan bola dah habis.

Alkisahnya dalam perjalanan nak balik rumah dia tu.. Ada satu laluan hutan yang menjadi laluan shortcut untuk dia sampai ke rumah tapi Atuk dia dah pesan jangan guna laluan tu tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sesampai di laluan tu.. Tetiba je dia terdetik untuk guna jugak laluan shortcut tu.. Disitulah bermulanya.. Kisah hijab terbuka.. Bukan hijab tudung yer... Budak jantan pejadah pakai tudung. Ni hijab yang di maksudkan adalah deria ke enam ke hapa orang panggil.. Alah susah sangat la nak paham. Hijab terbuka bermakna dia boleh tengok makhluk halus! Makhluk halus bukan semut atau tungau jer. jauh sekali kutu. Ni makhluk halus & Jin syaitan. Mohon jangan loyar buruk sangat ok! Hantar saka kang baru tau!

Walaupun dia tahu dia di tegah menggunakan laluan short cut tu.. Tapi entah kenapa katanya haritu dia macam di ajak ajak pulak guna jalan tu. So, dia pun lintas jalan & terus masuk ke laluan hutan. Memandangkan dah nak masuk maghrib so dia cuba cepatkan langkah nak sampai rumah. Ketika melintas di hadapan satu pokok ketapang ni tetiba.. Opocot! Muncul seorang pakcik tua. Ntah mana datangnya.. tetiba keluar dari pokok ketapang.. Dia fikir mesti orang tua tu baru selesai buang hajat. Biasa la.. Lelaki kan? Berhajat kat memana pun boleh.. Apadahal belakang pokok ketapang pun.

So, dia pun bagi la salam.. Tapi tak di jawab hanya renungan tajam je. Pahal pakcik ni sombong siot! Jawab salam pun tidak.. tapi usya macam nak ajak gaduh jer. Tak pakcik la gaduh dengan bebudak kan.. Dia malas nak layan pakcik kerek tu.. so dia terus la berjalan mencari sign laluan dia untuk sampai kerumah. Tapi sign dia tu dah takde pulak. Sepatutya dia akan jumpa tokong cina tapi haritu tak jumpa pulak... Cuaca semakin gelap dalam hutan pokok getah.. dalam celah2 dok cari jalan pulang ke pangkal jalan tu.. dia teringat pakcik keret tadi. Dia masih tertanya tanya apa orang tua tu buat kat situ.. Situ dah la ada kuil hindu.. Tak takut tersampuk ke?

Tak semena mena tiba tiba je beg sekolah yang di galas jadi semakin berat.. Buat dia jadi semakin cepat letih & terpaksa berhenti berehat sekejab dari meneruskan perjalanan. Masa dia nak letak beg ke bawah tetiba muncul pakcik keret tadi.. termelatah juga budak tu. tetiba je muncul. Memang orang tua ni spesis wartawan melodi gamaknya suka terjah terjah orang. Atau dia memang suka main aucak macam tu..

Orang tua tu berdiri tak jauh dari belakang dia. Sedikit rasa Kagum juga muncul di hati budak ni. cepat juga orang tua tu berjalan sebab masa dia dok cari sign jalan nak balik tadi tak ada pun nampak kelibat pakcik tu tetiba muncul pulak. Sebab nak cover malu dia terkejut nampak pakcik tu maka dia pun senyum kat pakcik tu tapi hampeh orang tua tu tak balas pun senyuman dia. Macam biasa pakcik tu cuma berdiri tegak & memandang dengan renungan tajam.. Bajet orang jatuh cinta dengan dia ke hapa buat macam tu! hahahaha

Budak tu mula pelik.. Dah kenapa orang tua ni asyik pandang dia dengan muka tak puas hati je. Dia mula terfikir pakcik tu ikut dia sebab bila dia berjalan orang tua tu berjalan bila dia berhenti orang tua berhenti. Nak autograf ke hapa tak sure la kan.. Di amati rupa orang tua tu memang dia tak pernah kenal even kalau orang tua2 kat area tu majoriti dia memang kenal.

Dia mula cuak. Perasam seram sejuk.. seram serik lekatlekit semua dah keluar masa tu. Dia syak pakcik ni bukan manusia.. Tapi puaka pokok ketapang yang menjadi cerita orang kampung selama ni. Selama ni dia ingat saja je orang tua2 nak momokkan budak2 supaya tak guna laluan tu.. Rupanya betul ada puaka pokok ketapang.

Walaupun takut nak mati tapi dia tetap berdiri & sempat check kaki orang tua tu samada cecah ke bumi ke tidak. makin pening dia sebab kaki orang tua tu memang berpijak di bumi yang nyata. Menurut kata orang kalau hantu kaki dia tak jejak ke tanah. dah apa spesis pulak pakcik ni? Manusia ke hantu?? Orang tua masih dok usya tepat pada dia..

Apa lagi dia galas beg.. dia terus berlari mencari jalan pulang. Sesekali dia toleh ke belakang.. orang tua tu still tercegat kat situ. Itu sudah bagus.. dia tak ikut sama berlari seiringan.. seindah bunga di taman.. bak gunung nan megah.. kanda ku puja.. op's... sorry teringat lagu Sharifah Aini pulak.. ok ok.. sambung cerita.

Beg sekolah semakin berat tiba tiba.. Jalan pulang masih jugak tak jumpa jumpa. Habis lenguh2 kaki tangan budak tu.. Dok cari sign jalan pulang tetiba dah muncul pulak orang tua ni. Kau pehal pakcik!! Rasanya dah jauh dia tinggalkan situa sombong tu tetiba ada pulak depan mata ni lahai.. Bila tengok orang tua tu semakin mendekati dia.. dia berlari la apa tunggu lagi. Bila dari tadi dia mencari jalan keluar tak jumpa jumpa, maka sedarlah dia dah tersesat.. So dia ambil keputusan nak patah balik je guna jalan biasa. Kalau dok berjalan tak sampai sampai kesudah.. kang ber camping dalam hutan pulak.

Bila dia cuba nak angkat beg dia dah tak boleh.. seret pun tak jalan. memang berat nak mati begnya. Kedengaran sayup sayup azan dari masjid menandakan dah masuk waktu maghrib.. Time tu dia mula takut.. bukan takut orang tua misteri tu muncul lagi je.. malah takut kena marah dengan bapak dia jugak..

Masa dia cuba menarik beg.. sekali lagi muncul orang tua tu yang berdiri tengah2 jalan kira2 10 tapak dari dia. Kali ni bulu roma dia dah meremang.. lelaki tu bergerak menghampiri dia tapi kaki dia tak berjalan macam manusia biasa. tegak jer.. macam meluncur gitu.. sah bukan manusia. Hatinya makin pasti confirm ni la puaka pokok ketapang yang orang dok cerita tu... Time tu dia langsung tak boleh bergerak.. terus terpaku kaku kat situ manakala situa kutuk tadi... saiznya semakin membesar bagai juara. Ni mesti selalu minum milo kan..

Kelibat lelaki tua yang berpakaian kini tidak lagi berpakaian sebaliknya semakin besar saiz dia.. semakin hilang baju dia & tubuhnya mula di tumbuhi bulu bulu lebat. Salman khan pun kalah ok dengan bulu makhluk tu ok! Nak menjerit pun suara tak keluar. Hanya dia sempat berbisik dalam hati memanggil atuknya.. Wajahnya yang tadi nampak macam pakcik pakcik.. Sekarang dah tak nampak rupa manusia jauh sekali menyerupai najib tun razak yang ensem tu.. Dengan matanya dah tak ada kelopak, biji mata terbuntang macam biji mata tersangkut pada tengkorak, kulit dia pulak bertukar pucat & bertompok tompok kelabu. part rambut pulak bertukar panjang mengerbang serta kusut masai.. So bayangkanlah betapa seramnya permandangan itu.

Dan nak tau apa berlaku kepada budak tu... Sila dapatkan Novel Seram BERTARUNG DENGAN SYAITAN hasil tulisan pengalaman & kisah benar penulisanya sendiri Tajul Zulkarnain. Bukan saja kisah puaka pokok ketapang malah banyak lagi kisah2 yang di kongsikan dalam novel ni.


Antara kisah sekumpulan sepupu yang melalui jalan hutan untuk pergi memancing di sungai. Akibat ada di antara mereka yang mulut celupar & berlagak, salah seorang telah di telan oleh jin tanah. Banyak moral of the story dalam novel bertarung dengan syaitan ni boleh kita ambil pengajaran. Sebab kita sedia maklum.. Jin & syaitan itu wujud.. Mereka pun ada jenis jenis mereka sendiri yang masyarakat melayu bagi nama macam jembalang tanah bagai tu. So semua tu di kumpulkan dalam satu buku yang bertajuk Bertarung dengan syaitan.


