Showing posts with label kontroversi. Show all posts

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM?

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM? Isu hangat minggu ni berkaitan dengan stesen radio Suria.fm. Aku baca gitu gitu je la pasal kontroversi yang berlaku antara dj suriafm Tyzo vs pihak pengurusan di mana Dj lin antara yang di sebut dalam kontroversi tu. Sebagai netizen aku tak ada berkomen isu ni sangat. Aku ambil pendekatan tunggu kenyataan dari pihak pengurusan Suriafm. Cuma pagi ni terbaca kat blog hiburan isu berkaitan berapa sebenarnya umur Dj Tyzo ni? Ada kata dah lewat 50an.. ada kata lewat 40an walau ramai kata rupa dia macam 30an. 

Jadi aku cuba google kot kot ada biodata lengkap pasal tyzo ni kan? Lain di cari lain pulak yang jumpa wei.. nak gelak pun ada tapi tak baik tau hangpa edit edit kat wikipedia gitu.. 

Netizen Malaysia ni memang bab menganjing orang A++ gitu. Memang bab cyberbully netizen malaysia antara top la. Cuma cyberbully ni ada situasi memang di perlukan ada situasi tak baik juga. Contoh cyberbully semua media media sosial Israhell.. memang beberapa kali dah account media sosial puak Israhell ni diserang oleh netizen malaysia. kalau dengan keyboard warrior netizen malaysia atau lebih di kenali sebagai onion army atau bawang rangers memang belum ada yang mampu kalahkan. Juara bertahan gitu. Memang untuk isu isu berkaitan kemanusian macam ni bawang rangers malaysia di perlukan untuk menyerang pihak pihak zalim di sosial tapi isu berkaitan suriafm ni tak baik tau hangpa usik usik djlin macam tu. Nakal na hangpa...



Sumber : Wikipedia

Buat dj lin tak payah sedih atau ambil serius. Wikipedia ni sesiapa je boleh edit. Nanti suruh staff suriafm edit balik yer.. Alah, anggap je bebudak nakal buat vandalisme gitu. 

Hangpa pun nak melawak jangan la kasar sangat. Sikit sikit sudah la.. kita kena dengar dulu penjelasan kedua belah pihak dan selepas tu kita sebagai netizen akan menilai. Tak best la asyik netizen kena uturn. Sebab banyak isu isu viral sekarang mesti ada plot twist jadi lebih selamat kita tunggu & lihat sebelum memberi komen atau ulasan.

Apapun aku doakan kemelut antara Tyzo dan suriafm ada penyelesaian yang baik dan menguntungkan kedua belah pihak. Aku dah lama tak dengar radio. Dj lin ni aku dengar masa sekolah dulu je. Dari hari pertama dia bergelar Dj di RFM mengendalikan rancangan tak silap aku citra cinta masa tu. Aku sebenarnya suka dengar kc Ismail yang lebih havoc masa tu. Tapi jenis taksub ni.. aku dengar je semua rancangan kat rfm. Semua segmen aku call radio. Aku gila glemer sikit masa tu. Tapi suara je la orang kenal aku sebab selalu call radio sembang sembang on air dengan dj.

Sekarang dengar radio pun tak.. apa lagi nak call stesen radio. Eh.. eh.. termelalut pulak. Apapun, macam aku cakap tadi.. kita tunggu kenyatan dari pihak pengurusan Suriafm dulu sebelum membuat komen atau ulasan. 


SUGU PAVITHRA AMBIL KEPUTUSAN BERSARA DARI YOUTUBE

SUGU PAVITHRA AMBIL KEPUTUSAN BERSARA DARI YOUTUBE. Amboi! lama kan blog lekatlekit ni tak mengupas kupis & kopek dengan rakusnya isu isu semasa ni. Tapi bukan bermakna tak ikuti perkembangan yang berlaku. Of course la pengamal media sosial tegar tahu apa yang berlaku.. apa yang sedang viral cuma sekarang ni den ambil pendekatan untuk jadi cctv je bagi sesetengah isu. Tengok pada isu juga la kalau den rasa sesuai untuk den jadi pengulas tak bertauliah den buat la.


Rasanya Isu youtuber masakan terkenal yang menggunakan nama komersial Sugu Pavithra ramai yang dah tahu. So malas la nak tulis apa yang bersifat mengaibkan tu. Biasa la dugaan bila di puncak kejayaan ni. macam macam yang datang. Lumrah berumahtangga ada pasang surutnya. Begitu juga berlaku kepada pasangan youtuber masakan ni. Bab masalah depa tu biarlah depa uruskan. Kita nak bagi pandangan lebih lebih pun kita hanya tahu apa yang di laporkan media. Selebihnya mereka lebih tahu. so biar mereka selesaikan dengan cara mereka.

Cuma agak terkejut pagi ni bila membaca katanya Pasangan Youtuber ni mengambil keputusan untuk bersara dari membuat video video masakan di youtube. malah sejak semalam kecoh bila semua video masakan di channel mereka sudah di padamkan.

Dari laporan akhbar den baca katanya mereka tak mahu lagi menjadi tumpuan masyarakat. Mereka nak hidup seperti orang biasa. Hangpa tak payah la nak buat spekulasi apa apa yer.. Tu keputusan depa. Bukan semua orang selesa di beri perhatian apatah lagi bila berlaku sesuatu perkara yang membuatkan masyarakat memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi mereka. Mungkin pada awalnya dia buat video masakan sebab suka suka.. Bila jadi viral secara tak sengaja membantu dia menambah pendapatan sekaligus keluar dari garis kemiskinan. Tapi tak sangka apa nak jadi perkara yang sedang jadi ni..


Tapi den respect juga.. Mereka ketepikan income yang mereka terima dari channel youtube & lebih mengutamakan rumahtangga. Bukan semua orang kejar kekayaan ok! Maybe ada individu yang sanggup buat video untuk di kecam semata mata untuk naikan views di youtube channel depa untuk mendapat duit iklan yang banyak tapi pasangan Sugu Pavithra memilih meninggalkan semua itu demi keharmonian rumahtangga mereka. Hope keputusan mereka tu adalah dengan kerelaan kedua belah pihak.

Mungkin bagi kita.. Alah, sayangnya. Channel youtube tu dah terkenal mampu menjana pendapat hingga 5 angka bla.. bla.. Macam den juga. Tapi tu la mungkin mereka ada alasan mereka sendiri yang perlu kita hormati. Mungkin mereka rasa itu yang terbaik buat mereka.

Apapun saya mendoakan semoga pasangan Sugu Pavithra mendapat kehidupan yang lebih baik, rezeki yang melimpah ruah & kebahagian yang berpanjangan. Moga apa yang berlaku kita ambil pengajaran. Sebab ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'. Kecoh rokyat malaysia dengan kenyataan dari seorang bekas anggota kumpulan nasyid terkenal yang sejak dua menjak ni dok meroyan dengan statement statement mengundang kontroversi & kecaman netizen. Baru baru ni dia mencabar angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar mengangkat sumpah kalau betul bumi tu berbentuk sphere katanya... Bersungguh nau dia nak buktikan bumi tu flat.

Tak tau la mana dia dapat ilham mengeluarkan info info macam ni.. Yang pasti perangai dia sekarang nampak macam attention seeker je. Tak pun macam orang tak berapa sihat. Atau dia tertekan dengan kehidupan dia sapa tahu. Tapi kita doakanlah yang baik baik pada dia.. Manatau kalau sakit Allah bagi kesembuhan.. Kalau ada masalah gangguan apa apa Allah jumpakan dia dengan penawar yang boleh mengembalikan dia pada realiti..

Di sebabkan kecoh sangat pasal isu abang mie minta Dr Sheikh bersumpah bagai.. Terbaca pagi ni satu posting yang di buat di laman Facebook  Dr Sheikh Muszaphar FanClub bagi menjawab kenyataan yang di buat abang mie tu..

Pic - Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !

Moga Abang mie berpuas hati & tidur lena lepas baca kenyataan ni yer. Bukan apa lagi tak menjawab satgi dia dok fikir kesian pulak makan tak lalu, mandi tak basah & nak homeschooling anak anak dia pun takde mood pulak. Kalau ada show satgi nak perform pun tak boleh nak feel masa nyanyi kan?

Tapi tu la bila di jawab dengan fakta.. dia konar baring pulak. Nak bersumpah betul betul.. hang ingat hang tu sapa sampai orang nak layan semua permintaan hang abang Mie Oooi.. Tak payah la try hard sangat raih attention orang orang hebat macam Sheikh Muszaphar ni. Level dia dengan hang bagai langit dengan bumi flat hang tu. Orang dah bagi kenyataan tu bersyukur la orang prihatin juga dengan statement merapu hang.


Moral of the story.. Biarlah kita buat buat bodoh dari berlagak pandai yang nampak bodoh. Benda tu bukan je memalukan diri sendiri malah memalukan keluarga, bangsa, agama & negara.

