Showing posts with label doktor. Show all posts

DIKALA COVID-19 SEDANG MENGGANAS, DIMANA HARTAWAN, DERMAWAN & JUTAWAN YANG RAJIN MENUNJUK SEDEKAH JARIAH MEREKA SEBELUM NI?

DIKALA COVID-19 SEDANG MENGGANAS, DIMANA HARTAWAN, DERMAWAN & JUTAWAN YANG RAJIN MENUNJUK SEDEKAH JARIAH MEREKA SEBELUM NI? Tu dia.. dia dah start balik dah? Ingat dah insaf.. rupanya tak insaf lagi ka hang ni lekatlekit ooi.. Tak habis habis nak melahar orang ja.

hangpa kan.. Suka tau buruk sangka dengan kami. Kami memang la tak sebaik mana pun tapi tak la sejahat jahat maknosia yang tengah orang kalut dengan virus covid-19 masa ni la depa ambik kesempatan nak buat duit. Jual hand sanitizer kilo. overclaim & fake (produk tiruan).. Jual mask dengan harga neraka jahanam.  Depa tau dalam keadaan terdesak orang sanggup beli. Tak terfikir langsung rezeki yang depa dapat tu jatuh haram ka halal ka, berkat ke tidak dah. hat mulut mulut puaka macam kami ni la.. tak jemu jemu nak bagi kesedaran supaya hangpa tak tertipu dengan produk produk overclaim & fake ni. Biarpun di hina, di ugut & di pandang sinis konon suka menyibuk hal orang lain. kalau semua orang fikir.. Tak payah sibuk hal orang, maka siapa yang yang menyampaikan kesedaran.

Yang tu dah jenuh saya tulis kat FB.. jadi kita berbalik kepada isu seperti tajuk yer. Bukan apa nampak ramai dah mula mempertikai takde ke dermawan, hartawan & jutawan yang sebelum ni gigih sangat dok tunjuk sedekah jariah depa kepada masyarakat yang tampi menghulurkan sedikit bantuan atau sumbangan berupa makanan kepada petugas petugas kesihatan yang terpaksa bekerja lebih masa tanpa cuti sekarang ni? Yelah haritu press berkumpul depa istana memacam orang sponsor. Kira tak berlapar la depa depan istana hari tu. Dapat makan minum sedap sedap.. Dapat gadget lagi untuk mudahkan urusan kerja mereka. Ni untuk petugas kesihatan takkan takde.

Jom ramai ramai contohi Restoran Maju ni

Jutawan jutawa produk sebelum ni kalau buat apa apa aktiviti amal atau sumbangan takkan time ni tak nak ambil peluang buat sedekah jariah juga pada petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan & rawatan. yang rajin dok bawa camera pi terjah buat live sana sini konon nak menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan inilah masanya di samping hang nak cari publisiti hang buat charity kepada mereka yang betul betul layak di beri sumbangan & penghargaan.

isu wabak covid-19 yang melanda dunia termasuk negara kita sangat membimbangkan. virus tersebar dengan cepat. Lebih lebih lagi masih ramai manusia yang degil tak nak ikut arahan kerajaan untuk kawal pergerakan. masih kesana sini, lepak membawang kat luar rumah, siap buat makan makan sambil record video konon depa tak ikut arahan untuk berkurung dalam rumah. ambil kesempatan cuti yang di beri kerajaan untuk perintah kawalan pergerakan pergi bercuti sana sini & balik kampung. Semua tu meningkatkan lagi risiko jangkita & penyebaran wabak. Bila kes bertambah kerahan tenaga staf staf & petugas di bahagian kesihatan juga bertambah. Apa salah waktu ni beri sedikit kegembiraan & bantuan makanan untuk mereka. Makan tu perlu untuk memastikan mereka boleh terus bekerja. So, yang berkemampuan tu hulurkan tangan ringankan beban.

Selain dari bantuan makanan kalau ada yang nak buat charity untuk mask & hand sanitizer kepada orang awam terutama golongan gelendangan yang tak ada tempat tinggal untuk kuarantin diri mereka dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ni pun bagus. Atau boleh sponsor tempat tinggal sementara. Nak harap NGO je rasa depa pun tak cukup dana nak buat semua. Time time ni la yang dok show off kekayaan buktikan hangpa memang kaya yang berhati mulia boleh bantu orang awam di saat genting macam ni. At least mana tau menjadi bekalan pahala kat sana.

Jadi selain mematuhi arahan pihak berkuasa.. duduk di rumah jangan keluar jika tiada urusan penting. Amalkan kebersihan, pakai mask bagi yang ada gejala tidak sihat. Buat saringan jika ada simptom atau terlibat dalam apa apa majlis/acara/perhimpunan yang mana ada peserta sudah di sahkan positif jangkitan. jangan pentingkan diri sendiri bila positif jangkitan dengan lari dari hospital, tak bagitahu petugas kesihatan tentang aktiviti berisiko anda sebelum ni.. tidak kuarantin diri sendiri. Please jangan merebak virus kepada orang lain ia menyebabkan kes akan jadi bertambah & kita semua dalam keadaan tidak selamat.

lagi satu jangan sebarkan berita palsu berkaitan covid-19, petua merapu yang tidak membantu hanya menambah panic masyarakat atau apa apa sahaja yang tidak sahih atau tiada bukti kajian. Kita kena berusaha mencegah & merawati juga sebelum nak doa & tawakal. Memang ajal & maut semua kerja Allah.. Tapi kita manusia di tuntut menjaga kesihatan & nyawa. Bukan bulat bulat berserah macam tu je.

