Showing posts with label tengah malam. Show all posts

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA. Di sebabkan mood nak berseram serik tu tengah on jadi kita memburu lagi kisah misteri & seram. Tau hangpa mesti tunggu kan.. Apa lagi kisah seram seterusnya yang lekatlekit nak momokkan dalam segmen seram serik lekatlekit ni.

Gambar sekadar hiasan

Kalau sebelum ni kita biasa dengar kisah legend Volkswagen kuning kat lebuhraya karak kan.. Tapi kali ni kami nak share dengan hangpa satu kisah pasal Misteri sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat siap ada plat number NS 476 lagi. Kisah dia takde la extreme sangat.. Sangat simple bagi kita yang membaca tapi kami yakin orang yang melalui pengalaman tu rasa kecut juga usus perut. Yelah.. Time tengah malam, sunyi basi macam tu bila berdepan dengan situasi yang pelik, penuh misteri & mistik.. Susah untuk di capai logik akal ni memang mengundang seram juga la kan.

Kisahnya bermula.. Seorang hamba Allah ni dalam perjalanan balik dari melaka katanya. Tak tau la dia pi melaka tu buat apa.. Tak pulak dia cerita so kita pun tak payah la nak jaga tepi tayar kereta dia sangat la kan. Satgi kena lenyek tak pepasal kita pulak ke rahmatullah. 

Walaupun banyak cerita seram dia dengar.. tapi tetap dia guna jalan lama. Lokasi sebenar dia tak nak pulak bagitau cuma dia kata berdekatan dengan pajam. Hek.. eleh.. Tu mesti nak pedajal orang lain juga kan.. Tak aci la dia kecut usus sengsorang. Kena bagi orang lain pun rasa jugak. Kalau bagitau lokasi sebenar satgi lenggang pulak jalan tu tak dak orang guna. hehehehe

Maybe dia nak test power sebab banyak sangat cerita seram orang lain ketika guna jalan tu. Dalam pukul 1.45 pagi macam tu dia drive sengsorang. Dia memandu dalam 70km/j & sempat memotong sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat bernombor plat NS 476. Atas motor tu ada dua orang.. Sorang of course la menunggang & sorang lagi membonceng. Dua2 nampak macam orang tua. Time tu dia takde la rasa apapun. Orang tua bawa motor apa nak pelik sangat. Tak ada apa yang aneh pun bagi sesapa. 

Tapi selang 5 minit macam tu.. Motor kapcai lama yang dia potong tadi ada kat depan dia. Dia dah makesure motor yang sama, no plat pun sama. Memang motor bukan kereta proton yang baru launches ni >> Proton Launches 2017 Model Of Proton Iriz With New And Improved Features << Mak Aii... Motor ni boleh terbang ke hapa. Tak nampak melintas pun tetiba ada kat depa. Sedangkan dia tak ada berhenti kat memana sepanjang perjalanan. Dia mula cuak dah. Tadi boleh la rilex.. Tapi tetiba lepas potong jumpa kat depan lagi ni dah kes berat. Dah macam kisah seram Volkswagen kuning jugak. Lepas potong jumpa balik kat depan.

Sampai sekarang katanya dia tak tahu milik siapa motor & siapakah yang menunggang & membonceng motor kapcai tu. Adakah jelmaan mangsa langgar lari yang meninggal dunia kat jalan tu? Wallahualam.. Yang pasti apa yang dia nampak tu memang tak boleh di terima logik akal. Dia yakin apa dia jumpa bukan manusia dah.. Something yang krik... krik.. krik.. Di tambah lagi tempat tu memang terkenal dengan macam macam kejadian seram. Jadi tak mustahil apa yang dia nampak juga berkaitan dengan misteri & mistik tempat tu.

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu keras tak payah nak test power sangat kalau hati tu tak kental. Ni mujur hati kental sampai rumah juga. Bukan apa takut bila jadi kejadian macam tu keras kat tengah jalan pun payah jugak. hehehehe

JELMAAN LANGSUIR GANGGU PEMANDU JALAN TAMAN DESA MURNI SG DUA, PENANG

JELMAAN LANGSUIR GANGGU PEMANDU JALAN TAMAN DESA MURNI SG DUA, PENANG. Meriah kan sejak dua menjak ni blog lekatlekit.com bersegmen seram serik. Almaklum la murah rezeki pulak cerita seram sejak dua menjak ni. Jadi, boleh la mengisi kekosongan slot seram serik lekatlekit katanya. Esok2 dah slow tu pepaham je la stok takde. Ada stok ada la entri katanya..


