Showing posts with label kisah seram. Show all posts

LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM

LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM. Sejak filem seram mendapat sambutan rata rata ramai producer filem ambil kesempatan untuk keluarkan filem bergenre seram tak kira dalam dan luar negara. Sampai rasa filem bergenre seram ni lebih banyak dari genre lain dah sekarang. Tak kira la platform apapun kita menonton. Siaran tv berbayar mana pun kita langgan. Penuh dengan cerita seram. 


Sebagai peminat filem filem seram dari zaman vcd & dvd lagi memang la aku suka cuma masalahnya bila masing masing berlumba keluarkan filem seram kualiti filem tu semakin hari semakin tak berkualiti. Filem semakin tak seram. Banyak tipikal. Dan banyak filem macam asal siap. Kalau hantu pun kadang effect kelakar dari seram. Serba salah pulak kita yang menonton ni sepatutnya rasa takut ke rasa kelakar. Aku ingat selepas metrowealth dah tak aktif keluarkan filem filem seram kurang la sikit filem filem sampah ni rupanya tak juga. Sama je filem tempatan atau luar negara kalau yang sampah tu sampah juga.

Pun macam tu walau tak banyak filem seramnya yang menepati piawaian keseraman yang aku nak ada juga walau tak seram jalan cerita menarik untuk di tonton. Mungkin juga deria seram aku dah semakin terhakis makan filem filem sekarang dah tak mampu memenuhi nafsu seram aku. Yelah.. kalau dah terlampau banyak filem seram kau tonton, mesti la kau dah tak rasa sangat seram tu. Tapi tetap la aku tak berharap di datangi makhluk makhluk menyeramkan secara real dalam hidup aku. Tak berani la cakap besar aku ni tak takut.

Nanti ada pula kata nak real seram pergi rumah hantu la.. Belum tentu juga seramnya. Ada aku tengok konten orang share budak sekolah melawat rumah hantu di baginya jari tengah je kat hantu hantu tu. kids nowadys kan.. Kita dulu orang cerita pokok besar berhantu pun malam malam balik mengaji pecut tak pusing belakang dah. Kawan ke sapa tertinggal nasib la kan. Budak sekarang hantu pun di gula gulakan.

Mungkin teknologi dan lambakan filem,konten & cerita cerita seram di media sosial ni buat manusia rasa hantu ni normal dalam kehidupan. Dah tak ada apa perlu di takutkan kot.. Apa lagi sekadar filem membuatkan masing masing rasa filem seram sekarang dah tak seram. Kalau dulu tengok filem sundelbolong pun dah merinding ooi bulu romaku. Nak hilang rasa takut tu ambil masa berhari hari. Sekarang tengok balik macam kelakar pulak hantu sundelbolong tu.

Sampai hari ni aku rasa tak ada pun satu filem seram di era sekarang yang betul betul seram. Kalau ada pun adegan yang mengerikan macam scene scene ganas melibatkan darah, luka.. Yang tu macam tu je. Sebab benda benda macam tu memang aku tak boleh sangat nak tengok aku rasa ngeri. Tapi bukan sebab seram yang melibatkan kesan kesan khas yang di buat pada scene watak hantu tu. Contoh kita tengok muka pun dah takut. Kita dengar dia mengilai pun dah berdiri bulu roma. Bila kita tonton kita rasa di bayangi watak hantu tu di mana mana. Last aku rasa seram tengok filem coming soon tahun 2009. Aku tengok tayangan midnite kat One utama rasanya. Memang terbayang bayang juga. Tapi sekarang tengok balik filem tu dah tak ada feel yang sama. 

Sampai hari ini aku masih tertunggu tunggu muncul satu filem seram yang betul betul menyeramkan dan buat aku rasa takut menonton cuma itulah kan.. Belum jumpa lagi. Kalau review sekarang ni filem seram samada aku tulis seram bagi orang yang penakut atau jalan cerita di menarik untuk di tonton sahaja. Untuk aku kata ia cukup menyeramkan aku.. Belum lagi. Harap sangat ada.


KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN. Khamis malam jumaat datang lagi dengar cerita seram dari TORA. Tak pepasal la TORA juga dapat nama kan.. Entah la budak budak 80an-90an dah biasa dengan iklan TORA ni memang dia macam terngiang ngiang tagline TORA datang lagi dengan mainan baru.. Tapi TORA tak ada edisi cerita seram na.. Yang sinonim dengan kisah seram ni kalau 90an.. Majalah mastika. Entah cerita betul ka rekaan pun tak tau la tapi zaman tu enjoy juga la membaca. Boleh terbawa bawa emosi seram tu dalam kehidupan seharian. Lepas tu Mastika di transformasi dalam bentuk drama Tanah kubur pula. Yelah.. budak budak makin malas membaca suka menonton je kan. Nak bagi cerita teladan supaya takut sikit buat dosa kena la di dramakan. Tapi apa kena mengena dengan kisah seram Caltex Salor di kelantan? Tak ada kena mengena sebenarnya.. Sesaja la borak kosong dulu sebelum kita ambil ke segmen seram serik lekatlekit.

Kita cerita cerita caltex tu je la yer.. Banyak borak nanti banyak menipu. Alkisah tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang hidup nya duka nestapa kerana ibunya batuk.. Tak tak itu tipu. Ni kisah suami isteri ni dari Jeli nak ke pengkalan chepa. Cerita semua kat kelantan lah yer.. Katanya ada rombongan sepupu mereka nak kahwin. Selepas selesai majlis tu sepasang suami isteri ni bersama seorang sepupu mereka niat nak balik malam sikit sebab katanya nak jalan jalan dulu ke pantai alang alang dah kesana. Dah puas berjalan di tepian pantai, bermadu asmara.. lebih kurang 11 malam macam tu mereka pun bertolak balik ke pangkal jalan. Nak balik ke Jeli semula la. Sebab masing masing tinggal kat sana.

Nak balik ke Jeli tu Si suami ni katanya lebih suka guna jalan salor - pasirmas sebab katanya lebih dekat. Di pendekan cerita sikit.. Sebab rasanya hangpa pun tak sabar dah kan nak tau apa yang seramnya. Lebih kurang pukul 12-1 pagi tu kebetulan minyak berkelip kelip dah minta isi. Kebetulan si suami nak pump angin tayar kereta juga. Yang si sepupu pula nak terkuncil dan si isteri pun sama. Yelah.. Dah lama tahan kan.. Dan bermula lah sebuah kisah misteri......

Si suami ambil keputusan nak pump angin tayar dulu lepas selesai pump angin baru nak isi minyak katanya. Mereka singgah kat salah satu stesen minyak caltex. Tapi agak sunyi caltex malam tu. Tak tau la malam depa singgah tu malam jumaat ke sabtu ke ahad. Tak di nyatakan pulak.Tapi kat kaunter bayaran tu nampak ada dua orang perempuan. Mungkin pekerja kat situ la. Seoarang jaga kaunter seorang lagi di bahagian mart tengah memerhati kehadiran mereka. Si isteri ni cakap la pada si sepupu.. Berani yer dua orang tu kerja malam malam buta macam ni. Lepas dah menegur macam tu masing masing ke bilik hajat (tandas). Sampai sahaja di depan pintu tandas si isteri dan sepupu tiba tiba rasa lain macam. Badan rasa panas, lemah dan bulu roma mula meremang tanpa sebab. Selepas selesai membuang hajat tu masing masing menuju kereta semula. Si isteri mula rasa pelik. Sebab suasana sunyi dan tak ada sesiapa singgah di situ selain mereka. 

Dari tandas nak ke kereta tu kena juga melalui depan kaunter. Sebaik tiba depan kaunter tiba tiba si sepupu ni tergamam. Air muka dia tiba tiba berubah. Si isteri pulak tiba tiba badan rasa seram sejuk. Bukan seram serik yer.. Belum lagi sebab depa pun tak tahu lagi apa berlaku. Belum serik lagi. Ok sambung cerita.. Bulu roma rasa meremang sekali lagi. Masa depa dua orang ni melintas di hadapan kaunter macam terdengar suara perempuan ketawa dan suruh mereka berdua pergi dari situ. Kalau dah dua dua dengar suara macam tu takkan la nak lepak makan kuaci sambil tanya itu ini lagi kan. Dah tentu la sepantas pandalela rinong la depa berlari pecut cuma tu la pandalela kan atlik lompat papan anjal dia kalau lari laju ke? entah la nak.. Tak hanya dengar suara tau depa nampak juga susuk wanita berdiri depan pintu mart caltex tu tanpa kaki.. Tapi kan.. tanpa kaki macam mana dia berdiri? Ke terapung? terapung la lebih tepat kan? Kalau berdiri kaki kena berpijak di bumi yang nyata.

Dah la tengah takut sambil berlari macam tak cukup padang sekali tengok dengan kereta pun dah lari. Tak ada. Dah kemana pulak kereta ni. Rupanya si suami awal awal lagi lari bawa kereta parking jauh sikit dari situ. Sampai kat kereta tu memang ber das das la machine gun keluar dari mulut si isteri marahkan suami dia. Boleh dia tinggalkan bini lari parking jauh jauh. Tapi bila tengok muka si suami pun lain macam. Pucat dah macam tak ada darah.. apa lagi cepat cepat depa naik kereta terus  gerak. Nak lagi terkejut kat sebelah caltex tu kubur.. Tapi apa nak terkejut dengan kubur. Ada orang buka tingkap rumah dia nampak kubur biasa jer.. Tak ada kena mengena dengan kubur kalau ada gangguan mistik bagai ni yer. Jadi ubah mentaliti tu.

Bila dah jauh dari caltex tu.. Barulah si suami buka cerita. Katanya masa dia nak pergi bayar duit nak isi minyak dia mula rasa lain macam. Macam ada sesuatu yang tak kena dan pelik dengan caltex ni. Bila sampai dekat kaunter tak ada orang. Puas la dia panggil tak juga ada sesapa yang menjahut atau datang. Tapi masa dari jauh dia nampak ada saja orang kat kaunter. Bila dia toleh ketepi dekat pintu mart dia nampak seorang perempuan yang pandang dia dengan pandangan yang sangat menyeramkan suruh dia pergi dari situ. Tu sebab la si suami pun lari awal lagi dia lagi awal kenal warning kan..

