Showing posts with label cepat. Show all posts

RESEPI MUDAH & SEDAP.. AYAM UNGKEP LA!

RESEPI MUDAH & SEDAP.. AYAM UNGKEP LA! Surirumah ni.. Benda paling susah nak decide adalah nak masak apa. Kalau seminggu sekali masak ok la.. Tapi kalau dah hari hari masak kadang kadang otak jadi tepu jugak. Alih2 menu yang sama juga dok rotate kan. Sebab tak ada idea nak masak. Tu masalah surirumah senior.

Tapi yang bakal surirumah & surirumah junior ni.. Masalah depa.. Baru nak belajar masak. Nak masak yang rumit2 satgi rasa kelaut pulak kan? So Untuk starting pegang kuali & sudip boleh la try masakan yang senang tapi sedap hingga menjilat pinggan. Contoh macam salah satu masakan jawa ni.. Ayam Ungkep. Tapi bila orang melayu macam den masak dia memang tak pure jawa dah. Sebabnya.. Dia akan ada penderhakaan juga dalam resepi asal. Biasa la.. Kita masak ikut selera kita kan.. Lagu mana yang kita rasa sedap kita buat cuma masih menggunakan basic resepi asal agar rasa dia tak la lari jauh sangat sampai berkilometer gitu.

So hari ni.. Segmen Dapur sekangkang kera lekat lekit nak share resepi mudah, senang, cepat & sedap dengan hangpa semua. Ready semua? Dah siap pakai apron ke? Moh la kita ke dapur lekatlekit yang sekangkang kera tu..

Untuk masak Ayam Ungkep Versi lekat lekit ni..


Bahan bahan

1. Ayam (den guna setengah ekor ayam size kecik je sebab tak ramai rokyat nak makan)
2. 2 biji bawang besar
3. 3 Ulas bawang putih
4. Halia
5. Jintan manis
6. Jintan Putih
7. 2 batang Serai
8. 3 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
9. 1 biji cili merah
10. Daun limau purut
11. Kunyit hidup
12. Asam keping
13. Garam
14. Minyak masak

Cara Memasak 

1. Kisar/blend bawang besar, bawang putih, halia, 1 batang serai, kunyit hidup, cili padi, cili merah, jintan manis & jintan putih.

2. Panaskan minyak tumis bahan kisar & masak sehingga pecah minyak

3. Masukkan ayam yang dah di potong & di bersihkan

4. Masukkan 1 batang serai yang di ketuk, setengah keping asam keping & daun limau purut sehelai

5. Gaul semua bahan dalam kuali & biar masak sampai kering kalau nak ikut resepi asal. Kalau suka berkuah boleh tambah air kalau dah kering biar berkuah.

6. Kalau ayam dah cukup masak, masukkan garam secukup rasa & gaul sebati.

7. Tutup api & hidangkan


Dah siap Ungkep Ayam paling senang & simple nak masak. Susah je. Alah.. step kau blend je bahan dia kemudian masak je bukan susah pun. Tapi rasa dia Insya Allah sedap.. Lebih lebih kalau pedas la. Den masak memang kurang pedas sebab ada makhluk tak boleh makan pedas dalam rumah den.

Dah siap masak boleh tapau bawa bekal pergi kerja ke.. bekalkan kat suami yang pergi kerja masa lunch time ke.. anak pergi sekolah ke. Nak masak pepagi pun tak perlu masa yang lama..


Moga dengan resepi mudah & senang ni membantu anda menyediakan hidangan untuk keluarga lebih lebih lagi ibu yang bekerjaya ni. Masa sangat limited katanya nak berlama lama kat dapur. Salah satu menu paling mudah & cepat nak sediakan.. Ayam Ungkep ni la. Bahan blend boleh sediakan siap2 malam kalau rasa nak masak pagi.

Selamat mencuba yer... Kalau sedap tolong share resepi ni dengan orang lain jugak. kekekekeke

RESEPI SPIRAL GORENG PEDAS CAMPAK STYLE PALING RINGKAS & MUDAH

RESEPI SPIRAL GORENG PEDAS CAMPAK STYLE PALING RINGKAS & MUDAH. Lama takde segment dapur lekat lekit ni kan.. Bukan la bermakna den tak memasak kat rumah. Cuma rasa tak ada resepi baru nak share jer.. Walaupun sedang hadapi kes saman takde la den kemurungan sampai dapur tak berasap.. Insya Allah, Masih ada kekuatan untuk teruskan hidup macam biasa walau den dah ada kes kat mahkamah tinggi. Hidup kena terus ye dak..


Pagi tadi akibat kelaparan yang tahap rasa nak gigit ibu jari kaki orang.. Maka berketung ketang la di dapur pagi hari. Sebab pepagi ni takde sapa nak makan melainkan diri sendiri jer. Untuk tidak menyebabkan orang lain mengalami kecacatan kekal akibat kehilangan ibu jari kaki terpaksa juga melawan kemalasan memasak apa adanya kat dapur sekangkang kera den tu..

Nak masak spaghetti goreng takde stok spaghetti. Yang ada spiral brand prego tu. Bukan peti ayam ke hapa semua takde. Yang ada sosej & sayur pun tengok batang saderi je. Boleh la tu.. Sebab kelaparan yang dah sampai limit rasa nak masak cepat2 jer.. maka terhasil la spiral goreng pedas campak style. campak ni membawa maksud apa ada kau campak je dalam kuali.