Kalau yang tak tau kat mana Sungai 2 ni.. Sungai 2 antara tempat nak makan char kuew teow sedap. Ataupun nak makan mee udang pun senang dapat jugak kat situ. Selalu jugak balik kampung kadang2 singgah Sungai 2 ni. Ikut mood jugak. Tapi sejak asben kami pantang makan pedas atau makanan yang ada cili lama jugak tak pergi makan kat sana. Tetiba pulak cerita pasal makan padahal ni segmen cerita seram.. Ok .. ok.. maafkan kami penunggu gua. Kami lupa pulak. Terkona baring sat.. hehehee

Ok.. ok.. marilah kita di selubungi misteri dengan cerita seram yang katanya baru berlaku di area Jalan Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang ni. Katanya.. benda ni berlaku time tengah malam. Kalau siang2 hari dia dok mai.. sapa nak heran ye dak. Tentu la malam hari dia muncul. Dia tu sapa? Dia tu la.. Muka ngeri, rambut panjang kusut masai.. Alah.. dia tu la kan? Orang memang kalau nampak dia darah boleh turun sampai ke kaki katanya. 

Dia ni hat kat area Taman desa murni ni katanya suka ikut kenderaan orang yang lalu lalang time tengah malam. Dia akan beriring terbang dengan kenderaan hangpa. Lepas tu dia akan meletang atas kereta hangpa sambil rambut dia mengerbang & terjuntai ke bawah melekap kat cermin depan kereta hangpa. Kulit dia katanya bersisik macam kaki ayam. Dari sumber yang aku baca dah 4 malam berturut turut orang ramai kena kacau. Jadi yang rasa iman & semangat tak kuat tu di nasihatkan elak guna laluan tersebut.

Dia memang tak mencederakan sesapa cuma nak buat manusia terlalai.. Benda tu kadang2 menyebabkan kemalangan berlaku bila terkejut. Tapi katanya dia tak kacau kawasan perumahan kat situ. Sejenis spesis langsuir. Yelah kalau dah yang di gambarkan jelmaan dia macam tu selalunya langsuir la kan. Langsuir ni pun spesis jin jugak. Jadi berhati hati la terutama pemandu yang terpaksa melalui jalan tu waktu malam.

Moral of the story... jangan berkhayal masa memandu. Fokus pada pemanduan.. Bukan apa kalau dok pikiaq bukan2 kain buruk kena tiup angin pun hangpa nampak macam hantu. Makhluk tu memang wujud tapi Allah jadikan manusia ni sebaik baik makhluk. Jadi, perisaikan diri dengan ayat ayat Al Quran.

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK?

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK? Macam biasa la kadang2 ada isu aku lebih suka tunggu & lihat.. Tengok macam mana respond orang lain dulu terhadap sesuatu isu tu baru aku keluarkan pendapat aku pulak. Semua orang tahu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sekumpulan budak2 awal belasan tahun.. 8 daripadanya meninggal dunia. Ada la beberapa yang cedera & masih di rawat di hospital.


Bab kecam bebudak tu aku maybe boleh accept sebab memang terang terang bebudak tu salah. Salah satu kesalahan paling ketara jam 2 - 3 pagi masih dok merayap berbasikal atas jalan. Tu salah satu kesalahan dari pihak bebudak tu.. Tapi kita sedia maklum kesalahan ni bukan dari hanya satu pihak.. Bagi aku semua pihak ada salah masing - masing. Sebelum kejadian tu berlaku katanya memang dah selalu budak2 basikal dok merempit main basikal kat jalan tu. Orang awam yang tegur pun di hanjingkan balik. Lumrah budak2 yang tengah dok explore dunia. Baru kenal kebebasan.. Umur - umur macam tu dia memang rasa macam besar sangat dah. Tapi sebelum ni mungkin tiada tindakkan membenteras aktiviti mereka time2 malam macam tu sebab tu berlaku apa yang berlaku. Bila dah berlaku baru la nak kuatkuasa undang undang bagai.. Standard la tu la kan.. Sebab tu kadang2 Allah menegur manusia dengan cara yang menyedihkan sebab lagi tak tertusuk sembilu ke sudut hati yang paling dalam lagi tu manusia ni tak alert atau tak ambil kisah.

