Showing posts with label FB Wall post. Show all posts

TAK PAYAH GEDIK SANGAT WALAU DENGAN LAKI/BINI SENDIRI

Tajuk tu macam puaka sangat kan?? Tapi baca dulu isi kandungannya yer.. Bukan nak menyindir @ nak mengata.. bukan cemburu bukan jugak nak menjatuhkan sesiapa tapi apa yang sang lekit dapat dari hasil bacaan sang lekit sekadar nak kongsi untuk kita sama2 teladani & sempadani (erkk... macam pelik je sempadani kan??)

Walaupun berstatus halal tapi masih ada batasannya cara kita bermanja, bermesra, menyatakan kasih sayang @ meluahkan perasaan tak puas hati bagai la. Ada tempat yang boleh kita cerita @ tunjuk semua tu.. ada tempat yang tak boleh. Jadi tak semestinya halal hubungan tu maka jadi halal kesemua tindakkan kita. Ye tak??

Sang Lekit ada baca 1 artikel ni berkenaan isu canang kisah rumahtangga di laman sosial tak kisah la yang di canang tu berunsur bahagia @ derita. Menurut artikel tu...

Sekadar hiasan
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).
Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.
Mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.
 “Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. ( Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI )

Bukan apa ada blog yang sang lekit pernah baca sampai suami dia komen pasal buah dada dia pun dia nak cerita kat semua orang. Kita yang baca pun rasa malu. Sang Lekit tak cakap sang lekit baik sangat tapi dengan info2 macam ni.. kita sama2 la ingat mengingati. Yelah.. kadang2 kita tak sedar kita termelakukannya, kan??? Termasuk sang lekit sendiri. Jadi jangan la ada yang terasa hati sebab sang lekit cuma berkongsi info apa yang sang lekit dapat je bukan nak mengata, menyindir @ menjatuhkan sesapa.


PERLU KE MOTIF UNTUK MENULIS?

Sang Lekit nak kata rajin sangat update status @ berkomen kat status orang tak jugak.. nak kata takde langsung buat semua tu ada la juga. Friendlist sang lekit ni selain kawan2 sekolah, kawan2 lama, kawan2 blog.. tak terkecuali banyak adik2 yang add. Sang lekit jenis approve je sebab FB sang lekit takde la nak tulis benda2 privacy sangat kat wall.

Masalah bila berkomen di wall adik2 ni.. sentap tak tentu pasal walhal benda yang kita cakap tu bukan la berunsur sindir @ mengutuk. Kadang2 kita sekadar tanya untuk kepastian.. Yelah, update status kadang2 banyak unsur tanda tanya, atau kiasan @ benda yang kita tak tau tujuan dia kongsi status macam tu. Bila tanya apa motif.. wah sentap pulak. Katanya tak perlu bermotif nak update status kat wall sendiri. Mungkin dia lupa kot yang dia tulis kat FB wall bukan diari. Kalau diari mungkin la takde sapa boleh baca. Motif jugak dia tulis kat wall FB untuk bacaan peribadi.

Tulis kat wall Fb ni jangan la adik2 harap orang 'like' je manjang @ dapat komen gud gud jer sebabnya bila dah di paparkan pada umum maka pandangan, penilaian & pendapat orang tak sama dengan kita. 'Kalau tak suka tak payah la komen!!' Mesti ramai yang cakap macam tu kan?? Kadang2 ada mata sakit yang baca status yang pelik2.. Lumrah manusia akan keluar juga komen yang tak sependapat dengan penulis status tu. Tak kira bertema teguran, sindiran, nasihat, pandangan @ ingat mengingati sesama sendiri. Kalau rasa hati tu tak kental, jiwa tu selembut softlan.. ada baik jangan la tulis status yang menarik orang untuk berkomen. Tulis je dalam diari confirm takde orang nak komen yang tak sependapat dengan kau.

Bila orang berkomen cuba fahami betul2 maksud.. jangan nak sentap tak tentu pasal. Tanya motif status pun kau mula rasa orang sindir kau.. sendiri mau ingat la dik. Orang cuma pesan untuk kebaikan bersama kau pula rasa orang tuduh kau buat benda tu. Harus di ingat.. apa yang kita tulis untuk tatapan umum harus bermotif kalau taknak orang kritik apa yang kita tulis jangan anggap 'tak perlu motif untuk menulis sesuatu di laman sosial peribadi sendiri' sebabnya memang kau tulis kat tempat kau tapi kau jangan lupa kau tulis untuk orang lain baca.


p/s : entri ini adalah pandangan secara umum tak merujuk kepada mana2 pihak. kalau ada yang terasa tu bagus sebab hati & akal korang masih waras & berfungsi dengan baik untuk merasa sesuatu yang anda sendiri pernah buat. Jadi tak perlu sentap @ sedih lebih2 yer..