UCAPAN ELFIRA LOY DARI MEKAH UNTUK SUFIAN SUHAIMI DI AJL JADI KONTROVERSI

UCAPAN ELFIRA LOY DARI MEKAH UNTUK SUFIAN SUHAIMI DI AJL JADI KONTROVERSI. Semalam berlangsungnya AJL.. Anugerah Juara lagu. Den tak sempat menonton dari mula sampai habis. Sebabnya.. Awal tu keluar dinner dengan Family dari kedah kat Ahmad's Kitchen. Balik tu baru buka TV tengok je la persembahan yang mana sempat. Tengah tengok tak sempat habis pun.. Dah ngantuk maka membawa diri membuai mimpi. Apa yang dapat den komen AJL 33 semalam tu tak berapa semak la sebab tak ada penaja yang tergedik gedik & interframe nak jual produk atas stage bagai. Mujur lahai tahun ni AJL di taja Samsung & KFC kan?

Bagun pagi.. bersepah la orang update pasal AJL ni. Oo.. rupanya abang Pian menang persembahan terbaik yer semalam. Terselit juga kontroversi di celah celah kemenangan bila bekas tunang dia Elfira Loy memuat naik doa & ucapan untuk abang Pian ni. Doa Elfira semoga abang pian menang di AJL 33 agar benda tu dapat mengubat penderitaan & kekecewaan abang pian. Katanya Elfira sekarang berada di Tanah suci Kota Mekah..


Ada yang kata Elfira Loy yang tak boleh move on. Dah kawen pun sibuk nak buat ucapan untuk bekas tunang bagai. Ada yang ok.. Tak salah pun dia nak doakan kebaikkan untuk bekas tunang even antara mereka putus sudah kasih sayang kan? Tapi ntah napa den nampak ucapan tu macam something sangat.. Mungkin yang tersirat tu Elfira nak habaq kat abang pian.. dah la tu pian. Tak payah nak frust lelama sangat. Enjoy your life. Aku pun dah jadi bini orang.. hang tak move on lagi ka? Terima je la hakikat kita memang tidak di takdirkan bersama.. sehati serta sejiwa... bla.. bla.. dot.. com..


Lain orang baca maybe lain pemahamannya. Tapi apa tujuan Elfira memuat naik ucapan untuk Sufian Suhaimi tu dia jer tahu. Tapi bagi den takde isu apapun kalau laki dia tak terkesan & bulan madu dia tak jadi spoil dengan perkara tu. Sebab kalau di pandang dari sudut yang positif ia cuma satu ucapan & doa untuk kebaikkan sesama insan. Cuma tu bila hangpa tu sejenis retis & menjadi perhatian ramai benda benda macam ni akan berlaku. Macam macam spekulasi akan muncul.. So tak boleh la semua nak salahkan netizen. Netizen ni manusia yang ada macam macam ragam & perangai. Kalau tak nak jadi kontroversi elakkan buat perkara yang boleh jadi kontroversi. Simple kan?

Sebab semalam tak tengok dari mula sampai habis.. Jadi pagi ni sesaja la tengok update dari blog blog lain tentang keputusan penuh AJL 33 semalam. Bagi hangpa yang terlepas menyaksikan AJL 33 Semalam keputusan adalah seperti di bawah..


Apapun tahniah kepad semua pemenang. Bagi yang tak berjaya tahun ni cuba lagi next year yer... Pada Sufian Suhaimi & Elfira Loy bertabahlah yer. Biasa la lumrah hidup sebagai retis. Kena terima. Jangan pulak nak saman netizen pulak. Walau apapun netizen yang menaikkan & boleh juga menjatuhkan seseorang retis. Setakat benda macam ni rasanya dah jadi lumrah dunia artis so enjoy je. Semuanya sementara jer...

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA. Sapa masih ingat dengan penyanyi kanak kanak Tegar sekarang dia bukan penyanyi kanak kanak dah.. Dah jadi anak teruna budaknya. Sekarang dah masuk kategori penyanyi remaja. Katanya baru baru ni datang ke Malaysia nak buat persembahan atas jemputan di Pendang kedah sana nu.. Tu dia, orang kedah dapat la tengok penyanyi luar negara secara live kan?


tadi terbaca berita terkini di portal berita MyMetro katanya si budak tegar dah kena kompaun atas kesalahan merokok di kawasan larangan. Rokyat Malaysia semua dah sedia maklum.. Dah di kuatkuasa larangan merokok di seluruh premis makanan.. Kafe tu di kira premis makanan jugak la kan. Kalau dulu boleh.. sekarang ngak boleh lagi ya pak! Kamu ngak baca isu isu semasa negara jiran ya pak?

katanya Pengurus Tegar dia tak tahu sebab Kafe tu dulu nya boleh merokok. Dulu memang la kebanyakkan premis makanan boleh merokok.. So, pengurus dia dari Malaysia seolah olah macam tak puas hati dengan penguatkuasa pulak. Katanya tak boleh bertolak ansur langsung. Sebab terus saman si retis dia. Katanya.. Retis dia retis luar. Dia maybe tak tahu..

PENYANYI remaja dari Indonesia, Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan.
Pengurusnya di Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, Tegar, 17, ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan ketika sedang merokok berhampiran sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang pada Rabu lalu.
“Tegar datang ke Pendang, Kedah bagi memenuhi undangan menjayakan persembahan untuk program Pesta Orkid Dan Flora pada malam Selasa lalu.
“Keesokkannya (Rabu) dia mahu bertolak pulang ke Subang, Jakarta Barat dan sementara menunggu masa perlepasan, dia merokok di luar kawasan (LTABL) situ.
“Dahulunya ia zon dibenarkan merokok tapi rupa-rupanya premis (kafe) itu kini adalah zon larangan merokok menyebabkan Tegar didatangi anggota penguat kuasa yang mengeluarkan saman,” katanya kepada Harian Metro. - Berita penuh baca di ☛ 'Sepatutnya beri Tegar amaran dulu...'


Pak.. Ini pengajaran ya pak. At least tegar sebagai artis luar negara pertama di saman dapat memberi pengajaran kepada artis artis luar yang lain terutama Indonesia supaya tahu di Malaysia sekarang tempat tempat makan dah tak boleh merokok. Apatah lagi di kafe lapangan terbang. Takde nak excuse dengan alasan kau tak tahu bagai.. Ini undang undang yang kena di patuhi & patutnya kau pengurus tahu retis kau tu merokok pesan la awal awal. Bagi den.. Penguatkuasa menjalankan tugas mereka. So takde isu nak salahkan mereka tak bertolak ansur bagai.

Dan kata pengurus retis tersebut nak panjangkan perkara ni kepada peringkat tertinggi iaitu Menteri Kesihatan kerana kecewa langsung tiada budi bicara daripada mereka. Atas alasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan  yang mengatakan tiada tindakan undang-undang dikenakan selama enam bulan bagi tujuan mendidik masyarakat. Tapi retis dia dah kena saman atas kesalahan merokok di kawasan larangan.. OO.. ye ke? Takpe la pergi la merujuk kenapa retis awak kena saman yer.

Denda yang di kenakan kepada penyanyi remaja tersebut RM300 & katanya agak di luar kemampuan Tegar kerana dia dah tak banyak undangan nyanyian. So sesapa yang nak bantu Tegar boleh la invite dia buat persembahan untuk dia tambah pendapatan. Yelah.. kadang2 artis ni bukan semua kaya raya.. Kita semua tahu background Tegar kan.. Dia bukan berasal dari keluarga kaya. Kesian juga la. Tapi untuk kurangkan bajet.. Kan lagi baik kau tak payah merokok dik! Jangankan kena denda.. Rokok pun tak payah beli.

Moral of the story.. Rokok memang menghabiskan duit.. Bukan je rokok tu mahal malah denda merokok di kawasan larangan pun mahal juga. Jadi renung renungkan.. kekekeke

ARTIS SALAHKAN NETIZEN BILA SUSU BADAN KERING

ARTIS SALAHKAN NETIZEN BILA SUSU BADAN KERING. Sejak semalam dok baca banyak blog2 hiburan, makcik, pakcik, kakak, abang bawang dok up & share isu ni. Den tumpang baca je tak banyak komen sangat kat facebook sana. Tapi macam pelik pulak kan? Kenapa nak salahkan orang lain kalau kau yang pilih untuk buat perkara tu? Ada yang baca katanya.. Maybe dia tertekan dengan komen2 netizen yang mempertikaikan size badan dia yang membesar sejak beranak pinak sampai ada yang menghina dengan gelaran yang tak baik. Di sebabkan tu dia gigih la berdiet sampai drop pengeluaran susu untuk anak dia yang masih baby tu.


Den tak nak la mengulas sapa salah sapa betul dalam isu ni.. Apa yang den nampak maybe si retis tu terlalu nak kurus & cara pemakananan dia semasa berdiet tu tak betul sehingga menyebabkan susu badan dia berkurangan. Sebab apa yang den baca.. Boleh je berdiet untuk kurangkan berat badan semasa menyusukan anak tanpa menyebabkan susu badan jadi kurang.