Bab tu settle.. Bagi aku semua pihak salah tak kira dari budak2 tu, ibubapa, pemandu, orang awam, pihak berkuasa semua. Takde sapa terkecuali.. semua aku sumbat dalam lokap kesalahan aku. Hahahaha... See aku lagi kejam ok! Tapi aku masih ada perikemanusiaan la dari mereka mereka yang dok kecam mak bapak budak2 tu. Konon tak reti jaga anak.. biar anak merayap tengah2 malam.. bila jadi benda2 macam tu menyusahkan orang lain bla.. bla.. bla.. bagai. Akibat dari kecaman hebat dari nitezen ni.. Sampai ada waris mangsa yang meninggal dunia tu tampil mohon hentikan kecaman & tuduhan. Bukan depa biar anak2 depa keluar merayap tapi kadang2 budak2 ni lagi di tegah lagi di buat. tak boleh keluar dengan keizinan.. dia keluar secara senyap2 di luar pengetahuan waris dia. Alah.. yang dok kecam tu pun aku yakin masa hangpa sebaya depa pun hangpa pernah buat benda2 macam tu. Mak Ayah tak bagi keluar.. kau seludup jugak keluar. Balik kang nak kena rembat secara maraton pun kau tak kisah janji boleh keluar ye dak?? So kalau hangpa tergolong spesis macam tu.. Layak ke hangpa nak kecam mak bapak orang?? Hangpa sendiri tau bukan semua sebab tidak di tegah atau di peduli mak bapak tapi sebab kedegilan seorang anak yang tak makan saman.


Walaupun semua pihak ada bahagian salah masing masing.. Tapi contohilah PDRM basikal yang salahkan sebab dah di modified katanya hahahahaha #Sarcasm. Ok.. ok.. serius balik. Sapapun salah tapi please jadi manusia yang ada perikemanusiaan sikit nak2 lagi yang ada anak2 tengah membesar tu. Belum tentu anak2 kita tak terjebak dengan perkara macam tu. Sekarang ni kadang2 bukan sebab salah didikan sangat tapi pengaruh sekeliling sangat2 mendorong seorang remaja tu terikut ikut benda yang tak baik. Bagi la ruang sikit untuk mereka2 yang baru kehilangan seorang anak.. Pergi dengan mengejut macam tu hangpa ingat simply mak bapak depa nak boleh move on.. Ambil masa juga ok nak terima kenyataan. Di tambah pulak hangpa dok kecam.. Please la wei! Rasa kesian sikit. Takkan sampai mak bapak bebudak tu jadi gila & bunuh diri baru hangpa puas hati.

Yang terbaik Jadikan trajedi tu sebagai peringatan untuk kita semua. Ingat hari ni jadi kat anak orang.. esok lusa mungkin jadi kat kita sapa tahu. Takkan nak tunggu anak kita mati dulu baru kita nak faham rasa seorang ibu bapa tu bila kematian anak.. Baru nak harap orang lain akan faham perasaan kita? Jangan masa tu kau baru nak menyesal.. memang tak berguna lagi.

Moral of the story.. Kat sini aku bukan nak backup mana2 pihak cuma aku harap kita sebagai hakim2 di facebook berperikemanusiaan sikit terhadap mereka2 yang di uji dengan kehilangan anak dalam sekelip mata macam tu. Tak payah bajet macam kau pandai sangat didik anak la sangat.

MISTERI JELMAAN DUA GADIS INDIA TINGKAT BAWAH MID VALLEY DI TENGAH MALAM

MISTERI JELMAAN DUA GADIS INDIA TINGKAT BAWAH MID VALLEY DI TENGAH MALAM. Malam ni segmen seram serik lekatlekit kembali menghantui anda semua di blog lekatlekit.com.. Dok asyik cerita panas isu2 semasa, review produk je kan.. bosan jugak. Sesekali kena jugak share kisah2 seram, mistik & misteri ni. Baru la terbeliak sikit biji mata hangpa malam - malam ni kan? Bukan terbeliak pasai apa.. sebab takut nak tidur. Asyik terbayang bayang benda yang menakutkan. hahahaha


Bagi kaki kaki lepak Mid Valley yang suka layan midnite movie tu harus baca ok.. Mungkin cerita ni membuat anda mendapat hidayah & kembali kepanggal jalan. Serik untuk keluar sampai lewat malam lagi...