Penulisan dalam novel ni memang senang faham.. Gambaran yang di tulis juga senang untuk kita bayangkan situasi dia macam mana. gaya bahasa dia juga santai.. menggunakan dialog2 yang biasa kita gunakan dalam perbualan seharian so perkara menghidupkan lagi watak watak & jalan cerita. takde la rasa macam macam buku teks sastera sangat kan.. hehehe. Tapi jangan membayangkan penulisan Tajul ni macam den tulis cerita seram pulak yer. Tak sama ok! hehehe


Memang enjoy baca. Bagi peminat cerita seram & novel seram memang suggest untuk dapatkan novel ni. Umur yang sesuai bagi pendapat saya.. 12 tahun keatas la. Sebab ramai juga pembaca novel seram di kalangan pelajar sekolah.

Macam mana nak dapatkan novel ni? boleh dapatkan terus dengan penulis novel ni Tajul Zulkarnain. Boleh hubungi beliau di :

 Facebook : Tajul Zulkarnain 


Selain Bertarung dengan syaitan banyak lagi novel novel lain yang menarik untuk di baca seperti mental, Pendosa Dulu Kini Selamanya dan banyak lagi. Boleh follow Tajul di facebook.. Beliau selalu update novel novel tulisan beliau selain boleh beramah mesra dengan penulis jugak. Memang orangnya ramah tamah. hehehhee

SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM

SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM. Ampun.. ibuk ibuk bapak bapak.. Lama tak bersiaran segmen seram serik lekatlekit. Allahu... sejak2 berbisnes dropship ni lahai.. Busy mengalahkan jutawan kosmetik ok! Tu dia kan.. Kalau cerita langit pun boleh runtuh katanya. Sebab dah lama sangat bercuti dari menghantui hangpa semua.. Maka Tora datang lagi dengan cerita seram untuk di isi dalam slot ni.


Ni kami nak share kisah yang kami baca dari 1 forum.. Pengalaman bebudak ni ha. Almaklum bebudak U kan selalu belajar jejauh kan.. Bila dapat emergency call mengelabah la nak balik kampung. Dia tak tunggu esok dah.. Malam pun malam la..

Alkisahnya seorang budak masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Dia dapat call nenek dia sakit tenat. Dia dapat panggilan tengahari.. Memandangkan dia memang spesis celah ketiak nenek.. Alahai, dia rapat dengan nenek dia maka petang tu jugak di berdesup balik kampung walaupun kalau ikutkan dia memang tak suka bertolak balik kampung petang petang hari. Katanya sebab kawasan tu agak sunyi. Petang2 pun dah sunyi yer.. Malam apatah lagi.

Rezeki dia la kan.. Dapat jugak bas pukul 5 petang nak balik kampung. Katanya perjalanan untuk sampai ke kampung lebih kurang 5 jam.. Ni mesti dari ibukota la ni nak balik utara. Den tau la den kan orang utara.. Memang normally nak balik kampung paling cepat 5 jam juga la kan kalau naik bas ekspress. Nak balik kampung dia katanya boleh je redah je naik bas apapun yang menuju ke Butterworth, Parit Buntar atau ke kulim. Tapi di sebabkan Bas paling awal cuma ke parit buntar.. Kira boleh la tu. Lebih kurang pukul 11 macam tu la.. Maka sampai la di di stesen bas parit buntar. Dari Parit buntar memang membohong sangat la nak jalan kaki balik Bandar baru kedah sana nu.. So, dia survey2 teksi kat situ semua kerek tak mau hantar dia. Mujur la ada satu prebet sapu yang sudi hantarkan.. Prebet sapu yer.. Bukan Uber. Tahun 2000 rasanya belum ada uber. Nak tak nak dia kena juga sudi terima pertolongan pakcik prebet sapu tu.. Janji tak sapu licin wallet dia sudah la. Sebab dia dok fikir takut tak sempat jumpa nenek dia.

Sementara nak sampai ke destinasi yeah.. yeah.. puncak cinta tertinggi yeah.. yeah.. Op's sorry tetiba teringat lagu Dato Siti Nurhaliza pulak. Ok ok.. sebelum kena ludah skrin kita sambung balik cerita tadi. Sementara nak sampai tu dia pun berbual la dengan pakcik prebet sapu tu. Satgi orang kata tiang pulak kan sampai tak bertegur sapa. Tengah asyik dok sembang tu tetiba ada sorang minah mana ntah tetengah malam tahan kereta. Pakcik ni tak berhenti la sebab dia dah ada passenger kan? Si budak tu pun masa tu tak fikir apapun pasal perempuan yang tetiba tahan kereta tepi jalan memalam buta sebab otak dia focus nak jumpa nenek dia jer.. Datang bidadari secantik sajat pun dia dah jadi tak bernafsu katanya hehehehe

Bila sampai ke depan sikit.. Ada lagi perempuan tahan kereta. Budak tu mula fikir ramai betul perempuan pukul 11 malam masih tak balik rumah. Macam biasa la driver prebet sapu tu buat lex wat peace jer.. Dia tetap dengan prinsip dia. Dia dah ada penumpang.

Masuk kali ketiga.. Nampak minah yang sama tahan kereta melambai lambai macam yang pertama & kedua tadi memasing rasa tak sedap dah. Yang penumpang tu terkumat kamit la baca apa apa yang patut, si driver tu diam on the spot.. Time ni kalau terkentut confirm kantoi walau bunyi angin je pun. Sebab masing2 sunyi basi layan seram serik sejuk bagai.

Tak lama lepas tu baru pakcik prebet sapu hentikan kereta & suruh budak tu baca la apa yang patut. Mamat tu memang tak berani dah nak pandai luar apatah lagi pandang belakang tepi tengah bagai. Dia tunduk jer.. Memang rasa nak menangis. Tetiba kedengaran pakcik driver melaungkan azan.. Azan tu katanya dengar sayu sangat. Selesai azan.. Pakcik tu takde la lepak lepak isap okok bagai. Start enjin terus gerak la sampai la kerumah budak tu.

Sampai je rumah budak tu.. So di pelawa la pakcik prebet sapu tu bermalam kat rumah dia. Risau juga kang nak balik, minah tu dok tunggu lagi. Almaklum la dia nak tumpang tadi depa tak bagi kan.. Mula2 pakcik tu tolak tapi di pujuk ayah & abang dia.. Pakcik tu setuju la. Lagipun dah larut malam.. Kalau pun tak di ganggu makhluk2 halus, mengantuk pun boleh jadi punca kemalangan.

Maka terbongkar la cerita masa kejadian tu berlaku... Kata pakcik tu dia nampak perempuan tu 3 kali. Perempuan yang sama tahan kereta dia. Lepas tu baru dia perasan macam dia dah sesat sebab dia perasan masa dia tengah drive dia nampak macam ada simpang padahal sepatutnya jalan tu jalan sehala. Dia memang yakin 100% sebab memang selalu guna jalan tu berulang alik. Lepas azan tu baru dia nampak jalan pulang ke pengkal jalan katanya

Lepas kejadian tu.. Memang budak tu takkan balik time kejadian seram tu.Kalau lewat dia lebih rela tunggu sampai siang kat stesen bas. Tu dia memang trauma yang melanda.. menikam nikam jiwa  sungguh budak tu kan? Aje giler kau! Kau belum kena senang la ejek ejek orang.. cer kau yang kena. Jenuh renjis renjis air penawar nak pulih semangat. hehehehe

Moral of the story.. Hantu hantu zaman sekarang pun dah mengalami Osteoporosis.. Jangankan nak terbang.. nak jalan pun dah tak mampu. Sebab tu dia tahan kereta nak tumpang.. Tu pun kedekut hangpa ni. Tumpang sampai kubur sana jer pun.. Boleh la bang... dekat je. hahahaha

SYIF TENGAH MALAM.. HIMPUNAN KISAH SERAM KAKITANGAN HOSPITAL DI MALAYSIA

SYIF TENGAH MALAM.. HIMPUNAN KISAH SERAM KAKITANGAN HOSPITAL DI MALAYSIA. Tu dia.. lama sungguh segmen seram serik lekatlekit bercuti kan. Maaf la.. I sekarang sangat la busy body dengan dropship kuih bulan & pekasam daging berempah. Di samping masih kekal mengambil servis review di blog. Bila dah kena buat extra kerja ni.. Pepaham je la.. Ada yang kena skip sekejab tu yang tak sempat nak up cerita seram terbaru ni. Tapi jangan risau.. Jiwa ku masih berpuaka niyang rapik dulu kini & selamanya. Tunggu settle kes saman RM3juta tu dulu.. Insya Allah kita akan kembali bahagia bersama hehehe..


Tu dia Jumaat awal kan up cerita seram ni.. Bukan apa lama sangat blog lekatlekit ni cuti so hari ni kita awal sikit bersiaran. Tak feel kan baca kisah seram siang siang hari? Ok ok.. akak paham dik.. Tapi ni akak nak suggest kat hangpa yang memang peminat sejati kisah seram seantero dunia. Yang hangpa mesti ada adalah sebuah buku yang di hasilkan oleh 13 orang penulis dari background Medic.. Tu dia.. Orang medic pun pandai dah tulis kisah seram. Ingat hapal nama ubat je kan.. hehehe

Buku ni menghimpunkan kisah kisah pengalaman seram staff staff hospital sendiri sepanjang mereka berkhidmat. Den pun suka juga layan kisah kisah seram di hospital ni.. Sebab feel tu lain macam sikit. Kita sedia maklum hospital ni macam macam kejadian ada.. Setakat berlaku kematian tu setiap hari ok! Takde satu hari malaikat maut tak singgah ke hospital. Tu yang pulang ke rahmatulllah.. Yang nazak.. yang cedera parah.. Yang macam macam la background masalah kesihatan tak cerita lagi.