Akhir kata dari saya makcik bawang yang suka bagi awareness.. Dalam keadaan sekarang kita bukan bantu orang lain tapi kita bantu keluarga, diri sendiri, bangsa & agama kita dari di jangkiti virus yang bahaya ini. Sama sama beri kerjasama & patuh arahan pemerintah. Duduk rumah & jarakan 1 meter dengan orang bila memerlukan anda berada di luar. Kalau kita sedih surau & masjid terpaksa di tutup & tidak boleh berjemaah tolong bagi kerjasama untuk mengurangkan penularan wabak. kalau kita masih dengan sikap degil tidak mematahui arahan, tak mustahil akan semakin lama rumah ibadah akan di kosongkan selagi tiada penurunan kes. #StayAtHome #SocialDistancing #Covid19

KERANA SINGGANG DOKTOR PAKAR DI HENTAM

KERANA SINGGANG DOKTOR PAKAR DI HENTAM. Kecoh sejak semalam terbaca kat Twitter netizen mula menghentam seorang Dr pakar buah pinggang kerana satu posting beliau di media sosial mempertikaikan pihak media mengajukan soalan berkaitan masakan singgang di sidang media yang di adakan oleh Pengarah KKM,yang di katakan boleh merawat wabak yang sedang melanda dunia iatu coronavirus @ covid-19.

kemain marah pes pes bila Doktor pakar tersebut menyifatkan soalan itu soalan bodoh yang tak perlu di soal pada sidang media tersebut. Biasa la kerana satu isu.. Netizen mula menyerang doktor tersebut & mula la isu tak berkaitan pun di jadi bahan kecaman. Biasa la netizen kan. yang tak tau kepala ekoq pun kadang kadang nak join sama hentam orang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Doktor pakar tersebut antara doktor yang lantag bersuara menentang mitos mitos kesihatan makcik pakcik bawang, produk produk overclaim & beracun dah tentu la musuh musuh dia tunggu masa je nak menghentam. Tunggu silap sikit je.. Depa tak agak agak akan memeriahkan majlis mengecam sambil bersorak.

Orang media maybe rasa tak puas hati sebab Doktor pakar tersebut mempertikaikan media yang memberi ruang kepada produk produk overclaim untuk beriklan secara berleluasa di TV/Radio/Surat khabar maybe dengan silap cakap sikit depa pun tak tunggu lama dah la. Inilah point kita untuk menghentam balik beliau. Ayuh press kita bersatu angkat senjata. Gitu katanya. Tapi bukan semua press yer.. sapa buat dia terasa. yang tak macam tu rilex sudah.

Bila salah cakap sikit.. Macam di lupai terus jasa jasa beliau dok hari hari memberi info kesihatan & kesedaran pada masyarakat tanpa di bayar sesen pun awareness yang di buat kat media social. Mungkin Doktor tidak sekaya founder produk yang sentiasa menjadi anak emas pihak media. Yelah.. lumrah dunia kau ada pulus.. Kau la KING/QUEEN. yelah.. rice cooker kena jaga juga. Depa yang banyak dok bayar untuk iklan iklan produk depa melalui media tak kira media cetak atau media elektronik. Sampah ke najis ke tolak tepi.. yang penting kau bayar iklan kau kami siar. Tak ada langsung usaha dari pihak media untuk membantu membenteras produk produk overclaim ni.

Kalau harap TV, Radio & surat khabar aku rasa.. sampai sekarang pun aku masih bodoh & percaya dengan produk produk overclaim & berbahaya ni. Sejak ramai para profesional kesihatan seperti doktor, jururawat terlatih, individu individu yang ada knowledge tentang perkara tersebut mengambil tanggungjawab untuk menulis kesedaran di media sosial.. Aku sendiri sebagai blogger yang pernah berada di zon jahil bab bab produk ni at least dapat ilmu & apa yang aku tahu sikit sikit ni boleh juga aku tulis di blog aku untuk jadi rujukan orang lain. At least.. Dari situ aku sedar rupanya selama ni banyak kesalahan aku buat terutama bila menulis review untuk produk. So dari situ aku mula menapis setiap produk yang aku nak review supaya aku tidak menyebarkan sesuatu yang salah lagi.

Kenapa doktor tersebut marah sangat bila media menulis tanpa fakta yang betul konon singgang boleh merawat covid-19? Benda tu belum di buktikan dengan kajian.. Bila dah keluar tv benda tu masyarakat akan percaya benda tu betul. yelah.. mentaliti masyarakat yang jenis.. kalau tak betul takkan di siar dalam TV/Radio? Bila percaya... mula la semua berebut rebut nak makan. Bila banyak permintaan akan ada pihak lain seperti peniaga yang mula ambil kesempatan mungkin dengan menaikan harga. Bila dalam keadaan panik & terdesak.. manusia ni sanggup je buat apa saja termasuk membayar sesuatu benda dengan harga yang tak masuk akal. Padahal benda tu tak ada pun khasiat atau penawar seperti yang di gembar gemburkan.

Kat situ kita boleh lihat.. Impak pada sesuatu berita belum sahih bila menjadi viral. Mungkin niat doktor tersebut tak mahu cerita/isu tersebut di sensasikan sebab tu dia tak nak pihak media highlight sangat benda tu. Dia cuma harap sesuatu berita sebelum di sebarkan.. pihak media semak dulu fakta terutama yang berkaitan dengan isu kesihatan. ye faham hangpa marah bila Doktor tu kata soalan hangpa tanya tu soalan bodoh kan? Anggap la khilaf dia.. Tapi jangan menghentam sampai lupa terus kebaikan yang selama ni dia buat.

Sudah sudah la menghentam doktor tersebut terutama press.. ada lagi baik hangpa guna jawatan & kelebihan hangpa sebagai press untuk turut sama membantu memberi kesedaran pada masyarakat tentang produk produk overclaim & bahaya yang semakin hari semakin tak terkawal penjualannya. Di tambah lagi sekarang wabak covid-19 mula la overclaim produk depa boleh rawat la.. boleh cegah la hapa bana. Hat tu hangpa tak mau ambil tanggungjawab menghentam pulak yer.. Ni doktor tu salah cakap kata hangpa tanya soalan bodoh.. macam tersentap habis uraf saraf punya marah. Sikit punya hal pun touching. ceh!

Moral of the story.. Bagi aku bahasa doktor tu tak la kasar sangat pun. Tapi tu la kan.. hanya 1 statement boleh menyentap ramai hati. Alolo.. manjanya.

