Showing posts with label jin. Show all posts

BARU KU TAHU APA SEBENARNYA BAJANG

BARU KU TAHU APA SEBENARNYA BAJANG. Kalau korang selalu ikuti facebook page Lando Zawawi Brotherhood yang terkenal dengan perjuangan soal keselamatan jalan raya dan selalu berperang dengan pbt & jkr mesti korang selalu dengar dia sebut atau gelarkan seseorang dengan gelaran BAJANG. Aku antara individu yang selama ni tak tahu pun apa kejadahnya Bajang tu. Kalau BADANG aku tau la. alif Syukri kan? Kekekeke.. Gurau je. Tapi Bajang ni aku dok bayangkan mungkin sesuatu yang merujuk kepada satu susuk yang buruk atau jahat la.

Jadi hari ni tergerak nak search pasal Bajang, maka hari ini juga la baru aku tahu Bajang adalah spesis Jin Saka belaan. Kalau dah nama Saka ni dia dalam kategori makhluk halus/makhluk ghaib la. Bukan manusia. Biasanya Bajang ni di bela sebagai Saka untuk tujuan jahat untuk memudaratkan orang lain. 

Bukan bajang

Bajang ni di gambarkan sejenis makhluk yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan sedang mengandung atau kanak-kanak.  lidah, kuku dan tanggan seperti penyambung kayu (menyerupai ekor burung layang-layang)

Menurut Wikepedia 

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Kalau hangpa pernah tengok filem atau drama berkaitan Saka memang biasanya orang yang bela saka jika saka itu tidak di putuskan hubungan dengsn tuannya atau tidak di wariskan pada pewarisnya memang begitulah keadaan orang yang membela saka. Dah mati tapi orang nampak masih hidup sebab saka belaan dia menguasi jasad dia.

Kalau korang ada Saka keturunan eloklah di buang atau di putuskan. Jangan dok waris waris dah. Benda syirik & khurafat ni tak perlu jadi pusaka warisan zaman berzaman. Cukup cukup la orang dulu dulu yang kebanyakan masih jahil soal agama. Jangan di teruskan amalan syirik & khurafat tu yer..

Maka terungkailah apa itu Bajang. Kalau Lando Brotherhood gelarkan hangpa bajang jangan rasa dia puji sangatlah yer.. tu bermakna perangai hangpa macam hanat la tu..


RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK

RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK. Semalam sapa layan Drama DFKL kat TV3, Simpang sejenak semalam. Opkos la I antara orang yang memang dari awal tercangak depan TV nak tengok drama ni ok. Hello.. I kan suka cerita seram.. Even I tak Expect sangat drama ni adalah drama yang seram sehingga terkencing kencing dalam seluar bagai. Tapi tengok iklan promo tu agak menarik di tonton la..


Simpang sejenak ni mengisahkan seorang lelaki yang dalam perjalanan nak ambil barang untuk di hantar ke johor. Tetiba kat tengah jalan kereta dia habis minyak. So, berjalan kaki la dia ke stesen minyak berhampiran sebelum menumpang motorsikal penduduk kat situ selepas nak kembali semula kat kereta dia. Selepas dia kembali ke kereta dia nak isi minyak, tiba2 dia di datangi seorang gadis yang tiba2 muncul minta tolong hantarkan balik kerumah. Katanya kena tinggal dengan bas. Semua beg dia ada dalam bas. Tengah2 malam perempuan minta tolong.. Tengok pun takde mencurigakan so lelaki ni pun tolong la hantar.

Masa perjalanan nak hantar perempuan ni balik, dia perasan macam jauh jugak & dia juga perasan macam dah lalui tempat yang sama banyak kali tapi tak jugak sampai sampai rumah perempuan tu. Tapi akhirnya sampai jugak.. Perempuan tu pelawa masuk minum kopi dulu. Memula memang la dia tolak sebab dia rushing tapi akhirnya dia bersetuju jugak.


Bermula dari situlah dia bagai masuk ke alam lain. Selepas minum kopi tu.. dia tertidur & bermimpi berjumpa dengan seorang budak yang tahu segala apa yang berlaku pada diri dia. Budak tu suruh dia cepat balik jangan ikut sesiapa. Kalau dia ikut juga dia takkan kembali ke dunia dia lagi. Dekat hujung2 sebelum dia di temui baru tau budak itu adalah anak dia yang keguguran masa dia hilang. Masa dia hilang tu bini dia yang tengah sarat mengandung terjatuh & anak dalam kandungan tu meninggal.

Selepas beberapa hari dia hilang.. Orang yang bertanggungjawab yang minta dia datang hantarkan barang ke johor tu mula mencari dia. Dengan bantuan seseorang.. mereka dapat menjejaki lelaki tu dia satu kawasan. Disitulah mula terbongkar kisah berkenaan manis.. Dia berjaya di temui tapi manis ni dah suka dengan lelaki tu. So dia taknak lepaskan.


Selepas pulang lelaki ni jadi berperangai pelik dah tak kenal anak bini dia. Dia cuma asyik teringat kan manis jer.. Satu malam manis datang untuk membawa dia pergi tapi berjaya di halang. Ending lelaki tu jadi gila. Manis pula terus menyakat lelaki yang melalui kawasan dia.

Dari awal cerita memang tidak di nyatakan secara jelas siapa manis. Sampai akhir pun ada yang tak faham lagi siapa manis. Tapi sebagai peminat cerita seram watak Manis tu sebenarnya bukan watak roh orang mati.. Tapi watak Jin bunian yang menyukai seorang lelaki manusia & berusaha untuk mendapatkannya. Tinggal dalam hutan tebal & ada ibu & ayah dia.

Katanya Simpang Sejenak ni tajuk asal dia Simpang Sedenak. Sedenak ni salah satu nama tempat kat johor bahru. tak sure pulak kisah ni di ambil dari kisah orang tempatan kat sedenak atau apa.. Tapi ok la not bad la walau cerita kalau nak kata seram memang tak ada elemen seram langsung. Terlalu simple kot jalan cerita dia.. Ending tergantung & agak tidak sampai kepada penonton.

watak manis tu dari imej dia tak mengambarkan misteri & mistik sangat sampai orang pun konpius dia siapa sebenarnya. Maybe drama ni kalau di perbaiki watak & jalan cerita dia boleh jadi drama terbaik jugak. Tu komen peribadi lekatlekit sebagai peminat cerita seram.

Apapun semalam den layan drama ni sampai ending ok saja jer malas nak mention kat pesbuk hehehhee

Moral of the story.. Sapa yang kaki sondol laki orang tu takde beza la dengan jin.. kekkeke

LELAKI MELAYU INI DEDAH BAGAIMANA TUNANGNYA DI BUNUH SECARA HALUS MELALUI GAMBAR YANG DI UPLOAD DI MEDIA SOSIAL

LELAKI MELAYU INI DEDAH BAGAIMANA TUNANGNYA DI BUNUH SECARA HALUS MELALUI GAMBAR YANG DI UPLOAD DI MEDIA SOSIAL. Zaman socmed (social Media) ni apapun tidak mustahil boleh berlaku. Apa ingat orang nak membunuh orang zaman sekarang perlu pergi cari & bunuh secara depan depan je ke.. Secara on air & online pun boleh membunuh. Tanpa menyentuh hujung jari pun pada tubuh badan kita.


Malas la nak ngomel panjang panjang sebab cerita mamat ni dah cukup panjang & dramatik untuk hangpa baca jab lagi. Kalau di tambah dengan drama lekatlekit.. Takut jadi novel seram pulak. Tak pepasal ada yang bukukan entri ni pulak. hehehehe...

Tapi secara ringkasnya nak bagitau la mamat ni cerita bagaimana tunang dia mati hanya kerana gambar yang di upload kat social media.. Jom kita baca kisah penuh trajidis & menyayat hati ni..























