Showing posts with label pembekal alat pemadam api. Show all posts

SANGAT PENTING ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH

SANGAT PENTING ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH.  Bukan satu berita baru kebakaran yang berlaku di pusat pusat tahfiz, asrama & rumah. Benda ni sering berlaku. Bak kata pepatah malang tak berbau.. Walaupun kesan terbakar boleh bau tapi kadang2 kita terbau bila api dah mula membesar. Kadang2 masa api kecik pun kita dah terbau tapi di sebabkan mungkin waktu tu tak ada alat pemadam api atau apa2 yang boleh padamkan api yang pada mulanya kecil.. Mungkin menjadi penyebab berlaku kebakaran besar yang mungkin menyebabkan kecederaan & kematian.


Kita manusia ni memang suka pandang remeh pada perkara perkara yang melibatkan keselamatan. tak payah kata hangpa la.. Saya pun ada juga perangai tu. Bila orang kata.. Dalam kereta, dalam rumah, premis perniagaan, asrama.. Wajib ada alat pemadam api sekurang kurangnya satu. Sesetengah dari kita fikir.. Alah.. bukan nak terbakar hari hari pun. Selama ni aku hidup, tak pernah pun berlaku kebakaran. Tapi bila kau dok sekolahkan aku suruh stanby alat pemadam api memang terbakar juga hati aku ni.. Katanya.

Padahal bila kita baca berita berita pusat tahfiz atau asrama yang terbakar. Bila siasatan di jalankan ada yang tidak mematuhi keselamatan yang sepatutnya ada di pusat pengajian termasuk la tiada alat pemadam api atau alat pengesan kebakaran.. Kau maki bagai nak rak! Konon tak fikirkan keselamatan penghuni bagai. Nak untung bla.. bla.. bagai. Yang kau tu? Ada ke tak alat pemadam api? Kalau takde.. tak payah sembang hentak hentak meja sampai patah kaki.. Pi beli satu simpan.

Tak payah la kau nak buat pili bomba bagai punya nak stanby kalau berlaku kebakaran cukup la setakat sediakan alat pemadam api yang mudah alih. macam ni.. pun dah ok

Salah satu alat pemadam api yang biasa kita tengok di premis atau di mana mana

Maksudnya kalau berlaku apa2 kebakaran kecil sementara nak tunggu bomba datang berlumba lumba ni.. Kau boleh cuba padamkan api dengan alat pemadam api yang kau ada. Yang mudah alih ni bukan apa.. Kalau terbakar kat hujung.. pemadam api ada kat depan senang nak angkut. Kalau dah kau stanby lori bomba bukan je makan ruang banyak.. Malah nak alihkan pun susah. Jadi untuk premis/rumah atau asrama lebih practical la sediakan alat pemadam api yang jenis macam ni untuk langkah keselamatan awal & pencegahan.

Antara syarikat yang menyediakan peralatan pemadam api yang jenis mudah alih & sesuai untuk di letakkan di rumah, asrama & premis perniagaan adalah Peace World Fire Industry Sdn Bhd. Mereka menyediakan alat pemadam api yang berfungsi untuk memadam kebakaran kecil atau menyelamatkan nyawa atau harta benda sebelum ketibaan bomba.

Antara alat pemadam api / pengesan kebakaran yang di bekalkan adalah :

ABC Dry Powder Fire Extinguisher
Alarm Bell
Auto Fire Off (AFO)
Automatic Powder Fire Extinguisher
Carbon Dioxide (CO2) Fire Extinguisher
Fire Alarm
Fire Blanket
Fire Extinguisher Cabinet
Fire Extinguisher Cover
Fire Extinguisher Stand
Fire Hose
Fire Host Nozzle
Fire Stop
Foam Fire Extinguisher
Home Kit
Photoelectric Smoke Detectors
Rate-of-rise/Fixed Temperature Heat Detector
Replacement Parts / Others
Seal Lead - Acid Battery

Kalau berminat Nak dapatkan Quatation boleh clik di bawah

clik ☟
Free Quotation 

Kebanyakkan benda benda ni sangat penting ada di premis atau asrama sebagai langkah keselamatan untuk elakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini yang melibatkan kebakaran.


Mereka juga ada ONLINE STORE yang membolehkan anda mendapatkan peralatan pencegah kebakaran ni secara atas talian. 

Pengasasnya Syarikat adalah Encik MOHD AZLISHAHRIL, yang berpengalaman Sebagai kontraktor perkhidmatan dan pemasangan sistem pemadam kebakaran sejak tahun 2006, Encik Azli memperoleh pengetahuan mendalam mengenai produk memadam kebakaran menerusi pengalaman dan latihan yang kukuh. Jadi atas pengalaman tersebut beliau membuka syarikat membekalkan alat pemadam api.


10 tahun penubuhan syarikat mereka memang sangat di kenali dengan pembekal alat pemadam api yang berkualiti. So, tak perlu ragu ragu untuk membuat urusan dengan mereka sebab mereka dah berpengalaman menjual & membekalkan alat pemadam api sejak 10 tahun lalu.

Jadi kalau ada yang nak dapatkan alat pemadam api untuk rumah, premis perniagaan, asrama atau untuk apa tujuan sekalipun kecuali untuk tujuan membunuh orang.. Boleh la hubungi mereka.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

 Website : https://www.pwf.my/ 

Sebarang pertanyaan Boleh Hubungi :

☒ email : peaceworldfire@gmail.com 
☏ No Tel : 603-60345994/822  

 Alamat pejabat 
No 45 Jalan KPK 1/8, 
Kawasan Perindustrian Kundang, 
48020 Rawang Selangor Darul Ehsan

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com