AKU NAK BONGKAR RAHSIA TENTANG BIO ESSENCE SUNSCREEN MOISTURIZING CREAM
Aku ni memang jenis transparent kata Sis Kathy.. Kalau nak cakap apa tu direct to the point jer. Takde simpan2 dah. Tu yang sampai kena ugut saman dengan blogger popular tu.. Ops! Ni tak tau Bio essence saman aku ke atau dia nak sponsor produk depa seumur hidup kat aku.. Apapun tindakkan bio essence selepas ni aku tak peduli.. aku tetap nak bongkar rahsia ni untuk kebaikkan semua katanyaBila first time aku tenyeh Bio essence sunscreen moisturizing cream ni.. bila panas atau berpeluh tak buatkan kulit kita jadi berminyak atau berkilat. selain tak buat kulit muka kita kena sunburn. Kalau peluh just muka kita rasa basah dengan peluh jer.. Pegang pun tak rasa berminyak. Kalau dulu kulit muka aku kalau kena panas atau berpeluh.. Rasanya boleh buat minyak dagu. Mengalahkan minyak masak seri murni berminyaknya.
cream ni bila kita sapu akan buat kulit kita jadi cerah sikit even dia takde warna sebenarnya. Cream dia warna putih susu jer.. Bila sapu dia meresap terus ke dalam kulit takde melekat lekit macam blog aku ni. Bila pakai sebelum pakai bedak.. terutama bedak jenis serbuk (powder) yang macam aku guna.. memang elok sangat. Jadi sekata takde bertompok2 taik unta. Dan bedak pun tak mudah cair & tahan lama. tak payah topup2 bedak dah. Selagi tak cuci selagi tu berbedak la muka katanya.
So, mana2 yang jenis kulit berminyak tu elok jugak pakai. Yang kulit normal pun boleh pakai. Di samping tu dia ada perlindungan uv spf 56. Kulit pun terpelihara dari tumbuhan jerawat liar. Harga tak mahal sangat aku beli dalam RM20++ jer. Kandungan dia 40gm tapi jenis aku pakai seminggu dua tiga kali bila keluar ni rasanya 3 bulan kot baru abis. Bukan tempek banyak2 macam bedak sejuk tu.. sekadar bagi perlindungan kat muka kita & sapu rata je kat muka. Tak susah nak beli kat supermarket, guardian,watson banyak jual.