Dulu den pun suko upload gambar kat social media ni.. Dari pagi membawa ke malam. Dia punya upload gambar kat Myspace sampai ada kawan tegur. Tu salah satu habit pengamal media social yang kuat pakai data Internet. Nak tau korang ada habit yang kuat guna data internet meh tengok kat sini hangpa ada tak karektor tu >> 4 Karakter Korang Yang Mungkin Menjadi Punca Data Selalu Habis. #3 Paling Takleh Blah! <<

Tapi sejak kawen & ada anak memang saya kurangkan upload gambar muka sendiri sampai ada yang rasa misteri sangat blogger lekatlekit ni.. Sekarang gambar anak pun dah nak private kan dari masa ke semasa.. Biarlah yang ada cuma penulisan lekatlekit jer hehehehe

Perkara macam ni memang dah banyak berlaku cuma kita je kadang2 rasa macam masih secure.. Sebab belum kena pada diri sendiri. Even kita rasa kita tak ada musuh sekalipun.. Ingatlah orang nak memusuhi kita tak semestinya bila kita menyakitkan hati mereka secara terus.. Macam kes mamat ni ada lelaki lain suka pada tunang dia.. Sebab perempuan bertunang dengan lelaki lain dia tak puas hati & dia gunakan cara syirik & khurafat untuk balas dendam..

Moral of the story... Yer kita semua cantik tapi adakalaya yang cantik itu lebih cantik andai terlindung & terselindung. Peace Yo!

SERAM! PEKERJA MATI KEMALANGAN DATANG PUNCH CARD DI KILANG ELEKTRONIK BANDAR BARU KAMPAR

SERAM! PEKERJA MATI KEMALANGAN DATANG PUNCH CARD DI KILANG ELEKTRONIK BANDAR BARU KAMPAR. Meriah pulak segmen seram serik lekatlekit minggu ni kan? Hati senang ke beb?? Alhamdulillah.. hati ok jer. Boleh lagi setakat nak menulis blog. Lagipun Blog ni la salah satu sumber nak cari dana kos guaman untuk kes saman sivil saya tu. Umpama dari blog ia datang kepada blog juga ia pergi.. Kerana pendedahan yang saya buat kat blog saya di saman jadi dengan blog ni juga la salah cuba mencari rezeki untuk menampung kos guaman saya. Bagi yang tak tau kes tu boleh la semak semak entri lepas..


Yang pasal saman menyaman tu kita hold sekejab.. Ni kami nak share dengan hangpa kisah seram untuk hiburan sebelum tidur katanya.. Tak feel la tido tanpa di selubungi misteri katanya.. Baru la ada yang kencing tilam. hahahaha... Better pakai pampers siap - siap ok. Bukan apa takut esok takde panas macam mana nak jemur tilam. kekekekeke

Kisah ni kami dapat dari perkongsian seorang Follower Page Jangan Tutup Lampu - SuriaFM (JTL). Katanya peristiwa tu berlaku semasa dia bekerja kat sebuah kilang elektronik di kawasan bandar baru Kampar, Perak. Ate orang peghok.. Kome tahu ke kat mana tempatnya? Tapi kilang tu sekarang dah pun tutup operasi. Kejadian ni berlaku kira kira 20 tahun yang lalu...


Alkisahnya..tersebut la kisah Aipppppppppp.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan Firaun.... kekekeke.. Ops.. Simpan selipar masing2 kat kaki semula. Kami melawak ja. Tu pun nak ambil hati. yelah.. yelah... kami mulakan kisah seram ni. Are U ready Uolls..?? Drumm plesssssssssss!!!

Kisahnya bermula bila ada seorang technician india kat kilang mati kemalangan. Maka seminggu selepas kejadian tu.. Kilang tu mula di selubungi misteriiiiiiiii. Pada satu malam yang sepiiiiiiii... Lolongan angin sepoi sepoi bahasa (Yang ni takde saja tambah bagi seram), President kilang seorang warga Taiwan buat rondaan nak cari kot kot ada pekerja yang membuta & makan gaji buta kerja shift malam. Dalam perjalanan nak masuk ke kawasan operasi kilang tu dia terserempak dengan seorang lelaki India baru nak punch card. Kecik besar kecik besar je dia tengok mamat tu.. Pukul 2 - 3 pagi baru nak punch card masuk kerja. Mesti dalam hati dia cakap.. Ingat kilang awek kau ke suka hati jer nak masuk pukul berapa kerja. Kilang awek kau pun mesti bapak dia yang punya sebab awek kau pun tak mampu buka kilang lagi. Mesti bapak dia pun marah kalau cenggini perangai bakal menantu. Ops.. terlebih drama la pulak. ekekekeke

Apa lagi dengan kuasa bulan sailormoon maka president tu ambil nombor & nama pekerja tu untuk tindakkan susulan esok hari. Buka jer opis dia terus pergi ke pihak HR.. nak mengadu domba ada pekerja masuk kerja lambat. Tapi.. lain pulak yang berlaku apabila pihak HR tu bagitau dia..... Jeng jeng jeng... Kita kembali selepas iklan. 

Yelah.. Yelah.. Gurau je. Tu pun nak merajuk sampai nak clik X blog den. Ok sambung balik.. Bila HR dia bagitau pekerja yang dia maksudkan tu sebenarnya dah seminggu meninggal dunia sebab accident. terus kejung kat situ.. Tapi Hidup lagi la Big Bos Taiwan tu cuma demam je la. Lepas kejadian tu terus dia tak berani lagi buat kawad cari pekerja night shift yang membuta di malam buta. Baru kau tau penangan hantu Malaysia ni.. Siap boleh punch card lagi ok! hantu taiwan ado???

Selepas kejadian tu katanya ada juga berlaku kejadian histeria kat kilang tu. Mungkin di sebabkan jin mengambil kesempatan atas kematian trajidis seorang pekerja kat situ untuk di jadikan sebab dia mengacau bilaukan tempat tu. Dasar Jin.. Asyik nak menumpang jer tempat orang.

Moral of the story... Kalau kerja tu sila masuk awal. Jangan suka punch card dakwat merah sangat. Nanti mati jadi hantu hahaha... Ops jangan percaya tu semua tahyul semata mata.

KISAH SERAM BERLAKU DI GERAI DALAM KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA

KISAH SERAM BERLAKU DI GERAI DALAM KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA. Setelah agak lama segmen seram serik lekatlekit tenggelam timbul.. Kini Tora datang lagi dengan kisah seram yang pernah berlaku di kawasan gerai dalam Kompleks kerajaan Jalan Duta. Hangpa rindu kan dengan cerita seram kami.. Mesti hangpa ingat kami dah resign tulis kisah seram lepas kena saman. Kami dah tak ada mood nak menghiburkan hangpa dengan cerita cerita seram.


Mana ada...  tu takde kena mengena dengan kes saman kami ok! Yang saman tu.. Usaha, Doa & Tawakal je la. Allah sebaik baik tempat untuk mohon pertolongan. Jangan risau kami tak guna saka untuk fight kat mahkamah na.. Hahahaha..

Nasib baik la adik den dah berhijrah balik kedah. Kalau tak dulu dia memang kerja kat kompleks kerajaan Jalan Duta tu.. Lama jugak la lepas 6 bulan habis belajar terus dapat kerja kat situ. Sebab depa interview sebelum grade lagi kan.. Di sedut masuk terus gomen katanya. Senang tak payah nak print resume banyak - banyak dah. Ni kalau dia masih kerja best jugak momok momokkan dia hahahaha..

Kisah ni bukan berlaku sekarang tapi dalam tahun 90an dulu. Dulu katanya kompleks kerajaan Jalan Duta ni bukan macam sekarang. Kat bahagian gerai makan tu dulu katanya cuma dalam bawah satu bumbung besar yang boleh muat dalam 50 Gerai. Time tu masjid wilayah pun belum wujud.. Tak payah tanya batu batu nak buat pembinaan dia time tu dah order ke belum.. 