Selepas kejadian tu katanya laki bini demam. Yang sepupu pulak jadi macam terkejut seminggu tak bercakap dengan orang. Katanya bila cuba lalu pada hari lain selepas kejadian memang suasana tempat tu lain sangat tak sama macam malam depa singgah tu. Pada malam tu suasana kat caltex tu nampak terjaga, bersih, terang berlampu tapi bila depa lalu kat tempat tu waktu siang caltex sememangnya dah jadi caltex usang. Pandangan dalam mart pun kosong, sunyi dan seram macam ada sesuatu kat situ.

Bagi orang kelantan yang mana tak tahu terutama yang berhijrah ke bandar mungkin jarang jarang balik kelantan harap maklum caltex yang terletak di laluan salor- pasirmas dah lama di tutup sejak 2014-2015. Manalah tahu kot kot demo lalu malam malam nampak macam masih beroperasi ketahuilah itu hanya salah satu mainan syaitan nirrojim yer. Jangan nak singah. Caltex ni terletak betul betul tepi jalan besar. Jadi ingat yer.. Jangan singgah kalau tak hidup anda akan di selebungi misteriiiii...

Sumber cerita : KELAB CERITA HANTU MALAYSIA


KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA

 KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA. Viral seantero alam maya bila Khairul Aming melancarkan produk terbarunya Sambal dendeng Nyet berapi selepas produk Sambat Nyet berapi. Tak payah tanya la berapa juta terjual. Kalau search bersepah kat media sosial berita pasal produk terbaru khairul Aming yang dah terjual sebanyak 80 ribu pack. Ramai yang berkampung di Tiktok katanya pada malam pelancaran produk Khairul Aming sambal dendeng tu. Memasing mencuba nasib untuk dapatkan sambal dendeng Khairul Aming. Ada yang berjaya dan sudah semestinya ramai juga yang gagal. Itu biasa. Sambal Nyet yang sebelum ni pun sentiasa sold out kat shopee Inikan yang baru. Semua berebut nak jadi orang pertama yang beli & rasa.


Aku macam biasa aku tak minat sangat nak berebut makanan viral ni. Tapi tidak la aku nak kondem produk Khairul Aming. Dia menaikan branding nama dia sebelum keluarkan produk sendiri. Marketing dia bersih tanpa isu isu panas. Hanya konten konten masakan dengan cara tersendiri dan menghiburkan walaupun masakan dia tu masakan biasa biasa je kadang kadang tapi konten dia buat orang lain terinspirasi untuk mencuba. Bagus Khairul Aming ni. Pempengaruh yang berpendidikan tinggi. Dia belajar sampai Amerika sana na.. Bukan macam Influencer yang katanya SPM tak penting. Tu Influencer sampah yang biasa viral dengan isu isu tak bermoral. Zaman sekarang ni Bapak ayam pun di angkat sebagai Influencer konon manusia boleh berubah. Betul tapi tak payah kau nak angkat angkat manusia macam tu sebagai pempengaruh selagi dia tak berubah. Kau nak orang ambil iktibar apa dari dia? mempromosiklan individu macam tu sama kau sedang mengalakan orang lain terutama golongan belia untuk menjadikan dia inspirasi. Takpa buat kerja jahat pun boleh di terima masyarakat. Makin gila & sakit manusia zaman sekarang.

Berbalik pada kisah Khairul Aming di ganggu lembaga.. Dalam keterujuaan Khairul Aming melihat sambutan hangat Sambal dendeng Nyet berapi dia yang terjual berjuta juta tu tetiba dia di datangi satu lembaga di mana lembaga ni memang agak menyeramkan. Lembaga ni sekarang memang suka mendatangi Influencer Influencer di Tiktok. Selain artis la. Pendek kata lembaga ni lebih suka golongan yang menjadi tumpuan masyarakat yang kaya dan berjaya. Khairul Aming pun tak terkecuali di datangi lembaga yang amat menyeramkan ni, Tapi terapksa juga hadap lembaga ini kalau kita melakukan perniagaan di atas talian sebab benda tu tak dapat sorok dari pengetahuan lembaga ini. Lembaga ni boleh muncul di mana mana sahaja platform media sosial. Jadi para pempengaruh hati hati la kalau nak menunjuk kaya atau menunjuk keuntungan perniagaan anda. Nanti hidup anda di selubungi... Lembaga.

Mesti ramai nak tahu lembaga apa? Lembaga ni dalam jelmaan apa? rupa bentuk macam mana. Hantu raya ke? pocong? Pontianak? Jenglot.. Toyol atau apa? Lembaga ni tengok gambar screenshot di bawah..



Lembaga ni la paling menyeramkan semua orang orang kaya di Malaysia. Orang orang bisnes dan para pempengaruh. Sekarang ni lembaga ni rajin merayap. Dia boleh tau mana pempengaruh yang dah ada pendapatan selayaknya untuk bayar pada lembaga tersebut. Lembaga kaki paw betul kan? tak boleh tengok orang senang sikit.. kuikuikui

Apapun.. Lembaga ini cuma menjalankan tugasnya sebagai Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) mengutip cukai. Jangan la marah.. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Yang tak payah bayar cukai ni cuma Rohingya je. Kita sebagai rakyat memang la segala cukai mukai kena bayar. Lepas tu claim warga asing, PATI dok malaysia boleh kaya raya sebab depa rajin kerja macam la rakyat Malaysia ni majoriti pemalas kan? Jadi PATI lagi senang hidup kat Malaysia dari jadi warganegara sekarang ni. Barang subsidi pun depa rembat dulu. Kita ni pulak nak kena beli barang tak ada subsidi. Yelah sebab barang keperluan.. Nak tak nak kena juga beli. Habis tu macam mana depa tak lebih hidup senang dari orang tempatan.

eh.. eh.. termelalut pulak ke isu lain. Apapun Lembaga itu jangan cari saya na.. Saya bukan orang ada ada. Saya mak sudin je bukan mak zeton na.. Mak zeton lain la Ada 2 cincin berlian. Mak sudin ada juga 2 cincin tapi cincin tembaga je. Harap maklum.


KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU

KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU. Hari ni kan khamis, malam jumaat. Orang kata nak ambil rasa seram tu elok la baca kisah seram pada hari khamis malam jumaat. Almaklum la kita dari kecil di momokan dengan cerita khamis malam jumaat hantu akan keluar kan. Jadi budak budak semua kena tidur awal. Kalau tidur lambat, hantu datang pegang kaki kalau rasa masih panas dia tahu belum tidur nanti dia datang tunjuk rupa.. Tu kisah dogeng seram mak munah (makcik aku) pernah momokan kat aku masa kecil dulu. Masa tu sumpah aku percaya. Ok kita teruskan ke segmen seram serik lekatlekit hari ni dengan kisah seram yang pernah berlaku di sebuan rel keretapi rembau 

Tersebutlah kisah.. pada zaman tak berapa dahulu. Dalam tahun 2009, tahun di mana blog lekatlekit.com ni di lahirkan. Erkk.. bukan bukan kisah seorang budak Ijat ni baru mula kerja. Waktu tu syarikat dia baru nak melakukan kerja pembersihan kawasan jadi majikan dia tubuhkan satu team untuk buat kerja kerja pembersihan kawasan bermula dari stesen keretapi rembau sehingga ke tampin. 

Majikan ijat ni berbangsa cina dan ijat terlibat sebagai ketua kumpulan. Jadi dia kena periksa paip air, kabel elektrik dan macam macam lagi lah sebelum kumpulan pembersihan kawasan mulakan kerja kerja mereka. Jadi sebagai ketua.. Ijat dengan penuh dedikasi bersedia memulakan tugas. 

Memandangkan ijat ni dia kena buat dulu kerja sebelum ahli kumpulan lain buat kerja, pada satu petang tu ijat bawa dua pembantu dia pekerja Indonesia yang bernama hasan dan alip. Masa tengah periksa kawasan tu, ijat dengan dua lagi pekerja dia jumpa satu kawasan perkampungan lama yang seolah olah sudah lama di tinggalkan & tidak berpenghuni. Ijat mula pelik.. takkan lah sekampung pindah sampai sekerat manusia pun tak ada. Kampung kot. Dah la tanah mahal sekarang. Main tinggal je kampung gitu.. kau biar betul! Ni repair sikit sikit buat homestay pun masyuk juga ni. Manatau ada yang nak healing tengah tengah hutan lari dari kesibukan kotaraya katanya. Dak aihh.. Hat tu aku menambah cerita ja. Kekekeke

Di kawasan kampung tu ada la enam ke tujuh buah rumah tapi semua kosong macam tajuk lagu najwa latif gitu. Kosong..kosong..kosong.. Di celah celah ijat dok rasa pelik.. tiba tiba salah seorang pekerja dia hassan terus berlari ke salah sebuah rumah kosong kat situ. Dah kenapa pulak budak hassan ni tetiba berlari. Terlebih gula ke apa tetiba jadi hyper ni. Rupanya hassan nak kencing. Ingat apa lah tadi.. tetiba berlari tersampuk roh atlik 4x100 meter ka apa dalam hutan ni kan.manalah tahu.. Tapi tak sampai lima minit hassan yang tadi kata nak kencing berlari patah balik. Amboi hassan laju kau kencing. Kau memang kaki kencing ke camna sebelum ni. Nampak pakar dalam acara mengencing ni.. 

Sesampai hassan dekat ijat dan alip, hassan ajak depa semua balik. Balik apa jadahnya kerja pun belum mula buat. Kau jangan hassan aku tampal setem 50sen pos kau balik indonesia nanti baru tau dok buat perangai malas kerja. Maka hassan buka la cerita kejadian yang menimpa dia tadi. Katanya masa dia tengah kencing tu dia kena baling batu dalam rumah kosong tu. Bila hassan tengok sekeliling dalam rumah tu hassan nampak ada orang tua dalam rumah tu. Dengan wajah pucat, mata terbeliak sedang memandang kearah hassan. Marah la tu hassan kencing dalam rumah dia. Hancing tau hassan! 

Lepas dengar cerita hassan masing masing mula rasa tak sedap hati tapi tetap teruskan langkah tapi baru jalan selangkah dua atas batu rel tu tetiba mereka terdengar orang menjerit dari dalam rumah tu. Mereka mula cuak sebab kawasan tu dekat tengah hutan tak ada orang masuk kesitu melainkan keretapi je. Bila dengar je suara jeritan tu apa lagi.. ambil langkah seribu la. Masing masing macam lipas kudung berlari. Tapi kan kalau lipas tu dah kudung macam mana dia berlari? Ok ok.. kita teruskan cerita.