Yelah.. yelah.. gambar kat atas tu nampak sedap kan.. I share juga la resepi campak mencampak i sebelum ada yang meroyan viralkan diri I yang sememangnya dah semakin di kenali ramai ni katanya hahahahaha

Bahan bahan untuk spiral goreng pedas

1. Spiral brand prego
2. Bawang besar
3. Bawang Putih
4. Sosej (3 pieces)
5. Sambal soto untuk buat pes & memberi rasa pedas (yang instant punya rujuk gambar di bawah)
6. Kiub pati ayam
7. Batang daun saderi
8. Minyak masak untuk menumis

Enaq Sambal Soto. Tak tau laki den beli kat mana

Cara nak masak

1. Kau rebus spiral tu dulu sampai lembut ok. Agak2 dah pondan spiral tu kau toskan
2. Potong bawang dadu style & panaskan minyak tumis
3. Masukkan batang daun saderi yang dah di potong
4. Masukkan sosej yang dah di potong & masuk sekali kiub pati ayam
5. Masukkan sambal soto yang instant tu (yang tu memang ada ada cili)
6. Masukkan spiral yang dah di rebus sehingga pondan tadi & gaul semua sehingga sebati
7. Kalau rasa kurang masin tambah la garam. Gaul & tutup api


Dah siap la sepinggan spiral goreng pedas yang paling senang nak masak kat muka bumi ni. Kalau keluar dari planet bumi je dia mungkin jadi resepi paling susah nak masak sebab planet lain takde graviti, so terapung apung nak masak macam mana kan? hehehehe

Spiral goreng pedas by lekatlekit.com

Tapi kalau kau jenis pemalas tak hengat tu.. Confirm kau takkan masak punya kan. Even dah hidang depan hidung resepi mudah macam ni. Kalau yang spesis pemalas camtu hangpa patut ada applikasi ni je dalam smartphone hangpa >> Get RM8 Free Credits If You Sign Up For The Boost App Now << Aplikasi ni sangat penting untuk manusia2 yang spesis forever alone. hehehehe

Selamat mencuba & mencekik resepi mudah, ringkas & senang. Akhir kata gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Peace Yo!

MASAK SEPANTAS KILAT DENGAN PASTE D'CHEF

MASAK SEPANTAS KILAT DENGAN PASTE D'CHEF. Gaya hidup masa sekarang ni memang 24 jam macam tak cukup. Kalau boleh manusia zaman sekarang nak 1 hari 28 jam baru cukup depa nak siapkan semua tuntutan duniawi katanya. Nak - nak lagi masa sekarang memang terasa lajunya. Tup tup dah sampai nak ke penghujung tahun padahal perancangan yang awal tahun pun tak terlaksana lagi.



Macam tu juga rutin hidup seorang wanita,isteri & ibu.. Lebih lebih lagi yang bekerjaya ni. Awal pagi sebelum subuh dah bangun siapkan keperluan anak anak & suami. Ada tu yang mengamalkan makan masakan dari rumah memang pepagi tu kelam kabut la sikit. Mana nak siapkan anak anak, nak masak, nak siap diri sendiri pergi kerja. Mana nak blend bahan masak bagai. Ya Allah.. dengar pun rasa semput kan. Boleh bayangkan macam mana terkejar kejarnya wanita bekerjaya dengan rutin harian mereka start dari awal pagi hingga tengah malam.

Sebab tu la bagi memudahkan kaum wanita di Malaysia ni.. Nak menjimat masa & tenaga ketika memasak kat dapur.. Banyak produk paste di pasaran. Tapi tak semua paste yang ada di pasaran ni sedap even memudahkan aktiviti memasak pun. Ada yang rasa tak menepati citarasa asia sangat katanya hehehehe

Kalau hangpa dok tercari cari paste apa yang sedap nak di cuba.. Boleh try jenama D'Chef Paste. Macam macam paste masakan ada. Ada asam pedas, Rendang ayam, Beriyani & banyak lagi. tak tertulis dengan kata kata paste keluaran D'Chef ni. Kalau nak di senaraikan boleh buat drama bersiri katanya hehehehe.


Instant page ni bukan apa memudahkan kita memasak selain rasanya sedap. nak sediakan bahan & rempah ratus nak memasak ni pepaham je la.. Kena ambil masa jugak kan. Jadi dengan D'Chef Paste ni hangpa campak campak je pun dah jadi lauk pauk special untuk hidangan seisi keluarga dalam masa yang singkat. sesuai sangat la dengan gaya hidup sibuk manusia zaman sekarang.



Tak semestinya untuk yang berkeluarga jer.. Yang bujang lagi la sesuai simpan stok2 Paste jenama D'Chef ni. Anytime rasa nak masak masak.. nak2 lagi hujung bulan sementara nak tunggu gaji masuk. At least takde la makan telur kicap je kan. Boleh je makan sesedap masak sendiri menggunakan D'Chef paste ni.

tak reti masak takpe.. Meh sini nak share resepi2 yang sedap dengan Paste D'Chef ni..




Lepas ni dah tak ada alasan tak sempat masak sebab tak cukup masa nak sediakan bahan bahan nak masak. tak payah nak buat paste sendiri.. Guna je Paste D'Chef ni, Insya Allah.. tiap tiap boleh bawa bekal pergi kerja atau buatkan bekal untuk anak anak ke sekolah.

Kalau korang nak try Paste D'chef ni sila hubungi

Call/Whatsapp : 0136796693
Instagram : siti_khairiah2105
Facebook : Siti Khairiah

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL. Satu masalah paling besar nak masak dhal ni adalah nak tunggu kacang dhal hancur & empuk. Memang menguji kesabaran katanya. Aku pernah nak masak kuah dhal ni.. Sampai habis gas la punya dok rebus kacang dhal. Sebelum ni kalau suami request suruh masak kuah dhal.. Serius dalam hati tu dah merungut tapi tak terkeluar la kat mulut. Dia tak tau ka letih nak tunggu kacang dhal empuk.. bukan sejam dua.. Tu pun dah rendam semalaman dalam air tu.


Di sebabkan perkara tu memang kebanyakkan orang lebih suka beli je yang dah siap masak.. Nak makan roti canai beli je kat mamak. Masalah laki aku dengan aku2 sekali memang tak makan restoran mamak dah lama sangat. Pepaham je la banyak sangat kontroversi pasal restoran mamak ni. Kadang2 kembang setaman dalam tekak ni. Bila sang suami nak makan roti canai dia beli yang frozen balik goreng je atas kuali.. Yang tu ok la. Kuah dhal.. aku jugak la yang nak kena masak.

Tapi sekarang aku dah tak mengeluh kalau laki suruh masak kuah dhal. Sejak berkenalan dengan Dhal kacang hijau ni.. Serius anytime laki nak makan kuah dhal boleh je masak.

Kacang dhal ni ada 2 jenis tau.

