Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA. Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia. 

Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah.

Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisihkan.

Namun dalam membuat kebaikan kadang kadang ramai yang ambil mudah soal agihan sumbangan terutama sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Kita sedia maklum makanan siap di masak ni tak boleh simpan lama. Lebih lebih lagi golongan gelandangan. Biasa untuk di makan terus. Tapi bila berlaku lambakan sumbangan makan siap masak ni sampai tak termakan golongan gelandangan dah jadi satu pembaziran. Bukan mereka memilih makanan tapi kalau dah seorang dapat sampai 20 ke 30 bungkus makanan sehari bukan kemampuan manusia biasa nak habiskan semua.

Setiap tahun menjelang ramadhan isu ni sentiasa ada seolah olah macam tak ada kesedaran atau perancangan untuk ngo ngo atau aktivis yang terlibat dalam program sumbangan makanan untuk golongan gelandangan. Macam asal bagi dah tunaikan amanah dari penyumbang. Semua tu ada kos dan kebanyakan kos membayar semua tu adalah dari dana awam. Walaupun keluar duit poket sendiri sekalipun, kalau tak ada perancangan yang teratur sampai menyebabkan berlaku pembaziran dan lebihan makanan yang tak terjamah seterusnya basi di tinggalkan di kaki kaku lima.. di kerusi rehat tempat awam kan jadi kotor.

Kena ada mana mana pihak mengambil tugas atau tanggungjawab untuk menyusun jadual agihan makanan untuk gelandangan ni. Yang mana nak sumbangkan makanan kena melalui pihak tertentu untuk memastikan kawasan tersebut belum menerima sumbangan makanan supaya tidak berlaku pembaziran dan mengotorkan kawasan sekitar.

Bukan hanya gelandangan memerlukan sumbangan makanan ni. Ada orang yang berumah pun masih kelaparan. Golongan pelajar pun ramai yang masih ikat perut. Jika semua banyak di longgokan pada golongan gelandangan sahaja sampai seorang dapat 20-30 bungkus makan sehari.. amatlah merugikan. Sedangkan makanan tersebut boleh di manafaat pada ramai lagi golongan yang memerlukan walau tidak berstatus gelandangan.

Rasanya isu ni perlu juga ada campur tangan pihak pihak berwajib kalau tak setiap tahun masalah yang sama akan berlaku. Harap ada pihak sudi memikul tanggungjawab ni. 

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA. Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha..


Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu tahun ni raya dia lebih bermakna lah yer . Aku bayangkan dia beraya dengan penuh senyuman & kepuasan.. Apapun aku kena ucap terima kasih juga sebab dia pernah bagi aku rezeki untuk paid review yang dia ambil kat blog aku. Aku rasa aku tak ada apa2 dosa dengan dia sebab memang sepanjang aku bekerjasama dengan dia aku tak pernah pun menganiaya atau mengumpat atau ambil tahu apapun pasal dia sebab tu aku tak tahu rupanya dia ada connection dengan orang yang menyaman aku. Bayangkan aku tak pernah siasat pun siapa dia sebelum ni. Bagi aku antara aku dengan dia cuma atas urusan kerja. Apatah lagi nak menyindir atau mengumpat dia.. memang takde la sebelum ni.


Tapi tu semua asbab jer.. Sebenarnya apa yang berlaku semua dengan Izin Allah. Bukan kata Allah nak aniaya aku tapi mungkin ada sesuatu Allah dah rancang untuk buka semua mata mata yang tertutup melihat kebenaran. Kita tunggu jer apa akhirnya sebuah kisah sedih seorang blogger yang kena saman, sepanjang ramadhan 2017 ni katanya. Aku tak kata aku benar atau salah.. Tapi aku yakin kebenaran tu akan tertegak jugak. Kalah atau menang di mahkamah dunia bukan penentu siapa betul siapa salah. Moga yang benar di beri pembelaan sewajarnya. Sekali lagi aku cakap.. Aku tak kata siapa betul atau siapa salah. Cuma aku harap Allah beri kemenangan pada mereka yang benar. Amin....

Tahun ni aku rasa Ujian datang bertimpa - timpa jugak.. Selepas dapat surat saman.. dua tiga hari lepas dapat berita adik aku jatuh motor. Alhamdulillah sekarang dah ada berehat kat rumah. Lepas tu adik aku yang sorang lagi pulak jatuh dari bumbung sebab nak turunkan kucing. Sebelum tu katanya mak aku jatuh longkang depan rumah.. Masing2 tengah uzur la sekarang ada sorang jer kakak aku kat rumah untuk take over sediakan juadah raya mungkin mak aku bantu sikit2 kot sebab khabar dah boleh bangun sikit sikit. Yang jatuh motor dengan jatuh bumbung tu setakat ni masih di pembaringan la. Sepatutnya aku balik kampung & memasak untuk juadah raya. Tapi aku terpaksa spent duit yang ada untuk kes aku ni. Tu pun bukan cukup pun sebenarnya kalau nak ambil lawyer. Takkan nak menyusahkan adik beradik pulak kan. Kena la usaha sendiri... Apa yang berlaku sebab aku jadi aku la kena usaha cari penyelesaian.


Tetiba rindu arwah Ayah.. Kesian anak yatim beraya kat perantauan katanya. Erkk layak ke di gelar anak yatim lagi. hehehehe. Kalaulah arwah ayah masih ada.. Apapapun semoga Arwah Ayah damai di sana. Puteri2 Ayah Insya Allah.. akan terus kuat hadapi ujian demi ujian yang hadir. Yelah.. kami 6 adik beradik semuanya perempuan kan. Terpaksa masing2 men'sado'kan hati bila satu satunya lelaki dalam keluarga pulang kepangkuan pencipta.

Bohong la aku tak rasa sayu saat ni.. Dalam keadaan keluarga di timpa musibah macam tu aku tak dapat balik. Ya Allah semoga Dugaan ramadhan kali ni membawa seribu hikmah di masa akan datang. Moga aku dapat bayar balik moment2 yang sepatutnya jadi indah tapi yang berlaku sebaliknya.. Tahun depan. Moga kes saman ni dapat di selesaikan dengan cepat. Kalah atau menang.. dapat lawan atau tak.. terpaksa kalah sebelum bicara.. Aku redha Ya Allah. Sebab kemampuan aku sangat terbatas cuma selagi ada masa aku akan terus usaha. Bantulah aku Ya Allah.. beri aku kekuatan untuk hadap semua ni dengan cekal & tabah. Jangan sesekali detikkan rasa putus asa dalam hati ini. Sesungguhnya aku masih mahu berjuang dengan apa adanya, Insya Allah.