Dulu katanya ada satu je kompleks kat situ. Jalan shortcut nak ke segambut cuma jalan kampung yang selalu becak & berair. Kawasan tu di kelilingi hutan pokok getah. Staff2 yang kerja kat kompleks tu kalau nak pergi makan kena turun cerunan yang agak curam untuk ke gerai2 makan. Belakang gerai pulak hanya ada bukit yang penuh hutan. Bukit tu sekarang di bina Kompleks Mahkamah tinggi. 

Tu mengambarkan suasana dulu kat kawasan tu supaya hangpa semua boleh membayangkan bagaimana seramnya kawasan tu bila tiba malam hari.. 

Dijadikan cerita seram masa tu.. Sekumpulan anak muda yang kerja kat gerai di situ. Depa ni bukan gelandangan tapi depa malas nak sewa rumah. Depa suka lepak ramai2 kat kawasan gerai tu.. Tidur,mandi makan, kerja berehat semua kat situ la. Sebab kat situ prasarana semua cukup. Toilet, bilik air, surau semua ada. Bila malam depa buat partition guna stall tu untuk jadikan macam bilik kemudian tutup jer dengan plastik biru.

Selama depa bermastautin kat situ memang macam macam kejadian seram berlaku.. Katanya tempat tu keras. Bukan sebab lantai dia simen ok! Jangan loyar buruk sangat.. Situ dah ada mahkamah Tinggi satgi see u court ok sebab loyar buruk dengan admin lekatlekit.com hahahaha... Menurut cerita kat situ pernah berlaku pembunuhan. Kat atas bukit yang sekarang di jadikan Mahmakah. Elok la tu siang manusia bersidang malam hantu pulak take over untuk perbicaraan kes pembunuhan dia hahaha. Katanya yang di bunuh tu bangsa India.. mamat2 ni haram tak tau apa2 sampai polis datang buat siasatan. Mayat pun dah berbau sebab dah mati lebih kurang 3 - 4 hari.

Tapi katanya sebelum kejadian pembunuhan tu pun dah biasa terjadi benda yang tak best kat situ. Pernah salah seorang mamat yang bermastautin ramai2 kat kawasan gerai tu terserempak dengan lembaga yang menyerupai seorang perempuan berpakaian putih dok merayap kat kawasan gerai tu. Dia nampak jelmaan tu dalam samar2 lampu kalimantang.. rupa tak nampak katanya sebab tutup dengan rambut. Tapi dok perhati kearah dia.. posisi dia pulak sekejab kat tiang depan.. sekejab kat tiang tepi.. dah macam main rebut tiang macam kat sekolah dulu pulak. Cuak jugak la kan..

Tu salah satu kejadian.. Ada lagi. Ada satu malam depa lepak ramai2 sambil main gitar. Almaklum masa tu zaman Rock Kapak. Nyanyi terpekik terlolong la. Takdak sapa nak marah. Depa ja yang ada kat situ.. Dalam suasana yang meriah karipapusing ala2 macam konsert gig tu tetiba salah seorang dengar suara budak menangis. Dah sapa pulak buang anak memalam buta.. bila depa check balik.. mana ada budak kecik dengan depa. Bunyi tangisan budak tu lama kelamaan bertukar jadi garau & kuat. Dia pun tak mau kalah.. Nak rock juga. Menurut cerita suara tu ala2 suara mak lampir. Bila dia cari.. Suara tu katanya datang dari arah atas bumbung gerai. Masing masing dah kecut satu badan.. Slow2 bawak diri pergi tido memasing walau nak lelap pun susah. Gila kau.. buatnya pejam mata tetiba dok peluk kat sebelah.. Mau kejung kat situ. Bangun pagi sapa yang paling pucat semalam kena bahan la..

Tu bukan kejadian terakhir.. Ada lagi kejadian yang mampu buat tercabut jantung. Nak2 berlaku pada malam jumaat kan. Dalam pukul 2 pagi macam tu la.. Sambil depa dok lepak main kad.. ada jugak dok main gitar & ada yang dok menyembang kat luar. Masing2 kat port memasing.. ada yang dalam bilik (stall2 yang di cantum jadi dinding & di tutup dengan plastik biru).. ada kat luar gerai. Suasana meriah juga la walau dah pukul 2 pagi..Ni spesis tak bagi change langsung kat jin jin nak berjimbaraya.. depa bolot habis siang malam. Mana tak hangin makhluk tu kan..

Sedang dok asyik main kad tu tetiba salah seorang terbau wangi.. Wangi dia memang wangi giler.. Minyak wangi Dexandra pun tak boleh lawan dia punya kuatnya. Jadi ter pause sekejab la aktiviti depa kat situ. Dalam pada masa yang sama kat luar dengar bunyi mengilai macam yang pernah depa dengar sebelum ni.. Time tu memasing jadi macam pohon semalu kena sentuh.. kecut habis. Bulu roma tu tak payah cakap.. berdiri tak duduk2 dah..

Dalam celah bedah dok mengilai tu.. tetiba dengar pulak bunyi angin ribut yang kuat sangat berserta hujan yang lebat. Yang duduk dalam port main kad tadi tak ada sapa berani keluar. Background muzik bunyi perempuan mengilai pun tak habis habis.. Di tambah ngeri lagi bila plastik biru yang menjadi penutup tempat dorang tu.. di tepuk tepuk dari luar.. sekejab kiri sekejab kanan, kejab tepi, kejab hujung.. kira dia tepuk tiap sudut yang ada.. Try hangpa imagine.. hangpa terkurung dalam port tu.. kat luar hujan lebat di iringi dengan suara saparano yang dok mengilai tak henti henti.. di tambah dengan bunyi tepukkan kat plastik di sekeliling port hangpa duduk.. Tak payah cakap besar ok boleh makan megi macam tak ada apa apa berlaku. Silap haribulan ada yang di serang sawan kat situ..

Dekat 10 minit jugak benda tu berlaku.. Bila semua kembali reda, salah seorang cuba beranikan diri jengah kat luar. Apa yang dia lihat.. Memang mengundang.. Gila wei.. Kat luar tak ada apa2 pun yang berlaku. Tak ada ribut, tak ada hujan.. malah bekas lepas ribut atau hujan pun tak ada. Bermakna memang hujan & ribut yang depa dengar tadi tak berlaku pun.. Maka depa keluar dari tempat tu & tanya mamat yang main gitar untuk kepastian. Memang confirm takde hujan apatah lagi ribut.. Malah yang kat luar asyik main gitar & menyembang semua tu kata tak dengar pun bunyi mengilai ke hapa. Masing2 pelik, cuak & tak terkata juga masa tu

Sampai sekarang menjadi misteri.. Apa yang berlaku. Alah.. tak payah misteri sangat la bang.. Dah nama pun mistik memang perkara yang berlaku di luar logik akal.  Kalau yang logik semua tu sains bukan mistik hahahaha...

Apapun kalau abang abang yang melalui pengalaman tu masih ada nyawa kat dunia ni.. Mungkin peristiwa tu akan kekal dalam ingatan depa sampai bila bila. Tapi dah nama lelaki.. Kena kacau pun still juga bertahan kat situ.. Tapi tak tau sampai bila la depa berumah bujang kat kawasan gerai tu. Gamaknya sampai masing2 bertukar kerja atau jumpa jodoh la kot. hehehehe

Moral of the story.. Lain kali jangan bergelandangan kalau mampu sewa rumah atau bilik. Kan dah kena berjiran dengan hantu hehehehe

KISAH SERAM & MISTERI BERLAKU DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

KISAH SERAM & MISTERI BERLAKU DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR. Terpaksa mencuri masa untuk mengisi slot segmen seram serik lekatlekit ni. Maaf lah ye hantu hantu semua kami tak dan nak bagi publisiti kat hangpa sangat sekarang ni. Bersusun kerja kat blog menanti giliran untuk muncul dia di blog lekatlekit ni. Tapi di sebabkan kami tak mau buat peminat cerita seram blog lekatlekit hampa & kecewa maka kami cuba mencuri masa yang halal untuk hiburkan hangpa dengan cerita seram.