Bila dah semakin jauh berlari tetibat ijat nampak hassan berdiri je kat atas rel tu. Dah kenapa si hassan ni. Orang bagai nak rak lari dia boleh dok posse kat situ. Kau dah kenapa hassan. Di rasuk saitan ke apa?! Risau jadi apa apa kat hassan ijat dengan alip jerit panggil hassan suruh lari ikut mereka. Punya la jerit panggil hassan tapi hassan buat dono (tak tahu) je. Aduh hassan.. kau dah kenapa san? Kang hantu jerit tu datang cekik kau baru tau!

Mungkin alip rasa ada tak kena dengan hassan, alip ambil seketul batu sambil membaca sesuatu dalam bahasa jawa selepas itu di baling batu kedalam semak yang tak jauh dari hassan. Sebaik je di baling batu tu.. tiba tiba mereka dengar ada sesuatu mengejar batu tersebut. Waktu tu baru hassan tersedar dan terus berlari kearah ijat dan alip. 

Ijat buat keputusan untuk balik kerumah kongsi dulu. Bila sampai di rumah kongsi barulah hassan bercerita dia nampak seorang tua berlari samb bawa keris seolah olah nak menyerang dia. Dia cuba lari tapi badan dia tiba tiba jadi kaku. Selepas alip baling batu tu barulah hassan boleh bergerak dan terus berlari.

Keesokan harinya ijat terserempak dengan orang kampung dekat dengan kawasan tu. Orang tua dah level level atuk dengan dia. Dia bagitau la atuk tu apa yang berlaku pada mereka semalam. Menurut cerita atuk tu apa yang mereka nampak tu adalah jelmaan dari belaan bomoh yang tinggal kat situ dulu. Selepas dia meninggal, satu kampung di ganggu oleh makhluk belaan dia tu. Makhluk ni katanya nak cari penjaga baru dia. Kesian.. lain kali hantar kat nursey alam bunian sana. Ok ok sambung.. 

Sebab gangguan tu orang kampung jadi takut untuk tinggal di situ dan mengambil keputusan berpindah. Baru ijat faham.. patut la dia nampak kawasan tu pun nampak menyeramkan rupanya memang ada kisah seram kat situ. Rupanya dah di huni makhluk alam sebalik mata. Ok.. geng paranormal boleh terjah nanti. 

Begitulah kan.. Apapun makhluk belaan tak kira haiwan atau jin bila penjaga dah tak ada selagi depa hidup depa perlukan penjaga baru untuk jaga kebajikan makan dan minum depa. Sebab tu la Islam melarang kita untuk berdamping dengan jin dan syaitan. Pengakhirannya membawa kemudaratan bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling. 

Moral of the story.. Nak bela, bela la ayam itik kambing lembu. Kalau tuanya meninggal pun tak risau, ramai sukarelawan sudi menjadi pewaris. Apadahal.. Mahal kot kalau jual. Peace yo! 

Sumber cerita : https://vt.tiktok.com/ZSNE87fPa/


TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA? Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu.

Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih. 

Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak pernah sampai dan aku sendiri tak tau kat mana. Aku berlegar legar sambil on gps tapi gps macam tak dapat kesan lokasi aku tu. Aku tengok ada satu jalan raya tapi kosong tak ada kenderaan. Semakin jauh pandangan semakin gelap kearah jalan tu. Ada lagi satu jalan kecil kiri kanan hutan. Dua dua jalan tu aku tak tau menuju kemana. Signboard apapun tarak. Sapalah YB kawasan tu. Next pru jangan undi dia. 

Lepas tu aku nampak dua orang remaja perempuan. Aku tanya la apa nama tempat ni.. Sebab aku nak search guna gps nak cari jalan balik rumah aku. Aku tak tau nak balik dah ni. Sesat. Budak cuma bagitau tempat tu nama kencana ke gencana ke gitulah. Rasanya kencana tak silap aku. Aku macam lupa lupa dah. Aku try search guna gps.. Tak dapat kesan lokasi tu. Ah.. Sudah. Aku nak balik macam mana pun tak tau. 

Aku mula tak sedap hati. Tempat tu totally pandangan mata kasar nampak macam penempatan manusia biasa cuma sunyi sangat. Tak ada orang kecuali dua orang remaja perempuan tu je aku jumpa. Nama tempat tu pun macam pelik. Ada bunyi bunyi klasik. Ya Allah.. Aku tersesat di alam sebalik mata dah ni wei. Aku masuk alam bunian ke? 

Tetiba aku nampak dua tiga orang yang aku kenal sedang berjalan guna jalan yang kiri kanan hutan.. Sambil sembang sembang. Aku jerit panggil depa sorang pun tak toleh. Aku kejar dari belakang sambil panggil pangil.. Sampai la dengar suara suami aku tanya.. Kenapa? Aku buka mata. La.. Mimpi rupanya. Sah sah aku mengigau suami aku dengar terus kejutkan aku. 

Pagi ni bangun aku terfikir dalam mimpi tu sebenarnya aku nak ikut jalan raya yang kosong yang mana bila semakin jauh semakin gelap tu. Sebab tu jalan raya jadi aku rasa mungkin jalan tu boleh jumpa jalan keluar. Tapi sebab aku nampak orang aku kenal berjalan jalan guna jalan yang kiri kanan hutan tu aku lari ikut depa. Kalaulah aku pilih jalan raya.. Kat mana pulak aku sampai dalam mimpi tu yer. 

Ni sah sah la sebab semalam aku dok cari cari kisah kisah seram nak share dalam blog sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa kita fikir tak mustahil akan bersambung dalam tidur kan. Ada mimpi benar ada mimpi sekadar mainan tidur. Macam mimpi aku ni dah sah sah di pengaruhi apa yang aku fikir sebelum tidur. Tapi kan.. Ada ke kawasan penempatan bunian yang namanya kenchana? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.... 

Moral of the story sesiapa yang ada pengalaman seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN. Rakyat malaysia ni kalau baca je tajuk berunsurkan seram & mistik laju je kan clik tapi bila artikel yang berilmiah ni depa kurang sikit berminat. Takpa hangpa baca blog lekatlekit ni macam macam ada. Memandang segmen seram serik lekat lekit ni dah lama tak bersiaran elok juga la kita menyambung episodnya.

Bukan apa tadi dok scrooll konten konten yang fyp kat tiktok tertengok konten seorang Influencer ni. Tak boleh sebut nama dia sebab cerita ni mungkin melibatkan perniagaan dan reputasi orang lain jadi kita cerita secara general sahaja tanpa menyebut nama sesiapa.

Al kisahnya Influencer ni dapat satu offer untuk review sebuah restoran ni. Paid review bukan free review yer. Pada hari kejadian tu dia pergi la ke restoran tersebut untuk cuba makanan kat situ bersama ibu dan anak saudara dia yang masih budak.

Katanya masa sampai ke kedai tu tak ada apa yang pelik. Kedai pun ramai pelanggan. Tak ada apa apa yang mencurigakanlah.Semua baik sahaja dari pandangan pertama dia bila sampai.

Nak di jadikan cerita seram.. masa nak masuk ke restoran tu.. Dia nampak kelibat pocong dekat pintu masuk kedai tu. Dia je yang nampak orang lain tak nampak yer. Mungkin dia ada kelebihan istimewa yang di anugerahkan Allah boleh nampak makhluk halus ni tak tahu la kan. Wallahualam.. tapi yang saya kongsi ni cerita yang di kongsikan Influencer tu la.

Mula mula tu dia bersangka baik, mungkin jelmaan pocong yang dia nampak tu dari orang lain yang mungkin berniat tak baik kat restoran tu. Jadi dia masuk juga bersama ibu dan anak saudara dia.

Masa nak ambil makanan sekali lagi di ternampak makhluk tu dekat tempat makanan. Time tu dia mula rasa tak sedap hati la. Sebab mungkin kali pertama nampak dia bersangka baik, kali kedua nampak lagi dia mula rasa ada perkara tak baik kat situ. Memandangkan dia bawa ibu dan anak saudara yang masih kecil jadi dia batalkan niat untuk mencuba makanan kat situ dan terus ajak mak dia balik. Kebetulan masa dia datang pemilik kedai tu tak ada.

Keesokan harinya tu.. pemilik kedai tu mesej si Influencer ni untuk tanya kenapa dia balik tanpa mencuba makanan kat situ. Dia bagitau la apa dia nampak dan dia tahu apa yang pemilik kedai tu buat. Biasa la orang berniaga. Jadi dia nak batalkan kerjasama dengan pemilik kedai makan tu. Mula mula memang la ada perasaan tak puas di pihak pemilik kedai tu sampai ugut nak viral bagai. Tapi si Influencer ni warning kalau dia viralkan si Influencer ni..Dia pun boleh buat perkara yang sama. 

Jadi si pemilik ni cuba berbincang.. katanya dia saja letak benda tu untuk uji betul ke Si Influencer ni boleh nampak. Dia cuma letak sehari tu je. Dia offer lagi untuk si Influencer datang sekali lagi kesitu dan bagi jaminan benda tu dah tak ada tapi Influencer ni tetap dengan pendirian dia takkan bekerjasama dengan orang orang macam tu.

Moral of the story.. Dalam mencari rezeki satu je kita kena yakin. Setelah berusaha, berdoa kena tawakal. Kena yakin rezeki semua dari Allah. Jangan buat perkara yang syirik & khurafat. Kot mana pun yang bagi kita rezeki tetap Allah. Hangpa letak la pelaris ke apa.. Takkan berlaku sesuatu perkara tanpa keizinan Allah. Jadi untuk apa kita nak buat benda syirik sedangkan benda tu pun tak ada kuasa apa apapun sebenarnya. Hanya di tugaskan untuk menyesatkan manusia yang lalai.

KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL

KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL. Setelah sekian lama tak berkongsi cerita seram di segmen seram serik lekat lekit jadi kita buat ritual buka gelanggang semula. Mesti followers kisah seram di blog lekat lekit rindu kan nak baca cerita seram dalam gaya santau. Even konsep seram santai ni ada yang dah cilok, tak kisah la yang penting takkan sama penulisan atau penyampaian tu kecuali copy paste.

Kalau dulu sumber sumber kisah seram den nk banyak dari forum forum tapi sekarang forum forum pun tak berapa in trend. Tak banyak kisah seram terkini boleh dapat jadi kita terpaksa ikut trend. Kita cari kat tiktok. Tapi di tiktok ni konten dia dalam bentuk video so kena dengar dan menulis semula. 

