Showing posts with label ohmedia. Show all posts

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT. Semalam terbaca satu viral kat page Oh!media.. Alkisahnya seorang ibu meletakkan atau bahasa kasar membuang bayi dia di masjid bersama sekeping surat. Dalam surat tu menyatakan dia tidak mampu nak jaga anak dia. Di letakkan budak tu dalam kotak & di tinggalkan dalam masjid. Macam biasa aku pun spesis rajin juga membaca respond dari nitezen ni.. Majoriti sokong perbuatan dia dengan alasan dia tak berkemampuan & cara dia buang anak dia at least cara selamat. Takde la buang dalam longkang, dalam tong sampah atau dalam semak katanya...


Yer betul la dia letak anak dia tu kat tempat orang nampak elok & selamat tapi jangan ingat tak berisiko. Masjid pun sekarang bukan tempat selamat sangat dah sebab manusia sekarang dah tak takut dengan hukuman Allah.. Dalam masjid pun kita boleh nampak macam2 kejadian yang berlaku. Bukan setakat mencuri.. ada yang sampai berani nak menculik kanak kanak dalam kawasan masjid. Inikan bayi sekecil yang memang tak mampu protect diri sendiri. Bayangkan dapat kat sindiket perdagangan manusia.. Entah apa nasib baby tu kan? Tu salah satu risiko..

Yang kedua aku tetap tak bersetuju dengan perbuatan membuang anak even dalam kawasan masjid dengan alasan tidak mampu tu. Sebabnya.. Bagi aku banyak cara anak tu boleh di serahkan kepada orang lain dengan cara yang lebih baik & selamat. Bila aku cakap hantar je kat kebajikan masyarakat ada orang cakap.. Ingat senang ke? Banyak songeh nak ikut saluran undang undang ni.. Ok ok.. aku paham. Memang banyak prosuder nak kena buat. Tak nak ikut saluran undang2 dengan betul.. boleh je bagi kepada keluarga angkat yang nak jaga anak kau. Ramai orang yang nak anak tapi tidak di kurniakan rezeki.. Baru2 ni kes culik bayi kat hospital tu. Betapa dia nak anak.. sanggup buat perkara menyalahi undang - undang.

Nota yang di tinggalkan bersama seorang bayi dalam kotak di kawasan masjid

Dengan buang macam tu bagi kesan pada masa depan anak tu sendiri.Bayangkan dia besar & sejarah tertulis bahawa mak dia buang dia dalam kotak letak dalam masjid. Lebih menyedihkan berbanding mak dia serahkan dia pada keluarga angkat untuk di jaga. Dulu masa aku kerja kat sebuah proton dealer ada seorang perempuan datang nak beli kereta.. bila dia bagi maklumat diri dia sangat kesian bila tengok surat beranak dia.. banyak ruangan tiada maklumat. Nama ibu takde, nama bapa apatah lagi, tempat lahir semua tak ada.. Warganegara pun tak ada ok! Cuma kalau tak silap aku,  dia di beri PR je.. Tolong la fikir semua kesan tu sebelum buang anak dengan tiada identiti macam tu.. Kalau betul kau sayang tapi tak berkemampuan bukan cara tu kau nak selesaikan masalah.

Ramai orang positif dengan perbuatan wanita tu.. Aku nampak benda tu mengalakkan lagi orang lain buat perkara yang sama bila terlahirnya anak yang mereka tak mahu atau tak mampu bela. Jangan sampai satu hari nanti setiap hari ada saja bayi di letakkan kat kawasan masjid & masyarakat terus memuji & bersimpati kepada si pelaku. Tak mustahil masjid boleh jadi pusat pembuangan bayi jugak suatu hari nanti sebab kita terlalu positif pada perkara yang terang terang sebenarnya tidak betul caranya.

Kita kena tahu.. buang bayi menyalahi undang undang negara boleh di kenakan tindakkan undang undang. Jadi.. buat macam tu pun belum tentu si ibu terlepas dari masalah malah dia menambah masalah yang ada jika di sabitkan kesalahan. Kenapa kita perlu menggalakkan orang melakukan kesalahan? Bagi la solution yang lebih baik.. Jangan asal ada cerita sedih sikit kau dah rasa betul semua perbuatan yang memang salah tu. Jangan membandingkan perbuatan yang salah dengan kesalahan yang lain tak kira la yang lebih kejam atau tak. Sebab kau buang anak dalam longkang ke buang anak dalam kawasan masjid ke.. kedua dua perbuatan tu adalah salah.

Islam pun mengharamkan perbuatan membuang bayi ni. Anak tu di lahirkan bersama rezeki. Memang aku tak sokong perbuatan membuang bayi tak kira la kau buang kat tempat yang kau rasa selamat dengan keadaan anak tu yang sihat & baik. Jangan hanya fikir masalah si ibu & minta orang duduk di tempat dia membayangkan apa dia tanggung & rasa.. Cuba letak diri anda dalam nasib si anak yang mungkin akan membesar, remaja & dewasa bersama sejarah hidup yang tercatat kisah dia yang pernah di buang ibu dalam kotak bersama sekeping nota sedih. Aku yakin dia juga akan mempertikai.. kenapa ibu dia pilih cara 'buang' bukan menyerahkan dia kepada orang yang layak menjaganya sebagai anak angkat?

Moral of the story.. Tak perlu menegakkan benang yang basah & tak perlu membetulkan apa yang salah. Tolong!! Jangan mengalakkan orang lain membuat kesalahan.. Cara tu tidak menyelesaikan masalah.