Apapun di kesempatan ini.. Aku nak mohon kemaafan kepada semua pembaca blog, kawan kawan.. andai sepanjang perkenalan kita ada kata2 yang menguris hati semua. Aku tetap doakan raya hangpa tahun ni menjadi raya terindah.. Selamat makan ketupat rendang lemang serunding bagai.. Lepas raya jangan menangis atas penimbang yer... kekekekeke

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

PELUANG ANDA BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & ASNAF SAMBIL BERAMAL

PELUANG ANDA BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & ASNAF SAMBIL BERAMAL. Hari ni dah masuk hari ke 7 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sekarang dah banyak majlis majlis berbuka puasa di anjurkan untuk meraikan mereka mereka yang kurang bernasib baik seperti anak anak yatim & asnaf ni. Almaklum la bulan ramadhan ni bulan yang pahala akan jadi berlipat kali ganda kan. Masing2 ingin beramal untuk merebut ganjaran pahala tersebut.


Mungkin bagi anda yang tidak berkemampuan untuk menganjurkan majlis berbuka puasa untuk golongan macam anak anak yatim ni jangan risau.. Masih ada ruang & peluang korang untuk merebut ganjaran pahala di bulan mulia penuh keberkatan ni. Memang la nak anjurkan majlis2 besar macam ni memerlukan budget yang besar juga. Hanya golongan2 tertentu sahaja mampu nak buat..

Tapi kalau korang nak memberi sokongan atau meraihkan golongan anak anak yatim ni, masih ada cara. Pada 10 Jun 2017 nanti akan di adakan majlis berbuka puasa Pelajar Pelajar PLK LW213 bersama anak anak yatim & asnaf di Hotel UiTM Hotel shah Alam.

Selain majlis berbuka puasa ada banyak lagi aktiviti lain seperti ;

- Penyertaan Malaysia Supercar Owner Club
- Anak-Anak Yatim & Asnaf berpeluang menaiki kereta super
- Orang ramai yang ingin menaiki kereta super akan dikenakan bayaran RM50 (yang akan disumbangkan kepada Anak-Anak Istimewa ini).

Selain tu ada juga aktiviti jualan bonet kereta. Boleh la korang nak beli apa2 keperluan raya datang kesitu sambil berbuka puasa bersama anak yatim & Asnaf. Juga di adakan Aktiviti Trivial bersama anak-anak tetamu istimewa ini

Maklumat tentang Majlis tersebut adalah seperti berikut

Tarikh : 10.06.2017 (Sabtu)
Masa : 5.30petang - 9.30malam
Tempat : Hotel UiTM Shah Alam
Bayaran : RM65 (Dewasa) & RM35 (Kanak-kanak bawah 12 Tahun)

Tempat adalah terhad. Sekiranya korang berminat boleh hubungi ;
Zarina Zainal Abidin : 019-6290910 

Program ini di adakan adalah bagi tujuan meraikan & menceriakan anak anak yatim & asnaf sembil menjamu selera.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).


Sekirang ada sumbangan secara peribadi nak di hulurkan boleh hubungi Cik Zarina Zainal Abidin di talian yang sama.

TROLL RAMADHAN.. 'FENOMENA 'DONE'

TROLL RAMADHAN.. 'FENOMENA 'DONE'. Sejak dua tiga hari ni dah muncul troll2 ramadhan terutama fenomena 'Done'. Masing2 dok post sindiran pasal golongan 'Done' yang bakal muncul esok hari. Sebab bermula 1 Ramadhan ni.. Maka bermula juga episod 'Done' di media sosial. Bagi yang blur blur lagi tak tau pekebendanya fenomena 'Done' ni.. Mungkin hangpa baru ada account media sosial tahun ni so terlepas la menyaksikan fenomena 'Done' yang tahun tahun lepas punya. hehehehe


Fenomena 'Done' yang di maksudkan adalah.. Setiap kali menjelang ramadhan akan ramai buat post 'Done' selepas melakukan apa2 task atau aktiviti sepanjang ramadhan. Contohnya..

1. Selesai sahur - post caption 'Done sahur'
2. Selesai solat tarawih - post caption 'Done Tarawih'
3. Selesai solat 5 waktu - post caption 'Done Solat'

begitulah yang di gambarkan dengan fenomena Done yang sedang jadi troll sekarang ni kat media sosial. Ia lebih bersifat sarcasm atau sindiran kepada golongan tersebut. Spesis camtu selalunya attention seeker yang dahagakan pujian sesama manusia jer.. Maka dia akan buat la post post macam tu. Kalau hangpa tak mau di kategorikan sebagai golongan attention seeker ramadhan atau spesis 'Done' elakkan la buat post2 macam tu. hehehee


Hope tahun ni hangpa tak terkategorikan dalam golongan 'Done' tu lah yer... Alahai, tak semua perkara kita perlu bagitau orang lain kita dah selesai melakukannya. Terutama yang berbentuk ibadah.. Kalau bukan keperluan atau ada sebab tertentu tu biarlah ibadah tu antara kita dengan Allah. Kita buat kerana Allah jadi tak perlu la nak menunjuk sesama manusia kecuali benda tu bertujuan untuk menyampaikan kebaikkan sesama manusia. Kalau sesaja kau nak riak, Takut ibadah yang hangpa buat tu sekadar dapat penat jer. Sedangkan hati hangpa buat kerana mendambakan pujian & nama. Jadi ikhlas kan hati yer dalam melakukan perkara kebaikkan. Apa yang tak perlu di ceritakan pada orang lain maka simpan sahaja dalam hati.

Apapun pada golongan 'Done' Tahun lepas moga tahun ni kurangkan 'Done' tu kat media sosial lebihkan done di dunia nyata.

1. Done puasa penuh
2. Done solat 5 waktu
3. Done Tarawih sehingga malam akhir
4. Done bersahur
5. Done berjimat & tak mengunjungi bazar ramadhan
6. Done kurang tidur

Dan banyak lagi la perkara yang harus hangpa 'Done' tanpa perlu nak update kat media sosial. Moga perkara perkara yang baik hangpa buat di bulan ramadhan ni dapat menjadi bekalan hangpa di dalam kubur nanti, Insya Allah. Samalah peringatan ni pun untuk diri sendiri jugak yang banyak perlu di perbaiki perkara perkara yang aku sebut tu. Apa hangpa ingat aku ni perfect sangat ke sebab buat entri ni??!! Tidak ok.. Aku pun masih kurang & jahil sana sini.