Sebenarnya dengan kerap menyusukan anak juga boleh menurunkan berat badan. Pengalaman saya sendiri semasa menyusukan anak saya.. Dalam pantang pun, berat badan yang naik sepanjangan kehamilan tu memang totally turun habis & susu tetap melimpah ruah bagaikan coco krunch tertumpah di ladang gandum katanya. Sampai kena pump keluar la.. Banyak sangat sampai bengkak susu. Yang tak pernah merasa bengkak susu.. Mungkin tak dapat bayangkan azab macam mana. Rasa macam gunung berapi nak meletop jer.. Ada orang tak tahan sampai demam demam.

Penyusuan susu ibu membakar banyak kalori, sehingga 300-500 kalori sehari. Masa itu saya tidak bekerja. Bila anak mahu menyusu saya akan berikan.
Tetapi saya juga mengepam susu kerana terlampau banyak susu badan. Sama sahaja jika anda seorang ibu yang mengepam susu secara eksklusif.
Cuba pamkan pada masa yang tetap dan sekerap yang anda boleh. Ini juga akan menambahkan penghasilan susu badan.

Tu salah satu cara untuk menurukan berat badan secara alami tanpa pengambilan sebarang produk. Selain tu.. antara tip yang saya baca di blog The Asian Parents Malaysia..

Pilih makanan yang berkhasiat

Ibu yang menyusu memerlukan 1500-1800 kalori setiap hari. Kalori yang kurang dari yang disyorkan boleh menjejaskan bekalan susu anda, atau menyebabkan anda berasa letih.

Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau kerana ia adalah sumber kalsium semula jadi. Makan makanan yang berkhasiat sahaja untuk memastikan susu yang terhasil berkualiti dan penuh nutrisi untuk tumbesaran bayi.

Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, bijirin, oat, susu, ikan, daging dan ayam.

Jika anda ingin mengira berapa kalori yang ada dalam makanan anda, bolehlah cuba MyFitnessPal.com.

Dengan adanya MyFitnessPal.com, anda mungkin akan lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Berikut adalah kiraan kalori untuk beberapa pilihan sarapan pagi Malaysia yang terkenal:

☛Nasi lemak: 494
☛Kopi dengan susu pekat: 341
☛Roti Canai dan Dhal: 360
☛Roti Bakar Mentega+kaya: 270
☛Telur setengah masak : 257
☛Teh Tarik: 310

Minum air yang secukupnya

Air sebenarnya sangat baik untuk menurunkan berat badan dan untuk ibu menyusu. Air bukanlah minuman ajaib yang akan membakar lemak.

Tetapi dengan meminum air yang secukupnya, ini boleh menghalang anda dari makan berlebihan.

Selalunya, orang akan keliru rasa dahaga dengan kelaparan. Akhirnya mereka akan makan apabila mereka sepatutnya minum air.

Air dapat membantu mengeluarkan toksin dari badan, dan ia boleh menyebabkan perut rasa kenyang.

Jika anda tidak gemar minum air, anda boleh masukkan hirisan buah-buahan kedalam air minuman anda. Tetapi jauhkan dari buah-buahan sitrus, oren dan juga daun herba yang mungkin akan menjejaskan penghasilan susu.

Anda juga boleh campurkan air kosong berkarbonat dengan jus segar. Ini adalah pilihan yang lebih sihat apabila anda mengidamkan air soda yang manis.

Senaman Sederhana

Senaman sederhana akan memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.

Cuba tengok video Melanie Darnell di Youtube. Dia mempunyai beberapa video senaman yang boleh dilakukan ketika mengendong anak anda.

Tetapi aktiviti beriadah yang senang seperti berjalan-jalan selama 30 minit sambil menolak stroller bayi agak baik juga.

Cuba elak dari tekanan dan dapatkan rehat yang secukupnya

Tetapi yang paling penting dari semua adalah untuk mengelakkan tekanan dan mendapat rehat yang secukupnya. Tekanan selalu menyebabkan seseorang makan berlebihan.

Ingat, jika jumlah makanan anda bertambah, maka bertambahlah berat badan anda juga. Oleh itu, cuba luangkan masa untuk berehat atau keluar seketika tanpa anak, dan bergaul dengan kawan-kawan.

Semua ibu perlukan ME-time.. biarkan ayah yang ambil alih kejap.

Tidur apabila anak tidur. Jangan harap boleh tidur nanti kerana anak boleh bangun bila-bila masa. Anak menyusu dahconfirm tak cukup tidur, apatah lagi kalau lebih dari satu.

Badan kita akan membaiki diri sendiri dan apabila kita tidur. Apabila badan kita mempunyai rehat yang cukup, minda dan hati pun lebih tabah untuk menghadapi cabaran.

Hasilnya, kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan untuk mengurangkan berat badan.

Ibu yang menyusu haruslah berfikiran positif dan sentiasa rileks. Apabila ibu senang hati, susu pun akan mengalir dengan lancar. Harapkan tips-tips ini akan menyumbang ilmu untuk semua!

Rasanya retis yang sedang berdiet dalam pada masa yang sama juga breastfeed anak dia tu dia berada dalam tekanan sebab pernah kena 'body shaming' oleh netizen. Mungkin tu salah satu faktor susu badan dia drop kot. Rasanya dia perlu berehat sebentar dari dok main social media & layan kritikan netizen sampai dia jadi tertekan. Focus pada kesihatan diri & anak dulu. Esok2 dah kurus cantik menawan kau tayang la sampai berdarah mata haters yang pernah hina hang tu.

Moral of the story.. Hidup ni kalau terlalu ambil pusing pasal apa orang cakap terutama yang berkonsep kecam mengecam ni memang takkan ada perkara betul kita buat. Sebab amat mustahil apa kita buat akan buat semua orang suka.. even kita tak buat apa apa tetap akan ada orang benci & mengata apatah lagi kita dok tayang life kita kat social media ni. Dalam isu macam ni dia cuma ada 2 pilihan samada ignore apa yang kita rasa tak perlu kita ambil serius atau tuup account social media kalau kita rasa kekuatan mental kita tak cukup untuk hadap kritikan orang lain.

P/S : Retis tu even badan dia naik selepas beranak pun muka maintain lawa juga. Kau hado?? hehehehe

RAKAM ISTERI MENERAN DALAM BILIK BERSALIN RAMAI TIDAK SETUJU

RAKAM ISTERI MENERAN DALAM BILIK BERSALIN RAMAI TIDAK SETUJU. Topik hot sejak semalam pasal isu video yang di kongsikan oleh seorang individu yang terkenal kat Malaysia ni.. Kita tak payah petik nama dia la kan. Cukup kita cerita isu yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni. Mood membawang dah activated ke semua?? kalau dah moh kita ke dapur.. sambil membawang kita membiskut, mengopi jugak. Takde la berkeroncong untuk ana sangat kan perut.. kekekeke


Semalam kecoh bila ramai mempertikai tak kurang ada mengecam tindakkan seorang individu merakam & berkongsi di social media saat isteri dia sedang 'meneran' untuk melahirkan anak. Walau dalam video tersebut dari segi pakaian.. Alhamdulillah tak nampak aurat dia terdedah. Cuma muka dengan kerutan menahan sakit & meneran je di rakam sambil si suami dengan senyuman sambil memberi sokongan moral untuk si isteri. Alolo.. sweet kan?

Sesetengah orang berpendapat.. Video tu tak ada apa yang mengaibkan malah boleh di jadikan contoh pada suami suami di luar sana supaya tahu pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat mereka. Mana2 lelaki yang tak reti nak sayang & hargai bini tu.. Yang tak pernah temankan bini dalam LR moga tahu betapa susahnya nak lahirkan penyambung keturunan hangpa. Ingat semudah kentut ke beranak ni? Kalau semudah kentut maybe bersepah orang beranak kat mana2 pun. kekekekeke

Tapi majoriti yang den dok baca menentang atau mengecam tindakkan merakam & menyebarkan video tersebut di social media. Ada yang berpendapat.. benda tu sangat privacy untuk menjadi bahan tontonan umum.. Saat getir isteri antara hidup & mati berjuang di dalam bilik bersalin, bukan sesuatu yang baik untuk di rakam & di jadikan bahan hiburan orang lain. Benda tu boleh di manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.. Maybe menjadi salah satu objek kepada perkara tak baik nanti. Almaklum la.. Nafsu manusia akhir zaman ni makin pelik pelik.. Ada orang terangsang tengok perempuan mengandung tak mustahil ada yang teransang tengok perempuan menahan sakit kontraksi sapa tahu. Sedangkan dengan baby kecik yang baru lahir pun ada yang bernafsu tengok..

Pada pendapat saya yang pernah melahirkan anak.. Saat macam tu memang terlalu peribadi kalau nak di kongsi secara terbuka untuk orang lain. Tak kisah la Aurat tertutup litup sekalipun.. Bagi saya dalam keadaan macam tu agak mengaibkan walau yer.. Seorang wanita yang berjuang melahirkan anak ada satu perbuatan yang mulia tapi orang kata perbuatan yang baik pun bukan semua kita boleh tayang kat orang. Kau tunaikan tanggungjawab berjimak dengan pasangan pun perkara yang mendatangkan pahala tapi takkan kau nak tunjuk kat orang kan.. Tu contoh. Pendek kata tak semua perkara baik tu boleh share dengan orang. Ada yang perlu kita simpan untuk kita kita saja.

