Showing posts with label Mat Gebu. Show all posts

INILAH BLOGGER YANG CURI RESEPI CIK MAT GEBU

erkk.. sapa pulak curi resepi cik mat gebu blogger masakan yang Famous Amos tu? Wah... hot & spicy ni. Mesti ramai yang nak tau sapa blogger tu kan? Dia tak tau ke Cik Mat Gebu ni berapa Juta peminat dia yang ada. Bro Framestone mesti nak tau jugak kan.. kot2 boleh gosip dalam blog retis katanya...hahahahaha

hak milik Mat Gebu. jangan curi pinjam gambar takpe

Apa nak heran resepi cik mat gebu memang untuk di curi & di guna untuk tujuan memasak kan. Yang hangpa mengelabah sangat nak tau tu kenapa. Kalau nak suruh aku list orang2 yang ambil resepi cik mat gebu ni rasanya tak tersenarai kot ramainya... salah sorang adalah aku. hahahaha

Sebab Semalam aku masak resepi dari blog tanpa sempadan maka aku nak story jugak la kat blog aku. Aku ni bukan jenis hari2 makan nasi.. Tapi bila lama tak makan nasik harus tekak melayu ni mendambakan ke enakkan nasik berlauk katanya..  sebab ada ayam & kentang.. aku tetiba teringat kenangan bulan puasa tahun lepas di mana aku cuba masak kari ayam tanpa santan resepi cik mat gebu.. maka kena la ikut tuntutan nafsu kan...

istimewanya resepi cik mat gebu ni bukan takat kalau makan hari2 boleh jadi gebu gebas.. Haruman masakan tu.. Kesian kalau jiran tengah puasa terbau bahan yang tengah di masak. Harum sundal malam jugak la.. Tergugat jugak mereka2 yang nak berdiet. terbayang macam mana la kalau jadi jiran cik mat gebu ni.. Gamaknya hari2 menangis depan pinggan. Bau masakan dari resepi dia pun dah layu apalah kalau cik mat yang masak. gamaknya makan sampai pengsan.  Bukan la sebelum ni aku tak reti masak kari.. Tapi bila ikut resepi cik mat gebu.. ada kelainan dari segi rasa & bau. tu yang best...

Ni la hasil merembat resepi cik mat gebu semalam.. Kari ayam tanpa santan. memang tak mengecewakan tekak langsung.

 Nak resepi kari ayam sedap ni boleh tengok kat Dapur Tanpa Sempadan

Gamaknya boleh ke kalau aku nak tukar genre blog puaka ni kepada blog masakan pulak? hahahahaha... ok ok sedar takat semangkuk kari ayam tanpa santan jangan mimpi di siang hari nak mencaras populariti cik mat gebu katanya... Ok ok.. aku ambil keputusan jadi pencuri resepi cik mat gebu jer.


P/S : ada orang Ingat blogger macam kami yang aktif berblog & kat FB ni tak masak asyik layan pesbuk..  Sebenarnya dapur den bukan tak berasap langsung. Masak jugak. Asben den ni bukan macam asben orang lain.. dia nak makan baru dia request masak. Kalau tak bazir je masak. So, tak kira la tengah malam kalau dia nak makan den masak.. masak je & den ni bukan jenis hari2 makan nasi berlauk. Yang paling penting tak semua den tunjuk apa yang den makan. Bergantung pada mood & keperluan.hehehehe


KURMARI TELUR RESEPI YANG TAK ADA KAT BLOG MAT GEBU

Hahahahaha.. Kau! Ni nak lawan blog Dapur tanpa sempadan ke hapa?? Kalau la boleh berlawan traffic dengan blog Dapur tanpa sempadan cik mat gebu tu.. Dah tentu la blog melekit ni tak melekit lagi. Traffic laju macam MRT. Tapi siapalah blog melekat lekit ni kan...

Cerita pasal resepi yang takde kat blog cik mat gebu tu.. Alkisahnya memang takde la resepi kat memana blog even blog mat gebu pun sebab resepi tu resepi emergency den. Gigih ni nak buat masak kurma pengantin katanya.. Sebab ternampak kat Blog Dapur Tanpa sempadan. Tapi alahai.. bahan2 tak cukup pulak kat rumah ni. Takpelah.. Buat masak kurma pengantin lama sudah la kan. Campak apa yang ada. Alih2.. serbuk kurma pulak seciput jer tinggal. Dah siap bahan lain.. Kena juga buat masak kurma.

Tu yang terjadi Kurmari telur sebab aku campur dengan serbuk kari ikan sikit. Lepas tu masak je macam masak kurma cedok sikit resepi Cik Mat Gebu kan tapi takde la semua bahan yang cik mat guna. Cuma aku ceduk bahan kisar jer sebab sebelum ni masak kurma memang aku tak guna apa2 bahas kisar. Main tumis & rebus jer. aku biasa hujung minggu sesi habiskan barang2 dalam peti ais. Sebab ada sayur dengan telur boleh la masak. Maka terhasilah Kurmari Telur Lekat Lekit. Rasa dia dua alam sikit.. kurma ada.. kari ada. Ikut tekak aku boleh je makan & of course aku rasa sedap je... hahahahaha


Jadi surirumah ni even yang anggap macam orang bodoh tak tau apa2 perkembangan, asyik bercomot jer tapi surirumah la paling kreatif. Kalau rumah cantik siapa yang hias? Kalau masakan sedap siapa yang masak? Kalau anak yang baik siapa yang didik? so jangan pandang rendah pada golongan surirumah.. Apapun selamat berhujung minggu Uolls

P/S : aku memang susah nak share hari2 apa aku makan atau masak kecuali yang special case camni. hahahaha

APA KAITAN ENTRI UBI REBUS CIK MAT GEBU DENGAN LEKATLEKIT

Apa pulak special entri resepi ubi rebus Mat Gebu Dapur tanpa sempadan tu?? Terkenang hidup zaman sebelum merdeka makan ubi rebus ke sampai nak tacing2 ni. Sebelum merdeka aku pun tak wujud lagi.

Abis apa benda yang kau terharu sangat tu sang lekit Oooi... Cik Mat pos ubi rebus kat kau ke? Dok eh... Terharu la ada sesuatu di sebalik entri tu yang den terharu sangat. Tak sangka la cik mat tergamak buat camtu kat den dalam entri tu...

Kalau korang nak tau apa benda yang den terharu sangat sampai tak boleh nak cerita.. sehingga tiada kata2 mengambarkannya.. apa kata korang pi terjah entri Ubi rebus cik mat gebu tu sendiri kat sini >> UBI REBUS CIK MAT GEBU <<

Misteri di sebalik entri ubi rebus cik mat gebu yang ada kaitan dengan blog lekat lekit


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com