Showing posts with label Zombie. Show all posts

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID? Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan. Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti. Tak tahu samada niat dia benar benar ingin tahu atau sekadar cuba mendapat perhatian warganet untuk jadi viral. Niat dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Dari pertanyaan dia ni sebenarnya benda tu dah ada jawapan. Cuma kita je malas fikir. Dalam Islam dah bagitahu.. Mati kerana wabak adalah mati syahid cuma pahala syahid tu bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu apa di sebalik kita nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Kalau rajin google kat portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada menjawab soalan ini tapi bukan la pasal wabak zombie la. Virus zombie yang di cerekakan dalam filem dan drama tu hanya rekaan semata mata.Tapi di inspirasi dari wabak wabak yang pernah melanda manusia. Jadi tema dia tetap wabak. Cuma di masukan elemen seram dan fiksyen sebagai watak zombie di reka untuk menarik orang menonton. So jika wujudnya virus yang buat orang yang di jangkiti seterusnya bertukar jadi zombie tetap la ia dalam kategori wabak juga kan? kita ambil point sebagai wabak @ penyakit berjangkit. Tapi Bukan zombie yer.. Setakat ni watak zombie tu cuma fiksyen & rekaan semata mata. Tak wujud pun virus macam tu kat dunia ni.

Sedikit info dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tetang mati akibat wabak atau penyakit berjangkit ni..

Orang Islam yang mati kerana wabak dikira mati syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya : “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan bahawa orang Islam yang mati kerana wabak (taun) dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)


  • Al-Jauhari mengatakan : Taun merujuk kepada kematian yang meliputi umum sama seperti wabak.
  • Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan : Wabak adalah taun dan juga penyakit yang meliputi umum.
  • Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmizi : Dinamakan sebagai taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku kematian disebabkannya. Maka penyakit-penyakit yang seumpamanya turut termasuk sebagainya (taun).

(Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 95

Sekarang dunia memang tengah menghadapi wabak yang dah bertahun tahun masih belum pulih iatu covid19. Sebab ia sejenis virus yang bermutasi dengan cepat dan melahirkan macam macam varian. Yang terkini omicron. Hope selepas omicron dia dah mandul la kan tiada lagi varian baru. Jadi covid juga dalam kategori wabak even dalam Al Quran menyebut sebagai taun tapi merujuk kepada wabak.


Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19 ini dianggap sebagai mati syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadis-hadis yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang terkorban kerana Covid-19 ini sebagai mati syahid di sisiNya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW :

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya : “Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” Riwayat Muslim (1909)

Semoga Allah SWT menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua. 

Pada budak budak bbnu ni korang kalau nak attention pun jangan la dok buat pertanyaan merepek. Bukan je tak nampak bijak malah tak berapa lawak juga jika orang yang di tanya tu bukan dari peserta maharaja lawak atau artis komedi. Kau nak tanya Mufti biarlah soalan itu nampak berilmiah dan betul betul nampak kau serius ingin tahu.


Moral of the story.. kalau dah bosan sangat scroll je blog lekatlekit dari dok merapu tag Mufti dengan soalan soalan gila macam tu. Peace Yo!


ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS

 ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS. Sat na.. nak sapu sawang sawang kat blog ni. Rasa lama pulak tak ber update. Allahu nak cari masa buka blog sekarang macam nak cari masa membawang bersama jiran tetangga. Susah sangat malah.. susah sangat saya nak membawang dengan jiran jiran ni. Boleh kata memang tak ada langsung la aktiviti membawang dengan jiran jiran ni. 24jam memerap dalam rumah dengan anak anak. Gitu la sekarang nak buka blog & update. Di kesempatan yang ada ni kita update la apa apa niat yang tertunggak.

actually dah lama nak review filem ni. Tapi tak ada masa untuk berkarya kan.. Di kesempitan masa yang terhad ni meh la kita share filem yang kita dah tonton.



Alive ni mengisahkan seorang V-blogger yang memang jenis anti social. Suka memerap dalam rumah menghasilkan Vblog & main game. Bila kawasan penempatan dia di serang wabak zombie & hampir kesemua penduduk di situ dah di jangkiti.. Dia terperangkap dalam apartment dia. mula mula memang la tak jadi masalah sebab dia jenis yang suka memerap tapi bila semakin tiada bekalan makanan, talian internet terputus, bekalan air terputus dia mula merasa stress. Nak keluar tak boleh. Penuh zombie sampai satu ketika dia tekad nak bunuh diri sebab terlampau tertekan tak ada makanan, air & internet.