Ada pendapat lain yang sokong perbuatan tersebut.. Katanya kecam hanya sebab Individu tersebut adalah individu yang memang terkenal kerana sering di kecam so tak kira apa perkara dia buat samada yang baik atau buruk.. Orang dah set dalam otak.. semuanya buruk. Padahal dia cuma nak menghargai isteri dia.. Yelah kita berbaik sangka. Mungkin niat dia tu untuk memberi penghargaan kepada isteri dia dengan berkongsi video tersebut dengan orang lain. lain orang lain cara kekdahnya...

Terpulang la kan kalau rasa cara tu sebagai tanda penghargaan.. Korang boleh la buat bila dalam LR nanti yer.. Tapi untuk den.. Insya Alla, jangan la. Hakak malu orang tengok muka berkerut macam tu.. Tak berkerut pun dah berapa lawa sangat kan.. sedangkan gambar selfie pun kita nak upload kat social media kita pilih yang paling cantik.. ye dak??

Tapi saya tak kata pendapat & cara saya adalah betul.. Ni cuma pandangan peribadi saya jer. Masing masing ada pendapat sendiri.. Selagi tak melanggar etika & peraturan hospital, so dari segi undang undang manusia maybe takde salah. Tapi merakam dalam bilik bersalin kalau di hospital kerajaan memang tidak di benarkan.. Kalau korang pi private hospital, maybe tak jadi kesalahan kan. Jangan ada tetiba nak buat live video kat FB masa bersalin kat gov hospital. tak pepasal kena tindakkan nanti.

Moral of the story.. Malu tu perisai orang beriman. Jadi jagalah ke 'malu' an masing masing hehehehe. Apa yang baik kita ambil sebagai teladan yang buruk kita jadikan sempadan. Manusia sifatnya tak sempurna.. Yang salah kita sama2 tegur & ambil sebagai pengajaran. tak mustahil hari ni kita kata kat dia.. esok lusa kita terbuat perkara yang sama sapa tahu. Ye dak????

ARTIS REVIEW PRODUK MERAPU.. TAK TAHU ATAU TAK KISAH?

ARTIS REVIEW PRODUK MERAPU.. TAK TAHU ATAU TAK KISAH?  Dulu dulu masa baru baru berjinak jinak dalam penulisan review di blog.. masa tu memang tak banyak pendedahan lagi pasal produk2 merapu ni. Atas kejahilan den masa tu.. Den mengaku den review jer apa apa produk tu. Tapi bila dah ada info & kesedaran pasal produk produk ni.. Saya memilih untuk lebih selective sebelum menerima sebarang kolabrasi untuk review. Atas rasa tanggungjawab sendiri tiada paksaan atau hasutan dari mana mana pihak.

Yang lepas tu lepas la kan.. Biar bodoh dulu jangan bodoh selamanya. Tapi sedih tengok segelintir blogger yang tak rasa dorang tak tahu cuma maybe sebab masing masing nak cari pendapatan melalui blog.. tak kisah la review produk berisiko ke, overclaim ke hapa.. Nak tegur satgi ada yang claim den bajet gud gud. . Baru dapat hidayah dua tiga hari dah bajet macam orang medic nak cakap pasal kesihatan pengguna bagai. Satgi memasing mulut berbau bawang pulak kan. Padahal niat den ni kalau boleh nak ajak dorang sama sama membantu KKM untuk menyampaikan kesedaran kepada orang awam & tak support produk berisiko & overclaim. So den memilih menyampaikan kesedaran & info secara general di wall pesbuk den je. Sapa nak ambil sebagai ilmu & rujukan ambil la.. sapa nak buat buat tak nampak & tak faham.. Tu terpulang. Pilihan di tangan masing masing.

Tapi yang lebih menyedihkan lagi bila ada retis popular, kaya, berjaya yang dok iklankan produk merapu kat social media dia yang juta juta followers tu.. Contoh produk tinggi. Kebodohan apakah itu? Takkan la orang bijak pandai macam retis tu tak tahu kot.. Manusia ni ketinggian dia ada sampai peringkat umur dia dah tak boleh nak tinggi. Tak ada bukti kajian dari mana mana pun manusia dewasa boleh menambah ketinggian dengan mengambil apa apa produk yang claim sebagai boleh tambah tinggi.


Jenis fikir rice cooker dia jer, lantak la pengguna yang tertipu ke hapa. Kesian manusia manusia bantut macam den ni yang maybe teringin nak memiliki ketinggian yang normal macam orang lain terpedaya dengan produk produk macam ni. Dan ada terbaca di satu page produk yang di review retis tersebut tidak berdaftar dengan KKM. Yang ni lagi bahaya.. Entah apa bahan di gunakan dalam produk tu pun kita tak tau. Kalau tak tinggi seperti yang dia claim ok la cuma tertipu jer si tipah.. Tapi kalau barai organ dalam badan orang yang ambil tu.. Boleh beli ke sparetpart organ barai tu kat kedai aceh?? Yang menunggu penderma organ kat Malaysia ni ada sampai berhijrah ke alam barzakh pun masih tak dapat penderma.. Jangan di tambah lagi pesakit yang rosak organ akibat pengambilan produk merapu & bahaya.

Perlu ke produk produk tinggi ni? Hope takde yang nak cakap ambil sebagai ikhtiar.. kun fayakun bagai.. Ikhtiar pun ikhtiar jugak la tapi jangan sampai di perbodohkan oleh penjual produk macam ni. Pendek pun bukan satu dosa.. Saya dah lama hidup sebagai manusia berketinggian 140cm ok jer. Yang penting kita kena terima diri kita baru kita rasa fizikal kita ni bukan satu halangan untuk kita hidup bahagia macam orang lain jugak.

saya harap kengkawan blogger saya takkan terima job job review produk macam ni. Duit ni kalau kita kejar memang takkan pernah cukup. Kita akan sentiasa kejar & kejar.. Insya Allah kalau niat kita nak menyampaikan perkara yang baik, Allah datangkan rezeki yang lebih baik. Bukan setakat produk tinggi.. produk2 kosmetik, supplement bagai tu.. Make sure lebih alert. Dulu kita tak tahu bukan alasan kita terus buat buat tak tahu sampai dajal muncul. ye dak??

Moral of the story.. Apapun semua terpulang dari diri memasing. tepuk dada tanya la selera. Info dah di hidangkan samada nak terima sebagai satu fakta, peringatan & nasihat atau nak 'Dust Bean' kan terpulang la yer. Tapi jangan buang ubat yang spital gomen bagi dalam tong sampah kalau tak makan. Pulangkan.. Bak kata lagu misha omar hehehehe.

NAMA SITI AAFIYAH BAKAL JADI TREND SELEPAS NI?

NAMA SITI AAFIYAH BAKAL JADI TREND SELEPAS NI? Ada lagi ke nak tanya sapa si pemilik nama Siti Aafiyah tu? Nampak sangat kan yang tak tahu jenis memang tak suka la nak membawang cerita retis.. Betul ke tak tahu.. Ke sesaja nak bagi nampak rare kekonon tak tahu. Ok la bagi yang tak tahu siapa Pemilik Nama Siti Aafiyah tu..


Si comel tu kan anak pertama kepada Penyanyi Tersohor & nombor satu Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza & tak sure anak keberapa Dato Khalid. Maaf la tak sempat nak stalker keluarga Dato Khalid.. sebab kami tak minat family dia pun hahahha.

Selepas 12 tahun menanti akhirnya lahir Siti Aafiyah tak silap melalui pembedahan dalam usia ibunya , Dato Siti 39 Tahun. Jadi yang belum di kurniakan cahaya mata bersabarlah. Dato Siti tabah tunggu 12 tahun untuk dapat Siti Aafiyah ni.. Hangpa setakat baru 3 - 4 tahun tu jangan la down sangat. Allah tu maha tahu bila masa yang sesuai untuk bagi sesuatu yang kita minta. yang penting usaha.. Dato Siti pun dapatkan Siti Aafiyah dengan kaedah IVF tak silap.

'Aafiyah' yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Siti Aafiyah di lahirkan seberat 3.55kg.. Boleh tahan juga tu. Patut gebu jer..

Melihat Dato Siti & Dato Khalid yang tidak terikut trend letak nama anak sampai 3 - 4 patah perkataan benda ni sesuatu yang baik juga. Mungkin pengaruh Dato Siti akan menjadi ikutan masyarakat lepas ni & letak nama yang ringkas & ada maksud yang baik. Maybe juga nama Siti Aafiyah akan jadi pilihan selepas ni. tak tau la lepas ni ramai yang namakan anak depa Siti Aafiyah.

