Showing posts with label kecantikan. Show all posts

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN. Allahu.. Lama rasa tak story mory pasal produk skincare ni kan. Maafkan saya penunggu blog.. Almaklum la macam macam kejadian berlaku so nak update blog pun on off jer. Dan rasa lama juga tak cerita pasal skincare ni kan? Ke memang dah tak pakai skincare apa2.. ambil wudhuk je katanya muka berseri macam ahli sorga? Dak aihh.. still masih guna skincare. Tak mau la membongak sangat.. air wudhuk je.


Sekarang lambakkan produk skincare di pasaran & banyak isu isu produk beracun ramai yang mula memandang serong kepada produk tempatan atau kita biasa sebut local produk. Almaklum la orang melayu ni kan.. kadang2 dia tak paham bahasa melayu. Dia paham istilah english je. Kesian kan local produk yang masih selamat di gunakan pun kena tempias juga sebab terlalu banyak local brand product yang beracun di pasaran. Kita tak boleh nak buat apa dengan sikap pukul rata dari sesetengah orang.. Mungkin trauma pernah menjadi mangsa local produk beracun ke sapa tahu. So dia memang serik untuk guna apa2 local produk.

Masih ada yang selamat di gunakan & kesan kecantikkan tu not bad yang tidak di pasarkan melalui drugstore contoh macam produk Anonna. Saya tak cuba 1 set produk Anonna tapi saya pernah cuba Vitamin C serum Anonna ni. walaupun produk tempatan yang selamat tapi kesan dia tak kurang hebat jugak. Pakai kat muka je la.. takde pakai kat tapak kaki ke kat mana.


Nak nampak kesan tu sekurang kurangnya 1 - 2 minggu tapi bukan la dari muka kau penuh tumbuh tumbuhan J tetiba selepas seminggu licin gebu macam lantai mar mar. Mustahil la.. Kalau muka korang breakouts teruk memang makan masa untuk pulih tapi kalau masalah jerawat sikit2.. kusam.. tona kulit tak sekata tu memang boleh nampak kesan 1 - 2 minggu.

Macam saya guna Vitamin C serum ni Selepas seminggu tu.. nampak sedikit cerah & muka nampak bersih & segar. Tapi kau jangan expect lepas seminggu tetiba kau bertukar jadi snow white putih berseri pulak. Cuma dia sekatakan tona kulit & membantu masalah kulit kusam tu sebab kulit kita nampak macam sedikit cerah. Kulit kusam tu sebenarnya buat nampak kulit kita kotor & gelap. Tapi memang serum ni dia tak mengubah warna kulit asal korang macam hangpa ambil produk beracun bermekuri tu. Dari arang terus jadi jadi salji. Mustahil sangat ok!

Kalau ada masalah macam jerawat pasir yang halus macam ruam tu.. bila kita pegang kulit rasa kasar.. Vitamin C serum ni pun membantu juga masalah tu. Cuma kena guna secara consistent la. Kalau pengalaman saya sendiri guna memang sesuai dengan saya & memberi kesan positif pada kulit saya. Sebab tu saya review. Saya dah try sendiri tenyeh kat muka saya so senang sikit nak cerita katanya. Sebab sebelum ni saya ada masalah kulit naik jerawat pasir macam ruam, kulit jadi kusam & pori terbuka. Memang Vitamin C serum ni membantu mengatasi masalah tu.

Testur serum ni jangan risau.. Tidak melekit. Cepat meresap bila di sapu pada kulit. So kita takde la rasa kulit berminyak atau berlengas. Memang rasa ringan sangat serum ni bila apply. Lagi satu tak ada sebarang bau.. Saya memang tak suka suka sangat pakai skincare yang ada bau bau perfume sebab saya tak suka bau wangi & kulit saya agak sensitif pada skincare yang ada perfume ni.

Vitamin C Serum dia memang pekat.. Tapi masih senang nak blend pada kulit la. Cuma ada la cara dia. Takde la sampai nak kena baca mentera semerah pada nak pakai.. Alah baca bismillah.. selawat macam biasa kita nak mulakan apa2 perkara pun dah ok! Tak payah la kau gigih nak asapkan atas kemenyan bagai jemah Ooi.. Apa kau fikir nak pasang susuk ke? Nak pakai serum je kot.

Vitamin C Serum ni diformulasikan daripada beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam dunia kecantikan seperti daun saxifrage, akar pokok peony,akar pokok skullcap dan buah delima

Selain tu untuk penggunaan yang consistent & berterusan dapat membantu untuk masalah

➠Parut
➠Pori Terbuka
➠Mengatasi masalah Jeragat


P/S : Jika anda mempunyai jerawat yang serius seperti jerawat bernanah & besar besar di nasihatkan rawat dulu jerawat sebelum menggunakan Vitamin C serum ni. Tidak di galakkan sangat menggunakan serum semasa jerawat masih aktif takut membiakkan lagi jerawat.

Cara penggunaan dia kalau nak jimat sebab serum ni pekat.. Seperti di bawah yer

⧭ Apply masa kulit lembab. Maknanya lepas cuci muka tu jangan lap kering biar lembab2 sikit kemudian sapu serum tu. So kita tak perlu guna banyak sangat & senang nak blend pada kulit. Alah kita nak apply apa2 skincare memang akan cuci muka dulu kan. So benda tu rutin biasa je tak ada la rumit sangat. Guna 2 kali sehari pagi & malam. Boleh apply sebelum makeup juga.