Semoga ramadhan tahun ni mengubah kita kearah yang lebih baik. Niat berpuasa tu kena betul jangan hanya nak kuruskan badan sebab nak pakai kebaya ketat raya nanti je. Takut niat tak betul.. Allah pun tak makbulkan hajat hangpa tetiba raya jangankan kebaya ketat.. Baju kurung pun tak dak size kat pasaran. hehehehe

Moral of the story.. Jangan lupa menantikan pengumuman tarikh berpuasa malam ni kat TV even masing2 dah tahu kan bila start puasa tapi tak salah kita nak feel macam zaman kanak kanak.. berdebar menanti tarikh pengumuman puasa oleh tokwan yang dia punya slow montion boleh buat degupan jantung di pam dengan kencang. hehehehe

PETUA TIDAK LAPAR & DAHAGA SEHINGGA WAKTU BERBUKA PUASA, SALAH SATU ELAK MAKAN TELUR ASIN

PETUA TIDAK LAPAR & DAHAGA SEHINGGA WAKTU BERBUKA PUASA, SALAH SATU ELAK MAKAN TELUR ASIN. Minggu ni kita up entri entri untuk persediaan menyambut ramadhan je la yer. Yelah.. Inilah minggu akhir untuk kita cari gali tip, petua & sebagainya supaya kita boleh berpuasa sepanjang hari tanpa lembik,lemau,terlalu lapar & dahaga sepanjang siang hari tu. Takde la kita terjebak dengan geng plastik hitam kan. Yer.. betul puasa bukan semata mata mehanan lapar & dahaga tapi syarat sah puasa salah satu daripadanya memang kena tahan lapar & dahaga jugak kan. So petua2 ni pun penting bagi persediaan kita untuk berpuasa agar kita tahu apa yang terbaik untuk kita buat nanti.

Telur Asin

Jadi tanpa membebel bebal panjang lebar sampai ada yang terbatal puasa ganti hari ni moh ler kita membaca apa tip & petua yang boleh kita lakukan untuk bertahan puasa sepanjang hari..

1. Jangan makan makanan lembik
- Contoh macam bubur. Memang tak sesuai makanan macam tu di ambil semasa sahur. Pola makan yang baik ketika puasa adalah pengambilan makanan rendah glisemia semasa sahur, dan tinggi glisemia ketika berbuka. Pengambilan makanan ini penting untuk menaikkan kadar gula darah. Sepanjang berpuasa, kita memerlukan makanan yang tinggi serat dan kandungan protein yang cukup. Selain protein, tubuh juga memerlukan pengambilan lemak baik.

* glisemia = ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu

2. Jangan Bersahur dengan Mee segera
- Kandungan mi segera seperti natrium, lemak tepu dan MSG akan membuat anda akan cepat rasa dahaga & rasa haus yang tinggi, tekak pun akan jadi kering. Selain itu, mee segera juga membuat cepat lapar. Mee segera mengandungi kadar glisemia yang tinggi membuatkan tenaga kita keluarkan banyak, sehingga cepat lapar.

3. Amalkan pengambilan Madu
- Madu adalah cecair manis yang mengandungi gula sehingga 70-80 peratus. Selebihnya, adalah air, mineral, beberapa protein, asid dan zarah lain. Madu sangat baik untuk anti-bakteria, dan baik juga digunakan secara rutin. Amalkan sepanjang berpuasa. Caranya anda boleh makan 3 biji kurma dan 2 sudu makan madu selepas sahur dan begitu juga ketika berbuka puasa.

4. Makan Kacang Merah Ketika Sahur
- Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks sebaiknya digunakan dalam hidangan  ketika sahur. Sebabnya, karbohidrat kompleks tidak mudah dicerna tubuh dan boleh Buat kita rasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Contoh makanannya antara lain beras merah, oren, kobis, lobak, kacang merah dan lain sebagainya. Jadi bila kita rasa kenyang so tak ada masalah untuk berpuasa sepanjang hari

5. Ambil ubi sebagai penganti Karbo
- Nasi putih mempunyai indeks glisemia yang rendah sehingga cepat di cerna dan akhirnya membuat kita mudah lapar. Ubi adalah yang disyorkan sebagi penggantinya nasi.
supaya kita akan rasa kenyang dengan lebih lama. 

6. Makan telur
- Telur antara makanan yang boleh buat kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Korang boleh cuba nanti yer.

7. Minum air kelapa selepas berbuka
- Boleh jugak minum ketika sahur untuk elak rasa haus semasa berpuasa tapi boleh juga di minum selepas berbuka puasa. Air kelapa sebenarnya memang dapat membantu untuk hilangkan rasa dahaga & mampu bertahan selama 14 jam. Dengan minum air kelapa juga menjadi salah satu cara untuk buat anda bertahan untuk seharian berpuasa.

8. Ambil sayur sayuran ketika sahur
- Sayur-sayuran tinggi kandungan air dan serat. Perkara ini membuat sistem pencernaan lebih sihat dan mengurangkan rasa haus ketika berpuasa. Antara sayur yang bagus adalah bayam.

9. Elak mengambil makanan pedas.
- Rasanya bagi tekak orang2 melayu ni.. Pedas antara yang membuka selera terutama pagi2 buta time sahur tu kan tapi sebenarnya pengambilan makanan pedas ni membuat kita lebih cepat haus. Sebaiknya, pilih makanan yang dicerna tubuh lebih lama seperti gandum, bayam, dan almond.

10. Elak makan telur Asin
- Alamak ni antara menu popular waktu sahur. Sebab rasa masin dia tu salah satu cara nak menaikkan selera makan semasa sahur kan. Tapi dengan makan telur asin ni buat kita cepat rasa haus. Makanan yang tinggi kadar garam dia membuatkan air cepat keluar dari sel & menyebabkan tubuh kita cepat kekurangan air. So elakkan makan telur Asin yer.

Cukup la 10 petua tu yer.. Kang tulis panjang lebar bukan hangpa rajin sangat pun nak mentelaah so kita ambil yang penting - penting je sudah. Satgi ada yang terlena depan skrin pulak baca entri ni katanya hehehehe.

Jadi semoga 10 perkara tu dapat membantu hangpa semua enjoy sepanjang berpuasa nanti selain dari mengelakkan anda terjebak dengan geng plastik hitam jugak.  Jadi kalau ada niat untuk berpuasa penuh, ambilah makanan yang mampu memberi tenaga sepanjang hari ok!

