Showing posts with label berlagak. Show all posts

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI. Seingat aku la kan.. Aku susah nak pergi bercuti jauh2 dengan kawan kawan ni. Jenuh aku dok mengimbau kenangan semusim lalu.. Ada ke aku pergi bercuti dengan kawan kawan selain rombongan masa sekolah rendah. Tu pun melawat penang je. Balik hari. Masa sekolah menengah jangan harap la nak join rombongan sekolah.. Sekadar camping dengan kawan kawan tu pernah la. Bercuti?? hurmm.. serius aku tak pernah kot dengan kawan kawan ni. Selalunya dengan family & sekarang of course la dengan anak & suami. Maybe sebab dulu aku jenis tak suka travel kot tu yang takde memori percutian aku dengan kawan kawan.


Orang kata pergi bercuti dengan kawan kawan ni lebih happening. Tapi aku takde pengalaman tu so aku tak tau la setakat mana happeningnya. Tapi pergi dengan family rasanya lebih happening kot.. Satu kalau takde budget banyak boleh tong tong atau ada yang support. Kita nak bayar makan ke hapa pun lebih senang. Semua kira sekali. Kalau pergi dengan kengkawan ni kadang2 jadi serba salah.. Nak2 lagi yang jenis suka buat diam lepas makan. Time nak bayar masing2 tetiba kena sumpah jadi batu. Aku pernah jugak berdepan dalam situasi macam tu maka kita yang malu alah ni terpaksa la bayar. Lepas dah bayar nak minta pun segan jadi terpaksa anggap belanja kawan makan walau takde niat pun nak belanja kawan. hahahha

Sebagai kawan bila berdepan dengan kawan kawan yang perangai buat kita rasa annoying ni memang kadang2 tak sampai hati nak sound direct tapi of course la kita akan cuba mengelak dari buat sebarang aktiviti dengan dia termasuk la ajak dia join travel kemana mana bersama. Sebolehnya nak skip dia dalam apa2 acara sekalipun.. Pendek kata kalau boleh taknak kawan dengan dia tapi tak sampai hati nak terus terang. Nak2 lagi jenis kawan yang suka buat perangai macam ni kalau pergi bercuti >>Inilah 9 perangai Kawan Yang Mungkin Buat Percutian Anda Menjadi Mimpi Ngeri << Kalau kawan jenis perangai macam ni confirm spoil percutian korang. Balik dari bercuti korang akan rasa rasa duit habis, badan penat & hati sakit. Jadi kalau korang ada kawan jenis perangai macam tu, better elakkan diri dari bercuti bersama dia.

Kalau korang ada 9 perangai yang di sebut hope berubah la sebelum korang di takdirkan menjadi manusia forever alone. Sesungguhnya tiada kawan yang boleh tahan dengan perangai macam tu. Kalau depa tak sound direct pun ketahui confirm anda menjadi bahan umpatan di belakang. Mereka akan perlahan lahan menjauhkan diri dari anda dan akhirnya anda mereput sorang sorang.

Moral of the story.. Sebagai manusia memang kita ada perangai yang buat orang rasa annoying dengan kita tapi jangan la keterlaluan.Biarlah satu perkara orang annoying & 10 perkara tentang kita yang lain orang suka. Baru la orang rasa kepentingan kita dalam sesuatu suasana tu. Contoh macam aku kadang2 terlampau direct to the point tapi aku ni baik hati suka tolong kawan kawan aku... kan geng cap ayam. Hahahaha.. maafkan hamba. Sesi naik lift tekan nombor sendiri.

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT. Zaman media sosial katanya.. Kalau tak log in satu hari rasa macam ada sesuatu yang tak siap. Walau tengah kelam kabut, rushing bagai.. tetap sempat update status.. "Rushing nak gi meeting".. " Dah lambat nak jumpa client".. "Tak sempat makan lagi sebab banyak kerja kat opis." Cara depa bagi tau tu seolah olah mengambarkan betapa sibuk & banyak kerja sangat tapi masih sempat log in FB & update status. Ada tu siap selfie letak caption berunsur 'sibuk".


Kadang2 terfikir jugak aku.. Sebab aku kalau betul2 sibuk dengan rutin di luar media sosial ni susah sikit nak hadap dunia maya. Memang log out terus la dari sebarang aktiviti online ni. Tu kira betul2 sibuk la tapi kebanyakkan rutin harian aku memang kesibukkan aku kat media sosial. Update blog la.. update status kat FB.. update gambar kat IG. almaklum la.. part time job aku memang la kat media sosial.. Full time job aku dalam rumah. Aku kan housewife, katanya.