Alkisahnya.. cerita ni bermula bila sekumpulan pekerja indonesia. Ada tiga orang dapat job untuk buat kuil. Tapi sebelum pembinaan kuil baru tu depa terpaksa robohkan dulu kuil lama. Konsep macam lori jual tilam jugak. Tilam lama tukar baru.. tilam.. tilam.. tilam. Kekdahnya. Bukan renovate tapi memang bina baru. So yang lama kena robohkan sebab nak buat di tapak yang sama.

Selepas depa dah robohkan tu la berlakunya satu kejadian mistik di mana salah seorang dari tiga orang tiba tiba jatuh sakit dan badan dia tiba tiba kejang. Masa dia dalam keadaan macam tu dia sempat bagitau dua lagi kawan dia apa yang berlaku pada dia waktu tu.

Menurut cerita si kawan tu.. ada satu lembaga besar pukul belakang dia buat dia jadi sakit dan kémudian badan dia di ikat dengan rantai besi buat dia jadi kaku & kejang. Bila dengar apa yang kawan depa bagitahu tu.. depa pun dapat agak la mesti ada kaitan dengan kerja kerja merobohkan kuih. So salah seorang dari mereka call seorang ustaz yang pandai untuk settle hal hal berkaitan gangguan makhluk halus ni. Bila di beritahu apa berlaku si ustaz tu..maka dia pun segera datang tapi datang bersama seseorang yang lebih pandai dalam perkara perkara tersebut.

Kelebihan yang di beri Allah, perawat tu boleh nampak apa yang menggangu mereka. Dia cuma pesan sepanjang perjalanan mereka keluar dari tempat tersebut sehingga sampai rumah jangan putus selawat. Tapi salah seorang dari 3 pekerja indonesia tu, bukan islam. Namun dia tahu untuk berselawat kerana dia juga berbangsa melayu indonesia dan bergaul dengan rakan rakan beragama Islam.

So depa pun ikut je la apa di suruh. Alhamdulillah gangguan tersebut hilang cuma bila berlaku perkara macam tu mereka jadi takut untuk meneruskan kerja kat situ. Depa minta nasihat perawat yang bantu depa. Depa di nasihatkan untuk tidak teruskan kerja tu. Bagi kepada orang lain.

Sebelum kejadian tu katanya yang terkena gangguan tu masa buat kerja merobohkan tu dah terdengar bisikan yang dok kata.. "hang jahat na.." Tapi aku tak pasti la yang betulnya dia guna loghat atau bahasa apa tapi apa yang di sampaikan macam tu la. Tapi dia teruskan juga kerja sehingga berlaku gangguan tu. Almaklum mereka diupah untuk buat kerja tu takkan kerana bisikan syaitan nirrojim nak hentikan kerja kan.

Apapun..kalau ada pilihan untuk orang Islam ni rasanya kalau job job buat rumah ibadat untuk agama lain tu rasanya maybe pilihan lain sekiranya ada pilihan lain. Bukan apa tidak di galakkan sangat untuk melakukan pekerjaan teesebut. Kecuali dalam keadaan yang terpaksa sangat.

Sedikit info

HUKUM PENGLIBATAN MUSLIM DALAM PEMBINAAN RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

Setelah meneliti pandangan para ulama dan dalil-dalil yang dikemukakan, kami mentarjihkan pandangan yang mengharamkan keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja atau rumah ibadat agama lain, sebagaimana yang dipegang oleh majoriti ulama.

Hal ini berdasarkan kaedah yang mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri:

اتَّÙ‚ُوا Ù…َواضِعِ التُّÙ‡َÙ…ِ

MaksudnyaBerhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.

Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,

Ù…َÙ†ْ سَÙ„َÙƒَ Ù…َسَالِÙƒَ التُّÙ‡َÙ…ِ اتُّÙ‡ِÙ…َ

MaksudnyaBarangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.

Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang. 

Kami juga berpesan agar kita sama-sama mengingati pesan Nabi SAW berkenaan rezeki yang halal:

Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َلاَÙ„َ بَÙŠِّÙ†ٌ ÙˆَØ¥ِÙ†َّ الْØ­َرَامَ بَÙŠِّÙ†ٌ ÙˆَبَÙŠْÙ†َÙ‡ُÙ…َا Ø£ُÙ…ُورٌ Ù…ُØ´ْتَبِÙ‡َاتٌ

MaksudnyaSesungguhnya perkara yang halal dan haram itu jelas, manakala antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang syubhah, yang tidak jelas hukumnya.

Sunan Abi Daud (3329)

Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama yang luwes, fleksibel dan meraikan keperluan-keperluan manusia ada memberikan beberapa pengecualian dalam situasi-situasi tertentu.

Contohnya jika seseorang itu telah memenangi sebuah tender untuk projek pembinaan atau baik pulih rumah ibadat agama lain, wajib ke atasnya menolak tender tersebut. Namun jika terpaksa membayar denda atau pampasan atas perbuatan tersebut, dan bayaran tersebut mahal dan membebankan, pada masa itu dia boleh bertaqlid kepada mazhab Hanafi dan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang mengharuskannya, atas dasar maslahah.

Jika sekiranya seseorang itu bekerja di bawah syarikat yang terlibat dalam pembinaan rumah ibadat bukan Islam, hendaklah dia berunding dengan majikan untuk memberikan pengecualian kepadanya daripada terlibat dengan kerja-kerja seumpamanya. Namun jika tidak mampu, dan dibimbangi akan dibuang kerja jika ingkar kepada arahan majikan, dia juga boleh bertaqlid kepada mazhab yang mengharuskannya, atas dasar darurat.

Wallahu a’lam.

Artikel asal fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi


KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH

KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH.  Assalammualaikum.. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang hari ini dah mula berpuasa. Harap masing masing teguhkan iman.. Jangan join geng undertaker bawa beg plastik hitam. Dah tua tua memasing bawak bawak la insof sikit. Bukan lama pun nak menahan lapar dan dahaga tu. Sekarang ni pun waktu berlalu sangat singkat. Tup tup dah pukul 7 petang. Rugi tau kalau tak ada sebab musabab tak berpuasa hangpa ponteng puasa. Jadi berpuasalah anda sebelum anda di puasakan.


Hari pertama puasa dah buka gelanggang cerita seram katanya. Kau dah kenapa?? Yelah.. rasa macam lama segmen seram serik lekatlekit tak menghiasi blog ni. Mesti ramai rindu kan? Cerita seram yang di tulis menjadi tak seram untuk bacaan peminat cerita seram tapi penakut. Memang dari awal den terjebak menulis kisah seram kat blog ni kisah seram yang den tulis lebih berkonsepkan seram santai. 

Dok layan tiktok tetiba ternampak satu content yang share kisah seram yang berlaku di hutan lipur bukit hijau, Baling kedah. Sebab orang kedah pernah juga kesitu tapi yang seram dia air terjun dia selain tinggi.. arus dia deras. Memang seram juga la. Tapi yang di kongsikan kat TikTok tu bukan kisah seram air terjun tiruk ke apa.. Tapi ada kejadian mistik yang berlaku kat situ. Cerita ni katanya di ceritakan balik oleh penyelia tempat tu.

Kat dalam hutan lipur bukit hijau ni banyak chalet tapi chalet chalet lain tak ada special sangat. Sekadar chalet biasa yang tak menarik untuk diceritakan. Tapi chalet Nombor 16 ni katanya paling misteri nusantara sebabnya di dakwa ada penunggu. Penunggu yang di maksudkan bukan la tukang jaga chalet yer.. satgi ada yang tak tau pulak. Penunggu ni gelaran kepada makhluk ghaib yang menghuni sesuatu tempat & suka declare tu tempat dia. 

Alkisah bermulahlah kisah.. Ada 4 orang datang ke hutan lipur bukit hijau dan minta untuk menginap kat chalet nombor 16 ni. Tapi penyelia kat situ dah cuba halang tapi biasa la dasar manusia ada batu duduk atas kepala dia nak juga menginap kat situ. Tak tau la pasai apa. Views cantik ke.. lokasi strategik ke.. Tak di ceritakan apa yang special chalet nombor 16 ni. Dah depa ketegaq (degil) nak juga duduk situ, penyelia tu bagi je la. Lantak pi la kat hang kan. Jangan cakap abang tak payung pulak kalau berlaku perkara tak di ingini. Tapi bersyarat la.. jangan pulak dok buat benda tak senonoh kat situ. Tak penunggu.. Takut penumbuk pulak naik kemuka. kekekeke

Pada pukul 4 pagi hari itu.. sang penyelia membuat ronda ronda kotaraya dalam hutan lipur tersebut. Alangkah terkejutnya beliau.. Kira tahap terkejut tu lebih dari terkejut beruk juga la bila nampak geng geng yang degil nak check in kat chalet nombor 16 tu tidur di kaki tangga. Dia mula syak depa ni mesti dok buat benda tak senonoh ni dalam hutan. Tapi tak pulak di ceritakan apa depa buat sampai tidur di kaki tangga. Yang pasti pagi tu juga depa check out. Confirm la ada sesuatu yang berlaku kepada mereka tu cuma tu la tak di cerita pulak apa kejadiannya. Kena sakat dengan penunggu ke? kena lempang dengan langsuir ke? Atau kena hempap dengan hantu raya.. Wallahualam.


Tapi untuk mengukuhkan lagi tempat tu menyeramkan.. Pernah berlaku kejadian ada pengunjung dengar suara mengilai dari chalet nombor 16. Tu mesti cik ponti tak pun kak lang. Yang juara mengilai ni antara dua minah tu je. Yang lain lain jarang la nak mengilai tak ketahuan hala dalam hutan rimba. ye dak??

Macam den cerita dari awal tempat tu memang agak bahaya bagi saya la.. sebab air dia deras kan. Dari tahun 1991 sehingga 2013 ada lebih kurang 16 kes kematian berlaku di hutan lipur bukit hijau.

Hutan ni kita sedia maklum la kan.. tempat jin. So tak pelik la kalau orang kata ada penunggu ke apa.. Semua tu gelaran pada makhluk makhluk ghaib.

Moral of the story.. Bulan puasa ni yang kena ikat cuma iblis bukan jin so hangpa jangan pelik kalau masih ada berlaku gangguan gangguan mistik. Tapi jangan salahkan jin kalau hangpa tetiba jadi geng undertaker masuk semak bawa beg plastik hitam. Tu bukan salah jin tapi salah hangpa sendiri perangai mengalahkan jin.