Takpa lah.. Asalkan nama tu membawa maksud yang baik. Bila sebut seolah olah mendoakan sesuatu yang baik juga pada anak kan. Nama sama pun apa salahnya.. Lagipun letak nama anak berjela pun satgi panggil yang sekontot jugak. Tak panggil yang depan.. dia panggi yang hujung je. hehehehe

Apapun Tahniah pada Dato Siti & Dato Khalid atas kelahiran baby girl yang comel macam mak dia jugak. Putih melepak secara semulajadi jadi tak perlu supplement atau inject vitamin C hehehe. Yelah kalau dah gen tu putih melepak.. Apa nak pelik keluar anak pun putih melepak ye dak? Kita ni yang memang keturunan coklat.. tetiba nak jadi putih tu yang sampai sanggup ambil produk merapu. Terima je la seadanya.. Putih ka hitam ka.. hijau ka. Cantik itu bukan tertakluk pada warna kulit. Kan.. tak pepasal termembebel benda lain.


Ok.. ok.. dah. Satgi dia masuk bab lain pula. Elok la kan buat kata kata penutup sebelum kena ludah secara berjemaah kat sini. hehehhee

Moral of the story.. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah & menjadi kebanggan ibu ayahnya.

SELEPAS 10 TAHUN, AKHIRNYA ADAM CORRIE BAKAL BERGELAR AYAH

SELEPAS 10 TAHUN, AKHIRNYA ADAM CORRIE BAKAL BERGELAR AYAH. Bagi yang tak kenal siapa Adam Corrie takpe den intro sikit berkenaan belaiu. Yelah.. Kan ramai orang Malaysia sekarang bukan kenal sangat selebriti/ artis tempatan katanya. Mana tau dia tetiba terclik blog lekatlekit ni & terbaca entri ni terpinga pinga pulak sapa la si Adam Corrie ni kan..


Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis. Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster.

Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam di Pulau Pinang. Seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem. Beliau amat dikenali sebagai pelakon antagonis. Awal penglibatan beliau sebagai penari yang sering muncul di kaca televisyen RTM antaranya rancangan Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Seorang kolumnis jemputan di surat khabar Metro Ahad setiap hari Ahad sejak 2016 hingga kini.

Beliau juga seorang kolumnis di surat khabar Metro Ahad sejak 2016 hingga kini. Artikel beliau di kolum hidayah yang diterbitkan setiap hari Ahad.

Pada tahun 2017, Beliau telah di anugerahkan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah.Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.

Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga tahun 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, Adam Corrie juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi.

Beliau mula mengorak langkah setapak lagi sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu 'Spinning Gasing' pada tahun 1999 ( ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee.

- Sumber Wikipedia -

Tu serba sedikit latar belakang Adam Corrie. Saya cuma mengenali dia sebagai pelakon sebab dia banyak berlakon sebagai orang jahat atau samseng tapi realitinya dia sekarang ala ala macam pendakwah jugak la kan. Sejak semalam dok terbaca orang share tentang khabar gembira yang di kongsikan beliau sendiri di page beliau Adam Corrie tentang berita kehamilan Isterinya selepas 10 tahun mereka mendirikan rumahtangga.

Dengan Caption "Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu... Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah . Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula. “Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie

Ada Corrie juga berkongsi gambar scan kandungan isteri tapi di hide pada imej bayi dalam kandungan tersebut.


Alhamdulillah.. 10 tahun menanti.. Allah tu lagi tahu bila masa terbaik untuk di berikan kita rezeki zuriat ni. Kita rasa kita dah bersedia tapi Allah tahu bila waktu yang sebaiknya kita mendapat sesuatu. Jadi pada mereka yang belum di kurniakan cahaya mata tu tak payah la rasa loser, down & tidak sempurna sangat.. Setiap manusia ni Allah turunkan rezeki yang kadang2 tak sama. Ada orang rezeki anak ramai tapi kehidupan sedikit susah.. Ada orang tak ada anak tapi harta melimpah ruah. So jangan mempertikaikan rezeki yang Allah bagi. Belajar bersyukur & bersabar pada rezeki yang belum sampai tu.

Apapun tahniah kepada Adam Corrie & isteri. Semoga kandungan itu sihat sehingga lahir & anak membesar seperti doa doa ibu ayahnya.. Amin.

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG. Tu dia.. lekatlekit membawang dah katanya.. Bila dia start mengulas kontroversi pasal retis mula la haters muncung bibir memasing. Eleh.. hangpa tu kemain kecam bagai nak rak, den rilex je tak cakap apa. Den baru tulis tajuk Minggu Boikot retis memasing dah buat spekulasi. Dasar bawang holand tak sedap!! hahahahaha


Semua orang tahu minggu ni penuh kontroversi pasal retis wanita bertudung. Kebetulan pulak dua2 memang bertudung. Esok siap la habis semua di kupas kupis & kopek dalam melodi. Tapi melodi sekarang orang dah layan sangat. Lambat nak tunggu Ahad.. Social media terlebih dahulu viral. So kebanyakkan isu2 kat melodi tu semua isu basi je la. Makcik2 yang tak kenal teknologi je layan.. kekekkee

Bukan la nak mengaibkan sesapa cuma tertarik dengan isu ni.. Isu minggu ni semua orang tahu Isu pelancaran Tudung ke turban ke atau serkup kepala jenama seorang retis ni yang kita sedia maklum pengasasnya Pelakon/Pengacara yang cantik bagaikan bidadari turban.. erkk.. Bidadari dunia tu. Isu dia buat pelancaran di sebuah kelab malam & isu ada blogger yang hadir pada malam tu menari tiang yang menghairahkan.. Kontroversi memang melatop kebabom

Sebab ramai yang marah produk ada unsur keagamaan tu di buat pelancaran di sebuah pusat hiburan.. Ada gerakkan menyeru kempen memboikot produk & dia sendiri sehingga Instagram artis tersebut kehilangan lebih dari 100 ribu followers... Bertabahlah nak.. anggap je ia salah satu teguran dari Allah. Kita manusia ni memang tak lepas dari melakukan kesilapan.. Ye dak? So yang mana baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jangan sesedih sangat.. Boikot maybe terkesan sikit tapi takde la sampai buat ekau jadi gelandangan kan. So, lap ayaq mata tu..

Isu kedua paling hangat minggu ni.. Isu Suami kepada seorang pelakon yang katanya menceraikan Isteri pertamanya selepas beberapa bulan.. erkk.. 6 bulan kan bernikah dengan pelakon ni secara senyap senyap. ramai Netizen Anggap.. Punca isteri pertama di ceraikan adalah sebab pelakon ni & depa melabelkan pelakon ni sebagai perampas. Alasan yang di beri si lelaki pulak.. memang agak kejam. Dah tak ada perasaan selepas 5 tahun bersama bekas isteri pertama & selepas 6 bulan kawen dengan bini no 2.

Yelah.. yelah.. sebagai perempuan terkesan juga la di hati kes kes macam ni. Tapi tu la.. tak mustahil kita boleh berada di tempat isteri pertama & kita juga boleh berada di tempat isteri kedua. Perjalanan hidup kita ni masih panjang (Insya Allah).. Cuma apa yang berlaku kita ambil pengajaran. hati manusia ni memang boleh berubah termasuk hati suami/isteri kita. Doa la pada Allah moga di tetapkan hati kita suami isteri pada yang satu (Allah). Kalau hati kita pada Allah.. Insya Allah.. Takde mana2 pihak teraniaya atau di aniaya.

Disebabkan perkara tu.. Nampak kempen boikot pelakon ni juga sedang giat di promosikan di social media. katanya apa juga drama atau rancangan ada muka dia mereka boikot tak nak tengok. sabarlah nak.. Sesungguh tu pun salah satu bentuk teguran dari Allah. Sama sama la kita muhasabah diri. Tu dia.. macam setazah pulak kan.

Boikot sekarang memang akan bagi impak besar jugak.. Contoh kempen boikot yang pernah di buat kepada beberapa jenama terkenal seperti Mc Donald.. Cadbury.. Memang bagi effect juga dari segi jualan. Tapi selalunya bersifat sementara.. sementara tu, berapa lama terpulang la kan. pepandai la kau nak meraih kepercayaan peminat atau pengguna.

Sekian laporan dari wartawan melodisssssssss minggu ini. Selamat berhujung minggu Uolls...

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA. Rasanya ramai dah tahu viral hari ni tentang Neelofa artis & ahli perniagaan yang berjaya yang berasal dari kelantan ni. Alah.. Isu pasal majlis launching tudung terbarunya yang di buat di sebuah kelab tu..


Saya tak nak la mengulas isu launching produk tu & isu tarian tiang yang videonya tersebar ke serata alam maya hari ni. Cuma untuk menjelaskan salah faham.. Yang menari dalam video tu bukan neelofa tapi seorang blogger yang sekarang dah jadi retis. Siapa blogger tu saya tak nak sebut cuma nak menjelaskan apa yang menjadi salah faham sahaja. Blogger tu pun katanya dah membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Cuma tadi ternampak sharing dari kawan kawan media sosial surat terbuka yang berunsur teguran kepada Neelofa dari Page Mufti Wilayah Persekutuan. Antara isi kandung surat terbuka tersebut adalah..

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Semoga teguran dari Mufti tu Cik Hajjah Neelofa ambil pengajaran.. Ke Cik Hajjah rasa perlu ignore jugak tak tau la. Mufti dah lakukan tanggungjawab dia.. Insya Allah kat sana nanti dah takde dakwa dakwi kenapa tak tegur atau cegah kemungkaran terpulang la kepada Cik Hajjah.