Alkisahnya.. di ceritakan oleh seorang hamba Allah (lelaki) kejadian seram yang berlaku pada diri dia di tahun 2013. Waktu katanya dia baru habis tengok midnite movie filem The conjuring. Sedangkan elok la tengok filem seram.. Belum habis feel seram tu dah di hadap dengan kejadian seram.

Masa tu katanya dah pukul 2.00am. Memang waktu2 puncak hantu2, jin & setan berkeliaran, berpesta muda mudi la.. Kawan2 dia lain semua dah berambussss.. ikut northwing dia jer bajet hero gigih turun guna escalator yang dah di tutup ikut laluan southwing. Bila sampai kat ground floor dia mula cuak.. Tengok semua pintu dah lock.. sapa sorang pun dah takde even pak guard pun dah tak tau mana melingkup time tu. Sunyi basi... Nasib baik la tetiba dia nampak 2 orang awek india kat kaunter pertanyaan... Maka dia pun pergi la hadap dua minah tu nak tanya kat mana pintu keluar. Tapi minah dua orang tu cuma gelakkan dia.. Sebab terdesak dia tanya lagi. Salah sorang dari awek india tu jawab.. bertahun depa duduk kat situ ni kali pertama orang tanya depa macam mana nak cari jalan keluar.

Si mamat ni mula pelik bila awek tu cakap dah bertahun depa duduk situ. Untuk kepastian dia tanya apa maksud bertahun duduk situ. Bermastautin dalam Mid Valley kan dua minachi ni? Tak ada rumah ke? Bergelandangan dalam Mid Valley ke? Tapi jawapan yang di terima buat semua usus mamat ni kecut.. Katanya depa duduk situ dari sejak sebelum Mid Valley wujud lagi. Dah la tengah malam.. Tak berapa lawak sangat la apa yang minachi tu cakap. Apa lagi berdesup perginya mamat tu. sedar sedar dia dah ada kat starbuck di luar Mid Valley.

Tengok kemain bersungguh dia lari Pak guard mymar tegur tanya kenapa dia lari macam lipas kudung. Dia pun cerita la kejadian yang berlaku kat dia.. Menurut cerita pak guard tu katanya sebelum ni pun ada orang lain pernah terserempak dengan dua awek india misteri tu tapi dia & geng2 guard yang lain tak pernah pulak terserempak. Maybe banyak sangat cerita pasal awek india misteri tu management arahan para guard untuk mengesan siapakah awek india tu tapi sampai sekarang depa tak pernah jumpa. Semakin yakin la mamat ni yang dia jumpa tu bukan manusia...

Moral of the story.. Nak tengok wayang tengok la siang siang yer. Memalam ni bukan je berisiko terserempak dengan makhluk2 seram malah manusia pun boleh jadi menyeramkan nak2 lagi kalau berada di tempat sunyi ni.

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI. Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok!


Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case sikit..

Bila aku terbangun tu aku just tengok anak aku je. Bunyi tu aku tak berapa nak kisah sangat dah. Almaklum la dah biasa katanya. So aku sambung tidur balik la tanpa fikir apa apa walaupun ada sedikit rasa yang tak best. Serius rasa ada something.. Tapi aku tak nak terlampau fikir sebab aku rasa nak tidur balik je. Sampai pukul 3.07 pagi.. Tiba2 datang lagi bunyi yang sama agak kuat. "Sreeeeeeeettttttttt!! Buat aku terjaga lagi. Tengok suami aku nyenyak macam tak dengar apa2.. Maybe dia tak dengar kot. Bila terjaga tu aku tengok jam kat smartphone aku. Tepat pukul 3.07 pagi.. Masa aku terjaga masih berbunyi.. Memang mengganggu jugak tidur aku sebab rasa bising. Baca la apa yang patut supaya bunyi tu senyap.. Tapi... Rupa dia memperdengarkan bunyi lain pulak dari kebiasaanya...

Aku ingat sekadar bunyi perabot kayu di seret tengah2 malam buta rupanya semalam dia nak memperdengarkan suara merdu dia pulak... Tiba2 berbunyi macam suara manusia tapi tak jelas la dia sebut sesuatu atau apa. Seakan berbisik suara tu.. Aku dah mula tak sedap hati jugak tapi aku tak kejutkan suami aku. Cuma aku pastikan gangguan tu tak mengganggu tidur anak aku. Tak tau kenapa extreme pulak semalam gangguan tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada pasangkan ayat ayat rugyah bagi anak aku dengar. Tak ada sebab apa pun aku pasang ayat2 ruqyah tu sebenarnya. Sambil2 tu aku cakap dengan suami kalau tak ada bunyi2 misteri tu selalunya anak aku jarang tejaga & menangis tengah malam walau tak ada menangis teruk teruk sangat cuma kalau ada bunyi2 tu dia kerap terjaga & merengek.