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN. Di era media sosial ni.. Rasanya kita lebih bertuah berbanding mereka yang di era sebelum media sosial. Sebab kalau sebelum era media sosial ni kita cuma dapat info melalui siaran tv, radio & surat khabar jer. Apa depa laporkan itulah yang kita tahu. Tapi di sebabkan teknologi berkembang maju.. Orang dah tak berapa layan info2 dari radio, tv & surat khabar yang banyak tidak telus. Lebih berkonsepkan kau bayar aku siar. Atau bahasa media sosial sekarang membongak je kerjanya.


Sebab tu muncul ramai aktivis di kalangan mereka yang profesional untuk membantu orang awam supaya mendapat info yang tepat. Takde la sepanjang hidup terus kena klepet je kan.. Satgi ada yang tak tau pulak klepet tu menatang apa. Klepet tu kena tipu la.

Lambakkan produk supplement, ubat tradisional, produk kecantikkan, kosmetik, skincare bagai kadang kadang kita yang kurang pandai ni tak tau yang mana selamat & yang mana tidak. Kita cuma berpandukan info yang di beri pengeluar & pengedar produk je. Kau rasa depa nak bagi tau ke kalau produk depa mengandungi bahan terlarang yang boleh merisikokan kesihatan orang lain? Mereput la tunggu depa ni nak jujur. Kalau depa tergamak jual tanpa rasa bersalah & tanpa rasa berdosa pada Tuhan.. Apatah lagi dengan hangpa depa nak rasa bersalah. Melingkup la hangpa kat situ.. Janji depa masyuk boleh kaya raya.



Sekarang ni menjadi trend OEM produk.. ada OEM produk yang ok, selamat & ada RND. bermakna melalui proses ujikaji keselamatannya sebelum di pasarkan tapi jangan tak tau bersepah produk dari kilang OEM yang tidak melalui proses RND & di pasarkan secara berleluasa. Bukan susah nak jadi pengasas produk sekarang ni.. Kau ada duit pergi je beli produk dari kilang OEM.. letak jenama sendiri. settle.

Esok esok bila kantoi dengan KKM.. bagi je alasan fake produk bagai padahal semua tu auta tak nak mengaku kesalahan sendiri.

Sebab tu hangpa kena follow aktivis yang menentang penipuan sains perubatan & produk merbahaya ni kat facebook. Banyak info kesihatan & produk2 yang bahaya mereka akan share. Jangan risau mereka di kalangan golongan profesional dalam bidang masing masing. Kebanyakkan doktor & staff pharmacist KKM. Antara Page & Individu yang ada boleh follow adalah..

Medical Mythbusters Malaysia
Pseudoscience Watch
Dr Rusyainie Ramli
Dr Rafidah
Ammar Kamar
Dr Iqbal Rosaili
Dr Suhazeli Abdullah
Amirul Amzar
Dr Afiq Rahim / DAR
Tinta Mahyuddin
Mahyuddin Mohamed
Abdul Rahman Abdul Kadir
Dziehan Mustapa
Hana Hadzrami
Khairul Hafidz Alkhair
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Noor Hayati Yasmin
Ahmad Firdaus
Dr Beni Rusani
Khairul Yoi 
(Khairul Yoi ni cuma aktivis sosial media buka di kalangan paramedic tapi sangat lantang menentang produk merbahaya. So boleh follow sebab info dia kebanyakkan telus )

Tu antara aktivis di kalangan pakar perubatan yang selalu berkongsi info kesihatan & selalu memberi pendedahan tentang produk2 yang bahaya di media sosial. Kalau rasa nak jadi pengguna bijak.. Follow la. Kalau rasa tak penting.. Ignore je tak ada sapa nak paksa. Den sekadar menyampaikan info jer..

Moral of the story.. Ingat produk merbahaya kadang kadang tidak memberi kesan hari ini pada kesihatan kita tapi ia adalah pembunuh secara senyap & perlahan lahan dalam diri kita. Mungkin kesannya hangpa akan dapat dalam jangka masa panjang. Masa tu mungkin penyelesalan takkan mampu mengubah apa apa..

KEPALA KEMALUAN KANAK KANAK 9 TAHUN YANG TERPOTONG MASA BERKHATAN TIDAK BERJAYA DI SAMBUNGKAN SEMULA

KEPALA KEMALUAN KANAK KANAK 9 TAHUN YANG TERPOTONG MASA BERKHATAN TIDAK BERJAYA DI SAMBUNGKAN SEMULA. Rasanya ramai yang dah tahu kes pasal seorang kanak kanak 10  tahun yang melakukan khatan di sebuah klinik swasta tapi malangnya doktor yang melakukan proses khatan tersebut tersilap potong hingga kepala kemaluannya terputus. Maka kanak kanak tersebut di hantar mendapat rawatan ke HKL untuk proses penyambungan semula.


Yang ni kes kedua pulak katanya.. Berlaku kepada seorang kanak kanak lelaki 9 tahun bila doktor terlebih potong hingga menyebabkan kepala kemaluannya terputus. Mula2 di hantar ke sebuah hospital di subang jaya tapi di sebabkan hospital tersebut tidak punya kepakaran dalam bab tu terus di refer ke HKL untuk proses penyambungan semula.

Tapi malangnya selepas seminggu doktor menyambungkan semula kepala kemaluan kanak kanak tersebut.. ia bertukar jadi kehitaman maka tiada pilihan lain terpaksa la doktor membuangnya semula. Alahai dik.. kesiannya kau. Atas kecuaian orang lain kau terpaksa menanggung kesan ni seumur hidup. Saman memang boleh saman.. Tapi mampukah duit saman tu menyempurnakan semula apa yang jadi kurang sempurna.

Sumber Harian Metro

Tak tau la macam mana doktor tu boleh tersilap potong.. mengantuk ke hapa pun tak tau. Betul la benda dah nak jadi bukan kita rancang tapi setiap apa yang berlaku tu pasti ada alasan & sebab musababnya... Sebabnya tetap la sebab kecuaian...

