POSTINOR 2 UNTUK BESAR PAYUDARA???

POSTINOR 2 UNTUK BESAR PAYUDARA??? Sebenarnya malas nak review atau share info berkaitan Postinor 2 ni sebab ia adalah sejenis pil pencegah kehamilan jika berlaku terlajak atau terlanjur atau di rogol. Untuk mengelakkan hamil.. Di ambil dalam masa 72jam selepas bersama. Dia bukan pil perancangan kehamilan ok.. dia adalah pil mencegah kehamilan. Takut jugak satgi ada guna untuk tujuan maksiat.. Tak pepasal makcik kena tanggung dosa hangpa.. Tapi tujuan makcik tulis entri ni adalah ingin berkongsi info kesihatan supaya tak ada yang tersalah guna untuk tujuan yang bukan dalam keperluannya. Semalam terbaca satu perkongsian di social media.. Seorang perempuan ni dia share tip nak besarkan payudara dengan mengambil pil postinor 2. Confident pulak tu dia share tip.. Bila orang komen cakap bahaya ambil pil tanpa pengawasan doktor atau lebih dari dos yang di tetap.. dia pertikai pulak kenapa bahaya. Dia ambil ok jer.. payah tau nak didik perempuan yang dah akil baligh, kurang bijak & ...