Semasa dia nak mengantungkan diri tu.. tetiba satu cahaya laser menerjah masuk ke dalam apartment dia. Cahaya laser tu datang dari bangunan apartment yang bertentang dengan apartment. Cuba menyampaikan mesej supaya dia jangan bunuh diri melalui tulisan dari perkataan perkataan yang di ambil dari tulisan tulisan yang ada pada dinding rumahnya. Dari situ dia tahu masih ada orang yang selamat & tidak di jangkit. Seorang gadis telah menyelamatkan dia dari bunuh diri. dari situ mereka mula berhubung & cuba merancang untuk keluar dari situ & mencari bantuan.

Dalam usaha nak keluar dari kawasan tu mereka bertemu dengan seorang lelaki yang pelik. Lelaki tu yang selamatkan mereka dari jadi mangsa serangan zombie. Pada awalnya lelaki tu nampak baik. Bagi mereka perlindungan & makanan tapi sebenarnya lelaki itu ada niat sebaliknya. Akhirnya terbongkar bila lelaki tu cuba menjadikan mereka makanan kepada isteri dia yang dah di jangkiti virus zombie. Setelah bergelut & berjaya lepaskan diri.. Mereka cuba berlari ke sebuah bumbung bangunan untuk mendapatkan bantuan dari helikopter penyelamat yang berlegar legar bagi misi mencari mangsa terselamat. Dan akhirnya mereka selamat.

Actually filem ni tak seram atau ganas sangat. Effect effect zombie tu biasa je. Cuma yang best jalan cerita dia yang buat saya rasa nak tunggu ending dia. Macam mana dorang nak keluar dari tempat tu. memang kita tak boleh fikir kawasan yang penuh zombie. Kiri kanan depan belakang. Buka pintu memang dah ada zombie menanti nak menyerang. Nak tahu samada berjaya ke tak mereka keluar? Siapa yang datang selamatkan mereka. Scene scene macam tu buat melekat juga la bontot tonton sampai habis.

Filem ni memang tak meleret leret. Merapu merapan dengan babak babak tak perlu atau babak babak yang menyemak. Jadi tak sakit hati sangat nak tonton.

Sesuai kalau nak tonton seisi keluarga. tak ada babak babak sensitif pun. Babak ganas pun tak ganas sangat. So tak ada masalah nak tonton dengan anak anak kecil. Saya pun tengok dengan anak anak je.

Bagi peminat filem bertemakan zombie macam saya.. Boleh la tonton filem Alive ni. Not Bad juga. 


SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN. Walaupun cerita ni dah basi bagi sesetengah orang.. Ada ku kesah nak mengulas. Konsep aku senang.. Aku tak kisah jadi orang yang terakhir tulis sebab aku lebih suka menulis apa yang aku tahu.. Nak review filem atau drama pun normally memang yang aku tengok & aku rasa berminat nak mengulas. Tak kisah la dah basi ke atau fresh from oven ke.. hehehehe


Alkisahnya semalam tersinggah tesco. Lama jugak tak masuk tesco sebab anak aku ni masuk tesco dia jadi hilang pertimbangan sikit.. Almaklum banyak benda yang attract dia. Tapi semalam kebetulan nak cari something yang ada kat tesco maka singgah la.. Saja je la usya2 kat rak dvd tu.. Memang rezeki tengok dvd filem Train To Busan dah keluar. Walaupun trend sekarang selain tengok kat pawagam, orang tengok online. Aku dah cuba ikut trend tapi feel tu tak mencapai tahap kepuasan. Baru starting cerita aku dah rasa tak best nak tengok dari skrin pc ni. Aku kena tengok dari skrin TV jugak...


Train To Busan.. Serius bukan cerita seram walau di klasifikasikan sebagai horror movie. Memang tak seram. effect2 zombie dia takde mengerikan sangat bagi aku cuma jalan cerita dia memang buat aku & laki aku terus berhenti online seketika waktu bagi memberi laluan kepada filem tu. Memang cerita dia tak banyak sembang2 tak berilmiah.. Lebih kepada aksi. Cerita ni macam orang dok bagitau.. Sedih ok! Jiwa seram aku ni pun tersentuh. Banyak aspek pengorbanan di tonjolkan dalam filem ni tak kurang jugak seperti yang kita tahu ada seorang watak lelaki tua yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup jadikan orang lain perisai untuk menyelamatkan diri dari di serang zombie. Tapi akhirnya dia jugak jadi korban zombie.