Kali ni jom kita berparanormal pulak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Tapi kali ni kami buat kompilasi cerita cerita seram pendek yang pernah berlaku kat situ la. Baru meriah sikit kan.. hehehehe

Di Ganggu  Jelmaan Wanita Berambut panjang Bersama budak kecil.

Dalam Komplek Mahkamah Kuala lumpur ni ada lokap polis dekat basement area belakang KMKL. Katanya yang selalu kena sakat ni para guard guard la. Time dia beroperasi kira kira dalam pukul 1 - 2 pagi. Biasa la time macam tu memang time dia (Makhluk halus) berjimba raya & berpesta muda mudi ye dak. Guard memang la kena berjaga. Dah nama pun jaga ye dak.. takkan nak tidur pulak kot. Katanya kerap depa terserempak dengan Jelmaan seorang perempuan berbaju hitam, berambut panjang bersama seorang budak kecil lingkungan umur 4 - 5 tahun. Dia akan datang ke kaunter guard & bertanya jalan balik atau jalan keluar dari mahkamah. Bila di datangi wanita misteri tu, orang yang di tegur akan bagai di pukai. Mereka akan jadi bangang sekejab hanya menunjuk arah tanpa mampu berkata apa aa sehingga lembaga berupa wanita tersebut hilang menembusi dinding mahkamah barulah depa akan sedar & terasa pelik juga takut. Lepas tu akan dengar suara mengilai tak hengat punya. Bayangkan hangpa dalam situasi tu. Rasanya hangpa nak cari jalan balik rumah sendiri pun dah tak jumpa kot hehehehe

Jelmaan Makhluk Berpakaian Putih & menjelma dalam rupa peguam di malam hari

Katanya berlaku di tingkat 4 aras kiri. Selalunya yang terkena staff yang balik lewat malam la. Ada yang di ganggu dengan satu makhluk berpakaian serba putih yang akan pandang mangsa dengan pandangan yang seram & tajam.. Selalunya dia akan duduk di hujung blok. Dia akan ikut mangsa sehingga masuk dalam lift & turun ke bawah. Katanya lagi laju hangpa berjalan.. semakin laju juga pergerakkan dia mengikut hangpa. Kadang2 dia menjelma menyerupai lawyer. Kalau ikut logik akal memalam mana la nak ada lawyer. Tak ada ke di bicarakan malam malam buta kat mahkamah. Apa yang pelik walau dia dalam rupa lawyer tapi bila semakin dekat, akan nampak keadaan lawyer cuma ada kepala sampai paras perut je.. Bawah pada tu memang tak nampak. Kira dia halimunan separuh badan la ni.

Jelmaan makhluk duduk di bangku bahagian dagang 7

Berlaku kat tingkat 4 tapi di aras kanan. Ada satu bangku yang berdekatan dengan bahagian dagang 7 katanya ramai orang akan terserempak & setiap kali di tegur.. Dia akan pandang lepas tu terbang & hilang. Normally orang yang kena sakat.. confirm lari turun ke bawah. Gila kau nak tunggu. Takkan nak duduk kat situ lagi tunggu dia datang. Memang tak la kan.

Jadi sapa yang bekerja di komplek mahkamah kuala lumpur tu.. Hati hati lah yer. Siang - siang hari ok la tapi yang kena stayback sampai lewat malam kalau terserempak dengan lawyer ke hapa jangan ramah mesra sangat. Manalah tau kan.. nasib baik tak berapa baik malam tu.

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA. Di sebabkan mood nak berseram serik tu tengah on jadi kita memburu lagi kisah misteri & seram. Tau hangpa mesti tunggu kan.. Apa lagi kisah seram seterusnya yang lekatlekit nak momokkan dalam segmen seram serik lekatlekit ni.

Gambar sekadar hiasan

Kalau sebelum ni kita biasa dengar kisah legend Volkswagen kuning kat lebuhraya karak kan.. Tapi kali ni kami nak share dengan hangpa satu kisah pasal Misteri sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat siap ada plat number NS 476 lagi. Kisah dia takde la extreme sangat.. Sangat simple bagi kita yang membaca tapi kami yakin orang yang melalui pengalaman tu rasa kecut juga usus perut. Yelah.. Time tengah malam, sunyi basi macam tu bila berdepan dengan situasi yang pelik, penuh misteri & mistik.. Susah untuk di capai logik akal ni memang mengundang seram juga la kan.

Kisahnya bermula.. Seorang hamba Allah ni dalam perjalanan balik dari melaka katanya. Tak tau la dia pi melaka tu buat apa.. Tak pulak dia cerita so kita pun tak payah la nak jaga tepi tayar kereta dia sangat la kan. Satgi kena lenyek tak pepasal kita pulak ke rahmatullah. 

Walaupun banyak cerita seram dia dengar.. tapi tetap dia guna jalan lama. Lokasi sebenar dia tak nak pulak bagitau cuma dia kata berdekatan dengan pajam. Hek.. eleh.. Tu mesti nak pedajal orang lain juga kan.. Tak aci la dia kecut usus sengsorang. Kena bagi orang lain pun rasa jugak. Kalau bagitau lokasi sebenar satgi lenggang pulak jalan tu tak dak orang guna. hehehehe

Maybe dia nak test power sebab banyak sangat cerita seram orang lain ketika guna jalan tu. Dalam pukul 1.45 pagi macam tu dia drive sengsorang. Dia memandu dalam 70km/j & sempat memotong sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat bernombor plat NS 476. Atas motor tu ada dua orang.. Sorang of course la menunggang & sorang lagi membonceng. Dua2 nampak macam orang tua. Time tu dia takde la rasa apapun. Orang tua bawa motor apa nak pelik sangat. Tak ada apa yang aneh pun bagi sesapa. 

Tapi selang 5 minit macam tu.. Motor kapcai lama yang dia potong tadi ada kat depan dia. Dia dah makesure motor yang sama, no plat pun sama. Memang motor bukan kereta proton yang baru launches ni >> Proton Launches 2017 Model Of Proton Iriz With New And Improved Features << Mak Aii... Motor ni boleh terbang ke hapa. Tak nampak melintas pun tetiba ada kat depa. Sedangkan dia tak ada berhenti kat memana sepanjang perjalanan. Dia mula cuak dah. Tadi boleh la rilex.. Tapi tetiba lepas potong jumpa kat depan lagi ni dah kes berat. Dah macam kisah seram Volkswagen kuning jugak. Lepas potong jumpa balik kat depan.

Sampai sekarang katanya dia tak tahu milik siapa motor & siapakah yang menunggang & membonceng motor kapcai tu. Adakah jelmaan mangsa langgar lari yang meninggal dunia kat jalan tu? Wallahualam.. Yang pasti apa yang dia nampak tu memang tak boleh di terima logik akal. Dia yakin apa dia jumpa bukan manusia dah.. Something yang krik... krik.. krik.. Di tambah lagi tempat tu memang terkenal dengan macam macam kejadian seram. Jadi tak mustahil apa yang dia nampak juga berkaitan dengan misteri & mistik tempat tu.

