Showing posts with label 5 tahun. Show all posts

TAK SEMUA PERKARA SEORANG PAKAR ITU TAHU WALAU DALAM BIDANGNYA

TAK SEMUA PERKARA SEORANG PAKAR ITU TAHU WALAU DALAM BIDANGNYA. Pakar pun manusia ye dak.. Tipu la bila bergelar pakar dia takkan tersilap langsung membuat keputusan ata dignosis kepada sesuatu perkara. Dalam hidup aku.. Aku banyak berurusan dengan pakar kanak kanak je. Erkk.. tak ada la banyak pakar pun. Selain doktor pakar kanak - kanak yang dok checkup perkembangan anak aku setiap 6 bulan.. Baru - baru Anak aku di refer ke pakar psychiatric untuk buat Review & IQ test. Bukan sebab sakit mental ok.. psikiatrik untuk kanak kanak ni kebanyakkan untuk mengenalpasti tahap perkembangan mereka je.

Gambar sekadar Hiasan. Sumber Google

Hanya 3 sesi sahaja dalam masa lebih kurang 3 bulan. setiap sebulan ada 1 sesi.. & setiap sesi berlangsung selama 1 jam. Tapi di sebabkan masalah low attention (kurang tumpuan) buat anak aku ni susah nak bagi kerjasama semasa sesi review & IQ test berlangsung. Masalah low attention bukan berkaitan dengan masalah tumpuan jer.. Ia ada berkaitan dengan masalah behavior (kelakuan) juga. Budak2 macam ni normally memang susah untuk follow arahan.. Suka nak buat hal sendiri. Bukan boleh di suruh suruh sangat.. Lepas tu kalau buat apa2 task memang mereka tak boleh fokus lama.. Fokus mudah hilang bila banyak perkara yang menarik perhatian mereka. Contoh tengah menulis tetiba dia nampak toys ke hapa.. So dia akan pergi pada toys tu.

Untuk sesi pertama di sebabkan baru first time jumpa pakar psychiatirc tu.. dia malu malu. Duduk diam je atas riba aku. Bila doktor tanya dia cuma tunduk muka ke bawah. Bagi mainan pun dia jeling2.. Sebab tak kenal & dia masih malu. Sesi kedua dia mula rasa selesa sebab pernah jumpa.. Tapi still dia tak nak bagi kerjasama bila IQ test di jalankan. Suruh padankan gambar pun* tak nak.. Aku nampak tu je yang doktor cuba suruh dia buat. Lain2 takde pulak.. Selebihnya macam sesi pertama doktor akan tanya tentang perkembangan & history dia..

Untuk sesi ketiga test yang sama cuba di buat pun tak berjaya juga.. Sebab dia memang susah nak bagi kerjasama. Dia jadi terhegeh2 pulak dalam bilik doktor tu sebab maybe dia rasa doktor tu macam suka bila dia buat something yang boleh attract orang tengok kelakuan dia. Biasa la budak2 punya behavior kan.. So, IQ tak dapat di buat. Doktor putuskan untuk buat semula next year bila komunikasi dia dah semakin baik. Sebab dia masih speech delay.

Semalam bila tengok result.. Sedikit terkilan bila tertulis dalam tu shahila masih tak kenal beberapa huruf, nombor & bentuk sedangkan aku rasa doktor tak ada buat ujian tu pada dia. Sekadar doktor suruh dia padankan gambar menggunakan cara menunjuk dengan jari pada gambar di atas buku je! Aku yang 24 jam dengan dia. Kat rumah aku yang mengajar dia.. Memang aku tak boleh terima sebab aku tahu tahap perkembangan anak aku setakat mana. Kalau dia tak mengenal huruf.. mustahil dia boleh menulis & membaca secara spontan. Doktor berpendapat dia menghafal bukan mengenal walau aku tunjuk video2 dia membaca perkataan2 & ayat yang aku tulis secara spontan. Mustahil la menghafal kalau boleh menyebut atau baca secara spontan. Jika menghafal dia cuma tahu perkara2 atau perkataan2 yang di hafal sahaja. Tapi shahila apa yang aku nampak kadang2 dia tengok signboard pun ada certain perkataan dia boleh baca walau bunyi kadang2 tak berapa betul kalau ejaan tu panjang lebih dari 3 suku kata. Doktor seolah2 tidak menerima apa yang aku bagitau tentang perkembangan anak aku. Sekarang ni pun hari2 aku buat latihan spelling. Dimana aku menyebut huruf2 & suruh dia tulis. Mustahil shahila tak kenal huruf boleh menulis setiap huruf yang aku sebut.