Mungkin di sebabkan hospital banyak berlaku pertumpahan darah & antara tempat paling banyak menyaksikan kematian berlaku.. Makhluk tu pun suka juga la nak lepak kat situ. Almaklum la.. Jin & syaitan ni suka orang orang yang dalam keadaan lemah & nazak. Time tu la depa nak menyetan.. Suka ambil kesempatan pada orang yang lemah.. So sapa yang ada perangai macam tu suka menindas & ambil kesempatan kepada golongan yang lemah.. Perangai hangpa sama la dengan setan. hahahaha

So, sebab terlampau banyak pengalaman seram yang mungkin pernah di lalui staf staf hospital maka terhasilah buku yang bertajuk SYIF TENGAH MALAM yang di tulis oleh 13 orang penulis.


Baca sinopsis tu agak menarik juga sebab base on kisah benar kan? Nak tau apa kisah kisah yang pernah menghantui staff staff hospital ni.. Hangpa kena la dapatkan buku ni. Rugi wei kalau kata peminat cerita seram tapi tak ada koleksi buku ni.

Macam mana nak dapatkan buku ni.. Senang jer. Boleh dapatkan melalui Cik Misi Bel Nawhen
 Facebook : Bel Nawhen 


Harga dia tak mahal pun wei!! 

Harga : RM20
Postage Semenanjung Rm8
Postage Sabah/Sarawak Rm12

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM. Malam ni malam apa anak anak mummy? Yer malam jumaat, erkk Hari Jumaat sebenarnya hahaha... Anak anak semua malam jumaat ada apa yer.... HANTU? Jangan nak merepek sangat ok! Hantu ni dia tak kira malam apa.. ada je dia kat memana.. Cuma malam jumaat hari ni ada cerita seram baru di segmen seram serik lekatlekit. Mesti anak anak rindu kan.. Ye ye mak paham kesangapan hangpa dengan cerita seram mummy..


Walaupun Mummy sekarang mood seram dah jadi serabut dengan kes saman tengah berjalan tapi bak kata supporter Mummy.. Hidup la macam biasa. Tidur, makan & buat la rutin hidup macam biasa. Mak cuba nak.. walaupun dalam hati tidak la setenang air di kali. Tapi takpe... Perjuangan tetap di teruskan.. Cerita seram pun tetap ada di blog puaka lekatlekit ni.

Malam ni nak share dengan hangpa kisah seorang mat motor EX5 yang melalui detik detik seram ketika dia melalui satu jalan gelap di malam hari. Lokasi katanya area junjung tapi spesifik tempat tu tak tau kat mana. Jalang bukit Lengkok ke kat mana.. Kurang pasti pulak cheq.

Ni kes lepak dengan kawan kawan sampai lewat malam kat kulim.. Bila masing2 mengantuk baru la nak ingat rumah, tilam bantal katanya. Dasar lelaki kan? Kawan2 dia semua tinggal dekat area2 situ je.. dia sorang ja katanya rumah kat Jawi. Bila tengok jam dah pukul 12.. Nak kata cinderella.. lelaki tapi pukul 12 baru nak ingat balik rumah bang Ooi!! So terpaksa la dia redah jalan gelap memalam buta untuk sampai ke rumah dia nun di Jawi sana. Kalau ikut hati katanya dia tumpang tidur rumah kawan dia jer tapi sebab awal2 subuh sapie esok dia ada kerja nak buat tu yang gigih juga balik rumah.

Maka bermulahlah episod.. Ku redah, jalan yang berliku memburu impian.. Sorry makcik lupa lirik. Almaklum cerita mat motor feel sikit background lagu dalam filem gila gila remaja tahun 80an kan. Ok dah.. dah... nyanyi pulak. Kita sambung cerita seram.

Maka dia pun meredah jalan gelap dengan kelajuan 60 - 70km/h sebab katanya motor dia dah uzur. Pepaham je la... Kalau dah uzur nak laju tak boleh. Kang laju tercabut ekzos ke.. terputus rantai ke.. terkepak RIM ke tetengah malam macam tu pun susah jugak kan. Motor uzur ni nak press lelaju satgi dia mampuih tengah jalan baru hang tau apa erti penyesalan..Dah la jalan tu sunyi basi tak ada kenderaan lain yang lalu lalang. Mula2 ok la dia tunggang EX5 dia tanpa prejudis.. Sampai la kat satu jalan yang berdepan dengan jirat cina tetiba Uolls... Tau tak apa berlaku? Salah dia tak jumpa hantu lompat2 pakai stem kuning kat dahi..

Dia terbau busuk sangat. Mula la dia teringat cerita keranda terbang yang pernah kawan dia share dulu. Lepas tu silih berganti teringat cerita kelibat orang naik basikal tanpa kepala.. Tu dia.. Imaginasi sendiri dok momokkan dia. Dia mula cuak. Jantung berdegup laju tak tahu berapa km/j. Tak di nyatkan kadar kelajuan denyutan jantung tu..

Dah la tengah takut teringat kisah2 seram yang kengkawan dia share..tetiba nampak pulak kelibat hitam kat side mirror motor dia. Dia dapat rasa macam ada something ikut. Maka dengupan jantung pun semakin laju.. Ala ala lagu Amelina... berdegup jantung ku mendengarkan nama mu ah.. ah... ah..
Time tu hangpa jangan tanya apa perasaan dia. Ada makan tapak kasut size kaki dia gamaknya. Confirm la kecut luar dalam. Di tambah keadaan sekeliling yang makin gelap.. Nak je pulas Trottle tu sampai habis limit dok fikir motor dia pun dah tahap monopos kan.. kang jam kat tengah jalan tu mati kejung pulak.

So terpaksa la dia bawa juga dengan kelajuan biasa sambil mulut terkumat kamit baca je apa terlintas dalam fikiran. Tak tau la dia baca alif ba ta ke hapa.. tak di nyatakan secara terperinci. Tetiba dia rasa macam jalan dia lalu ni lain je dari jalan biasa dia guna. Dalam celah celah tu datang satu cahaya terang dari belakang.. Bukan hantu langsuir bawa api.. Lampu dari motor RXZ.. RXZ tu katanya memintas laju depan dia tetiba membelok terus ke dalam hutan.. Terus dia brek emergency sebab terkejut katanya. Dia pelik macam mana rxz tu boleh masuk hutan tapi tak dengar bunyi macam kemalangan ke apa.. kalau jatuh ke, terlanggar pokok ke hapa mesti ada bunyi ye dak. Tapi bila dia usya betul2.. rupanya ada jalan yang belok kesitu. Tapi yang pelik bila dia tengok depan dia katanya cuma ada hutan & motor dia berada beberapa inci je dari longkang. Masa tu dia mula pelik.. setahu dia.. dia bawa motor atas jalan dah kenapa tetiba dia berada depan hutan pulak.`Sebab rasanya dia lalu jalan lurus je tadi. Dalam dengan Keliru.. tetiba nampak cahaya lampu dari belakang so tanpa termenung lama sangat dia terus naik balik atas jalan, follow motor tu. Nasib baik honda cup takde la penat sangat nak kejar.. dia follow sampai keluar simpang. Selepas kejadian tu katanya dia serik dah nak lalu jalan tu waktu malam.

Moral of the story.. Kalau dah kekuatan motor tu tahap uzur jangan di uji di jalan yang gelap gelita. Tu je pesanan mummy untuk anak anak malam ni.. hehehehe


MOHON BACA SEKEJAB
__________________________________________

SAYA BLOGGER YANG DI SAMAN RM3JUTA MENGHARAPKAN BANTUAN SEMUA PIHAK TERMASUK PIHAK NGO, AKTIVIS, ORANG POLITIK, NETIZEN & SEMUA

Assalammualaikum..
mengharap bantuan dari semua
Untuk meneruskan perjuangan

Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan
Total kos guaman saya adalah RM44K
Jumlah yang masih belum mencukupi lebih kurang RM20K
Sekurang kurangnya saya perlu sediakan dulu RM10K untuk membayar kos penyediaan perbicaraan kes

Bagi yang baru mengikuti kes saya..
Saya telah di saman kerana menulis satu pendedahan di blog tentang satu produk
Saya perlu membela diri kerana jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta
Sekiranya saya tidak membela diri saya akan di mufliskan & menanggung beban hutang sebanyak jumlah tersebut

PERJUANGAN INI BUKAN HANYA UNTUK DIRI SENDIRI MALAH UNTUK MEREKA YANG LAIN JUGA

Sangat sangat mengharap bantuan dari semua pihak
Tolong bantu saya
Harap sudilah anda menyumbang seikhlas hati
Supaya saya boleh terus berjuang di mahkamah..