Pada hangpa yang ada akaun tiktok nak baca lebih banyak lagi kisah seram boleh follow akaun tiktok di bawah yer.



MISTERI GAMBAR HILANG SELEPAS SELFIE DALAM TANDAS, ANTARA KISAH SERAM WARGANET

MISTERI GAMBAR HILANG SELEPAS SELFIE DALAM TANDAS, ANTARA KISAH SERAM WARGANET. Rindu ke tu nak di momokan dengan kisah seram kat blog lekatlekit? Mesti rindu kan... Haters pun rindu juga tu nak kritik penulisan cerita seram kat blog lekat lekit ni tapi tu la tak ada pula koleksi baru depa nak di kecam kan? Bila la gamaknya blogger lekat lekit nak bagi bahan baru untuk di kecam ni.

Yer.. jangan sesedih. Ada dah ni bahan seram untuk korang baca tak kira baca untuk hiburan atau nak kecam. Almaklum la den sangat prihatin tak kira followers ataupun haters. Semua den sayang. Den bahagi kasih seadilnya gitu.

Semalam saja buat survey.. erk.. buat post minta friends kat FB share apa kisah seram yang pernah berlaku dalam hidup mereka berkaitan gangguan mistik & makhluk halus ni. Macam biasa macam macam cerita dok ada. Yang loyar pun ramai jugak. Takpa.. Biasa la kengkawan kan. Macam tu la perangai. Susah nak serius. Cuba jadi pontianak sikit jarang buat lawak even dia gelak pun tetap serius & seram. kuikuikui.

Antara pengalaman seram friends kat FB den tu.. Katanya ada satu peristiwa yang pelik berlaku bermula dari dia selfie di toilet. Selepas tu Gambar selfie dia selalu hilang atau jadi blur, Even ambil gambar ramai ramai pun tetap gambar dia je hilang atau jadi blur. Gambar orang lain semua ok. Mungkin sekali dua dia tak anggap benda tu pelik tapi bila setiap kali berlaku dia mula rasa something wrong some where la kan. Takkan la dia paling lawa sampai camera pun tak berani nak rakam gambar kan? Macam tak logik juga nak guna alasan macam tu. Kalaupun camera ni pandai pilih kasih, gambar dia je selalu tak jadi tapi gambar orang lain ok je1

Maka dia try la ambil gambar tangan dia je.. Apa yang mengejutkan dalam gambar tu tak ada gambar tangan dia. Hanya gambar latar belakang sahaja. Start dari situ dia mula rasa seram terus simpan hp & tak ambil gambar dah. Kau gila.. tetiba gambar subjek hilang begitu sahaja. Ni bukan roti gardenia.. sungguh enak di makan begitu saja, OK! memang tak enak la kalau berlaku kat sesapa pun. Even berlaku kat den pun memang tak enak dah.. senak terus.

Nak kata camera hp dia rosak atau setting dah lari ke laut china selatan tak logik juga la alasan tu. Gambar lain elok je asal gambar dia even tangan pun sampai tak melekat langsung. Amboi dengki sungguh kan hantu camera ni dengan dia. Sampai block habis gambar sipolan ni tanpa bagi peluang langsung.

Maybe sampai dia tak tahu apa alasan atau sebab kenapa jadi macam tu. Sebab cerita dia sampai situ je kan.. Apapun alasan kita sedia maklum bersih macam mana pun tandas tu tempat di klasifikasi tempat kotor juga. Yelah tempat melabur sisa kumuhan kan? Pepaham je la.. memang tempat jin & syaitan la tempat tempat kotor ni. Manatau masa mula mula dia selfie tu..ada makhluk tak nampak tengah membuang.. tetiba tersnap pic dia dalam keadaan mengaibkan membuatkan dia merasa malu & marah terus dia dajalkan gambar sipolan sampai tak melekat langsung bila snap picture. kekekkekee. Gurau je jangan serius ok!

Antara pengalaman seram yang di share kawan kawan den kat facebook hangpa boleh baca di ss kat bawah yer.. Macam macam ado! 








Moral of the story.. Kita tak boleh nafikan kewujudan makhluk halus/makhluk ghaib ni. Sememangnya ia wujud & boleh menganggu manusia. Gangguan dari makhluk halus bukan mitos yer. memang ada jadi sebagai manusia beragama.. rasanya ada ajaran setiap agama untuk elak dari jadi mangsa gangguan makhluk halus ni. Ada tempat tempat kita di larang untuk buat sesuatu yang mungkin mengundang perkara tak baik so elakan lah yer.






MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI

MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI. Lama juga rasanya tak berseram serik lekatlekit kan? Mesti ramai yang rindu. Sorry la tak sempat nak memburu hantu sejak dua tiga tahun ni. Malas la nak sebut kenapa.. nanti di katanya cuba mengungkit kisah yang lalu. Biarlah kisah hitam itu jadi sejarah dalam hidup den ni.

Tapi tu la.. sebab terlampau busy dengan masalah duniawi yang melanda hidup den sejak tiga empat tahun ni den macam tak perasan pulak sesuatu yang lama menghantui rumah den ni tiba tiba senyap sunyi sepi basi dah. Sejak bila pun tak perasan. Tup tup sedar sedar.. kemana semua bunyi bunyi misteri yang tiada jawapan selama ni hilang? Si pembuat bunyi tu dah kemana gamaknya?



Alkisah sejak tinggal di rumah ni, actually saya tinggal dari bujang. Di sebabkan menyewa sorang sorang, kadar sewa yang murah selepas kawen kami decide terus tinggal kat sini sampai sekarang. Lagipun rumah sewa tak apa duduk rumah yang kadar sewa tak membebankan. Ada banyak kebaikan.. Contoh bila negara di landa pandemik covid-19, ramai hilang pendapatan. tak hilang sepenuhnya pun terjejas tu memang ada macam kami la. Tapi alhamdulillah masih mampu bayar sewa rumah sepanjang pkp di laksanakan. Tu salah satu kelebihan kita duduk di rumah sewa yang kadar bayaran murah.

Tapi bukan tu isunya.. Isunya. Bunyi bunyian yang selama ni menghiburkan kami sekeluarga ni saya perasaan dah lama sangat tak ada. Dulu memang setiap siang malam pagi petang.. Tengah malam paling aktif. Bunyi guli jatuh dari atas. Bunyi seret perabut. Bunyi macam katil bergoyang.. krett.. krett.. gitu & bunyi derapan tapak kaki. Sampai pernah suami saya tak tahan saya tak boleh tidur.. esoknya dia try pergi kerumah jiran tingkat atas sebab dia ingat maybe bunyi tu datang dari rumah jiran tingkat atas. Rupanya tidak.. Selepas jiran tu berpindah & rumah tu kosong bunyi tu still ada sampai kami terpaksa buat tak kisah. Kena biasakan diri untuk tidur di alun bunyi bunyian misteri tu.

Pernah juga bertanya dengan perawat di pusat rawatan Islam.. Katanya ada jin yang memang dah lama tinggal. Agak susah nak halau dia keluar. kena buat tahlil atau boleh guna khidmat perawat di pusat rawatan islam tu untuk buang tapi kos agak mahal so kami rasa benda tu sebenarnya tak menganggu selain dengan bunyian je. Biarlah.. Tapi masa anak sulung saya shahila masih baby. Memang bunyi tu suka ikut di mana dia tidur. Bermakna dia akan buat bunyi betul betul atas shahila tidur tu.

Tapi sepanjang mengandung & selepas setahun dah hud anak kedua saya lahir.. memang saya perasan bunyi tu dah tak ada. Totally tak ada langsung. Bunyi guli jatuh ke, bunyi seret perabot atau bunyi derapan tapak kaki sekalipun. Tak ada la buat apa apapun ritual halau jin ke apa. Dia sendiri mungkin jemu kot lama menumpang kat rumah ni tak bayar sewa. Maybe dia dah pencen balik kampung halaman dia nun dalam hutan belantara. entahlah.. susah nak cakap benda yang tak nampak dengan mata kasar ni.

Apapun bagus juga la.. Bukan elok pun ada makhluk makhluk macam tu dalam rumah. Even tak menganggu dari segi gangguan seram macam penampakan wajah wajah ngeri atau kejadian kejadian aneh selain bunyi bunyian misteri yang bagi saya.. alah tak ada apa nak takut. Lain la tetiba bunyi mengilai ke, bunyi sayup sayup menangis ke apa. Setakat bunyi guli, seret perabot.. suka hati kau la jin.  Bagus juga kau tolong kemas rumah tapi tak ada pun. Kau kemas apa tak tau la busy bebenor sebelum ni.

Apapun Alhamdulillah la.. maybe bunyi bunyi tu semakin hilang sebab penghuni dia semakin baik kot. Dulu agak lalai.. dia datang nak ingatkan la tu. Dia pun makhluk Allah juga, ye dak. Takde apa sesaja je tulis kisah ni.. Sesaja nak update blog katanya. Hope tak bosan lah yer baca. Nak warm up balik penulisan di blog katanya.

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU??

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU?? Hammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmboi! Lama sungguh lahai blog lekatlekit tak ada segmen seram serik lekatlekit kan? Cuti panjang sungguh dia katanya. Yelah.. Busy dengan macam macam benda. Dengan nak cari dana untuk bayar kos guaman sampai la ni tak cukup cukup lagi.. Tup tup beranak pulak katanya. La ni makin bertambah sibuk la dengan baby hud yang masih kecik tu. Dengan kakak shahila yang special edition katanya. Nak update blog pun kemain kena curi curi masa. Sambil dodoi hud boleh la mula menaip sepatah dua kata.

Di pendekkan cerita la.. Kalau panjang satgi budak hud meraun hapapun tak sempat nak taip dah katanya. Ternampak kat twitter benda ni sedang kecoh. Berkaitan satu gambar gambar raya yang dah di edit agak menyeramkan. 4 manusia yang tetiba kepala memasing terpisah dari badan. Editing je yang tu tak ada apa nak peliknya. Zaman sekarang hang tak payah belajaq multimedia pun dok depan pc/laptop godek godek boleh ja nak buat gambar lagu tu.