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP. Tu dia tak berapa hari lagi ja kita bakal melangkah ke bulan yang penuh keberkataan. Bulan yang paling mudah nak rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda. Bulan yang ramai manusia akan rajin menunaikan ibadah wajib & sunat. Bulan tu juga akan di hantui dengan geng plastik hitam yang bakal di angkut dengan van jenazah untuk melawat kawasan sekitar bandar & pekan. Bulan yang manusia akan jadi lebih bernafsu dengan makanan. Macam macam lagi la kalau nak di senaraikan perbezaan bulan ramadhan dengan bulan biasa ni.


Bila masuk bulan ramadhan.. Dah tentu la sinonim dengan sahur. Hari pertama sahur biasa la mesti meriah meja makan. Almaklum la semangat hari pertama tu memang takkan sama dengan hari ke 10,11,12 dan seterusnya. Hari pertama masing2 tak sabar nak bangun bersahur tapi hari hari seterusnya boleh menggugat kesabaran nak kejutkan sesekor bangun bersahur katanya.

Bila dah pertengahan ramadhan ni selalunya sahur memang ala kadar je. Takde sapa rajin pepagi buta nak buat mandy chicken bagai kan. Paling2 sayur & satu menu lauk je. Almaklum la pagi - pagi nak masak berat berat kadang selera makan bukan nak ada sangat. Di tambah masa nak masak tu memang terhad nak2 lagi kalau terbabas tidur bangun cukup2 masa goreng telur je memang tidak la merasa makanan sedap. Jadi jangan mimpi la kau nak makan ayam masak merah pepagi buta macam tu.

Jadi atas keprihatinan kami, So kami nak share kat hangpa satu menu sangat sangat simple, senang & sedap. Sangat2 sesuai di jadikan menu masa sahur. Selain nak sediakan lauk ni tak payah ambil masa yang lama, bahan bahan dia pun sangat mudah di dapati. Iatu menu Sardin masak kicap. Dah jemu makan sambal sardin bagai.. Meh sini den nak bagi menu sardin masak kicap pulak.

Bahan Bahan di perlukan

1. 1 tin ikan sardin (size ikut berapa orang nak makan)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Halia
7. Kicap manis
8. Kicap pekat
9. Garam sebagai serbuk perasa
10. Minyak masak

Cara memasak

1. Bukan tin sardin asingkan ikan dari sos & letak tepi
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis & jintan putih. Letak tepi
3. Panaskan minyak goreng sekejab ikan sardin
4. Minyak yang sama tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
5. Masukkan kicap pekat & kicap manis
6. Masukkan sos sardin tadi. Kalau rasa tak nak masuk pun tak apa.
7. Masukkan ikan sardin yang dah siap di goreng
8. Masukkan hirisan bawang besar & kalau suka pedas masukkan cili padi.
9. Masak sekejab & perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
10. Tutup api & hidangkan.

* Bagi memudahkan hangpa masak pepagi buta, bahan kisar boleh buat siap2 malam hari sebelum tidur & simpan dalam peti sejuk. Pagi nak masak boleh terus keluarkan & guna.


Jadi sila print siap siap resepi ni & simpan sebagai salah satu menu untuk sahur hangpa sepanjang bulan puasa. Nak2 lagi yang bujang tu. Tak payah satgi orang posa hangpa dok buat cerita sedih sahur dengan biskut kering & teh o panas ja. Tunjukkan orang bujang pun bersahur dengan nasi berlauk hehehehe.

Selamat mencuba resepi ringkas, mudah & sedap ni. Simpan stok ikan sardin siap siap sebelum masuk bulan puasa ok! Manatau emergency sardin pun berguna jugak. hehehehe

MUNGKIN TAHUN LEPAS ANDA TAK BUAT 11 PERKARA NI SEPANJANG BULAN PUASA

MUNGKIN TAHUN LEPAS ANDA TAK BUAT 11 PERKARA NI SEPANJANG BULAN PUASA. Tu dia mood ramadhan dah activated katanya. Dia kena warm up dari sekarang sebab tak berapa lama sangat dah kita nak sambut bulan ramadhan Al Mubarak ni. Bulan penuh keberkatan & menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka2 yang mengisinya dengan ibadah & perkara perkara yang baik.


So, sebagai persediaan untuk menyambut bulan ramadhan ni meh la kita sama2 remind balik diri apa yang boleh kita buat selain menahan diri dari makan & minum kan? Puasa ni bukan semata mata menahan lapar & dahaga je tau.. Hope ramadhan kali ni kita boleh manafaatkan dengan sebaik mungkin merebut ganjaran pahala..

Mungkin juga dalam 11 perkara ni di bulan2 ramadhan yang lepas korang terskip buat atau terlupa atau tak tahu kena buat, so tahun ni meh la kita semak balik sama sama. Almaklum la kita manusia memang suka lupa daratan & sering kelaut kan.. So, kena di ingatkan setiap masa.. Termasuk diri sendiri yang serba serbi masih kurang sana sini ni..

Antara amalan & perkara yang hangpa boleh & kena buat sepanjang bulan ramadhan ni adalah.. Bukan pergi bazar ramadhan shopping kuih muih, ayam percik, murtabak king bagai yer. Itu tak termasuk walau memang antara perkara wajib bagi sesetengah orang masuk je bulan puasa mesti bertandang ke bazar ramadhan. Yang tu bukan termasuk perkara yang mendatangkan pahala.. Silap haribulan boleh mendatangkan dosa balik ok hehehehe

Ni dia 10 amalan & perkara yang sepatutnya hangpa buat sepanjang bulan ramadhan..

1. Melaksanakan Makan Sahur

تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –

“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Menyegerakan Berbuka Puasa

Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah di segerakan berbuka, kerana didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah SAW bersabda :

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)

Ayat Al-Qur’an diturunkan pertama kali pada bulan Ramadhan. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain.

Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka aktiviti utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang di berkati.

4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى


“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)

Amal ibadah yang baik ini dapat Anda manfaatkan bersama jiran tetangga atau anak-anak yatim yang bermukim disekitar rumah Anda. Memberikan makanan ini hanya satu contoh yang dapat kita terapkan dalam hal berbagi rezeki kepada sesama umat. Perkara tersebut juga perlu di jadikan amalan, agar setelah selesai bulan Ramadhan, amalan baik ini tidak hilang begitu saja.