Bila dengar seakan akan suara tu.. Aku berdoa mohon perlindungan dari Allah je la. Nak kata takut sangat sampai menggigil & tak boleh baca apa2.. Serius tak sangat pun. Cuma aku usya jugak sekeliling kot2 dia ada menunjukkan kelibat kat mana mana. Tapi tak ada pulak. Hanya melalui bunyi je dia menyatakan kunjungan dia time tu. Mungkin sebab sebelum tidur aku ada sebut pasal dia kan.. Mesti ingat aku rindu kat dia la tu. Takde maknanya ok!! hehehehe

Akibat asyik terjaga je.. pagi ni memang rasa lemau sikit la. Bila terjaga dengan gangguan bunyi tu memang ambil masa jugak nak pejamkan mata balik. Nampaknya misteri gangguan bunyi kat rumah aku ni masih belum berakhir. Cuma kadang2 dia bercuti panjang buat aku rasa benda tu dah tak ada.Rupanya ada lagi.. Hai la makhluk bunyi.. Bila gamaknya kau nak pulang ke kampung halaman kau. Menumpang dah la tak bayar sewa.. Lepas tu asyik menganggu tidur orang je. hehehe

Tak tau la macam mana nak akhiri gangguan bunyi tu.. Kalau nak suruh pengamal perubatan Islam yang pernah aku pergi buat agak tinggi kos dia.. Lagipun gangguan bunyi tu setakat ni hanya bunyi cuma semalam je bunyi suara. Biarlah di berbunyi.. Malas nak layan katanya. hehehehe

Moral of the story.. Bila berdepan dengan situasi yang menyeramkan paling penting kawal emosi.. Sebab emosi tu kadang2 kalau di luar kawalan boleh menyebabkan histeria jugak. Jangan berimaginasi bukan2.. Aku pratikkan benda tu untuk tidak menakutkan diri sendiri. Bukan saja berdepan dengan situasi menyeramkan malah dalam apa jugak situasi pun kita kalau pandai control emosi Insya Allah kita cool even terpaksa berdepan dengan situasi macam ni pun.

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL. Untuk ruangan cerita seram serik lekatlekit hari ni kita balik kedah sekejab yer. Orang orang kuala ketil sila ambil perhatian. Katanya berlaku kat area sana. Alkisah pasal sebuah kedai makan yang pernah wujud 20 tahun lalu tapi telah musnah dalam kebakaran sering muncul beroperasi di tengah malam hari. Katanya ramai dah terkenal dengan kedai makan misteri ni. Alkisahnya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

3 orang kawan kaki pancing ni pergi memancing udang galah kat satu tempat ni. umpan asyik mengena jer tak sedar mereka memancing sampai dah lewat malam. Sedar2 dah 12.30 katanya. time tu pulak cuaca dah tunjuk tanda hendak hujan maka terpaksa la hentikan aktiviti berjoran tu. Terpaksalah 3 sekawan tu meninggalkan tempat yang memberi rezeki udang galah malam tu.

Bila dah angkat joran baru la perut rasa lapar katanya. Masa tengah syok mancing memang lapar pun tak terasa. Almaklum la nak2 lagi pancing asyik mengena. Dia punya excited tu kalau awek cun depa mata pun dia dah tak ada nafsu. Gitulah perangai kaki pancing ni. Fokus kat joran je katanya. Bila dah lapar tengah2 malam macam ni.. mana kedai makan yang nampak dulu kat situ la depa singgah.

Masa 3 sekawan ni berhenti kat sebuah kedai makan.. hujan dah mula renyai renyai. Keadaan kedai makan tu memang sunyi basi katanya. Dengan lampu yang agak malap.. Ala2 nak candle light dinner gitu & semua perlatan & perkakasan dalam kedai tu nampak usang. Vintage sangat katanya. Tak ada pelanggan lain selain 3 sekawan kaki pancing ni masa tu. Tapi 3 mamat ni takde la fikir banyak.. Mungkin depa rasa tak ada apa mencurigakan kot dengan permandangan macam tu.