Bagi yang ada masalah seperti saya sangat rekemen untuk try Vitamin C serum ni. Tapi Please la kalau baru guna seminggu dua.. sebulan dua dah harap result kebabom.. Kulit licin macam telur di kupas selepas muka kau breakouts tahap nirrojim. Memang makan masa beb! Sebab tu apapun produk skincare kena di gunakan secara berterusan untuk mendapat hasil kulit yang sihat & cantik. kalau baca dari pengalaman mangsa produk beracun kebanyakkan mereka ambil masa bertahun untuk pulihkan balik muka yang rosak selepas bertukar kepada produk yang selamat. Sebab kesan racun yang dah meresap dalam kulit kita tu bukan mudah nak hilang ok! Sebab tu.. ada orang mengalami masalah jerawat sampai bertahun. Selagi ada racun tu dalam kulit selagi tu kulit kita akan terus bermasalah. Memang tak ada jalan singkat untuk memperbaiki kulit yang rosak. Itu hakikat. Kenyataan memang pahit!

Jadi elakkan la dari menggunakan produk produk yang berisiko & tidak selamat. Tip dia mudah.. produk yang memang dah ada reputasi buruk.. pernah kena banned dengan KKM.. atau mempunyai ciri2 produk beracun seperti warna warni.. warna yang terang.. berkilat.. testur krim yang berlengas bila pakai.. Tu semua ciri2 produk beracun yang banyak di jual di pasaran & banyak juga berdaftar dengan KKM. Sebab tu penting untuk kita tahu.. sebelum beli produk pastikan produk tu samada dah di R&D atau dah ada buat labtest untuk memastikan produk tersebut selamat & bebas bahan terlarang.

Produk Annona sememangnya tiada masalah dengan isu produk beracun ke apa.. Dah melalui ujian makmal & terbukti bebas dari mengandungi bahan terlarang yang merbahayakan kesihatan & keselamatan pengguna. Di proses di kilang yang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice).


Produk Annona juga berdaftar secara sah dengan KKM & bernotifikasi. Boleh semak di website NPRA yer kalau was was.


Sebagai info tentang produk ni Vitamin C Serum diformulasikan oleh Pn. Ony Nurhusni, seorang ahli farmasi bertauliah yang sering di jemput memberikan 'talk' berkaitan bidang Cosmeceutical &  Nutraceutical Industries di pelbagai institusi dan universiti awam dan swasta.

Jangan lupa Produk Anonna juga ada membuat sale sempena tarikh 12.12 ni. Sapa nak dapatkan sedang elok beli sekarang. Harga promosi memang terbaik punya.


Nak dapatkan Vitamin C serum ni.. Boleh dapatkan dari pengedar sah Anonna..

☏Tel/Whatsapp ☛ 6019-4095526 
( www.wasap.my/60194095526 )
☻Instagram ☛ @lovely.skinz
✎FB Page ☛ The LovelyMe
✍Personal FB ☛ Nana Liyana

ISU HANGAT TERKINI! BEKAS MAKNYAH TERKENAL KEMBALI JADI PONDAN

ISU HANGAT TERKINI! BEKAS MAKNYAH TERKENAL KEMBALI  JADI PONDAN. Untuk minggu ni isu hangat mula2 pasal kontroversi Si Uqasha Senrose yang keluarkan statement tak mahu bertudung lagi setelah 3 tahun tampil dengan imej bertudung. Nak tau sebab apa dia tak mau bertudung nanti korang boleh baca la kat entri ni (UQASHA SENROSE RASA MUNAFIK & MEMPERMAINKAN AGAMA BILA BERTUDUNG PUNCA DIA KEMBALI FREE HAIR). Tak mau komen apa2 pasal keputusan yang dia buat.. Kot2 tetiba tahun depan dia dapat hidayah bukan takat bertudung malah memilih untuk menutup aurat lebih sempurna dari kita2 yang dok mengumpat ni ni.. Kang malu sendiri je. Sebab orang kata hidayah milik Allah.. kalau dia nak bagi kat manusia jahil sejahil jahilnya pun tak mustahil..


Tup tup timbul pulak isu seorang bekas maknyah yang pernah mendapat perhatian ramai bila dia memilih untuk berubah menjadi seorang lelaki setelah bertahun tahun menjadi seorang lelaki berpewatakkan perempuan. Beliau katanya seorang jutawan pengasas produk kecantikkan jugak. Masa konon dia dah insaf & berubah menjadi lelaki banyak la stesen2 TV untuk rancangan bual bicara jemput dia untuk minta dia berkongsi cerita & pengajaran di sebalik penghijrahan dia tu.

Tapi Malangnya mungkin ujian terlalu berat & gagal melawan nafsu keperempuanan yang ada dalam diri dia.. dia kembali menjadi seorang maknyah & kembali berpakaian wanita. Katanya dugaan dari mulut2 orang pun salah satu punca dia kembali ke alam maknyah ni. Katanya dah penat.. dia jadi pondan pun orang hina, dia kembali jadi lelaki pun orang kata dia 'tunggang agama' untuk raih populariti. Sampai orang tanya pasal misai dengan janggut dia tak tumbuh2 pun dia jadi stress katanya. Tu yang 7 Abang yang menjadi Idola kepada Lelaki yang nak bermisai ni kekalkan Imej bermisai depa kot agar sentiasa nampak seperti lelaki sejati >> 7 Abang Ini Adalah Idola Lelaki Yang Nak Bermisai << Rupanya Misai pun boleh jadi satu masalah untuk kehidupan seorang lelaki yer. hikhikhik. Biasa la manusia. Macam2 perangai.. ada yang menyokong & ada yang mengherdik. Kita tak boleh nak bentuk perangai manusia menerima kita seperti yang kita nak.. Itu sangat mustahil dalam kelompak manusia yang besar. Jadi blogger pun kena kutuk inikan public figure macam tu. Normal la dalam kehidupan kita. Tak ada dunia yang semua orang sependapat dengan kita kot. Cari la celah mana pun tak jumpa manusia macam tu.

Hurmm.. Nak komen2 lebih2 pun tak berani macam aku cakap tadi. Mana tau lepas ni tetiba dia kembali kepangkal jalan & menjadi seorang lelaki seperti yang Allah jadikan dia.. Siapa tahu. Cuma sayang.. dah elok2 berubah kembali ke kehidupan songsang macam tu. Moga Allah membuka kembali pintu hidayah buat dia.