Golongan yang acah acah sibuk sebenarnya lebih ramai dari yang betul betul sibuk. Kalau dah masih boleh update status sejam sekali kat FB tu tak sibuk mana la. Still ada ruang yang kau mampu curi masa untuk scroll news feed, update status & komen di wall kawan kawan walhal tak sampai seminit tadi kau cakap kau busy giler dengan kerja bertimbun atas meja. padahal kalau betul2 rushing & kena siapkan kerja mustahil la sempat nak log in FB kan.. Yang betul betul hidup dia sibuk manjang macam ni >> Inilah Ciri Ciri Manusia Yang Memang Betul Betul Sibuk Dalam Hidup Dia << Korang ada perangai macam ni? Kalau takde tak payah acah acah macam sibuk sangat la kan.. Nanti orang gelar attention seeker golongan acah acah.. & bajet2 ni. Hahahaha


Perlukan tapak untuk beriklan di blog email segera

Ada jugak yang betul sibuk tapi still nak jeling jugak media sosial. Tu yang kadang2 berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Sebab semua benda dia nak buat dalam satu masa walhal setakat nak tengok FB tu lepas siapkan kerja pun boleh. Tapi bila dah sampai tahap ketagih ni.. Memang dia tak boleh tak hadap. tak boleh lama pun 10 minit pun jadi la katanya. kalau betul sibuk buat cara sibuk la tak payah menyibuk nak online bagai kan.. Lepas dah settle semua kau nak hadap media sosial sampai retak skrin pun takde hal.

Moral of the story.. Kita je tahu samada kita golongan yang memang sentiasa sibuk atau suka acah acah sibuk kat media sosial semata mata nak raih perhatian orang. kekekeke

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC. Confirm sentap orang bandar baca tajuk entri aku kan? tapi nak buat macam mana.. rata2 aku dok tengok orang yang rasa dia budak bandar sangat walau duduk kat Paya jaras je pun suka buat2 jakun benda2 yang kita rasa takde sebab dia nak rasa macam teruja sangat macam selama umur dia.. dia tak pernah jumpa. Bukan Tempat yang dekat dengan KL ni semua bandar je. Tak payah feeling macam orang datang dari planet sangat la bila jumpa kampung yang berada di kawasan luar bandar atau jauh dari bandar.

Ada orang walaupun tak berapa bandar mana pun tempat dia lahir & membesar tapi dia punya feeling macam budak bandar tu agak melampau lampau. Buat2 Jakun tengok sawah padi. Tu ok la.. Yang buat cempeqa jumpa sungai paling tak boleh blah. Macam la kat Key el tak pernah ada sungai. Dekat2 Kl ni melambak kot sungai. Punya nak tunjuk bandarnya dia macam dia lahir & membesar dalam KLCC jer... hahaha. Tak pernah pergi beriadah kat kawasan2 yang penuh dengan alam semulajadi. Padahal ulu yam.. sungai pisang.. apa nama sungai kat selayang baru2 ni aku pergi pun lokasi bukan jauh sangat dari bandar. Selama dia membesar mak dia bawak beridah dalam mall je ke? hahahaha


Aku mengaku terang terang aku lahir & membesar di kampung. Aktiviti aku buat masa kecik2 pun tak jauh beza dengan budak kampung lain. Sebab tu aku sentiasa ada idea update blog. hahahaha.. kreatif katanya (statement minta kena pijak dengan orang bandar ) yelah.. budak2 kampung ni main dengan pasir,lumpur, sungai,rumput,hutan bagai kan.. So, benda2 macam tu kan membantu merangsang perkembangan otak kanak kanak. Penting tau benda2 tu dalam perkembangan kanak kanak ok! Anak aku yang ada masalah sensory ni pun therapist suggest main benda2 macam tu. Biar comot tapi meransang otak.

