Showing posts with label sabun cuci baju sekolah. Show all posts

ANAK KALI PERTAMA KE ASRAMA SEDIAKAN BUKU PANDUAN MENCUCI DELOURVA UNTUK MEREKA

ANAK KALI PERTAMA KE ASRAMA SEDIAKAN BUKU PANDUAN MENCUCI DELOURVA UNTUK MEREKA. Ingat tak kali pertama kita mula mencuci pakaian sendiri bila? Hahahaha.. seingat saya.. saya mula cuci baju saya sendiri masa umur dalam sekolah rendah lagi. Masa tu tinggal dengan makcik.. even kadang2 makcik cucikan.. Tapi selalunya cuci sendiri jugak. Sorry ok bukan guna washing machine.. Masa tu rumah makcik tak ada washing machine. memberus sampai sado dengan tangan ok.


Kalau zaman dulu kita kadang2 belajar secara semulajadi dari hasil pemerhatian kita tapi zaman sekarang budak budak semua mak bapak tolong buat. Diaorang pun jarang nak memerhati perkara lain selain smartphone sampai masa perlu ke asrama & berdikari semua perkara, masa tu la mula mengelabah tak tau nak buat apa. Selalu mak yang buat semua dari basuh baju sampailan iron baju tapi bila kat asrama memang takde la mak mak nak buat dah. Pepandai la kau urus sendiri.


Selain mak bapak perlu sediakan keperluan untuk anak anak mencuci pakaian sendiri ni.. Bagus juga kalau ada sekali buku panduan untuk mereka rujuk. Contoh macam produk delourva ni.. Bila kita beli produk pencuci pakaian dengan mereka.. memang di sertakan sekali buku panduan untuk menggunakan produk tersebut. Sekaligus memberi tutorial secara bertulis & bergambar yang memudahkan pengguna untuk merujuk.

Dalam buku panduan Delourva ni dia ada bagitahu kegunaan setiap item & cara menggunakannya. Antara Item yang ada dalam rangkaian produk Delourva ni adalah..

1. Serbuk Cuci delourva. Ada 2 iatu
➠Pek Permulaan 1kg Kandungan
➠Pek Isian Semula 2kg Kandungan

➛Berfungsi untuk mencuci pakaian putih & bewarna . Selain menanggalkan kesan kotoran Ia juga berfungsi mengembalikan keserian pada warna fabrik yang kusam.

2. Penghapus kotoran (Stain Remover)
➛Berfungsi untuk menanggalkan kesan kotoran lama & baru

3. Pewangi Fabrik 
➛Untuk memudahkan mengosok (Iron) pakaian & memberi haruman pada pakaian

Dalam buku panduan ni di beri tutorial bergambar bagaimana nak gunakan semua item tersebut mengikut langkah yang betul. Tak kira cara cucian tangan ataupun cucian menggunakan mesin basuh menggunakan rangkaian produk Delourva.

Sebagai contoh fungsi & cara guna untuk produk Delourva untuk mencuci kesan kotoran lama yang melekat pada pakaian atau fabrik. Ada step by step yang perlu kita ikut sebelum mencuci supaya mendapat kesan pembersihan yang kita harapkan menggunakan rangkaian produk delourva. Langkah langkah tersebut adalah seperti di bawah..

1. Guna Penghapus kotoran (Stain Remover) dengan cara menyembur pada kesan kotoran tersebut.

2. Rendam bersama dengan serbuk pencuci delourva mengikut sukatan yang di tetapkan (Sukatan ada di berikan dalam buku panduan tersebut). Untuk pakaian putih perlu di rendam dalam air panas & pakaian berwarna menggunakan air suam

3. Selepas tu sekali lagi sembur Penghapus kotoran (Stain Remover) & gosok (berus) dengan lembut.

4. Akhir sekali cuci macam biasa samada menggunakan mesin basuh atau cucian tangan.



Juga di berikan panduan cara untuk mencuci kasut sekolah. Memang bagus untuk anak anak kita yang baru pertama kali melangkah ke asrama & baru mula belajar berdikari untuk buat semua perkata sendiri.


Bagus juga buku panduan delourva ni.. Selain serbuk pencuci dia memang untuk kegunaan mencuci pakaian & kasut sekolah tak kira yang berwarna putih atau bewarna lain. Di sediakan buku panduan bagi memudahkan anak anak kita yang mungkin kali pertama masuk asrama & berjauhan dengan keluarga. Jadi salah satu benda yang patut ada sebagai persediaan anak masuk asrama adalah rangkaian produk delourva ni. So mak ayah tak perlu risau dah.. Anak boleh ke tak cuci baju sendiri. Dengan rangkaian produk delourva pakaian sekolah anak anak kita pun tak nampak kusam & baju putih tak jadi kekuningan.