SHAHILA & SUHAILA 2 MAKHLUK YANG BERBEZA

Siapa shahila tak perlu tanya lagi.. Itulah cik lala, anak sang lekit. Tapi siapa pula Suhaila? Kenapa Shahila & suhaila 2 makhluk yang berbeza. Dua2 nama manusia tapi hanya seorang sahaja manusia & satu lagi bukan. Nak tahu siapa suhaila.. Jom kita berkenalan dengan dia.

Kelas Mak sang lekit.. Kali pertama dia bagi nama kucing. Selalunya Si Acu (adik) la paling banyak menamakan kucing berbanding adik beradik yang lain. Kalau sempat je bagi nama.. Kalau tak sempat memang nama2 kucing di kaut habis Si Acu. Nama2 kucing yang dia bagi memang nama2 manusia. Tapi nama2 kucing tu dah tentu bertemakan klasik sikit.

lahirnya  warga baru di rumah sang lekit (kampung) anak si Tom @ Kalsom adik sang lekit kali ni menamkan dia sebagai Cik Mok tapi di tukar oleh mak sang lekit. Mak sang lekit panggil dia suhaila. Nak tau sebab apa mak sang lekit panggil suhaila?? Let's check it out!

Kelas Mak namakan anak kucing sebab shahila.

Kalau ikutkan sejarah.. Mak sang lekit bukan la pencinta haiwan sangat. Tapi bila dia dah kawen dengan Arwah Ayah yang mempunyai keluarga meminati kucing ni.. Mak terima je. Kalau nak main2 dengan kucing tu takde la.. Tapi dia tetap bagi makan & tengok2 kucing2 kami kat rumah. Tapi kami 5 adik beradik semua jejak perangai arwah ayah yang sukakan kucing cuma kakak sulung dulu dia ok je dengan kucing tapi sejak membesar dengan dewasa dia jadi alah dengan kucing maka kurang la dia nak main2 dengan kucing lagi macam dulu - dulu.

Berbalik pada kisah Shahila & suhaila ni.. Jom kita tengok betul ke suhaila ni macam shahila. Kekekekekekekeke

Suhaila dalam kurungan merah tu yer... kekekeke
Dan ni pula shahila.

Takpe la.. Mungkin cara tu je boleh ubat rindu orang jauh pada lala. Tapi kelakar bila fikir mak bagi nama kucing ni bersempena dengan nama shahila.


PERLU KE NAK TEGUR/BEBEL/MARAH ANAK KAT LAMAN SOSIAL

Semalam sang lekit ada terbaca kat satu blog ni, sorang selebriti chef ni marah anak dia yang juga chef sebab kantoi menipu dalam resume pasal pengalaman kerja dia sebelum ni. Selebriti mana, chef mana kalau korang tahu.. maka tahu la. Tak tahu, tak penting untuk tahu tapi yang penting perlu ke nak marah anak yang buat salah melalui laman sosial??

Macam dah takde rumah.. Macam dah tak sempat bersua muka.. & macam takde cara yang lebih baik nak nasihat/marah/tegur atau bebel kat anak sampai terpaksa la menaip kat status laman sosial tu. Untuk apa nak buat macam tu? Nak menunjuk ker? Tunjuk konon dia mak/bapak contoh yang kalau anak buat salah je tak selindung2 dah.. Memang la kes anak dia menipu tu 1 Malaysia dah tahu tapi tak payah la nak panjangkan cerita dengan kesinambungan cerita mak/bapak marah anak kat laman sosial lak. Ke nak publisiti? Perlu ke? Kan dah sedia popular kalau takde publisiti murahan macam tu pun.