SIAPA SUKUR IBRAHIM YANG MULA VIRAL DI FANPAGE POPULAR

SIAPA SUKUR IBRAHIM YANG MULA VIRAL DI FANPAGE POPULAR. Mohd Sukur Ibrahim.. aku tak sure korang kenal ke tidak. Sebelum ni dia seorang blogger jugak. Aku kenal sukur ni tak silap masa isu cikgu shida yang tengah hot. Kami berbeza pandangan terhadap cikgu shida tapi sebab masing2 bersikap terbuka & menerima perbezaan pendapat so sampai hari ni Sukur & saya masih menjadi kawan alam maya yang tak pernah ada apa2 masalah terasa hati ke.. terkecik hati ke.. terkunci cintaku dalam hati mu ke.. erkk...


Sukur yang saya kenal dari pandangan mata saya.. Dia di lahirkan tidak sempurna anggota fizikal tapi sangat banyak kelebihan yang kita sendiri kadang2 tak ada. Dulu saya kenal dia sebagai seorang blogger yang sangat positif menerima kekurangan diri & menjadikan kekurangan dia satu kelebihan untuk dia berjaya. Cuba hidup macam manusia normal lain tanpa mengeluh tentang kekurangan yang dia ada. Sekarang Sukur yang saya kenal.. Seorang yang sangat berjaya... bukan sahaja seorang Usahawan carpet.. Dia bukan kayuh basikal jual karpet dari rumah ke rumah yer. Dia menyediakan perkhidmatan memasang atau menukar carpet di masjid atau surau2. Ada jugak dia buat service pasang carpet kat rumah tapi lebih banyak terima tempahan pasang carpet untuk masjid & surau la. Jadi sesiapa perlukan perkhidmatan memasang atau menukar carpet boleh la contact sukur Ibrahim.. Selain jadi tokei tukar & pasang carpet dia juga seorang motivator yang hebat. Selalu sangat tengok dia update pergi bagi motivasi serata negeri kat Malaysia. Pernah keluar TV.. yang saya ingat dalam rancangan Wanita Hari ni walau dia lelaki. hehehehe


Tiba2 Sukur Ibrahim menjadi viral lepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang sempurna fizikalnya.  ramai yang mengkagumi sukur & pasangannya yang sama comel sama baik hati ni. Sukur ni tagline dia.. sentiasa comel hokay! Sapa2 cakap dia tak comel tak geng! hehehe..

Gambar yang sedang jadi Viral di Page popular macam OhMedia & beautifulnara

Walaupun saya bukan orang yang sebaik sukur tapi sebab sukur orang yang baik dia sentiasa sudi menjadi kawan saya insan yang sebenarnya lebih banyak kekurangan dari dia terutama berkaitan hati. Hati dia jauh lebih baik dari saya. yer saya mengaku.. Saya kadang2 hati & hantu macam sama level je.

Tuan Sukur Yang Comel Sedang Bagi Motivasi

Sebagai seorang kawan.. saya bersyukur sukur bertemu jodoh dengan seorang wanita yang cantik. Saya pun tumpang gembira atas kebahagian sukur.. Saya doakan sukur sentiasa di kelilingi orang2 yang menyanyangi dia.. melindungi dia.. Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki untuk dia & permudahkan semua urusan dunia akhirat beliau. Tahniah sukur.. selamat pengantin baru.

PERANG ANTARA AMRAN FANS, SIAKAP KELI & OH!MEDIA

Masuk 10 ramadhan semalam masing nak nak test power. Ni semua berpunca dari si Meran @ Amran Fans la. Mula mencabar page2 lain kat FB. Maka terjadilah peperangan antara mereka bila masing masing nak tunjuk kecanggihan senjata masing masing walau aku tengok semua lebih kurang sama jer pattern dia. hahahaha


Sejak tadi aku tengok Amran Fans, siakap keli & Ohmedia dah mula berperang meriam kat FB. Pencabar2 la lain tak nampak lagi tunjuk kekuatan. Aduhai.. boleh putus orang kentut dengan kerenah depa. Sekurang kurangnya terhibur jugak kan. Yelah.. nak usik2 orang lain satgi kena block bagai.. Maka kita cuit2 Amran Fans sudah. hahahaha




Moral of the story.. Aku seorang yang anti mercun, anti meriam. Barangsiapa bermain benda2 yang aku benci tu maka dengan hangpa2 sekali aku benci katanya. hahahaha... Mohon jiran sebelah & jiran seberang jalan rumah aku kat kampung tahun ni dapat hidayah. Hope.. tradisi berlawan mercun & tembak kat atas bumbung rumah aku.. tingkap dinding bagai tu di pupuskan. Polis cawangan Padang serai pun jangan dok nganga sangat bila orang report pasal mercun. Sekadar buat kerja asal siap.. orang report datang la dengan kapcai seround dua lepas tu balik balai. Tu dia amaran keras dari kerajaan lekat lekit katanya. Yelah.. berpuluh tahun kawasan kejiranan rumah aku hidup tak tenteram menjelang pertengahan puasa & malam raya. Gila beb! pukul 3 empat pagi pun macam bom meletop sana sini. JKKK kampung jenis tuli.. asal orang kuat depa jer semua jadi betul. Esok mati kubur tak terima baru tau!!

P/S : Ahad kita warm up dengan entri santai dulu sebab dalam draft dah ada entri hot & spicy bakal jadi kontroversi hahaha..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com