Hari rabu ramai yang buat entri wordless wednesday tapi biasa la blog melekit ni konsep dia memang takde wordless semuanya more words hahahahaha.. Kalau tak berjela entri tu tak sah. Kalau nak buat wordless rasanya hati boleh memberontak sebab kurang kepuasan.kekekeke
Cerita pasal hantu hari rabu ni.. Betul la macam tajuk entri tu nak cerita pasal hantu seorang ibu mengandung yang cari mayat bayinya. Alkisah selepas dua tahun kematian penuh trajidis seorang pelajar perempuan yang sarat mengandung akibat di bunuh oleh kekasihnya.. juga bekas guru dia sebab nak tutup perbuatan sumbang cikgu tu bersama pelajarnya.. Pelajar perempuan tu di bunuh sebab degil taknak gugur kan kandungan. Nak jugak lahir & besarkan bayi hasil dari hubungan sulit dia bersama cikgunya. Si cikgu tu dah ada anak bini tetap nak menggatal dengan anak murid.
Sumber google
Lepas di bunuh mayat perempuan sarat mengandung tu di buang di sebuah paya & di temui keluarga dia & di lakukan upacara pengebumian la. Kepercayaan orang Thailand ni pelik sikit ibu mengandung yang mati.. Mayat bayi yang dalam perut tu perlu di keluarkan taknak nanti si ibu jadi hantu & menganggu orang lain. So, perut si mati di belah & di keluarkan bayi dia yang tak cukup bulan tu. Tapi ada seorang pengamal ilmu hitam ni dah curi mayat bayi tu sebelum di bakar, buat si ibu jadi hantu & kembali selepas dua tahun membalas dendam & menuntut mayat bayinya semula dengan menggunakan seorang perempuan yang tengah mengandung. Akhirnya dia dapat bunuh kesemua mereka yang terlibat dalam pembunuhannya & yang mencuri mayat bayi dia.
Sumber google
Tu la kisah dari Filem Seram Thailand yang bertajuk The Unborn. Starting filem ni agak bosan.. Nak tunggu sampai pertengahan cerita baru nak keluar hantu tu memang mencabar jugak la. Hantu bagi aku tak seram mana sebab hantu dia takde bunyi apa2. Sekadar muncul untuk minta tolong & balas dendam jer. kalau yang penakut mungkin rasa seram la. Boleh la bagi 2 bintang kelip kelip untuk filem ni. Nak tengok pi la cari dvd.
P/S : Kepercayaan kena keluarkan bayi dari perut orang mengandung yang mati tu memang ritual macam tu masih di amalkan kat Thailand..