Laman sosial buat semua orang tak kira budak ke mak bapak budak ke.. semua kembali jadi budak2 yang macam tak berapa nak matang. Semua nak cerita kat situ. Takat nak marah/tegur/nasihat atau bebel kat anak2 tu.. rasanya lagi feel kalau kat rumah. Membebel sambil basuh pinggan ke, masak ke, lipat kain ker.. Kan sambil membebel pun boleh buat kerja berfaedah dari kau membebel kat laman sosial semua orang baca apa kau tulis tu. Tak pun call.. tak dapat call sms 5 6 ratus perkataan, tak dapat nak sms, email la 6 7 muka surat. Macam2 cara boleh guna untuk marah/bebel/tegur anak secara peribadi. Tak perlu secara umum macam tu. Lain la kalau artis, isu tu di tanya wartawan.. Tapi wartawan tak interview melalui laman sosial pun. Paling2 dia terjah je terus. Yang selalu terjadi wartawan akan tanya statement yang artis keluarkan melalui laman sosial. Betul tak??

Carian Google

Sang Lekit pun kadang2 jadi risau.. yelah takut terjebak dalam gejala mengantung rahsia peribadi kat dinding muka buku, twitter & bagai ni. Setakat ni, Apa yang sang lekit nak tulis2 3 4 puluh kali jugak fikir. Mana la tahu masa hormon tak stabil tercarut bukan2 pulak. Jadi sama2 la kita kawal jari kita dari menaip sesuatu yang mengaibkan diri sendiri.

KOMPANG BERBUNYI, PENGANTIN BELUM NIKAH LAGI

Siapa pengantin yang belum nikah tapi dah di kompangkan?? Nak tau apa cerita & makna di sebalik tajuk entri ni sila rajinkan diri anda untuk baca entri ni hingga ke titik noktah terakhir. Takat baca tajuk lepas tu komen, Insyaallah komen korang akan tersasar dari cerita sebenar. Jadi kalau rasa minat nak berkomen sila baca dengan teliti & faham.

carian google

Tu dia mukadimah.. Bukan apa sekarang ni trend blogwalking.. Malas nak baca entri, kalau tak kat shoutbox dia menjerit, dia tinggalkan kesan jari kat komen tapi komennya nampak sangat tak baca entri. Takpe itu terpulang pada diri masing2. Salah memang tak salah, tapi akan jadi salah pada orang lain walau bagi sang lekit terpulang pada diri masing2 la nak baca @ tak.

Apa benda yang kompang berbunyi tapi pengantin belum nikah lagi ni? Ni kes manusia excited yang apa saja baru planning dalam kepala otak & belum dapat keputusan rasmi dah canang bagai esok hari nak naik pelamin. Cerita gedebuk gedebak pasal preparation nak kawen, alih - alih bila orang tanya bila nak langsung jawapan cukup hampeh.. "Tak tahu lagi. Cik Abang belum cukup duit." Tapi hari - hari di canang macam dah tetap tarikh kawen tu. Aduhai adik - adik yang bersifat demikian.. Bukan akak kata tak boleh berkongsi bahagia dengan orang lain yer. Memang la niat yang murni tu baik tapi caranya pula nampak jelik.

Kalau dah tak tentu bila cik abangnya cukup duit & boleh langsungkan acara kawen korang dengan gilang gemilang adalah lebih baik jangan la bercerita macam dah siap sedia memakai costum & naik pelamin. Bukan apa dik Ooi.. buatnya pelamin angan mu musnah, kan malu. Nak2 lagi dalam situasi kamu yang tak tau hujung pangkal bila nak nikah tu. Orang dok dengar hari - hari macam makin dekat je dengan tarikh nikah. Yelah.. ko mengelabah macam esok nak kawen tapi hari ni bunga telur pun belum siap mana orang tak fikir ko dah nak kawen walhal baru perancangan. Kalau pun nak kongsi kegembiraan tu, kongsi la mengikut apa yang berlaku dalam situasi tu. Jangan la ko dok share benda yang baru dalam imaginasi tapi gaya cerita dah macam realiti.

Nak excited tu tak salah jangan over excited nanti benda tu nak makan diri. Kang tak jadi, orang gelakkan ker.. orang ejek2 ke kau juga nak sedih. Meratap hiba kat dinding facebook. 1 hari berjela2 status duka lara tu. Pada adik - adik yang pernah melakukan perbuatan sedemikian rupa.. akak nasihatkan sila cipta garisan privacy sikit kat facebook tu untuk korang tak anggap dinding FB tu macam buku diari yang ada mangga sebab setiap apa yang korang taip kat situ bukan lagi rahsia. Jadi berhati2 yer..