Watak lelaki tua paling di benci dalam Filem Train To Busan

Ending cerita ni semua lelaki dalam Train To Busan menjadi korban zombie & mati. Yang hero pun mati apatah lagi yang watak extra untuk meramaikan majlis jer. Jangan harap la depa nak dapat scene dapat selamatkan diri & hidup dengan bahagia kan. Yang terselamat cuma seorang kanak kanak & seorang wanita mengandung yang kedua2 mereka ni tak ada pertalian saudara. Cuma naik satu train yang sama. Bapa kepada kanak kanak ni hero dalam cerita ni tapi ayah dia pun kena jangkitan zombie tu dekat ending2 cerita & suami perempuan mengandung tu terkorban demi menyelamatkan isteri & beberapa orang penumpang yang masa tu masih selamat masa tu.

2 hero dalam filem Train To Busan. Sorang Mati Masa pertengahan cerita. Yang Kurus hensem tu mati dekat ending cerita

Macam majoriti penonton lain, aku rasa train to busan filem yang memang best di tonton. Serius hilang rasa mengantuk walau effect2 darah ke hapa macam tak ngeri sangat tapi perjalanan cerita dia buat kau sentiasa tunggu & tunggu apa akan berlaku seterusnya. Aku pun tak dapat agak siapa yang akan terselamat sampai la akhir cerita baru tahu. Part2 sedih tu berkaca jugak mata..

2 Perempuan yang terselamat. Seorang anak kepada hero ensem & sorang lagi isteri kepada hero yang gempal sikit. Rujuk gambar kat atas

Moral of the story.. Naik train sebab nak mengelak dari tersangkut dalam kesesakkan jalan raya tapi bila naik train lebih menyeramkan.. sebab tak mustahil boleh berlaku kejadian kejadian tak di ingini walau mustahil la kena serang zombie tapi serangan secara halus pun banyak jugak. Jadi terfikir nak beli kereta, maybe kereta proton persona yang baru tu menjadi pilihan anda tapi please jangan beli dulu proton persona sebelum anda baca ni >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Penting tau kita tahu tentang kelebihan & kelemahan kereta yang ingin kita beli.

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE.  Dulu pernah kecoh filem Syamsul Yusof yang telah di rompak & di sebarkan secara online sebelum bermulanya tayangan di pawagam. Sampai merajuk la dia.. tak nak jumpa langsung wartawan atau keluar TV. Gamaknya kemurungan kot. Yelah filem juta2 alih2 lanun dapat dulu & tayang secara percuma di online. walhal bila di tayangkan kat pawagam pun filem tu masih mendapat kutipan box office jugak. Tak payah tamak sangat.. Allah tarik sikit je tak sampai jatuh bankrup pun malah masih menguntungkan. Tu pun nak nangis celah ketiak mak ayah.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Nak membenteras cetak rompak memang agak mustahil. Sampai sekarang pun kegiatan cetak rompak ni masih wujud. Malah lebih upgrade. Dulu kita boleh jumpa kat pasar malam je dalam bentuk cd,vcd,dvd tapi sekarang boleh download & tonton secara online. Tapi kalau filem tu betul2 mampu menarik penonton jangan risau pasti tiket wayang laris macam goreng pisang. Kalau cerita pun tahap minta kaki je.. Kau mimpi la nak box office. Tapi sekarang filem2 samseng, ganster, masalah sosial.. Tayang2 aksi2 lumba yang merbahaya, perempuan melentok liuk seksi dalam pub.. Memang la mampu jual. Konon nak bagi mesej & moral of the story la sangat padahal yang kebanyakkan menonton cerita ni ambil teladan macam mana nak buat aksi2 extreme jer.. Yang moral tu sikit sangat. Umpama dok celah2 gigi.. Tak sampai pun ke hati penonton moral yang baik tu. Yang tak baik tu la paling terkesan & menjadi pengaruh paling besar terutama golongan kanak kanak & remaja ni.

Yang tu kisah pengarah Filem yang merajuk filem kena cetak rompak sebelum tayangan.. Ni kisah tak payah nak cetak rompak dia sendiri akan bagi tayangan percuma secara online selepas filem tu abis shooting katanya. Alang2 lanun sekarang dah suka cetak rompak secara online kan.. Ada lagi bagus bagi terus tayangan percuma. Sama2 merasa benefitnya. Baiknya hati pembikin filem ni kan? Nak tahu siapa pembikin filem zombie ni & apa tajuk filem ni meh baca di sebalik tabir kat sini >> Filem Zombie Yang Takkan Sama Yang Lain. Adakah Ini Bakal Mengubah Persepsi Orang Terhadap Malaysia? Jom Tengok <<