TAK KIRA BERAPAPUN SUMBANGAN ANDA, RM10,RM50, RM100 ATAU LEBIH IA SANGAT MEMBANTU SAYA SAAT NI.
SAYA MERAYU PADA SEMUA.. TOLONG BANTU SAYA.

SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN MELALUI 
ACCOUNT MAYBANK 

MOHON SHARE POSTING NI UNTUK MEMBANTU SAYA..


HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA

HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA. Di sebabkan malam ni malam Jumaat.. Malam paling afdal katanya memomokkan manusia penakut macam hangpa.. Maka bersiaran la segmen seram serik lekatlekit di blog lekatlekit.com ni. Jarang jarang sekali den membuat kompilasi cerita seram yang pernah di alami geng mat motor ni. Apa ingat lab cecah lutut.. tak ketaq lutut ka jumpa hantu.. Depa memang berani lab lab kat konar tajam tapi nampak hantu semua pecut juga hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Sebab ada beberapa cerita dari pengalaman mat motor yang den dapat dari sebuah forum.. tapi den pilih satu cerita je antara cerita2 yang di kongsikan kat situ. Banyak2 satgi ada yang kejung depan blog den pulak lepas baca. Tak pepasal den di persalahkan oleh 7 keturunan hangpa. 

Alkisah cerita dia seorang mat motor ni nak balik dari hartamas dengan kawan kawan dia. Of course naik motor.. Takkan la naik angin pulak kan? Kisah mat motor kot.. Masa dia mula sedar diri untuk pulang kepanggal jalan.. erkk.. kerumah time tu dah pukul 11.55 malam. So dia berkonvoi balik dengan 2 orang lagi kawan yang sebab jalan balik tu sehala.

Sampai exit tol rawang salah sorang terus ke tangjung malim katanya.. dua lagi masuk exit tol rawang. Sampai sungai choh kawan dia yang konvoi dengan dia balik rumah maka dia meneruskan perjalanan sendirian menuju ke sg buaya yang katanya lebih kurang 10km dari rumah kawan dia tadi.

Sampai kat satu simpang nak masuk jalan gelap dia stop sat kat tepi jalan.. Tujuan dia nak tunggu kot2 ada kereta lalu boleh la menumpang pulang bersama sama. Bukan tumpang kereta tumpang beriringan sebab dia takut. See... Mat motor pun ada fear factor dia ok. Dia takut sebab jalan gelap katanya... Time tu dah pukul 12.45.. Dah tau takut gelap tetengah malam baru hang ingat rumah sapa suruh. hahahaha

Dok tunggu sebiji kereta pun tak lalu masa tu. Sebab jam pun dah 1 pagi so nak tak nak dia gerak juga sengsorang pelan pelan. Masuk je jalan gelap terus dia pasang high beam pastu tunggang motor maintain 100kmh walau dalam hati tu dah cuak. Risau berlaku apa2 memang mampuih la dia. Sesambil layan konar kiri kanan tetiba ada something ketk helmet dia dua kali. Time tu dia buat tak tau lagi sebab dia syak maybe serangga terlanggar visor helmet dia. So dia teruskan perjalanan ini.. menuju destinasi, berbagai lebuhraya di laluli.. Sorry admin blog ternyanyi pulak. heeehe

Sampai last corner katanya.. Tempat tu memang port bebudak motor maut katanya. Dia tunggang macam biasa memang tak pandang side mirror langsung tengok jalan jer. Katanya ngam ngam kelur corner tetiba.. mak kau hijau! Tu dia terlatah pulak.. Bukan apa dia nampak ada sesuatu berdiri tepi jalan. High beam motor dia pulak ngam ngam sulu kat era menatang tu.. Na'uzubillah.. Nampak la jelas sekujur tubuh serba putih.. (standard uniform makhluk tu) dok park elok.. baik punya tepi jalan.

Apa hangpa ingat mat motor tu nak bagi tumpang bonceng kat belakang. Sorry ok! Dia pecut sampai redline sambil terkumat kamit la membaca apa je dia inga. Sampai rumah tak turun buka gate dah.. main langgar je. Tak sempat off motor terus ketuk pintu panggi mak dia.. Time tu memang meremang segala bulu yang ada. Bila mak dia buka jer pintu terus menerpa masuk tak buka kasut. Bayangkan la macam mana takutnya mat motor tu. Sampai mak dia tak tanya pun tak jawab sepatah. Terus masuk mandi, ambil wuduk & solat Isya sebab dia belum solat katanya.

Moral of the story.. Tak kira kau mat motor, konar baring cecah lutut ada rekod cium tar jalan setiap tahun tapi masih tak pernah serik bawa motor.. tetap jangan sesuka balik lewat malam. Baru acah acah possing tepi jalan.. hang dah pecut sampai kecut.. Belum dia tumpang seat belakang.. Gamaknya putus urat kentut. hehehehe


KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI

KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI. Bertemu lagi yer kita anak anak.. dengan bedtime story malam ni.. Bukan apa kalau tak up kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni ada orang katanya akan mengalami insomia tak boleh tidur malam.. Amboi! Nak tido pun kena momok2 dengan cerita seram kan...


Ok la.. sebab malam ni ber mood nak up cerita seram.. mai dekat sikit anak anak. Mak nak cerita ni sebuah kisah seram untuk masa depan. Alkisah tersebut la kisah.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan firaun...

yer semestinya bukan kisah sang kancil. Saja je tu buat lawak.. ye ye.. tak lawak. Mak paham nak hangpa tak sabaq nak baca kisah seram pasal makcik kantin SMK tanjung Puteri ni kan? Mari kita mulakan cerita dengan bacaan Bismillah dulu..

Kisahnya seorang makcik kantin ni.. Almaklum la makcik kantin mesti la datang awal nak prepare semua benda sebelum budak budak datang sekolah & nak makan kat kantin. Makcik kantin ni normally pukul 5 pagi dia dah terpacak la kat kantin sekolah tu.. Takde la terpacak sebab nak nyanyi lagu Negaraku depan tiang bendera kat tapak perhimpunan tu.. Kejadahnya makcik tu nak buang tebiat pepagi buta terpacak depan tiang bendera kan. Of course la dia nak mulakan tugas harian dia sebagai makcik kantin yang dedikasi melakukan tanggungjawabnya terhadap kantin sekolah.

Selalunya kawan makcik ni akan sampai dalam pukul 5.30 pagi. Depa tong tong la buat kerja.. sorang kat dpaur sorang lagi prepare la barang nak masak. Makcik ni dia ni jenis telinga lintah.. Bukan makcik tu takde cuping telinga macam lintah tapi pendengaran sangat tajam. Bunyi semut kentut pun dia boleh dengar.. (Ok tipu). Masa tengah buat kerja dia dengar bunyi something macam orang bukan pintu kat belakang kantin..  Mula2 ingat bunyi kawan dia buat kerja tapi bila di amati betul2 bunyi tu.. Lain macam bunyinya.. Amboi! Bukan bunyi seksafon kasim selamat la.. Kasim selamat dah lama habis zaman. 

Bunyi yang makcik ni dengar bunyi seakan akan macam bunyi orang seret rantai besi atas jalan.. dah sapa pulak pepagi buta lari dari penjara kaki kena rantai besi tak sempat buka. So nak pastikan pekebenda & dari mana datangnya bunyi pelik tu makcik ni tengok la melalui tingkap dapur kantin. 

Apa yang makcik tu nampak... Tidak bukan kawan dia tengah main zero point dengan rantai besi. Belum gila kawan dia nak buat perangai tak semegah macam tu. Apa yang makcik tu nampak adalah jeng.. jeng.. (Drum Plesss!!)

Ada lembaga tengah berjalan sambil pegang something yang berat tapi dia tak tau apa benda. Tak nampak sangat gamaknya.. pepagi subuh sapie macam tu kan. Dalam samar samr dia nampak lembaga tu menuju ke stor kemahiran hidup di blok sebelah. Makcik tu kumpulkan semangat Sailormoon supaya tak terlalu takut dengan apa yang dia nampak & sambung buat kerja macam biasa. Dia tak bagitau sesiapa sampai la waktu rehat tengahari baru la dia buka story pasal apa yang dia nampak. Kawan dia yang sorang tu dah kecut sebab dia buat kerja masa tu kat belakang dalam stor.. Lokasi di mana makcik tu nampak lembaga tu menuju ke destinasinya. terus minta masuk kerja lepas subuh akak tu wei.. Tapi makcik yang berjiwa sailormoon tu rilex & tetap masuk kerja sebelum subuh. Apadahal... 

Di sakat benda2 mistik tu katanya bukan makcik kantin tu jer.. Tukang kebun pun pernah kena. Katanya pernah berlaku sesuatu yang menyeramkan masa tukang kebun tu datang repair mesin rumput waktu malam. Tapi apa kejadian & kejadahnya tak pulak tukang canang ni cerita. Hampeh toi! Kalau tak boleh juga yer den share kat dalam entri ni.