Tapi yang jadi isunya.. Ada yang nampak dalam gambar tu ada 5 orang. Walaupun asalnya gambar tu cuma 4 orang. Bukan sorang yang nampak ada 5 orang dalam gambar tu ada beberapa individu mengakui nampak 1 kelibat.. mungkin bukan kelibat tapi kelihatan macam seorang gadis berpakaian serba hitam. Nampak macam manusia biasa yang terselit dalam gambar tu. Pada mulanya.. Ingat memang ada gadis tu di antara mereka tapi bila ada yang tak nampak kehadiran orang kelima dalam gambar tu benda ni buat jadi kecoh sekejab kat twitter.


So, marilah kita sama sama merenung ke dalam gambar ni & bagi jawapan samada hangpa nampak dalam gambar ni ada 4 orang atau 5 orang. Kalau den yang spesis sentiasa berhijab ni memang nampak 4 jer.. kalau yang asyik kejab buka kejab tutup hijab tu gamaknya berapa orang hangpa nampak dalam gambar ni. Boleh tulis jawapan hangpa pada ruangan komen yer. Kita survey samada betul ada yang nampak ada 5 orang dalam gambar ni atau cuma 4 orang saja.




Mana yang nampak 5 tu harap tak demam la yer hehehehe.

Moral of the story.. Entah la samada betul ada kewujudan entiti misteri dalam gambar tu atau tidak, Allah mengetahui segalanya. Kalau saya memang tak nampak apa apa pun.

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN. Hallu.... Wei lamanya lahai segmen seram serik lekatlekit tak bersiaran kan? Maafkan kami penunggu gua. Hangpa pun sedia maklum la kami tengah struggle untuk kes saman tu so tak consistent daily dah update blog pun tapi Alhamdulillah.. walaupun blog seram belum jadi blog bersawang lagi. Walau tak daily update tapi masih sentiasa ada update.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bagi peminat cerita seram blog lekatlekit.. Mesti tak sabar kan nak baca edisi terkini cerita seram. Seperti biasa pengalaman seram yang di ceritakan ni bukan lah dari pengalaman den sendiri. Matilamak nak.. nak cari hantu & rasai sendiri pengalaman tu setiap kali nak tulis cerita seram. Hantu pun jarang pulak nak sakat mak ni nak Ooi.. Maybe mak dengan hantu tak jauh beza gamaknya. Takde feel dia nak sakat mak. Jadi terpaksa la mak memburu kisah2 seram di forum2 untuk share dengan korang semua. Alah.. bukan mak tak tau.. engkorang buka suka sangat baca threat kat forum tu kan? 

Alkisah benda ni berlaku kepada seorang budak kecik yang di ceritakan kembali oleh si Ayahnya. Anak dia masa tu baru umur 2 tahun.. Bermulanya kisah seram ni adalah dari asbab rantai leher anak dia yang hilang dengan tiba tiba masa tidur..

Bermulalah kisah pada satu hari aip..... sang kancil datang beramai ramai.. kekekeke. Alolo gurau pun dah nak tantrum. Sabar nak sabar..

Cerita dia bermula masa waktu tengahari semasa dirumah mertuanya. Anak dia tidur dalam bilik.. manakala luar bilik di ruang tamu  yang bertentangan dengan bilik, ada adik ipar tengah tengok TV. Bilik tu pintu terbuka.. wife & mertua dia sibu kat dapur masak. tetiba anak dia tak semena mena menangis macam kena belasah.. terjerit jerit sambil pegang leher.

Mau tak terkejut seluruh isi rumah tetiba budak tu menangis macam tu. Kelam kelibut memasing datang kepada budak tu termasuk mak bapak dia, atuk nenek, mak2 sedara semua. Tetiba abang kepada budak tu perasan yang rantai leher adik dia hilang.. Semua jadi pelik. tetiba je hilang & budak tu menangis macam tu tapi memasing perasan ada angin & langsir terserak tinggi sebelum budak tu menangis. Memasing tak rasa manusia dah.. Tapi nak tuduh jin pun tak ada bukti. Takkan la Alien turut dari planet semata mata nak curi rantai leher budak tu pulak kot. Alang2 dia nak merompak baik kedai emas terus. Apa kes rompak budak budak ye dak??

Si bapak mertua ni.. Ada la sedikit ilmu ni. So, lepas solat zohor dia buat solat sunat mohon petunjuk apa sebenarnya yang berlaku kat cucu dia. Mungkin ada la something dia buat & dia bagitau ada bunian menyinggah tadi. Bagi yang tak tahu bunian tu apa.. Bunian ni spesis jin juga tapi jenis suka nak damping dengan manusia. Perubatan tradisional yang suka guna khadam ni banyak la guna khidmat jin bunian. Bunian pun macam manusia.. ada Islam ada tak. Walaupun Islam tetap ada yang baik & jahat. Kehidupan mereka ni macam manusia.. ada perkampung, ada penghulu & anak perempuan & lelaki. Bernafsu, berkahwin & beranak pinak. Tu dia.. kemain explain pasal bunian.. Macam la expert sangat kan pasal bunian.

Sambung balik cerita tadi... Bila dia syak ada bunian menjadi tetamu tak di undang di rumah dia maka di call kawan dia kat hulu langat untuk mendapat lebih kepastian. Maybe kawan dia tu ilmu level up sikit dari dia & boleh tahu samada memang betul betul ada kehadiran jin bunian atau tidak.

Bermula la ritual tersebut lepas maghrib.. si pakcik kawan kepada bapak mertua sipolan tadi datang berkumpul kat rumah bapak mertua dia malam tu. Menurut pakcik tu.. Anak sipolan ni ada bunian suka. Bunian ni memang perangai dia lagu tu.. Asal dia suka je.. tak kira hak orang pun dia nak ambil tau. Jadi sebab dia suka pada budak tu dia ambil rantai budak tu tapi dia ganti dengan rantai lain berupa kain kuning yang di ikat pada leher budak tu. Cuma orang takkan nampak pada pandangan mata kasar rantai tu.. Orang tertentu je boleh nampak. Orang yang di buka hijab boleh nampak benda2 ghaib je la kot kan.. Orang rabun apatah lagi, manusia pun dia nampak tak jelas apatah lagi benda ghaib kan.

Yang buat depa lagi percaya bila tanya budak tu.. mana rantai tu dia cakap ada ni.. sambil tunjuk kat leher dia. Mau tak meremang segala bulu mak bapak dia. Yelah.. dia nampak tapi mak bapak dia tak nampak. Budak 2 tahun kot.. nak menipu mendanya.

Menurut pakcik tu lagi.. Bila rantai tu nanti dah bertukar dari warna kuning jadi warna merah, anak dia akan hilang. Rantai kain kuning tu sebagai tanda.. sampai masa nanti akan ada seorang budak kecik datang & bawa anak dia pergi. Tapi yang ambil rantai anak dia tadi tu nenek tua..

Maka si bapak budak ni baru perasan perangai pelik anak dia sebelum ni.. Kadang2 bersembang sorang sorang tapi macam berbual dengan someone. Ingat budak2 buat pretend play ke apa.. Pernah berlaku satu malam tengah makan anak dia berdiri kat kerusi tiba2 seolah olah menegur seseorang.. Dia cakap "kakak nak?" sambil hulur kentang goreng. Mak bapak dia terkedu & terdiam sekejab. Sebab rasa lain macam si bapak azan 1 rumah.. Yelah la sapa tak seram kan? Kita tak nampak apa budak tu nampak. Kau tak gila ke??

Mak mertua dia pun pernah bagitau.. Kadang2 waktu tengahari budak ni selalu lambai tangan seolah olah sedang panggil seseorang dari luar rumah sambil gelak gelak. Selama ni mak mertua dia ingat dia main dengan abang dia.. Tapi lama2 baru perasan dia main sorang sorang tapi gaya macam main dengan seseorang.


Sebab semakin pasti budak tu sedang di dampingi bunian.. So si pakcik kawan kepada bapa mertua tadi  mulakan ritual untuk hentikan gangguan tu. Ada la beberapa barang di gunakan. Semasa ritual tu di buat, satu rumah di gelapkan. Selepas berzikir semua dia keluar dari dalam rumah ke halaman rumah mertua sipolan ni berborak dengan someone yang sapapun tak nampak dengan siapa. Bukan sebab gelap tapi memang tak nampak apapun.

Lepas tu dia masuk semula dalam rumah & suruh buka semua lampu balik. Dia minta si mak budak tu pegang anak dia & dia golekkan telur kat leher budak tu dalam 3 - 4 kali lepas tu dia pecahkan telur tu.. semua terkejut sebab dalam telur tu ada kain kuning yang ada tompok merah. Kalau kata ada jarum.. ada orang kata jarum boleh cucuk dalam telur tanpa menyebabkan dia pecah. Tu cara bomoh guna untuk menipu mangsa. Ni kain kuning beb.. celah mana dia nak masukkan. Tu la.. tak semua benda kita boleh jawab dengan hukum akal & sains. Benda2 ghaib ni kadang2 berlaku di luar logik akal & semua berlaku dengan izin Allah juga. Sesungguh memang jin itu wujud.. dalam Al Quran pun dah menyatakan kewujudannya.

Pakcik tadi pun csrita la.. dia dah jumpa dengan nenek tua yang ambil rantai anak dia tu dengan penghulu bunian sekali & dah bawa berbincang secara berhemah antara 2 alam. Bunian tu bunian Islam, kampung depa tak jauh dari kawasan tu. Memang depa berhajat nak bela budak tu, tapi pakcik yang jadi perantaraan tu cakap tak boleh & tak setuju. So, hasil perbincangan masing masing setuju budak tu tak di ambil.

Sebenarnya bunian ni tak suka budak yang makan buah labu atau apa2 yang berkaitan buah labu. Barulah si bapak ni perasan masa dia pernha bawa bapak dia pergi ikhtiar berubat dengan seorang Ustaz, ustaz tu tengok anak dia & cakap suruh depa bagi anak depa makan apa2 berkaitan buah labu.. pengat labu ke, gulai labu. Dia masa tu tak tahu.. simbolik labu tu ustaz tu mungkin nak bagitau anak dia sedang di dampingi jin bunian.. Tapi manalah kita tahu bunian tak suka budak makan labu. Den pun baru hari ni tahu hahahhaa...

