Showing posts with label lain. Show all posts

8 MAKANAN YANG MENJADI VIRAL SEPANJANG 2016

8 MAKANAN YANG MENJADI VIRAL SEPANJANG 2016 DI MALAYSIA. Selain nasi lemak anak dara yang menjadi Viral sampai berbaris panjang cik abang nak merasa keenakkan air tangan anak dara sebenarnya ada lagi yang lebih menarik pernah menjadi viral sepanjang 2016. Peniaga sekarang dah bijak.. Menu biasa cuma di ubah dengan cara hidangan atau di upgrade sikit supaya nampak rare confirm la jadi Viral even sedap tu belum tentu katanya.


Banyak jugak la makanan yang di jual menjadi Viral kemudian di susuli dengan kontroversi dengan komen pelanggan yang tak berpuas hati. Tak kira la tak berpuas hati dari segi rasa atau layanan. Bila dah jadi viral ni.. paham2 je ramai pelanggan akan serbu. Kalau cuma indah khabar dari rupa confirm la kena kecam macam nasi lemak anak dara pernah kena sebelum ni. Jadi peniaga yang produk makanan mereka jadi viral jaga kualiti makan tu walau tak cukup kaki tangan hangpa nak sediakan supaya tiada komen2 negatif terhadap mutu makanan anda atau layan anda selepas produk anda menjadi viral.

Jadi di hujung2 tahun 2016 ni.. Marilah kita tengok apa makanan yang pernah jadi viral. Mungkin ada korang terlepas pandang.. Sebab aku pun banyak terlepas pandang viral viral ni walau aku salah satu pengamal media sosial yang tegar jugak. Almaklum la blogger.. bekerja melalui media sosial kan. Takkan la aku nak habiskan masa terluang aku lepak depan pintu rumah orang bergosip pulak. Dah tentu aku ambil kesempatan yang ada untuk di isi dengan kerja kerja di blog...

Terlajak perahu pulak berceritanya... Padahal nak cerita pasal makanan yang jadi viral sepanjang 2016 jer.. Sebab cerita - cerita sampingan tu buat entri jadi panjang.. Korang tengok la sendiri kat sini >> 8 Makanan Yang Pernah Viral Sepanjang 2016 << Confirm yang No 4 tu orang paling tak tahan nak tengok. Mungkin ada sanggup pejam mata & scroll laju laju kat gambar no 4 tu kan? hehehehe

Apapun gambar2 makanan yang pernah viral tu.. Memang tetiba buat aku pulak rasa lapar di hari minggu ni. Alahai.. weekend ni duduk rumah sebab pemandu pelancong kena kerja. Takpe la.. Kita keluar weekend tahun depan je la.. hehehhe

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU

PORT BULAN MADU PALING SEMPOI PENGANTIN BARU KENA TAHU. Amboi tajuk entri hipster katanya. feeling style hadek hadek bila borak. Aku pun kategori hadek hadek jugak kan kalau di ukur dari segi size.. Apa salahnya sekali sekala jadi tak sedar diri dua tiga minit. Nak ambil mood rumaja katanya.. Mana tau boleh merembeskan collagen dalam badan seterusnya menjadikan aku awet muda tahap melampau. Hahahaha


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang suka buat acara batal air sembahyang. Walaupun cuti sempena Thaipussam aku tengok ramai jer yang kawen termasuk seorang blogger yang menggelarkan dirinya Falling Angle. Tahniah Dik.. maaf walaupun kita tak jauh mana tapi sebab asben akak kerja jadi akak tak boleh nak attend kenduri kawen awak. Next time mana tau awak tetiba buat majlis bersanding sempena anniversary ada rezeki boleh la merasa merenjis renjis awak atas pelamin yer..

