PERLUKAH BEKAS PASANGAN HADIR @ DI JEMPUT KE MAJLIS KAHWIN?
PERLUKAH BEKAS PASANGAN HADIR @ DI JEMPUT KE MAJLIS KAHWIN?. Sesejak jadi budak tiktok ni (walau account den private cuma suka tengok content content video orang lain je) macam macam isu trending den follow. Even kita tak follow pun video video orang lain dari seluruh negara akan keluar kat FYP. Pilih la yang mana hangpa rasa nak tengok. Banyak juga kena block sebab den tak suka dengan content video depa. Tak block satgi dok naik la kat FYP.. nak tak nak benda kita tak suka kita block je la.Antara yang macam jadi trend kat negara seberang (Indonesia) content video mantan hadir ke majlis perkahwinan bekaa pasangan mereka. Dah datang tu.. datang la. Kau makan kau blah la.ni tak naik pelamin dok peluk mantan yang dah sah jadi pasangan halal orang lain. Dah tu depan hidung pasangan dia. Banyak tau video macam tu den dok tengok. Jadi berbulu ketiak jugak la even yang di peluk cium tu bukan laki aku.
Perlu ke nak jemput mantan hadir ke majlis perkahwinan kalau dah tau kau atau mantan memang tak boleh move on lagi dengan percintaan lama? Bagi saya tak perlu kot nak jemput semata mata nak melukai hati salah seorang. Yang di jemput tu kalau dah tau masih belum move on yang kau gatal juboq sangat nak pergi majlis kahwin depa buat apa. Sekadar nak naik pelamin peluk laki/bini orang macam muka tak tau malu ja ka?
Nak jemput atau hadir ke majlis perkahwinan mantan ni di bolehkan kalau kedua dua belah pihak dah boleh move on & masing masing memang dah tak ada rasa tak sepatutnya ada. Datang sebagai tetamu bagi meraikan hari bahagia bekas pasangan bukan datang dok buat laki bini orang macam kekasih kau atas pelamin. Apa ingat ni sinetron indon???
Tolong la jangan jadikan benda ni trend atau budaya. Nampak kurang ajar & tak senonoh. Silap haribulan ada makan penyepak pengantin atas pelamin.kau jangan main main.. tercabar juga orang lain dok peluk laki/bini kita depan mata.nak nak yang peluk tu bekas kekasih yang masih ada hati kat pasangan kita.
Kahwin paksa ke kahwin rela ke bukan alasan untuk buat perkara macam tu lebih lebih lagi depan pasangan mereka yang sudah di halalkan mengikut hukum agama.
Walau banyak berlaku di negara seberang hope jangan la orang malaysia tiru. Orang malaysia ni lain sikit perangai. Tak tentu hala prank pun boleh kena terajang apatah lagi kau dok buat slot akasia atas pelamin macam tu. Takut terkeluar buasir kau kena pijak. so, orang malaysia kita jaga adab yer.
Moral of the story.. jodoh pertemuan.. Ajal & maut.. kita manusia cuma boleh merancang & berusaha selebihnya Allah yang tentukan. Apa yang bukan tertulis jadi milik kita belajar la terima hakikat.