RAHSIA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG PENCUCI MUKA SNAIL BIO ESSENCE
Sumpah aku sendiri pun tak tahu pasal ni dulu. Tak pernah terbaca kat mana2 pun pasal ni. Tak pernah nampak sapa2 pun cerita kan pasal ni. Dah beli & dah guna baru aku tahu pasal ni.. Pasal pencuci muka Bio energy Snail skin repair Bio essence yang baru2 ni aku beli. Kalau korang nak tahu apa rahsia yang telah terbongkar tentang pencuci muka snail bio essence ni sila jangan skip pembacaan hokay..
Pencuci muka yang tinggi. Yang pendek botol putih tu pelembab yer. Gambar ni bukti aku beli hokay hahahaha
Baru2 ni jiran pulak renovate rumah.. alergik pulak aku maybe pasal habuk2 kecil yang berterbangan. Habis gatal2 dua2 belah tangan aku. termasuk muka aku rasa merenyam jer. Ubat gatal dah makan.. krim gatal dah sapu.. dekat seminggu takde jugak perubahan. Naik bintik2 merah. Bila garu jadi luka la kan.. Dah abis idea ni.. tak tau nak buat apa.. tetiba Masa mandi lepas cuci muka lebihan buih pencuci muka kat tangan tu aku sental la tempat gatal2 tu... Nak tau apa jadi?? Ni suspend sikit la.. Korang pun tak sangka apa akan berlaku..
Esoknya tempat yang tumbuh bintik2 merah yang gatal tu nampak kering & gatal2 pun dah tak berapa nak ada rasa. Aku ulang lagi buat benda yang sama.. lepas cuci muka saki baki buih pencuci muka snail tu aku gosok kat tempat gatal ternyata memang effective sangat. Dan saat aku karang entri ni alhamdulillah tak gatal lagi. Tapi aku tetap buat benda yang sama lepas cuci muka nak bagi hilang parut2 muda bekas garu tu.
Tu la orang tua2 kata.. tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tak kawen.. dah kawen hidup bersama baru tau baik buruk. Begitulah perumpamaan aku dengan cleanser Bio Energy Snail skin repair Bio essence. Secara tak sengaja dia membantu aku yang hadapi masalah alergik & gatal2. Tu yang buat aku semakin semangat nak shopping produk bio essence. Dah la tanaka white night cream dia buat aku jadi cerah dalam masa seminggu (boleh refer entri ni Tanaka White Night Cream ). Ni cleanser dia pulak buat masalah gatal aku sembuh. Sayang bio essence ketat2 sebab tak sia2 kan pelaburan duit aku beli produk dia. hahahaha
Aku tak sure samada effective untuk orang lain.. tapi memang berkesan untuk aku. Tapi tak salah kita guna sebagai ikhtiar kan? kalau kat muka takde side effect takkan kat tangan jadi side effect pulak kan? Cuba - cuba la kot2 boleh membantu, ye dak??
P/S : ni bukan entri review berbayar.. siapalah aku bio essence nak bayar untuk review produk depa kan? Aku beli, aku guna & aku nikmati kelebihannya.