Antara latihan 'Spelling" & 'Writting' yang aku buat kat rumah. Bukan sekadar untuk improve akademi dia tapi sebenarnya nak tengok perkembangan 'masalah tumpuan' (low Attention) dia tu. Kalau dulu dia cuma nak tulis abjat memang dia taknak tulis perkataan. Sekarang dia dah boleh menulis 12 perkataan dalam 1 masa. So dari situ aku boleh nampak improvement anak aku dari segi tumpuan sebab masalah utama anak aku adalah Tumpuan (short Focus).

Bagi aku sepatutnya seorang pakar memahami behavior kanak kanak yang mempunyai masalah low attention ni. Tak semua mereka tidak tahu cuma mereka sukar mengikut arahan & sukar untuk fokus kepada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Aku rasa 3 sesi terlalu singkat untuk seorang pakar membuat keputusan.

Kecewa tu memang ada tapi tak ada la sampai rasa down terus. Aku just teruskan apa yang aku usahakan untuk improve perkembangan anak aku. Pendapat doktor yang aku rasa kurang tepat memang aku ignore sebab bukan doktor yang jaga anak aku hari hari. Potensi shahila mungkin kurang menyerlah buat masa ni so pakar atau sesiapa yang baru kenal dia mungkin susah nak nampak. Akan datang bila masalah yang dia hadapi semakin baik.. Insya Allah potensi yang dia ada akan menyerlah jugak. Tak perlu risau apa - apa. Dignosis doktor pun ada yang salah. Doktor yang follow perkembangan shahila dulu pun pernah cakap macam tu kat aku. Melibatkan masalah perkembangan macam ni.. Kadang2 sukar nak buat keputusan dalam perjumpaan yang singkat macam tu. So, kalau pakar tersilap pun kena la kita terima. Mereka pun manusia.. Mereka menilai atas dasar apa yang mereka belajar & nampak. Mereka bukan ada magic boleh tahu apa yang mereka tak nampak.

Walaupun kecewa membaca report keputusan review shahila tu.. Aku terpaksa terima je. Apa boleh aku buat adalah terus membantu anak aku berkembang dengan lebih baik sehingga dia boleh duduk & belajar seperti rakan sebaya dia yang lain. Tiada yang mustahil dengan usaha, doa & tawakal. Yakin Allah lebih tahu yang terbaik untuk anak kita.. Special atau tipikal.. Mereka tetap kain putih yang perlu di corakkan untuk menentukan siapa & dimana mereka  di hari depan. Teruskan berusaha bagi mereka yang mempunya special kids... Tak semua orang terpilih untuk anugerah istimewa ni. Petanda Allah lebih menyayangi kita.

TAHU MEMBACA & MENGENAL NOMBOR DI AWAL USIA, ANAK ANDA MUNGKIN HYPERLEXIA & HYPERNUMERIC

TAHU MEMBACA & MENGENAL NOMBOR DI AWAL USIA, ANAK ANDA MUNGKIN HYPERLEXIA & HYPERNUMERIC. Zaman sekarang mak bapak memang obses nak anak - anak kalau boleh.. start boleh cakap tu nak terus boleh membaca. Konon nak anak dia nanti bijak & cemerlang dalam pelajaran. Aku pun mengajar anak aku di peringkat awal. Dalam 3++ shahila dah kenal huruf,number,warna, bentuk & beberapa perkara yang lain. Sebab aku tahu anak aku ada masalah dalam perkembangan dia terutama speech.. So, aku ajar la apa yang patut. At least dia boleh menyebut sesuatu untuk terapi dia bercakap juga.

