Showing posts with label hutang. Show all posts

DAH BOLEH BELI BARANG DI SHOPEE SECARA BERHUTANG

DAH BOLEH BELI BARANG DI SHOPEE SECARA BERHUTANG. Siapa kat sini adalah pembeli atau pelanggan shopee tegar? Mesti ramai kan? Termasuklah saya. Yelah.. kat shopee senang nak cari apa apa barang pun. 

Di tambah waktu pandemik ni kita di sarankan untuk kurangkan pergerakan dan elak mengunjungi tempat tumpuan ramai. Yang menakutkan bila muncul mutasi mutasi baru yang lebih agresif dan cepat berjangkit. Menjadikan statistik kes harian covid 19 semakin naik dengan mendadak. Paling sedih kebanyakan kluster baru yamg muncul adalah dari ketidapatuhan individu individu tertentu pada SOP.

Jadi membeli belah secara atas talian ni salah satu cara untuk kita kurangkan pergerakan dan mengelak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai.

Saya walau tak ada nak membeli apa apa pun memang suka window shopping kat shopee sambil sambil kumpul daily couns rewards tu. Benda free ambil je la kan.nanti nak membeli boleh tebus. Hari ni ternampak satu tawaran baru dari shopee iatu SPayLater. 

Apa tu SPayLater? Yang saya faham ialah kita boleh beli barang dulu bayar kemudian. Macam hutang masuk buku 55 pulak shopee sekarang yer. 

Tak tahu semua pelanggan boleh menggunakan SPayLater atau yang terpilih sahaja. Hangpa boleh la buka applikasi shopee hangpa check la sendiri. Sebab tengok kat notification saya dia tulis konon saya salah seorang pengguna bertuah yang terpilih.
Tapi saya tak terfikir nak guna SPayLater ni sebab saya takut nak berhutang. Saya bukan ada gaji tetap tiap tiap bulan pun. Tak larat pulak nak peras ugut laki sendiri bayar hutang shopee nanti. Ada duit kita membeli. Tak ada kita add cart sampai penuh.

Apapun.. kalau nak guna SPayLater ni pastikan anda ada pendapatan tetap. Almaklum kita masih dalam pkp ni. Ada orang punca pendapat dah jadi tak tetap. So elakan membuat hutang pada perkara yang tidak perlu.

COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI?

COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI?. Zaman semua barang keperluan naik harga ni masing2 cuba mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat. Mula2 GST di laksanakan banyak peniaga mula pasang banner & promosi harga barang tanpa GST kononnya padahal kadang2 tu dia dah serap harga GST tu dalam harga barang. Ni harga tol pulak naik tak mustahil nanti tiba2 peniaga yang jual barang yang memerlukan penghantaran pasang banner & promo harga tol kami tanggung pulak. Semua nak mengaburi mata pembeli. Padahal harga yang depa caj tu sebelum ke selepas GST @ Tol naik sebenarnya dah tinggi & tak rugi pun bila kos naik. Cuma untung tu mungkin kurang sikit je jadi boleh la depa ambil kesempatan trick pengguna yang lurus bendul katanya..


Almaklum kita ni dah tak ada pilihan kadang2 ada perkara terpaksa jugak kita beli walau kemampuan tu terbatas. Jadi kita cari la yang jual & promosi harga paling jimat. Kadang2 ada jenis manusia malas survey.. apa dia nampak dulu itu dia serbu. Senang terpedaya dengan janji manisnya. Senang tertipu dengan ayat ayat power. Nak2 ayat promosi. Sale besar besaran dengan jualan gudang padahal.. Kadang harga tu bukan harga gudang sangat pun. Tapi rakyat Malaysia ko cakap sales jer serbu macam ayam di tabur dedak. Sale la katakan.. dia punya mindset.. sale je mesti murah. Walhal kadang2 sale pada banner bukan pada harga. Harga kat tag je dia letak sebelum & selepas.. padahal harga sebelum tu dia dah markup & harga selepas tu harga jualan biasa je.

Bila terbaca artikel tips berjimat dari courts ni.. Ok la. Ada tips yang boleh pakai tapi masalahnya ada tips tu aku nampak bukan nak ajar orang berjimat macam nak ajar orang tambah beban hutang je. memula dia bagi tips macam mana nak saving dengan gaji yang sikit kemudian lepas dah saving dia bagi tips macam mana nak berhutang beli perabot pulak. hahahaha...Almaklum la courts kan.. Dia lebih prefer orang beli barang dengan dia secara hutang. Korang boleh baca sendiri kat sini tips penjimatan dari courts >> Ikuti 6 Tips Menyimpan Setiap Bulan & Masih Boleh Beli Perabot Baru Dengan Gaji RM3K <<

Kita tak boleh salahkan depa.. Masing2 ada hak untuk promosikan barang depa. Kita sebagai pengguna kena bijak. Tak semua tips tu membantu kadang2 ada tips yang membuntukan balik di akhir cerita.

Moral of the story.. Jadi manusia jangan cepat terpedaya. ada akal buatlah penilaian dengan baik. Jangan ikut nafsu memang lesu.

* Nak Menang Wang Tunai & Banyak lagi hadiah menarik Jom Join GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY *

SHILA AMZAH KENA KURANG BERSOSIAL DI LAMAN SOSIAL

Belum reda isu dengan pihak media melayu.. timbul pula isu lain pasal shila Amzah biar pun isu tu sebenarnya bukan hal dia tapi hal bapak dia katanya lari dari bayar hutang. Terbaru melalui laman sosial jugak shila amzah di katakan bersikap kurang ajar kepada sipolan yang di katakan ayah dia pernah hutang duit tu.. Alahai shila amzah. Memang musim kontroversi pasal dia la kot.