Jadi budak bandar ni sebenarnya bukan best sangat pun.. Aku tengok rutin anak aku tak best langsung. Banyak masa habis kat dalam rumah.. Paling2 pun main kat playground. Terhad sangat aktiviti dia. Tak macam aku dulu.. segala bukit bukau kami daki. Sungai kami redah. tak payah swimming pool

Tapi yang perasan bandar walau tak berapa bandar sangat kalau nak tahu kau memang betul2 budak bandar atau tak meh test kat sini >> Nak tahu samada anda betul budak bandar atau kampung, test kat sini << Bandar ke tidak kau nanti kau dapat jawapan. Kalau jawapan kau tak berapa nak membandar sangat, sedarlah sebenarnya kau pun ada kampungnya. Hahahaha

Apa nak malu jadi budak kampung & apa nak bangga sangat jadi budak bandar. Dua2 pun ada keistimewaan & kekurangan masing masing. Tapi aku rasa bertuah sebab di lahirkan sebagai budak kampung kemudian dewasa kat bandar katanya.So, aku dapat rasa dua2 kehidupan. tapi sebagai anak kampung bila rasa terlampau lama kat bandar memang akan rindu suasana kampung. Memang di kampung sebenarnya lagi best.

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER. Kita di lahirkan dalam background keluarga yang berbeza, taraf hidup yang berbeza, keturunan yang berbeza.. sampai la cara di besarkan juga tidak sama. Dalam hidup ni kemampuan setiap orang memang tak sama. Ada yang mampu delivery fastfood setiap hari tanpa gagal membayar.. Ada orang pulak jangan kan fastfood.. dapat makan biskut pun dah cukup mewah bagi dia.


Kadang2 ada orang yang sebenarnya dia bukan mampu sangat pun.. Kalau buat boleh ke arah 'mampus' tapi sebab tak sedar diri dia sanggup mampus untuk buat benda yang dia tak mampu. Spesis yang tak ukur baju di badan sendiri tu kadang2 tersingkat.. tersingkap.. & tersendat tu. Alih2 sesak nafas menyusahkan orang nak bagi cpr.

Banyak benda yang aku hanya mampu tengok jer.. Tapi aku ok je. Tengok pun ok what.. At least dapat jugak tengok kan dari tak tahu langsung pasal kewujudan benda tu. Aku tak nak la dok pulun sangat nak nampak macam orang 'ada ada' padahal tak berapa ada sampai nak shopping kat the store pun nanti tak ada budget. Itu mungkin akan menjadi episod paling trajidis dalam hidup aku. Nak2 lagi kalau sampai tahap aku hanya mampu pandang guardian & berlalu dengan kerinduan yang teramat. hahaha..

Antara benda yang aku hanya mampu tengok je setakat ni adalah benda ni >> BMW X1 and the new BMW 3 Series. Tak ada duit jangan clik & tengok ok! << Hanya Orang Kaya Je Mampu, Orang Miskin Mampu tengok je. Kot2 Orang Kaya Bagi Tumpang Mampu la Merasa. Tak tau la akan datang tetiba dapat title datin paduka Puan Seri Seram.. dapat Royalti & elaun sebulan ratusan ribu ringgit ke. Mungkin masa tu takde la aku nak tengok jer kan.. Rembat la sebiji dua buat hiasan depan laman rumah katanya. hahahaha... berangan sampai langit ke tujuh katanya.

Apapun.. harta dunia ni tak mustahil siapa2 pun boleh dapat kalau usaha. tapi kalau dok berangan atas katil dari pagi membawa ke pagi esoknya.. mereput la kau kat situ. hehehe

TERASA HATI DENGAN BLOGGER TERKENAL

Amboi.. tajuk entri nampak benar tacing hingga ke uraf sarat terhalus gitu. Mesti la den kan manusia bukan robot yang boleh setting perasaan. Perasaan den ni lahir secara semulajadi bukan di lakonkan macam pelakon drama tau. Kejadian2 hot semalam buat den tetiba teringat kisah nak kata lama tak berapa lama.. dalam 2 3 bulan lepas kot. Pasal terasa hati dengan seorang blogger yang kalau sebut nama & blog dia ramai yang kenal.

Alkisahnya berlaku sangat simple kejadiannya tapi cukup besar kesannya pada aku ni. Bukan la aku ni jenis simpan dendam atau cepat tacing tak tentu pasal cuma tu la.. kenapa? Sebab aku blogger yang takde nama besar dalam dunia blog ke? atau sebab aku blogger yang outspoken & dia blogger yang nampak alim2 warak gitu? Kejadian ni cuma berlaku kat satu status yang dia up untuk anjurkan nak kata contest bukan.. nak kata segmen pun bukan lebih kepada kerja amal jugak la. Blogger kena buat entri untuk satu isu tu. Aku ni minat la nak join.. So, ada la something aku tak paham aku tanya la kat komen status ni. Pada masa yang sama ada la sorang lagi blogger yang nama dia gah sikit la dari blog aku tepian longkang ni. Tak ramai pun komen masa tu. Dalam 2 3 komen jer....

