Showing posts with label watsons. Show all posts

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

 ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM. Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata.

Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah..

👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

👉Tidak cukup tidur

👉Salah guna Produk 

👉Bakteria

👉Hormon Tidak Seimbang

👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan

👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih

Di sebabkan itu juga la aku sentiasa la simpan acne gel (gel jerawat) tak kisah la apa brand yang aku rasa nak cuba. Aku biasa suka tukar tukar untuk merasai pengalaman tu. Boleh buat perbandingan yang mana lebih memberi kesan. Jadi baru baru ni aku cuba produk dari jenama yang memang aku tak berapa kenal sebelum ni. Tak pasti samada jenama baru di pasaran atau aku yang baru tahu pasal jenama ni. Sebab di jual di drugstore jadi aku tak rasa was was sangat nak mencuba tapi aku beli secara atas talian la. Dah lama rasanya tak menagih di kedai dadah. Semua beli online sahaja. Aku sekarang memang jarang keluar. Kalau keluar pun rasa macam dah tak ada apa nak di beli sebab kebanyakan aku beli online je.


Berbalik pada cerita gel jerawat tadi.. Baru baru ni aku mencuba gel jerawat dari produk Acne aid. Acne Aid ni ada lagi siri produk penjagaan kulit lain macam pembersih muka dan ada beberapa item lain. Tapi aku cuma beli gel jerawat sahaja. Aku main beli je tak ada search review ke apa. Bila dah beli tu tiba masa di perlukan mesti la kita guna. Aku ni ada makanan tertentu yang akan mencetuskan jerawat jadi kalau nak makan juga lepas tu kena hadap juga la kesan dari makanan tu. Bila tercetusnya gunung gunung jerawat kat muka aku yang sedia berpuaka ni maka aku pun melakukan ritual membunuh jerawat jerawat tersebut.

Makin teruja bila kita ada produk baru nak cuba kan. Testur dia macam biasa la gel yang putih sikit dan tak jernih. Tidak melekeit dan ada sedikit bau dari mungkin bahan yang di gunakan cuma tak kuat. Bila kita sapu cuma rasa sejuk gel. Tak ada rasa panas atau membahang di kulit. Cara penggunaan macam biasa sapu pada jerawat. Boleh di gunakan untuk jerawat yang jenis timbul tapi tidak bernanah, atau yang bernanah, jerawat jenis rata cuma timbul kesan kemerahan pada kulit.. Alah panjang pulak ceritanya. Pendekan asalkan namanya jerawat kau sapu je la enon Ooi.. Tak kira la apa spesis jerawat tu. Letih pulak aku nak menaip panjang panjang ni.

Kali pertama cuba jerawat yang manja manja ni dia akan surut seawal 24 jam.. Yang monster sikit dia ambil masa 2-3 hari. Kalau merah merah tu dalam 1-2 hari hilang la. Bagi aku kesan agak cepat berbanding gel jerawat yang pernah aku gunakan sebelum ni. Tak ada kesan iritasi atau apa apa kesan buruk yang berlaku kat muka aku bila guna gel jerawat ni. Muka hangpa tak tau la. Hangpa kena cuba dulu la. Bagi yang tak ada masalah dengan kandungan salicylic acid mungkin boleh cuba. 

Harga dia tak la semahal rumah sewa pprt walaupun ppr singkatan dari projek perumahan rakyat termiskin tapi bila pemilik sewakan balik kat 3rd party harga dah jadi bukan harga orang miskin. Gitulah perumaan yang saja di buat bagi tujuan sindiran. Harga dia murah je. Penganggur pun mampu milik tapi kena la pepandai pow duit mak bapak nak beli.

Kandungan untuk 1 tube 10g. Tapi kalau jenis jerawat yang datang waktu waktu tertentu tu tak la sebulan tu habis guna satu tube. Melainkan kau buat mask guna gel jerawat tu bukan kata sebulan.. sekali pakai pun dah kerahmatullah. yang jenis tube ni sesuai untuk masalah jerawat yang tumbuh sebiji sebiji bukan jenis yang berjemaah satu muka. Yang tu mungkin kena rujuk pakar kulit untuk dapatkan rawatan dan ubat yang bersesuaian untuk mematikan jerawat.

