Showing posts with label 60 tahun. Show all posts

RAKYAT MALAYSIA RAMAI YANG HIDUP SAMPAI 200 TAHUN

Semalam tertengok berita kat TV isu pasal KWSP nak lanjutkan usia pengeluaran duit kwsp dari 55 tahun ke 60 tahun. Salah satu alasan & cadangan untuk melanjutkan bayaran dividen dari 75 tahun sehingga 100 tahun. Wah! ni lawak ke betul2 memang tercetus dari mereka yang bijak pandai di amanahkan menjaga duit caruman kwsp orang lain.


Jangan marah.. jangan panik.. Korang tak tahu ke yang Rakyat Malaysia dah tercalon dalam world record yang mempunyai umur paling panjang iatu 200 tahun ke atas. Sorang dua je rakyat malaysia yang mati di bawah usia 100 tahun. Yang lelain semua melepasi angka 200 tahun. Usaha kwsp cuba buat adalah untuk memastikan kesejahteraan hidup pencarum lepas pencen. Kalau pengeluaran di buat pada usia 55 tahun nanti tak sempat sampai 100 tahun duit dah habis di buang keluarga kan penuh rumah kebajikan masyarakat. Kerajaan jugak nak kena tanggung kos bela warga emas yang usia beratus tahun tu. So, apa yang kwsp buat adalah untuk kebaikkan jangkamasa panjang pencarum.

Tak baik lagi ke kerajaan pemerintah? Tak cukup baik ke cadangan pihak kwsp? Korang ni tak reti bersyukur. hek kau!!! Please la.. Tak payah dok tunjuk sangat bodoh tu untuk memperbodohkan orang awam ni. Berapa kerat sangat pencarum kwsp yang sempat hidup sampai 100 tahun? Kau bagi list sekarang?? Biar rakyat rasa cadangan korang tu berasaskan sikit. Duit orang kot.. 60 tahun tu pun ramai dah kembali kerahmatullah. Arwah ayah aku pun meninggal pada usia 56 tahun. Sempat merasa sikit jer duit kwsp dia. kau di amanahkan simpan je. Cukup la dengan syarat yang di persetujui.. tempoh pengeluaran wang kwsp pada usia 55 tahun yang nak sibuk sangat lanjutkan masa dengan alasan tak masuk akal dah kenapa?

Sumber Bernama

Sekarang nak suruh orang undi setuju atau tak dengan cadangan.. tak payah undi rasa pihak kwsp jelas dengan respond yang di beri. Tak payah buang masa!! Sudah2 la. dok cari alasan nak rolling duit orang. hasil titik peluh orang yang kau nak sangat, dah kenapa? Ingat semua pencarum kwsp tu bapak2 menteri ker.. banyak yang orang dari kecik sampai tua tak pernah merasa senang mengharap duit kwsp tu nak tunaikan hajat tertunggak.

Sudah la kwsp kalau korang pemegang amanah orang, jaga amanah tu. Tak perlu nak mereka cipta alasan yang tak logik untuk melambatkan orang lain merasa hasil titik peluh mereka. Depa pun tak harap sangat dividen tu.

Moral of the story untuk kwsp.. Jangan rasa diri tu cerdik sehingga terlupa rakyat malaysia bukan bodoh sangat. Tak pepasal kena troll. Memalukan Malaysia di mata dunia jer. Puih!!

P/S : Hope kwsp tak guna blogger pulak nak berkempen untuk cadangan macam ni. Yelah.. sekarang ni nak bersihkan persepsi negatif orang awam semua nak guna blogger padahal isu2 terpinggir pun masih tak selesai, cuma isu2 yang dapat publisiti jer di tonjolkan seolah2 'sedia berkhidmat dengan amanah, jujur untuk rakyat'.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com