Teringat pulak bekas seorang maknyah ni.. Setakat ni selepas dia memilih menjadi lelaki sejati tak nampak la apa2 menggugat dia kembali ke alam maknyah. Beliau seorang guru yang nampak sangat berdedikasi dalam kerjaya yang dia pilih. Dok tengok jugak dulu dia selalu update aktiviti dia dengan anak murid. Dia bagi kelas tuisyen percuma.. handle untuk apa2 pertandingan atau persembahan.. Dengan menyibukkan diri dengan benda2 bermanafaat macam tu maybe buat dia tak ada masa nak fikir pasal dunia maknyah yang penuh seribu satu noda. Rasanya di bekas maknyah yang kembali jadi pondan tu pun sepatutnya penuhi aktiviti harian dia dengan kerja2 ibadah atau kebajikan.. Baru la dia tak rindu dunia maknyah. Sebab meninggalkan sesuatu yang dah sebati dalam diri ni bukan mudah.. perlu kekuatan mental & fizikal. Perlu istiqomah melakukannya.

Cikgu Erin Salah Seorang Bekas Maknyah yang dah kembali ke pangkal jalan & setakat ni nampaknya dia bahagian dengan kehidupan seorang lelaki. Rupanya dia pernah menawarkan bantuan pada sipolan yang kembali pondan tu tapi biasa la.. Manusia kadang2 rasa diri semua ada & mampu handle sendiri semua perkara alih2 sebab iman serapuh ranting kayu mati akhirnya patah berderai menyembah bumi

Moral of the story.. Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada beliau. Kesian pulak bila teringat si Ayah dia yang tak pernah berhenti membantu & berharap anak dia kembali ke pangkal jalan. Bila dia kembali ke jalan hitam pasti remuk hancur hati si Ayah.

SENTAL KULIT BERMASALAH DENGAN SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB

SENTAL KULIT BERMASALAH DENGAN SEGOBUGO VANILLA COFFEE SCRUB. Sapa kat sini ada 1001 masalah kulit. Contoh jerawat,parut jerawat,selulit,strechmark, berdaki bagai? Kalau korang antara pengidap masalah kulit macam tu sila baca entri ni dengan penuh minat. Sebab kalau baca sambil lewa korang takkan tahu apa benda yang mampu menyelesaikan masalah kulit korang.

Strechmark & selulit ni selalu terjadi kat tempat tempat yang tertutup di bahagian tubuh kita tapi permandangan dia memang cukup menyakitkan mata kasar & mata hati jugak. Mana tidaknya bila terpandang je terus jadi stress. Nak2 lagi kaum ibu yang dah beranak pinak ni. Takkan la nak jaga kulit sampai nak mandulkan diri pulak kan? Yelah takut jadi strechmark. Takut gemuk nanti lemak2 pecah kat kulit jadi selulit. Rasanya melampau sangat tu.


Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tak perlu nak mandulkan diri bagai. Aku pun ada sikit selulit bahagian peha. Mungkin terjadi masa badan aku mengembang dengan jayanya sehingga berat badan cecah 45kg dulu. Terlampau lemak berkrim maka terhasilah selulit yang menyakitkan hati.

Maka di sebabkan selulit nak secoet tu aku try satu produk penjagaan kulit berasaskan coffee @ kopi. Pelik jugak la mula2 tu. Kopi pun boleh jadi skincare je. Ni kalau tenyeh tetiba rentung.. baru dayang senandung betul ni. Tapi aku yakin.. Sehitam hitam coffee @ kopi ni banyak khasiatnya. Tak pernah lagi aku dengar orang jadi hitam sebab minum kopi jadi mustahil la pakai produk berasaskan kopi menyebabkan orang melayu jadi kulit negro pulak kan.

Setelah di perkenalkan dengan produk Segobugo Vanilla coffee Scrub ni tanpa was was aku terus la cuba. Memula aku tenyeh kat muka dulu. Allah.. Bau dia rasa macam nak jilat muka sendiri. Sedap & wangi sangat bau gabungan coffee & Vanilla ni.. Aku tabah scrub muka aku dengan penuh sabar menelan air liur. Lepas scrub tunggu sekejab baru cuci. Kali pertama pakai.. rasa licin & bersih sangat muka. Lepas dua tiga kali pakai parut2 jerawat yang ada sikit2 lagi ni pun semakin pudar jugak.

kejadian ketika scrub muka dengan Segobugo Vanilla coffee scrub. Memang dayang senandung la sekejab tapi jangan terkejut lepas cuci muka dayang senandung jadi secantik dayang2 istana katanya. hahaha

Selain tu aku gunakan untuk hilang selulit di bahagian peha. Selepas tiga empat kali aku scrub pada selulit dah semakin kurang kesan selulit tu. Boleh nampak perbezaan walau tak ketara sangat sebab baru tiga empat kali scrub. Kalau consistent, Insya Allah dapat menghilangkan selulit. Nak tunjuk gambar testimoni selulit tu rasa tak sopan pulak kan nak tayang peha kat orang. Jadi cukup sekadar aku bagitau testimoni secara lisan macam ni


Satu lagi masalah elergik ke ezema aku dah tak sure sebab gatal gatal kat tangan aku ni memang setakat ni belum ada akhirnya. Aku syak elergik la sebab kalau salah makan jenuh jadi kera luku jugak la bergaru bagai nak rak. Try jugak la scrub dengan vanilla coffee scrub ni, Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa gatal. Yang best parut lepas garu kat tangan aku pun makin hilang. Dua dalam satu jugak la kebaikkan yang aku dapat masalah gatal pada tangan ni bila scrub guna vanillla coffee ni.


Selain parut jerawat & selulit.. fungsi Segobugo Vanilla Coffee Scrub ni jugak untuk mengatasi masalah seperti..