P/s : Sebab korang terlalu open minded kat dinding muka buku tu maka tercipta la entri ni. Kalau taknak orang kutuk, sila jangan berbogel sangat kat status FB tu yer.. 

MURID TRAUMA, CIKGU KENA RAGUT DALAM KELAS

Jenayah sekarang tak kira kat mana saja. Semua tempat dah tak terjamin keselamatannya. Macam 1 kes ni sang lekit terbaca kat status seseorang tu. Seorang cikgu kena ragut dalam kelas masa sesi pembelajaran.

copy paste dari FB
Macam mana la pengawal tu boleh biarkan orang tu (peragut) masuk ke kawasan sekolah. Entah apa la peragut tu ayat yer sampai pengawal tu pun boleh lepaskan dia masuk. Takkan tak di rujuk dulu dengan guru2 kat sekolah sebelum membenarkan orang asing masuk ke kawasan sekolah?  Kesannya pada guru & murid2 yang tengok kejadian tu. Sampai trauma. Kan menganggu pelajaran dorang.

Itu la kan.. sekarang ni jenayah ada dimana2 saja. Kalau tak peragut dari luar masuk pun, warga sekolah tu sendiri kadang2 boleh buat jenayah jugak. Betul tak??

BILA ORANG LAIN TAHU SESUATU YANG KITA TAK TAHU TENTANG PASANGAN KITA..

Sejauh mana kejujuran seseorang tu kadang - kadang mata kasar tak dapat mentafsir. Manusia adalah pelakon yang di lahirkan dengan bakat yang semulajadi walau tak beraksi depan kamera atau atas pentas namun bakat lakonan tu memang wujud dalam diri setiap manusia tak kira la banyak atau sikit bakat lakonan yang dorang ada.

Sang lekit suka memerhati.. Pun macam tu bukan bermakna sang lekit suka tenung, usya atau tengok orang lain sampai tak kelip mata & mengundang rasa tak selesa tapi memerhati gelagat manusia tak kira dari perbuatan, penulisan atau pergerakkan. Fenomena FB (Facebook) memang tak asing lagi dalam dunia kita hari ni. Budaya menulis apa saja tak kira la berbentuk santai, lawak, peribadi, marah atau luahan perasaan kat dinding facebook pun bukan la benda yang pelik lagi. Di Facebook kita akan berkait - kait dengan antara satu sama lain. Contoh kita add sorang kawan.. kemudian tengok dalam friendlist dia ada makwe, bini, tunang or skandal dia pun terpacak kat situ, sebagai manusia normal yang kalau tak banyak pun sikit mesti ada sikap penyibuk tu nak jugak kenal pasangan kawan kita tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya.

Kawan kadang - kadang lebih kenal perangai pasangan kita ni. Nak - nak lagi pasangan kita ni suka sangat bernakal nakalan di belakang kita tapi depan kita bak kata pepatah pijak semut pun semut rasa macam kena urut jer.. Bila dia beraksi sebagai pelakon terbaik depan pasangannya, maka mata kasar si pasangan akan terkabur dengan lakonan baik tu. Yang jenis suka sangat la memuja muji pasangan secara umum ni kadang - kadang ada tak baiknya. Contoh kat status FB.. Bagi dia pasangannya macam malaikat.. sempurna, baik, setia, jujur.. Tapi di sebalik mata kasarnya sebenarnya si polan tu.. aduhai bukan takat mata keranjang, mata telanjang, mata miang.. & macam - macam lagi. Aktiviti di belakang pasangan kadang - kadang kawan2 lebih tahu & bila terbaca puji - pujian macam tu dari si pasangan sipolan ni pasti timbul rasa kesian...

Yang si polan mati2 la percaya.. dia la satu2nya takhta hati si pasangannya walhal.. belakang dia, Tuhan saja yang tahu. Persoalannya kini.. si pencurang yang suka bernakal nakalan walaupun dah di cop sebagai dah ada pemilik tak rasa kesian ker bila baca puji pujian.. puja pujaan dari pasangan yang percaya akan kesetian kamu selama ni?? Tak rasa ke memperbodohkan kasih sayang orang lain yang tulus pada korang? Renung - renungkan lah.. Buat diri sendiri juga pedoman untuk orang lain.