Apa yang sentap.. yang aku tanya sampai sudah dia tak jawab.. yang blogger sorang lagi 2 kali tanya 2 kali reply tu. Aku tanya sekali lagi kot2 dia tak perasan komen aku.. pun dia tak jawab langsung. Kalau macam komen kat status beautifulnara yang beribu komen aku accept la jugak alasan terlepas pandang ni.. ni komen 2 3 jer masuk takkan tak nampak, kan? Dari niat nak sama2 join menulis kerja amal tu kat blog terus terpadam. Aku tulis jugak isu yang tu sebab atas dasar keprihatinan aku sendiri tapi bukan sebab nak terlibat dengan aktiviti anjuran blogger tu. Sebab isu tu isu semasa, sapa2 pun boleh tulis.

Sejak dari kejadian tu even aku masih nampak dia up status sebab masih friend kat FB.. aku segan dah la nak menyampuk join orang bersembang even aku memang suka join perbincangan isu2 semasa ni. Tapi takde la kata simpan dendam 7 keturunan.. cuma la hati terasa jugak. Low class sangat ke aku? Teringat aku satu peristiwwa kat parking mydin subang jaya.. sepasang suami isteri naik kereta import mahal jugak la berbanding aku ni naik kereta tempatan jer kan. Dia tengah siap2 kemas barang dalam bonet.. parking situ biasa la full hari minggu... asben aku tegur la tanya nak keluar ke? jangankan nak jawab.. senyum pun tidak. Pandang gitu jer. Dari penampilan nampak alim.. yang suami berjanggut ikut sunnah & berkopiah.. yang bini siap bertudung labuh tapi budi bahasa.. ke longkang jugak. Macam tu blogger yang tak pandang aku ni.. nampak alim gud gud jer.. tapi ada jugak sikap pilih bulu.

Sebab tu kat blog aku nampak support blogger popular yang sorang ni sebab dia tak pernah berlagak dengan aku dari blog aku takde apa2.. sampai sekarang. Aku malas nak up sangat la jasa2 dia satgi ada yang kata bodek tapi itulah orang yang banyak bagi peluang kat aku dalam dunia blog untuk aku merasa hasil dari berblogging. Dia cuma manusia.. mungkin dia ada jugak buat silap.. tapi aku tak boleh nafikan kebaikkan yang dia buat. Bila kita di atas.. sentiasa ingat.. yang mengangkat kita adalah mereka yang di bawah. Jangan nak kasta kastakan pergaulan kita dengan rakan blogger. Popular atau tak kita dalam satu nama, BLOGGER.

 Sekian Peace!
Sumber gambar google


BILA BLOGGER RASA DIRI DIA HEBAT...

Dalam berblog ni macam hidup jugak.. ada blog panas.. ada blog sejuk.. ada blog suam.. ada blog popular.. ada blog syok sendiri.. ada blog cari pasal.. Isu dalam blog pulak toksah cakap la macam2 ada. Astro pun kalah.. Sekarang ni orang lagi suka baca blog sebab macam lipas kudung update berita. Lambat sangat nak tunggu berita terkini atau buletin utama.. Tak kira berita sahih.. gosip.. fitnah.. kisah benar.. kisah bohong bagai.

Blog & laman sosial terutama FB & twitter satu benda yang dah macam merpati sejoli. Jarang dengar orang tulis blog takde relate dengan laman sosial. Laman sosial medium untuk mempromosikan blog sebab laman sosial lebih mudah nak ramaikan jemaah dari blog. Konsep follow blog tak macam kumpul friend kat FB. FB lagi mudah untuk meramaikan majlis berbanding blog walau kita follow orang pun belum tentu orang follow kita balik. Sebab tu hak individu.. berbanding FB bila kita sent request untuk friend.. kalau dia approve dah kedua2 nya dah dapat kelebihan dari jumlah friendlist.