  • mencegah strechmark/selulit
  • kecutkan Jerawat
  • membuang sel kulit mati
  • membuang blackhead
  • gebu & licinkan kulit
  • menyental daki pada badan
  • melegakan gatal gatal pada badan
  • lembabkan badan.

Apapun aku masih guna Segobugo Vanilla Coffee scrub ni sebab best. Kesan dia setiap kali lepas scrub memang segar & wangi sangat badan dengan bau coffee tu.. Tak dapat nak gambarkan dengan kata kata macam mana feel lepas scrub dengan Vanilla coffee scrub ni. Setakat ni tak menyebabkan apa2 kesan buruk & memberi hasil yang memuaskan.

Jangan risau produk homemade ni selamat di gunakan kerana menggunakan bahan bahan semulajadi.


Sekiranya korang berminat selepas membaca kisah duka nestapa yang  berakhirnya dengan happy ending lepas guna Segobugo Vanilla Coffee Scrub ni, nak order boleh contact...

Facebook : Segobugo
Personal FB Seller : aime mokthars
Instagram : segobugo
Personal Ig Seller : aimie mokhtars
Blog : segobugo.blogspot.com
No tel : 014 5391470

Harga Rm30 untuk 150gram (free postage). Yang berminat nak jadi Agen/dropship Boleh contact number di atas yer. Keuntungan sebanyak 20% - 40%.

Kesimpulan yang aku boleh buat tentang produk ni adalah ia mampu menjadi penyelesaian masalah kulit dari hujung muka sampai hujung kaki. So, tak payah susun banyak produk sangat untuk kecantikkan kulit dari hujung muka sampai hujung kaki.

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA. Sambil santai tengahari aku memang suka jugak tengok rancangan talk show macam Wanita hari ni. Sebab banyak jugak topik2 yang best di bincangkan dalam rancangan tu. Topik hari ni 'Apa Saja Demi Anak'. Best dengar Dato Terlajak Laris ni berkongsi cara & pengalaman dia membesarkan anak. Walaupun dia jutawan kosmetik tetap dia membesarkan anak secara sederhana. Dia lebih menekankan pendidikkan agama & akademi. Yang best tu katanya mainan anak anak dia pun dia beli kat kedai2 2 ringgit atau kedai2 borong biasa yang murah2 je. Paling mahal pun dia kata RM10 je mainan anak anak dia. Sangat2 low profile. yelah.. dia pun membesar sebagai orang susah kan.


Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.

Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..

Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana.

Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..

RAHSIA DISEBALIK BIO ESSENCE 24K BIO GOLD WATER

RAHSIA DISEBALIK BIO ESSENCE 24K BIO GOLD WATER. Lama rasanya tak pot pet pot pet pasal produk bio essence. Bukan semua siri produk bio essence ni sesuai dengan kulit aku. Ada jugak yang tak berapa sesuai macam Tanaka White Cleanser walau tanaka white double whitening cream tu sesuai dengan kulit muka aku. Cuma cleanser dia tak match. Sebab tu aku jarang beli produk bio essence dalam bentuk set. Sebab kalau set ni.. Ada yang tak sesuai. Tu yang kadang2 datang komen kat blog aku katanya kulit dia effected lepas pakai set tu set ni. Sebenarnya dalam satu set kadang2 cleanser tak matching dengan kulit atau cream atau toner.. kita tak tahu yang mana tak ngam dengan kulit kita kalau kita pakai set. So, aku lebih selesa beli single.. apa yang aku rasa nak cuba aku beli. Kalau tak sesuai aku tahu yang mana aku tak boleh pakai. Tapi kebanyakkan produk bio essence memang tak bagi masalah pada kulit wajah aku.

Dah nak masuk botol ke dua aku beli bio essence 24 bio gold water ni. Yang botol pertama 150ml.. dah hujung2 nyawa. Ada la sikit boleh tahan maybe dalam seminggu lagi kot. Yang botol pertama aku beli dalam bulan 4 lepas.. sekarang dah masuk november.. So, secara kasar dia tahan lebih kurang 6 bulan untuk 1 botol Bio essence 24k bio gold water yang harga RM77++. Bagi aku tak mahal la sebab setengah tahun jugak tahan. Yang botol kedua aku beli kecik sikit sebab terpedaya dengan value pack yang dapat percuma Bio essence 24k bio gold skin radiance cleanser. Boleh la try ok ke tidak cleaser dia kan. Harga Value pack tu cuma rm 52++.

Hasil membeli sendiri bukan di sponsor bio essence hokay

Kenapa aku suka pakai bio essence 24k bio gold water ni? Inilah rahsianya aku jatuh cinta dengan Bio essence 24k bio gold water. Pertama senang nak apply. Cuci muka.. keringkan. Tuang bio gold water ni atas tapak tangan.. kemudian tempek2 je kat muka macam tempek bedak sejuk. tak payah pakai banyak2. Dua tiga titik dah cukup. Cara pemakaian dia bukan macam sapu cream tau.. dia kena tepuk2 ke seluruh muka. Boleh pakai pagi & malam. Kesan dia bukan drastik. Seminggu pakai terus muka jadi baby face. Mustahil sangat. Dengan pemakaian yang consistent & berterusan mampu menegangkan kulit,mengurangkan garis2 halus, kesan2 penuaan, muka jadi glowing, mengecilkan pori. Setakat 6 bulan aku consistent dengan bio gold water ni Insya Allah tak menyebabkan apa2 kesan buruk pada muka aku yang sedia buruk ni. Hahaha.. pada pandangan mata aku yang silau ni.. glow tu ada la jugak. Kulit muka pun rasa tegang. Elok la kita2 yang dah masuk zon makcik2 ni guna bio gold water. Nak feelling adik adik katanya. hahaha. Boleh la selfie tanpa was was. Almaklum la blogger & gambar tak dapat di pisahkan tapi muka cantik pun kalau tak reti ambil gambar pun nampak buruk. kena jugak pandai ambil gambar dengan teknik yang betul macam ni >> 11 Tips Mengambil Gambar Yang Perlu Beauty Blogger Tahu <<

Sesuai sangat untuk ibu2 yang terlalu sibuk tak kisah la sebab sibuk dengan anak2 atau urusan kerja guna produk ni. Macam aku cakap senang nak pakai. tempek2 je kat muka lepas tu dia akan kering & meresap dalam kulit dengan sendirinya. Takde kesan melekit atau berminyak. Rasa natural jer kulit kita lepas pakai. Pakai sebelum makeup pun boleh.. tak tau la orang kata nak bagi nampak effect glowing tu. Aku jarang pakai sebelum makeup bio gold water ni. Aku selalu sebelum makeup tenyeh Bio essence  hydra tri-action aqua moisturizing gel & Bio essence sunscreen moisturizing cream SPF 56.