Entri ini terilham dari status kat FB.. Almaklum la sang lekit pun seorang isteri. Keikhlasan & kejujuran seseorang memang sukar di lihat, umpama semut hitam di malam hari yang gelap gelita. Cuma berharap, berdoa.. kepercayaan kita selama ni tak ternoda dengan kecurangan si dia di belakang.
If you have a wonderful husband, fiance or boyfriend who works hard to take care of you and would do anything for you, then re-post this as your status to give the honest good men out there the recognition that they deserve. Because great men are few and I'm proud to say that.. I HAVE ONE. << Status ni yang sang lekit jumpa pada wall someone & buat sang lekit mula terfikir sesuatu.. 

ADEGAN MEROYAN TERBARU CIKGU SHIDA

Hai.. cikgu shida. Ada je dia tak puas hati. Selain suka create & delete Fanpage, Blog & apa juga laman sosial yang beliau ada.. Kat FB kalau korang ikuti sikap cikgu shida ni macam orang yang dah takde kerja nak buat. Kalau Join Fanpage dia kena aktif berkomen, komen harus la berunsur pujian kalau tak dia akan adakan sesi meremove orang yang join Fanpage beliau. Lepas dah join kena pula sahkan diri bahawasanya dah join sebagai peminat.

Kalau la semua artis kat malaysia macam cikgu shida ni... Tak ke pening peminat. Dah support dengan LIKE kat fanpage kena aktif berkomen, kena puji melambung lambung & kena sah kan diri kalau taknak di buang dari list. Lagi satu sikap dia suka la mengkontroversikan benda yang pasti lagi. Macam kes terbaru kononnya dia dapat tahu dia tercalon dalam APC kat sekolah dia mengajar tu (Anugerah Pendidik Cemerlang) tapi katanya ada orang dari PPD tak suka & nak sabatoj dia dari dapat Anugerah tu. Bukti?? Takde pun. Kesahihan gosip yang dia dengar pun belum pasti tapi riuhnya kat FB mengalahkan benda tu dah jadi.

Cikgu shida ni bila la nak jadi bijak sikit.. sesuai dengan status seorang guru & kononnya artis la sekarang. Atau dia mengiktirafkan dirinya Ratu Miming. Dah tahu diri tu jadi perhatian, tonjolkan la sikit kematangan & kebijaksanaan bila bagi sebarang kenyataan. Baru la sang lekit rasa kagum & hormat kan?? kekekekeke... (Walau tak minat pun dengan video miming dia) Sekurang kurangnya bila tengok orang yang di kenali bijak dalam mengeluarkan kenyataan (Macam Dato CT Nurhaliza) ada juga sesuatu yang kita rasa boleh di jadikan contoh. Ye tak??

Apapun moga cikgu shida tak la selalu sangat meroyan kat FB tu. Dok create & delete Fanpage/FB account atau dok remove orang yang tak aktif berkomen. Kadang - kadang bukan semua orang pandai @ minat berkomen kat FB. Dorang ikuti mungkin cuma nak tahu perkembangan beliau je. Kan?? Kan?? Takkan nak jadi peminat kena paksa berkomen dengan puji pujian setinggi langit kot. Fikir fikir la apa yang terbaik yer cikgu shida.

Jom tengok lampiran yang di printscreen oleh sang lekit tentang isu cikgu shida meroyan ni

KESILAPAN STATUS FB. S.W.T jadi S.A.W

Bukan la nak mengaibkan sesapa atau mengutuk atau ketawakan dia just terfikir jer tahukah dia singkatan dari apa yang dia tulis tu?? Atau dia tak sengaja?? Nak tau apa benda?? Meh kita tengok attachment ni...

Antara dua sebab jer berlaku kesilapan macam ni.. pertama, mungkin dia tak paham antara maksud S.A.W & S.W.T tu. Kedua mungkin dia tak sengaja... Apapun ini entri sekadar entri selingan jer, Tak berniat nak mengaibkan sesiapa sebab tu Sang Lekit tak paparkan identiti si penulis status ni.

MENGAIBKAN ATAU DI AIBKAN.. SEMUANYA PASAL FB

Dua tiga hari lepas Sang Lekit sempat la jenguk - jenguk gambar - gambar yang di share kawan - kawan kat FB. Tertarik dengan satu isu yang mereka - mereka itu debatkan tapi secara aman la. Ia berkaitan dengan satu persatuan yang memperjuangkan bangsa Melayu & agama Islam. Gambar tu di ambil bersempena satu majls anjuran persatuan itu sendiri. Tak perlu la di beritahu persatuan apa & siapa yang terlibat yer..