1. Dhal kacang kuda - Yang ni la aku rasa paling banyak pahala kalau masak dengan penuh kesabaran, keikhlasan & penuh kasih sayang. Sebab jenis dhal kacang kuda ni paling menguji keimanan seorang manusia macam aku. 3 - 4 jam pun kadang2 tak empuk rasa macam nak hempuk je.

Ada perbezaan dari segi size & harga dua jenis kacang dhal ni. Yang kecil tu lebih mahal even harga tak ada GST katanya hahahaha

2. Dhal kacang hijau - Yang ni membuatkan para isteri tersenyum ketika memasak. Sebab dhal kacang hijau ni senang empuk & tak perlu masa yang lama. Yang paling penting tak payah rendam semalaman pun. Nak masak.. boleh terus masak. Dalam setengah jam macam tu kacang dhal dah empuk. So pilihan aku memang Dhal kacang hijau.

Rasa dhal kacang kuda & dhal kacang hijau ni bagi aku takde la beza mana pun. Kalau sedap kau masak, maka sedap la rasanya. So, dari segi rasa tu bagi aku masih sedap sebab aku pandai masak kan.. well.. u know me. Ok ok.. jangan ludah tepi skrin. hahahaha

Alahai.. nak resepi jugak ke? Ok ok lah.. memandang aku chef di hati suami ku memang aku reti la jugak masak kuah dhal cara aku.. Cara aku masak kuah kari dhal ni..

Bahan - bahan

1. Dhal kacang hijau (rendam 5 minit dalam air panas)
2. Rempah kari ikan atau daging. Mana2 pun boleh
3. Daun kari
4. Jintan manis
5. Biji sawi
6. Terung
7. Ubi Kentang
8. Lobak merah
9. Bawang merah
10. Bawang putih
11. Kulit kayu manis
12. Bunga lawang
13. Minyak masak

* Kalau terung, ubi kentang & lobak merah tak ada pun tak apa sebenarnya

Cara memasak 

1. Potong bawang merah, bawang putih.
2. Potong dadu terung, ubi kentang,lobak merah. cuci & biarkan dulu
3. Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih,daun kari,,jintan manis, kulit kayu manis,bunga lawang sampai layu & naik bau.
3. Masukkan rempah kari & kacau. Kemudian tambah sedikit air & masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan kacang dhal & tambah air biar masak sampai hancur/empuk
5. Kacang dhal dah empuk & hancur baru masukkan lobak merah & ubi kentang
6. Masukkan terung
7. Biar sehingga semua bahan masak baru masukkan biji sawi.
8. biar masak sekejab perasakan dengan garam atau boleh juga kalau nak masukkan sedikit kiub pati ayam.
9. Dah semua sebati tutup la api. Membazir gas je masak lama lama. hehehehe

Dah siap kuah kari dhal. Ada orang buat kuah dhal tak letak rempah kari. Pun boleh tak ada masalah. Tapi aku suka kari dhal.. Tak susah sebenarnya masak kuah dhal yang susah sebab lama nak tunggu kacang dhal empuk je. Jadi kalau nak cepat stanby ke dhal kacang hijau. Settle masalah rumahtangga katanya hehehehe.

Dah siap kuah kari dhal ni. Boleh la di makan dengan roti canai frozen. Feeling macam lepak kat mamak hahaha

Apapun semoga info ni membantu orang lain memerlukan & selamat mencuba resepi kuah kari dhal by lekatlekit ni. Pasti anda lebih di sayangi lepas ni. hehehehehe

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP. Pekasam ni serius sebelum ni aku cuma pernah dengar & makan yang di buat dengan ikan sungai jer. Almaklum la orang kampung.. Tapi dulu masa umur aku dalam belasan tahun lagi.. Pernah dengar seorang akak ni.. Bapak dia penternak ayam. So, ada buat pekasam ayam. Tapi tak pernah pulak aku cuba tak tau rasa dia macam mana. Ada yang pernah makan cakap sedap. Lepas tu aku memang tak pernah jumpa orang buat atau jual pekasam ayam. Tup.. tup baru ni aku dapat peluang try pekasam daging & pekasam telur sotong. Serius memang mula2 rasa cuak jugak sebab aku selama ni cuma makan pekasam ikan je kan.. Takut rasa dia jadi pelik ke hapa..


Tapi kita tak boleh nak judge kalau tak cuba dulu rasa. Jangan menilai daripada nama dia.. Kena nilai daripada rasanya dulu. Alang2 memang dah di beri rezeki merasa pekasam telur sotong & daging ni takkan la nak tengok je kot.. Sia - sia rezeki yang ada depan mata tu kan. Maka berdesup la Jemah ke dapur.. Menggoreng Pekasam yang ada. Pekasam memang cara masak dia goreng dengan minyak masak je.. Takde orang buat gulai ke... sup ke.. atau rendang bagai. Jangan ada yang dok buat kari pekasam pulak nanti yer. Kalau rasa dia pelik jangan salah Leha tak pesan awai awai yer... kekekeke


Nak goreng pekasam telur sotong ni senang.. Jenis pekasam memang hangpa tak payah nak buka bungkusan pekasam & cuci bagai.. buka terus goreng jer. Lepas hampir garing tu hangpa tambah je bawang besar yang di potong & cili. Tak kisah la cili padi atau cili merah. Apa2 cili pun sedap di makan dengan pekasam goreng ni.


Kalau untuk pekasam daging.. di suggest untuk hangpa potong nipis2 & kecil2 baru feel bila nak makan. Memang dia dah siap potong bukan datang seketul2 macam tu.. Tapi kalau malas macam aku goreng terus pun sodap jugak. Tapi bila aku potong jadi cebisan kecik2 tu lagi sedap pulak. Cara masak dia sama je macam pekasam telur sotong tu.


Serius wei!! Tak tipu.. Memang sedap. Gila beb kalau makan boleh bertambah. Memang sesuai korang buat stok untuk sahur bulan puasa nanti. Sebab sahur ni almaklum la kadang2 kurang selera nak makan so kena ada lauk pembuka selera macam pekasam ni. Nak sediakan pun senang sebab tak perlu masa yang lama.. Pekasam ni macam jeruk la sebab dah di perap & bahan perapan dia membuatkan benda tu dah jadi separuh masak... so goreng 5 minit macam tu dah siap. Jadi pekasam memang sesuai jadi lauk time sahur selain membuka selera makan, cepat di masak & sedap di makan. hehehehehe

Makan dengan nasi panas, pekasam daging @ telur sotong.. ada sambal tumis sikit. Mak Aii.. Pengsan tepi bucu meja ok!

