Jangan la terkejut Giveaway ni bukan nak ajak korang mengumpat orang lain sekadar ingin membaik pulih diri & blog ni so memerlukan pandangan, teguran & pendapat yang jujur dari semua. Sebab kalau suruh puji confirm la sampai ke langit tujuh korang puji nak menang kan.. Padahal aku tahu aku cuma manusia biasa yang penuh dengan kesilapan yang kadang2 antara sedar & tak sedar terbuat.
Dengan Lafaz bismillahirrahmanirrahim.. dengan ini Saya selaku admin blog ingin melancarkan Giveaway pertama di blog lekatlekit.com. Untuk yang ingin menyertai Giveaway ni cuma perlu buat 1 entri yang bertajuk KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM. ha kau!! terbeliak haters2 lekatlekit baca tajuk entri kau nanti. Kemudian buat je entri pendek, simple & menarik apa yang anda tak suka dengan blog lekatlekit.com ni. Tak kisah nak komen pasal entri korang tak suka ke, paparan di blog ni ke atau tak suka kat admin blog pun boleh. Bagitahu kenapa & mengapa. Pandangan mesti berhemah. Mencarut maki hamun adalah tidak di benarkan. Nak kutuk & kritik biarlah dalam bahasa mendidik bukan mengherdik. Tu dia pesanan penaja. Lepas tu sila bagitau hadiah apa yang anda teringin nak menang untuk Giveaway ni.
Selain kena buat entri kutuk & kritik lekatlekit.com korang jugak kena berlaku adil kepada penaja hadiah.. Iatu anda perlu like atau follow page/blog/instagram di bawah ni.
Hadiah pertama : Tudung Ariani Sila Like Page Penaja disini
Hadiah Kedua & ketiga : BB Cream Seqybeauty follow blog penaja http://mrspuex.blogspot.com/ & Follow Instagram @znooraini
Hadiah keenam : Satu Produk buang bulu (honey Wax) sila follow Facebook Penaja di sini
hadiah ketujuh : Lipbalm scrub Sila Follow facebook Penaja disini >>
hadiah kelapan : Wang Tunai RM20 Sila follow blog www.nurfuzie.com
Harap sudi sudikan war war Giveaway kecil kecilan lekatlekit.com ni. Kalau Penyertaan kurang dari 20 penyertaan automatik Giveaway ni di batalkan. Untuk berlaku adil pada penaja. Hope ada lebih dari 20 peserta la sebab baru cuba2 nak buat Giveaway jadi mohon support dari kawan2 blogger yang lain.
Semoga Allah permudahkan sepanjang Giveaway ini berlangsung.