RAHSIA BERGAYA DENGAN SMARTPHONE CANGGIH TANPA KELUAR BANYAK DUIT
RAHSIA BERGAYA DENGAN SMARTPHONE CANGGIH TANPA KELUAR BANYAK DUIT. smartphone kemain canggih & mahal tapi nak topup sebulan sekali pun kadang2 tak mampu apatah lagi nak topup seminggu sekali. Nak2 data internet.. memang kadang2 di luar kemampuan sebab ramai yang menang memakai tapi alah membeli, kan? Tak payah tipu la hangpa tak ada buat perangai macam tu. Nak beli smartphone tak main la china set katanya. Apa kelas pakai clone2 ni. Bukan standard depa katanya. Pakai Original set yang famous punya brand. iPhone la, Samsung la, Sonny Xperia bagai.. katanYa takat lenovo tak pandang. Untuk orang2 tak ada budget boleh la brand2 macam tu.Amboi kemain kekwat punya nak jaga standard. Tapi tak guna jugak setakat smartphone mahal nak langgan mobile internet pun tak mampu. Kalau langgan pun sebulan sekali je katanya mampu topup. Lepas topup tak sampai seminggu kuota dah kering kontang. Terkontang kanting la depa yang guna smartphone mahal ni cari wifi free. Minum segelas lepas tu 5 jam kat cafe atau restoran yang ada free wifi. kalau nak jaga standard sikit tak ada budget menyemak la kat mekdi. Starbuck, almaklum kopi dia pun mahal apatah lagi nak order biskut kering dia. hahahaha
Macam aku ni senang.. enpon semua tak ada yang later's version. Beli time harga dah turun je. Almaklum la gadget elektronik ni barang yang susut harga. Keluar je yang baru.. yang lama sikit tu harga dah jatuh. So, selepas setahun dua tahun atau tiga tahun dia keluar baru merasa nak pakai katanya. Jadi la.. Aku tak demand sangat. Aku buat kerja2 mendatangkan duit dari blog ni guna pc jer. Aku tak hadap wifi free orang. Streamyx kat rumah aku pun dah cukup. Tak perlu nak beli internet mobile sebab konsep aku.. Bila kat rumah je aku online bagai nak rak. Keluar rumah banyak benda lagi aku nak buat selain mengadap smartphone je.
Jadi aku tak perlu sangat mobile internet. Aku dah cukup berjimat so aku tak perlukan rahsia jimat untuk maintain bergaya dengan smartphone mahal macam ni >> Untuk Yang Smartphone je Mahal tapi Tak mampu nak Topup Mobile Internet korang ni Rahsia Untuk Korang Kekal Maintain macam orang kaya dengan Smartphone Mahal Korang << Untuk korang yang life korang hanya depan screen je boleh la gunakan tips & rahsia yang di kongsikan. Aku kat luar paling2 keluarkan enpon s4 zoom yang tak ada simcard. tu pun semata mata ambil gambar je. Untuk call & sms aku masih setia dengan galaxy y yang dah jauh ketinggalan zaman. Budak sekolah pun tak hadap enpon tu. hahahaha
Apapun jangan ikut pepatah biar papa asal bergaya.. Aku memang lebih suka bergaya tanpa papa kedana. Biarlah aku pakai galaxy y at least aku mampu pakai baju seluar yang cantik2 lagi dari pakai smartphone mahal. Rugi Woo... hahaha