Sumber google

Aku tak nak kupas kupis isu pasal dia hentam media melayu ke, pasal hutang bapak dia atau pasal sikap kurang ajar yang di dakwa mereka2 tu cuma aku nak bagi pendapat la kan.. Mana tau shila amzah google jumpa pulak blog aku tulis pasal dia.

Bagi pendapat yang lahir dari kepala otak aku yang tak berjambul ni.. Aku rasa shila Amzah patut kurang aktif bersosial di laman sosial sehingga dia benar2 matang & boleh membuat keputusan apa yang dia patut post @ repost. Ketidakmatangan dia mengeluarkan kenyataan di laman sosial ni selalu buat dia terpalit dengan kontroversi yang sedikit merosakkan imej dia. Nampaknya shila Amzah belum mampu belajar dari pengalaman yang lepas.

Yelah.. kita pun kadang ter emo.. terlepas cakap tapi kalau aku takdenya Beautifulnara ke, Murai.com @ Rotikaya nak buat isu atas keterlanjuran kata kata aku sebab aku bukan sesapa tapi tak bermakna la benda tu jadi tak salah cuma effect dia tak macam shila Amzah la. Sebab dia dah pilih untuk jadi publick figure itulah yang dia kena hadap. Silap sepatah pun orang buat isu besar. So pada Shila Amzah.. kurang2 la post apa2 termasuk post gambar tanpa filter apa yang boleh @ tak boleh agar tidak terus menerus menjadi kontroversi. Sayang bakat besar tapi kontroversi pun sama besar jugak. Takut orang meluat pulak, kan?

Ini cuma pandangan blogger tepian longkang jer.. Kalau terbaca,rasa ada pekdah fikirkan. Kalau rasa pandangan aku ni sampah kau recycle bin kan. Bila2 kau rasa perlu ambil la sebagai guru. Peace!

P/S : Aku bukan la pakar motivasi atau kaunseling.. sekadar memberi pendapat comot untuk bacaan sesapa yang sudi.


SUKA BERSEDEKAH TAPI MALAS BAYAR HUTANG & ADA HATI NAK KE MEKAH

Siapa yang taknak jejak kaki ke tanah suci Mekah.. Sebagai seorang Islam aku pun mengimpinkan nak kesan juga. Tengok orang pergi.. Timbul rasa jeles dalam hati Uolls.. Rasa macam nak menangis berlagu nasyid. Tapi bukan lagi rezeki aku kesana.. Mungkin satu hari nanti Insya Allah.

Bercakap pasal orang yang beriya nak kerjakan Umrah walau umrah tu cuma sunat di lakukan bagi mereka yang berkemampuan. Yang berkemampuan takde hutang piutang tu tak pe la. Pergi la sebulan sekali pun takde sapa nak halang tapi yang mampu tapi ada hutang cuma taknak atau malas nak bayar macam mana pulak. Boleh ke dorang ni pergi Umrah. Alah.. umrah je kot.. bukan buat haji. Nanti2 boleh bayar hutang tu.

Nanti tu bila nak bayar. Tengok rajin je bersedekah kat sinun & sinin. Konon nak buka pintu rezeki agar rezeki secupak jadi segantang. Rezeki bukan segantang dah.. kalau mampu bersedekah dalam amount besar rasanya rezeki tu dah bergantang2.. dah mampu nak bayar hutang tapi hutang masih tetap hutang. Dah bertahun takde tanda2 atau di sebut pun nak bayar tup tup dengar khabar nak pergi Umrah. Nak kata semekin tak mampu bayar rasa lagi kaya hidup dia dari kita, kalau tak mampu bayar hutang masakan mampu bersedekah dalam jumlah besar & mampu pulak dia nak pergi buat umrah. Umrah cuma sunat di lakukan sedangkan hutang wajid di bayar. Tidak diterima Allah SWT apabila kita berulang alik ke Mekah sedangkan hutang kita sesama manusia tidak dilangsaikan

 Untuk artikel penuh baca kat SINI

Jadi barangsiapa yang berkenaan yang ada hutang keliling pinggang tu tapi nak pergi Umrah dalam masa terdekat ni moga ambil pengajaran yer.. Bukan apa kat sana macam macam boleh berlaku. Samada pergi mengadap orang yang korang berhutang minta tangguh atau kalau tak malu try la minta di halalkan even kau mampu bayar pun & buat perjanjian nak bayar atau kalau ada duit sila bayar terus. Jangan buat2 lupa pulak padahal berduit & berkemampuan nak bayar. Buat apa hidup senang tapi hutang orang buat buat tak ingat. Tu yang hutang, yang dok songlap duit orang tak tau la macam yer. Moga Allah bagi kau hidayah ler.. Pergi balik Mekah tiap2 tahun pun tak guna kalau tak dapat hidayah untuk langsaikan hutang orang. Ye dak?? Renung renungkan...

P/S : Antara sedekah, Umrah... tetap hutang harus di langsaikan dahulu sebelum melaksanakan 2 perkara sunnah tu. Jadi tak payah beriya sangat yang dua perkara tu kalau kau masih ada hutang yang wajib kau bayar. Tak payah nak nampak mulia sangat di mata manusia kalau tak Mulia pada pandangan Allah. Pun tak jadi apa..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com