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu keras tak payah nak test power sangat kalau hati tu tak kental. Ni mujur hati kental sampai rumah juga. Bukan apa takut bila jadi kejadian macam tu keras kat tengah jalan pun payah jugak. hehehehe

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA

JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA. Dalam hal ni rasanya ramai yang masih tak faham & selalu salah sangka. Sebab masyarakat melayu dia gelarkan makhluk ghaib ni sebagai hantu maka dia pukul rata.. Hantu tu semua adalah sama.. Jin pun dia.. Setan pun dia.. & iblis pun dia. Tapi sebenarnya Jin, Syaitan & Iblis ni adalah 3 makhluk yang berbeza. Memandangkan blog lekatlekit.com ni memang banyak berkongsi kisah seram, mistik, misteri.. Kisah2 dari makhluk alam ghaib ni.. Elok la share sikit penjelasan pasal ni kan...


Sebab ramai yang salah faham antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Kadang2 depa jadi pelik terutama masa bulan ramadhan. Katanya Syaitan & iblis kena ikat sepanjang bulan puasa.. Dah kenapa boleh berlaku lagi kejadian kerasukkan & histeria ni? Mesti la boleh berlaku sebab kerasukkan atau histeria ni berlaku kerana gangguan jin bukan iblis & syaitan.. Jadi Jin ni masih berkeliaran la walau di bulan ramadhan kan sebab depa bukan spesis yang sama.


Jadi nak kenal perbezaan antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Boleh baca penjelasan di bawah yang di ambil dari blog Ustaz Dr Shauqi

JIN 
jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
IBLIS 
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. 
SYAITAN 
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

So sekarang hangpa tau dah kan apa beza Jin, Iblis & syaitan.. Mereka memang dari makhluk ghaib tapi depa dari golongan yang berbeza. Lepas ni hangpa tak boleh pukul rata lagi.. Tak payah nak mempersoalkan kenapa bulan posa pun ada orang kena histeria ok! Bukan sebab Iblis & syaitan.. Tu sebab jin. Jin yang buat salah.. jangan iblis & syaitan pulak dapat nama ok! hehehehehe

Moral of the story.. Walaupun berbeza 3 spesis tu tetap kita tak boleh taksub atau berdampingan dengan mereka. Lebih2 lagi untuk perkara yang menjurus kepada unsur syirik & khurafat.

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

KECOH SEBUAH PERKAMPUNGAN MENUJU KE TOK BALI DI GANGGU PENANGGAL

KECOH SEBUAH PERKAMPUNGAN MENUJU KE TOK BALI DI GANGGU PENANGGAL. Selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia tak kira la yang menyambut hari wesak atau tak.. Yang penting semua bercuti kecuali laki aku jer.. Dia kerja demi mencari sumber pendapatan nak menyara keluarga agar anak bini dia tak merintih & merayu kat media sosial akibat kesempitan hidup (Moga Allah sentiasa limpah kurniakan rezeki buat kami agar kami tidak perlu meminta minta, andai di uji perlu meminta minta moga di permudahkan segala urusan kami ini, Amin..). Jadi selagi ada kerja nak buat.. maka bekerja la dia sekuatnya. Maka.. anak bini duduk la di rumah sementara bapak pergi kerja. Nanti bapak cuti kita pergi jalan jalan. Tak payah nak sesedih sangat hari cuti kena duduk rumah.. Banyak benda boleh buat kat rumah mengisi masa lapang contohnya membaca & menghapdet blog hehehehe


Sebab aku sedang mereput di rumah sekarang ni jadi untuk tidak menyebabkan otak mengalami Osteoporosis bersama tulang.. Maka kita baca la isu2 semasa kat akhbar online. Tiap2 bulan bayar bil streamyx tu.. tak payah nak beli surat khabar lagi. Dalam dok membaca isu2 biasa kat sinar harian online terbaca satu cerita pasal sebuah perkampungan menuju ke tok bali.. nun di kelantan sana kecoh pasal hantu penanggal. Rupanya tak pupus lagi spesis penanggal ni kan? Ingat tinggal kenangan je. Apa yang aku tahu penanggal ni manusia yang belajar ilmu salah. Sebab perjanjian dia dengan jin.. so dia jadi penanggal. Tapi tak sure jugak la penanggal yang orang kampung kat kelantan tu nampak macam mana. Menurut sumber aku baca.. jelmaan makhluk halus jadi tak ada kena mengena dengan orang belajar ilmu salah macam dalam filem penanggal tu.

Alkisahnya.. Kecoh orang kat sebuah perkampungan yang menuju ke Tok bali katanya di ganggu bebola api yang mereka percaya spesis hantu penanggal. Menurut cerita seorang pemancing katanya dia nampak bebola api tu atas kubur Bachok.

dimaklumkan seorang pemancing yang melihat bebola api itu di atas kubur Bachok.Difahamkan, bebola berapi itu lazimnya adalah jelmaan makhluk halus yang digelar sebagai penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan-balan di Sabah. - sumber sinar harian -

Di kuatkan lagi cerita mistik ni.. Seorang lelaki kongsi pengalaman sendiri. Katanya mula2 dia pun rasa mengarut la cerita hantu penanggal ni semua. Pendek kata dia sendiri pun tak percaya sehingga benda tu berlaku pada isteri dia sendiri. Bukan.. Penanggal tak makan pun anak & bini dia.. Kisahnya.. Pada satu malam semasa depa ni bermalam di kampung. Bini dia baru beberapa bulan mengandung anak sulung. tetiba malam tu bini dia mengigau & meracau macam macam. Dia cuba kejutkan tapi tak bangun pulak bini dia. Solutionya dia ambil air jirus je ke muka. Dia cerita jirus tak tau la berapa baldi. Dengar jirus macam banyak sangat tapi mungkin renjis je kot. Biasa la cerita kena gempak sikit. hehehehe.

Lepas kena renjis2 di pilis tu baru la bini dia terjaga dari mimpi ngeri. Time tu bini dia tak cerita la dia mimpi apa sampai depa balik semula kerumah depa baru bini dia cerita yang dia bermimpi hantu penanggal datang nak ambil anak dalam kandungan dia. Esok tu tetiba sesuatu telah berlaku... Jeng jeng jeng... bangun pagi tu depa nampak ada kesan titisan darah di depan rumah. Hope depa dah check betul2 la darah apa.. darah ayam ke.. sirap rose ke.. atau cat merah hat geng Ahlong guna untuk pedajal orang tak bayar hutang. kang tak pepasal penanggal kena fitnah pulak. kekekekeke

ketika tidur dia tersedar apabila melihat isterinya mengigau dan meracau.
“Puas saya kejutkan dia tapi dia tak sedar. Sudahnya saya jirus air pada mukanya barulah dia sedar.
"Ketika di kampung, isteri saya tak cerita apa yang berlaku. Dia cerita selepas kami pulang ke rumah sewa di Kota Bharu.
"Isteri kata ketika tidur dia didatangi penanggal yang mahu ambil anak dalam kandungan. Keesokan hari kami nampak ada titisan darah di depan rumah - Sumber Sinar Harian -

Moral of the story... Apapun semua makhluk kat bumi ni adalah Makhluk ciptaan Allah. dari Allah kita datang & kepada Allah kita kembali. Kejadian macam ni memang tak mustahil boleh berlaku sebab makhluk ghaib ni memang wujud maka mohonlah perlindungan dari Allah yer.. Jangan sebab kejadian macam ni kita mensyirikkan Allah pulak.

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI. Hospital kita sedia maklum tempat yang ramai orang sakit, orang sedang nazak & tempat yang ramai orang menghembuskan nafas terakhir. Tempat - tempat macam ni tak pelik la kalau banyak makhluk2 ghaib yang kita tak nampak dengan pandangan mata kasar. Mungkin yang di beri kelebihan oleh Allah SWT sahaja dapat melihat untuk memberi pengajaran pada orang lain.