Ni la dua produk bio essence yang aku jadikan selalu aku pakai sebelum makeup. Insya Allah tak pernah lagi menyebabkan kulit aku pecah minyak walau di tengah panas terik. Pelembab dia pun jenis meresap dalam kulit & tidak meninggalkan kesan basah atau melekit.

Setakat ni memang membantu la kulit aku nampak segar & tak kusam walau tak gebu gebas macam emma maembong. Almaklum la kulit melayu kan.. Emma maembong lain la pan asia. Mak dia minah saleh. Aku mak bapak pure melayu tetiba muka pan asian kang orang cakap albino pulak. Ye dak?? At least.. tak sia2 la aku consistent dengan bio essence 24k bio gold water ni. Nak pakai barang kemas berkepok2 tak mampu pakai air emas bio essence ni je la.

Moral of the story.. Semoga entri menghasut ni membantu korang yang teringin nak guna produk bio essence tapi tak berapa terdedah dengan kelebihan produk ni. Selamat mencuba.. moga muka kita semua bersinar bak emas 24k katanya. hehehe

BIO ESSENCE KEMBALI MENGHANTUI BLOG

BIO ESSENCE KEMBALI MENGHANTUI BLOG. Dah lama rasanya tak cerita pasal produk bio essence kat blog puaka melekat lekit ni kan.. Ada yang ingat aku dah tak guna produk bio essence lagi sekarang.. Iskkk... Tak baik tuduh2. Ada lagi dok guna. Cuma tak semua la aku guna.. cleanser sekarang aku guna ephyra. dah masuk sabun kedua ephyra skin bar, toner aku guna nour ain selebihnya baru aku guna produk2 bio essence macam 24k bio gold bio water, bio essence sunscreen moisturizing cream spf 56, bio essence birnest nutri-collagen & whitening cream & bio essence miracle bio water. Kan?? banyak lagi produk bio essence still aku guna..

Inilah reta karun aku berjenama Bio Essence

Yang tu dah pernah menyinggah kat entri blog lekat lekit.. Ni yang edisi terbaru rembat lepas bayar di guardian.. even aku survey jer produk lain tapi masuk guardian tetap kat bio essence jugak aku cari.  Sebab memang aku tengah cari pelembab muka.. Maka semalam dapat la semangkuk Bio essence hydra tri-action aqua moisturizing gel. Apa yang aku tahu produk ni sesuai untuk yang kulit kering @ berminyak. Biasa la produk bio essence ni jenis tak berminyak & tak jugak mengeringkan kulit. Bila sapu terus meresap dalam kulit & tak meninggalkan kesan melekat lekit atau belengas. Belengas ni orang utara suka guna maksudnya melekit la jugak. Aku paham jenis kulit berminyak kadang2 takut nak apply pelembab sebab takut bertambah berminyak sebab aku kulit tak consistent kadang kering kadang minyak jadi aku rasa nak try la pelembab dua alam ni hahaha. Macam biasa la aku jenis cempeqa sikit.. lepas beli balik tu cuci muka terus guna. Pelembab ni boleh pakai siang atau malam. Lepas sapu kita akan rasa lembut je kulit muka. Kesan penggunaan tak boleh nampak lagi la kalau baru sekali tenyeh kat kat muka.. Tunggu la seminggu dua yer...

Bio Essence hydra Tri-Action Aqua Moisturizing Gel RM RM40.51

Tengah dok cari pelembab promoter guardian dok mai beramah mesra ala2 ahli mensyuarat tingkap. Secara tak sengaja terembat lagi satu produk bio essence deep exfoliating gel (Royal Jelly +ATP).. alah macam scrub muka untuk buang sel sel kulit mati tu. Kata si promoter tu boleh hilangkan bintik2 hitam & parut jerawat. Tak payah pakai hari2 seminggu dua kali jer. Kang pakai hari2 jangankan sel2 kulit mati, abis sel kulit mati pulak hahahaha. Jangan risau dah try pagi tadi.. Alhamdulillah untuk kali pertama pakai memang rasa muka licin & bersih. Rasa nak cubit2 pipi sendiri. geram sangat katanya. hahahaha

Bio Essence Deep Exfoliating Gel RM19.88

harga kedua dua produk ni tidak mahal seperti siri2 produk bio essence yang lain.. untuk Bio Essence hydra tri-action aqua moisturizing ni cuma RM40.51 & Bio Essence Deep Exfiliating Gel (Royal Jelly _ ATP) hanya RM19.88. Harga termasuk GST.

Biasa la pompuan katanya... Terembat jugak la eyeshadow & eyeliner pearl IN2IT ni. harga Eye color Palate ni murah jer RM 22.77. alah mini jer ada 5 color. Yang Pearl Highlight Eyeliner ni RM18.81. Semua murah2 je aku beli

Sebab pembelian RM50 keatas dapat la free gift dari guardian.. Produk baru guardian katanya. Mana aci scrub muka je kan... Meh la kita scrub & polish badan pulak dengan free gift dari guardian ni.