Katanya.. Sekolah tu dulu adalah sebuah markas tentera jepun masa perang dunia. Biasa la.. Ni mesti naik kaitan dengan hantu jepun atau hantu roh tak tenteram yang di siksa & di bunuh tentera jepun kan? Tipikal sangat tau!! Ni mak nak pesan yer anak anak.. Orang yang dah mati takkan jadi hantu sebab mereka dah terpisah dengan dunia & mereka takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk jelmaan pun. Even jelmaan seekor tungau pun tak boleh. So, ubah kepercayaan hangpa orang mati jadi hantu. Dah nak masuk 2018 beb.. takkan tak move on lagi dengan kepercayaan karut tu.

Moral of the story.. Jelmaan2 seram yang mungkin ada orang nampak yer boleh jadi bukan manusia tapi bukan juga jelmaan dari roh orang dah mati. Ia tak lain tak bukan.. jin & setan la tu.. Memang dah kerja dia menyesatkan anak cucu cicit adam ni. 

Sumber cerita : CARI

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS. Macam macam jenis jelmaan jin & syaitan ni kan.. Macam macam cara depa buat nak menyakat anak cucu adam ni. Tu yang tercipta macam macam gelaran untuk dpa dengan Sir Name dia hantu.. Hantu pocong la.. hantu langsuir la.. hantu kum kum la.. Ni apa cerita pulak hantu air panas.


Mesti hangpa tak sabaq kan.. Dah lama tak ada koleksi seram terbaru untuk slot seram serik lekatlekit ni. Orang kata.. Sekali sekala baru ada feel rindu tu. Kalau hari hari satgi hangpa cemuih (bosan) pulak. So malam ni meh sini kami nak setori mori kisah dari perkongsian di Forum cari.. Alkisah kejadian seram yang berlaku di sebuah asrama katanya lokasi berdekatan dengan hospital taiping. Perak utara sana nu..

Alkisahnya depa ni student yangi pratikal kat hospital taiping & di sediakan la asrama yang tak jauh dari hospital untuk bebudak pratikal. Depa student course apa.. dari IPTA atau IPTS mana jangan dok tanya pulak.. Takde geluk jampi pulak nak siasat. Setakat tu je info yang den dapat.. Lagipun penting sangat ke dorang student mana kan.. Yang penting pengalaman seram depa tu yang den nak, ok!

Hostel ni ada dua bangunan. Bangunan yang budak tu duduk katanya agak berhantu. Awal awal lagi security kat situ dah pesan.. Kalau nak guna library jangan lebih dari pukul 11 malam.. So tak payah overnight la kat library. Tapi bebudak laki ni memang spesis memang tak dengar cakap. Nak kata atas kepala ada 2 pusar rambut tak tau la kan.. Yang orang kata jangan tu la jugak depa nak buat. Dasar lagi tak kena sekeh.. Walau guard pesan jangan lelama kat library lebih dari pukul 11 malam.. depa tetap study sampai pukul 12 malam.. Rajin budaknya yer. Kalau tak grade dengan cemerlang ni.. Tak tau la. Kemurungan jugak la kan.. sebab rajin sungguh belajar.

Malam pertama kat library tu ok la.. tak ada apa berlaku. Almaklum la malam pertama of course la indah indah belaka. hehehehe... Almaklum la depa student pratikal kat hospital taiping tu.. esok pagi kena stanby kat hospital & kena jawab macam macam soalan dengan doktor. Tu sebab depa pulun study sampai overnight katanya. Langkah persediaan untuk mengelakkan kena bebel dengan doktor sebab tak study. Bagus.. Anak sapa la depa ni kan?

Habis study balik hostel salah sorang roomate budak ni masak air guna jug elektrik tu. Standard la student kan.. memang pakai jug elektrik je. Sementara tunggu air masak.. takde makna dia nak tenung jug tu. So depa sambung study sambil borak borak. Jangan tanya pulak depa borak apa.. Kau ingat ni drama ke semua nak cerita detail. Ops sorry termarah pulak. Ok sambung..

Kalau yang tak tau jug elektric tu macam mana.. Ni la rupa dia

Kat luar tu sayup2 katanya bunyi suara cengkerik & unggas. Alah suara cengkerik apadahal kau nak takut.. Tapi bukan tu yang depa takut pun. Lagipun hostel depa ni tak jauh dari tasik taiping.. so banyak la haiwan & serangga bernyanyi riang waktu malam. Biasa la malam pesta muda mudi unggas rimba katanya.

Bila dia rasa air dah masak.. so dia nak pergi la buat air. Sekali nak tuang air tak keluar. Memang tak tun tuang juga la kan.. Tetiba air tak keluar, kau dah kenapa? buang tebiat? Bukan air panas tu membeku tapi tetiba air tu macam kering dalam jug. Dia check atas lantai kot2 tumpah ke hapa.. jug bocor ke sapa tau. Tapi tak ada kesan air pun tumpah atas lantai. Sementara tu kawan2 dia yang lain dah selamat ke alam barzakh.. ops ke alam mimpi. Semua berdengkur tak ingat dunia dah.. tengah malam kot.. So, dia rasa kawan kawan dia punya kerja nak prank dia ke hapa.

Dia pun masak la sekali lagi air & pergi sambung study balik. Dengar je bunyi air dah masak cepat cepat dia ambil jug tu.. Tu dia.. ni betul betul kejadian mistik. Sekali lagi air dalam jug hilang.. Berhijrah ke alam ghaib ke hapa tak tau. Takkan alam ghaib pun ada masalah bekalan air kena catu kot.. Main curi curi air bebudak asrama.. tak paham aku hahahhaa.

Yang best budak ni bukan rasa takut tapi rasa geram pulak di permainkan untuk kedua kali. Apa ingat tak tacing ke? dua kali masak air... air hilang. Nak melawak pun jangan la tetengah malam hantu Ooi.. Budak tu nak study.. tekak kering. Dok main curi air panas dia pulak.. Menangis kang baru tau!

Ok ok.. sambung cerita budak tu masak air buat kali ketiga tapi kali ni dia bertapa depan jug tu sampai air masak. Tak puas hati punya pasai.. Dia nak tengok juga sapa sedut air panas mengelegak tu.. Punya dia focus kat jug tu sampai tak alih pandangan kat memana. Bila bunyi air dah nak masak & wap air nampak keluar dari jug tu.. tetiba dia dengar satu suara panggil nama dia...

Suara tu halus je katanya.. Sesuai la kot dengan spesis dia yang di gelar makhluk halus kan. Budak ni pun paling la kearah suara tu tapi bila dia berpaling suara tu pun hilang maka dia cepat2 pandang balik jug air panas dia tu.. sekali air hilang lagi. Memang patah amin... ops patah hati. Tergamak sampai 3 kali di persenda tanpa keperihantuaan.

memang haremjadah hei sungguh la hantu ni kan.. Budak tu punya focus kat jug air tu pun depa still buat trick nak curi air dia lagi. Entah kenapa simpati pulak aku dengan budak ni di permainkan tetengah malam macam tu. Kalau nampak ni boleh jugak tumbuk sedas dua.. Tapi apa kan daya spesis tu bukan semua orang boleh nampak.

Lepas tu baru la masuk babak seram.. Bila dia dengar suara mengilai dari luar asrama. Jadah sungguh kan.. dah curi air panas, gelakkan pulak budak tu. So kisah pasal air panas dia yang tetiba hilang sampai 3 kali tu habis setakat tu jer..

Kisah kedua pulak.. Macam biasa la bebudak rajin belajar ni pergi library & stay sampai lebih dari pukul 11. Tapi malam tu.. takde dah moment2 indah dalam library seperti malam malam pertama mereka..

Jam dah lepas pukul 12.. tetiba depa dengar suara budak menangis. So masing masing tertanya la anak sapa menangis.. Sapa pula buang anak kat situ memalam buta. Takkan ada orang terberanak tepi library pulak kan.. Hospital bukannya jauh pun, takkan la kat situ juga nak beranak.

Masing masing 'No idea' anak sapa menangis tetengah malam. Sebab masing2 pun cuak.. apa lagi cepat2 kemas buku & keluar dari library. Sempat la nampak pak guard yang berkawal kat situ dok suluh dekat pokok besar yang tak jauh dari library. Salah seorang dari bebudak tu sempat dengar pak guard tu bercakap suruh something atas pokok tu duduk diam2 & jangan kacau depa. Tapi tak pasti dengan siapa dia bercakap cuma syak.. Bukan dengan manusia.. Takkan guard bela saka? Tak baik pitenah.. kalau tak tau yang sahih. So berbaik sangka maybe dia bela burung atas pokok tu...

Memang mula2 bebudak ni slambe je study kat library walau dengar suara pelik pelik memalam buta tapi bila selalu sangat kejantanan masing masing tercabar juga. Maka tak ada la yang berani study kat library lebih dari pukul 11 malam. Dekat pukul 11 jer masing2 kemas apa yang patut balik hostel.

Katanya kejadian air panas hilang dalam jug tu terus berlaku sampai la budak ni malas nak masak air panas lagi. Asyik curi air panas.. Aku pun tak faham sangat kenapa air panas hahahaha. Nasib baik dia curi air panas jer.. dia tak muncul simbah bebudak tu dengan air panas.. 