Bagi yang nak cuba samada hangpa boleh walk in ke mana mana watsons, guardian atau farmasi. Atau malas boleh dapatkan secara atas talian kat sini 

Shopee 👉 https://shope.ee/1fuBQ6w03t

Lazada 👉 https://s.lazada.com.my/s.i9mmM?cc


JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL

JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL. Baru baru ni saya ke Kota Bharu kelantan untuk hadiri perbicaraan kes saman keatas saya. Hari pertama sampai cik J pun ikut sama singgah ke muka. Almaklum.. bila kesana bukan melepak dalam bilik je.. saya perlu keluar ke mahkamah, pergi makan.. Bermakna balik bilik untuk rehat & tidur. Memang bila keluar dari rumah ni nak treatment muka susah sikit. Almaklum banyak masa muka dengan makeup je. Orang pompuan la katakan.. kekekeke


Dari sebiji jadi dua biji ada siap bagi pakej berkembar tu jerawat. Allahu.. Terasa diri ku begitu hodoh dengan kehadiran Cik J ni tau. 2 hari berturut turut saya perlu hadir diri ke mahkamah.. So saya rilex dulu. Balik bilik baru saya sapu acne cream tapi macam tak effective pulak acne cream bila sampai KB. dah la sana agak panas.. Kulit pun apa lagi berpesta minyak kat muka menambah baja pada para jerawat untuk membiak dengan jayanya.

Hari ke 4 tu bertolak balik.. Singgah la sekejab kat Guardian nak cari ubat jerawat katanya. Sebelum ni saya pernah guna Acne serum garden of eden memang effective tapi di sebabkan harga dia macam over budget buat masa sekarang.. Sebab saya nak kena berjimat sementara nak bagi laluan selesaikan kos guaman & kos2 lain yang berkaitan kes saman saya ni. Survey la produk yang harga mampu milik.

Ternampak la produk Aiken ni.. Sebab kat rumah memang dah ada Cleanser & toner Aiken ni. Apa salah try Tea Tree Oil dia..

Balik rumah lepas cuci makeup semua.. muka dah terbogel tanpa apa2 baru try sapu tea tree oil ni. Bau dia tak payah mengharap la macam bau pontianak harum sundal malam yer.. Dia memang tak wangi. Bau tumbuh tumbuhan yang maybe ada orang tak tahan tapi bila review kat group.. ramai yang kata ok je sebab bau dia bau dari bahan semulajadi.

Bila kita sapu pada jerawat akan rasa macam berangin (mint) & kalau jerawat tu ada kesan luka mungkin kita tergaru memang akan rasa pedih sikit tapi sekejab je. Yang bestnya Tea Tree Oil ni.. even namanya Oil.. dia tak macam minyak masak seri murni ye tuan tuan & puan puan.. Memang bila apply dia akan meresap dalam kulit kemudian.. kering tanpa kesan berminyak atau melekit. So bila2 masa nak pakai tak jadi masalah. Lebih selesa la bila apply kat muka. Takde la rasa macam orang minyak sangat kan..

Dalam masa tiga hari tu boleh nampak jerawat kecut & kawasan jerawat tu akan sedikit mengelupas & kering. Maybe proses nak matikan jerawat & menyahkan jerawat tanpa meninggalkan kesan kotoran degil (parut) kot. Tapi tak suggest hangpa pi tenyeh 1 muka ok. Satgi satu muka hangpa jadi kering pulak. Cuma sapu bahagian jerawat. Kalau ada masalah kulit berminyak tu.. sangat membantu tea tree oil ni tau. Boleh nampak minyak kat muka mula mengering... Untuk balance pastikan cleanser hangpa guna pun bersesuai juga. Takut kering sangat muka dah macam gurun sahara pulak.