Mesti dah terliur kan tengok hidangan Pekasam telur sotong tu dengan Pekasam Daging.. dah banjir air liur mesti tak sabar mana nak dapat stok pekasam, betul tak? Jangan risau akak tak kejam dik.. Benda sedap kena share kat semua orang baru sama2 boleh rasa.. Kalau hangpa nak try pekasam telur sotong & Daging hangpa boleh contact

Yatie;
Whatsapp: 019-4603069
WeChat: DYatie7786
Facebook : DYatie ABakar
Blog : Kalam DYatie

SEKARANG DAH BOLEH BELI BARANG BASAH SECARA ONLINE DARI PASAR YANG ANDA SUKA

SEKARANG DAH BOLEH BELI BARANG BASAH SECARA ONLINE DARI PASAR YANG ANDA SUKA.  Tak lama lagi aku rasa semua orang bertapa dalam rumah je la.. Memang jadi betul - betul anti sosial.. Sebabnya sekarang nak apa.. semua boleh dapat semudah clik2 guna hujung jari je. Semuanya boleh beli secara online & tunggu je nanti ada orang hantar depan pintu. Tak payah berdepan dengan risiko kena ragut ke hapa kat luar sana bila bawa cash money banyak2 sebab nak membeli belah. Boleh bayar guna online banking jer..


Setakat Mall & supermarket online tu dah bukan benda baru la.. Setakat nak beli belah kat website yang jual barang keperluan harian yang kering2 tu pun bukan sesuatu yang rare tapi kalau yang jual barang basah macam kat pasar tu kira baru nak meluas la melalui pasaran online. Tu dia lepas ni tinggal kucing jer kat pasar basah kalau dah ramai pilih beli barang basah secara online kan?

Benda - benda ni memang sangat sesuai untuk orang orang yang macam aku jenis malas sangat nak pergi kedai kalau dah duduk dalam rumah. Bila duduk rumah yang bertingkat2 ni.. Memang sangat la malas nak keluar sebab nak kena turun & naik guna lift. Kalau lift rosak kau nak kena daki tangga sampai rasa nak tercabut lutut. Kadang2 sebab malas, aku makan je apa adanya dalam rumah.. Nak masak ke hapa tunggu laki aku balik dulu. Sebab selalunya dia akan beli barang masak sekali. Nasib baik laki aku jenis.. Nak makan baru suruh masak. So, tak payah kelam kabut sangat nak masak siap - siap. Kang dia balik dia akan cakap dia nak makan apa baru masak.

Melainkan aku sendiri yang rasa nak makan apa - apa la. Contoh macam nak masak laksa ke hapa.. kena jugak gagahkan diri turun ke bawah cari ikan & bahan bahan lain. Kadang2 rasa macam ada batu kat kaki nak turun pergi kedai.. Tapi dengan adanya Pasar online ni aku rasa lepas ni dah tak payah aku nak turun pergi kedai kalau nak order apa2 barang basah macam ikan, sayur,seafood atau daging. Termasuk buah buahan. Just order secara online je melalui aplikasi ni >> Aplikasi yang boleh anda guna Untuk beli barang Basah dari Pasar Kegemaran anda Secara Online <<

Memang sangat berguna & membantu terutama surirumah macam aku aplikasi macam ni. Lepas ni rasa nak makan apapun tak payah nak delay2 sebab malas nak pergi pasar atau kedai beli barang basah. Kadang2 kedai runcit kat area rumah aku ni pun tak ada barang yang kita nak beli terutama macam ikan, daging semua tu.

Moral of the story... Lepas ni tak ada alasan tak masak sebab tak sempat pergi kedai. hehehehehe

LEPAS BACA ENTRI NI CONFIRM ANDA TAK BELI LAGI KENTANG PUTAR DI KFC

LEPAS BACA ENTRI NI CONFIRM ANDA TAK BELI LAGI KENTANG PUTAR DI KFC. Serius aku memang suka makan kentang putar kFC.. nak2 black pepper sauce dia tu.. Alahai nikmatnya makan nak2 lagi makan time masih panas panas. Hingga menjilat sudu ok. Kadang2 berebut jugak dengan asben menatang tu..


Aku yakin ramai yang baca entri ni pun peminat kentang putar @ Mashed Potatoes ni kan? Selalu tengok kalau yang ada anak kecik tu depa suka suapkan kentang putar ni kat anak depa sebab dia berasaskan kentang & lembut kan.. Cuma tu la sebenarnya tak berapa bagus untuk baby2 ni.. Sebab kita sedia maklum fastfood macam tu banyak serbuk perasa. Sikit2 bagi rasa tu ok la kan.. Jangan bagi makan sampai kenyang & jadi makanan rutin pulak. Tak baik untuk kesihatan anak anak tu bagi jangkamasa panjang.

Tapi kalau anak korang suka juga nak memastikan bahan yang di gunakan lebih sihat better buat sendiri la. Kita boleh control semua bahan perasa & kita boleh tahu tahap kebersihan semasa menyediakan.. ye dak? Lagipun air tangan ibu ni ada magic... So inilah peluang anda mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak melalui masakan.

Bukan susah pun nak buat kentang putar @ Mashed Potatoes ni. 15 minit je pun dah siap.. Tak caya 15 minit boleh siap? Tak caya korang tengok sendiri Video & resepinya kat sini >> [VIDEO] Resipi Mashed Potatoes << Confirm lepas tengok korang takkan beli lagi Mashed Potatoes yang sedap kat KFC tu. Sebab senang sangat nak membuatnya.. Rasa tak berbaloi nak berbaris panjang tunggu giliran nak order kentang putar kat KFC. Nak2 lagi hari minggu macam ni.