Pelik sungguh hantu asrama bebudak tu kan.. Dalam banyak banyak benda, air panas jugak dia target. Tak tau la apa sejarah dia dengan air panas.. Susah nak di rungkai misteri makhluk ni dengan air panas. hahahaha

Moral of the story.. Duduk asrama kalau ada larangan membawa peralatan elektrik macam tu jangan ingkar. Jangan sampai hantu take over jadi warden hangpa baru hangpa nak ikut peraturan. Peace Yo!

PENGALAMAN SERAM PEMANDU UBER PENANG BAWA PENUMPANG GHAIB UNTUK JARAK 0.01KM

PENGALAMAN SERAM PEMANDU UBER PENANG BAWA PENUMPANG GHAIB UNTUK JARAK 0.01KM. Lama rasanya tak up cerita baru kat slot seram serik lekatlekit ni kan? Asyik dok ulag repost cerita lama yer.. Even masih mendapat feedback positif. Almaklum la kat pesbuk kami tu ramai kengkawan baru yang add friends & follow. Untuk followers lama jangan la kecik hati. Abis basah bucu katil dok menangis sebab ingat kami menganak 'tiri' kan hangpa. Mana ada..


Sebab musim tengkujuh pun dah datang. Air hujan yang dok turun pun dah menyebabkan 'bah' dia certain negeri termasuk penang. Tak payah dok tambah air mata hangpa tu lagi na.. Mai la dok rapat sikit kami nak story satu cerita seram pengalaman dari seorang pemandu Uber di Tanjung Bungah, Penang sana nu.. pa habaq hangpa? Malam ni bawa uber lagi ka? Hehehehehe

Alkisahnya dia ni bawa uber memang tak ikut office hour la. Ikut suka dia la rasa nak ambil passenger pukul berapa pun. Almaklum kerja tak payah punch card ni kan. Diam tak diam dah setahun dia dok buat kerja loglaq bawa uber lagu tu katanya. Nak di jadikan kisah seram..

Pada satu malam yang sepi.. pi.. pi.. Malas la nak nyanyi lagu pak mat jual topi, topi pak mat koyak, pak mat jual tempoyak. Dah ada dalam entri seram sebelum ni dok nyanyi lagu tu ja. hehehehe.. ok ok sambung cerita. Alkisahnya satu malam tu, dalam pukul 12 malam macam tu, mamat uber ni dia dah gerak balik la. Masa tu kat tanjung Bungah.

tetiba dapat mesej ada customer nak uber suruh ambil. Alang alang nak balik tu.. takpe la kira tu la last customer dia malam tu so dia 'accept' la customer tu. Dia pun tak fikir apa2 masa tu. Bukan benda pelik pun orang request uber tetengah malam.. Mana tau kaki clubing ke hapa ye dak. Depa spesis burung hantu. siang mengantuk malam berjaga. Tu yang umur belum 40 tahun dah rupa nenek nenek si bongkok tiga hehehehe.

Tanpa fikir banyak so dia pun ikut je direction maps. Tapi bila sampai kat lokasi nak pickup customer tu katKubur cina. tapi dia masih berbaik sangka.. Maybe customer dia baru habis siram kubur family dia ke hapa. Dia rasa memang tak salah tempat sebab kat telefon dia pun di maps mention 'We are arrived. Bermaksud dah sampai di tempat sepatutnya dia pickup customer tapi cuak tu ada juga bila dia tengok sekeliling gelap gelita & tak ada sapa2 muncul atau tunggu uber.

So untuk kepastian dia cuba call customer untuk tanya kat mana la dia menyorok. Celah kubur ke dalam kubur ke hapa. Jangankan batang hidung.. bayang pun tak nampak. Jangankan bayang bau nafas pun takde. Kalau ikut maps tu memang dia sampai di tempat yang betul dah.

tetiba applikasi Uber dia Offline.. Mujur dia ni jenis orang yang rilex. So dia tunggu lagi la 5 minit. Maybe customer tu baru habis cabut rumput & bakar colok kat kubur.. baru terhegeh hegeh nak turun kan. Dalam celah celah tu.. Nak uji keimanan seorang pemandu uber yang konon cool je sejak tadi.. Muncul pulak bau wangi menusuk ke lubang hidung dia. Tetiba rasa macam ada something dalam kereta dia. Time ni memang tak berapa cool dah.. dia mula rasa awas kru pulak.

Nak abaikan rasa rasa yang tak best.. dia sesaja la bebel sengsorang dengan ayat 'Sapa nak bayar trip aku kat sini ni wei?" Lepas tu dia tekan start balik trip tu dalam pada masa yang sama aplikasi uber tu kata dia dah sampai dekat tempat customer nak pergi. Terus keluar mesej 'Drop Off'. Katanya normally setiap kali passenger berjaya di hantar ke lokasi yang mereka nak pergi memang akan keluar mesej 'Drop Off' membawa maksud dah sampai.

Dia mula pening pening langau dah.. Bayangkan customer tak bagi detail tempat dia nak pergi tapi maps boleh proceed tempat dia nak pergi. Tu dia.. Jangankan fikir guna logik akal... guna kepala lutut pun susah nak cari logik celah mana. Maps dah jadi magic hehehehe. Tetengah malam juga dia nak bergurau kan? Macam takde siang hari.. Gurau pulak kat kubur cina. Pilih la tempat boleh picnic sikit nak bergurau senda katanya.

Yang buat dia semakin pelik dekat maps katanya keluar alamat dia nak pergi tu unknown. Bila dia periksa balik jarak antara lokasi pickup dengan lokasi dia nak pergi tu cuma 0.01km. Biaq betoi la hantu ni.. Jarak macam tu pun nak naik uber ka? Dia mula rasa tak sedap hati so dia bawa kereta keluar dari jalan tu sebab makin lama dia dok layan makin merapu & pelik jadinya. Lebih kurang 5km dia drive dia jumpa stesen minyak dia singgah pi toilet bagai nak bagi hilang apa yang patut dalam kereta dia. Tapi bila dia masuk balik dalam kereta still ada bau wangi. Moga time tu dia dah check bukan bau pewangi kereta la... manatau orang dalam keadaan takut ni semua jadi seram kan. hehehehe

Sebab masih tak hilang bau wangi tu. Dia syak ada something ikut dia dari kubur cina tadi. Patutnya dia dah sampai kat tempat dia nak tuju tadi, dah kenapa pulak tak turun turun lagi dari kereta ni. badan pun rasa seram sejuk beku bagai dah. So dia bersuara la sikit ' Aku nak balik dah ni hang turun jangan duk ikot aku, aku nak balik.' Dia baca ayat kursi.. lepas 5 minit tu bau wangi tu pun hilang. terus call bini cakap dah on the way nak balik & terus dia drive balik.

Katanya tu la pengalaman paling 'teruk' sepanjang dia bawa uber tapi takde la lepas tu terus serik bawa uber. Tak jantanMen la kan.. Memang cara tu dia cari rezeki so dia teruskan je kerja dia macam biasa.

Moral of the story.. Hantu zaman sekarang pun dah tak layan sangat teksi.. dulu dok dengar cerita pemandu teksi je kena sakat kan. Sekarang hantu pun dah upgrade naik uber even jarak 0.01km je.. Malas nak terbang la tu kan? Atau nak 'try' pemandu uber tu tak tau la. Apa ingat spesis hantu ni takde yang gatal mengenyam ke?hehehehe

Sumber cerita : Penang Kini

KISAH SERAM MISTERI KLCC.. SATU LEVEL DI KOSONGKAN UNTUK 'DIA'

KISAH SERAM MISTERI KLCC.. SATU LEVEL DI KOSONGKAN UNTUK 'DIA'. Hangpa rindu segmen seram serik lekatlekit ka..?? Kesian hangpa noh.. meleleh ayaq mata tunggu update terbaru kisah seram kat blog kami ni. Sorry la.. kami sibuk sikit tak sempat nak perasap kemenyan kat blog ni tu sebab tak ada cerita seram tu. Almaklum.. struggle cari duit nak bayar lawyer kan. Hat tu lagi seram kalau tak dapat bayaq.. hehehehehhee


Ok hari ni kami nak share kisah misteri yang di katakan berlaku kat KLCC.. Tu dia kebanggaan orang key el katanya KLCC. Baru urban lepak KLCC. depa tak tau ingat tempat urban ni tak dak cerita mistik ka? Apa hangpa ingat hantu tak up to date? Ingat depa lepak kat rumah tinggal & banglo usang ja ka? Depa pun lepak KLCC jugak ok..

Masa kami dok baca kat forum kisah seram terjumpa satu threat yang share kisah misteri di klcc ni. Katanya kat bangunan KLCC tu ada satu tingkat (Level) di kosongkan. Memang kalau naik lift tak ada no untuk tingkat tu. Memang level tu takkan ada lift berhenti atau terbuka la kot. Menurut cerita.. terpaksa di kosongkan sebab ada gangguan. Gangguan apa & macam mana tak pasti la.. Tapi apa yang di gambarkan gangguan mistik la bukan gangguan bekalan air ke hapa yer.. Jangan loyar buruk sangat ok!

