BILA PENDEKAR TAKUT PADA HASHTAG
Sekian lama.. Akhirnya setelah lama aku tak lawan berdebat dengan dia kat FB, tiba satu status blogger ni aku kembali bertemu di gelanggang dengan dia dan memperolehi bagi aku satu kemenangan jugak sebab dia bukan calang2 orang yang Gelar diri sebagai Pendekar **Tet**terkenal dengan hujah2 berapi & kritikkan bukan setakat membunuh tahap melebur perasaan orang jugak la. Memang dia tak pernah tunduk mengalah dengan sesiapa.. apatah lagi dengan yang membangkang pendapat dia. Nak2 lagi orang macam aku ni.. Ilmu tak setebal mana berbanding dia mampu berhujah berlandaskan hadis,kitab, al Quran & jugak buku teks. Apa benda dia tak tahu.. kalau politik tak payah cakap la.. macam pakar. Macam semua betul je apa dia cakap.. isu2 semasa tak lekeh sangat la.. Macam dia pakar jugak. Isu nak berkempen anti orang pun tak kurang hebat.. Dia sangat2 jujur & berani mati punya. Sekali dia tak suka orang tu.. sapa2 yang sebut nama orang tu pun dia akan benci on the spot. Kalau dia dah benci tu Dia terus terang takde kias kias macam kita ni.. Buat status sarcasm bagai.. dia terjah terus orang tu cakap tak suka & akan unfriend atas alasan kau sebut nama orang dia tak suka. Kau hado?? takde kan..
Sumber google. Sekadar hiasan tapi penuh maksud tersirat & tersurat
Kelemahan dia sekarang adalah Hashtag #kelabblogger*************. Even aku di unfriend bukan sebab #kelabblogger************ tapi sapa2 dalam friendlist dia kat Fb kalau buat status #kelabblogger***************** dia jadi trauma terus unfriend. hahahahaha... Pendekar pun ada jugak kelemahan kan, tu biasa la kan.Kalau betul2 Pendekar tak gentar sangat la setakat hashtag tu kan? Boleh tengok & pejam mata. Apa sangat la hashtag tu. Dengan hashtag camtu pun terganggu emosi ke? kalau emosi pun tak boleh lawan.. macam mana nak jadi pendekar, ye dak??.. hahahahaha
Sumber google
P/S : Sebenarnya aku teringin nak tengok dia berperilaku sebagai manusia yang normal kat laman sosial ni. Yang tak sentiasa bersifat menentang.. & boleh happening macam orang lain. Kadang2 kita perlu jadi orang biasa untuk kita nikmati kehidupan kita macam orang lain.. Tak perlu jadi luar biasa sehingga kita sendiri hidup dalam tekanan yang kita sendiri ciptakan.