Kalau berminat nak dapat produk & buku panduan ni boleh hubungi/layari :

 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Website : www.delourva.com 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686 

KESAN MINYAK TAR PADA BAJU SEKOLAH, KESAN MINYAK PADA KAIN LAP DAPUR SENANG TANGGAL DENGAN PENCUCI DELOURVA

KESAN MINYAK TAR PADA BAJU SEKOLAH, KESAN MINYAK PADA KAIN LAP DAPUR SENANG TANGGAL DENGAN PENCUCI DELOURVAKat dapur mesti ada kain untuk lap kesan kesan kotoran & minyak yang tumpah atau terpercik masa kita memasak kan. Kain tu selalunya akan comot lepas guna. Kesan minyak atau kesan kotoran dia kadang2 susah nak hilang. Nak2 lagi jenis kain yang macam tuala. Dia macam serap kotoran tu.. Jenuh memberus nak bagi hilang.


Masalah tu memang saya sendiri pun alami. Dulu saya rendam berhari hari.. cuma tukar air je nak bagi kesan kotoran minyak tu tanggal & senang hilang. Tapi sekarang dah tak susah.. Saya guna serbuk pencuci delourva dengan stain remover delourva je..

Untuk kesan kotoran macam tu dia agak kuat.. Jadi perlu rendam dulu dengan air panas bersama serbuk pencuci delourva. Tapi sebelum tu spray dulu dengan stain remover yer.. Kedua dua ni sangat penting untuk hilangkan kesan kotoran & kesan minyak yang degil macam tu.

Rendam la dalam 1 jam.. agak2 air panas tu pun dah sejuk. Cuci jer.. Ni saya guna cucian tangan. Tak kuasa nak campak kain lap kotor macam tu dalam washing machine. Tapi tak teruk sangat pun nak memberus.. Tak keluar pun peluh jantan betina. Sebab serbuk pencuci & stain remover tu dah buat kerja dia.. Kita sental sikit2 dah tanggal kesan kotoran.


Sejak guna serbuk pencuci delourva ni memang mudah sikit la kerja2 mencuci pakaian atau apa2 jenis fabrik. Ni dekat nak buka sekolah.. Patut mak mak kena stanby dah rangkaian produk pencuci delourva ni. Baju sekolah ni tak kira apa warna pun tak sah la kalau tak lekat kesan kotor. Almaklum la budak2.. jumpa kawan kawan kadang2 main tak ingat dunia. Terkena minyak tar yang cat kat padang la.. terkena sambal makcik kantin la kan.. Bukan senang wei nak tanggal.

Testimoni pengguna lain yang saya baca pun ramai berpuas hati dengan tahap kebersihan bila cuci guna produk delourve ni terutama untuk cuci baju sekolah anak anak. Jadi dari pengalaman sendiri guna produk ni memang saya rekemen juga untuk anda.
Berminat nak cuba boleh hubungi :


 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686 

TENGOK APA DAH JADI DENGAN BAJU NI LEPAS CUCI GUNA SERBUK PENCUCI DELOURVA

TENGOK APA DAH JADI DENGAN BAJU NI LEPAS CUCI GUNA SERBUK PENCUCI DELOURVA. Sekarang tengah cuti sekolah.. So takde la yang mengeluh kena memberus baju putih & uniform sekolah anak - anak yang pergi ke putih melepak.. Baliknya berdaki & berhapak. Nak menyental ni bukan mudah nak Ooi.. Nak2 kesan kotoran yang susah tanggal ni. Naik muscle tangan mak nak Ooi.. memberus baju sekolah hangpa.


Almaklum la budak budak kan.. Kita dulu pun macam tu jugak. Tu baru kisah anak anak.. tak kisah mak bapak dia pulak. Yang mana bekerja & perlu pakai uniform warna putih pun satu hal jugak. Even dah tua manusia pun kadang2 tak boleh elak terkena kesan kotoran atau yang jenis kerja memerlukan pergerakkan yang banyak & luar tu.. Kolar baju kadang2 berdaki kena peluh. Setakat campak dalam washine machine memang tak tanggal daki tu.

kalau pakai serbuk pencuci atau sabun pencuci biasa ni bukan nak keluar sangat. Peluntur pakaian pulak lebih sesuai untuk pakaian yang plain putih je. Kalau ada corak berwarna sikit takut luntur warna dia kan? So macam mana hangpa nak solve masalah ni? Terus memberus dengan sekuat tenaga kah? Atau lantak la kesan kotoran degil tu.. Asal bau sabun sudah orang tak kata baju tak basuh..