Nanti kita tengok hasilnya yer.. Berkilat macam bontot kuali baru kena sental ke tidak dari hujung rambut sampai hujung kaki... hahahaha.


BAZAR YANG MASIH BEROPERASI SEHINGGA SEKARANG

Dah masuk minggu kedua syawal pun masih ada bazar yang di buka ke? Wah.. ni sambung untuk raya haji ke hapa. Tapi elok jugak la kan.. yang mana tak sempat membeli belah raya untuk aidilfitri haritu boleh la membeli belah kat bazar ni.


Bukan apa bulan puasa ada orang macam aku yang tak kuasa la nak menjelajah ke bazar2 yang ada. Dah la letih puasa.. nak berletihan kat bazar pulak.. saiya ta kuwat katanya... Nak2  ada anak yang macam lipas kudung lagi hilang terus nafsu serakah nak shopping kat bazar.

Tapi yang best bazar ni promosi raya masih berlangsung. Selain tu banyak informasi jugak. Tips untuk cantik di hari raya, tips2 untuk juadah raya... semua ada. Amboi kemain bazar ni.. Bukan setakat jual barang.. dia bagi lagi tips bagai. Korang tak reti nak berfesyen pun boleh refer tips yang di beri.

Bagi yang tak sempat ke bazar puasa lepas ni la masa balas dendam. Ke bazar ni tak payah bersesak sampai bercium bontot. Anda boleh rilex je layari bazar ni. Nak tau meh tengok kat sini >> Jom Bazaar!: Khas Untuk Mereka Yang Suka Dapat Promo Eksklusif & Excited Nak Raya! <<

So, apa lagi serbu la bazar ni cepat sebelum bazar ni pun tutup. Nak tunggu tahun depan lambat lagi.


SEMUANYA SEBAB PAKAI EPYHRA SKIN BAR

Ephyra bersedia ke nak bayar blogger lekat lekit?? Kalau dah masuk blog puaka lekat lekit ni bersedialah untuk pendedahan berani bongkar. Takde sapa terkecuali kalau dah masuk perangkap lekat lekit. Seram tak dengan statement tu?? Mesti semua pengguna ephyra skin bar cuak & cepat2 clik entri kan? Nak tau apa yang berlaku kat bawah mata aku... Ni aku nak story kat hangpa semua agar hangpa semua tahu 'Apa tu ephyra skin bar'


Alkisahnya masuk bulan puasa.. Cuaca jadi panas lain macam sikit. Tetiba kulit aku jadi berminyak sangat. Rasanya kalau berjemur tengah panas.. pecah telur atas muka pun boleh masak tanpa melekat kat pipi sebab cukup dah minyak pelincir katanya. Mengelabah jugak aku sebab tetiba jadi ruam sampai aku stop semua skincare aku pakai cuma guna cleanser bio essence & pakai bedak agnesia je dulu. Dalam gelabah tu ter order epyhra skin bar...

Sesampainya epyhra skin bar kat tangan aku macam biasa la.. Aku memang takde nak belek2 sangat dah. Terus je guna. Penggunaan pertama kali memang menyebabkan kulit jadi kering sikit tapi selepas 2 3 kali penggunaan dah jadi ok. Maybe sokongan skincare lain yang aku pakai macam produk bio essence & nour ain. Ok jer.. bila blend dengan ephyra skin bar semua skincare aku pakai.

Masalahnya sekarang... Masalahnya masalah ke? hahahaha... Sebelum bawah mata aku ada tumbuh satu bintik yang macam kutil aku tak tau la apa benda. Nak kata bintik kolestrol pun tak sangat sebab sebijik je tak hilang. Lepas seminggu guna ephyra skin bar.. Sumpah aku tak tipu benda tu mengecut .. Tak tau la tanda2 penuaan ke, pigmentasi ke hapa.. tapi yang penting ia berjaya di lenyapkan di muka kawah bulan aku ni.

Sekarang ni masalah kulit berminyak takde lagi, jerawat pun takde baja dah nak membiak, kawah bulan pun makin tak berapa kawah, parut jerawat pun semakin pudar, masalah pori pun dah ok. Semakin mengecil & semestinya kulit pun makin cerah even tak mampu setanding snow white lagi katanya...

Sebelum ni aku memang malas nak pakai cleanser jenis sabun.. sebab leceh. Nak kena potong. Nak kena simpan dalam bekas yang tak masuk air tapi tu la keistimewaan cleanser jenis sabun ni.. kesan dia lebih baik sebab kebanyakkan cleanser jenis sabun yang pernah aku pakai semua Alhamdulillah merawat kulit aku dengan jayanya tapi sebab aku  siperasan cantik yang pemalas so aku suka guna cleanser jenis tube tu. Senang picit & guna. Tutup & simpan je dalam bilik air.

Tapi kalau yang ada masalah kulit boleh try ephyra skin bar.. Sebab seketul tu boleh potong 4. Sepotong tu aku pakai tahan lebih 7 hari jugak even satu hari 3 kali aku cuci muka. Jimat la jugak. Aku beli dengan dkna Abza. Seketoi RM36 free postage.

Moral of the story.. Nak cantik memang kena keluar budget.. So, budget kita boleh tentukan produk yang macam mana dalam kemampuan kita.


QU PUTEH DAH MELAMPAU PROMOSI

Fans2 dato seri vida @ peminat Qu Puteh bertabah yer. entri ni maybe buat korang nangis bawah bantal katanya tapi hakikatnya memang harus la bagi ucapan sepatah dua kata jugak bil tengok promosi Qu Puteh ni makin hari makin melampau over nya.

