BAJU BERSIH DI LARANG SOLAT DALAM MASJID
Ni bukan kes baju kotor atau baju bersih dari sudut kesucian & kebersihan pakaian yer.. Ni kes rasanya semua orang dah tahu. Kes seorang pemuda di halau oleh AJK masjid kerana memakai baju berlogo BERSIH. Bukan takat di halau malah di lemparkan dengan kata - kata kesat sebab pakai baju BERSIH & menunaikan solat dalam masjid.Pak Haji yang naik angin tengok mamat ni masuk masjid pakai baju BERSIH
Nasib baik ada pakcik yang berakal sikit tegur Pak Haji yang mungkin time tu otak dia tertukar dengan Patrik Starfish (Kawan spongebob tu ler)
Sang Lekit memang tak pandai nak mengulas, mengopek mahupun mengupas pasal politik ni tapi kejadian macam ni memang sang lekit pandang agak melampau. Pemuda tu pakai baju parti apa sekalipun, selagi tak bercanggah dari hukum.. kenapa nak pertikaikan atau halang dia untuk bersolat dalam masjid. Pak Haji yang kononnya pandai dah menampakkan kebodohan & kejahilan sendiri dengan sikap terlalu obses dengan politik ni. Umpama sapu taik ke muka sendiri.
Kalau orang tua tunjuk teladan buruk, macam mana la golongan muda nak hormat. Pada pejuang2 politik kat Malaysia ni.. berpada pada lah yer. Jadikan teladan dari apa yang berlaku.
Rujukan : Sinar Harian