Showing posts with label perdana. Show all posts

INILAH WAJAH LELAKI PALING SEMPURNA DIMATA PEREMPUAN

INILAH WAJAH LELAKI PALING SEMPURNA DIMATA PEREMPUAN. Sekarang tengah viral gambar PM kanada yang hensem giler katanya. Alahai PM Malaysia pun ensem jugak walau dah kategori warga emas. Dah tak heran tengok perdana menteri hensem ni. Takde apa yang menarik sangat pun bagi aku sampai nak teruja bergegar getar segala tulang temulang bagai. Tak tau la kan mungkin faktor dah kawen & berstatus isteri & ibu.

Sumber Google

Tapi bagi aku la kan.. Wajah paling sempurna setiap hari aku tengok & pandang. Adalah suami & anak sampai aku rasa bersalah kalau tengok muka lelaki lain & terkomen "hensemnya". Serius aku rasa macam tak best je macam tu. Sampai aku taknak rasa mana2 lelaki dalam dunia ni lebih ensem, lebih menarik dari suami sendiri. Aku sentiasa jaga hati, jaga perasaan agar tak terbabas. Aku takut tercurang walau hanya dengan pandangan & dalam perasaan. Aku sayang suami.. aku sayang anak.. Aku tak pernah doakan supaya aku di temukan dengan orang yang lebih baik tapi doa aku setiap hari moga suami aku akan jadi suami yang terbaik.

Ni La kot Perdana Menteri Kanada Yang Baru sedang jadi viral oleh wanita2 seluruh Malaysia sekarang. Perempuan negara lain aku tak sure.. aku banyak di kelilingi orang2 Malaysia je. Komen aku.. Entahlah jangankan nak bergetar tulang rusuk jari pun takde rasa menggigil tengok rupa dia. Biasa je aku tengok. Rupa lelaki mat saleh. hehehe. Sumber Google

Kadang2 keterbukaan wanita wanita sekarang dalam menyatakan perasaan pada lelaki lain di laman sosial walau atas dasar peminat dengan public figure aku rasa macam... hurmm.. susah nak cakap. Aku rasa macam tak best bila bila seorang perempuan berstatus seorang isteri memuji lelaki lain berlebihan secara terbuka. Aku bukan kata aku baik.. cuma aku rasa tak best jer. Nak2 lagi yang terlebih feel tengok drama @ filem cinta.. Caption2 depa tu kadang2 macam nak cakap suami depa takde ciri2 yang sweet macam dalam cerita depa tonton. Nama pun cerita.. watak tu di reka & dah di susun perjalanannya. Lelaki tetap manusia.. mustahil boleh jadi sempurna macam cerita cinta.

Biarlah laki kita tak sado macam Zul Ariffin, Tak hensem macam Pm kanada yang tengah viral asalkan dia ada ciri2 yang buat kita senang hati & sentiasa rindukan dia.

Sebenarnya mendapat pasangan yang kurang menarik dari segi rupa paras ni sangat beruntung tau! Kebanyakkan pasangan macam ni lebih melihat pasangan dia terlalu istimewa berbanding mendapat pasangan yang punya rupa pujaan ramai ni. Apalah yang seorang perempuan harap selain pasangan dia melihat dia lebih sempurna berbanding wanita lain walau hakikatnya kita masih serba kekurangan segala sudut, kan?

Moral of the story.. tak kira dari pihak lelaki atau perempuan.. jaga hati, jaga pandangan. Curang bukan hanya pada perbuatan tapi juga boleh terjadi dengan pandangan & perasaan tanpa kita sedar.

WATAK YODA FILEM STAR WARS JADI PENASIHAT DATO SERI NAJIB

WATAK YODA FILEM STAR WARS JADI PENASIHAT DATO SERI NAJIB. Malam raya gigih update blog kelas sangat kau lekatlekit. Biasa la kalau raya kat bando katanya takde apa sangat nak buat. Masak sikit2 dah settle. Tak balik raya haji kali ni sebab minggu depan nak balik sebab adik den nak nikoh. So, raya sini dulu la..


Bila tak balik raya maka banyak masa terluang la aku kat rumah ni. Bila masa terluang rajin pulak membaca. Almaklumlah membaca kan jambatan ilmu. Tapi terbaca satu artikel ni buat aku tergelak sorang sorang. Aduhai... kesah dogeng jer tapi kelakar pulak. Kesahnya kalau Malaysia adalah tempat tinggal star wars.