Terbaca satu perkongsian di media sosial tentang pengalaman seseorang yang mungkin di buka hijabnya boleh melihat makhluk ghaib ni. Dia nasihatkan la supaya sesiapa sahaja keluar dari hospital tak kira la selepas discharge dari wad, atau datang sekadar melawat orang sakit mengamalkan membaca ayat Qursi kemudian hembuskan di kiri, kanan, depan & belakang sebelum pulang kerumah. Sebab kita tak tau apa yang ikut kita balik dari hospital. Jangan ingat benda ni tahyul bagai yer.. Dari pengalaman aku sendiri anak aku pun pernah terkena baru2 ni selepas hampir seminggu dok ulang alik dari hospital sampai malam sebab mertua masuk wad.. Sampai kena merujuk dengan pusat rawatan Islam. Sepupu dia yang umur 2 tahun pun sama juga tapi depa rawat cara kampung.. Aku tak sure la kan dengan siapa.

Menurut hamba Allah yang berkongsi cerita sepanjang dia dok masuk mana2 hospital kat Malaysia ni.. Dalam wad tu katanya dia nampak macam2 jenis makhluk dok merayap kat siling. Satgi ada loyar buruk cakap cicak pulak. Ni bukan cicak mahupun cicakman yer.. Makhluk tu memang kita orang2 tak ada ilmu ni tak nampak. Kalau semua orang boleh nampak dah tak rare & seram pulak la kan? Kita masuk wad nampak orang jer.. Yang di buka hijabnya dia nampak lebih dari manusia dalam tu.

Dari pengalaman dia sendiri.. katanya di sebuah hospital besar .. dot... dot.. dot.. Bila dia dongak atas siling terlampau banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, telinga panjang, muka seram & ngeri seolah olah tunggu masa nak terjun ke bawah. Paling menakutkan.. dia nampak seorang lelaki yang berjalan sambil pegang kepala dia sendiri dalam keadaan darah yang masih memancut keluar dari tengkuk. Hanya dia je yang nampak.. sebab yang lain tengok melakukan rutin seperti biasa seolah2 tiada apa yang aneh berlaku


Bila di pandang bawah katil.. dia nampak ada mayat sedang di tidur pula. Kemudian ada seorang kanak kanak menarik tangan ibunya cuba menunjukkan kearah lembaga bawah katil tapi mak dia pulak marah. Biasa la mak mak kan.. dia rasa anak dia mengarut jer. Sebab tu.. Jangan ambil mudah kalau anak anak kecil bagitahu sesuatu yang pelik yang mereka nampak.


Pengalaman kedua katanya dia nampak ramai orang datang melawat ahli keluarga mereka yang sakit.. dalam celah2 tu dia nampak seorang wanita yang berjalan perlahan sangat. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek. Tapi bukan beruk biasa.. Mata beruk tu merah menyala. Bila dia ceritakan pada isteri dia, isteri dia terdiam. So, dia terus membaca ayat2 Al Quran lalu di hembus kepada makhluk tersebut.

Lepas di hembus ayat ayat Al Quran pada beruk tu.. wanita tu terhuyung hayang & sempat dia pegang keluarganya yang ingat dia nak pitam. Beruk tadi terjatuh & bangun semula dengan muka yang marah sambil mencari siapa yang buat dia jatuh & akhirnya matanya terpana pada lelaki yang menghembuskan ayat ayat Al Quran tadi. Sekali lagi lelaki tu bacakan Ayat Qursi lalu di hembuskan pada beruk tu.. Akhirnya benda tu hilang. Isteri dia tegur perbuatan dia menghembus  macam tu risau jadi kecoh sebab orang salah sangka. Bila dia explain kat isteri dia.. Isteri sekali lagi cuma terdiam

Pengalaman ketiga katanya dia nampak ramai orang mengelilingi seorang lelaki yang rupa rupanya dah sangat nazak & sedang menghadapi sakaratul maut. Anak2 dia nampak masih sibuk dengan handphone mungkin sedang menghubungi sedara mara untuk maklumkan keadaan ahli keluarga mereka yang sedang nazak. Tapi ada satu makhluk bertelinga & tanduk panjang nampak lebih sibuk dari semua yang ada kat situ. Dia sibuk menganggangu lelaki yang sedang nazak tu. Saat itulah.. perlu di ajarkan kepada mereka yang sedang nazak untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dalam keadaan matanya mula memandang keatas.. sebenarnya dia sedang di ganggu syaitan. Tak payah time tu nak sibuk dengan handphone..

Pengalaman ke empat.. Lelaki ni pernah masuk ke bilik mayat untuk dapatkan surat kematian ibunya. Dia nampak ada beberapa makhluk yang sedang berdiri berhampiran peti mayat cuma dia tak pasti adakah makhluk yang dia nampak berdiri di sisi peti mayat tu.. mayat di dalamnya milik mereka. Mereka nampak seperti manusia biasa.. tapi ada berwajah hodoh dengan muka pecah, lidah terjelir keluar. Sebab tak tahan nak tengok lama lama dia cepat2 jumpa person in charge untuk dapatkan surat & terus kepejabatnya.

Pengalaman kelima.. Dia masuk ke wad jantung semasa menziarahi ibu mertua dia. Dia nampak seorang jurujarawat tekun membantu seorang pesakit tanpa sedar sebenarnya dia di ekori sesuatu.. Sesuatu tu berupa.. wanita berambung panjang berjalan ikut dia dari belakang. Kemana je nurse tu pergi, dia akan ikut sambil matanya memandang ke bawah. Sesekali rambut dia yang panjang tu tersangkut atas bahu nurse tu.. nampak nurse tu macam menguis seolah olah macam rasa gatal. Dia cuma tengok tanpa buat apa apa pada nurse tersebut. Sebab tu yang bekerja di hospital ni bagus amalkan ayat Qursi untuk mengelak gangguan makhluk halus.


Jadi.. Petua kepada semua tak kira yang datang menziarah atau yang bertugas dalam hospital ni. Amalkan ayat Qursi.. sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita. Memang yang jadi mangsa kebanyakkan kanak kanak.. Jadi untuk elakkkan kita atau anak kita menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib ni amalkan ayat ayat Al Quran sebagai pendinding. Samada kita percaya atau tak.. Ia memang wujud. Di bumi Allah ni bukan hanya wujud hidupan yang kita nampak.. Malah ada alam ghaib yang ada penghuninya. Wallahualam...

PEKERJA ASING BAWA PENDAMPING PUNCA 70 PEKERJA KILANG ELEKTRONIK DI PUCHONG KERASUKKAN

PEKERJA ASING BAWA PENDAMPING PUNCA 70 PEKERJA KILANG ELEKTRONIK DI PUCHONG KERASUKKAN. Sapa pernah ada pengalaman kerja kilang angkat tangan? Erkk.. Aku pun pernah kerja kilang jugak ok.. Dalam setahun macam tu la. Lepas tu aku rasa kerja dalam kilang ni memang tak berapa menepati taste aku. Pernah kerja sebagai general clerk juga kat sebuah kilang.. Last aku kerja pun clerk kat sebuah kilang juga tapi tak sampai 2 hari kot aku dah tak tahan. Pendek kata kerja kilang ni memang aku tak berapa minat even mak aku dulu pun bekas minah kilang jugak. Yelah.. nak membesarkan anak. Nak tolong bantu ringankan beban ayah katanya.


Kena bagitau satgi ada yang salah faham kata aku pandang rendah orang kerja kilang pulak.. Aku cuma nak bagitau aku tak minat kerja kilang. Orang kerja kilang bukan semua tak educated.. dalam kilang tu ada macam2 position.. engineer, manager,technicial,officer bagai.. So jangan pandang rendah ok kalau orang cakap dia kerja kilang. Tapi bukan aku nak cerita pasal peluang pekerjaan yang ada dalam kilang.. Aku nak cerita pasal kisah seram jer.