Yang mukadimah panjang ni sebenarnya nak cerita apa.. hahahahaha.. sorry termelalut pulak. Bila kita dah ramai follower blog ramai friendlist kat FB di tambah pulak ada fanpage yang ramai LIKE kita mula rasa diri kita hebat. (Kita tak merangkumi semua yer.. terpulang la sapa yang terasa maka dialah orang tu). Buat apa pun mesti ada orang respond & feedback. Mula la rasa level diri tu lebih tinggi dari orang lain sampai rasa diri tu hebat sangat dah. Salah betul tak boleh nak tegur. Maybe kaki mengampu & menumpang teduh bawah glemer orang akan angguk2 & support jer apa yang si glemer buat. Betul salah tetap dia cari point jugak nak betulkan supaya boleh buat ayat support & puji2 melambung. Yang salah tu dia tetap pejam mata rapat2.. buat2 tak nampak.

Yang rasa hebat makin mengebat.. sapa tak sokong apa dia buat maka itu musuh. Sapa kata apa dia buat salah walau betul salah.. Pasti terkeluar dari ahli jemaah kawan2. Fenomena biasa yang kita boleh lihat terutama adik2 yang baru ada follower ribu riban. Kalau den la.. tak kira kau adik2 ke.. abang2 ke.. kakak2 ker.. kalau den rasa tak betul den cakap jer. direct to the point. Ada ku kesah kau top ke tidak. Tapi jenis yang banyak pengaruh ni kadang2 guna pengaruh dia untuk buat dia rasa sentiasa betul walau salah pun. Kau fikir malaikat kiri kanan kau pun akan terpengaruh ke dengan ramai manusia2 yang rabun jadi pengikut kau tu?? Jadi.. sapapun kau.. kalau buat salah sila accept la. Kadang2 orang tegur untuk kebaikan.. Taknak keterlanjuran tu sampai memudaratkan diri. Jangan anggap setiap teguran berunsur dengki & khianat untuk menjatuhkan kita sedangkan kita sendiri sedar apa yang kita buat tu sebenarnya salah.

Jadi pada semua termasuk diri sendiri yang pun tak lepas dari buat silap.. Setiap teguran sila timbang, tapis, kaji & selidik dulu. Tak boleh kita judge semua teguran tu berunsur khianat & dengki bila yang menegur tu tak sepopular & se hot kita sebab kadang2 orang tak heran pun dengan kau punya kemahsyuran tu.. Siti Nurhaliza pun kalau orang nak hentam.. orang hentam jugak inikan pula kita2 yang cuma blogger di persisiran pantai gitu. Entri ni sekadar mengingatkan diri sendiri & juga semua yang membaca. Manusia yang akan menuju kegagalan bila dia rasa diri dia dah cukup hebat & tak boleh terima teguran atau perbezaan pendapat.. Jadi sentiasa rasa diri kita insan yang masih belajar yang memerlukan teguran & pandangan orang lain untuk kita sentiasa belajar & terus belajar.

P/s : Terasa dengan teguran tu biasa.. den pun kadang2 terasa tapi akan jadi tak berapa biasa bila orang tegur, kita tahu salah tapi tetap jugak taknak accept. Tetap jugak nak cari point salahkan orang lain.

Bila rasa diri tu singa walhal cuma seekor kucing maka orang yang melihat akan ketawa terkencing kencing. Hahahaha.. perumpamaan apa pun tak tau la


Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K

Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal.

Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe (kerja sementara nak dapat kerja) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ (gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2)  tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.(errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak)

Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji  RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang suka berbelanja lebih dari kemampuan ni. Biar gigit kuku tengah bulan takpe, janji boleh selak baju tunjuk seluar jeans rome katanya (ni merujuk pada kisah benar yang berlaku depan mata sang lekit dulu. Macam kelas sangat la jeans rome dia tu, kan??). Kau ada pakai rome. Takat pakai levis uptown tu tak payah sembang la. Tu baru jeans.. tak lagi tengok baju, beg, kasut, jam, anting2, tali pinggang, minyak wangi bagai.. Bak kata orang dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki semua branded. Harga ratus2 punya. Tapi gaji RM800 je sebulan.