Yang paling tak boleh blah.. katanya watak Yoda mesti jadi penasihat pada Dato Seri Najib, PM kita tu. kojaq sungguh lawak kak Shah rukh katanya. Kenapa Yoda?? Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal filem star wars ni. Tak tau watak makhluk biru bernama Yoda macam mana. Kenapa dia sesuai jadi penasihat PM pun aku tak sure tapi macam kelakar sangat.

Tu salah satu contoh kalau Malaysia sebagai penempatan makhluk2 dalam filem star wars. Ada 12 lagi perkara yang akan berlaku kalau star wars bertempat di Malaysia. Serius boleh hilang sedih sekejab tak balik raya bila baca artikel ni. Serius lagi kelakar dari Amran fans. Tak caya korang baca kat sini >> 13 Perkara Akan Berlaku Jika Penempatan Star Wars adalah Di Malaysia <<

Sapa lah punya kerja buat artikel merapu ni kan??? Ada2 jer nak buat orang pecah perut. Apapun artikel2 macam sekadar untuk hiburan jer. Hidup kita memang perlu sesuatu yang boleh buat kita gelak.

Moral of the story.. Masa kita sedih kita perlu cari perkara yang mengembirakan. Jadi sapa2 sedih tak dapat balik raya meh baca artikel ni. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS. Dari sejak 2 hari lepas kot aku baca pasal ni. Katanya Zuan wartawan bikin panas rancangan melodi di gantung tugasannya sebab upload sekeping gambar editing yang mengaibkan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. Rasanya aku ada baca permohonan maaf dari dia di media sosial pasal isu tu. Katanya gambar tu dia cuma share bukan dia yang edit. Perkara biasa berlaku kat laman sosial.. Bukan jer PM yang pernah jadi mangsa malah ramai lagi termasuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.


Tapi tu la... Kalau dari kalangan pemimpin pembangkang ni susah sikit la nak kenakan tindakkan.. Tapi kalau kau cuit sikit je pemimpin dari kerajaan pemerintah, siap la ko. Tak see u in court, kena gantung tugas atau kena tukar department katanya. Aku bukanlah sokong mengaibkan orang dengan editing gambar2 yang memalukan.. Malah aku pun tak suka sangat nak share benda2 macam tu tak kira datang dari penyokong parti politik mana2 pun. Kau boleh menentang, membangkang tapi bukan la sampai menghina macam tu.

Cuma keadilan tu nampak macam berat sebelah je la.. jadi salah pada pemimpin dari kerajaan pemerintah tapi kalau kena kat orang lain kena buat cool, buat peace, buat bodo, buat dono.. Isu Zuan tu rasanya cukup sekadar warning tak perlu gantung tugas. TV3 bodek sangat. Tak payah teruk2 sangat menjilat. Dia pun dah buat permohonan maaf secara terbuka.. Terimalah maaf tu.

Moral of the story untuk zuan.. Hang silap bikin panas la bro... hehehehe. Apapun hadapi dengan tenang. Nanti cheq angkat sepanduk "We Love Zuan Bikin Panas" tanda sokongan.

INILAH RUPA NASI GORENG KAMPUNG PERDANA MENTERI MALAYSIA

Orang dah ramai mula balik kampung tapi family kecik aku belum memulakan perjalanan. Maka rutin harian aku kat rumah bila takde apa nak buat scroll news feed FB la tengok update2 orang yang tak balik raya lagi & orang tengah dalam perjalanan balik kampung. tetiba ternampak post dari Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak.


Rupanya taste sama dengan Ahmad maselan jugak suka makan nasi goreng.. even dia membesar sebagai anak perdana menteri yang tak pernah tak cukup makan pakai joli bagai.. tapi tetap la taste dia tekak melayu jugak iatu nasi goreng kampung. Kalau dah melayu tu melayu jugak la kan...

Ni la rupa nasi goreng kampung yang PM kita makan masa sahur.. sama jer macam nasi goreng kita cuma maybe kita punya views lebih sedap kot. hahahaha

Ni la pemimpin berjiwa rakyat katanya.. selera pun selera rakyat... (Maybe statement ni bakal di limpahi cacian paling trajidis.. hikhikhik) Mesti acik rosmah gigih bangun pepagi goreng nasik kat uncle ajib kan? Tu la ciri2 isteri solehah yang patut di contohi semua isteri isteri... hikhikhikhik. Aku pun ada gak ciri2 bini camtu tau.. buktinya sampai sahur hari ke 28 ni pun tak skip lagi tau. Yelah.. takut tak sahur nanti asben gi keja kena gastrik pulak. Dia pernah sakit sebab suka skip makan.. So aku pun trauma jugak takut laki aku sakit.

Moral of the story.. Kalau PM datang beraya tempat korang jamu nasi goreng kampung pun dah cukup. Peberet beliau tu... hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com