Wah.. boleh la kita tonton filem Zombie ni nanti. Percuma beb secara online. Tak payah nak berbaris kat kaunter tiket cinema tu. Duduk kat rumah depan skrin sendiri dah boleh tengok. Hope banyak lagi filem2 macam ni di tayangkan percuma secara online. Sapa tak nak free kan? hehehe

THE BLACK DEATH MENGHANTUI TIDUR KU

THE BLACK DEATH MENGHANTUI TIDUR KU. Tu dia.. Ni baru kena buku dengan ruas katanya. Dulu hang kutuk2 sangat filem seram sekarang celah gigi hang pun tak gigil katanya sekali tengok the black death, filem seram Thailand terus termimpi mimpi. Tu la tak sangka pulak aku sampai terbawa bawa dalam mimpi lepas tengok filem The Black Death ni. Dahsyat sungguh penangan filem ni..


Filem ni berkisahkan sebuah kampung yang di jangkiti dengan wabak Zombie. Macam biasa kisah zombie2 version apa2 pun termasuk Zombie melayu.. Sesiapa sahaja yang di gigit zombie akan bertukar menjadi zombie. Tapi filem the black death ni berlatar belakang zaman silam la. Zaman anak2 dara siam pakai berkemban jer. Starting tu ada la sikit2 adegan yang tak sesuai di tonton kanak kanak & orang yang belum berkahwin. Tapi tak banyak sangat aksi2 mencungkil bijik mata tu.. Cuma perempuan2 dalam filem ni seksi2 sikit la. Kisahnya seorang pahlawan ni pernah terlibat dalam satu peperangan yang melibatkan zombie. Hanya dia seorang je yang terselamat. Mungkin trauma dengan kejadian tu.. balik kampung dia jadi seorang yang tidak banyak bercakap, tidak bergaul & asyik mabuk sorang sorang. Tiba2 sahaja wabak zombie tu menyerang kampung tu..  Semua penduduk kampung di arah berpindah tapi tak sempat berpindah zombie mengganas. Mereka cuba dapat perlindungan di kuil.. pun zombie berjaya serang. Watak2 utama sebagai hero & heroin dapat filem ni cuba menyelamatkan diri termasuk pahlawan perang tersebut di sebuah rumah pelacuran tapi tak sangka semasa mereka berlindung kat tempat tersebut ada seorang zombie menyerang salah seorang dari mereka. Akibat jumlah zombie semakin banyak.. Pintu rumah pelacuran tersebut berjaya di pecahkan zombie.. Mereka terpaksa berlari kearah kapal tapi Malangnya tak semua berjaya. Kapal tu pun sebenarnya dah di takluki zombie. Ending takde nampak sesiapapun terselamat. Last 2 hero teruskan perjuangan melawan zombie2 yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Filem ni tak seram sangat bagi aku cuma ngeri effect2 bila di serang Zombie tu. Memang bila tengok aku jadi terpacak depan TV je la. Takde la rasa nak tengok news feed FB ke hapa.. Kira antara filem yang best di tonton. Aksi2 dalam filem ni memang tak membosankan cuma kalau yang tak tahan dengan kesan2 ngeri tu mungkin rasa menakutkan jugak. Almaklum la Filem Thailand ni.. Dia punya effect darah.. anggota badan terkoyak.. tercabut.. putus bagai nampak real. Kalau korang pernah tengok filem Long Khong.. Effect ngeri dia lebih kurang macam tu la.


Lepas tengok filem tu semalam.. Boleh pulak aku termimpi kampung aku di serang Zombie. Macam mana dalam filem tu watak2 utama cuba melarikan diri dari zombie macam tu la aku dengan beberapa orang yang aku kenal dalam mimpi lari dari zombie. Setiap kampung yang aku sampai semua dah tak ada orang. sampai rasa letih la... Yelah sampai terbangun aku asyik lari dari zombie. Hahaha.. Tu dia filem The Black Death betul2 menghantui aku la kali ni.

Klasifikasi 18 Jadi memang tahap ngeri dia untuk tontonan mereka yang berani. acah2 berani tu harap ada teman kalau nak tengok filem ni. Hehehe.. Settle The Black Death

Moral of the story.. Sebab tu kadang2 tak boleh percaya sangat dengan mimpi.. Mimpi kadang2 di pengaruhi apa yang kita tengok atau fikir sebelum tidur bukan membawa maksud2 tertentu pun. Jadi jangan suka2 nak tafsir mimpi. Kaji dulu kenapa kita boleh dapat mimpi2 macam tu sebelum judge ia sebagai petunjuk pada sesuatu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com