Aduhai trauma budak2 nak berkhatan lepas ni.. Dulu zaman tok mudim kampung jarang nak dengar kes terlebih potong macam ni. Bila guna teknologi potong dengan laser ni.. Macam macam pulak kes berlaku. Yang mudah kalau di ambil mudah sangat memang jadi musibah. So jadikan pengajaran.

Moral of the story.. yang berlaku dah berlaku hope adik2 ni mampu teruskan hidup macam manusia lain. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih besar di sebalik ujian berat macam tu.

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG. Nak kata tak tengok langsung.. tengok jugak kadang2 hujung2 mata. Nak kata follow sampai tak skip episod tu tak jugak. Jadi nak kata tak tahu langsung pasal drama tu.. tahu la juga pasal kisah cinta antara seorang doktor perempuan yang dulu agak tergedik gedik dengan seorang Kapten bergelar ustaz.


semalam terbaca satu status komen pasal Drama Sayangku Kapten Mukriz tu. Katanya kerja Doktor wanita ni gamaknya terlampau banyak masa terluang sampai kerjanya asyik merajuk dengan laki & tunggu laki pujuk macam dah tak ada kerja nak buat kat hospital. Sungguh tak real drama kehidupan seorang doktor walhal semua orang sedia maklum kerjaya sebagai seorang Doktor ni kadang2 nak tengok muka laki sendiri pun tak sempat. Jangankan nak tengok muka laki.. Tidur pun jarang cukup. Tapi dalam drama sayangku Kapten Mukhriz.. Tengok memang santai sungguh Doktor pompuan tu.

Yelah.. yelah.. satgi ada yang kata nama pun drama cinta mesti la highlight kisah cinta depa. Takkan nak tunjuk kehidupan dia kat hospital jer kan. Tapi rasanya benda tu memberi gambaran tidak betul kepada kerjaya seorang doktor mungkin akan menyebabkan orang membuat persepsi yang salah terhadap kerjaya seorang doktor. Lepas ni kalau doktor silap sikit mula la aku kata.. Macam la banyak sangat kerja doktor tu.. Tengok drama sayangku kapten Mukhriz rilex je dia. Boleh selalu je ber 'romen' tika dengan laki dia selalu. Konon la sampai tak cukup tidur.

Sepanjang aku tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz ni aku tak jumpa apa moral of the story dia nak sampaikan. Dok highlight kisah cinta, jeles tak tentu pasal, orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga, perempuan lain nak take over laki dia, kapten mukhriz kena pujuk bini dia.. bla.. bla.. Kata nak highligt kehidupan seorang angkatan tentera tak nampak pun.. nak kata highlight kehidupan seorang doktor memang langsung tak ada jadi kat sini aku boleh simpulkan semata mata cerita cinta yang tak ada motif & membosankan. Kot2 la ada babak dia tengah sibuk nak merawat patient yang cedera parah tetiba laki dia pun accident teruk masa tu dia terpaksa bersikap profesional & fokus menyelamatkan patient yang tengah parah sehingga berjaya. Ataupun bini tengah sakit tapi laki terpaksa menjalankan satu misi penting waktu tu berlaku satu peperangan dalam perasaan antara tanggungjawab kepada negara & kasih sayang kepada seorang isteri. Kat situ nampak jugak la erti pengorbanan demi cinta cuba di tonjolkan. Bagaimana mereka mengawal perasaan dalam situasi penuh dilema untuk berkhidmat pada masyarakat. Tu pun ada tema cinta jugak tu. Ni sepanjang cerita dari gedik gedik nak ngorat ustaz mukhriz sampai dah kahwin tak ada apa yang mencabar pun dalam kisah cinta Kapten Mukriz & Doktor apa ntah namanya perempuan tu. Aku lupa... hahaha

Gamaknya penulis cerita ni pun dia tak study kehidupan seorang anggota tentera & seorang doktor sebab tu tak banyak dia highlight tugasan sebenar dalam kerjaya tersebut. Jalan cerita dia cuma kisah cinta semata mata.. Kalau nak highlight kisah cinta tak ada motif tukar je tajuk sayangku Mukhriz sudah. Tak payah letak kapten tu.. Sebab kerjaya dia sebagai kapten memang tak nampak langsung dalam drama ni selain pakai uniform.

Tak tau slot drama pukul 7 ni bila la nak ada anjakkan paradigma.. Bukan tak ada langsung drama best yang di tayangkan kat slot tu di TV3 tapi sikit sangat yang best dari yang sampah. Katanya permintaan stesen tv nak drama drama macam tu.. Elok la sangat TV3 kena kecam secara berjemaah dengan rakyat malaysia. Memang stesen TV takde taste. Selera sampah. hehehehe

Orang yang maybe taste dia tak berapa high demand mungkin rasa cerita macam tu dah cukup menyentuh hati & membuat dia rasa terbang ke awan biru walaupun cerita tu sebenarnya cerita yang tak ada motif sangat nak di sampaikan. Macam cerita budak sekolah bercinta je.. kejab ok kejab merajuk. Bukan semua orang bukan citarasa yang tinggi dalam menonton sesebuah drama atau filem. Kalau taste anda tahap biasa biasa.. tak pelik la korang rasa enjoy dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz ni. hehehe

Moral of the story.. sebab tu aku suka dengan cerita seram. Dah tentu memang tindakkan di luar jangkaan. Nak2 lagi filem seram Thailand ni.. Kadang2 termencarut jugak la kalau tengok hahaha. Apapun aku doakan industri perfileman & drama Melayu ni berlaku satu perubahan. Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia.. drama kita masih di tonton oleh golongan2 kuat berangan je. hehehe