Kalau tak kemana mana hari ni elok la try buat kentang putar ni kat rumah. Sambil2 tengok TV boleh makan ramai ramai. Makan berebut rebut tu yang sedap.. Kalau makan sorang2 tak enjoy sangat katanya. hehehehehe

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER. Sebagai tipikal perempuan bab bab makeup ni aku tak terkecuali terjebak dalam trend lukis kening tanpa perlu di cukur. Bermakna just guna eyebrow & concealer je nak membentuk kening tu. Gigih tau aku belajar sendiri kat rumah berpandukan video2 tutorial kat online ni. tu pun belum tahap cantik sangat cuma boleh la.. Nampak la sikit bentuk dari kening asal yang memang takde shape. Bukan semua orang di lahirkan dengan bentuk kening yang tak makeup pun dah cantik & lentik. Aku kategori jenis kening yang memang tak ada bentuk.


Sebab aku agak obses dengan kening sekarang.. so aku dah ada koleksi eyebrow pencil & eyebrow jenis powder. Kalau dah nama koleksi of course la lebih dari satu. Berapa banyak tu tak sebanyak la orang lain. Ada 3 - 4 gitu katanya. Semua berlainan jenis & warna. Terbaru aku beli Maybelline Fashion Brow Duo Shaper, gray color. Sebab color gray memang aku belum ada. Tengok orang pakai gray color ni kening nampak natural macam lawa pulak. Sebab aku memang suka jenis natural makeup.. Jadi aku pun tak nak kalah jugak. Nak jugak kening kaler gray katanya... hahahaha

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper

Yang jenis Duo Shaper ni dia ada dua mata la. Satu eyebrow jenis pensil tapi pensil yang jenis crayon tu. Bukan cream pensil jenis kayu. Yang satu lagi mata dia jenis powder. Dia ada span hujung dia.. Sebab jenis pen takkan la dia nak letak macam dalam palette tu kan.. So, agak practical bila dia buat span ala2 bentuk oval kat hujung memudahkan kita nak pakai.


Aku sebenarnya tak reti nak lukis bentuk kening guna eyebrow pen yang jenis crayon macam tu. Serius sampai sekarang jadi buruk giler.. So rasa macam tak berapa berguna pulak fungsi eyebrow pencil untuk duo shaper ni. Lagipun kalau lukis kening dengan warna gray & warnakan dengan gray rasa macam pelik pulak dengan warna kulit aku yang sawo matang jadi apa aku buat.. Aku lukis bentuk kening menggunakan fashion brow yang jenis cream pensil warna hitam & aku warnakan dengan fashion brow powder gray color tu.

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper gray color & cream pencil black color

Pada pandangan mata aku.. Gabungan warna tu kening aku nampak natural & sesuai la dengan kulit aku yang sawo matang. Warna hitam tu tak pekat sangat sebab aku guna gray color untuk warnakan. Cuma guna warna hitam tu lukis bentuk kening. Takde la nampak janggal sangat kening aku.

Ni la hasil menconteng arang di kening aku guna Maybelline Fashion Brow Duo Shaper & cream pencil. Tak payah la nak kira garis garis halus bawah mata tu.. Dah masuk zon makcik makcik ni katanya hahaha. Otai tak otai tengok la fesyen kain batik tu ok! Feeling mahsuri nak menyumpah sesapa je yang mengumpat lepas tengok gambar puaka ni.. hahahaha

Walaupun aku rasa rugi juga salah satu fungsi fashion brow duo shaper sebab yang pencil dia aku tak reti guna tapi aku rasa berbaloi sebab yang eyebrow powder dia di buat dalam bentuk pen ber span macam tu. Lagi senang nak apply & senang nak bawa kemana mana. Kalau jenis eyebrow powder dalam palette tu.. nak kena guna berus kan.. Yang ni tak payah.. terus sapu je settle.

Sangat practical untuk guna bila dia di datangkan macam ni. tenyeh terus tak payah nak pakai berus bagai lagi

Harga dia maybelline fashion brow duo shaper gray color ni RM27.90 & yang maybelline Fashion Brow Cream Pensil Black color tu RM8.90. Maybelline ni banyak boleh dapat. Yang ni aku beli kat guardian je. Not bad bagi aku hasil menconteng eyebrow guna maybelline fashion brow duo shaper ni.

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

RESEPI KARI TELUR SAMBIL MEMBEBEL

RESEPI KARI TELUR SAMBIL MEMBEBEL. Almaklum la bila masuk zon mak mak ni kan.. Salah satu perangai tipikal adalah membebel. Normally aku sorang2 kat rumah memang tak berbunyi la suara.. Tetiba hari ni ada tetamu nun dari kedah sana mai sini.. Alah, adik aku ja. Mai sini atas urusan kerja dia.. So, awal sikit la hari ni dapur berasap. Sebab ada tetamu kan.. Jadi bila ada regu nak berbual tu tak berhenti pulak mulut aku ni bercerita tu ni...  Sambil membebel tu sambil la memasak. Tetiba siap jer kari telur katanya... Tu yang di namakan kari telur sambil membebel. hahahaha. Memang tajuk menu tu drama sangat. Tu memang style aku.. Orang yang tiru tu.. dia klon hahaha.


Mesti ada muncung2 mulut.. jejauh tetamu datang kau jamu telur je jah. Pepagi tadi dah turun kekedai.. Bahan mentah belum sampai kekedai.. Tu yang cuma mampu masak kari telur je. Takpe.. adik aku bab makan tak demand. Asalkan ada makan sudah.. Makan sekadar alasan perut sebab dia nak keluar shopping. Jadi terlanjur memasak awal pagi hari ni boleh la share resepi kat blog...

Antara bahan bahan untuk memasak kari telur ni

1. Telur Ayam (aku guna 5 biji)
2. Rempah kari ikan & daging. (aku mix sebab rasa lebih sedap di tekak aku)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. ubi kentang
7. daun kari
8. bunga lawang
9. Kulit kayu manis
10. Buah pelaga
11. Santan
12. garam
13. Minyak masak

Cara memasak

Langkah pertama

1. Rebus telur sehingga masak. Angkat & kupas kulit
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia
3. bancuh rempah kari (ikan&daging) sampai jadi macam pes
4. Kupas ubi kentang, cuci & potong 4.