Aiken Tea Tree Oil

Harga dia memang tak mahal.. RM13.88 untuk 10ml. Boleh beli kat mana2 drugstore macam guardian atau watson. Certain farmasi maybe ada jugak. Lagipun produk Aiken ni rasanya senang cari.

Cara penggunaan 
Bersihkan muka & lap sampai kering
Kemudian sapu pada kawasan jerawat

See.. drugstore pun banyak produk mampu milik, selamat & berkesan. Dah kenapa korang mesti pilih produk yang korang sendiri tak tau kat mana kilang memproses, dah menjalani R&D ke tidak, ada di lakukan ujian makmal bagi memastikan bebas bahan terlarang ke tidak... Kat drugstore produk kebanyakkan dah ada clinical & dermatology test sebelum di pasarkan. So, pilih produk yang selamat supaya kulit anda bukan sekadar cantik malah lebih sihat.

Sangat rekemen untuk guna 3 item dari produk Aiken ni kalau muka korang breakouts (jerawat + Berminyak) untuk kesan yang lebih effective. Sebab setiap satu item ada fungsinya nak bagi balance. Sebab penggunaan cleanser & Tea Tree Oil akan sedikit mengeringkan kulit tapi toner membantu memberi kelemabapan & buat kulit kita jadi balance. Tak kering & tak berminyak.

Jadi pada jurujerawat sekalian.. Jangan biarkan muka anda di selubungi jerawat. Try atasi masalah tu dengan Aiken Tea Tree Oil ni. Tapi kesan pada setiap kulit mungkin tak sama. Kena try & error.. Review ni cuma untuk memudahkan ada survey produk untuk mengatasi masalah jerawat sahaja.

ESSENCE EYESHADOW MURAH, SELAMAT, BERKUALITI & PIGMEN

ESSENCE EYESHADOW MURAH, SELAMAT, BERKUALITI & PIGMEN. Ok kat blog lekatlekit.com ni nak tambah lagi satu siri iatu siri drugstore produk. Dimana segmen Drugstore produk ni akan review produk2 dari drugstore jer.. Boleh gitu..

Kau gigih sangat nak bersegmen bagai dah kenapa. kau nak review tu review je la kan. Alahai.. nak feeling blog den macam telebesen (television) sekejab tak boleh ker?

Ok back to the topic.. Kalau ada sesapa yang follow group TPOM kat fb tu mesti pernah nampak posting atau komen dari wanita wanita yang suka bermakeup tentang isu fake produk atau rebrand produk. Ada yang bagi alasan guna fake product sebab tak mampu nak beli yang original mahal katanya dalam pada yang sama depa pun nak cantik macam orang lain juga.

Sedih kan.. Tapi kenapa hakak sanggup beli makeup fake.. makeup jual kat kedai2 serbaneka longgok2 dalam bakul je kak? Bukan soal class ke tak class hakak Ooi.. Takut produk2 tu dah di campurpalsu dengan bahan merbahaya & kulit akak dapat side effect yang tak baik. eh.. eh.. kau jemah makeup je kot. Kau jangan nak over muka breakouts pakai makeup. Makeup bukan skincare ok! Haluuu Zamirah Areshad.. Kau dengar sini bebaik.. makeup ke skincare ke.. kau apply kat atas kulit kau bukan atas kulit kayu manis atau kulit lembu. Tak ada apa yang pelik kalau muka hang jahanam sebab pakai produk makeup yang mengandungi bahan terlarang atau telah tercemar semasa proses mengadun bahan2, packaging ke hapa. Sebab tu penting pilih produk kosmetik yang di proses di kilang bertaraf GMP, produk yang dah melalui ujian makmal & terbukti selamat untuk manusia & produk yang berdaftar dengan KKM ok!

Nak makeup tapi tak mampu beli brand mahal mahal.. dekat drugstore macam watson & guardian masih ada brand2 yang selamat tapi harga mampu beli. Engkau nak guna brand cik pora... cik nenars bagai tapi tak mampu rela beli fake item. Cuba engkau guna silky girl ke.. essence ke.