Pun macam tu tetap aku lebihkan dia bermain walau aku selalu pupuk minat dia dengan buku. Tapi aku tahu dengan belajar akademi tak mampu untuk improve masalah low attention & behavior dia. So, aku kena juga ajar dia bersosial.. bermain dengan betul, menghormati, menunggu giliran & banyak lagi la. Tak mudah sebab kanak kanak macam shahila ambil masa yang agak panjang untuk belajar memahami keadaan & situasi.. Dalam usia 5 tahun pun tahap pemahaman dia kadang2 nampak tak berapa matang. Aku cuba tanya pendapat pakar dia.. Katanya kadang2 bukan dia tak matang mengikut umur tapi dia tak suka nak ikut arahan so apa kita minta atau suruh dia buat dia tak nak bagi kerjasama atau ikut. Sebab tu kadang2 nampak macam dia tak memahami sebenarnya dia nak orang sentiasa ikut dia bukan dia akan ikut orang lain. Tu yang berlaku bila permintaan dia kena reject dia tantrum atau menjerit. Sebab dia tahu dengan cara protes macam tu orang akan memenuhi permintaan dia dengan mudah. Tu cara dia manipulasikan keadaan. hehehehe. Tu pendapat pakar therapist dia la.


Belajar dari seawal usia. Dulu aku pun rasa dengan cara tu buat anak aku at least ada kelebihan dalam pelajaran tapi sebenarnya tidak.. Selagi masalah kelakuan/behavior dia tak di ubah, selagi tu dia susah sikit untuk ikut aktiviti belajar di sekolah jadi kebolehan dia dalam pelajaran mungkin tak menyerlah bila dia taknak menjawab exam. Dia suka menconteng buku bila dia bosan.. Kat situ aku belajar. Mengajar akademi di peringkat awal bukan perkara yang terbaik. Sepatutnya aku lebihkan aktiviti sosial & bermain dengan dia supaya dia memahami setiap perkara perlu di buat mengikut arahan. So, sekarang memang aku cuba lebihkan dia dengan bermain sambil belajar & terapi di rumah. Sebab tu aku pilih sekolah yang ada playschool & minta cikgu letakkan dia di kelas yang lebih muda tahun depan.

Itulah serba sedikit tentang anak aku.. Mungkin anak korang yang nampak normal & bijak.. Boleh membaca seawal 2 - 3 tahun. Mengenal hurul & number seawal setahun.. atau lebih senang faham anak ada mengenal semua tu seawal umur bawah 4 tahun.. Anda anggap dia seorang anak yang bijak.. Tapi mungkin jugak tidak. Sebab berkemungkinan anak anda adalah seorang Hyperlexia & Hypernumeric.

Apa itu hyperlexia & hypernumeric? Ia adalah satu 'disorder' (masalah) di mana kanak kanak tersebut jadi ketagih atau obses  membaca,huruf & nombor di bawah usia 5 tahun. Perkara ni mungkin menyebabkan masalah ini berlaku...

* mereka sukar untuk memahami arahan 
* mereka mempunyai kesukaran untuk bercakap
* mereka jarang dapat respond dengan soalan yg mudah apabila ditanya oleh ibu bapa seperti 'adik nak makan ke?' 'Adik nak ni?' soalan mudah,yang mana anak usia 2 tahun pun boleh faham tetapi mereka tidak faham dan tidak respond langsung
* mereka banyak 'echolalia'-meniru balik percakapan kita tetapi tidak faham pun apa yang dicakapkan
* kurang memulakan perbualan
* tiada komunikasi 2 hala
* tidak dapat bersosial dengan baik dengan rakan sebaya
* sangat obses dengan huruf dan nombor sehingga menunjukkan tingkah laku yang tidak dapat dikawal
* boleh membaca,mengenal huruf dan nombor tetapi sukar untuk mengaitkan apa yang diketahui dalam kehidupan harian
* kekuatan boleh dilihat dalam memori yang melibatkan deria penglihatan (visual) dan pendengaran (auditory) tetapi deria lain tidak menunjukkan tindak balas yang sewajarnya
sering dikaitkan dengan masalah Sensory Processing Disorder

Ada 3 karektor kanak kanak yang mempunyai hyperlexia & hypernumeric

1. Kanak2 yang kelihatan bijak apabila boleh membaca awal tetapi kurang interaksi sosial dan mempunyai masalah tingkah laku yang sukar untuk dikawal

2. Kanak2 Autism yang mempunyai hyperlexia yang ada 'splinter skills', keadaan di mana dia tahu banyak benda tapi benda yang dia tahu tu tak boleh digunakan di dunia nyata. Contoh macam ni.. terjadi dalam cerita Rainman yang dibintangi oleh Dustin Hoffman dan Tom Cruise. Dustin yang memegang watak seorang insan Autism tak nak naik flight sebab beliau sudah menghafal dalam kotak memorinya mengenai kejadian2 kemalangan kapal terbang yang pernah terjadi di seluruh dunia. Ini menunjukkan yang beliau mempunyai kebolehan mengingati banyak benda tetapi tidak boleh digunakan dengan baik di dunia nyata.