Delourva Stain Remover & Fabric Perfume

Jangan macam tu yer Latipah Omar.. Jangan cepat putus asa ok! Setiap masalah ada penyelesaiannya.. Kecuali mati je tak ada nyawa ganti jual kat farmasi. Setakat nak cuci baju putih yang kotor, terkena karat atau baju putih yang jadi kekuningan sebab guna peluntur pakaian yang hangpa guna boleh je try rangkaian produk Delourva. Tu dia macam iklan tv...

Ni bukan sekadar sembang.. sembang je pun guna jugak. Nak tau sejauh mana keberkesanannya.. Daku gigih cari baju lama yang memang dah tak pakai.. Baju putih yang ada corak juga dengan kesan karat yang bertahun tahun tu. Punya kejam kan daku.. Nak buat testimoni pun cari yang paling susah nak cuci tu. yelah.. Mesti la. kalau setakat kesan kotoran biasa tu tak extreme sangat. Campak dalam washine machine, letak serbuk pencuci & biar je dia cuci.. dah settle. Tapi yang ni kau berus tahap dewatarangga pun memang susah nak tanggal. Kesan karat bertahun kot.. dengan warna putih pada fabrik pun dah kusam.. Almaklum baju lama kan. Nak tau apa berlaku.. meh kita sama2 kita tengok..

Antara rangkaian produk Delourva yang saya guna untuk mencuci kesan karat & kesan kusam pada fabrik lama ni adalah saya gunakan Stain Remover (penghapus kotoran) Delourva bagi menghilangkan kesan karat pada fabrik yang dah bertahun lamanya ni. Spray je pada kesan kotoran @ karat tu. Saya rendam lebih kurang setengah jam dalam air.. kemudian baru saya cuci. Bahagian karat tu memang saya berus juga sikit.. Sebab kesan karat tu agak berat kan.. Selebihnya saya menggunakan cucian dalam mesin basuh. Hangpa ingat mak ni rajin sangat ke nak memberus baju hahahaha.. Dah hasilnya boleh rujuk pada gambar yer..


Yang kedua saya gunakan Serbuk pencuci Delourva yang berfungsi untuk mengembalikan keputihan pada pakaian yang dah kusam atau kekuningan & menanggalkan kotoran juga. Caranya rendam dalam air panas lebih kurang 30 minit - 1 jam bergantung pada berapa teruk kesan kotoran. Macam ni kesan karat lama.. Saya rendam lama sikit campur saya lupa jugak. Tu yang terendam lama sikit lebih sejam hahahaha.

DAN INILAH HASILNYA..
Boleh nampak tak perbezaan. Tak perlu di terjemahkan dengan kata kata. Biar gambar berbicara hahahaha.

Hasilnya memang tak mengecewakan jugak. Baju buruk kembali berseri gitu. Kesan karat pun pudar & hilang dalam 90% jugak la. Tapi rasanya kalau di basuh berkali kali boleh hilang jugak ni. Untuk cucian pertama pun result dia not bad. Kesan kusam pada baju yang dah nampak lusuh tu.. Alhamdulillah, warna putih dia kembali menyerlah. Walaupun terlebih masa rendam.. Tak la mereput ke hapa fabrik tu. Malah tak melunturkan bahagian corak yang berwarna. Bermakna boleh di gunakan untuk pakaian yang bercorak atau berwarna selain putih. Sebab dia bukan peluntur pakaian yang tak boleh di gunakan untuk pakaian berwarna ok!

Ni pun kemeja putih yang dah tak pakai. Saja je den basuh guna serbuk pencuci delourva ni nak tengok kesan kuning & kusam tu hilang ke tak? Alhamdulillah ada perbezaan.

Jadi sebegai persediakan nak buka sekolah nanti.. Boleh la stanby siap siap serbuk pencuci pakaian putih delourva ni. Jangan silap walau tagline dia Sabun cuci baju sekolah tapi boleh di gunakan untuk cuci apa2 jenis pakaian & apa2 jenis kain. Manatau nak cuci langsir kena rendang masa raya ke kan? tak semestinya baju sekolah je.. Pakaian apapun boleh je. Boleh di gunakan untuk cucian tangan atau cucian guna mesin basuh. Ikut suka hangpa la nak cuci macam mana. Tapi yang pasti dia tak hilang hanya dengan rendam.. Kena cuci. Cuma produk ni memudahkan kesan kotoran tu tertanggal & mengembalikan warna putih pada pakaian putih yang dah kusam & kekuningan tu.


Yang berminat nak cuba produk pencuci Delourva ni boleh hubungi :

 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com