VIDEO! SEORANG DOKTOR KANAK KANAK MELAKUKAN PEMBEDAHAN

VIDEO! SEORANG DOKTOR KANAK KANAK MELAKUKAN PEMBEDAHAN. tu dia.. kecik2 dah jadi doktor katanya. Siap dah boleh operate orang. Budak2 sekarang memang canggih manggih tak macam kita dulu2.. Yang tau main jadi mak mak ber'anak' kan anak patung jer. Budak2 sekarang permainan pun yang high class... Kalau kita dulu budak2 kalau tanya cita cita jer.. tak cikgu untuk budak perempuan.. askar, polis untuk budak lelaki kecuali aku je bila cikgu tanya aku cakap nak jadi penyanyi kau! hahahaha


Bila tengok seorang kanak kanak act macam doktor & melakukan pembedahan pada seorang pesakit dia ni.. Wah! Kalau dulu aku berkesempatan macam ni kan best. Sekarang.. Kang aku buat macam dia buat mau jadi viral seantero alam maya pulak kan. Korang nak tengok macam mana doktor cilik ni operate pesakit dia.. meh tengok kat sini. Tapi memang cara dia agak ngeri la. hahaha >> Bila Seorang Kanak Kanak Menjadi Doktor <<

Sekarang ni budak2 cita2 dia dah tak macam kita dulu dulu.. Kecik2 lagi mereka dah di dedahkan dengan bermacam benda sebab tu kalau tanya cita2 budak2 sekarang tak dengar sangat dah nak jadi cikgu, askar, polis bagai.. Kebanyakkan nak jadi angkasawan, nak jadi saintis, nak jadi pilot, nak jadi driver teksi pun ada.. Sebab mungkin hari2 dia pergi & balik sekolah naik teksi nampak hari2 mak dia bayar tambang kat driver teksi macam masyukk jer kan. Ada yang nak ganti DS Najib jadi perdana menteri. Cita2 budak2 sekarang memang berbeza dari budak2 dulu dulu. Tapi paling ramai budak2 sekarang memang nak jadi retis la macam aku dulu.. tak caya tengok rancangan realiti tv untuk kanak - kanak sekarang. Menangis kau kalau tak lepas audition.

Apapun minat & impian mereka.. pupuk la mereka menyukai bidang2 yang baik. Mampu berkhidmat untuk masyarakat. Semoga kerjaya mereka nanti menjadi bekalan pahala yang di bawa bila dah mati. Even kita bukan baik.. tapi setiap ibu bapa mengharapkan anak anak dia jadi manusia yang lebih baik dari dia, kan.

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH. Sekarang ni tengah viral pasal seorang individu yang mendakwa terima layanan buruk dari nurse kat situ. Kemudian katanya ada yang sampai kena tidur atas lantai sebab tak cukup katil. Yang dah ada bukaan pun terpaksa menunggu di kerusi. Aku salah seorang yang ada pengalaman bersalin di hospital sungai buloh jadi aku rasa tergerak hati nak share jugak la secebis kenangan aku semasa melalui detik2 penuh mendebarkan bagi seorang yang baru nak bergelar ibu masa tu.

Gambar Yang Menjadi Viral

Tahun 2011.. Masa tu bulan puasa. 20 Ogos 2011 pagi tu air ketuban dah pecah. Dalam pukul 7 pagi macam tu. Dalam pukul 8 macam tu.. aku gerak ke hospital dengan suami aku. Time tu dah rasa contraction. Sampai hospital dalam 8.30 macam tu.. Terpaksa tunggu kat kerusi sebab katil dah penuh. walau contraction dah kuat tapi memang time tu berlaku jugak perkara yang aku rasa nak marah. Nurse masa tu boleh cakap biasa je tu bila nampak aku muka menahan sakit. Mundar mandir kat tempat menunggu tu. Sampai la seorang attendant staff ke hapa position dia aku tak pasti tapi lelaki & pakai uniform putih jugak la. tengok aku sakit sangat dia minta nurse bagi aku katil & check bukaan. Lepas check tu memang tak tunggu lama terus dorang tolak masuk LR. tak sempat tukar baju ke hapa. Aku pun bukan reti sangat.. Tak tau bukaan tu berapa cm ke hapa. Yang aku tau sakit yang amat. Masuk LR dalam pukul 9.00am & aku bersalin secara normal tapi kena vacum sikit. 9.20am anak aku dah keluar. Dalam lebih kurang pukul 11.00 kot aku dah masuk wad. Dalam LR tu cuma ada seorang je nurse yang agak garang tapi bukan melayu. Dia garang sebab aku minta bersalin cara lain selain kena push macam tu. Aku dah tak larat sebab sahur aku tak bangun. Sehari sebelum bersalin buka puasa last tu aku tak makan sangat. tetiba pagi tu dah nak bersalin. Awal dari due date 3 minggu. Dia cuma cakap.. You Tak cuba You dah cakap tak boleh. Tu je la dia cakap. Lepas tu ada nurse yang prihatin walau aku tak minta dia yang pergi panggilkan suami untuk bagi support. Tapi yang lain2 termasuk doktor yang jahit luka aku tu semua baik baik. Masa jahit pun berkali kali dia tanya kalau sakit bagitau dia tambah ubat. Memang tak sakit la kan aku masa kena jahit. Alhamdulillah berkat doa suami, mak, makcik & orang2 yang aku sayang Allah permudahkan semua urusan aku bersalin.

Masa kat wad pun.. Walau memang wad pun penuh time tu tapi aku tak nampak pun ada sapa2 tidur atas lantai ke hapa. Mungkin kat sudut lain aku tak sure la kan. Aku pun bukan sempat nak jenjalan sekitar tempat tu. Almaklum baru lepas bersalin. Sampai hospital pun tak sempat nak beramah mesra dengan sesapa terus bersalin je. Aku di tempatkan kat class kedua. Nurse2 kat situ pun Alhamdulillah baik. Sentiasa tanya kalau aku perlukan apa2. Nak ke tandas ke hapa dorang nak tolong cuma aku segan. Aku tunggu jugak suami aku. Anak aku masa tu masuk NICU sekejab sebab tak cukup berat tapi keesokkan harinya dua2 boleh keluar wad. Anak aku sihat & tak ada masalah apa2. Aku pun tak ada apa2 masalah. Nurse pun layan ok.. doktor pun masa check up takde kasar2 atau sombong tak tentu pasal. Majoriti bagi aku service di Hospital sungai buloh ok! Satu dua yang mula2 tu yang tak alert pasal orang sakit tu aku maafkan je. Sebab setiap tempat nak jumpa yang 100% baik memang tak ada kat dunia ni. Syurga je ada. Dalam masjid pun macam2 perangai orang ada inikan hospital.

