CARA KUMPUL & GUNA 'COINS' UNTUK BUAT PEMBELIAN DI SHOPEE
CARA KUMPUL & GUNA 'COINS' UNTUK BUAT PEMBELIAN DI SHOPEE. Banyak pula rasanya saya menulis tip membeli belah di shopee ni kan? Almaklum la sekarang kita masih dalam keadaan pandemic di mana statistik kes pun masih tinggi walau ada penurunan. Jadi kita masih perlu mengawal & mengurangkan pergerakan yang tidak penting. Lebih lebih lagi sekarang denda bagi individu yang melanggar SOP mencecah sehingga RM10,000. Dah ramai pun kena kompaun jadi untuk elak perkara perkara macam ni kurangkan beraktiviti di luar je la. Yelah.. kita manusia biasa, kadang kadang bukan niat nak ingkar arahan tapi terlupa pakai mask ke.. pun berisiko di kompaun juga.Jadi melakukan pembelian secara atas talian dapat membantu mengurangkan pergerakan & kesesakan di tempat tempat awam. Antara platform pembelian online yang memang menjadi pilihan ramai adalah shopee. Sebab shopee banyak voucher & tawaran yang menarik. seperti ada cashback di mana dengan pembelian yang kita buat berpeluang untuk kumpul ganjaran dalam bentuk 'coins' yang boleh di gunakan untuk membuat pembelian seterusnya.
Tapi ramai yang masih tak faham cara menggunakan coins yang terkumpul untuk membuat pembelian seterusnya. Mungkin ramai yang masih tidak tahu untuk menebus mata ganjaran (coins) untuk pembelian seterusnya.
Untuk tebus mata ganjaran @ coins yang terkumpul bagi membuat pembelian mestilah membeli dari seller @ kedai yang mendapat 'Preferred Seller' dari shopee. Macam mana tahu shop atau seller tu dapat Preferred Seller dari shopee?
Biasanya akan ada tag yang di letakan pada iklan jualan @ kedai mereka di shopee. Contoh boleh lihat pada gambar.
Jika ada Preferred Seller macam tu barulah dapat menebus mata ganjaran @ coins yang terkumpul untuk buat pembelian.
Dengan menebus coins @ mata ganjaran macam ni sekaligus kita membayar dengan harga yang lebih rendah & kat situ dah jimat.
Apa akan jadi jika coins tidak di tebus? Biasanya coins yang terkumpul ada tarikh luput. Kena di gunakan sebelum tarikh luput. Kalau tak di gunakan memang lebur macam tu je la.
Macam mana nak kumpul coins @ mata ganjaran. Biasanya setiap pembelian yang di buat akan dapat coins, bezanya banyak atau sikit. Jika produk atau barang yang kita nak beli dah ada tag cashback macam dalam gambar di bawah selalunya lebih banyak coins akan di berikan. Cashback pun bergantung juga pada seller. Ada bagi 10% ada 50%. Tapi kalau nak kumpul cashback biasanya bila ada sale banyak tawaran cashback. jadi boleh ambil kesempatan untuk kumpul cashback (coins) waktu tu
Selain tu dengan memberi review & rating pada seller di kedai shopee mereka juga boleh mendapat ganjaran coins ni. Cuma biasanya 3 - 5 coins sahaja untuk rate & reviews.
Jadi yang baru nak berjinak - jinak membeli belah di shopee boleh la mengaplikasikan perkongsian ni untuk penjimatan semasa membeli di shopee. Tak rugi malah salah satu cara membeli secara bijak juga.
Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada semua yang membaca di blog lekatlekit.com