5. Berdakwah

Jangan sia-siakan Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan banyak kesempatan untuk berdakwah sebab orang kata dalam suasana Ramadhan orang lebih mudah menerima nasihat & perkara yang baik baik. Almaklum la masing2 dah set dalam otak.. Bulan ramadhan bulan merebut ganjaran pahala. siapa buat banyak kebaikkan maka banyaklah ganjaran pahala dia dapat.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)

Namun pastikan jika Anda memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa menunjukan kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”

6. Solat Tarawih (Qiyamul Ramadhan)

Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah solat tarawih (qiyamul ramadhan). Dan yang paling penting harus di ingatkan adalah  tarawih ni boleh dilakukan dirumah tak semestinya kena berjemaah di masjid atau surau bagi yang ada keterbasan untuk melakukannya di masjid atau surau.

Rasulullah saw pernah merasa bimbang sebab takut solat tarawih dianggap menjadi solat wajib kerana semakin hari semakin banyak yang ikut solat berjamaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah.

7. I’tikaf

Inilah amalan yang sering dilakukan Rasulullah saw di dalam bulan ramadhan. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribadah kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling kerap di 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya.

8. Mencari Malam Lailatul Qadar

Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa iatu lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw pun sangat menantikan untuk bertemu dengan malam lailatul qadar. Maka, Baginda menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

 “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku.

9. Umrah

Kalau ada rezeki lebih, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Ini kerana pahalanya berlipat-lipat kali ganda. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar melakukan umrah  apabila datang bulan Ramadhan kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)

10. Bertaubat

Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu taubat bagi seluruh hambaNya. Oleh sebab itu, bulan Ramadhan adalah bulan yang patut kita ambil kesempatan untuk bertaubat kembali ke fitrah.

11. Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, tak kira lelaki mahupun perempuan, dewasa ataupun kanak kanak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

Itulah beberapa amalan ibadah mulia yang diajarkan oleh Nabi besar kita Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan semua amalan ibadah tersebut dengan niat ikhlas dan mengharap redha Dari Allah SWT.

Semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada seluruh umat islam.. Kalau ada tersalah fakta mohon la di tegur secara berhemah katanya. Tak payah la nak gelar I setazah segera bagai kan.. I bukan setazah & cuma baru setaz (start)  ja.. Nak jadi baik kena bermula dari membaca perkara baik kan? hehehehe

Moral of the story.. Moga ramadhan kali ni tak ramai pelancong naik van jenazah bersiar siar di sekitar bandar & pekan. Peace Yo!

HUKUM MANDI SELEPAS ASAR SEMASA BERPUASA

Kat blog lekat lekit ni memang kadang2 macam rancangan melodi.. kadang2 macam buletin utama tv3 & kadang2 macam portal mynewshub.. Yelah.. blog konsep macam2 ada so apa jer yang best aku sumbat je dalam blog ni. So, di hari minggu ni kita mood setazah sikit.. Takpe kalau ada yang nak sindir setazah google bagai.. Insya Allah.. sumber yang aku ambil ni aku yakin sumber yang boleh di percayai. Bukan berlagak alim sekadar berkongsi.


Kita biasa dengar orang cakap kalau kerap mandi bulan puasa makruh... mandi selepas asar semasa berpuasa makruh.. Tapi sebenarnya tidak. Bukan aku kata.. aku terbaca post dari Dr Maza pasal hal ni so aku rasa bermanafaat jugak aku kongsi kat blog.


Moral of the story.. Sesuatu yang meragukan elok la kita rujuk pada mereka yang lebih berilmu dari kita menyebarkan sesuatu yang kita sendiri tak pasti kesahihannya.. Banyak sangat perkongsian hadis2 & hukum hakam palsu tersebar kat laman sosial.. Jangan niat kita yang baik nak berkongsi kebaikkan dengan orang lain jadi sebaliknya bila apa yang kita kongsi tak betul.


TESCO PROMOSI PRODUK TIDAK HALAL SEMPENA RAMADHAN

Ramadhan ni bukan kat negara Islam jer sambut malah seluruh dunia kat mana jer ada umat Islam meraikannya. Macam tu jugak promosi yang di buat sempena ramadhan ni. Boleh kata negara bukan Islam pun ada promosi ramadhan selagi ada umat Islam kat situ. Maka berlaku la perkara yang nak kata tak hormati sensitiviti umat Islam pun tak jugak tapi mungkin sebab majoriti penduduk kat situ bukan beragama Islam.. So, depa alert la produk2 yang tidak sepatutnya di jadikan barang promosi sempena ramadhan.


Benda ni bukan berlaku kat Malaysia kalau berlaku kat tesco Malaysia memang minta kena viral & kena kecam hingga lumat la. Tapi berlaku kat Tesco, Liverpool Street, London. Katanya pekerja kat situ tersilap susun makanan ringan Pringles berperisa smokey bacon di rak promosi sempena ramadhan. Tapi yang berkongsi perkara tu tak rasa ia menghina atau tak menghormati agama Islam cuma kesilapan yang di anggap kelakar.


Yelah.. tak boleh salahkan depa jugak. Macam kita la.. kita mengamalkan ajaran Islam kita bukan faham sangat tentang agama lain. Ketidaksengajaan macam tu tak mustahil boleh berlaku. Almaklum la di negara bukan Islam dimana penduduknya majoriti bukan Islam. Tapi jadikan pengajaran jugak la untuk semua pasaraya kat Malaysia.. Pentingnya buat kerja betul2 bukan asal siap.

Moral of the story.. Walau di negara bukan Islam, mereka tetap meraikan sambutan umat Islam disana dengan membuat promosi sempena ramadhan macam tu. Ok la tu.. sekurang kurang Islam masih di terima disana, kan??

Sumber : Tesco London Tersalah Promosi Bulan Ramadan

MISTERI NASI TAK BASI SEPANJANG BULAN PUASA

Nasi tak basi pun jadi misteri ke? Misteri la jugak kalau sampai 2 3 hari tanpa di simpan dalam peti sejuk tapi nasi tak basi sebab sebelum ni.. kalau masak siang, siang esok mesti basi. Kadang2 pelik nasi basi tak sampai 24 jam. Masuk jer bulan puasa... Sampai 3 hari nasi tak basi. Memang agak pelik..