Aku pernah masuk wad dengan anak aku sebab kuning. Sepanjang berada di wad lebih kurang 4 hari kalau tak silap. Alhamdulillah nurse, doktor & semua kat situ baik baik belaka. Kira Allah datangkan kat aku masa tu semua orang yang baik2 je la. Syukur la kan.

Sampai sekarang aku masih berurusan dengan hospital sungai buloh. Alhamdulillah.. Aku di temukan dengan orang2 yang baik je kat situ. Tak kira dari nurse, doktor, therapist anak aku.. semuanya layanan sangat mesra. Tak tahulah kenapa ada orang yang bernasib tak baik berurusan dengan hospital sungai buloh ni. Samada kesilapan tu di sebabkan sikap tak bertanggungjawab pihak tertentu atau kita kena check balik diri kita mungkin kita pun ada silap kat mana2 sehingga Allah menyusahkan kita dengan ujian2 macam tu. Atau Allah terlalu sayangkan kita sebab tu dia uji keimanan kita dengan cara macam tu. hehehehe. Tengah sakit kadang2 kita jadi terlalu sensitif.. Yelah sakit nak bersalin tak ada yang tak sakit. Sakit yang amat2 sangat.

Kalau ada rezeki untuk anak untuk lain kali.. Aku tak rasa serik untuk bersalin kat hospital sungai buloh & harap aku tetap di beri rezeki berurusan dengan orang yang baik baik je kat sana. Moga Allah sentiasa permudahkan semua urusan aku.

INILAH AKIBAT DOKTOR TENGAH LAPAR ISI BORANG CUTI PESAKIT

INILAH AKIBAT DOKTOR TENGAH LAPAR ISI BORANG CUTI PESAKIT. Doktor pun manusia walau mereka sentiasa kena profesional ketika menjalankan tugas tapi kadang2 secara tak sengaja boleh jugak terbuat salah yang kita boleh tahu keadaan doktor yang nampak tenang sebenarnya dalam keadaan tengah stress, tengah sedih atau tengah lapar.

Sekadar Hiasan tiada kena mengena dengan cerita. Gambar sumber Google

Yelah.. Yang bernama manusia ni walau seprofesional mana pun depa kadang2 kalah juga dengan keadaan. Aku pernah ada seorang kawan doktor muda.. Staff & nurse selalu salah sangka dia doktor pelatih padahal dah graduate & dah jadi doktor pun. Dia pernah mengadu dengan aku pernah termarah seorang pesakit yang level2 pakcik sebab asyik ulang tanya bila tarikh operation dia. Aku cuma nasihat dia.. Pakcik tu mustahil akan faham kerja doktor sebab dia bukan seorang doktor cuma dia risaukan sakit dia jer.. tu dia asyik tanya. Doktor jer faham apa perlu di buat sebelum operation terhadap seorang pesakit di jalankan. So, nak salahkan pakcik tu pun tak boleh.. Yelah, sapa tak nak cepat sihat kan? Walaupun dia seorang doktor & aku masa tu masih kerja sementara kat cyber cafe.. Dia boleh accept pandangan aku. Sangat low profile kawan aku tu walau aku pernah tengok wayang dengan dia.. tapi dia bantai berdengkur sebelah aku. Hahahaha

Kita tak boleh harap seorang doktor tu akan menjadi seorang yang perfect setiap masa.. Kadang2 dia juga buat silap. Cuma kesilapan dia buat tu samada boleh hanya di lupakan dengan beri 'Maaf' atau tidak je. Tapi kalau doktor yang buat silap macam ni.. Confirm aku rasa dia tengah lapar. Nak tau apa kesilapan doktor ni sampai orang boleh tahu dia tengah lapar meh tengok kat sini >> 13 Perkara Paling Tak Boleh Blah Berlaku Yang Buat Kita Rasa nak marah pun ada nak gelak pun ada <<

Moral of the story.. Itulah pengorbanan seorang doktor. Kadang2 sampai tak sempat makan.. kurang tidur & susah untuk ada masa berkualiti dengan keluarga. Jadi.. berterima kasih lah dengan doktor.. Mereka bukan sahaja bekerja malah berkorban untuk ramai orang yang mereka sendiri tidak pernah kenal.

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK. Aku saja jer biarkan isu yang tengah viral tanpa mengulas kat wall FB macam kebiasaan aku buat sebelum ni atau komen kat mana2 status yang share atau komen pasal isu tu. Malas la.. Almaklum la apa yang keluar dari jari aku ni orang anggap negatif sangat padahal orang yang label aku negatif pun tak sepositif manapun. Kat wall sendiri je dia positif tapi kata2 positif pun banyak berbau sindiran je. Nak tengok warna hati dia sebenar.. cuba tengok kat status mengumpat orang lain. Sama naik je cuma kat wall dia je dia tak tunjuk tanduk. Hipokrit giler bagi aku spesis macam ni. Perwatakkan lembut belum tentu hati tu putih jernih. Ada jugak daki2 yang terselindung di celahan yang kita nampak putih jernih tu.


Jadi aku ambil keputusan untuk baca & biarkan je ia berlalu di news feed FB aku. Sampai masa kalau aku rasa nak mengopek isu tu aku ber warrior la kat blog. Bila dok baca banyak setaz setazah, pakar motivasi,judges awam dok berkomen isu tu. rata2 mengutuk perempuan2 yang mengedik katanya bila hotfm jemput doktor sado yang ensem ke konti untuk di temubual. Katanya ada yang sanggup nak doktor tu bidankan dia bersalin. Kita ni sebolehnya nak doktor perempuan cuma tak berkemampuan je nak buat pilihan.. ada juga sanggup tadah kat doktor laki dengan rela sebab dia ensem jer.