Apapun semoga kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. 

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL. Alhamdulillah.. Terbaca perkhabaran pelakon comel & cantik Nora Danish dah selamat melahirkan anak hasil perkahwinan keduanya bersama Nedim. Bagus depa ni tak payah nak buat press conference nak tunjuk muka anak bagai.. Terus share kat IG jer..


Almaklum la retis kan.. Memang la ramai peminat tak sabar nak tengok gambar baby depa. Tak retis la kalau tak ada orang kesah dia nak beranak ke hapa kan? retis wajib la ada ramai yang ambil kisah pasal kehidupan mereka. Kau suka ke tidak.. tetap benda tu dah jadi lumrah untuk yang bergelar public figure. Sebab tu hangpa kena pikiaq dulu sebelum menjebakkan diri dalam kancah glamour.. Bersediakah anda untuk di skondeng luar & dalam? hehehee

Tadi ternampak kat Ig Nora Danish & suami mula berkongsi gambar baby boy mereka. Kalau dah mak bapak pun sama cantik sama padan.. Keluar produk tu Comel juga la kan. Mana tumpahnya segak kalau tak pada anak kan? Lagipun baby semua comel takde yang buruk pun.. Anak kucing pun comel inikan anak manusia yang Allah jadikan sebaik baik ciptaanNya..

Mesti hangpa yang tak layan IG tu nak tumpang tengok jugak kan? Ok ok.. kami paham hangpa tak dak account IG so terpaksa la tengok kat blog kami kan? Meh la layan sekeping dua gambar Baby Boy Nora Danish & Nedim ni.. Mesti ramai yang Melting katanya..




Kan? Cheq dah habaq cheq tak tipu.. Memang comel baby nya.. Apapun semoga Baby boy mereka membesar menjadi anak yang soleh. Semoga membesar dengan sihat & bahagia. Semoga dengan kehadiran cahayamata menjadi pengikat kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat.. Amin.

Tahniah kepada Nora Danish & Suami atas kelahiran cahayamata yang sempurna sifatnya. Selamat berpantang & selamat bersedia dengan makcik makcik bawang yang maybe akan pertikaian macam macam masa berpantang nanti hehehehe.

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN?

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN? Dah tengok ke filem badang? Jangan tanya den la dah tengok ke belum.. Last tengok wayang rasanya masa filem Boboiboy The Movie lepas tu kami berwayang je kat rumah kalau nak tengok apa2 filem pun. Behavior anak den tu tak berapa mengizinkan nak bawa dia tengok wayang. Setakat filem2 superhero yang dia suka boleh la.. Kalau badang ni takut anak den jadi badut dalam pawagam tu nanti hehehehe..


Actually.. Memang tak ada niat pun nak tengok filem badang ni. Even dvd cetak rompak pun den tak terfikir nak beli untuk filem ni. Almaklum la den cuma minat filem seram & zombie je. Normally filem luar la.. Bukan kata filem tempatan tak bagus cuma tak banyak yang bagus dari yang memang boleh bagi Thumbs up.

Tak nak komen apa apa pasal filem Badang tu.. Kita tak layak mengkritik kalau tak menonton kan cuma tengok kecaman hebat yang di hamburkan tanpa perikemanusiaan di social media terhadap Filem Badang Arahan Datuk Profesor Madya Dr A Razak Mohaideen yang heronya Jutawan Kosmetik yang memang sangat di kenali di Malaysia Dato Aliff Syukri Terlajak Laris terbayang teruk sangat ke filem ni. Satu pujian pun tak nampak.

Kalau kat Facebook Search #Badang boleh tengok macam2 komen,posting & troll yang di buat netizen termasuk page2 terhadap filem badang. Alahai.. Kesian pulak kan? Nak buat filem ni modal bukan seratus dua.. Paling2 ratus ribu ada yang juta juga. Gamaknya filem ni boleh cover balik modal tak?? tanya je pun jangan sentap!

Sebab filem ni jadi viral baca juga la sinopsis.. Kisah apa sebenarnya badang pakai kostum ni. Sebab kalau cerita rakyat dulu dulu.. Badang ni seorang yang lelaki melayu yang gagah perkasa yang mendapat kekuatan selepas makan muntah jin. Tapi badang versi telajak laris ni dia macam mana pulak.. Jadi gagah pekasam.. ops  perkasa lepas makan produk ke camna..

Katanya filem badang mengisahkan seorang lelaki lembut yang tetiba dapat kuasa luar biasa kemudian menjadi superhero di tengah bandar kuala lumpur untuk membantu orang yang dalam kesusahan & menentang penjenayah2. Tapi dalam pada masa yang sama dia juga berusaha untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Gitulah kisahnya..

Ada terbaca juga, sebelum terima watak Badang Isteri Dato Terlajak Laris ni memang tak setuju takut di kecam orang ramai. Firasat Isteri dia memang betul.. Bila sekarang ia benar benar berlaku kekekeke. Saya rasa isteri Dato Aliff memang seorang penasihat yang baik & bijak cuma mungkin Dato Aliff ni mempunyai satu level confident yang tinggi kadang2 overlimit yang membuatkan dia nak cuba semua perkara dalam hidup dia termasuk berlakon jadi Badang. Ada baik & ada tidaknya..

Rasanya.. Untuk kerja kerja seni macam lakonan ni bagi la pada mereka yang betul2 talented sebab itulah harga yang penonton nak bayar. Kesian penonton.. bila bayar sesuatu yang tak indah khabar dari rupa. Tiket wayang pun bukan murah.. Kalau angkut satu family kau beratus habis kat tiket je belum masuk popcorn bagai.

Apapun.. Ni cuma pandangan peribadi & kupasan isu semasa. Takde niat pun nak menjatuhkan mana2 pihak.

Moral of the story.. Seni sesuatu yang halus & unik bukan sampah. Jadi penggiat seni jangan jadikan seni itu sampah semata mata untuk meraih keuntungan. Hargai seni..

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA. Nabila Huda antara pelakon yang berbakat walau masa mula2 kemunculan dia di dunia lakonan agak kayu jugak. Tapi boleh nampak improvement dia dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ni tak siapa boleh kata Nabila Huda tak pandai berlakon. Bagi apa saja watak, Insya Allah tak mengecewakan langsung.


Semua orang rasanya tahu nabila huda ni anak kepada Penyanyi & Vokalis Otai Search, Amy. Cuma bakat dia tidak dalam bidang nyanyian macam bapak dia.. Dia terarah ke bidang lakonan.

Semalam jadi viral juga satu screenshot di mana pelakon Nabila Huda sekolahkan seorang Agent or maybe seller satu jenama produk kecantikkan untuk putihkan kulit. Nabila Huda ni kulit dia tak macam bapak dia Amy Search, putih. Nabila Huda ni mempunyai kulit yang sawo matang tapi nampaknya Nabila huda tak berminat untuk menjadi 'Orang Putih'. Dia lebih bangga dengan kulit asalnya.. Nabila Huda sejenis manusia yang suka berjemur macam mat saleh. Mustahil la dia suka nak cloroxkan kulit dia sampai jadi putih gebu macam Emma Maembong. Emma Maembong memang gen dia putih melepak..

Tetiba kau datang IG orang menumpang iklan percuma mendapat la. Nabila Huda bukan jer sekolahkan dia tentang bahaya produk pemutihan kulit untuk jangka masa panjang malah bagitau dia kulit orang melayu ni la kulit paling cantik pada pandangan mata orang luar negara.


Orang luar rasa kulit kita cantik.. Dah kenapa pulak orang melayu tetiba nak jadi mat saleh pulak kan. Setiap bangsa & etnik tu ada la identiti dia tersendiri.. Tak perlu sangat la kau nak jadi macam bangsa lain. Berbanggalah kau jadi orang melayu yang kulit sawo matang macam den ni.. Den dulu pun terpengaruh juga sebab yelah.. Mentaliti masa tu fikir putih tu cantik padahal cantik itu bukan di nilai dari warna kulit. Kalau putih je cantik.. Orang negro memang semua hodoh 2 lah yer takde yang cantik.

Lambakkan produk kosmetik terutama produk pemutihan kulit tak kira dalam bentuk skincare untuk di sapu pada kulit atau di ambil sebagai supplement.. Kita sendiri pun kadang2 tak tau mana ok mana yang tidak. Ikut saranan doktor pakar memang kita tak perlu ambil supplement. Amalkan pemakanan & gaya hidup sihat dah cukup. Paling penting minum air putih secukupnya.. Ikut doktor rafidah tak payah nak sukat2 berapa air nak minum.. Asal cukup jer.