Kesimpulannya pada cerita ni.. Erkk.. rantai budak yang nenek bunian tu ambil dia bagi balik tak? Alah.. kenapa tang rantai tu bapak dia tak cerita? Apa jadi dengan rantai tu? dapat ganti rugi macam harta ahmad albab ke kan? Spoil betul la tetiba rantai tu pulak jadi misteri & tanda tanya. Ni la kalau cerita melayu mesti tak habis. hahahaha

Moral of the story.. Apapun cerita ni di kongsikan sekadar hiburan. Jangan terlalu taksub yer membaca. Apa berlaku sekalipun semua dengan Izin Allah & tiada kuasa yang lebih besar & kuat melainkan Allah juga. Jadi mohonlah pertolongan & perlindungan dari Allah.

Sumber cerita : Forum (lupa nak save link. maaf kan kami penunggu gua)

KISAH SERAM DI JALAN SEDENAK

KISAH SERAM DI JALAN SEDENAK. Sampai hari ni keywords search kat blog den ada je dok sangkut Simpang sejenak. Alah drama DFKL yang baru 2 minggu lepas tayang kat TV3 dalam slot cekerama tu. Katanya Drama tu di adaptasi dari kisah masyarakat.. Tak tau la benar ke tak. Katanya kisah benar yang berlaku kat satu tempat bernama sedenak.. Kat Johor sana bukan kedah tau. Satgi dok cari sedenak kat kedah.. Sampai kiamat tak jumpa pulak. Tapi tajuk drama tu tukar sikit nama tempat tu dari sedenak jadi sejenak. Ada nak.. nak kat belakang tu dah kira seram cukup la kan.. Jangan Nang Nak sudah.. Jenuh nak halau balik Thailand pulak.


Tadi tetiba ternampak posting dari blogger masakan terkenal Cik Mat Gebu kat Facebook dia Adnan Ibrahim berkongsi kisah seram yang berlaku di tempat tinggal dia sedenak. Banyak juga cik mat selalu share kisah2 seram yang berlaku tak kira cerita tu di ceritakan oleh orang lain kepada beliau atau pengalaman beliau sendiri yang berdepan dengan kejadian seram, mistik & misteri. Sapa yang follow cik mat mesti pernah terbaca perkongsian kisah seram dari beliau.

Di sebabkan manusia hari ni tak boleh move on lagi dengan drama simpang sejenak tu.. So, elok la den ambik kesempatan untuk meraih traffic juta lemon dengan berkongsi kisah kejadian misteri & seram yang Cik mat Gebu share kat pesbuk beliau semalam.. hahaha pengakuan ikhlas tu nak meraih traffic. 

Alkisahnya.. cerita ni di ceritakan oleh abang cik mat kepada cik mat. Kisah seorang Tabligh yang datang maybe berdakwah la kot kat kampung depa. Pada satu malam yang sepi..pi..pi.. pak mat jual topi.. pi..pi.. Ok ok gurau je. Aloo.. jangan la marah. Kita sambung kita mamat Tabligh tadi.. Pada satu malam ni dia menunggang motor seorang diri. tetiba ada seorang pakcik berjubah putih sambil pegang tasbih kat tangan. Minta tumpang hantarkan dia kat masjid sedenak. Mat tabligh tu pun rasa takde hal la setakat nak tumpangkan pakcik tu naik motor dia. Apadahal.. Motor bukan nak kena kayuh pun kan. Naik la pakcik..

Dalam perjalanan menuju ke destinasi yeah.. yeah.. Tu dia. Siap ada yeah yeah tu macam lagu siti nurhaliza katanya. Pakcik ni tak henti henti tertasbih.. Berzikir gamaknya. Zikir apa di baca tak pulak la di nyatakan secara terperinci so hangpa jangan dok tanya pulak. Sampai kat masjid sedenak, mat tabligh pun tanya la si pakcik rumahnya di mana. Pakcik tu cuma tunjuk atas bukit di seberang jalan. Lokasinya berhadapan dengan masjid. Lepas tu menonong laju je pakcik tu jalan dalam gelap. Confident tu penting.. baru tak tersadung akar ke hapa bila jalan dalam gelap. kekekeke

Di pendekkan cerita supaya tak jadi entri berepisod.. Pada satu hari si mat tabligh ni datang lagi ke masjid sedenak. Niat di hati tu nak ziarah la pakcik yang dia pernah tolong. Maybe nak eratkan silaturrahim sesama umat islam kan. Tapi bila tau atas bukit tu sebenarnya tempat apa.. Terus dia tak kata apa. hangpa nak tau atas bukit tu ada apa..

menurut cik mat gebu.. Atas bukit tepi club house lama katanya adalah kawasan tanah perkuburan islam sejak berpuluh tahun yang lalu. Aje giler kat situ mana ada orang berumahtangga. Semua yang berumah tiang dua jer.. dah kenapa pakcik Ooi.. Kau bergurau senda dengan mat tabligh tu. Lepas tu tak tau la mat tabligh tu berani tak tumpangkan mana2 pakcik lagi kat area sedenak kalau memalam buat. Hope Mat Tabligh tu kuat Iman & tak trauma lah yer..

Sumber asal cerita ni


Biasa la Jin & syaitan ni memang dia suka mencuba orang2 yang beriman.. Kalau yang tak beriman ni apadahal. Cuit sikit pun dah boleh ajak jadi geng. tak mencabar katanya.. test yang power sikit, kalau success boleh raikan dengan daun saderi katanya. Kalau tak berjaya pun kalah bermaruah. kekekeke

Moral of the story.. Ok la tu dia menjelma sebagai pakcik berjubah putih siap bertasbih sepanjang jalan kalau dia jelma sebagai makcik berjubah putih mengilai sepanjang jalan.. Mau kering darah turun kekaki. kan Uolls hehehehe

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG. kembali lagi kita dalam slot seram serik lekatlekit. Tu dia.. Mesti hangpa semua dah siap sedia melukut depan skrin memasing kan? Peminat setia sangat kekdah kan.. Nak otogeraf ke? hehehehe..

Sudah sudah la tu lekatlekit kau feeling retis.. Kau kena saman RM3juta pun takde media nak highlight kes kau lagi dok acah acah macam kau ramai peminat. Pergi kau tulis blog di sana! Apa kau menangis disini!!!

Siang siang hari hang dok gigih tulis cerita seram ni pasaipa?? Bukan apa.. Ada orang jenis minat cerita seram tapi takut nak baca malam - malam.So bagi peluang depa baca update fresh from oven dari blog lekatlekit ni di siang hari pulak. Hangpa yang rasa tak feel baca sengsiang hari.. Simpan je entri ni tunggu sampai malam Jumaat keliwon baru baca. Apadahal... Blog den bukan nak expired lagi pun. Renew domain sampai 2019 ok!

Gambar sekadar hiasan

Semalam den gigih membaca satu kisah seorang kanak kanak di mana bermulanya hijab terbuka selepas bertemu dengan puaka pokok ketapang. Lumrah budak budak ni.. suka buat perangai degil. Alkisah budak ni pun jenis spesis suka melawan arus jugak. Yang orang kata tak boleh itulah yang di buatnya. Tak payah nak libas la.. Berbirat sekejab jer... lepas tu dia lupa dah sakit dia buat balik.

Kisah budak ni yang habis tuisyen tak terus balik rumah tapi ikut kawan kawan tengok bola kat padang. Niat tu nak singgah sekejab tapi kalau budak lelaki dah tengok bola... confirm la sampai habis perlawanan ye dak. Sedar sedar dah lewat petang sangat.. Baru la ingat nak balik. Tu pun selepas perlawanan bola dah habis.

Alkisahnya dalam perjalanan nak balik rumah dia tu.. Ada satu laluan hutan yang menjadi laluan shortcut untuk dia sampai ke rumah tapi Atuk dia dah pesan jangan guna laluan tu tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sesampai di laluan tu.. Tetiba je dia terdetik untuk guna jugak laluan shortcut tu.. Disitulah bermulanya.. Kisah hijab terbuka.. Bukan hijab tudung yer... Budak jantan pejadah pakai tudung. Ni hijab yang di maksudkan adalah deria ke enam ke hapa orang panggil.. Alah susah sangat la nak paham. Hijab terbuka bermakna dia boleh tengok makhluk halus! Makhluk halus bukan semut atau tungau jer. jauh sekali kutu. Ni makhluk halus & Jin syaitan. Mohon jangan loyar buruk sangat ok! Hantar saka kang baru tau!

Walaupun dia tahu dia di tegah menggunakan laluan short cut tu.. Tapi entah kenapa katanya haritu dia macam di ajak ajak pulak guna jalan tu. So, dia pun lintas jalan & terus masuk ke laluan hutan. Memandangkan dah nak masuk maghrib so dia cuba cepatkan langkah nak sampai rumah. Ketika melintas di hadapan satu pokok ketapang ni tetiba.. Opocot! Muncul seorang pakcik tua. Ntah mana datangnya.. tetiba keluar dari pokok ketapang.. Dia fikir mesti orang tua tu baru selesai buang hajat. Biasa la.. Lelaki kan? Berhajat kat memana pun boleh.. Apadahal belakang pokok ketapang pun.

So, dia pun bagi la salam.. Tapi tak di jawab hanya renungan tajam je. Pahal pakcik ni sombong siot! Jawab salam pun tidak.. tapi usya macam nak ajak gaduh jer. Tak pakcik la gaduh dengan bebudak kan.. Dia malas nak layan pakcik kerek tu.. so dia terus la berjalan mencari sign laluan dia untuk sampai kerumah. Tapi sign dia tu dah takde pulak. Sepatutya dia akan jumpa tokong cina tapi haritu tak jumpa pulak... Cuaca semakin gelap dalam hutan pokok getah.. dalam celah2 dok cari jalan pulang ke pangkal jalan tu.. dia teringat pakcik keret tadi. Dia masih tertanya tanya apa orang tua tu buat kat situ.. Situ dah la ada kuil hindu.. Tak takut tersampuk ke?

Tak semena mena tiba tiba je beg sekolah yang di galas jadi semakin berat.. Buat dia jadi semakin cepat letih & terpaksa berhenti berehat sekejab dari meneruskan perjalanan. Masa dia nak letak beg ke bawah tetiba muncul pakcik keret tadi.. termelatah juga budak tu. tetiba je muncul. Memang orang tua ni spesis wartawan melodi gamaknya suka terjah terjah orang. Atau dia memang suka main aucak macam tu..