Kilang antara port berhantu juga la cuma bukan semua kilang tapi salah satu tempat di mana selalu berlaku kejadian histeria. Almaklum la ramai awek cun kat situ kan.. Ni kisah pasal sebuah kilang elektronik kat Puchong.. Katanya bukan kali pertama berlaku kejadian histeria ni malah dah banyak kali cuma yang terkini melibatkan ramai pekerja. Yang terbaru berlaku lagi melibatkan 70 orang pekerja. Kebanyakkan pekerja warga asing la. Dulu katanya tak sebanyak ni yang kena..

Depa sendiri pun tak tau punca histeria tu berlaku sebab katanya..tengah dok buat kerja tetiba seorang pekerja tu menjerit2 kemudian berjangkit dengan yang lain. Di sebabkan kejadian histeria semakin kerap berlaku mereka minta khidmat dari Pusat Rawatan Islam Al-Qalam.

Di sebabkan kejadian histeria tu operasi kilang tu terpaksa di tutup sementara. Sekarang tengah operasi membersihkan kawasan tersebut dari gangguan makhluk halus. Katanya Gangguan tu berpunca dari Tandas & perawat dari pusat rawatan Islam tu cakap.. Mungkin ada kaitan dengan pekerja asing yang ada bawa pendamping atau apa2 yang berkaitan untuk di jadikan pendinding.

Tu la kan.. Kalau masih ada orang dok guna bodyguard ghaib ni dia memang la di jaga tapi orang lain pulak yang kena bahana. Security ghaib ni kau tak bagi apa yang di janjikan memang dia akan menyebabkan huru hara.

Jadi moral of the story... Rasa nak pasang bodyguard carilah bodyguard manusia bukan jin ok!

MISTERI PASAR BUNIAN LEBUHRAYA KARAK

MISTERI PASAR BUNIAN LEBUHRAYA KARAK. Pagi - pagi bangun dok mentelaah kisah misteri & mistik lebuhraya karak pulak hang ni.. Mimpi seram ke hapa semalam? Tak dak Aiihh.. kami mimpi indah ja semalam. Tidur pun lena.. Bangun pun seperti waktu sepatutnya. Tak dak terbabas pun. Betapa kami bahagia ja.. Cuma terbaca satu kisah misteri berkaitan dunia mistik di lebuhraya karak.


Lebuhraya karak ni memang dah sinonim dengan kisah seram.. Ramai orang takut nak guna jalan ni waktu malam. Aku pun ada pengalaman lalu jalan tu waktu malam.. Tapi Alhamdulillah la tak ada apa2 yang mistik & menyeramkan berlaku. Maybe hantu tengok aku pun lebih berpuaka dari depa kan.. Atau depa segan satgi aku dok up story jumpa depa dalam blog pulak. Kekekekekeke. Cakap besar lekatlekit Ooi.. Satgi dia jengoi (tunjuk) mai kat hang.. baru terkencing kuning kat situ. Dak Aiihh... kami melawak ja noh..

Kami terbaca satu kisah pengalaman seorang anak muda di rantauan... semua pulang ke desa.. Ops.. sorry ternyanyi lagi lagu raya pulak. Kisahnya seorang mamat ni yang duka nestapa kerana ibunya batuk....... kekekeke jangan marah. Ok.. ok.. betul betul cerita kali ni.

Alkisah seorang anak muda berusia 25 tahun yang pernah melalui pengalaman seram masa melalui jalan lebuhraya karak pada malam hari. Cerita depa sekumpulan ni guna jalan tu nak ke bandar bentong sebab nak cari tempat makan. Jauh sampai ke bentong yer nak korang pergi. Memang food hunter betul sanggup memalam buta redah lebuhraya karak semata mata nak makan jer. Tapi jangan buruk sangka sangat.. selain cari makan depa stay kat hotel sana selama 2 hari sebab nak buat kajian. Student lagi gamaknya..

Time tu pukul 2.45 pagi lebih kurang. Sedang elok memang waktu puncak makhluk halus nak berjimba raya. Jalan kat situ memang gelap. Sapa pernah guna jalan tu waktu malam tahu la.. Aku akui memang gelap gelita tak nampak masa depan time malam hari. Nak di jadikan kisah seram, misteri & mistiknya.. Sampai kat selekoh tiba tiba depa nampak cahaya terang & ada orang berniaga pulak di sepanjang jalan tu. Kerja gila kat hutan macam tu tiba2 ramai orang meniaga tetengah malam buta. Ada festival tangkap harimau ke hapa.. Memang tak logik sebab laluan tu bukan ada penempatan manusia pun.

Depa yang riuh rendah dok sembang tadi.. masing2 terdiam kaku membisu... Masing2 cuak la kan. Tempat yang tak pernah ada orang tiba2 tengah malam ada orang berniaga pulak. Masing2 maybe dalam kepala memang penuh seribu satu persoalan yang tak berjawaban gamaknya cuma nak suarakan tak berani. Yelah.. orang tua2 kata kalau lalu jalan hutan nampak benda2 pelik jangan tegur. Satgi tegur dia ikut balik... jenuh nak berubat pulak.

Sempat la mamat ni baca apa2 surah yang patut dalam hati untuk elak sebarang kejadian tak di ingini. Bila dah lepas dari kawasan yang dia nampak ramai orang berniaga tu.. dia usya kat cermin kat situ dah kembali gelap macam biasa. Dah tak nampak sebarang pasar malam yang meriah tadi. Masing terus diam menikmati perasaan seram sejuk sehingga sampai ke destinasi.. Nasib baik seram sejuk je dik.. Kalau seram serik lekatlekit jenuh nak cari bilik air mandi. hehehehe.

Menurut firasat orang2.. Katanya pasar bunian. Yelah kawasan hutan tak mustahil ada penempatan makhluk bunian ni. Saja la kot dia bagi bebudak tu nampak pasar malam depa.. Yelah niat depa nak pi cari makan kot2 nak singgah beli makanan kat situ ke kan.. Tapi depa pulak takut. Kalau tak boleh merasa air tangan orang bunian katanya. kekekekee

Moral of the story..  Makhluk ghaib memang wujud.. Tapi lebuhraya karak ni memang dah terkenal dengan kisah2 misteri & seramnya so mentaliti kebanyakkan orang ni lalu jalan tu ingat benda2 seram. Kawasan tu pun antara area kemalangan.. Tapi bukan semua di sebabkan gangguan makhluk halus.. Mentaliti & imaginasi kita yang kadang2 menakutkan kita sehingga berlaku kemalangan. Sampai jalan tu je kau nak pecut sebab takut.. Padahal tak ada apa2.. So tak mustahil benda tu juga salah satu faktor berlakunya kemalangan. Jadi jangan menakutkan diri sendiri dengan imaginasi liar anda. 

Tapi kisah seram di lebuhraya karak ni kira tak berapa rare dah la.. sebab dah sinonim kan? Kalau korang nak lebih seram lagi korang boleh tonton filem ni.. Menangis ok >> Inilah Filem Seram Wajib Tonton 2017 <<

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU?

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU? Tu dia.. jarang2 ada kisah seram berkaitan balai polis yang masih beroperasi. Sapa kata walaupun banyak hero2 gagah perkasa yang bekerja kat situ cik Hantu tak berani buat onar.. Dia bukan lut pun kena tembak dengan senjata api kan.. So, ada dia kesah nak sakat abang2 polisi katanya.


Rasanya cerita ni dah jadi viral tapi aku baru terbaca kat harian Metro tadi pasal kes tetiba pintu kaca balai polis bandar hilir yang katanya terbuka sendiri. Sebelah terbuka masuk ke dalam balai. Yang sebelah lagi terbuka kearah luar balai Kemudian salah satu daripadanya pecah tak tahu punca. Kejadian berlaku kira kira pukul 4.21 pagi 6 april.. kejadian dua hari lepas la. Time2 macam tu kalau korang jenis selalu baca kisah2 seram memang antara time kemuncak kalau nak berlaku apa2 gangguan berkaitan makhluk halus ni. Memang selalunya time sebelum subuh. Kang subuh satgi hantu pakat lari balik rumah dah. Kira time2 macam tu time depa dok merayap tak ketahuan hala la jugak. So sapa2 yang jenis kutu rayap tengah malam tu.. Kira geng depa jugak la kan...