Macam tu nasib seorang bini mithali. Laki takde memang tak keluar rumah la. Yelah.. selangkah kita nak keluar perlu izin suami walaupun nak ke kedai beli belacan. Takpe.. Mana2 pengantin baru yang invite aku makan kenduri tapi aku tak dapat hadir.. Akak hadiah info port2 bulan madu paling sempoi punya untuk korang. Mana tau korang suka tempat2 ni.. Nak2 lagi tempat no.9 yang di cadangkan. Yang nombor 9 tu paling special.. Mungkin jugak bulan madu anda menjadi bulan madu paling rare & dapat mengumpul pahala. Nak tau port bulan madu paling sempoi ni kat mana meh tengok kat sini >> 9 Tempat Paling Sempoi Yang Mungkin Anda & Pasangan Boleh Anda Lawati Sebelum Mati <<

Tempat - tempat tipikal macam paris.. langkawi bagai orang dok pergi honeymoon dah tak rare. Sesekali kita perlu cipta kelainan untuk kita rasai pengalaman yang lebih menarik yang mungkin tak sama dengan orang lain. Tak salah kita pilih 9 tempat ni sebagai destinasi bulan madu atau percutian kita.

INILAH PUNCA KFC MASAK MERAH RICE WRAP RASA LAIN DI PERAK

INILAH PUNCA KFC MASAK MERAH RICE WRAP RASA LAIN DI PERAK.. Balik dari kampung hari selasa lepas singgah sekejab ke lumut perak. Sempat lagi tu nak berjimbaraya katanya. Macam tu la rutin kami bila travel balik kampung. Ada jer tempat nak singgah katanya. Sebab tu aku cukup enjoy kalau guna jalan lama balik nak balik KL. Kalau ikut highway sumpah aku rasa jemu nak mampus. Biarlah perjalanan tu panjang takpe asalkan tak bosan. Boleh tengok tempat orang, kampung orang selain jimat duit tol. Haritu balik dari kampung ke KL memang kami tak bayar tol langsung. Tu yang sempat singgah lumut mandi laut. Aku tak mandi pun anak & laki aku jer.. Aku tukang ambil gambar jer.


Dalam perjalanan nak ke lumut tu  aku tak sure area mana tapi perak jugak la. Singgah KFC beli makanan alas perut. Sebab nak makan dalam kereta je malas dah nak singgah kedai makan. Nak jimat masa katanya. So asben aku belikan aku KFC masak merah rice wrap & dia macam biasa la spesis musang ayam goreng je la yang dia lebih bernafsu. Maka makanlah kami secara beradap dalam kereta. Tapi Rasa pelik pulak KFC ayam masak merah rice wrap kali ni aku makan. Apsal pedas giler.. rasanya haritu aku beli kfc masak merah rice wrap masa on the way nak ke PD takde la pedas macam ni. Aku tanya asben aku kenapa pedas giler.. Dia pun rasa memang pedas giler so dua2 jadi pelik kami cuma mampu ber huhuhu kepedasan tanpa ada jawapan pasti.

Aku tanya laki aku memang setiap cawangan KFC tu tak sama ke rasa dia. Sini tak pedas.. sana pedas. Dia pun tak dapat nak jawab soalan bini dia. Rupanya ini sebabnya kenapa KFC Masak Merah Rice Wrap yang aku beli kat cawangan KFC Perak kali ni Pedas Giler. Nak tau tengok sendiri la >> Rupanya Ini Sebab KFC Masak Merah Rice Wrap Pedas Giler <<

Aku ingat memang KFC pun ikut negeri.. Yelah belah2 utara ni kan suka makan pedas pedas so belah utara je dia bantai semua menu2 dia jadi pedas rupanya bukan sebab tu tapi sebab lain. Takpelah.. nak buat macam mana benda tu pun dah selamat masuk perut katanya. Halalkan je la kepedasan yang aku rasa. Hahahaha

Moral of the story.. Sangat penting periksa menu2 baru ni supaya apa yang kita beli & makan tu sesuai dengan citarasa kita. Nasib baik la aku takde sebarang penyakit yang tak boleh makan pedas kalau tidak maybe nak mandi laut kat lumut terus masuk hospital lumut katanya. hahahaha

MESTI TENGOK! 25 GAMBAR HITAM PUTIH SEKITAR JALAN DI MALAYSIA

MESTI TENGOK! 25 GAMBAR HITAM PUTIH SEKITAR JALAN DI MALAYSIA. Zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Camera atas tapak tangan je. Boleh selfie,welfie atau buat photoshot kat mana2 saja. Zaman dulu jangankan nak beli camera.. ada orang camera pun tak pernah tengok. Paling2 gambar lukisan je la yang ada. Tu pun lukisan tangan. kalau ada pun yang memiliki camera.. gambar mana ada warna. Hitam putih je. Tu pun kalau dapat simpan sampai sekarang memang jadi sesuatu yang sangat2 rare & berharga. Memang nostalgia giler lah.