Tu yang terang2 mengaku terpesona dengan kacak & sado doktor tu.. Yang berkias2 sambil share gambar doktor kacak lagi sado tu pun sebenarnya bergetar jugak tulang rusuk walau caption dia laki aku lagi ensem. Kalau benda tu tak bagi kesan tarikkan mustahil la dia share. Aku.. entahlah. Kalau tanya memang la aku kata dia ensem. Tapi tak bagi apa2 makna dalam hidup aku sampai buat aku tergerak hati nak share pasal dia. Rasa bersalah pulak kat laki aku dok share gambar lelaki yang jadi viral sebab dia ensem tanpa sebab.

Memang tengok zaman media sosial sekarang perempuan tak kira apa status macam hilang kemaluan bila tengok lelaki kacak. Tu baru dapat tengok rupa dah bergetar tulang temulang, gamaknya kalau tetiba laki tu lamar terus lupa suami & anak la kot.

Walaupun teruja.. Jagalah harga diri & status kita sebagai seorang isteri. Tolong rasa hormat pada suami. Jatuh air muka suami bila bini dia tergedik2 tengok laki ensem seolah2 muka laki dia buruk sangat. Ye.. kita manusia kadang2 hati kita ni nakal jugak. Tapi tak payah tunjuk sangat. Kawal la tindakkan jangan ikut sangat nafsu tu. 

Moral of the story.. Terpesona tu satu rasa yang biasa bagi manusia normal tapi tetap kena sedar diri & status kita baru kita boleh kawal apa yang kita rasa agar kita tak berperasaan yang tidak sepatutnya.

GADIS DI TUDUH HAMIL LUAR NIKAH SEBAB DOKTOR SILAP BAGI RESULT URINE

Kelalaian memang kesilapan manusia. Kesilapan manusia ni selalunya menyebabkan manusia lain dapat susah. Kesian aku baca kisah anak dara sorang ni. Tak terbayang perasaan malu & aib dia ketika itu..

Terbaca kat Berita harian pasal seorang gadis berusia 23 tahun yang cuba mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuah, di sini, bagi merawat kesakitan dialami pada bahagian kanan perut, sebelum dirujuk kepada seorang doktor.

Lepas seminggu sakit dia tak jugak baik2 dia pergi lagi ke klinik yang sama selepas tu di transfer ke pakar sakit puan di hospital Langkawi. Esoknya tu dia di masukan ke wad tiba2 datang 3 pegawai dari Jabatan agama Islam Langkawi soal siasat dia & menuduh dia hamil anak luar nikah & tuduhan tu pesakit2 lain pun dapat dengar. Mana tak malunya si gadis tu, kan?? Sebab dia yakin dia tak mengandung.. dia minta penjelasan nurse & doktor kat situ tapi kesian takde yang layan.

 Sumber Berita Harian

Selepas dia dapat  notis supaya hadir di PAIDL untuk siasatan lanjut dia minta ujian air kencing di lakukan kali kedua & hasilnya negatif.. dia tak mengandung pun. So sekarang ni dia tengah fikir nak ambil tindakkan undang2 pada pihak hospital tersebut.

Memang manusia tak lepas buat kesilapan.. tapi kesilapan yang boleh mengaibkan orang lain macam ni rasanya tak harus berlaku. Macam mana boleh silap result urine. Buat keja sambil lena ke hapa... Op's kita kena positif.. kita tak tau apa masalah orang yang buat kerja tu sambil boleh keluarkan result yang salah & sekaligus mendatangkan malu & aib pada orang lain. Tidak pada aku dalam perkara ni. Apapun masalah dia.. setiap kerja ada etika. Kalau kita sentiasa positif & anggap sebagai suratan takdir seterusnya memaafkan tanpa sebarang tindakkan di kenakan.. Percayalah kesilapan macam ni akan sentiasa berlaku sebabnya.. apa depa nak kesah kan. Buat silap.. anggap je sebagai takdir.. benda dah tertulis akan jadi. So, semua ni ketetapan Tuhan... tak boleh nak buat apa. Sonang kojo la camtu.

Kesilapan macam ni maafkan tu kena la maafkan tapi kena juga di beri pengajaran supaya tak berulang & di menjadi ikutan pada orang lain. Tetap kena ambil tindakkan undang2. Bukan tuduhan kecil kalau sampai dah kata mengandung anak luar nikah. Pada yang positif & tak boleh terima pendapat den ni terpulang... Kita ada pandangan masing2. So,berhujah la secara berhemah.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

DAYANA & WAN SAKINAH SUDAH BOLEH KELUAR BERSAMA

Kalau betul Alhamdulillah la kan.. Nak bermasam muka pun dah termadu & bermadu. Jadi apa jalan yang ada selain berbaik. Tapi statement tu bukan dari dayana mahupun wan sakinah tapi dari suami mereka Ashraf Muslim.
Ashraf menegaskan bahawa Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan malah dia juga sayangkan kedua isteri dan keluarga mereka.
Ketika ditanya tentang hubungan isteri-isterinya Ashraf menjawab, "Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok." (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama). (Artikel penuh boleh baca kat sini >> "Dayana & Wan Sakinah Sudah Berbaik" - Ashraf Muslim
Dah boleh keluar bersama tu nampaknya dayana cuba terima la madu dia antara dia & suaminya. Memang susah tapi sebagai wanita yang baik macam dayana tu nampak dia ada usaha untuk menjernihkan keadaan & menerima wan sakinah.

Sebagai seorang perempuan & isteri.. Kita mesti dapat rasa perasaan dayana. Perasaan sakinah tak sesakit dayana jadi kita lebih tertumpu pada perasaan dayana la kan?? Mungkin bibir mampu ucap kata maaf tapi dalam hati bukan mudah nak terima apapun percubaan untuk terima apa yang terjadi adalah bermula dari ucapan maaf dari bibir. Kalau kita ucap selalu mungkin jadi satu doa yang termakbul & akhirnya kemaafan tu menjadi ikhlas.