Langkah kedua

1. Hiris bawang.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari & buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah yang telah di bancuh & masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan bahah kisar & masak sehingga naik bau.
5. Masukkan ubi kentang, telur yang dah di rebus tadi & masak sekejab.
6. Masukkan santan mengikut berapa lemak yang korang rasa nak. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air
7. Masak sehingga ubi kentang empuk, masukkan garam secukup rasa & tutup api.

Dah masak jemput la tetamu makan. Sebab tetamu aku ni tetamu yang buat macam rumah sendiri.. So tak payah susah nak layan sangat. Dia pandai cedok sendiri. hahahaha. Senang kerja ahkak hang ni katanya. hahahaha

Siap letak dalam "Tapauware" (bukan Tupperware) katanya sebab nak di terbangkan sikit untuk mak mertua

Moral of the story.. Kalau tak tau nak masak apa hari Jumaat ni.. Boleh la cuba masak kari telur. Sekali sekala makan pun sodap katanya hahahaha

RESEPI NASI LEMAK BAJET

RESEPI NASI LEMAK BAJET. Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga.


Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang.

2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi macam macam menu kalau ada masakkan aku yang tak habis makan katanya. Sedar diri kita bukan orang kaya raya.. Jadi hidup la seperti seadanya. Jangan kau tak mampu gigih nak makan macam orang ada ada.. Lepas tu meraung kat wall FB cerita kat orang terpaksa kira syiling untuk mengalas perut. hehehehe

Rasanya dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala.. Maka marilah kita ke dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni...

Bahan bahan nak masak nasi lemak bajet ni aku guna apa jer yang ada dalam rumah waktu tu..

Bahan bahannya nak masak nasi lemak..

1. Beras dalam 2 pot kecil (aku guna beras Ribbon wangi. Sejenis beras wangi yang sedap di makan tapi tak sesuai buat nasi goreng sebab agak lembut)
2. santan (aku guna santan kotak dalam sepatuh kotak kecik tu. Erkk rasa lebih sikit pada separuh kot)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. halia
6. garam

Cara memasak nasi lemak

1. Cuci beras & toskan
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan santan, bawang besar yang di hiris,bawang putih yang di ketuk, halia yang di hiris memanjang & garam secukup rasa. Masukkan air mengikut sukatan yang di perlukan. Kalau santan tu dah cukup air tak perlu tambah air. Macam beras aku guna kena kurang sikit air supaya nasi tak lembik sebab dia beras wangi agak lembut.
2. Kalau korang guna rice cooker masak macam biasa la kan.
3. Biarlah dia sampai masak.. kemudian kacau2 sikit dengan chopstick untuk sebatikan rasa.

Bahan bahan memasak sambal tumis ikan bilis

1. Ikan bilis (di goreng)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Cili kering yang dah di rebus atau di rendam sekejab dalam air panas
6. Air asam jawa
5. Garam
6. Minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal tumis

1. Kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar tadi.
3. Tunggu sehingga cili yang di masak tadi pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa
4. Dah masak cili tadi.. masukkan ikan bilis yang dah di goreng. Tapi simpan sikit ikan bilis goreng untuk di makan nanti.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kalau yakin dah masak tutup la api jangan membazir gas.

Last sekali rebus telur. Kalau ada ulam ulaman seperti timun.. potong la. Kalau takde pun takpe masih kenyang makan nasi lemak tanpa ulam timun. Ada orang suka makan dengan kacang tanah goreng. Kalau ada boleh hidangkan sekali nanti. Tapi aku memang tak suka makan kacang tanah dengan nasi lemak.

Dah masak semua jangan tengok jer.. Pepandai la senduk & makan sendiri. Jangan tunggu orang suap takut mati mereput kat situ pulak. hahahahaha

Satu hidangan nasi lemak sangat bajet. Nampak sedap tak? hahaha

Apapun nasi lemak ni aku masak tanpa perlu mengeluarkan bajet harian. Guna bahan2 mentah yang ada dalam rumah so kalau ada bahan perasa tambahan yang aku skip tu pepaham je la yer. Tetap rasa nasi lemak & sambal yang sedap ok! Sebab tu aku namakan nasi lemak bajet hahahaha

Moral of the story.. zaman ekonomi meleset ni memang kena pandai rancang perbelanjaan. Mungkin sebelum ni kalau kita pergi beli bahan basah untuk stok memasak main ambil & bayar.. Ada yang tak sempat nak masak dah rosak, mulai sekarang kita kena mula belajar membeli secara bijak. tapi mungkin sebelum ni kita dah biasa hidup selesa tanpa perlu struggle sangat nak rancang perbelanjaan mungkin susah sikit nak buat.

VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA

VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA. Ni antara kuih yang tengah viral & In-trend sekarang. Masing2 sanggup berbaris berejam lamanya nak merasa kuih keria yang tengah viral alih2 bila service kurang memuaskan mula meroyan kat media sosial.. Nak makan kuih keria pun macam nak cari harta karun punya la susah..


Takpe kalau rasa susah sangat nak beli kuih keria.. Kita boleh cuba buat sendiri kat rumah.. Bukan susah pun. Yang susah tu sebenarnya sebab 'Malas'. Kalau rajin Insya Allah semua jadi mudah.. Gagal sekali tak bermakna untuk sekian kali akan gagal jugak. Biasa dalam mencuba sesuatu yang baru kadang2 kita takkan berjaya untuk kali pertama.. Kadang2 dua tiga kali buat baru mendapat hasil yang gempak.

Kuih keria.. Bagi orang yang tak pernah cuba buat mungkin dia membayangkan nak buat tu macam susah. Sebenarnya tak adalah susah mana pun.. Kalau tengok dari resepi kuih keria gula melaka memang simple sangat step nak membuatnya.. Lagi mudah sebab dia tunjuk tutorial dengan video. Kalau bagi resepi bertulis kadang2 orang yang tak pernah masuk dapur ni akan tertanya tanya jugak la.. macam mana nak adun ni.. nak gentel.. nak bla.. bla.. dot com. Jadi dengan adanya tutuorial melalui video memudahkan anda untuk mencuba buat sendiri di rumah. Jadi kalau korang nak tengok video & resepi kuih keria gula melaka boleh tengok kat sini >> VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka <<

Tapi sebab ada yang mungkin tak memerlukan tutorial dari video takpe aku bagi jugak resepi secara bertulis kat sini..

Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus)
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan air
- 150g gula melaka
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!

Senang kan nak buat kuih keria gula melaka ni. Pada penggemar kuih keria boleh la cuba buat. Elok sangat la kan hari ni hari minggu hehehehe.

Moral of the story.. Kalau rajin merasa nikmat sedap.. kalau malas mereput la kat situ merasa nikmat dalam mimpi je. Tu pun kalau muncul dalam mimpi. hahahaha

RESEPI & PETUA NAK BUAT CEKODOK JADI BULAT BULAT

RESEPI & PETUA NAK BUAT CEKODOK JADI BULAT BULAT.  Hari ni kita ke dapur lekatlekit sekejab untuk belajar buat cekodok yer.. Jangan ingat bila sebut cekodok semua membayangkan alah simple je tu. Nak buat senang je.. Dengar nama dia macam old skool, simple, mudah & kacang jer.. Tapi try buat dulu bagi yang tak pernah sekali masak cekodok kat rumah. Masa tu kau tahu dapur kau tinggi ke rendah.


Aku dulu mula2 belajar buat cekodok tanpa pengawasan pakar kat dapur pun pening jugak fikir. Macam mana la orang buat cekodok jadi bulat2 & cantik je rupa parasnya. Aku buat semua jadi leper2 & kalau tak leper pun dia jadi bujur2 sireh gitu. Memang tak puas hati sungguh. Kira aku tak putus asa jugak la.. Aku tetap terus cuba macam2 kaedah untuk menghasilkan seni cekodok bulat2 katanya.

Orang kata nak bagi dia bulat2.. letak sikit serbuk penaik atau soda bikabornat.. Aku dah letak. Ikut petua mak aku.. letak sedikit air gula. Aku buat.. Memang cekodok tak jadi leper tapi tak jadi bulat2 jugak. Tetap bujur. Sebab aku guna sudu.. So dia ikut bentuk sudu. sampai la satu hari aku tergerak hati nak jemput dia guna hujung jari style orang2 veteran tu. Dulu aku rasa macam susah je sebab nanti bancuhan adunan cekodok tu melekat lekat kat jari.. Tapi rupanya itulah rahsia sebenar macam mana cekodok jadi bulat2 & cantik.

Siap ada testimoni lagi cekodok air tangan aku. Tengok perbezaan bentuk cekodok tu. Kalau guna sudu memang buruk bebeno.. guna hujung jari cantik je kejadianya.

Bagi petua buat cekodok bulat2 pun tak guna kalau tak tahu resepi. Apa?? Ingat semua orang tahu ke buat cekodok.. Ok aku share je la 1 resepi cekodok pisang yang memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia...

Bahan2 yang di perlukan untuk buat cekodok pisang

Tepung gandum
Pisang (suka hati la nak guna pisang apapun janji pisang yang dah masak ranum)
Air yang di campur sedikit gula & garam
Serbuk penaik/ soda bikarbonat
Minyak masak untuk menggoreng

Cara nak buat

Lenyek pisang sampai hancur tak bernyawa lagi.
Kemudian campurkan tepung gandum dengan serbuk penaik/soda bikarbonat. Tapi jangan banyak. Hujung sudu pun dah cukup & gaul bagi semua bahan sebati & bercampur.
Masukkan tepung ke dalam pisang yang dah di lenyek tadi. Tambah air yang dah di campur sedikit gula & garam
Gaul hingga sebati
* Pastikan jangan letak terlebih atau terkurang air. Agak2 tak cair sangat adunan cekodok tu. *

Panaskan minyak. Minyak tu makesure sampai boleh tenggelam cekodok korang baru elok kejadiannya nanti. Guna hujung jari2 (5 jari kesemuanya) tangan kanan. Jemput la cekodok tu ke dalam minyak panas. Goreng sehingga masak & hidangkan.

Memang bunyi macam simple tapi kena tahu teknik yang betul nak buat cekodok ni. Aku pun lama jugak nak khatam untuk dapat cekodok yang bulat2 macam tu. Kes malas nak guna tangan. Sebab lepas jemput kena cuci lepas tu goreng dulu cekodok. Lepas tu jemput lagi.. basuh tangan & goreng cekodok sampai habis adunan tu. Tapi percayalah guna tangan lebih cepat & mudah berbanding guna sudu, hokay!

Cekodok ni antara hidangan untuk sarapan pagi orang melayu. Tapi orang sekarang banyak yang dah western.. Tak main la makan cekodok pepagi katanya. I is eat mushroom soup every morning katanya. Tapi aku melayu yang still ada selera melayu & ada la certain2 western food tu aku suka jugak. Kira aku ni selera mix la kan. hehehe

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA. Megi @ mee segera ni antara makanan kesukaan rakyat malaysia jugak. Sebab megi @ mee segera ni memang berjasa dalam hidup ramai orang. terutama di kalangan pelajar yang tinggal di asrama atau rumah2 bujang. Megi juga sering menjadi penyelamat semasa budget tak sampai hujung bulan. Dari menahan lapar, dapat makan megi pun sedap katanya.

Megi kari 

Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan..

Antara bahan nak masak megi kari ni..

Serbuk rempah kari
Serbuk cili
kicap manis
sos tomato
* Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehingga jadi macam pes *

Bahan Tumis
Minyak masak
Bawang merah/besar
Bawang putih
Buah pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis.

Bahan bahan lain untuk menambah rasa..
air
isi ayam
Fish cake
Sayur sawi
atau apa2 bahan macam seafood (udang,sotong..bla.. bla..) kalau nak letak pun boleh


Cara nak masak (boleh rujuk gambar di atas)

1. Panaskan minyak kemudian Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan pes yang dah siap di bancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
2. Dah pecah minyak masukkan isi ayam gaul dalam bahan rempah tadi. Biar masak sekejab.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan fish cake @ apa2 seafood kalau ada. Biar masak sekejab.
5. Masukkan megi kering @ ramen. Masukkan sayur sawi. kacau hingga semua bahan sebati & masukkan garam secukup rasa. Agak2 dah lembut megi tu boleh la tutup api & hidangkan...

