Showing posts with label pregnant. Show all posts

KALAU YUSRI MANDUL MACAM MANA LISA SURIHANI BOLEH MENGANDUNG?

Gosip macam ni pernah di perkatakan.. sebab tu aku pernah baca. Kesian jugak masa tu kan.. Dituduh beliau mandul sebab kawen dengan erra fazira tak hasilkan zuriat.. lepas tu di katakan gay. Di kukuhkan lagi dengan bila lambat dapat zuriat setelah bertahun kawen dengan lisa surihani. Mulut manusia kan.. terutama golongan wartawan ni.. Depa buat isu lepas tu lepas tangan kat blogger bila blogger jadi tukang canang..

Sumber google

Tapi kini terbukti Yusri yang ensem bukanlah Gay & membuktikan spekulasi orang yang kata dia mandul tu salah. Orang lambat dapat zuriat tak semestinya bermasalah. Rezeki tu kan dari Allah. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Sekarang kecoh kat laman2 sosial yang Lisa Surihani dah mengandung. Even kandungan tu masih terlalu mentah.. kita doakanlah yang terbaik. Orang yang pernah tuduh Yusri yang bukan2 tu hope timbul rasa malu pada diri sendiri yer...

Tetiba aku up pasal depa dah kenapa? Yelah aku kan bekas peminat KRU.. zaman Yo!Yo!Yo! katanya. Tapi aku akui aku memang suka pasangan yusri & lisa ni.. Sebab aku nampak depa sweet yang tak gedik. Dah la sama cantik sama padan. Gamaknya produk depa tu keluar pun secomel mak bapak dia kot. Rupa pan asian.

Tahniah Lisa & Abang Yusri..


DIANA DANIELLE VS FASHA SANDHA BILA MENGANDUNG

entri ni telah di hack terpaksa edit semula sebab kandungan entri ni takde backup. Jadi pada anda yang meragui status kehamilan Diana Danielle & fasha sandha boleh la terus merujuk kepada entri ni STATUS KANDUNGAN FASHA SANDHA


Pada hacker yang sangat mulia budi pekertinya.. terima kasih dengan sifat khianat dengki anda tu. Sesungguhnya balasan pada perbuatan buruk & Baik itu hanya Allah saja yang berhak memutuskan namun sebagai manusia saya hanya mendoakan anda mendapat petunjuk & hidayah. Semoga anda sempat bertaubat sebelum mati. Bak kata Azwan Ali see u in padang masyar.. kekekeke


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

AKAN BERTEMU 2 EKOR DRAKULA.SUSPEN!

Esok ada pregnancy check up. Dan menurut check up 2 minggu lepas nurse ada bagitau esok (pagi nanti) sang lekit akan hadap 2 batang drakula.. 1 drakula penyedut darah & 1 lagi drakula yang memasukkan ubat. tak paham ker? Kena suntikan la.. Yang 1 jarum untuk ambil darah & satu jarum lagi suntikkan terakhir. Tak tau pulak suntikan kedua ni suntikan untuk apa.

Makin dekat dengan due date makin berdebar pula sang lekit. Makin terbayang banyak lagi drakula (jarum suntikan) yang perlu sang lekit berdepan. Membayangkan macam - macam kesakitan yang perlu di tempuhi. Aduhai.. Semuanya demi anak akan ku kumpul berapa banyak kekuatan yang mampu untuk harungi semua tu nanti. Kalau betul seperti ramalan doktor yang cakap kemungkinan sang lekit akan bersalin secara operation.. Terpaksa juga tempuh detik - detik itu. Kalau mak sang lekit senang je dia cakap.. Tak payah nak takut sangat, operate ke normal ke dua2 pun sama jer sakit. Mana ada orang beranak sambil gelak2 & makan kuaci, kan??

Lepas check up tu dah buat appointment dengan Yu Nam Hair Care. tengahari tadi ada tolong joinkan untuk en hubby katanya dia pun ada Yu Nam Hair call. So, sesapa saja yang join contest tu memang dah confirm dapat sesi rawatan & pemeriksaan percuma. Lagipun dorang dah mention "*Click and you are guaranteed an Entry Prize worth RM668!*"(boleh rujuk entri ni kalau ada yang masih tak tahu pasal ni: Match & Win contest) Dapat teka taktik & strategi dorang ni. bila kita dah pergi sana kang.. macam - macam dorang promot suruh beli. Kalau tak kental memang akan terlentok. Apapun good luck kepada diri sendiri untuk bertemu drakula pagi nanti

 
Huhuhu.. dah besar anak mummy dalam perut yer.


HARI ENJIT2 SEMUT.. 28 MINGGU KINI

Hari ni hari mari meng 'enjit'. Bulan lepas skip sebab malas nak pergi klinik. Sang Lekit memang tak serasi dengan klinik. So, dah skip bulan lepas, bulan ni harus merajinkan diri pergi check up. Alhamdulillah 28 Minggu berlalu dengan selamat. Cuma bulan ni macam 2 bulan lepas, kurang darah juga. Aduhai.. nak sedut darah sapa la nak cukupkan kuota darah dalam badan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Macam biasa temujanji pukul 9 am tapi sang lekit sampai klinik lebih kurang 9.30am. Kuanter pertama masa buat ujian tekanan darah jumpa dengan nurse yang baik 2 bulan lepas yang buat pemeriksaan kandungan, Misi Mazlinda. Tapi masa nak ambil darah bertemu dengan Misi yang suka bebel Misi Azimah. Memandangkan takde apa yang dia nak bebel dalam bilik ambil darah jadi takde la dia membebel macam kali pertama sang lekit pergi check up dulu. Masa tu dia tugas kat bilik pemeriksaan. Kat bilik pemeriksaan kandungan tu nasib baik misi ni tak banyak songeh. Dia cuma buat pemeriksaan macam biasa (ultrasound untuk dengar denyutan jantung bayi) kemudian dia bagi tutorial untuk periksa pergerakkan bayi. Yelah.. kandungan dah masuk 7 bulan kan. Setiap hari sang lekit kena rekod sendiri gerakkan bayi dari 9.00 am - 9.00pm kat buku rawatan tu. Tak boleh kurang dari sepuluh gerakkan dalam masa 9.00am - 9.00pm. Kalau kurang kena pergi check up kat hospital/klinik. Tapi Sebelum ni rasanya baby dalam perut ni gerak lebih dari 10 kali tiap2 hari. Harap baby sentiasa gerak la. Mummy tak suka pergi klinik atau hospital jadi bantulah ibu mu yer nak. kekekekeke

Yang tak best  hari ni kena ambil suntikan kancing gigi. Masa kat bilik suntikkan tu ada la beberapa misi pelatih bersama seorang senior dok mengajar dorang. Nak masukkan ubat pun sang lekit tengok dia terketar - ketar lepas senior dia suruh suntik sang lekit. Apa lagi sang lekit terus la menyuarakan rayuan supaya senior dia buat. Dah la sang lekit fobia dengan jarum, tengok pula misi pelatih tu yang memang amatur tahap gaban, huhuhuhu.. tak keruan nak hulur bahu bagi dia suntik. Nasib baik la dorang tak kisah & senior dia yang buat. Kalau tak.. rasanya nak mengucap siap - siap. kekekekekekeke

Kesan dari suntikan tu memang rasa sakit lepas tu sengal2 & lenguh. Lepas ni apa lagi pun tak tau. Menunggu dengan penuh debaran untuk bulan depan punya check up. Dah masuk 7 bulan tarikh temunjanji pun nampaknya bukan sebulan sekali. 2 minggu lagi dah kena pergi check up lagi.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com