Showing posts with label maybank2u. Show all posts

MAE MAYBANK TAK PATUH SYARIAH? MEH BACA DULU YER

MAE MAYBANK TAK PATUH SYARIAH? MEH BACA DULU YER. Sekarang tengah viral Aplikasi MAE dari maybank2u application ni. Alah.. Dia sama je macam E-Wallet juga cuma MAE ni boleh kumpul earning dengan bermain game yang di sediakan. Terjebak juga register MAE ni tapi haram tak ada earning dok tunggu nak loading games tak lepas jer..


Bagi yang nak try MAE ni boleh install Aplikasi Maybank dekat enpon memasing. Tapi kena ada account maybank la. Takde macam mana nak register MAE ni. Lepas tu Follow tutorial kat bawah

1) download MAE kat Maybank2u
2) main game ni, untuk first timer, masukkan referral code "nba08283" untuk berpeluang main game
3) jangan tekan bom. Tekan duit dan diamond sahaja
4) share referral code korang untuk dapat chance main lagi
5) reward korang boleh ditunaikan.

Sumber : Khairul Yoi

Tapi tadi terbaca pulak perkongsian dari Afyan Mat Rawi pasal Aplikasi MAE ni.. Mula mula cuak juga bila baca tajuk kan? Tapi tu la kita ta boleh nak judge sesuatu dari tajuk kena baca sampai ke titik noktah terakhir baru boleh buat kesimpulan & keputusan.

Untuk artikel penuh boleh baca di : MAE: Patuh Syariah atau Tidak?
Kesimpulannya 
Kita tunggu kata putus dari Maybank Islamic terlebih dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Jika ia tidak patuh syariah, wang yang ada itu kita salurkan kepada Baitul Mal dan tutup akaun. Tapi jika ia tidak ada isu syariah, kita main sampai lebam.
Panjangkan perkara ini kepada rakan-rakan lain supaya kita semua berhati-hati.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Semoga dengan penjelasan dari saudara Afyan Mat Rawi ni kita boleh membuat penilaian & keputusan. Tiada paksaan atau halangan. Semua berbalik kepada diri sendiri. Saya sebagai blogger cuma memanjangkan sahaja perkara ni tiada niat menjatuhkan atau merosakkan reputasi mana mana pihak atau organisasi. 

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK. yang belum login maybank2u hari ni kena login cepat. Kalau lambat nanti takut terlepas peluang ni. Sebab peluang ni memang menarik sangat semudah login je. Nak tahu apa yang best? Meh baca entri ni sampai habis..


Sapa perasan contest yang di anjurkan maybank2u? Aku baru je perasan benda ni.. Almaklum la blogger nak check gaji dah masuk ke belum. Gaji blogger ni mana ada tarikh tetap kan.. kalau ada kerja ada gaji katanya. Jadi aku pun login la maybank2u nak check cashout 8share dah masuk ke belum..


secara tak sengaja ternampak maybank2u challenge yang best & menarik kat maybank2u. Dah la hadiah best.. syarat pun tak perlu buat task2 yang rumit cuma login sebanyak 5 kali je untuk menang hadiah2 menarik macam voucher diskaun membeli belah kat lazada, gadget2 elektronik macam smartphone samsung.


Syarat dia mudah.. Login sebanyak 5 kali selama contest masih berlangsung.. 1 login di kira untuk sekali login dalam 1 hari. Kiranya kalau hangpa login 10 kali sehari pun dia kira 1 point je. Bermakna kena login 5 hari la untuk dapat 5 point tu. Lepas tu tunggu je apa seterusnya...


Alah.. login je apa susah kan? Kalau tu pun susah pergi tidur je la layan mimpi indah dapat Huawei P9.. atau duduk atas sofa berangan sambil makan kuaci dah ler. hehehehe

Jadi mana2 yang ada account maybank2u tu jangan lepaskan peluang menarik. Mana tau rezeki korang kan..

TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK

TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK. Semua sedia maklum sebelum 1 Januari 2017 semua pemegang kad atm/debit perlu tukar walaupun kad belum expired. Bukan je maybank malah semua bank pun katanya perlu tukar sebelum 1 Januari 2017. Untuk mengelakkan kesesakkan berlaku di cawangan bank, maybank dah buat sistem yang boleh apply atm/debit card secara online di maybank2u. Tapi sebelum ni ada yang cakap yang apply card secara online katanya perlu ke bank jugak nak aktifkan kad... Aku pun percaya jugak la. Tapi sebab aku rasa nak jimat masa aku apply jugak atm/debit card secara online nanti dah dapat pergi bank aktifkan je la.