Dan sebab banyak sangat produk yang mencurigakan di pasaran walau berdaftar dengan KKM.. den stop sekejab ambil sebarang produk kosmetik & supplement untuk review.. nak declare stop terus tak berani la kan. Tengok juga pada produk macam skincare tu. Kalau produk yang cukup kriteria seperti berdaftar dengan KKM, ada ujian clinical atau lab test terhadap produk tu, ada RND, di keluarkan dari pihak2 yang punya tauliah dalam bidang tersebut minta den review Insya Allah.. Den ambil la review tu tempek kat blog. Kalau setakat produk tengok packaging setakat ada nama produk NOT KKM, alamat pengilang pun takde.. Malas la dulu. NOT KKM tu bukan jaminan selamat pun.. Yang menentukan selamat atau tau adalah ujian clinical atau lab test terhadap produk tersebut. tengok berapa lama depa buat RND pada produk tu sebelum di pasarkan.

Kesimpulannya.. Hapuskan mentaliti putih itu cantik. Kecantikkan adalah dari badan yang sihat & insya Allah kulit pun akan cantik. Kau nak putih sampai mana kalau dah lahir coklat.

Moral of the story.. Saya dulu pun saya tak faham sangat tentang produk ni. Saya dulu ambil review & ikut je apa client minta saya nak. Saya tak faham tentang overclaim apa bagai.. Tapi bila kita dah ada info sikit sikit ni, saya cuba ubah. Yang lepas tu jadikan pengajaran.. Duit ni kalau kita kejar memang sampai bila2 kita akan terus kejar sebab kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. So, tepuk dada tanya selera.

RAKAMAN VIDEO ISSEY & SABRI YUNUS TROLL ISU JANTINA SAJAT DALAM RANCANGAN BINTANG MENCARI BINTANG

RAKAMAN VIDEO ISSEY & SABRI YUNUS TROLL ISU JANTINA SAJAT DALAM RANCANGAN BINTANG MENCARI BINTANG. Eden ni bukan la follower rancangan realiti TV sangat. Kadang kadang tertengok secara tak sengaja. Malas nak adjust area TV untuk channel lain.. Tengok je la TV apa yang clear katanya. Almaklum la rumah den takde piring esterok mahupun melanggan NJOI ke hapa jauh sekali berani pasang Antena Parabola kat Malaysia ni.. Kang ke dalam pulak kami anak beranak kan.


Semalam sesambil nak tunggu tertido selepas selepas urusan2 wajib tu.. Tengok juga rancangan bintang mencari bintang. Masa tertengok tu Giliran Issey buat persembahan.. Artis jemputan dia semalam Sabri Yunus. Seronok juga bila Otai Lawak bergabung dengan pelawak baru atas pentas dengan loghat kelate demo hok pekat tu kee.. Tu dia tetiba lekatlekit jadi orang kelantan. Bukan apa kena practice tak lama lagi kena pergi kelantan. kekekeke

Tak tau apa tajuk persembahan depa tu.. Tapi memang terkejut juga la Isu Jantina Sajat jadi Troll dalam persembahan depa tu. Siap JAKIM tu kena sarcasm juga tu. Bermula dari pantun Issey yang bertanya sajat lelaki ke perempuan dalam Loghat kelantan. Lepas tu di balas Sabri Yunus.. Katanya kalau semua masalah dia nak kena selesai baik dia jadi menteri hahaha.  Lepas tu dia tambah lagi dalam bentuk pantun balik mempersoalkan Sajat lelaki ke perempuan. Di balas dengan pantun Issey katanya nanti dia jumpa sajat dia tanya sendiri. Lepas tu sabri yunus pulak balas pantun.. katanya kalau dapat jawapan esok, tak payah tunggu sebulan lagi. Hahahahaha. Nak senang paham hangpa tengok je la rakaman episod semalam kat video kat bawah ni..


Gila semua terlibat dalam Isu Jantina sajat ni kena Troll termasuk JAKIM yang pernah keluarkan kenyataan akan umumkan keputusan Jantina sajat sebulan lagi.

Gila berani.. Erkk.. kalau Troll orang macam tu kat TV tak kena saman yer. Den sarcasm dalam blog pun kena saman ni pulak retis yang buat macam tu. Pengaruh Artis & stesen TV ni rasanya lagi besar dari blogger picisan macam lekatlekit.com ni kan.. hehehehe

Tapi depa retis so backup pun kuat berbanding den ni hanya ikan bilis sahaja. Orang nak buli pun senang ye dak.. Alolo.. siannya den. hahahaha

Apapun memang persembahan Issey & Sabri Yunus semalam agak menghiburkan. Apapun Good luck untuk semua peserta rancangan bintang mencari bintang musim ni. Kalau minggu depan tertengok lagi den bagi la komen hahahaha

INDIVIDU TERKENAL GUNA GAMBAR BLOGGER MASAKAN TANPA IZIN

INDIVIDU TERKENAL GUNA GAMBAR BLOGGER MASAKAN TANPA IZIN. Ni entri jalan jalan cari pasal ke camna lekatlekit OOi.. Dak aiih.. Kami sedar kami miskin tak layak nak cari pasal dengan orang kaya tapi kebenaran tetap kena di tegakkan. Miskin kaya.. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah.

Sumber : carian google

Sejak semalam dok nampak rungutan & luahan hati seorang blogger masakan yang terkenal pasal gambar dia di plagiat oleh seorang orang yang sangat di kenali untuk mengiklankan restoran dia di Instagram. Tanpa credit gambar tersebut di gunakan sewenang wenangnya oleh individu yang sangat di kenali tu. (malas nak mention atau hint siapa)

Mula2 satu lepas tu satu satu blogger masakan tersebut dapat mengesan gambar gambar dia yang di gunakan oleh individu tersebut tanpa kebenaran. Amboi.. Takkan semua nak cedok kot. Alahai.. Orang berduit upah la photographer ambil gambar makanan di restoran sendiri & upload ke IG. Kan lebih telus & jujur macam tu. Kita berniaga makanan ni.. Memang seeloknya guna gambar masakan kita sendiri. Pinjam2 gambar masakan orang tu nampak tak berapa jujur. takut indah khabar dari rupa.

Jangan la cenggitu. Jangan la simply ambil hakcipta orang tanpa creditkan pada pemilik asal. Even gambar pun bukan mudah nak ambil tau.. Nak2 lagi gambar2 masakan blogger terkenal tu memang cantik & menyelerakan. Benda ni melibatkan skill seseorang. Apa ingat skill takde harga ke dalam dunia ni. Kalau skill ambil gambar tu tak ada nilai.. Tak ada la servis kena bayar pada photographer. Nak ambil gambar cantik pun gadget yang di gunakan kena beli ye dak.

Hakcipta orang tetap hak orang even tak di daftarkan kat MyIppo pun. Tak boleh simply nak ambil. Kalau kat dunia ni terlepas.. Kat akhirat dah tentu tak terlepas. Macam tu jugak dengan trademark orang. Jangan curi kemudian pergi daftarkan kat MyIppo sebagai hakmilik sendiri. Even sah di dunia, tapi hakikatnya tetap mencuri ok! Mencuri tu haram tau.. Tu setazah saya bagitau. hehehehe

Konsep pinjam barang orang letak la credit sikit jangan claim macam hakcipta kita. Tak baik tau menipu.. Dosa! Nanti mati masuk neraka.. hehehehe

Apapun.. Semoga benda ni jadi pengajaran buat kita semua. Nampak simple tapi sebenarnya mengambil hakcipta orang ni boleh jadi isu jugak. Nak2 lagi kita gunakan untuk tujuan perniagaan & promosi. Ia melibatkan soal halal, haram rezeki yang kita dapat jugak.

Moral of the story.. terima la serangkap pantun. Siakap senohong gelama ikan duri.. bercakap bohong lama2 jadi pencuri. hahaha.. op's macam tak relate dengan topik je. kekekeke

JANGAN HINA RUMAH KAMPUNG & RUMAH SETINGGAN, INGATLAH KISAH QARUN

JANGAN HINA RUMAH KAMPUNG & RUMAH SETINGGAN, INGATLAH KISAH QARUN. Lama tak mengopek isu isu semasa ni kan? Almaklum la situasi sekarang membuat eden jadi busy sikit. Tapi hari ni terasa nak juga menjentik satu isu ni.. Almaklum la kita kan orang kampung. Membesar dari rumah papan sampai la berubah menjadi rumah batu pun still di kampung. Cuma dewasa ku di kota katanya. Yelah berhijrah untuk mencari rezeki.


2 - 3 hari lepas cuma dok baca tajuk pasa isu ni. Katanya seorang Pengeluar kosmetik yang memang terkenal kat Malaysia ni. Muka memang selalu la muncul kat TV. Malas nak nak sebut nama.. Baru baru telah menghasilkan sebuah single.

Orang dok viral dia tak puas hati dengan banglo puluh juta ringgit dia tu. Ok la.. dia tak puas hati dengan hasil kerja yang dia bayar. Sebab dia bayar so dia berhak juga nak macam mana dia nak. Kalau hangpa buat tak ikut apa yang dia nak.. Memang di berhak untuk menyatakan ketidak puasan hati dia tu. Kalau eden pun.. Kita bayar tapi tak dapat hasil yang kita dengan seperti yang kita bayar.. Eden pun berasap hidung jugak kan? Nak2 kos berpuluh juta ringgit malaysia ni. Bukan sikit tu wei. Jadi dalam bab tu eden tak salahkan dia nak marah. Memang dia berhak sebab dia bayar sesuatu yang dia nak. Bukan hangpa buat kerja amal untuk dia.

