Showing posts with label lesbian. Show all posts

DI TUDUH LESBIAN

Sesi mengimbau kenangan semusim lalu kembali bersiaran di blog melekit. Untuk episod imbauan dalam effect Sephia tone kali ni jom kita tumpang mesin masa doremon untuk balik semula ke zaman sekolah menengah sang lekit. Wah gitu.. macam filem lak kan??

carian google
Kisah ni kadang2 rasa lucu tapi waktu kejadian tu sang lekit tak rasa pun lucu sebab di kuasai perasaan marah, tak puas hati, sakit hati, makan hati.. Ha.. kau! Hati ini telah di lukai la katakan. Kisahnya bermula apabila keakraban sang lekit dengan kawan sang lekit, siti (Kami memang rapat sejak kecik lagi) di salah erti oleh seorang cikgu yang sang lekit dah lupa nama dia.

Ceritanya macam ni.. Siti muda setahun dari sang lekit.. bila dia tingkatan 1, sang lekit dah tingkatan 2. Sesi sekolah tak sama sebab pelajar tingkatan 1 bersekolah pada sesi petang tapi pelajar tingkatan 2,3,4 & 5 semuanya pagi. Kita ni macam kembar siam tak melekat.. kemana, dimana asyik berdua jer. Macam belangkas. Siti akan keluar ke sekolah pagi2 dengan sang lekit & sang lekit akan balik sekolah sampai habis sesi sekolah petang dengan siti. Kiranya 1 hari suntuk la kitorang ada kat sekolah. Tu pun kalau tak buat U turn (ponteng) la.

tak kira siti atau sang lekit sementara salah sorang antara kami dalam kelas, sorang lagi akan tunggu kat pondok rehat atau perpustakaan sekolah. Cukup la takat tu cerita keakraban kami. Korang bayangkanlah sendiri yer macam mana rapatnya sepasang sahabat itu.


PERBEZAAN ANTARA TOMBOY, PENGKID, LESBIAN & GAY PENGKID

Kalau zaman sekarang dah macam satu budaya & bukan sesuatu yang pelik lagi kalau kita dengar, nampak & terbaca kisah golongan ni. Kadang - kadang kita keliru perbezaan antara ketiga - tiga spesis ni yang kita anggap sama. berpewatakkan seperti lelaki & bernafsu pada golongan sejenis. Meh kita kenali dengan lebih dekat perbezaan antara 3 spesis yang semakin membiak di kalangan masyarakat kita ni.




TOMBOY - ialah perempuan berpakaian seperti lelaki, tetapi mereka masih mempunyai naluri seks terhadap lelaki. Ini bermaksud, golongan ini dari segi sifat kewanitaannya masih normal.



PENGKID - diertikan sebagai perempuan yang cuba sedaya upaya berkelakuan, bercakap dan berpakaian seperti lelaki. Dari segi naluri kejantinaan, mereka menyukai kaum sejenis, iaitu perempuan.





LESBIAN -  perempuan yang pada fizikalnya kelihatan jelas normal, tetapi pada naluri kejantinaan, mereka meminati kaum sejenisnya.


 GAY PENGKID -  Dalam komuniti pengkid ini, terdapat satu golongan yang dipanggil gay pengkid. Mereka ini adalah perempuan yang memakai pakaian seperti lelaki dan pasangan mereka juga bergaya seperti lelaki. (Yang ni baru kali pertama Sang Lekit dengar. Serius! Tak sangka ada spesis baru dalam komuniti pengkid iatu Gay pengkid. Aduhai.. macam - macam)



* Semua gambar - gambar contoh tersebut adalah hasil carian google untuk sekadar hiasan.


Dalam Islam pun melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki yang menyerupai wanita. Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita Islam ditegah menampilkan diri bertentangan sifat-sifat semula jadi mereka, atau dalam erti kata lain meniru dan menyerupai (tasyabbuh) jantina berlawanan dengan jantina asal mereka.So, moga kita di jauhi dari melakukan atau termelakukan perkara - perkara yang di tegah.

Rujukan : Sinar harian

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com