Selepas lebih kurang 2 minggu kad di hantar ke peti pos rumah aku. Rupanya tak perlu pun pergi ke bank untuk aktifkan atm/debit card. Boleh buat semuanya secara online. Maybank dah bagi sekali direction macam mana nak aktifkan atm/debit card di maybank2u. Bagi yang tak tahu macam mana nak apply & aktifkan atm/debit card secara online meh la sini nak bagi tutorial sikit..

Untuk nak apply atm/debit card maybank mula log in dulu account maybank2u korang  http://www.maybank2u.com.my/. Lepas dah log in.. ikut step di bawah

Kemudian clik pada replace your maybank debit card via M2U

Kemudian clik je pada replace card tu.

Dah siap apply card baru tunggu je lebih kurang 2 minggu kad akan di hantar kerumah anda. Lepas dah dapat kad kat dalam surat tu ada cara nak aktifkan card di maybank2u. Tapi aku bagi jugak la tutorial yang detail melalu gambar bagi mereka yang blur dengan tutorial bertulis hehehe

Ni tutorial ringkas yang di beri dalam surat dari maybank

Macam biasa mula2 ke log in dulu account maybank2u korang kat http://www.maybank2u.com.my/

Clik pada Card Management
Lepas tu clik kat ATM Debit card & aktifkan jer

Senangkan? tak payah pening kepala nak fikir pergi ke bank.. bertapa sampai setengah hari kalau orang ramai. Sekarang ni cawangan maybank pun banyak tutup semakin kurang semakin sesak la bank. Dengan ada kemudahan macam ni, Semua semudah di hujung jari je. Jimat masa & tenaga jugak kos pergi balik ke bank.

Walaupun ramai dah tahu cara nak mohon & aktifkan atm/debit card maybank ni melalui maybank2u (online) tapi percayalah mesti ada yang masih tak tahu perlukan tutorial. Sebab tu aku buat entri ni bagi membantu orang2 yang memerlukan. Mudah bagi kita tak semestinya mudah bagi semua orang kan? Tapi kalau rasa malas sangat nak tukar kad ATM/Debit card guna je credit card Hong Leong sebab korang akan dapat ni hujung tahun ni >> Berpeluang dapat RM100 setiap hari dengan kredit kad hong leong Bank <<

AMARAN DARI MAYBANK TENTANG TRICK PENIPUAN BARU ONLINE

sekarang ni ramai betul penipu alam maya muncul bagai cendawan tumbuh atas taik lembu katanya.. Spesis Lavender mummy semakin berleluasa. Lavender mummy sampai sekarang sapapun tak mampu heret dia untuk di dakwa.. Takpe Allah lindungi dia kat dunia sebab nak bagi dia masa untuk bertaubat.. Tapi kalau tak ambil kesempatan pada peluang yang ada tak tau la nak cakap apa kan..

Sumber google

Tadi sempat log in Maybank2u.. nak check berapa sen yang masuk. Yelah.. blogger kecil kecilan yang tak payah harap puluh ribu riban sangat la bila masuk tapi sikit2 pun Alhamdulillah mencukupi keperluan diri ni. Sebelum log in tu dah keluar warning besar dari maybank pasal penipuan bayaran bil menggunakan 3rd party ni. Konon bila bayar apa2 bil melalui dia dapat diskaun 30% - 50%.. hati2 yer awak awak semua.. kang nak diskaun sangat.. last2 kena double pay.



Biarlah kita bayar bil sendiri.. tak payah gigih nak guna 3rd party sebab nak untung sikit alih2 rugi berganda. Zaman penjenayah hanya guna jari ni lagi licik dari penyamun. Sebarang transaksi nak buat better siasat dulu dengan orang yang kita nak berurusan. Ambil langkah keselamatan.. biar nampak cerewet agar titik peluh kita takde la penyamun alam maya ni sedap jer nikmati.

Moral of the story.. zaman sekarang kita tak boleh percaya semua orang.. simpan sikit rasa was was pada orang yang kita berurusan di laman sosial untuk protect diri.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com