Gambar yang menjadi perdebatan adalah gambar seorang gadis yang tidak bertudung (free hair) dan rambutnya sedikit di warnakan. Nampak macam highlight jer.. sebab tidak keseluruhan rambutnya di warnakan. Si peng Upload gambar itu mempertikaikan penampilan gadis itu dengan persatuan & perjuangan yang di sertai. Pertikaian tu ada la menyebut pasal rambut & penampilan gadis itu yang tak bertudung. Beliau mempertikaikan.. macam mana gadis itu harus menjadi contoh dalam persatuan & perjuangan mereka sebab bagi dia maybe tak bercirikan keislaman.

Seorang ahli pula cuba menegur komen tu.. Katanya ia seolah - olah mengaibkan gadis itu bila teguran itu di buat secara umum bukan secara peribadi. Apa yang Sang Lekit nak komen kat sini untuk tidak mengundang pertikaian, perbalahan sekaligus menjadi punca gadis itu di aibkan adalah lebih baik gambar itu di padamkan. Kenapa harus memburukkan sesama ahli persatuan.. sedangkan mereka di perjuangan yang sama. Ini memberi gambaran seolah - olah sesama ahli juga saling jatuh menjatuhkan. Sudah tentu memberi tanggapan negatif pada orang lain, kan??

Sebenarnya isu ni nampak sengaja macam di timbulkan dengan memaparkan gambar gadis itu kemudian di pertikaikan. Walaupun bukan gadis tu yang upload gambar dia yang jadi pertikaian orang lain tapi mangsanya tetap dia. Kesian kan?? Pada mereka yang terlibat.. Tepuk dada tanya selera. Nak komen lebih - lebih pun tak berani sebab diri sendiri pun belum cukup sempurna. Sekadar memberi pandangan peribadi, tidak berniat untuk menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa. Kalau ada yang terasa terlebih dahulu saya minta maaf yer..


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

NAK SAMBUT VALENTINE.. TAPI TAKUT KENA KUTUK

Jenjalan kat FB hari ni alhamdulillah nampaknya ramai umat Islam yang menyokong tidak meraikan Valentine sehingga susah nak jumpa status yang wish Valentine tapi tetap ada juga satu yang sangkut.. Tak tau la dia ni sebenarnya sokong pengharamkan Valentine kepada Umat Islam atau sebenarnya dia nak sambut tapi takut di kecam pula..


Cuba baca yang higlight merah tu untuk kita sama - sama fikir. Mula - mula dia wish Valentine kat couple.. Lepas tu dia sendiri buat statement konon macam bersetuju Umat Islam tak boleh sambut Valentine tapi dia kata nak wish untuk suka - suka jer... Better la tak payah wish bagai kalau kau menyokong tidak meraikan Valentine, kan?? Then datang pula satu comment yang mempertikaikan pengharaman Valentine kepada Umat Islam.. Katanya kalau nak buat maksiat tak payah tunggu Valentine.. Semuanya bergantung pada niat. Lupa kot dia nak fikir balik sebelum ajak orang lain berfikir.. Kenapa orang menegah?? Sebabnya bukan pasal maksiat berlaku pada hari Valentine jer tapi bila tiba hari tu yang terkenal dengan hari kasih sayang, loving, cintan cintun bagai.. Maksiat jadi berleluasa. Apa saja benda yang menjuruskan kepada keburukkan.. Mesti la orang tegah.

Si Penulis status setuju la pulak dengan statement si pengomen tu.. Sebenarnya korang fikir balik. Dia ni betul2 ke sokong tidak meraikan Valentine atau??? Hipokrit sangat la statement lu ni Minah!

Apapun entri ni bukan nak aibkan sesapa. Kalau niat nak aib aku takde la sembunyikan identiti dorang tu. Just untuk renungan bersama.

ANAK DARA YANG SANGAP

Ni kisah bukan hasil dari BW tapi dari jenjalan kat FB.. Seseorang yang pernah aku kenal & pernah juga cuba mendajalkan aku satu ketika dulu.. Tapi aku dah maafkan la. Benda lama.. Malas la nak panjang cerita. Aku tau kisah dia banyak.. Tapi tak guna nak canang! Tu aib dia.. tapi kalau tuan punya badan buka aib sendiri, camna lak??