Sebelum ni dia taja juta2 kat Anugerah Juara Lagu.pakat habis orang kena morning sickness katanya dok dengar promosi Qu Puteh. Ni dia taja pulak rancangan bintang bersama bintang yang semalam rasanya baru 1st episod.Dah dengar rungutan yang naik pening dengan iklan QU puteh sepanjang rancangan tu.over sangat kot. Ikut dia nak sepanjang rancangan tu pada setiap persembahan 5 minit sekali kena sebut Qu puteh. semak tau tak? Kalau nak iklan Qu Puteh kau beli je la semua slot iklan kt tv3 tu kan senang. Bila kau taja rancangan hiburan macam tu kau nak juta ratus kali orang sebut Qu Puteh dah tak nampak macam pertandingan lawak tapi macam rancangan iklan produk kau.

Benda macam ni merosakkan kualiti rancangan hiburan. tau la kau taja,kau keluar duit tapi jangan sampai orang dah tak terhibur dengan lawak pelawak sebab rasa annoying dengan iklan produk ko yang melampau sangat menonjol dalam rancangan tu. tv3 pun jangan asal orang tu keluar budget juta juta sampai dah tak fikir keselesaan penonton. Aku tau dato vida ni suka orang kutuk dia sebab boleh jadi viral tapi kalau viral benda yang negatif tu tak berapa elok sangat kot.

hope dato vida tak beli lagi rancangan hiburan atau majlis anugerah untuk jadikan slot iklan produk dia.meluat pulak rasanya kalau over sangat.jadi semak nak tengok rancangan yang ada tajaan dari dia.confirm rasa nak mencerca.

Moral of the story, sebab pentingnya beserderhana & berpada pada. Kalau over sangat pun jadi bahan keji orang je.

kang ada la komen yang kata aku dengki la,rezeki dia la,kesian dengan kisah hidup dia la.hope paham entri ni takde kena mengena dengan dengki atau kisah sedih hidup dia.sila bagi komen ikut topik perbincangan.

p/s : hari ni update live dari tab guna pakej internet 150mb untuk 1 hari. sebab streamyx tetiba je down.nak kata kena bar dah bayar.tu pun minta kena cerca 500 patah perkataan jugak tu.hahahaha


NAK MILIKI MUKA BOLEH GADAI KAT KEDAI PAJAK BACA NI

Muka boleh gadai kat kedai pajak katanya... Amboi laku sangat ke muka kau tu sampai boleh gadai kat kedai pajak? Manalah tau laku kan kalau dah muka bersinar bak emas katanya. Gamaknya macam mana muka bersinar bagai emas tu? Nak sadur emas kat muka ke? Tu emas sadur tak laku kalau gadai hahahahaha

Sumber google. Sekadar hiasan. Takde kena mengena dalam cerita ni

Tajuk tak hengat kan? Padahal nak cerita pasal hasil rembatan terbaru aku kat guardian jer. seperti yang aku pernah canang canangkan aku nak rembat lepas bayar benda alah ni tapi hari minggu 2 minggu lepas tak singgah ke guardian. So last weekend singgah maka tanpa bertapi tapi lagi.. Tapi berkira kira jugak dua tiga kali nak beli ke tidak.. Almaklum rega dia kan kategori kena korek tabung jugak. Almaklum la surirumah.. tapi selepas buat calculation macam entri ni>>TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE<< maka tanpa was was aku terus ragut bawak gi cashier katanya.

Bukti aku memang beli. hahahaha

 Maka dapat la aku sebotol Bio essence 24k bio-gold bio water katanya. Boleh tahan besar botol dia. Kandungan 150ml.. tapi tak perlu banyak sangat bila nak pakai so aku rasa boleh tahan 4 - 5 bulan jugak la kalau pakai 2 kali sehari pagi & malam. Dengan harga selepas gst RM77++ ok la berbaloi la jugak.

Siap resit pembelian. Sebenarnya aku nak tunjuk tang GST tu hahahaha

5 hari meneyeh bio-gold water ni.. Ok aku puas hati. Even takde la se glowing muka testimoni2 produk kecantikkan yang jual kat online sampai berkilat2 basah. Kalau tengah panas pecah telur sebiji rasanya masak. Takde la sampai macam tu hasilnya selepas 5 hari pakai tapi tetap nampak best jugak. Nampak la jugak sinar kebahagian di wajah lopak bulan aku ni. Kulit rasa semakin halus, muda tu aku tak sure la sebab aku kadang2 kalau tengok dari belakang orang ingat budak sebab aku awet muda tang ketinggian. Tapi aku puas hati la pakai.. takde effect buruk & dia membantu memperbaiki masalah kulit aku ni. Ada la nampak seri2 pengantin basi tu katanya hahahahaha.  Fungsi dia untuk hilangkan kedutan, menghaluskan pori2, memberi glowing pada kulit & ada yang pakai katanya boleh memudarkan parut jerawat kat muka. Tapi bukan kau pakai seminggu kau budget muka kau terus segebu neelofa.

Yang best produk ni senang pakai... kau tuang kat tapak tangan lepas tu tepuk2 je kat muka sekejab jer dia meresap dalam kulit takde kesan berminyak atau melekit. Lepas sapu tu boleh rasa lembut & fresh kulit muka korang. Even nama dia bio-gold water tapi dia bukan air tapi gel yer..

Sesapa yang nak kulit menghalang kesan penuaan & kedutan,menaikkan seri wajah,menghaluskan pori & glowing bersinar bak emas 24k boleh la try bio gold 24k bio water ni. Manalah tau time sesak2 muka boleh gadai kat kedai pajak katanya. Almaklum la dah bersinar bagaikan emas katanya. hahahaha

Moral of the story.. nak beli sila beli kat guardian yer.. jangan beli kat tesco @ farmasi sebab harga dia lebih mahal.


GEL YANG MAMPU KECUTKAN JERAWAT DENGAN SEKALI PAKAI

Bagi yang ada masalah jerawat memang teruja kan baca tajuk entri ni. Rasa tak sabar nak tau... sapu dengan pebenda yang boleh kecutkan jerawat tu. Dah tu dengan hanya sekali pakai pun jerawat dah kecut. Nak tau marilah mentelaah kat entri ni.