Satu lagi misteri yang memang misteri la katanya.. Ada satu tasik buatan depan KLCC.. katanya kat tengah tasik tu ada pulau kecik. Tu pun ada misterinya. Misteri apa tak pulak di ceritakan. Memang spoil la orang yang share kisah ni.. Betul betul misteri sampai tak ada cerita langsung di sebalik misteri yang dia cuba sampaikan. hahahahaha

Ada satu kisah terbaca kat threat dalam forum tu.. Pengalaman dari someone ni. Dia kerja kat situ. Pada satu hari tu dia naik dari L42 ke M dalam pukul 8 malam gitu.. Tetiba terbau wangi yang amat. Bau tu seakan akan bunga melur.. Masa tu dia dengan bos dia. Mujur la kan ada bos.. Kalau sorang sorang gamaknya terbau pelik pelik macam tu dia pun jadi macam bunga bunga cinta layu di pusara jugak.. Bau tu ok la kan.. Tapi masa lift sampai pintu terbuka, dia hampir nak masuk dah ni bos dia tetiba tertoleh sebelah kiri... dan ternampak... Jeng jeng jeng..

Bukan nampak retis tak juga nampak bos yang lagi besar dari bos dia tu Tapi nampak seorang lelaki dengan senyuman yang menyeramkan.. lebih senang faham dia menyeringai kat depa. Bila pandang bawah.. confirm bukan manusia. Tak nampak kaki. Memang tak tunggu la depa nak bersalaman apatah lagi berkenalan.. terus masuk lift mulut terkumat kamit baca apa yang patut.

Katanya seminggu selepas tu colleage dia pun kena sakat dengan pocong.. siang siang hari pun dia tak bagi change ok! Sedia bermomok untuk negara katanya. Sakat selagi ada peluang. Memang setan punya hantu kan???

Ada satu cerita kat level bawah tanah katanya.. Sorang techician ni pergi nak buat kerja kat situ nampak satu lembaga menyerupai manusia boleh berjalan tembus dinding.Ni ilmu dia tinggi ni. Mungkin dia belajar dengan kaki ponteng sekolah dulu. Boleh tembus tembok sekolah nak lari keluar. hahahaha

Kisah seterusnya.. kejadian berlaku kat lift jugak. Minah2 ni nak naik lift bila pintu terbuka nampak ada sorang budak dalam lift. Budak je.. apa ada hal. Tak seram pun budak tu.. Tapi bila dorang masuk dalam lift tetiba suara annouce Lift overload padahal depa bertiga je. Jadahnya overload.. semua badan takde pun oversize.. masing masing berpandangan sesama sendiri tak lama lepas tu pintu lift tertutup. Masing2 diam tak kata apa dah la time tu. Buka je pintu lift memasing berebut nak keluar dulu. Menjadi misteri sampai sekarang apa yang menyebabkan lift tu overload?? Maybe ada simpan jongkong emas dalam perut gamaknya hahahaha

Ni kisah agak seram.. Pengalaman seorang geologist kena kacau masa buat kerja. Pejabat dia kat bangunan tu juga. Level apa.. department apa.. tak pula di bagitau. Kisahnya dia tengah buat kerja.. dok lipat2 kertas tetiba dia nampak seorang budak bogel dok pandang dia buat kerja.. Walaupun budak memang cukup dia buat segala bulu buluan meremang tahap tercabut akar juga la.. Di tambah lagi bila dia dongak nampak mak bapak budak tu pun ada sekali join tengok dia buat kerja. Memang dia takde tunggu minum kopi cicah biskut hupseng ke hapa dulu la.. capai beg gerak selaju mungkin mengikut kekuatan tenaga zahir & batin yang ada masa tu.

Ni kisah di level 14, tower 2 pulak.. Ada sorang minah ni kerja kat HR department. Dia ni katanya memang lemah semangat. Kurang minum air jampi la tu hahahaha tapi selalu stayback sampai lewat malam. Katanya tiap kali dia nak ke tandas mesti nampak ada kelibat putih terbang tepi dia.. kita macam jalan bersaing macam tu. Macam nak temankan dia ke tandas.. Dan kadang2 katanya nampak cik ponti tercegat lepak luar tingkap tengok dia buat kerja. Aku syak cik ponti tu.. teringin nak keja dalam opis kat KLCC tapi application dia kena reject sebab status bukan manusia hahahaha

Cukup la tu kompilasi kisah seram yang berlaku kat bangunan berkembar petronas KLCC tu.. kang ada yang hantar surat resign pulak kan. Tak pasal pasal blog lekatlekit.com di tuduh punca staff2 yang bekerja di bangunan KLCC letak jawatan secara berjemaah.. hehehehe

Moral of the story.. macam biasa kisah seram yang berlaku kat bangunan tinggi2 & besar besar ni mesti ada kaitan dengan perjanjian dengan makhluk mistik sebelum bermula projek pembangunan kat situ.. atau ada kaitan dengan trajedi yang meragut nyawa ketika sedang di bangunkan.. Yang sahihnya tak tau samada ada kaitan atau cuma kebetulan...

TIDUR BERBANTAL PELUK POCONG

TIDUR BERBANTAL PELUK POCONG. Lama betul kan tak share kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Almaklum la busy sikit dengan kerja kerja penulisan berbayar kat blog ni. Almaklum la.. struggle nak kumpul RM40K ni.. Tu nak buat spekulasi la tu kata kami nak naik pelamin 7 tingkat sampai RM40K bajet.. Kami dah kawen & ada anak dah pun.. Tak terfikir nak memadukan laki kami hahahaha... RM40K untuk kos guaman la. Kan kami ada kes mahkamah la ni.


Di kesempatan yang penuh kesempitan ni.. Bagi mengubat hati hati yang rindu dengan kisah seram kat blog lekat lekit kami up juga la entri walau bukan kisah seram tapi kategori koleksi menatang seram jugak la. Tak tau manusia akhir zaman ni pocong pun depa nak buat teman tidur.. tak paham aku. Awat bantai busuk hangpa tu tak cukup seram lagi ka bau bangkai dia hahahaha

Sejak 2 hari lepas perasan benda ni viral. Tapi rasanya bukan kat Malaysia ni... Ni negara2 mata sepet la ni kalau merapu raban macam ni. Viral bantal peluk pocong. Tak meninggal ke memasing kalau terbangun mamai mamai tengah malam nampak bantal peluk pocong tu? Amboi dah cukup berani ka hangpa?


Silap haribulan.. Pocong kat sebelah pun dia tak perasan ni dok ingat bantal peluk dia jugak. Gamaknya ada ka yang sanggup jadikan bantal pocong ni teman tidur.. Ternyata yang macam tu forever alone hahahaha


Walaupun kami suka tengok filem seram & baca kisah seram tapi tak tergamak pulak nak simpan menatang tu walau hanya bantal dalam rumah. Tak berapa nak elok kot bagi kita orang Islam ni. Punya banyak bantal macam2 jenis bentuk yang comel & cecantik pocong jugak hangpa nak.. Tak sabaq nak kena kafan ke camna? hehehehe


Tak tau kat mana jual bantal pocong tu.. Jangan ada yang dok tanya pulak satgi. kang kami pulak memocongkan diri tak cukup tanah kot hangpa nak lari. hehehehe Try la google kot2 ada juai kat china ke mana... tak sure la pulak.

Moral of the story..yang ada ahli keluarga sakit jantung hope jangan la simpan dalam rumah. Kang ada yang tinggal kenangan..

SERAM! JELMAAN MISS KILANG SONY YANG DI ROGOL & DI BUNUH GANGGU PEKERJA

SERAM! JELMAAN MISS KILANG SONY YANG DI ROGOL & DI BUNUH GANGGU PEKERJA. Kembali bermomok momokkan di segmen seram serik lekatlekit malam ni. Suka la tu.. sejak dua menjak ni banyak cerita seram kami share kan.. Berderet2 kisah seram dari kilang katanya. Almaklum la musim melawat kilang kilang pulak. Asyik hotel, rumah sewa & asrama jer.. Kita bagi publisiti kat hantu kilang pulak. Depa pun nak juga populariti. Selama ni depa dok menyakat minah2 kilang takde sapa pun nak mengangkat depa di persada seni.. Maka atas perikehantuan lekatlekit.com nak bagi mereka publisiti pulak.


Biasa la cerita ni kami dapat dari forum... Kami suka jadi silent reader kat forum - forum bila kami memburu hantu. Katanya peristiwa ni berlaku sebelum tahun 2000an. Senang paham tahun 90an la.. tak tau la awal atau lewat 90an.. Tak di nyatakan secara spesifik sangat time tu.. Yang tu tak penting. Yang penting di mana ada cerita seram.. disitu kita terjah. hehehehe

Kisahnya bermula bila seorang pekerja kilang tu (perempuan) katanya bekas Miss Sony. Kalau dah di anugerahkan Miss SONY tu maka ketahuilah tuan tuan & puan puan.. memang lawa orangnya, tidak syak lagi. Anak sapa jangan tanya kami ok! Kalau dah lawa maka ramai la peminatnya.. Cuma depa kata dia ni sombong sikit. Bukan sombong kot maybe tak mau la orang kata perempuan takdak value melayan semua lelaki kan.. Almaklum la jadi orang lawa ni kadang kadang serba salah. Tak layan salah.. layan pun salah. Hanya mereka yang lawa ja paham.. So kami paham situasi tu sebab kami pun lawa jugak... hehehehe. Ok ok.. maaf kalau ada yang termuntah pelangi tepi skrin.. Cukup penghinaan dengan muntah tu jangan hina kami lebih lebih sangat satgi kami tacing tak jadi cerita seram dah.. jadi drama airmata ja.