4. Kanak2 yang boleh membaca di awal usia tetapi mempunyai symptoms Autism tertentu tetapi hakikatnya bukan Autism.

❝Perkara begini berlaku mungkin di sebabkan keghairahan ibu bapa/pendidik yang mahukan pembelajaran akademi di mulakan dari peringkat awal untuk anak anak mereka. Kaedah belajar guna gadget & flashcard yang menjadi trend masakini pun sebenarnya ada risikonya.❞ ←Yang ni aku pun buat sebab anak aku ada masalah low attention so kena attract dia dengan audio & visual yang menarik kalau nak suruh dia belajar. Tapi anak saya midl autisme yer..

Hyperlexia tidak hanya tertumpu kepada belajar huruf2 ABC tetap juga merangkumi huruf2 Hijahiyah. Alif ba ta bagai tu.. Islam pun dah bagi garis panduan dalam mendidik. Anak di bawah umur 7 tahun harus di beri didikan akhlak terlebih dahulu sebelum belajar mengaji al Quran bagai.

Tidak perlu untuk memastikan anak anda boleh membawa seawal usia di bawah 5 tahun. Kalau anak - anak yang dalam usia 5 tahun belum boleh membaca bukan di sebabkan mereka ada masalah 'masalah pembelajaran'. 'Masalah Pembelajaran' hanya boleh di kenalpasti bila kanak kanak itu berumur 6 tahun. Sekiranya kanak kanak yang dah memasuki usia 6 tahun mempunya masalah membaca & mengenal huruf & nombor berkemungkinan mereka ada masalah disleksia & dyscalculia

Jadi jangan obses untuk memaksa anak anda belajar membaca seawal usia 4 tahun kebawah. Perkara ni mungkin merbahaya kepada perkembangan anak - anak anda sebab kita tak tahu kemampuan & keupayaan otak anak kita setakat mana. Dalam usia tu sememangnya kanak kanak perlu lebih bermain bukan bukan belajar kerana waktu itu masa mereka meneroka dunia biarpun comot sebab bermain.

Credit Liyana Raya,
Occupational Therapist

Moral of the story.. Jangan obses nak anak nampak bijak & boleh tayang slip peperiksaan tadika kelas 4 tahun yang cemerlang tanpa sedar kita dah mencuri zaman kanak kanak anak anak kita. Ye.. bukan kita tak peruntukkan masa bermain tapi peruntukkan masa bermain tu terlalu sikit berbanding masa belajar. Dah la 3 - 4 tahun dah hantar sekolah.. kat sekolah belajar, balik rumah belajar lagi. Sedangkan kita dulu kebanyakkan mula belajar bila masuk darjah 1. Betul tak? Jadi sempena cuti sekolah ni elok la bawa anak anda enjoy bermain sambil belajar.

ISTERI PEMBUNUH ADIK NOOR AMILA EDRUS, 5 TAHUN BONGKAR PERANGAI SEBENAR SUAMI

ISTERI PEMBUNUH ADIK NOOR AMILA EDRUS, 5 TAHUN BONGKAR PERANGAI SEBENAR SUAMI. Rasanya ramai yang masih belum sempat lupa kes kanak kanak 5 tahun, Nor Amila Edrus Bin Norsyam yang di bunuh abang ipar tiri dengan kejam. Macam2 cerita aku baca.. Katanya berkaitan dengan perasaan cemburu sebab budak tu sangat di sayangi keluarga & ibu mertua dia & ada kaitan dengan hutang so dia terpaksa terpaksa menculik kanak kanak tersebut & berpura2 seperti penculik minta wang tebusan. Tapi dari orang kampung mertua aku kata.. Dia nak duit sebab nak buka bengkel. Mertua aku ni berjiran jugak dengan bapak Adik edrus ni tapi bukan dengan keluarga isteri nombor dua la di mana keluarga yang menjaga adik edrus walaupun adik edrus anak kepada isteri nombor 4.