Semoga mereka menjadi satu keluarga yang bahagia. Siapapun salah & siapapun yang betul.. Bukan jadi persoalan. Bila perkara tu dah berlaku nak tak nak terpaksa juga cari jalan yang terbaik agar apa yang dah berlaku tu di layari dengan kebaikan.

PANAS!!! ANA HAWANA PENULIS SEBENAR NUKILAN DAYANA

Rupanya bukan Dr Dayana isteri pertama kepada Asyraf muslim. Sebab benda ni dah ramai copy paste post & share maka kita tak tahu datangnya dari mana termasuk la den. Den share bukan sebab nak publisiti dari kontroversi yang melanda dorang tapi puisi tu memang menyentap habis. Memang yang menulis itu wanita yang lebih memahami isi hati wanita sebab tu kadang2 kita rasa nukilan dia sama macam isi hati kita jugak kan.

Dari Blog PART OF ME membawa sang lekit terus ke link FB pemilik sebenar nukilan dayana tu iatu Ana Hawana. Ada bukti2 yang boleh di percayai ia milik wanita bernama Ana Hawana dari status2 di FB beliau. Apapun den nak ucap tahniah pada Ana Hawana sebab nukilan simple itu berjaya jadi satu fenomena pulak kat FB. Kalau den.. sebab yang den sebut tadi la. Puisi tu seolah2 mewakili hati seorang wanita.. tak ramai wanita yang rela di madukan. Kebanyakkan ramai yang terpaksa bermadu sebab sudah di madukan di luar pengetahuan dorang. Tapi Ana Hawana kena jelaskan benda ni sebab ia membawa nama Dayana. Perkara ni mungkin boleh jadi isu yang besar.. Mungkin orang akan anggap benda ni kenyataan dari Dayana kepada isu mereka sekarang. Tu je nasihat sang lekit pada Ana Hawana.


 Sumber dari FB Ana Hawana

Apapun atau siapapun yang menulis nukilan itu sang lekit nak cakap sang lekit suka. Cuma mungkin cara penyebaran nukilan tu mungkin memberi kesan pada Dayana nanti tapi kita tak boleh salahkan Ana Hawana.. kerana penyebaran tu  di lakukan oleh orang yang tak bertanggungjawab sebab dia tak menerangkan perkara yang betul. Dia sepatutnya kena mention nukilan tu hasil nukilan Ana Hawana.. bukan dayana walau di adaptasi dari kontroversi dayana & asyraf muslim. Jadi satu pengajaran pada saya sendiri & untuk semua. Berhati hati bila menyebarkan sesuatu. Kita nampak kecik tapi kita tak tahu mungkin besar kesannya pada nama yang di kaitkan.

Ayat last sekali May Allah Bless U.. Dayana tu dorang skip kan buat orang salah sangka

MEMANG MANUSIA BUKAN TUHAN

Manusia mustahil menjadi Tuhan.. Apatah lagi menjadi sehebat Tuhan & sesempurna Tuhan tapi manusia di beri akal oleh Tuhan untuk berfikir.. Manusia di beri amanah untuk di laksanakan. Manusia di beri tanggungjawab untuk di pikul. Itu adalah tugas yang di beri Tuhan untuk manusia melaksanakan.

Jenjalan baca berita hari ni kat Sinar harian Online terjumpa 1 kisah kecuaian pihak hospital sehingga menyebabkan kematian.. Dan 1 kes lagi hampir menyebabkan kematian tapi mungkin umur dia panjang & dapat di selamatkan. (Boleh rujuk artikel tu DISINI )

Pasal sedutan akhbar tu ok tapi yang sang lekit nak komen & bahas pasal sipolan yang komen tu. Rasa masa dia komen dia nak terberak kot sebab tu dia komen tanpa sempat berfikir panjang terus taip komen yang agak menampakkan ketidakbijaksanaannya. katanya...


Kalau ikut konsep manusia bukan Tuhan.. Lepas ni apa2 kecuaian berlaku masing2 boleh pejam mata la. Yelah manusia bukan Tuhan boleh la buat kerja ala kadar.. orang kata asal buat, asal rawat, asal siap jer lah yer. Kalau jadi apa2 pun anggaplah semua tu takdir. Kalau jadi kat family disopalan yang komen macam tu.. Kau jangan kecoh lak. Kalau doktor silap suntik ubat ke.. silap rawat ker.. silap toreh2 anggotan badan family kau @ kau sendiri pun kau jangan la marah tau. Sebab manusia bukan Tuhan.

Kau cakap macam tu sebab belum kena kat batang hidung kau.. Sebab tu kau rasa tak perlu ambil serius. Kalau di biarkan jer maka perkara macam ni tak di ambil serius mungkin bakal membahayakan nyawa orang lain jugak bila petugas yang di amanahkan melakukan tugasnya buat kerja asal siap je. Kecuaian adalah dari kesilapan manusia tu sendiri.. mungkin dari kelalaiannya yang melakukan tugas dengan sengaja ataupun tidak. Tapi kalau di lakukan mengikut prosuder yang di tetapkan.. Insyaallah dapat elak dari berlaku kecuaian.

Jadi kes kecuaian ni sang lekit rasa tak patut kita ambil mudah lebih2 lagi melibatkan nyawa. Betul.. ajal maut di tangan Tuhan tapi itu bukan alasan kau boleh ambil mudah dalam hal melibatkan kesihatan & nyawa orang. Kan?? Kalau kau buat kerja asal siap cukup bulan dapat gaji tapi tidak melakukan tugas yang di amanahkan pada kau sebaik mungkin kau dah melanggar perintah Allah jugak, kan?? Ini cuma pendapat peribadi melekit je.. Kalau ada yang rasa setuju dengan sipolan tu tak kisah la. Itu hak masing - masing


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com