Nak di jadikan ceritanya.. Pada satu hari orang jumpa mayat dia dalam gudang di kilang dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Kayu batang mop tu di sula dalam kemaluan dia.. Menurut cerita mulut mulut bawang katanya di lakukan oleh orang tempatan & mat bangla.

Menurut cerita versi bawang lagi... Katanya, dia dah nak balik tapi lupa tupperware tertinggal dalam kilang. Mungkin tupperware design terbaru masa tu kot.. Maka dia patah balik, masuk ambil tupperware dia. Kang tak ambik esok takde bekas nak isi bento. Kebetulan masa dia masuk ada orang tengah dok nak mencuri barang.

Sebenarnya dia pun tak tahu depa tu tengah nak mencuri.. dia sesaja je tunjuk jari macam bagi sign jaga jaga. Yang pencuri tu ingat dia tahu depa tengah nak mencuri tangkap dia. Depa rogol kemudian bunuh...

sat.. sat.. aku musykil kalau dia dah mati macam mana orang tahu dia tak tahu pun orang yang rogol & bunuh dia tu sebenarnya tengah mencuri? Sapa yang bagitahu.. sebab lepas dia masuk balik ke situ lepas tu terus dia terus kena bunuh. Masalahnya dia sempat cerita dengan sapa? Dengan pembunuh dia ke sebelum dia di bunuh? Maka... krik krik krik je sebab tak ada jawapan. Takpa yang tu kita biarkan ia di selubungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nanti kita tanya Zainal Abidin pengacara misteri misteri nusantara tu kot kot dia tahu...

Selepas kejadian tu.. Ramai yang selalu nampak jelmaan menyerupai Miss SONY yang cantik ni masa kerja shift malam. Kalau kerja shift pagi tak extreme la sangat kan.. Jadi dia pilih mangsa2 shift malam la baru gempak sikit menyakat. Baru ada terciri birit. Boleh MC esok hari. hehehehe.

Katanya kerap juga berlaku kejadian histeria. Bila panggil bomoh dia cakap 'Benda tu" kacau. Yelah.. benda tu la. Pepaham je la.. Malas nak sebut satgi dia ingat kami seru dia.. dia mai pulak beramah mesra dengan kami hehehehe. Yang pasti benda tu walau dia feeling macam Miss SONY tu tapi bukan roh MISS SONY yang dah meninggal dunia yer.. Tak lain tak bukan jin jin la tu.. Depa kan tak berapa berupa paras jelita sangat. So, menyamar la jadi orang lawa. hehehehe

Cerita tu sangkut kat situ ja.. Tak tau la gangguan tu berjaya di usir ke tidak selepas tu. Kena tanya pekerja pekerja kilang SONY la samada masih berlaku gangguan tu atau tak. Kilang SONY mana dari sumber yang kami baca katanya kat Prai sana.. Kami pun tak berapa nak hafal kilang kilang kat belah2 penang ni. So, pepandai la hangpa google.. siasat dengan geng2 bawang yang pernah kerja kat Kilang SONY ka.. tu pun kalau hangpa rasa teruja sangat nak tau kesudahan cerita seram MISS SONY tu.. kalau rasa tak penting pun untuk kelangsungan hidup hangpa.. biarkan je la dia terus di selubungi misteri.

Moral of the story.. Minah minah kilang ni memang kadang2 macam Miss Universe depa pi keja. Dulu selalu tengok jugak bebudak kilang SONY dengan uniform kilang depa buat macam kebaya pendek.. kain terbelah tengah.. Ala2 Uniform pramugari MAS gitu. Memang menitik air liur mat bangla yang bini jauh tu.. Mungkin salah satu merangsang perbuatan rogol & bunuh ni. Apapun semoga kita semua di bawah lindungan Allah selalu..

Sumber : CARI

SERAM! PEKERJA MATI KEMALANGAN DATANG PUNCH CARD DI KILANG ELEKTRONIK BANDAR BARU KAMPAR

SERAM! PEKERJA MATI KEMALANGAN DATANG PUNCH CARD DI KILANG ELEKTRONIK BANDAR BARU KAMPAR. Meriah pulak segmen seram serik lekatlekit minggu ni kan? Hati senang ke beb?? Alhamdulillah.. hati ok jer. Boleh lagi setakat nak menulis blog. Lagipun Blog ni la salah satu sumber nak cari dana kos guaman untuk kes saman sivil saya tu. Umpama dari blog ia datang kepada blog juga ia pergi.. Kerana pendedahan yang saya buat kat blog saya di saman jadi dengan blog ni juga la salah cuba mencari rezeki untuk menampung kos guaman saya. Bagi yang tak tau kes tu boleh la semak semak entri lepas..


Yang pasal saman menyaman tu kita hold sekejab.. Ni kami nak share dengan hangpa kisah seram untuk hiburan sebelum tidur katanya.. Tak feel la tido tanpa di selubungi misteri katanya.. Baru la ada yang kencing tilam. hahahaha... Better pakai pampers siap - siap ok. Bukan apa takut esok takde panas macam mana nak jemur tilam. kekekekeke

Kisah ni kami dapat dari perkongsian seorang Follower Page Jangan Tutup Lampu - SuriaFM (JTL). Katanya peristiwa tu berlaku semasa dia bekerja kat sebuah kilang elektronik di kawasan bandar baru Kampar, Perak. Ate orang peghok.. Kome tahu ke kat mana tempatnya? Tapi kilang tu sekarang dah pun tutup operasi. Kejadian ni berlaku kira kira 20 tahun yang lalu...


Alkisahnya..tersebut la kisah Aipppppppppp.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan Firaun.... kekekeke.. Ops.. Simpan selipar masing2 kat kaki semula. Kami melawak ja. Tu pun nak ambil hati. yelah.. yelah... kami mulakan kisah seram ni. Are U ready Uolls..?? Drumm plesssssssssss!!!

Kisahnya bermula bila ada seorang technician india kat kilang mati kemalangan. Maka seminggu selepas kejadian tu.. Kilang tu mula di selubungi misteriiiiiiiii. Pada satu malam yang sepiiiiiiii... Lolongan angin sepoi sepoi bahasa (Yang ni takde saja tambah bagi seram), President kilang seorang warga Taiwan buat rondaan nak cari kot kot ada pekerja yang membuta & makan gaji buta kerja shift malam. Dalam perjalanan nak masuk ke kawasan operasi kilang tu dia terserempak dengan seorang lelaki India baru nak punch card. Kecik besar kecik besar je dia tengok mamat tu.. Pukul 2 - 3 pagi baru nak punch card masuk kerja. Mesti dalam hati dia cakap.. Ingat kilang awek kau ke suka hati jer nak masuk pukul berapa kerja. Kilang awek kau pun mesti bapak dia yang punya sebab awek kau pun tak mampu buka kilang lagi. Mesti bapak dia pun marah kalau cenggini perangai bakal menantu. Ops.. terlebih drama la pulak. ekekekeke

Apa lagi dengan kuasa bulan sailormoon maka president tu ambil nombor & nama pekerja tu untuk tindakkan susulan esok hari. Buka jer opis dia terus pergi ke pihak HR.. nak mengadu domba ada pekerja masuk kerja lambat. Tapi.. lain pulak yang berlaku apabila pihak HR tu bagitau dia..... Jeng jeng jeng... Kita kembali selepas iklan. 

Yelah.. Yelah.. Gurau je. Tu pun nak merajuk sampai nak clik X blog den. Ok sambung balik.. Bila HR dia bagitau pekerja yang dia maksudkan tu sebenarnya dah seminggu meninggal dunia sebab accident. terus kejung kat situ.. Tapi Hidup lagi la Big Bos Taiwan tu cuma demam je la. Lepas kejadian tu terus dia tak berani lagi buat kawad cari pekerja night shift yang membuta di malam buta. Baru kau tau penangan hantu Malaysia ni.. Siap boleh punch card lagi ok! hantu taiwan ado???

Selepas kejadian tu katanya ada juga berlaku kejadian histeria kat kilang tu. Mungkin di sebabkan jin mengambil kesempatan atas kematian trajidis seorang pekerja kat situ untuk di jadikan sebab dia mengacau bilaukan tempat tu. Dasar Jin.. Asyik nak menumpang jer tempat orang.

Moral of the story... Kalau kerja tu sila masuk awal. Jangan suka punch card dakwat merah sangat. Nanti mati jadi hantu hahaha... Ops jangan percaya tu semua tahyul semata mata.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com