Sumber Google

Sebabnya.. cara masak sama. Jenama beras sama. Periuk yang sama jugak masak nasi. Tapi kenapa hari2 biasa cepat sangat basi tapi masuk jer bulan puasa nasi terus jadi lambat basi walau berhari hari. Tu yang aku pelik sekarang ni. Sebab berlaku kat aku.  Selalu kita dok baca kalau makanan cepat basi mungkin salah satu tanda rumah tu ada jin.. Gamaknya bulan puasa jin balik kampung ke hapa. Yelah.. Bulan puasa ni yang kena ikat Iblis & syaitan bukan jin.

Bagus la sempena bulan puasa ni jin2 yang pernah dok membasikan nasi aku dah dapat hidayah terus berubah jadi jin yang baik. Moga jin2 tersebut Istiqomah la melakukan kebaikkan. Gangguan bunyi2 pun dah takde sepanjang 5 hari berpuasa ni. Takde pulak dia sibuk mengemas bagai bulan puasa ni kan. Maybe letih puasa kot. Kalau tak kejab bunyi seret perabut,kerusi, bunyi guli.. 

Apapun itulah keistimewaan bulan Ramadhan yang mulia.. Terhindar dari bisikan syaiton yang ada cuma bisikan "yusof Taiyob" jer...  kalau ada jugak dok jadi jahat bermakna memang bukan pasal syaiton la dia jahat tapi dia memang jahat.

Moral of the story... Bila Iblis &syaitan dah kena ikat korang jangan take over tugasan depa pulak. Dah takde alasan nak salahkan iblis & syaitan.


TEMPAT YANG PALING SUKA ORANG TIDUR BULAN PUASA

Bulan puasa bila break time dah tak boleh nak keluar makan.. sap kok lu pun tak boleh.. pendek kata ada banyak masa terluang lepas solat bagai nak nak lagi bagi golongan yang bekerja & berkerjaya & berkerjaraya.. Jadi kalau dok borak kosong pun satgi kurang pulak pahala posa. Almaklum la banyak cakap sikit2 nanti tergosip jugak pasal orang katanya... So, bagi nak mengelakkan puasa jadi sia sia.. maka pilihan tidur.


Bila bulan puasa ni.. Maka port2 ni jadi popular di transfer jadi ruang tidur bagi sesetengah orang. Jadi dwi function jugak. Time takde kerja jadi bilik tidur.  Antara port paling popular jadi tempat tidur adalah..

Bawah meja.
Erkk.. dulu aku pun pernah kerja tapi aku tak pernah buat kerja tidur bawah meja lagi. Paling2 terlentok kat meja sendiri jer

Tidur di kerusi pejabat
Bulan tak puasa pun kadang2 ada jugak yang secara tak sengaja terlentok kat kerusi pejabat apatah lagi bulan puasa.

Bilik stor
Yelah.. port ni privacy sikit katanya.. Kadang2 tidur sampai terlajak. Sedar2 time punch card jer. Silap haribulan orang buat report polis staff hilang lepas lunch time. hahaha

Surau
Ni port agak selesa. Lepas solat jer terus tersidai kat situ. Kalau jenis surau opis sempit agak tak elok la sebab maybe menganggu orang lain nak solat.

Tandas
Ni spesis busuk punya orang! Dalam tandas pun boleh buat port tidur. Sewangi mana pun tandas tetap tempat orang buang najis. hahaha

So, mana port yang selalu korang belasah tidur bulan2 puasa ni. Ni baru hari kedua puasa takkan lemau dah kot... Aku ni nama je surirumah tapi jarang ada peluang tidur siang sejak ada anak sebab tu aku jadi susah nak tidur siang. Untung korang yang bekerja.. ada jugak time bersantai... Bersyukur lah. hehehehe

Moral of the story.. Jadikan tidur anda satu ibadah bukan satu perkara yang buat orang kata "bedebah". hehehehe


NAK BERBUKA PUASA DENGAN KFC PERCUMA? TENGOK SINI

Percuma sesuatu yang tak perlu beli & tak boleh beli.. Sapa2 takkan mampu membeli percuma even dia ada duit segunung sekalipun sebab percuma akan datang secara percuma. Hahaha pening korang baca mukadimah entri ni kan? Yang free sapa taknak kecuali orang yang rasa ego & kaya sangat jer... Benda percuma jarang orang pertikaikan kenapa percuma berbanding dengan sesuatu yang kena bayar.


Jadi sempena ramadha ni sesapa yang rasa nak makan kfc percuma jangan lepaskan peluang. KFC tak tersenarai sebagai pemberi sumbangan dana kepada Israel jadi KFC tak ada kontroversi di boikot ke hapa cuma tu la KFC ni tak boleh makan selalu sangat. Kolestrol tinggi beb! Tapi kalau setakat nak makan sekali sekala nak2 lagi time dapat percuma ni takde hal la.

KFC kat malaysia ni menu dia dah di pelbagai ikut citarasa orang Malaysia la. Takde la semua western jer.. Roti,burger,ayam goreng.. Dah ada nasi ayam bagai. Ayam goreng KFC pun dia perasakan dengan citarasa orang asia. Ada tomyam la.. ni yang terbaru KFC ayam kicap meletop pulak. Meletop ke tidak try la korang pergi rasa. Yang pasti lepas kenyang confirm meletop kat bumper belakang. hahahaha...  Tapi hati2 nak lepas bom pastikan di tempat yang bebas sebarang manusia lain.

Jadi kalau rasa nak berbuka puasa dengan KFC percuma meh la tengok kat sini macam mana nak dapat KFC percuma tu >> [PROMO] FREE KFC meal this Ramadan <<

Moral of the story... Orang bagi free rembat sampai gol jer. Bukan sebab kebulur tak pernah makan kfc tapi bukan hari2 dapat free ye dak?


RAMAI PENGANTIN BARU CARI ENTRI NI DI HARI PERTAMA PUASA

Dah selesai untuk hari pertama puasa. Alhamdulillah.. takde masalah sangat bagi aku selain mengantuk je. Tapi aku jenis susah tidur siang hari maka mengantuk pun susah nak lelap. Tapi kalau midnite tak tidur jadi payah pulak nak lena. Serba tak kena kan? hahahaha


Sebelum ramadhan cuti sekolah.. Cuti sekolah ramai la yang kawen. Tak sampai sebulan kawen dah kena berpuasa di siang hari. Almaklum la pengantin baru kot.. Tak boleh lebih2, nak jugak ringan2. Yelah.. paham. Tengah honeymoon lagi katakan. Nak berkepit melekat lekit je la kan. Bila dah melekat lekit tu, mula la terasa nak berat berat katanya. Tapi bulan puasa.. Kalau berat2 confirm batal puasa.. ringan2 yang over sikit tu tak sure batal ke tidak puasanya.