Datanglah seorang awek mengambil order dengan muka macam minta selipar je. Tak senyum langsung walau ada yang cuba jugak nak menggatal. Dia buat derk je katanya. Memang kalis ayat la kot minah ni. Muka minah tu agak pucat tapi depa just anggap mungkin penat kot kerja. Lagipun dah tengah malam. Bila pesanan dah di ambil, gadis tu berlalu tapi meninggalkan satu haruman yang sangat wangi & kuat baunya. Pun depa tak syak apa2. Biasa la perempuan pakai perfume boleh tahan 48jam katanya. Nak2 lagi baju basuh dengan downy. Memang wangi manjang je.

Tak sampai 5 minit tetiba minah tu muncul dengan makanan yang di pesan. Terkejut beruk la 3 sekawan ni. Cepat sungguh. Kalau masak maggi pun tak secepat ni walau maggi tagline dia cepat di masak sedap di makan. Ni dia guna boboiboy kuasa tiga ke hapa cepat sangat masak. Tapi sebab malas dah nak fikir panjang.. depa terus makan tanpa was was. Sambil makan salah seorang dari 3 sekawan ni sempat jeling kat minah tu yang duduk di kaunter pembayaran. Tajam sungguh renungan dia sampai jadi takut di buatnya. Garang sangat katanya.

Dah siap makan semua.. maka pergi la depa membayar. Sekali lagi minah tu buat kejutan bila semua makanan depa cuma harga RM5.00. Mak aii.. zaman sekarang sepinggan mee goreng pun dah RM5 apatah lagi 3 pinggan masakan panas macam tu. Takkan semua baru RM5. Tapi sebab malas nak fikir banyak depa pun beredar.

Nak di jadikan cerita.. dua hari selepas malam tu salah seorang 3 sekawan ni datang lagi ke kedai tersebut. Tapi dia datang sorang je. Dia jadi bodoh sekejab bila sampai ke tempat tu tak ada sebarang kedai makan. Jangankan kedai, tiang pun tak ada padahal baru 2 hari lepas dia datang. Dia memang betul2 pasti dia tak silap tempat. Dalam kebinggungan tu tetiba ada seorang pakcik naik motor berhenti bertanya samada dia sesat jalan ke hapa dok tergaru2 kepala tepi jalan macam tu. Dia pun cerita panjang la dengan pakcik tu pasal kedai makan yang pernah dia makan 2 hari lepas. Mengucap panjang orang tua tu dengar cerita mamat ni.

Menurut cerita pakci tu.. 20 tahun dulu memang ada kedai makan yang di usahakan oleh dua beranak. Mak & anak perempuan tapi malangnya berlaku kebakaran dua beranak ni tak sempat selamatkan diri & meninggal dalam kebakaran tu. Kata pakcik tu.. ramai yang dah terkena kat situ. Banyak yang termakan cacing & benda2 kotor kat situ. Secara automatiknya mamat ni terus rasa morning sickness di samping bulu roma pun memainkan peranan nak menunjukkan perasaan seram. Tak terbayang apa yang mereka jamah tengah malam 2 hari lepas.

-sumber - Kisah seram Kedai Makan Misteri -

Moral of the story untuk kaki kaki pancing.. kalau memancing tu ingatlah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum senja yer. Sampai tengah malam baru nak ingat rumah.. kan dah kena dajal dengan hantu setan. Selama ni hangpa dok umpan cacing sekali hangpa kena umpan cacing dengan hantu baru berakai.

P/S : Baca kisah ni teringat kisah seram restoran adik manja kat kuantan. Korang tahu kisah tu? Alah.. majoriti semua orang tahu cerita restoran adik manja ni

PEREMPUAN MISTERI BERJALAN ATAS AIR DI TASIK HARAPAN,USM PENANG

Kita kembali bersegmen seram serik lekat lekit. Insya Allah selagi ada cerita seram best yang nak share kat blog, aku akan tulis tanpa prejudis. Yang mana rasa suka boleh baca yang rasa duka pergi la masuk selimut & tidur. Jangan seksa zahir & batin baca cerita seram kat blog aku ni.

Alkisahnya pasa suatu hari di tengah malam.. seorang pemuda baru balik kerja tunggang motor lalu depan Masjid Al-Malik Khalid yang berhadapan dengan Tasik harapan, USM. Dia pelik bila nampak seorang perempuan dok jogging tengah malam buta kat situ. Sebab dah pukul 12 tengah malam pejadahnya jogging tengah2 malam. Dah tu pakai pakaian serba putih.