Essence In Love With Rose eyeshadow

Nak cari eyeshadow murah salah satunya dari brand Essence ni. 10 warna dalam 1 palette harga dia cuma RM22.54 kat Watsons. Normally kalau ada sales harga lagi murah dari takde sales. Warna dia helok dah.. pigmented bak kata depa. Lekat elok kat kelopak mata tu. Ada sikit2 glitter tapi tak over sangat. Mesra wuduk sebab senang nak cuci. Kalau hangpa tak guna mascara waterproof tu cuci dengan air pun dia tanggal. So senang nak cuci bila nak solat.

Yang ni saya pilih warna natural. Sebab saya bukan jenis pelangi sangat walaupun saya suka makeup hahahaha

Selain tu packaging dia pun comel lahai.. terasa diriku begitu remaja. ada 4 palette dengan 10 pilihan warna bagi setiap palette. Pilih la hang nak warna yang mana.



RM22.54 untuk 10 warna dalam 1 palette kalau ada rasa mahal sangat water color pun mahai hakak inikan pun makeup. Nak murah sangat kang tak helok hangpa nak marah.. Dari pakai fake brand atau produk2 rebrand yang kadang2 rega tahap nirrojim tu tapi tak ada RnD setakat tempek NOT KKM jer adalah lebih selamat korang guna drugstore produk. Sebab produk drugstore majoriti memang ada makmal test untuk pastikan ia selamat di gunakan.

Bukan Eyeshadow je murah untuk brand Essence ni malah ada makeup2 lain lagi yang murah sebab tu kadang2 ada certain tempat stok untuk brand Essence ni selalu habis. Essence ni produk dari Itali.

Blend 3 warna yang saya tick tu. Dalam 1 palette ada matte & shimmer. So agak berbaloi sebab senang nak blend tak payah beli banyak banyak palette eyeshadow

Jadi tak ada alasan lagi hangpa nak gunakan alasan bajet sebagai sebab hangpa guna fake makeup ni. Bukan kata tak boleh guna tapi tu la.. kita tak tahu ingredient dia letak dalam produk tu apa sampai dia boleh jual dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang original. Mustahil la Ingredient dia setanding produk branded. Percayalah seorang pengeluar produk takkan jual harga yang dia akan rugi semata mata nak bagi customer barang yang terbaik. Barang yang terbaik.. harga dia pun tercirit jugak la nak bayar. Tapi ada jugak yang guna ingredient sampah tapi harga sembelit. Yang tu kekadang harga pada produk2 rebrand la. Iatu 1 produk yang boleh letak beribu jenama Alih2 sama jer semua. Tapi bukan rebrand tu tak berkualiti cuma sekarang lambakkan produk rebrand yang tak berkualiti & beracun. hati2 la.. Kalau nak beli yang rebrand make sure ada RnD yer.. dah di uji di lab yang sah & terbukti selamat.

Sekian sahaja dari kakak untuk segmen produk drugstore kali ini. Mana yang tak tau nak cari eyeshadow murah, selamat & pigmen boleh la try essence ni yer.

ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS

ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS. Tetiba je mula berjinak jinak dengan niche beauty blogger.. Bukan la baru minat makeup cuma baru serius dalam arena solekkan. hahahaha.. Dari dulu pun aku sejenis perempuan yang suka makeup tapi tak pandai makeup.. sekarang ni pun bukan pandai sangat tapi boleh la takat nak tenyeh tenyeh muka sendiri ni kan? Kalau muka orang tak berani la.. Tapi muka adik beradik aku tu confident ok! Sebab mereka antara yang pernah jadi mangsa menggunakan khidmat jejari sakti aku men touch up muka depa dulu. Tapi masa zaman duduk serumah dulu la. Sekarang almaklum la aku dah kahwin.. adik aku pun ada yang dah kahwin so masing2 membawa diri bersama suami masing2. hehehehe...

essence eyebrow stylist set. Ada 2 warna eyebrow, 1 berus kecik & 3 template kening untuk 3 size