Maka yang jadi mangsa entri lama aku la.. Hari pertama puasa terus melonjak naik entri ni. >>

HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA

Masing2 nak makesure perbuatan depa tu membatalkan puasa atau tak. Mujur la google jumpa blog lekat lekit ni kan? hehehhehehe... Apapun bagus kita belajar. Benda yang kita tak tahu kita ambil tahu at least takde la selamanya kita rasa was was. Was was ni tak bagus... Yang halal pun boleh jadi haram bila was was. So kita kena pastikan betul betul.

Buat pengantin baru yang kena puasa honeymoon siang hari tu bertabahlah.. Jangan gelojoh sangat yer. Tak kemana pun.. Tunggu la bulan muncul. Lepas berbuka.. korang nak berbuka bukaan yang lain tu takpe dah. hehehehe

Moral of the story.. Pengantin baru di bulan ramadha ni kira kategori hebat mampu mengawal nafsu di siang hari. hehehehe

TEMPAT PALING BERHANTU DI BULAN RAMADHAN

Malam ni kita bersegmen seram serik lekat lekit setelah beberapa hari cuti. Sebab kita dah nak masuk bulan ramadhan esok maka tema seram malam ni pun ramadhan jugak la. Apa ingat bulan ramdhan takde trajedi & kejadian seram ke? Ada ok.. sebab yang kena ikat iblis & syaitan bukan jin...

 Sumber google sekadar hiasan

Esok dah start berpuasa. Ada orang yang excited nak puasa & ada yang tidak. Ada yang nampak excited tapi puasanya tidak.. Tu spesis2 yang wujud bila tiba bulan puasa. Ada yang dah bangka masih puasa yang yang yok.. Balik rumah monyok konon letih puasa padahal dia dah belasah breakfast, lunch dah kat luar.

Tapi yang pasti setiap tahun akan berlaku perkara ni seram ni.. Yelah.. kalau melibatkan mayat @ jenazah ni selalu di kaitkan cerita2 seram paling tak pun orang jer rasa seram sebab kita dah terbiasa di momokkan dengan cerita orang mati jadi hantu. Tu yang even mayat pun orang rasa seram.

Tapi cerita seram serik lekat lekit malam ni bukan cerita pasal jin & syaiton.. Benda tu tak seram dah bulan puasa ni. Yang paling seram adalah golongan hantu VVIP yang akan di jemput oleh pegawai2 dari jabatan agama Islam di restorance2 tertutup atau di pot2 makan di siang hari. Mereka akan di bawa bersiar2 naik Van jenazah. Mereka akan cuba memisterikan diri dengan menutup muka sebab takut jadi terkenal nak2 ada cameraman.

Inilah golongan hantu di bulan ramdhan & tempat paling berhantu di bulan puasa adalah restorance mamak sebab restoran mamak memang beroperasi macam biasa di bulan ramadhan. Rasanya tahun ni pun masih ada hantu2 di tempat berhantu ni.

Moral of the story... Kita nak benteras golongan malas puasa ni memang susah tapi pengusaha restoran,kedai makan atau gerai kena la bekerjasama supaya tidak menjual makan pada golongan hantu ni di siang hari. Tapi sesetengah peniaga ni fikir untung jer... Takpe la dia sudi share dosa sama2 dengan orang tak puasa nak buat macam mana kan?

Apapun selamat berpuasa pada semua peminat/pembaca/pembenci blog lekat lekit. Andai pernah terasa hati dengan penulisan melekit ni hope sempena ramadhan kita kosong kosong la yer...

BISIKAN MISTERI TIAP KALI RAMADHAN TIBA

Ni kategori cerita seram ke cerita erotik ke hapa ni? Bulan2 puasa kalau kata bisikan seram ada ke hantu? helllo... Bulan ramadhan yang kena ikat iblis/syaitan bukan jin ok! Yang selalu dok menyakat manusia ni kebanyakkan jin so tak pelik bulan puasa pun ada orang kena histeria bagai.. Jadi tak mustahil kejadian mistik masih boleh berlaku di bulan ramadhan. Jom kita rungkai bisikan misteri apakah ini....

Sumber Google

Bisikan ni dah berpuluh tahun kita selalu dengar tiap kali tiba bulan ramadhan. Suara misteri bisikan ni sampai sekarang takde siapa yang tahu siapa pemiliknya.. erkk.. ke aku je yang tak tahu. Satu hari dia tak tau berapa puluh kali kedengaran di bulan puasa. Bisikan ni bergantung pada orang yang dengar. Kalau orang tu jenis cepat teransang dia akan teransang dengan bisikan ni... Kalau orang jenis penakut dia akan rasa seram dengar bisikan ni. Kalau orang yang takde perasaan, maka dengar pun dia rasa macam takde apa yang menarik.

Bisikan ni adalah bisikan paling popular di Malaysia. Bisikan seorang perempuan yang membisikan satu nama lelaki dengan nada yang sangat romantik, erotik.. Bisikan yang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia.. Bisikan yang akan menghantui kita tiap kali tiba bulan ramadhan... Cuma tahun ni tak pasti apakah akan kedengaran lagi bisikan... Yusof taiyob, iklan buah kurma. hahahahaha

Jangan marah yer.. Almaklum la tak berapa lama lagi kita nak menyambut bulan ramadhan so kita ambil mood ramadhan tu start sekarang la. Takde la tetiba ramadhan blues pulak kan. Hahahaha... Sesaja je buat entri santai pepetang ni. Kang keras kejung pulak otak aku asyik tulis entri2 cari pasal je. hahahaha

Moral of the story.. Jangan terlalu obses dengan cerita mistik kalau taknak kena tipu. hahaha


KENAPA MAKHLUK HALUS BOLEH GANGGU MANUSIA DI BULAN PUASA

Masih ingat aku kisah bulan puasa tahun bila tak ingat tapi masa tu aku kiranya dalam zon kanak kanak ribena lagi. Masa tu aku tinggal dengan makcik aku yang rumah dia cuma jarak seberang jalan je dengan rumah mak bapak aku. Jenguk kat tingkap pun nampak. Ada satu peristiwa seram di satu pagi ramadhan sebelum subuh telah berlaku... Nak tau apa kisah tu, terus membaca perenggan seterusnya.

