ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN
ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN. Aku ni bukan la musuh kepada golongan antivaksin. Lantak depa la tak mau vaksin anak depa. Tu apa yang mereka percaya & yakin. Hak mereka cuma apapun pilihan kita make sure benda tu tak menyusahkan anak anak kita atau anak anak orang lain. Tak nak vaksin maybe depa mengamalkan kehidupan & pemakanan yang sihat bagi membina antibodi yang kuat pada anak mereka. Jangan kau nak anti sana sini.. Tapi jaga kesihatan anak ala kadar jer...Ini Imaginasi seorang anti vaksin. Tengok gambar pun seriau ok! hahaha |
Cuma kadang2 tahap extreme golongan antivaksin menampakkan kebodohan sendiri. Semua benda depa nak compare semata mata nak membetulkan apa yang mereka percaya. Terbaca satu status yang di kongsikan di facebook yang nak buat perbandingan konon penganut hindu ni rilex je tak makan ayam & daging. Cuma makan sayur jer.. Konon anak orang Islam ni nak berpantang makan jajan pun macam tak boleh. Bila sakit salahkan anak golongan anti vaksin .Orang hindu ni lebih hebat la kot bagi dia berbanding orang Islam sebab boleh hidup tanpa sedikit pun teringin nak makan daging berbanding anak orang Islam.. dengan jajan pun dah tewas.
Ok... Pertama aku nak cakap tak semua penganut agama hindu itu vegetarian. Iatu tidak makan daging atau apa2 haiwan berdarah ni. Sebab kebanyakkan penganut agama hindu cuma tak makan lembu sebab kepercayaan agama & amalan turun temurun yang tidak makan daging lembu tapi kambing, ayam & haiwan lain depa makan je. Kecuali kalau depa berpuasa untuk ritual keagamaan, time selalunya depa berpantang dari makan apa2 jenis daging atau haiwan berdarah ni. Tu cuma untuk puasa. Memang ada penganut agama hindu yang memang seumur hidup tak makan apa2 jenis daging tapi bukan semua. Malah bukan hindu je ada yang vegetarian malah Chinese pun ada vegetarian. Aku tak sure golongan vegetarian ni cuma amalan atau berkaitan dengan kepercayaan agama.
Kalau kata orang hindu mampu menahan nafsu dari tak makan daging atau ayam.. Kau tak nak pulak sebut orang Islam memang tak pernah makan daging babi & nampak daging babi pun tak pernah rasa terliur malah rasa geli even terbau masakan dari daging babi je pun, tak hebat ke? Lagi dahsyat pegangan orang Islam ni berkaitan daging babi. Takde pulak kau nak mengangkat orang Islam dengan menjadikan daging babi sebagai contoh. Kau rasa penganut agama hindu yang vegetarian ni lebih hebat dari orang Islam yang nak elak dari makan jajan pun tak boleh. Benda tu bukan sebab hebat ke tidak.. benda tu berkaitan amalan yang di lakukan dari zaman tok nenek moyang depa. Amalan tu bukan bermula dari tahun 2000an ok! Sejak lahir depa dah di ajar tak boleh makan daging, macam orang Islam jugak dari kecil di pratikkan & di beri didikan tentang agama Islam melarang umatnya dari makan babi. Tapi jajan ni sebab benda tak di haramkan makan, maka kau jangan nak compare sangat la dengan amalan agama lain tu lebih hebat dari cara hidup orang Islam. Padahal jajan ni bukan anak orang Islam je makan.. anak orang hindu pun ramai yang makan jugak kot. Kau nak sarcasm orang2 yang pro vaksin biar la kena gaya sikit. Perbandingan yang kau guna tu memang tak sesuai langsung kau nak kaitkan dengan pengambilan vaksin bagai. Kurang bijak sangat status kau tu beb!
Kelakar sungguh kadang2 golongan antivaksin ni.. Bukan sebab mereka memilih menolak vaksin tapi cara mereka cuba memberi kesedaran pada orang supaya menolak vaksin tu yang kelakar. Tak salah pun kau nak nak jadi anti ke pro ke.. Tu pilihan masing - masing cuma fikir dulu la sebelum mengeluarkan pendapat, sindiran atau kecaman pada orang. Jangan benda tu nanti jadi bahan troll orang je.
Moral of the story.. Biasa la manusia ni ada macam macam jenis perangai. Jangan kata kat laman sosial je boleh jumpa manusia yang macam2 perangai malah dalam keluarga kita pun ada macam2 perangai pelik macam ni >> 5 Karektor Pelik Yang Selalu Kita Jumpa Dalam Keluarga. Jom tengok Anda Ada Tak Perangai Macam ni << Jadi apa nak pelik kalau jumpa golongan acah acah pakar membuat kiasan walaupun kiasan dia tu tak menjadi. hahahaha
P/S : Entri ni bukan nak membandingkan dengan mana2 agama.. cuma nak sekolahkan akak yang buat status tu jer. Setiap agama ada amalan & cara dia tersendiri.