Bukan la aku nak hina or keji dia.. kisah silam dia dengan boyfriend2 lama dia tu aku simpan rapat2. Lagipun takde kena mengena dengan aku nak amik pusing pasal dia lagi. Secara kebetulan pulak terserempak dengan Wall & comment2 ni.Tapi ini kisah untuk jadi teladan bukan membuka aib sesapa sebab tu hasil perbualan mereka ini aku terpaksa edit identiti dorang. Apa yang memelikkan aku.. Kalau pun kau seorang yang mengamalkan budaya hidup bebas & seks luar nikah.. Perlu ke kau bagitau orang lain even dengan kiasan camni?? Kalau pun ko sanggap lama tak dapat benda "Tutt" perlu ke ko bagitau orang lain ko rindukan "Tutt".. tu. Perlu ke kau bagitau ko teransang bila tengok profile pic lelaki & perempuan atas katil dalam selimut?? Perlu ke ko bagitau orang lain tentang aktiviti dalam bilik yang pernah ko buat dengan lelaki bukan muhrim?? Ni kes buka pekung sendiri.. Aduhai budak... Ko masih tak berubah.


 Moral Of the story.. Tak perlu la bagitau semua orang kalau perkara tu sangat - sangat buruk & mengundang tanggapan negatif walau ko memang melakukan benda negatif sekalipun. Nak berubah or tak itu sendiri mau ingat, tapi cover - cover la skit. Walau ko dress macam anak mat salleh skalipun.. tapi bangsa, agama & muka ko yang melayu sangat tu pun orang tahu kau Islam. Kalau tak de rasa malu kat diri sendiri.. Malu la sikit kat orang - orang lain. Entri ni bukan berlagak baik.. Just yang baik kita jadikan teladan.. Yang buruk jadikan sempadan. Ingat mengingati sesama sendiri & juga mengingati diri sendiri yang serba kekurangan ini.

USIK USIK ADIK PENGKID

Nak gelak ke nak nangis or nak gelak guling2 sambil nangis??? Takpe la senyum je la ekk... Jenjalan kat FB memang best lagi2 FB aku yang accept segala jenis spesis manusia & jantina. Ada perempuan ada lelaki & ada juga 'JANTINA'. Paham ke Uolls apa itu JANTINA yang aku maksudkan??? Yer betul adik - adik.. tapi takut nak cakap. JANTINA adalah insan yang dilahirkan sebagai lelaki/perempuan yang bernaluri atau cuba menjadi seorang lekaki/perempuan. Eh.. eh.. bila masa lak I anti dorang?? nehi.. nehi... k! Contoh akak senduk.. I suka dia tau! Very da Puaka ninyang rapik dia punya coretan kat blog. I loikeeeeeeeeeeeeeeee..........

her/his name Kak senduk. Tengkiu!

Nak dijadikan cerita Uolls.. Jenjalan punya jenjalan terbaca la satu status adik peng tentang dia punya imaginasi ni.. (Uolls bacalah kat bawah yer..). Yang 1st comment i dia delete i tak sempat nak printscreen Uolls.. Tapi lebih kurang camni la comment i.. "U'r taste like a gurl.. Walau U try 2 be a boy u tetap gurl. Walau U cuba lawan arus, tapi sifat semulajadi U seorang gadis tetap ada." Lebih kurang camtu la.. Aku pun tak bapa nak ingat.



Pastu... macam biasa la kalau dah marah kena la block dari masuk ke FB dia. Memang agak kelakar.. perempuan tetap perempuan walau dia cuba jadi macam lelaki pun. Mungkin penampilan, cara & lain bleh ubah tapi perasaan dia tetap sama. Perempuan kan jenis berhati lembut & cepat touching.. see, dah terbukti. Dia tak mampu untuk berhati keras macam lelaki.

Takat Muka ganas hati tisu pun tak guna gak beb!
 
Kenapa pondan or maknyah jenis gurau kasar tapi tak susah nak sentap??? sebabnya diorang adalah lelaki & berhati agak keras even dorang try jadi pompuan, gaya macam pompuan, dress pompuan skalipun.

Tapi camna la kalau Muka tisu tapi hati ganas??
 