Apapun alasan bagi aku tak ada satu pun aku rasa boleh terima sebab dia di bunuh kejam oleh abang ipar sendiri. Dia cuma berusia 5 tahun kot... Kalau sebab terlampau di sayangi itu bukan salah dia. Tapi bila baca satu artikel berita yang katanya isteri dia sendiri membongkar perangai sebenar suami dia yang suka dera & pukul dia sampai lebam lebam jadi tak pelik jugak la manusia macam tu boleh bertindak di luar perikemanusiaan pada seorang kanak kanak. Katanya dia memang dendam sebab pernah kena maki dengan mak mertua dia sebab berkasar dengan adik edrus. Memang orang macam tu layak kena maki pun. Malang betul la bertemu jodoh dengan manusia macam tu. Sampai anak dua pun still tak berubah & tak sedar diri.

Tapi yang kesian sebab perangai laki macam syaiton nirrojim, sekali dengan bini kena tempias kejahatan tu bila orang gelar dia bini pembunuh. Ni la susah bila ada hubungan kekeluargaan dengan setan kan.. sekali dengan kita kita orang ibliskan.Kesian jugak la aku dengan bini & anak anak dia. Nitezen sekarang memang kurang perikemanusiaan.. Asal dapat sumber yang boleh di sebarkan tak fikir dah orang2 yang tak bersalah tu. Kau viral gambar dia sudah kot.. sekali bini & anak2 dia pun kau viral dah kenapa. Beragak la nak dapat traffic pun.

Pembunuh adik Nor Amila Edrus ni seorang warga myamar yang dapat Status Penduduk Tetap kat sini. Umur baru 25 tahun tapi sangat merbahaya. Jadi elok la ke tali gantung. Memang terlalu kejam apa yang dia buat. Orang2 macam ni tak payah menyemak dalam Malaysia. Malah kat mana2 pun patut tak wujud. Orang macam ni patut mati kena bunuh dengan Kat myamar je. Memang geram & sakit hati sangat aku dengan manusia macam ni. Nak2 lagi kanak kanak yang di bunuh tu sebaya anak aku. Ya Allah, betapa trauma & takut nya aku bila terfikir keselamatan anak aku bila pergi sekolah. Semoga Allah lindungi anak2 kita dari manusia2 berhati durjana macam tu.

Moral of the story.. Kita dah merdeka jadi berperangai la seperti manusia merdeka jangan berperangai kejam macam zaman jajahan jepun dulu. Jangan terlalu fikirkan perkara yang buat kita sakit hati sebab time tu la syaiton mula nak main peranan hasut kita buat bukan bukan. Alih2 syaiton tak kena dakwa, kita yang berdepan dengan tindakkan undang undang.

DIA PIJAK PIJAK KOTAK MERCUN POP POP ANAK AKU

DIA PIJAK PIJAK KOTAK MERCUN POP POP ANAK AKU. Tadi terpandang satu post yang di share kat FB video seorang pelanggan secret recipe yang bertindak biadap dengan salah seorang pekerja kat situ. Tak tau la apa kes dia mengamuk sangat sampai curah air kat budak pelayan kat situ. lepas tu tolak semua makanan sampai jatuh atas lantai. Alih2 budak tu fed up baling dulang atas lantai dia pun blah. Ok la dia baling dulang atas lantai.. kalau kena yang kepala angin.. dia baling dulang atas kepala orang yang dok tunjuk berlagak dia kat situ baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

Mak tengah belajar guna setting expert kat galaxy s4 zoom. hahaha

Tetiba aku teringat pulak kisah petang semalam kat playground taman metropilitan yang tak jauh dari rumah in law aku. Tapi bukan kepong hehehe.. Biasa la bawak budak shahila melempiaskan nafsu bermain dia kat situ. Ada la sekumpulan budak.. tak tau la adik beradik ke. Ada 3 orang dalam 3 size & umur yang berbeza. Yang paling tua & paling besar badannya. Agak peramah tapi agak tidak sopan. Tak tau la kenapa aku tak berapa gemar budak perangai macam tu. Anak aku ni walau komunikasi tahap merangkak2 lagi. Tapi suka sangat nak berkawan dengan orang. Dia pergi la kat budak 3 orang. Yang lelaki tu agak garang & kerek asyik menghalau yang perempuan paling besar gamaknya dalam darjah 2 ke 3 macam tu.. peramah sikit tapi suka dok mengejek anak aku cakap. Anak aku pegang 1 kotak mercun pop pop tapi dah habis dia main. cuma kotak tu mungkin dia sayang nak buang so dia usung la. Budak perempuan paling besar tu rampas dari tangan dia nak tengok. lepas dia tengok kotak tu dah kosong dia buang kotak tu.. bila anak aku berlari nak pergi ambil cepat2 dia pergi pijak2 kotak tu. Meruap jugak kita yang dok tengok tapi aku diam je. Takkan la aku nak pergi bergaduh dengan budak kecik walaupun badan aku kecik kan... hehehe