Boleh tambah telur rebus & di tabur dengan daun sup & bawang goreng.

Mudah kan? Kalau sapa cakap susah aku sumpah hilang deria rasa hahahaha... Alah. Megi je pun bukan susah sangat nak masak. Kalau rasa susah susah sangat.. masak je guna perencah segera tu. Tapi rasa dia, kepekatan kuah dia.. tak sama la dengan homemade punya, ok!

Jadi pada yang baru nak kursus kat dapur tu hope membantu la anda belajar memasak. Tapi bukan semua orang suka makan megi. Yang jenis mengamalkan pemakan sihat ni selalu tak makan megi.. hehehehe

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP. Bila masak untuk sorang - sorang2 makan ni rasa nak masak menu2 yang simple & cepat je. Tapi kalau nak makan telur goreng je pun jemu. Alang2 memang aku sorang je makan pedas dalam rumah ni sekarang.. Ayam pun tinggal 2 ketoi tu pun part yang laki aku tak makan.. Sebab laki aku makan bahagian dada ayam jer.. lain2 part dia tak makan.. Bila tengok daun kesom elok je dok hijau lagi. Lebih masak laksa haritu & serai pun ada lagi.. Tetiba teringin nak makan asam pedas ayam.


Maka ke dapurlah kita bagi menyempurnakan hajat di hati tu. Gitulah kalau hidup sendiri ni.. Kau nak makan.. pepandai la kau masak. Takde orang nak tolong masakkan. Malas ke rajin kena la jugak berketung ketang kat dapur.

Nak masak asam pedas ayam ni.. Bukan setakat kena ada daun kesom, serai bagai.. Nak tau apa bahan bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas ayam ni.. Meh la tengok. Jangan risau kalau version lekatlekit ni memang mudah mudah belaka tapi Insya Allah sedap hingga menjilat pinggan..

Bahan bahannya adalah
Ayam
Cili kering
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit Hidup (Takde pun tak apa)
Belacan
Serai
Daun kesom
Minyak Masak
Air Asam Jawa

Bahan kisar
Cili kering (sebelum blend tu elok rendam dalam air panas sekejab)
Bawang besar (aku guna sebiji je sebab masak sikit)
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Sedikit belacan


Cara memasak
Potong ayam ikut size yang korang suka. Cuci & letak tepi sekejab. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar & serai yang dah di di ketuk kemudian masak sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan ayam & daun kesom biar masak sekejab. Masukkan air asam jawa. Masukkan garam atau serbuk perasa.. Biar masak sekejab lepas tu siap untuk di hidang.

Sila tadah baldi takut banjir dengan air liur lepas tengok asam pedas ayam den ni hahaha

Senang kan adik adik. Jadi takde alasan tak reti memasak lepas ni. Ni kira masakan asam pedas ayam paling basic la. Tu pun dah sedap.. Bayangkan guna resepi yang lebih pro. Mau terangkat meja makan katanya. hehehe

Lepas ambil makanan berat sedap jugak kan kalau dapat makan pencuci mulut yang manis2. nak2 lagi lepas makan menu pedas macam asam pedas ayam ni.

TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK

TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK. Semua sedia maklum sebelum 1 Januari 2017 semua pemegang kad atm/debit perlu tukar walaupun kad belum expired. Bukan je maybank malah semua bank pun katanya perlu tukar sebelum 1 Januari 2017. Untuk mengelakkan kesesakkan berlaku di cawangan bank, maybank dah buat sistem yang boleh apply atm/debit card secara online di maybank2u. Tapi sebelum ni ada yang cakap yang apply card secara online katanya perlu ke bank jugak nak aktifkan kad... Aku pun percaya jugak la. Tapi sebab aku rasa nak jimat masa aku apply jugak atm/debit card secara online nanti dah dapat pergi bank aktifkan je la.


Selepas lebih kurang 2 minggu kad di hantar ke peti pos rumah aku. Rupanya tak perlu pun pergi ke bank untuk aktifkan atm/debit card. Boleh buat semuanya secara online. Maybank dah bagi sekali direction macam mana nak aktifkan atm/debit card di maybank2u. Bagi yang tak tahu macam mana nak apply & aktifkan atm/debit card secara online meh la sini nak bagi tutorial sikit..

Untuk nak apply atm/debit card maybank mula log in dulu account maybank2u korang  http://www.maybank2u.com.my/. Lepas dah log in.. ikut step di bawah

Kemudian clik pada replace your maybank debit card via M2U

Kemudian clik je pada replace card tu.

Dah siap apply card baru tunggu je lebih kurang 2 minggu kad akan di hantar kerumah anda. Lepas dah dapat kad kat dalam surat tu ada cara nak aktifkan card di maybank2u. Tapi aku bagi jugak la tutorial yang detail melalu gambar bagi mereka yang blur dengan tutorial bertulis hehehe

Ni tutorial ringkas yang di beri dalam surat dari maybank

Macam biasa mula2 ke log in dulu account maybank2u korang kat http://www.maybank2u.com.my/

Clik pada Card Management
Lepas tu clik kat ATM Debit card & aktifkan jer

Senangkan? tak payah pening kepala nak fikir pergi ke bank.. bertapa sampai setengah hari kalau orang ramai. Sekarang ni cawangan maybank pun banyak tutup semakin kurang semakin sesak la bank. Dengan ada kemudahan macam ni, Semua semudah di hujung jari je. Jimat masa & tenaga jugak kos pergi balik ke bank.

Walaupun ramai dah tahu cara nak mohon & aktifkan atm/debit card maybank ni melalui maybank2u (online) tapi percayalah mesti ada yang masih tak tahu perlukan tutorial. Sebab tu aku buat entri ni bagi membantu orang2 yang memerlukan. Mudah bagi kita tak semestinya mudah bagi semua orang kan? Tapi kalau rasa malas sangat nak tukar kad ATM/Debit card guna je credit card Hong Leong sebab korang akan dapat ni hujung tahun ni >> Berpeluang dapat RM100 setiap hari dengan kredit kad hong leong Bank <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com