The point is.. kita dapat mengubah lahiriah tapi bukan rohaniah. Ekk.. betul ke apa aku tulis ni?? Arghh.. janji Uolls paham kan??? So, adik adik pengkid sekalian.. kalau nak jadi lelaki kena la berhati keras macam lelaki, tak bleh cepat touching. Kalau cepat touching kang asyik merajuk awek lak lari. So, sebelum akak kena luku dengan pengkid2 sekalian baik akak pun larik dulu!

Maaf.. I terpaksa memintas Uolls.. I takut kena luku.

MENIPU

Jalan2 kat FB time takde keja kadang best bila jumpa status yang best untuk berkomen kan?? Hari ni satu lagi status yang terpilih untuk bersegmen kat blog aku yang melekat lekit ni. Sebelum aku mengupas ngupis, mengulas pulas sal topik ni.. apa kata Uolls baca dulu hasil perbebelan aku dan rakan2 sejantina ku di wall FB Cik Nad ni..


Tu la hasil mesyuarat dinding kitorang kan?? Jom kita skodeng2 moral dari topik di atas.. Betul tu. Kadang2 keadaan memaksa kita untuk tidak memberitahu kebenaran atas sebab sebab untuk kebaikan & kadang kadang susah untuk menceritakan kebenaran berbanding menipu. Bagi orang biasa menipu memang sonang jo dia nak create story menipu ni. Tapi jangan mengamalkan budaya menipu sebab bila dah sebati dengan diri kita akan terbiasa. Bahaya nya sebab kita akan jadi seorang yang asyik menipu jer walau dalam situasi yang tak memerlukan kita menipu.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 jadi pencuri
 
Nak tipu pun tengok la apa benda yang nak di tipu.. Kalau tipu kecik2 tu kantoi pun orang bleh accept tapi kalau benda tu boleh mengundang padah.. timbang2.. kaji2.. & renungkanlah. Apakah anda sanggup mengambil risiko sedangkan anda masih mempunyai pilihan untuk tidak melakukannya??

Pilihan di tangan korang!!
 
Kepercayaan yang di nodai.. akan semakin terhakis bila penipuan terbongkar. Biarpun sesetengah orang boleh accept & memaafkan tapi percaya atau tak peratus kepercayaan dia kepada korang tak sebanyak sebelum dia tau korang tipu dia. Malah benda tu akan jadi satu masalah lain lak.. seperti dia akan sentiasa mencurigai korang. Tidakkah itu merumitkan rutin harian?? So, fikir2kan lah sebelum menipu.

Suka menipu sumpah jadi pinochio.. tipu je idung panjang.

JALAN JALANG CARI PASAL BERSAMA PENGKID

Amboi amboi.. Entry macam nak gaduh je kan?? Mana ada den bergaduh dengan pengkid. Dia pun sekaum gak dengan aku walau sama tapi tak serupa gitiew..

Walaupun kita tak serupa tapi kat mykad kita tetap jantina "Perempuan" kan??
Takde la sambil2 buat keja tadi aku jenguk la sekejab2 kat FB.. tup2 ada pengkid update status yang agak menarik nak aku komen. Korang nak tau baca la post2 yang aku copy dari fb dia kat bawah ni.


Sampai takat tu je aku layan wall dorang.. Pastu malas dah bukan mengaku kalah or rasa diri dah menang. Moral dari kisah dan teladan ni.. Kenapa kita nak mempertikaian benda yang salah kita buat pastu nak compare lak dengan benda salah orang lain buat sedangkan kita tahu kita atau dorang kedua duanya buat benda yang buruk?? Cuba tunding jari tunjuk salah orang tu ini tak boleh nak tutup benda salah yang kita buat dik.. Jangan menidakkan kebenaran & cuba menghalalkan sesuatu yang haram.

Ko angkat sumpah camna pun kalau salah tu tetap salah gak
Macam kata di pengkid tu dia tak lupa hukum hakam Islam.. Tapi Dik ko tak buat jer.. Akak tak cakap akak perfect tau but akak tak berani la nak mempertikaikan hukum. Salah tetap salah la.. Jangan yang salah kita nak suruh orang accept lak. So, Uolls kat sini aku tak menghina atau memperlekehkan mana2 golongan kaum atau spesis just berkata apa yang betul jer.. Lu pikir la sendiri yer.

Sorry Uolls.. I just bagi pendapat I jer k

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com