Video rakaman cctv semasa kejadian

Memang di sahkan oleh ketua Polis melaka ada kejadian pintu kaca pecah kat balai polis tu cuma dia anggap mungkin di sebabkan angin. Kuat jugak angin boleh tolak pintu kaca macam tu kan.. Dah tu dia tolak dua pintu kaca dalam dua arah berbeza pulak tu. Angin apa gamaknya yer... Angin  kus kus ke angin bayu membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkan mu.. Ops.. ternyanyi pulak. Asal tulis cerita seram je mesti nak ternyanyi. hahahahaha


Cara dia pecah tu kalau nak salahkan angin.. Memang tak berapa logik. Takkan angin bertiup dalam dua arah berbeza kat satu tempat. Rasanya balai tu kena buat majlis tahlil & bacaan Yasin kot bagi mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin boleh menganggu petugas petugas kat situ. Susah jugak kalau asyik kena kacau nak2 lagi yang duty shift malam ni.. Even polis pun.. Bab makhluk halus ni.. berdiri jugak bulu romanya pak! Walau tak sampai terkincit dalam seluar sekalipun. Gangguan makhluk halus ni mana boleh halau & halang dengan senjata api.. kau acah2 pistol dengan gari dia tak heran pun katanya. So, kena ada aktiviti keagamaan jugak la.

Moral of the story.. hope abang abang & kakak kakak polis bertabah la menjalankan tugas. Saja ja tu dia ucap salam perkenalan. Maybe baru sampai nak tumpang tidur dalam lokap kot. hehehehe

MISTERI DI SEBALIK LAGU NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA ADA KAITAN DENGAN SAKA NENEK KEBAYAN

MISTERI DI SEBALIK LAGU NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA ADA KAITAN DENGAN SAKA NENEK KEBAYAN. Kalau budak dulu dulu memang tahu la kan.. Permainan yang kena nyanyi lagi nenek nenek si bongkok tiga ni. Kira antara permainan popular jugak la budak budak kampung zaman dulu. Enjoy ok main permainan ni time2 petang kat padang rumput.


Kalau kampung aku dulu cara main dia.. sorang akan di ikat mata pegang watak nenek kebayang.. Yang lain2 akan berpegangan tangan membentuk bulatan. Lepas tu lagu nenek nenek si bongkok tiga akan di nyanyikan sambil mengelilingi watak nenek kebayan tu. Habis lagu tu masing2 ada duduk mendiamkan diri.. So yang pegang watak nenek kebayan tu nanti akan mencari salah seorang penganti dia dalam keadaan mata yang tertutup. Kalau tekaan dia betul.. maka orang yang tertangkap tu akan mengantikan dia sebagai nenek kebayan.

Ni la cara permainan nenek nenek si bongkok tiga

Memang enjoy jugak la masa kecik kecik main permainan nenek nenek si bongkok tiga.. Tapi selama aku hidup ni memang tak pernah dengat cerita atau kejadian mistik yang berlaku berkaitan lagu rakyat nenek nenek si bongkok tua tu. Malah sepanjang membesar dengan lagu tu tak ada seorang pun kawan2 sepermainan aku kerasukkan ke, atau di ganggu apa2 jenis makhluk halus tu. Sebab tu agak pelik & terkejut baca satu artikel yang berkaitan dengan lagu nenek nenek si bongkok tiga ni.

Katanya lirik lagu tu menceritakan sesuatu perkara yang misteri berkaitan makhluk ghaib. Kononnya lagu tu ada kaitan dengan saka nenek kebayan... Erkk.. Aku tak kata benda ni betul ke salah ok cuma yelah.. sepanjang hidup dok membesar dengan lagu2 tu.. Anak aku pun kadang2 dok nyanyi jugak lagu nenek nenek si bongkok tiga ni memang tak ada apa yang berlaku pun.

Apa yang aku baca dari artikel tu katany setiap lirik lagu ni macam umpama mentera & mempunyai maksud tersendiri.. Korang boleh baca maksud pada setiap lirik lagu nenek nenek si bongkok tua ni..

1) Nenek, Nenek Si Bongkak Tiga ,Siang Megantuk Malam berjaga.
Maksudnya:
Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, kerap sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam. 

2) Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dengan Anak Raja.
Maksudnya:
Siapa terkena Gangguan ini, Memilih pasangan hidupnya amat sukar. Bila dah nak kahwin je tak Jadi, Bila berkawan je cepat panas baran dengan pasangan. Maksud Raja di atas Segala kemahuannya hendak di turuti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Bila ia bergaduh, yang terkena Gangguan ini setiasa hendak mendengar katanya, walaupun ia Salah dia sukar hendak memohon Maaf Dan mulakan dulu, Cepat Berkecil Hati dengan semua orang Berhampiran dengannya Dan hendak di layan dengan penuh kasih Sayang Dan di manja. Masalah Saka ini menjadi panas pada pasangan Suami Dan Isteri..

3) Cucu tak dapat lari,Nenek Tua banyak Sakti..
Maksudnya:
Dalam perubatan Islam pengalaman seorang perawat Hendak Merawat Saka Nenek Tua ini mmg amat sukar. Ia amat licik. Kadang Bila Kita ruqyah Ia masuk dalam Tubuh pesakit, Macam beliau janji, janji nak keluar, janji nak jaga la, Tapi semuanya menipu. Bila dah berubat ke sana Ke sini Kejap je hilang lepas itu ada balik. Ia datang balik. Memang tak di nafikan Saka Nenek kebayan ini penuh dengan muslihat. Bila di ruqyah ada juga Saka Nenek kebayan ini ketawa dgn nyaring, Dah macam katanya dia jumpa tetapi dalam banyak Saka Nenek Kebayan la paling Banyak muslihat Dan kuat.

4) Sekarang Juga Nenek Mencari Siapa Kena Dia Yang Jadi..
Maksudnya..
Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunannya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa Mencari keturunannya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping..

Yang aku baca ni katanya pengamalan sendiri seorang perawat merawat pesakit yang terkena gangguan saka nenek kebayan. Antara tanda tanda orang yang terkena saka nenek kebayan ni adalah..

1. Kerap sakit belakang/belikat
2. Kerap sakit kepala
3. Selalu kembung perut
4. Keguguran rambut
5. Kitaran haid tidak normal
6. Sukar mendapat zuriat
7. Sentiasa rasa panas (hendak marah) dengan pasangan
8. Selalu bermimpikan bayi, menyusukan bayi & bermain dengan bayi
9. Kerap bermimpi nenek tua
10. Selalu ternampak kelibat nenek tua

Jadi kalau hangpa ada simtom2 kat atas.. Try la merujuk kepada mana2 pusat rawatan Islam. Yelah.. kita tak tahu kan benda benda macam ni tak mustahil boleh berlaku kat sesiapa saja. Sebab dari artikel aku baca saka nenek kebayan ni sentiasa mencari pewaris dia. Sapa terkena saka dia, menjadi target dia la kot kan.. Jenis saka ni memang perlukan pewaris untuk dia terus hidup. 

Apapun.. untuk mengelak dari sebarang gangguan jin & syaitan ni sentiasa amalkan zikir & ayat ayat Al Quran jer.. Saka apapun takkan boleh lawan dengan kuasa Allah. Depa tak kebal sangat pun dengan ayat ayat Al Quran. Insya Allah.. Allah akan melindungi diri kita & keluarga kita.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com