Tapi bila di umpamakan rumah dia yang kelihatan buruk & low class macam rumah setinggan & orang kampung tu.. Sentap mak nak!! Lap ayaq mata kat lengan baju katanya.. Sob.. sob.. Mak orang kampung takkan la rumah orang kampung sehina tu. Dia pun katanya dulu orang kampung & orang susah jugak kan? Tapi mana tempat Dato rasa paling selesa masa tu? Even buruk ke, hina ke.. Rumah kita la kita akan rasa paling selesa.

Sekarang ni rumah2 kampung pun dah cantik cantik Dato. Setinggan tu mungkin sebab buat rumah atas tanah hak milik kerajaan so depa tak boleh nak buat lawa2 sangat. Bila2 masa je boleh kena runtuh. Tapi bukan bermakna kita boleh mengambarkan rumah2 mereka dengan gambaran yang buruk semata mata untuk mengambarkan betapa low class sesuatu tu. Terluka hati mereka Dato..

Ingatlah dalam Al Quran ada mengisahkan tentang Qarun yang Allah tenggelamkan bersama hartanya.

Awal kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki banyak anak. Sehingga pada suatu hari ia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah, yang ia pinta adalah kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah. 

Dikisahkan pula dalam Al-Qur'an dia juga sering mengambil harta dari Bani Israel yang lain dan dia memiliki ribuan gudang harta melimpah ruah, penuh berisikan emas dan perak. Setelah menjadi kaya raya, Qarun menjadi orang yang sombong dan suka menunjuk nunjuk. Orang-orang kaya biasanya menyimpan kunci harta mereka dalam tempat rahsia agar tidak diketahui orang lain. Tapi Qarun lebih suka menunjuk nunjuk hartanya secara terbuka untuk menunjukkan kekuasaanya. 

Sudah menjadi kebiasaannya membawa sepuluh orang kuat kemanapun dia pergi. Kesepuluh orang ini adalah lelaki lelaki perkasa yang berotot. Mereka mengikuti Qarun kemanapun dia pergi hanya kerana untuk untuk membawa kunci kunci harta Qarun yang berat. Tidak terhitung jumlah kekayaan yang diberikan Allah kepadanya. Qarun boleh membuat apa saja sesuka hatinya pada orang lain kerana kekuatan & kekayaan dia milik. Fir'aun adalah teman baik Qarun. Jika ada orang yang membuat masalah dengannya, Qarun akan memberitahu & fir'aun maka orang itu akan di hukum. 

ketika Qarun keluar membawa semua hartanya dan orang-orang di jalan melihatnya dengan terkagum-kagum, Qarun di arak di tengah tengah jalan. Saat dia merasakan bangga & angkuh, Tiba-tiba Allah memerintahkan bumi untuk menelannya!Maka bergemuruhlah bumi. Jalan jalan mulai retak. Kemudian retakan itu semakin membesar sehingga terciptalah sebuah lubang yang ternganga. Lubang yang besar itulah menelan Qarun bersama semua tentaranya, kunci-kuncinya, hartanya, bahkan Allah memerintahkan bumi untuk menelan istananya!

Semoga kisah Qarun ni kita jadikan pengajaran yer anak anak.. Yang kaya tu tak payah la nak menunjuk sangat kekayaan konon. Baru beli No plat kereta dah tayang sana sini dengan bangganya.. Sedangkan Allah yang Maha Kaya. Kekayaan kita miliki semua milik Allah. Jangan guna untuk menganiaya orang lain macam Qarun.. Macam kisah cikgu Azizan kena saman & banyak lagi kisah2 lain yang trending sekarang. Jangan sebab kita berduit kita rasa boleh tutup kejahatan & dosa kita dengan kekayaan kita miliki.. Semua nak buat legal action sebab ada duit. Orang takde duit mana mampu nak buat legal action ye dak? Dia lupa.. Kat padang Mahsyar esok Nalla.. punya besar court dok ada.. duit hangpa yang berkepok kepok tu sekupang pun tak laku kat sana. Lawyer terbaik cuma amalan amalan yang kita bawa je. Tapi biasa la.. Kita akan fikir mati lambat lagi kan? Rilex brader.. brader rilex.. Dah tua sikit nanti taubat la. Macam confirm dia akan mati selepas tua.. hehehehe

Sebagai peringatan pada diri sendiri jugak.. Mungkin hari ni saya di uji dengan kesusahan.. Mana tau Allah nak uji saya di masa akan datang dengan kesenangan saya pun jadi lupa diri pulak kan? Na'uzubillah.. Moga2 saya bukan tergolong dalam golongan manusia yang sombong bila di uji dengan kekayaan. Hope saya bukan dalam golongan yang menunjuk nunjuk kekayaan.. even no plat kapcai sekalipun. hehehehe

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA?

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA? Lagu yang tengah viral sekarang.. Lagu yang di nyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia yang berketurunan minang. Orang minang ni bahasa indonesia dia tak berapa pekat.. Banyak juga unsur2 melayu kat malaysia ni jadi tak susah sangat nak paham. Berbanding indonesia yang pure.. perasan tak?

Upiak Isil

Ramai yang mula kenal dengan penyanyi lagi Tak tun Tuang yang bernama Upiak Isil ni. Kalau kita kat Malaysia ni dengar nama Upiak Isil ni macam pelik sikit kan tapi bagi orang minang mungkin nama untuk mengambarkan identiti minang kot. Nama sebenarnya Supiah ke hapa.. lebih kurang macam tu la nama dia.

Pagi tadi di sebabkan budak shahila (anak den) bangun awal minta buka TV so sempat la tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) kat tv3. Ada jemput penyanyi Tak tun Tuang si Upiak Isil ni.. So, tahu la serba sedikit tentang sejarah lagu tak tun tuang ni.

Menurut cerita si Upiak Isil.. Lagu Tak Tun Tuang ni sebelum ni pernah di nyanyikan oleh seorang penyanyi lelaki minang jugak.. Tapi dia ambil lagu ni buat renovation sikit dari segi liriknya & nyanyikan dengan cara dia tersendiri. So bermakna penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang ni bukan si Upiak Isil la.. cuma di ambil & di olah semula. Pencipta lagu ni seorang lelaki yang tak tau la sapa.. Takde pulak di sebut nama tadi.

bagi yang tak pernah dengar lagu Tak Tun Tuang boleh tengok video ni

Mesti ada yang nak tanya apa maksud Tak Tun Tuang? Bukan aku sayang Yahudi ok.. Hangpa kan.. kalau dengar perkataan pelik sikit semua nak translate aku suka yahudi bagai kan. Dia tak ada maksud apa2 cuma perkataan Tak Tun Tuang tu cuma mengambar kesan bunyi gendang kata si Upiak Isil. Alah.. lebih kurang macam rappers dok buat bunyi ala2 alat muzik tu juga la. Jangan ingat Tak Tun Tuang ni mentera2 yang menyeru jin & syaitan pulak bila tengok penyanyi dia macam ting tong je bila nyanyi lagu ni. hehehehe

Si Upiak Isil ni bukan la baru dalam industri seni indonesia.. Cuma dia mungkin tak di kenali macam penyanyi penyanyi popular di Indonesia. Upiak Isil telah menghasilkan 19 album tapi hanya satu lagu je yang laku, Tak tun tuang.. Tak silap lagu2 minang la. Cuma Tak Tun Tuang ni yang menaikkan nama dia sekaligus menjadikan dia seorang yang di kenali di Indonesia & malaysia. Dah rezeki dia..

Senang si Upiak isil ni dia tak payah fikir pakai baju cecantik nak datang buat persembahan.. tadi kat MHI pun dia pakai baju macam blaus, kain batik & selipar jer. Memang konsep untuk bawa lagu tu santai macam orang tak mandi gamaknya.

Orang ni spesis bantut macam den juga.. Apa yang menarik pasal di Upiak Isil ni dia nampak mempunyai confident level yang agak tinggi, orangnya nampak kelakar. Dulu aku ingat dia memang jenis suara sumbang tak boleh nyanyi tapi sebenarnya suara dia tu ada.. Cuma untuk bawa lagu ni mungkin dia membawa dengan cara yang macam ada sumbang2 sikit sebab tu lagu ni nampak unik bila Si Upiak isil ni nyanyi.

Haritu ada baca keratan akhbar yang Upiak isil tak berapa puas hati bila Andi Bernadee seorang penyanyi baru cover lagu & menjadi viral di media sosial. Dia kata Andi Bernadee mengaku itu lagu dia padahal budak tu takde keluar statement kat mana2 pun kata lagu dia. Upiak isil kena ucap terima kasih tau sebab Andi Bernadee mempopularkan lagu tu di kalangan pendengar malaysia. Dah tak yah gaduh2.. den cadangkan hangpa berdua berduet je confirm meletop macam popcorn. hehehee


Itulah serba sedikit tentang lagu Tak Tun Tuang.. So bagi yang tertanya tanya apa maksud tak tun tuang tu tak di selubungi misteri lagi lah yer..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com