Budak lelaki ni bukan budak yang dalam cerita ni. Cuma gambar ni nak tunjuk ni la cara bila shahila cuba nak berkawan dengan budak lain. Dia akan pergi mengadap budak tu depan muka macam ni. Dah gaya macam nak ngorat anak teruna orang pulak hahaha

Kat sini soal biadap. Aku tak nak salahkan mak bapak atau sapa2. Tapi dari usia macam tu dah tunjuk perangai biadap macam tu memang mengugat kesabaran orang dewasa tapi sebab kita dah dewasa lebih matang lebih berfikir sebelum bertindak so takde la sampai nak pergi sound anak orang kan. Nak sekolahkan pun rasanya kang mak dia pulak datang bergaduh dengan kita. Yelah.. ingat mak bapak zaman moden ni terbuka sangat ke nak terima teguran. Silap2 dia viralkan muka aku & anak aku dengan tajuk orang tua gaduh dengan budak2 belum akil baligh. Dah tak jadi misteri lagi lepas tu semua dok kecam aku gaduh dengan budak budak hahaha. Jadi zaman sekarang apa yang boleh buat jauhkan la anak kita dari budak2 macam tu. Memang kalau ikut nampak macam remeh. Alah.. kotak kosong yang dah layak jadi sampah pun kau nak touching. Bukan soal kotak tapi soal perangai budak tu yang tak semena sema nak khianat anak aku tak tentu pasal. Aku pun tak cakap apa.. ajak anak aku main tempat lain walau tetap dok terserempak dengan kumpulan budak2 tu.

Apa punya turrr la itu budak. Pasrah je la kan shahila hahahha

Bila tulis entri ni pun aku macam masih ternampak nampak muka budak tu. Rasa geram je nak picit2 sampai keluar kencing katanya. Nasib baik kau budak... Kalau level2 layak jadi mak budak memang aku sekolahkan jugak ehehehe. Kadang2 sebab benda2 macam ni la orang pilih berkurung dalam rumah dari keluar hadap benda2 yang menggugat kesabaran. lebih2 lagi kalau berlaku perkara macam ni >> Ini Sebab Orang Lebih Suka Duduk Kat Rumah Dari Keluar Sebab Tak Sanggup Hadap Azab Perkara Perkara Macam ni <<. Kat mana2 pun ada je manusia yang akan menguji keimanan kita yang senipis kulit bawang ni. Tak kira la budak kecik atau orang tua yang umur di pinggir kubur. Cuma yang membataskan tindakkan kita adalah kewarasan. Kalau hilang kewarasan sekejab mungkin tindakkan kita pun macam orang gila jugak.

Akhirnya layan main sorang2 je senang. hehehe

Moral of the story.. Apa nak pelik budak jadi kurang ajar macam dalam kisah ni.. Kalau orang dewasa dalam kes kat secret recipe tu menunjuk contoh tak baik depan anak anak. Tak pelik kalau anak dia nanti pun akan jadi perangai macam mak dia mengamuk macam orang gila baling makanan bagai.

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

DEBARAN 4 JANUARI 2016 YANG RAMAI AKAN RASA

DEBARAN 4 JANUARI 2016 YANG RAMAI AKAN RASA. Bukan orang lain je rasa debaran ni.. aku sendiri pun rasa debaran 4 Januari 2016.. Ada ibu awal sikit 3 januari dia dah start berdebar. Perasaan yang normal kot.. Almaklum la nak melepaskan sesuatu yang teramat berharga dalam hidup untuk beberapa jam di bawah pantauan orang lain bukan senang nak bina keyakinan diri bahawa orang itu mampu menjaganya sebaik kita menjaganya selama ni. Tapi sebab sistem kehidupan macam tu.. Sampai satu masa terpaksa jugak melepaskan ia untuk belajar berdikari.


