OCD ADALAH SALAH SATU GANGGUAN MENTAL YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM
OCD ADALAH SALAH SATU GANGGUAN MENTAL YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM. Ramai yang salah faham dengan OCD. Bila mereka rasa mereka seorang yang pembersih & tidak suka pada suasana yang tidak kemas & berselerak, mereka kategorikan diri mereka sebagai seorang OCD. Sebenarnya ia adalah satu tanggapan kurang tepat rasanya. Setakat hangpa tu cuma pembersih & suka dalam keadaan yang kemas bukan kategori OCD lagi.Sebelum kami ulas lebih lanjut pasal Gangguan OCD ni meh kita faham apa iu OCD tu dulu. Acah acah pakar google kejab yer.. Jangan ada yang muntah berdarah pulak. hehehehe
Gangguan Obsessive Compulsive (OCD) atau gangguan obsesif kompulsif adalah kelainan psikologi yang mempengaruhi minda dan perilaku pengidapnya. Begitu seseorang mempunyai OCD, Sentiasa rasa was was dan rasa takut yang tidak diinginkan akan muncul terus-menerus, menyebabkan pengidapnya obses pada sesuatu dan melakukan tindakan tertentu secara berulang-ulang sebagai respon terhadap ketakutannya. Contohnya, memeriksa berulang kali apakah mereka telah mengunci pintu atau belum. Pengidap OCD mungkin dapat boleh mengabaikan perasaan itu, Tapi kerana sikap was was & sentiasa rasa tidak puas hati perkara itu memberi tekanan kepada mereka
Nak tahu hangpa tu OCD ke tidak meh baca ada ke ciri ciri ni
Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
➠Seseorang yang obses dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
➠Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
➠Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.
➠Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
➠Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
➮ Was-was
➮ Kebersihan
➮ Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.
Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.
Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
⟴ Kemurungan
⟴ Sedih
⟴ Kurang selesa
⟴ Cepat letih
⟴ Berat badan menurun
⟴ Cepat marah
⟴ Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.
Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.
Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.
Sumber : Malaysian Mental Health Association

Jadi yang mana selama ni rasa diri dia ada OCD tu.. betul ka hangpa salah seorang pengidap OCD atau cuma salah faham sebab sikap hangpa yang pembersih & kemas tu. Ingat OCD bukan perilaku biasa ia salah satu Mental Disorder yang perlu di rawat supaya tidak memudaratkan. Kalau hangpa ada ciri2 OCD.. pi la jumpa pakar cepat cepat ok!
Kalau pernah ikuti kartun Boboiboy ada satu episod bini kepada cikgu Papa @ Papa Zola, iatu mama zila yang di gambarkan sebagai seorang OCD. Bila nampak keadaan tidak tersusun, kotor & berselera terus dia bertukar jadi raksasa OCD. Nak bagitau OCD ni dia memang sukar mengawal perasaan & benda tu membuatkan mereka jadi tertekan bila dalam sesuatu keadaan yang mereka rasa tidak macam depa nak & harapkan. Salah satu faktor kebersihan & kekemasan.

Moral of the story.. Kita ni memang lagu tu la kan... Semborono je guna istilah tu tanpa kaji dulu. Banyak juga dok tengok kawan2 saya mengaku diri OCD tapi sebenarnya bukan OCD pun. Jangan dok sebut sangat hangpa OCD satgi jadi doa termakbul jenuh nak rawat.