Walau sekarang bukan setakat mampu ambil gambar warna tapi tetap gambar hitam putih kadang2 menjadi hasil seni yang sangat sangat menarik. Mungkin hasil seni gambar hitam putih ni ada keistimewaan dia yang tersendiri. Memang tak susah kita nak ambil gambar dalam warna hitam putih sebab kat smartphone pun ada setting untuk ambil gambar hitam putih ni tapi bukan semua mampu mengambil gambar yang menarik & cantik dalam kesan hitam putih ni. Tak sama dengan walau nampak serupa, hitam putih.

Sebab tu korang yang suka ambil gambar & suka bergambar kena tengok 25 gambar kegemilangan hitam putih yang di ambil di sekitar negeri2 di Malaysia ni kat sini >>25 Gambar Hitam Putih Yang Mungkin Anda Belum pernah Lihat << Sebab korang akan jumpa sesuatu yang mungkin korang tak pernah tengok sebelum ni. Nak tau apa yang menarik kena la tengok kan.

Moral of the story.. Semua orang boleh ambil gambar & mempunyai camera tapi bukan semua orang boleh menjadi jurugambar. Seorang jurugambar bukan hanya memiliki DSLR. Kadang2 yang ada bakat dalam bidang photography ni guna camera smartphone yang tak cukup megapixel pun nampak cantik sebab dia pandai mencari sudut2 untuk membuatkan gambar tu jadi menarik.

7 SEBAB KENAPA RAYA DI MALAYSIA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN

Setiap tempat ada budaya & cara sambutannya tersendiri. Takkan sama walau perayaan yang di sambut tu sama.. Banyak perbezaan dari segi pakaian., makanan & cara sambutan. Macam tu jugak Malaysia tapi kat Malaysia ni kalau Raya macam special case sikit cara menyambutnya... Memang lain dari yang lain.


Tu yang menjadikan Malaysia ni istimewa bila menjelang musim perayaan. Kat tempat lain memang korang takkan dapat feel macam beraya kat Malaysia. Dan banyak perkara yang takde kat tempat lain cuma ada kat Malaysia jer.. Tapi tak paham jugak ada orang kaya tiap kali raya fly ke oversea. Sedangkan kat oversea nak2 lagi negara bukan Islam bukan meriah malah suasana raya tu pun takde langsung. Maybe orang2 camni memang tak suka celebrate raya kot,

Jadi kalau korang nak tahu keistikewaan raya kat Malaysia berbanding tempat lain meh baca kat sini >> 7 SEBAB KENAPA RAYA DI MALAYSIA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN <<

Tinggal 2 hari lagi jer sebelum menjelang raya jadi Den ambil kesempatan nak ucapa selamat hari raya maaf zahir batin.


PEREMPUAN CURANG LAHIRKAN KEMBAR BERLAINAN BAPA

Kuasa Allah siapa boleh menidakkan. Kalau Dia berkehendakkan berlaku, sikembar yang di kandung seorang ibu boleh jadi setiap seorang mempunya bapa yang berlainan. Tu la tanda kebesaran Allah & nak tunjuk kat manusia mereka yang melakukan kejahatan walau di sembunyikan kalau Allah nak bongkar semua, bila2 masa pun boleh.

 Sumber google

Macam tu jugak berlaku kat pasangan kembar ni, Mak dia cuba dapat perintah mahkamah untuk tuntut nafkah untuk anak kembarnya tapi bila ujian DNA di lakukan, kedua bayi tu di sahkan berlainan bapa. Last terbongkar jugak bila perempuan tu mengaku dia pernah meniduri 2 orang lelaki dalam masa seminggu.


 

















Sumber Media Hiburan

Curang lagi kat laki sendiri. Dia ingat boleh sorokkan sampai mati la kot tetiba jadi macam ni.. hambik kau!

Moral of the story.. Ingat yer para Isteri Syurga di bawah tapak kaki suami tapi bukan suruh dok buat style hindu dok ambil restu cium kaki pulak. Tu Cara agama mereka yang tak sama dengan agama kita. Yang penting jangan menduakan suami sebab isteri tak ada sunnah atau di bolehkan bersuami lebih dari satu dalam satu masa. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com