Macam tu la perasaan seorang ibu & ayah bila kali pertama anak nak melangkah ke sekolah. Bagi yang biasa hantar anak pada pengasuh tu mungkin tak terasa sangat la debaran.. Depa dah biasa berjauhan dengan anak. Bagi cheq yang memang selama 4 tahun 24 jam mengadap anak ni.. Susah hati rasa macam nak meletop jantung. Tapi anak cheq Tabika sesi petang. Sekolah dia tak muat nak sumbat 5 & 6 tahun dalam satu sesi pagi. So, dia buat 2 sesi. Ni dah pukul 10.. Lagi beberapa jam dia akan melangkah ke satu alam baru iatu sekolah, hope dia takde la buat drama penuh trajidis kat sekolah nanti. Hope dia boleh serasi dengan suasan baru. Dia boleh ikuti pelajaran seperti biasa & dia tak nakal. Hope cikgu mampu bersabar dengan kerenah anak ku yang tak pandai sangat berkomunikasi ni. Almaklum la speech delay tapi jangan risau masa orientasi aku dah cerita A to Z pasal anak aku.. Mujur cikgu dia dulu ada ambil course perkembangan awal kanak kanak.. So tak susah nak explain pasal anak aku. Dia senang faham.

Pentingnya kita mengenali cikgu & bagitau tentang anak kita pada cikgu nak2 yang ada delay development ni. Jangan berahsia.. Nanti susah cikgu nak pantau. Bila kita bagitahu sebelum sesi persekolahan bermula.. At Least cikgu dah tahu bakal anak murid dia nanti macam mana. So, dia boleh buat persediaan awal. tak payah rasa malu atau takut.. Benda tu tak membantu anak kita. Perkara biasa.. perkembangan setiap kanak kanak tu berbeza & manusia di lahirkan dengan kekurangan & kelebihan yang tak sama. Belum tentu anak yang membesar dengan bijak tu dah confirm masa depan dia cemerlang gemilang & terbilang. Ramai jer yang stuck di tengah jalan.. Tak semua budak ada kelewatan dalam perkembangan dia.. Masa depan dia gelap gelita. Ada yang berjaya di luar jangkaan kita. So, terima kekurangan & kelebihan anak seadanya.. Ia adalah Anugerah Allah yang paling istimewa.

Jadi pada mak bapak.. Ni zaman IT ok. Senang nak pantau perkembangan anak di sekolah sebab cikgu2 sekarang banyak create group whatsapp dengan mak bapak untuk berbincang apa2 masalah berkaitan pelajaran anak anak. Rajin2 la beramah mesra dengan cikgu.

Yang penting jangan skip sarapan untuk anak anak kalau anda tak nak menyesal sebab sarapan pagi sebenarnya ada benda benda ni >> 4 Perkara ni Mungkin Anda Menyesal Kalau Tak Ambil Sarapan Pagi << Sarapan pun salah satu perkara penting dalam perkembangan jugak. Amalkan mengambil sarapan Supaya pelajaran mereka tak terganggu.

Apapun selamat menempuh rutin baru dalam hidup buat semua ibu bapa yang kali pertama anak dia melangkah ke sekolah macam aku. Semoga anak2 kita mendapat ilmu yang baik, di berkati & menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Amin...

AL FATIHAH.. TIADA LAGI KU DENGAR KIDUNG MU

Kalau nak di tulis dalam bentuk cerita.. Sememangnya aku tak mampu. Kehilangannya masih terasa sehingga saat ini. Jadi aku tulis dalam cara yang aku mampu cerita.

24 April datang lagi..
Sampai saat ini
5 tahun berlalu
aku masih belum kuat
mencoret kenangan bersama mu
Kerana setiap kali ku ingat
Akan datang rindu yang menyakitkan
Rindu yang tak mungkin sampai
Rindu yang tak mungkin di gapai
Rindu yang mungkin buat aku rebah
Rindu buat mu Ayah..
Kau pergi saat ku menghitung hari bahagia
Kau pergi di saat kita menanti hari itu
Hari bahagia kita sekeluarga
Namun tertulis.. Kau pergi dulu
Pergi tanpa sebarang kata & tanda
Ayah...
Kami semua rindu
Namun rindu yang tiada perantara
Menyampai khabar berita
Ayah..
Moga damai & bahagia
Moga tenang & gembira
Disisi Tuhan yang Esa..
Tiada lagi ku dengar kidung mu
Riuh menyambut kepulang ku..
Ya Allah.. Aku rindu!