Baru - baru ni aku tertengok satu live video kat facebook.. seorang cik Akak ni. Tak silap aku dia ni pun spesis mak andam jugak ni. Dia tunjuk tutorial nak makeup dari A to Z. Yang paling aku tertarik nampak senang je dia lukis kening dengan eyebrow shadow/powder. Alah yang jenis macam eyeshadow tu. Kewujudan eyebrow shadow ni memang dah lama aku tahu cuma sebelum ni aku tak reti nak guna je. Lagipun aku bukan reti sangat dok lukis kening.. Baru je sejak dua menjak ni belajar lukis kening. Lepas tengok video tu rasa macam best jer guna eyebrow shadow.. Apa lagi ahad lepas.. tergedik la singgah watsons cari stok. Memula ambil yang brand maybeline. Ada 3 warna. Harga dalam RM31++... Sebab tengok tu je yang ada. Tapi bila masuk ke dalam sikit ternampak eyebrow shadow jenama essence. Jenama pun aku tak pernah dengar tapi sebab murah.. RM14.90 ada 2 warna & dia bagi sekali template untuk lukis kening 3 bentuk & size. Terlajak murah kot.. Beli mahal2 pun kalau tak pandai makeup buruk juga hasilnya. Jadi elok la aku beli yang murah2 dulu.. practice sampai pandai...

Ni peralatan yang di gunakan untuk aktiviti menconteng arang ke muka.. ops.. melukis & membentuk kening

3 hari ok aku cuba lukis kening guna essence eyebrow shadow tu.. Siap guna template. Haram tak menjadinya kening aku. Tak jadi bentuk langsung. Rasa dah fed up memula.. Hari ke 3 aku taknak guna template. Guna kaedah biasa aku guna sebelum ni. Lukis je ikut gerak tangan. Aku lukis bentuk dulu guna eyebrow pensil jenama IN2IT. Tu pun murah jer.. Harga dalam 19++ dapat sekali dengan eyeliner. bila dah lukis bentuk kening tu.. kemudian baru warnakan dengan essence eyebrow shadow. Aku guna warna yang dark brown. Memang hasilnya buat aku rasa 'Wow' dah bagi aku yang baru belajar lukis kening sendiri. Kalau sebelum ni guna eyebrow pencil..kadang2 jadi macam berketul2 kat kening atau warna terlalu pekat & terang. Bila guna jenis eyebrow shadow ni.. warna dia sekata & nampak lite2 jer.. Takde la nampak macam opera cina sangat kan? hehehehehe

Selepas dah siap lukis melukis kat kening.. Bohong la kalau cakap kening kat cukur ni akan terus nampak kemas. Kena la jugak tutup bulu - bulu kening yang tak di ingini dengan concealer. Bawah & atas kening ok kena letak concealer agar nampak bentuk kening yang cantik. Aku guna concealer pun yang murah je. Jenama pun tak terkenal. Beli kat guardian je. Tapi lupa berapa harga dia hehehe.. Lepas tu touch la sikit bawah kening dengan eyeshadow warna putih yang ada glitter2 sikit tu.. Gitu la cara aku rias kening katanya. hehehe

Jangan kecam saya budak baru belajar makeup. Ni la yang termampu di hasilkan oleh jari jemari lekatlekit katanya.Fokus kat kening sudah la. Sebelum ada yang buat spekulasi.. Kening tidak di cukur ok! Cuma guna teknik solekkan jer.

Apapun.. Ok la essence eyebrow shadow tu.. Selain mudah.. kening lebih nampak kemas. Jadi tak rasa menyesal sangat la beli kan.. So bagi mereka yang baru berjinak jinak dalam menconteng muka agar cantik macam retis boleh try essence eyebrow shadow ni..

Kesimpulannya... Bukan je buat benda ni je >> Siapa pemuda-pemuda yang buat lukisan epik muka Neelofa, Harley Quinn & Song Ji Hyo ni? << di kategorikan orang berjiwa seni. Makeup ni pun satu seni jugak ok! Selagi ia perlu guna kreativiti ia tetap di panggil seni. Jadi orang yang minat makeup juga orang berjiwa seni.. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com