Bila dia nampak macam perempuan tu lari ke arah tasik, dia rasa tak sedap hati. Maybe dia rasa perempuan tu nak bunuh diri la kot, kan? so dia perlahankan motor dia. Tapi bila dia nampak perempuan tu betul betul kearah tasik apa lagi kelam kabut dia berhentikan motor & terus terpa gaya ala2 hero hindustand nak selamatkan gadis impian.

Tapi.. Niat dia terbantut bila apa yang di lihat satu kejadian yang sangat mengejutkan sebab perempuan tu bukan terjun dalam tasik tapi berjalan atas air sehingga ke tengah tasik kemudian hilang macam tu jer.  So, tanpa termenung jauh lagi dia cepat2 pusing balik terus blah dari situ. Kalau korang adakah korang akan tunggu umpama geng seekers yang nak jumpa hantu untuk dapatkan rakaman menarik? Mustahil sangat.. Geng paranormal pun kalau nampak hantu pun kadang2 bersepah lari apatah kita individu yang tak berapa paranormal sangat katanya.

Bukan gambar sebenar

Nasihat si mamat yang serempak dengan makhluk berjalan atas air dalam tasik tu supaya sesapa yang balik lewat malam terutama wanita elak melalui jalan tu. Sesungguhnya dia juga makhluk.. Bagi la dia privacy nak jogging kat situ. Asyik serempak dengan manusia jer.. spoil mood dia nak amalkan gaya hidup sihat katanya

Moral of the story... Bumi ni bukan di huni manusia & makhluk2 yang kita mampu lihat dengan mata kasar malah kita berkongsi bumi yang sama dengan makhluk2 ghaib. Tak pelik la kalau ada yang boleh ternampak sebab jin ni boleh menampakkan diri pada manusia dengan izin Allah. Sapa tak percayakan kewujudan  jin.. Maka dia tak percayakan ajaran Islam la. Peace!

Sumber : FB

SUNGAI SERAM PONTIANAK BERLUBANG

Tu dia dia mai dah cerita hantu... Lama tak mengupas ngopek dan merobek cerita seram kat blog melekit ni.. tetiba pembukaan bulan december muncul balik kisah seram kat blog melekit. Harus la kan.. Kalau ada yang seram nak share mesti tulis dalam blog katanya.

Sumber google

Ni cerita semalam.. tengah2 malam di hantui pontianak berlubang yang mati jatuh telaga @ sungai. Kemudian menjadi pontianak membalas dendam. Tak gila kau tengah malam buta tv3 main filem paling seram di indonesia tahun 80an. Ada yang surrender terus tutup tv tapi yang namanya peminat filem seram ni, takde istilah tutup TV ok. Harus mata yang ngantuk tetiba segar demi nak merasai keseraman yang pernah di rasai waktu zaman kanak kanak dulu ketika menonton filem Telaga Angker (Sundel Bolong) ni.

Sumber google

Malangnya... Tiada lagi perasaan seram tu. Nak2 lagi filem yang tayang kat tv harus la banyak babak kena potong.. Bila di zaman ni tengok filem sundel bolong nampak kelakar pulak bila effect2 dia macam tak real sangat kan? Kalau dulu lagi banyak tutup muka dari tengok sekarang tengok sambil gelak2 pulak. Pun aku tetap gigih tengok sampai habis.

Ada jugak yang tak pernah tau kewujudan filem ni. Nak tau senang jer.. kalau hangpa boleh baca blog aku hangpa pun rasanya reti nak google maka silakan la google. Hahahahaha

Sumber google

Mesti ada yang pelik napa tajuk Sungai Seram Pontinak berlubang.. Yelah semalam tengok sambil baca subtitle. Almaklum bahasa indonesia.. Maka aku pun dapat tangkap la kalau Telaga Angker (Sundel Bolong) ni di translate ke bahasa melayu maksudnya lebih Kurang Sungai seram (Pontianak Berlubang). Kesnya.. Pontianak tu mati bila kereta dia pandu terhumban dalam sungai.. Jadi pontianak untuk balas dendam pada orang yang bunuh dia. Masa dia jadi pontianak belakang badan dia berlubang & berulat.

Sapa yang tengok semalam.. Meh komen? seram lagi ke tak??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com