5 TAHUN SUDAH BLOG YANG DI ANGGAP LUCAH NI

Wah.. dah menapak di tahun ke 5 blog melekat lekit ni. Diam tak diam.. pejam celik.. marah senyum, gelak tangis.. Rupanya usia blog ni dah 5 tahun. Alhamdulillah setakat ni tiada apa yang menggugat aku untuk terus menaip kata - kata dalam blog ni.


Segala hentaman, kritikkan,kutukkan,hinaan,umpatan,cacian,makian.. Nampaknya belum cukup kuat nak gugat semangat berblog aku ni. Dalam 5 tahun ni... ada yang dari suka jadi benci.. yang benci terus pergi tak kembali2.. yang baru datang terus datang. Lumrah berblog.. Apa nak di kata.

Tapi maybe ramai yang tak tahu.. Blog ni sebenarnya bukan blog yang pertama aku tulis. Dulu aku pernah create satu blog yang masa tu aku sendiri tak tahu nak jadi macam mana dalam blog. Maybe blog ikut ikutan.. tapi seriusly tak memberi kepuasan langsung bila penulisan kita macam meniru orang lain. Aku tutup blog tu... dan buka blog ni yang pada awalnya masih lagi mengalami krisis identiti. Yelah.. budak baru belajar tulis blog kan masa tu. Tapi teruskan jugak.. dan akhirnya matang bersama usia la penulisan aku kat blog ni.

Kalau di semak entri2 dulu.. memang tak di nafikan ada kebudakkan kat situ.Tapi dari situ boleh nampak penulisan aku semakin hari semakin dewasa. Sehinggalah aku putuskan untuk taknak cerita sangat hal peribadi. Kalau dulu ada jugak sikit2 kisah peribadi tapi sekarang dah semakin tak ada. Sebabnya.. aku takut terbabas dalam bercerita hal peribadi yang mungkin boleh jadi senjata orang lain menjatuhkan aku. Sebab kita sedia maklum.. Ada orang suka & ada orang tak suka. Yang nampak macam baik dengan kita pun belum tentu baik apatah lagi yang terang2 nampak tak baik, kan.

Nama Lekat Lekit yang selalu jadi pertikaian atau jadi penilaian berunsur lucah.. Sejak aku pilih perkataan lekat lekit ni tak terdetik di hati atau akal aku benda ni lucah tapi bila sampai ke hati & akal orang lain, ada pulak yang kata dengar macam lucah. Tapi aku tak peduli sangat, selagi aku yakin lekat lekit bukan satu perkataan mencarut dan melucah.. Lantak la yang otak terlalu kuning tu nak fikir apapun. Yang pasti Apa yang melekat lekit hari ni adalah membawa maksud apa cerita aku hari ini yang nak aku letak dalam blog. Simple je maksudnya.. Orang lain yang terlalu konar sampai terbabas fikir yang bukan2.

Siku liku aku selama tulis blog ni bagi aku takde la bagi tekanan emosi sangat malah takde bagi kesan langsung pun dalam kehidupan aku seharian. Sebab keutamaan aku ada lah kehidupan sebenar aku, dunia maya aku letak sebagai hobi. Apa berlaku kat dunia maya ni ceritanya kat bermula & abis kat situ jugak. 5 tahun bertahan dalam dunia blog bagi aku satu pencapaian yang baik jugak la. Maybe sebab aku memang minat mengarang cerita jugak kot, tu yang mampu bertahan. So, kuncinya adalah minat kalau buat sekadar ikut ikutan.. memang susah nak bertahan.

P/S : Hari ni hari ke 13 kehilangan pesawat MH370 yang masih lagi menjadi misteri sebab tiada langsung pentunjuk atau tanda di temui bagi mengesan dimana mereka semua berada. Sungguh Allah masih mahu menguji kita & masih mahu mendengar rintihan doa kita. Terus berdoa agar misteri ini terungkai & menjawab semua soalan, spekulasi,tuduhan & andaian. 
Ya Allah.. selama ni kau tunjukkan kuasa Mu dengan memberi kami kenikmatan sehingga kami lupa betapa besarnya kuasa MU, hari ni kau tunjukkan dengan menghilangkan hanya sebuah pesawat membuat 1 dunia jadi gawat..  Maka kepada Mu jua kami memohon pertolongan, Berilah petunjuk & jalan agar pesawat Mh370 di temukan. Amin...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com