Bukan la nak memperkecilkan gaji dia yang kecik tu.. Tapi bila sang lekit kenal orang yang macam ni tertanya2 sang lekit gaji dia setiap bulan di peruntukkan 100% untuk barang berjenama je ker? Kalau tak kerana tinggal dengan mak bapak confirm la tidur dalam khemah, makan biskut empat segi hari2. Yelah belanja laju macam ombak tsunami macam tu.. tak sampai tengah bulan jer confirm la bersaki baki syiling. Tu pun bertuah kalau ada lagi syiling.

Orang macam tu tepat sangat dengan pepatah "Biar papa asal bergaya".. Hanya tengok luaran jer macam kaya, tapi seluk poket tarik keluar tiket bas rapid kl je ada. Untuk apalah kita berlagak dengan barang2 berjenama kalau sampai di luar kemampuan kita sebenarnya. Barang2 tu semua akan buruk, rosak kalau boleh jual pun jenis susut harga. Bagi sang lekit yang mesekin ni kan.. Takpe la aku pakai levis uptown pun janji aku tetap boleh makan nasik sampai hujung bulan tanpa tercicir walau sehari. Lain la ko memang gaji RM8k++.. Tapi semua tu kisah zaman bujang.. sekarang dah kawen en hubby yang tanggung 100% tapi tetap sang lekit mengamalkan sistem berbelanja ikut kemampuan. Sebab tu dah menjadi cara hidup sang lekit sejak tinggal berjauhan dengan family.
 

TAHU KAU HEBAT, TAPI TAK PAYAH CERITA BANYAK KALI

Dari tajuk entri maka ketahuilah isu yang bakal di kopek rakus oleh mak buyung a.k.a boyot ni adalah topik yang agak puaka & berkemungkinan besar akan mendapat serangan balas dari pemakan2 cili secara tak rasmi tapi tetap sang lekit nak kupas kupis juga dari sudut pandangan peribadi sang lekit.

Bila kita membaca cerita tentang ketabahan,kecekalan & kepayahan seseorang demi melakukan sesuatu kita akan merasa kagum. Kagum dengan semangat waja nya yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu bila sekali baca/dengar.. Tapi kalau dua tiga kali baca/dengar cerita yang sama di lain hari masa waktu & ketika mesti muak kan?? Rasa macam sipolan tu dah takde kehebatan lain dia nak cerita pasal diri dia. Alih - alih benda yang sama.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Bila di kritik dia dengan satu kelemahan yang dia miliki mula la nak bangkitkan cerita basi pasal kehebatan yang di miliki & membandingkan dengan diri si pengkritik tu seolah - olah dia tahu latar belakang & perjalanan orang yang mengkritik walau kehebatan yang di miliki tu takde kena mengena pun dengan isu dia di kritik. Tahu la kau hebat dari segi tu.. Tapi bukan kau sorang je mampu buat semua tu. Ramai lagi kat luar sana lebih tabah, cekal & hebat dari kau.. Tapi dengan rendah diri jer dorang berkongsi perjalanan hidup dorang. Takde la sampai terpekik pekik nak canang.. Bahawasanya dia la paling hebat.

Persoalannya sekarang perlu ke mencanang benda yang sama berkali kali demi nak tunjuk diri tu sangat hebat. Berkongsi kepayahan yang di lalui demi mengecapi sesuatu tanpa kenal putus asa tu memang mampu memberi motivasi pada orang lain tapi kalau dah macam riak & bangga diri orang takkan akan pandang sebagai satu motivasi atau berasa kagum lagi dengan anda.. Malah orang akan rasa anda seorang yang 'POYO' & menjengkelkan. Apa yang jelas.. nampak kau seperti riak, berlagak & bongkak.

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Kalau ada mana2 manusia yang terasa dengan entri ni tu dia punya hal la. Yang pasti tiada nama, watak atau identiti sesiapa dalam entri ni.

P/s : Cara penulisan,gaya bahasa, perkataan yang di gunakan tu boleh memberi ekspresi pada jalan penceritaan. Kalau dah bercerita dengan riak, bongkak & bangga dengan kesusahan yang di lalui (yang kononnya hanya dia je boleh buat semua tu),logik ke kita nak rasa kagum & simpati?? dah tu dok repeat benda yang sama. Renung2kan la.. Jadi yang pernah berkongsi keperitan hidup dalam blog tapi konsep, penulisan, gaya bahasa & perkataan yang rendah diri jangan la terasa. Bukan anda yang saya maksudkan. Dan bukan niat saya nak memperlekehkan pengalaman hidup korang yang penuh siku liku tu. Harap maklum

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com