SINDIRAN KUBUR PINK USTAZ MENGUNDANG FITNAH
Ramai yang dah tahu & masih ada yang tak tahu isu kubur pink & service audio mp3 bacaan Al Quran kat kubur adalah satu sarcasm atau sindiran dari seorang individu di laman sosial untuk mereka2 yang menghias kubur ahli keluarga yang dah meninggal dunia secara berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran & menyerupai budaya/cara agama lain. Niat Ustaz tu mungkin baik nak menyedarkan umat Islam supaya tak melakukan perkara tersebut tapi cara dia tu bagi aku tak betul la sangat.
Post yang menjadi Viral.Boleh rujuk entri ni >> Kubur Pink <<
Tak perlu la kot nak sarcasm/sindir dalam menyampaikan ilmu Allah ni.. Nak berdakwah, berdakwahlah dengan cara semua orang boleh faham agar ilmu di sampaikan tak jadi salah faham. Salah faham dalam isu agama ni agak berat berbanding isu2 semasa. Pada Ustaz tu, aku nak tegur ilmu aku dengan dia memang jauh beza. Aku ni ilmu paras buku lali tu pun tak tau sampai ke tak.. Ilmu dia mungkin lebih tinggi dari aku sebab mampu di gelar ustaz. Hope apa yang berlaku kita semua jadikan pengajaran. Nak sarcasm pun biar nampak sarcasm nya.
P/S : Tujuan aku tulis entri selain bagi pendapat pasal isu yang menjadi viral adalah untuk memberi tahu maksud sindiran ustaz ni sebab even aku tahu cuma sarcasm tapi mula2 aku pun confuse apa benda yang dia nak sarcasmkan sebab dalam komen dia ada jugak sentuh pasal wasiat Almarhum TG Nik Aziz.. sindiran dia tu boleh mengundang macam2 salah faham.. Bukan senang nak memperbetulkan salah faham bila melibatkan ramai orang