Sumber google

Alkisahnya.. makcik aku macam biasa la pukul 4.30pagi kot kalau tak silap dia bangun masak untuk sahur. Aku dengan abang aku (anak tunggal makcik aku) time tu berdengkur tak ingat la sampai makcik aku jerit suruh bangun makan. Tengah sedap aku tidur tetiba dengat kecoh sebelah aku. Aku pun bangun la.. tengok abang aku cuba tenangkan makcik aku yang meracau2.. Abang aku masa tu tak silap baca ayat kursi tapi makcik tetap meracau sambil melawan. Senang cakap makcik aku kerasukkan makhluk halus. Pelik jugak kan.. Bulan puasa pun kena rasuk??

Yup.. bulan puasa pun takde yang mustahil orang boleh kena gangguan makhluk halus sebabnya yang kena ikat syaitan bukan jin. Yang ganggu manusia, rasuk manusia ni bukan syaitan tapi selalunya perbuatan jin. Bulan puasa jin tak kena ikat jadi dia masih bebas ganggu manusia. Jin pun macam manusia.. ada baik, ada jahat, ada kafir, ada Islam. Jadi tak pelik la kalau berlaku gangguan mistik & misteri di bulan puasa, kan??


 Untuk artikel penuh sila baca kat Darussyifa perak online

Jadi jangan ingat bulan puasa ni semua makhluk ghaib ni di rantai.. masih ada makhluk ghaib yang bebas menganggu manusia jadi tak pelik kalau kita ternampak kelibat2 yang menyeramkan muncul di bulan puasa ni. So,untuk elakkan dari gangguan2 mistik ni amalkanlah apa yang harus di amalkan seperti membaca ayat2 al quran yang boleh di jadikan pendinding dari gangguan jin & syaitan.

Moral of the story.. Korang cari sendiri. Hahahaha.. pentulis dah ting tong.


AWAS! JANGAN JADI MANGSA CULIK GENG VAN JENAZAH

Sekarang ni sana sini kita boleh baca kita culik.. kisah hampir kena culik atau kisah kena culik sampai sekarang tak jumpa2. Menakutkan juga terutama kita yang bergelar mak bapak ni. Yang bergelar anak muda ni biasa la depa lebih suka explore dari takut pada jenayah sekarang nak2 lagi budak2 kecik yang tak paham apa tu bahaya jadi kita orang tua la kena alert selalu.

Tapi yang den yang cerita ni bukan kes penculikkan kanak2. Geng Van Jenazah ni dia tak target kanak2 bawah umur sebab dia pun tau hukum kot. Tapi dia target golongan yang dah akil baligh. Jadi pada korang yang dah akil baligh... becareful.. Ada yang memerhati krik.. krik.. krik.. kata kiah propa. Jadi sebagai rakyat yang prihatin den nak share la tips untuk mengelak dari kena culik dengan geng van jenazah ni.

Sumber google

Tips dia mudah jer.. Sila puasa & jangan cuba2 beli makanan di siang hari atau makan di tempat awam terutama kaum lelaki memang sering jadi sasaran geng van jenazah ni. Jangan nak seludup makan kat kedai mamak berlakon macam non muslim, hokay! Dah bangka malu la sikit. Geng Van Jenazah ni memang suka sangat la manusia yang tak puasa & makan di siang hari. Kalau rasa nak kena culik.. sila ikut tips yang diberi bukan saja anda terselamat dari geng van jenazah malah ganjaran pahala jugak dapat, Insya Allah.

Gambar menunjukan mangsa culik yang mungkin dalam kemaluan atas perbuatan mereka.hahaha

Moral of Van Jenazah story...  Entri ni just nak ingatkan pada semua even kita tak boleh berpuasa atas sebab2 tertentu atau sebab masalah kesihatan pun jangan la makan kat tempat tak sepatutnya. Hormatilah orang lain yang berpuasa.

P/S : Kalau ada yang terkena dengan tajuk entri tu den minta maaf. Entri ni santai santai jer.. Sempena hari rabu katanya.kekekeke


HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA

Lagi beberapa hari je kita dah nak masuk bulan ramadan kira entri ni entri warm up untuk bulan ramadhan bakal tiba nanti la. Biasa la bila tiba bulan puasa ni.. yang malas puasa kadang2 gunakan alasan alah tak tau la benda ni tak batal puasa, benda ni boleh batal puasa. Jadi untuk rujukan korang bulan puasa nanti meh sini kita share sikit pasal ni.

kat bawah ni ada 5 perkara yang maybe ramai orang keliru atau salah sangka terhadap hukum melakukan perkara tersebut di bulan puasa. Mesti ramai yang rasa perlakuan ni boleh membatalkan tapi sebenarnya tidak. jadi let's check it out

Gambar carian google

Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? perlukah membayar denda dsb?
Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang hari pada bulan puasa kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa.

Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.

Saya mempunyai penyakit ‘asma’ dan terpaksa menggunakan ‘inhaler’ untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?
Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah tidak terbatal puasanya. Mengikut pandangan ulama’ zaman ini, inhaler tidak membatalkan puasa lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi athma kronik yang memerlukannya setiap saat dan ketika. Keharusan itu bukan bermaksud wajib atau sunat tetapi sebagai rukhsah (kelonggaran) atas keperluan dan dharurat seseorang pesakit yang membolehkan pesakit athma terus berpuasa tanpa berbuka dan menyukarkannya untuk melakukan puasa berterusan di dalam bulan Ramadhan.Walau bagaimanapun seseorang yang jarang diserang athma dan tidakbergantung dengan inhaler, tiba-tiba athma menyerang ketika berpuasa, mereka juga diberi rukhsah (kelonggaran) dengan alasan sakit untuk berbuka dengan tujuan makan ubat dan sebagainya dan menggantikannya (qadha’) di hari yang lain pula.

 Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.

 Suami-isteri bercium pada hari berpuasa,adakah puasanya terbatal?
Suami isteri boleh bercium di pipi sahaja dan tidak batal puasa yang kita kerjakan.Tetapi sekiranya memasukkan lidah ke dalam mulut batal puasa yang dikerjakan.

Sebenarnya banyak lagi soalan berkenaan sah atau tidak sah puasa jika kita melakukan sesuatu.. kalau nak copy berjela entri ni sebab tu den ambil point yang penting jer. Jadi kalau korang nak buat rujukan boleh baca kat sini 50 hukum yang wajib di ketahui berkaitan ramadhan

Jadi pada yang sebelum rasa ragu2 dengan perbuatan tersebut di bulan puasa hope dapat la sedikit ilmu dari perkongsian ni. Kita sama2 belajar.. ye dak??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com