Orang tua tu berdiri tak jauh dari belakang dia. Sedikit rasa Kagum juga muncul di hati budak ni. cepat juga orang tua tu berjalan sebab masa dia dok cari sign jalan nak balik tadi tak ada pun nampak kelibat pakcik tu tetiba muncul pulak. Sebab nak cover malu dia terkejut nampak pakcik tu maka dia pun senyum kat pakcik tu tapi hampeh orang tua tu tak balas pun senyuman dia. Macam biasa pakcik tu cuma berdiri tegak & memandang dengan renungan tajam.. Bajet orang jatuh cinta dengan dia ke hapa buat macam tu! hahahaha

Budak tu mula pelik.. Dah kenapa orang tua ni asyik pandang dia dengan muka tak puas hati je. Dia mula terfikir pakcik tu ikut dia sebab bila dia berjalan orang tua tu berjalan bila dia berhenti orang tua berhenti. Nak autograf ke hapa tak sure la kan.. Di amati rupa orang tua tu memang dia tak pernah kenal even kalau orang tua2 kat area tu majoriti dia memang kenal.

Dia mula cuak. Perasam seram sejuk.. seram serik lekatlekit semua dah keluar masa tu. Dia syak pakcik ni bukan manusia.. Tapi puaka pokok ketapang yang menjadi cerita orang kampung selama ni. Selama ni dia ingat saja je orang tua2 nak momokkan budak2 supaya tak guna laluan tu.. Rupanya betul ada puaka pokok ketapang.

Walaupun takut nak mati tapi dia tetap berdiri & sempat check kaki orang tua tu samada cecah ke bumi ke tidak. makin pening dia sebab kaki orang tua tu memang berpijak di bumi yang nyata. Menurut kata orang kalau hantu kaki dia tak jejak ke tanah. dah apa spesis pulak pakcik ni? Manusia ke hantu?? Orang tua masih dok usya tepat pada dia..

Apa lagi dia galas beg.. dia terus berlari mencari jalan pulang. Sesekali dia toleh ke belakang.. orang tua tu still tercegat kat situ. Itu sudah bagus.. dia tak ikut sama berlari seiringan.. seindah bunga di taman.. bak gunung nan megah.. kanda ku puja.. op's... sorry teringat lagu Sharifah Aini pulak.. ok ok.. sambung cerita.

Beg sekolah semakin berat tiba tiba.. Jalan pulang masih jugak tak jumpa jumpa. Habis lenguh2 kaki tangan budak tu.. Dok cari sign jalan pulang tetiba dah muncul pulak orang tua ni. Kau pehal pakcik!! Rasanya dah jauh dia tinggalkan situa sombong tu tetiba ada pulak depan mata ni lahai.. Bila tengok orang tua tu semakin mendekati dia.. dia berlari la apa tunggu lagi. Bila dari tadi dia mencari jalan keluar tak jumpa jumpa, maka sedarlah dia dah tersesat.. So dia ambil keputusan nak patah balik je guna jalan biasa. Kalau dok berjalan tak sampai sampai kesudah.. kang ber camping dalam hutan pulak.

Bila dia cuba nak angkat beg dia dah tak boleh.. seret pun tak jalan. memang berat nak mati begnya. Kedengaran sayup sayup azan dari masjid menandakan dah masuk waktu maghrib.. Time tu dia mula takut.. bukan takut orang tua misteri tu muncul lagi je.. malah takut kena marah dengan bapak dia jugak..

Masa dia cuba menarik beg.. sekali lagi muncul orang tua tu yang berdiri tengah2 jalan kira2 10 tapak dari dia. Kali ni bulu roma dia dah meremang.. lelaki tu bergerak menghampiri dia tapi kaki dia tak berjalan macam manusia biasa. tegak jer.. macam meluncur gitu.. sah bukan manusia. Hatinya makin pasti confirm ni la puaka pokok ketapang yang orang dok cerita tu... Time tu dia langsung tak boleh bergerak.. terus terpaku kaku kat situ manakala situa kutuk tadi... saiznya semakin membesar bagai juara. Ni mesti selalu minum milo kan..

Kelibat lelaki tua yang berpakaian kini tidak lagi berpakaian sebaliknya semakin besar saiz dia.. semakin hilang baju dia & tubuhnya mula di tumbuhi bulu bulu lebat. Salman khan pun kalah ok dengan bulu makhluk tu ok! Nak menjerit pun suara tak keluar. Hanya dia sempat berbisik dalam hati memanggil atuknya.. Wajahnya yang tadi nampak macam pakcik pakcik.. Sekarang dah tak nampak rupa manusia jauh sekali menyerupai najib tun razak yang ensem tu.. Dengan matanya dah tak ada kelopak, biji mata terbuntang macam biji mata tersangkut pada tengkorak, kulit dia pulak bertukar pucat & bertompok tompok kelabu. part rambut pulak bertukar panjang mengerbang serta kusut masai.. So bayangkanlah betapa seramnya permandangan itu.

Dan nak tau apa berlaku kepada budak tu... Sila dapatkan Novel Seram BERTARUNG DENGAN SYAITAN hasil tulisan pengalaman & kisah benar penulisanya sendiri Tajul Zulkarnain. Bukan saja kisah puaka pokok ketapang malah banyak lagi kisah2 yang di kongsikan dalam novel ni.


Antara kisah sekumpulan sepupu yang melalui jalan hutan untuk pergi memancing di sungai. Akibat ada di antara mereka yang mulut celupar & berlagak, salah seorang telah di telan oleh jin tanah. Banyak moral of the story dalam novel bertarung dengan syaitan ni boleh kita ambil pengajaran. Sebab kita sedia maklum.. Jin & syaitan itu wujud.. Mereka pun ada jenis jenis mereka sendiri yang masyarakat melayu bagi nama macam jembalang tanah bagai tu. So semua tu di kumpulkan dalam satu buku yang bertajuk Bertarung dengan syaitan.


Penulisan dalam novel ni memang senang faham.. Gambaran yang di tulis juga senang untuk kita bayangkan situasi dia macam mana. gaya bahasa dia juga santai.. menggunakan dialog2 yang biasa kita gunakan dalam perbualan seharian so perkara menghidupkan lagi watak watak & jalan cerita. takde la rasa macam macam buku teks sastera sangat kan.. hehehe. Tapi jangan membayangkan penulisan Tajul ni macam den tulis cerita seram pulak yer. Tak sama ok! hehehe


Memang enjoy baca. Bagi peminat cerita seram & novel seram memang suggest untuk dapatkan novel ni. Umur yang sesuai bagi pendapat saya.. 12 tahun keatas la. Sebab ramai juga pembaca novel seram di kalangan pelajar sekolah.

Macam mana nak dapatkan novel ni? boleh dapatkan terus dengan penulis novel ni Tajul Zulkarnain. Boleh hubungi beliau di :

 Facebook : Tajul Zulkarnain 


Selain Bertarung dengan syaitan banyak lagi novel novel lain yang menarik untuk di baca seperti mental, Pendosa Dulu Kini Selamanya dan banyak lagi. Boleh follow Tajul di facebook.. Beliau selalu update novel novel tulisan beliau selain boleh beramah mesra dengan penulis jugak. Memang orangnya ramah tamah. hehehhee

SYIF TENGAH MALAM.. HIMPUNAN KISAH SERAM KAKITANGAN HOSPITAL DI MALAYSIA

SYIF TENGAH MALAM.. HIMPUNAN KISAH SERAM KAKITANGAN HOSPITAL DI MALAYSIA. Tu dia.. lama sungguh segmen seram serik lekatlekit bercuti kan. Maaf la.. I sekarang sangat la busy body dengan dropship kuih bulan & pekasam daging berempah. Di samping masih kekal mengambil servis review di blog. Bila dah kena buat extra kerja ni.. Pepaham je la.. Ada yang kena skip sekejab tu yang tak sempat nak up cerita seram terbaru ni. Tapi jangan risau.. Jiwa ku masih berpuaka niyang rapik dulu kini & selamanya. Tunggu settle kes saman RM3juta tu dulu.. Insya Allah kita akan kembali bahagia bersama hehehe..


Tu dia Jumaat awal kan up cerita seram ni.. Bukan apa lama sangat blog lekatlekit ni cuti so hari ni kita awal sikit bersiaran. Tak feel kan baca kisah seram siang siang hari? Ok ok.. akak paham dik.. Tapi ni akak nak suggest kat hangpa yang memang peminat sejati kisah seram seantero dunia. Yang hangpa mesti ada adalah sebuah buku yang di hasilkan oleh 13 orang penulis dari background Medic.. Tu dia.. Orang medic pun pandai dah tulis kisah seram. Ingat hapal nama ubat je kan.. hehehe

Buku ni menghimpunkan kisah kisah pengalaman seram staff staff hospital sendiri sepanjang mereka berkhidmat. Den pun suka juga layan kisah kisah seram di hospital ni.. Sebab feel tu lain macam sikit. Kita sedia maklum hospital ni macam macam kejadian ada.. Setakat berlaku kematian tu setiap hari ok! Takde satu hari malaikat maut tak singgah ke hospital. Tu yang pulang ke rahmatulllah.. Yang nazak.. yang cedera parah.. Yang macam macam la background masalah kesihatan tak cerita lagi.

Mungkin di sebabkan hospital banyak berlaku pertumpahan darah & antara tempat paling banyak menyaksikan kematian berlaku.. Makhluk tu pun suka juga la nak lepak kat situ. Almaklum la.. Jin & syaitan ni suka orang orang yang dalam keadaan lemah & nazak. Time tu la depa nak menyetan.. Suka ambil kesempatan pada orang yang lemah.. So sapa yang ada perangai macam tu suka menindas & ambil kesempatan kepada golongan yang lemah.. Perangai hangpa sama la dengan setan. hahahaha

So, sebab terlampau banyak pengalaman seram yang mungkin pernah di lalui staf staf hospital maka terhasilah buku yang bertajuk SYIF TENGAH MALAM yang di tulis oleh 13 orang penulis.


Baca sinopsis tu agak menarik juga sebab base on kisah benar kan? Nak tau apa kisah kisah yang pernah menghantui staff staff hospital ni.. Hangpa kena la dapatkan buku ni. Rugi wei kalau kata peminat cerita seram tapi tak ada koleksi buku ni.

Macam mana nak dapatkan buku ni.. Senang jer. Boleh dapatkan melalui Cik Misi Bel Nawhen
 Facebook : Bel Nawhen 


Harga dia tak mahal pun wei!! 

Harga : RM20
Postage Semenanjung Rm8
Postage Sabah/Sarawak Rm12

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com