Alkisah aku dapat Aloe vera Aqua Gel ni pada 7 Jan lepas. Time dapat tu bulan tengah mengambang penuh.. Biasa la tiap2 bulan orang pompuan ni ada hari wanita kan.Time bulan mengambang memang la jerawat subur. seketul2 dia mekar kat pipi kan? Nak di jadikan story.. dah dapat produk ni.. malam tu terus tempek la tanpa fikir panjang. Tak sangka pulak jerawat yang seketoi tubuh subur tu.. mengecut pulak keesokkan harinya lepas sapu Aloe vera Aqua Gel ni. kebetulan terbaca pulak blog dak Ezan Idma ni.. Dia pun mengalami kesan yang sama. Sekali sapu pun jerawat dia dah mengecut. Jadi bukan pasal black magic ke hapa memang produk ni effective la untuk masalah jerawat.

 Testimoni produk Evaros Skincare

Hari kedua pakai, aku perasan liang pori kat muka aku semakin mengecil.. Aku perasan atas batang hidung aku mula nampak bintik2 hitam aku tak tau pekebenda tapi memang lepas guna Aloe vera gel dah makin pudar.Lagi bersemangat la aku nak terus guna. Siang malam pagi petang aku pakai sebab gel ni jenis tak melekit & berminyak so pakai time mana pun ok jer...  Cuaca panas pun dia tak berminyak. Itulah kelebihan Aloe Vera Aqua gel ni selain bila pakai dia meresap terus dalam kulit. Kita pegang rasa licin jer kulit tak melekat lekit bagai.. Pakai sebelum makeup pun ok.. Sebab aku dah test. Dia berfungsi sebagai pelembab jadi bila pakai sebelum sapu bedak.. bila sapu bedak nampak sekata & cantik je. Tak kering & tak berminyak.

Status kehalalannya terbukti.Tak payah ragu ragu lagi
Gel Aloe vera ni.. aku dah test jugak kat anak aku. Sapu kat bekas gigitan nyamuk & bekas gatal2. Alhamdulillah kesan gigitan tu esoknya hilang dari radar sehingga sukar di kesan lagi. Dia pun tak garu2 lagi tempat gatal tu. Tu dia.. punya bagus kan produk ni. Dari mak, bapak hingga ke anak pun boleh guna. Bukan takat tenyeh kat muka ja.. dari kaki sampai kepala pun boleh. Bergantung pada masalah yang di hadapi. Lecur2 ringan, luka2 bagai tu pun boleh sapu, gel ni sejuk jadi nak sapu kat kulit budak2 pun tak jadi masalah.

 Duta produk Evaros skincare

Gel ni juga berfungsi untuk mencerahkan kulit, melindungi kulit selama 24 jam, mengurangkan bintik2 hitam, melicinkan kulit,  menjadikan tona kulit sekata & tampak lebih awet muda dengan penggunaan berterusan.

Selepas 5 hari guna produk ni memang aku puas hati dengan kesan pada kulit wajah aku. Kulit aku tak berminyak & kering. Nampak cerah sikit la dari sebelum ni.

Produk ni bagus untuk di cuba bagi sesiapa yang ada masalah kulit tak kira lelaki perempuan & sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau minat nak try produk ni boleh la refer contact kat bawah ni..

Salah seorang pengedar produk Evaros Skincare,Finiedon

Fanpage : Evaros skincare
Instagram : @evaros_skincare

Pengedar Evaros Skincare
  1. Gombak, Selayang & sekitar KL hubungi Atikah : 013 2841767
  2. Ampang, Ulu Langat hubungi Zuraidah : 019 3238246
  3. Damansara & kawasan sekitarnya hubungi Darlacharms by Finiedon : 012 6801051
  4. Ipoh,Manjoi dan Silibin hubungi Alwiah : 012 7133502
  5. Johor bharu - Deliza kosmetik, Jalan Padi Emas, 1/4 Bandar baru Uda (belakang Plaza Angsana)
Untuk pembelian online atau berminat nak jadi pengedar @ stokis boleh jugak hubungi blogger yang lama bercuti dari update blog ni Zulfikar hazri tel/whatsapp : 017 6082361 (kalau call blogger cuti panjang ni cakap tau refer dari blog lekatlekit hahahaha)

PRODUK PENJAGAAN KULIT BERASASKAN URI @ PLACENTA

Benda ni bukan perkara baru tapi cuma semakin berleluasa pulak produk yang berasaskan Uri tapi depa tak tulis URI Skin care bagai.. Depa guna nama saintifik sikit Placenta Skin care bagai gitu la. Kadang2 ada orang tak paham apa tu Placenta.. ingat jenama produk je. Yelah, kita biasa sebut Uri kan.. Sesetengah orang tak tahu Placenta tu adalah uri.

Sekadar hiasan

Semalam terserempak kat News Feed aku produk korea kalau tak silap berasaskan Placenta @ Uri @ tembuni ni.. Aku tak siasat sangat la Uri makhluk apa dia guna untuk hasilkan produk tu.. Haiwan atau manusia tapi dari apa yang aku baca kalau berasaskan Uri manusia ni memang haram untuk kita pakai manakala haiwan pulak Harus tu pun kalau haiwan tu di sembelih. Tak sembelih jadi haram jugak. Tapi kalau produk buatan luar oleh orang bukan Islam.. hangpa tak was was ka status haiwan tu? Sembelih ka atau main pancung kepala jer..

Sumber Islam.gov.my

Ada juga aku search kat Fb yang di jual nampak macam orang melayu Islam sebab bertudung bagai.. berasaskan Marine Placenta.. Mungkin placenta haiwan laut. Yang haiwan laut ni aku sendiri pun tak sure... Tapi kalau jenis2 macam ikan takde kena sembelih kan. Jadi haiwan laut rasanya bukan kategori haram la kot selagi ikan2 tu halal di makan. Selebihnya korang rujuk sendiri la guru agama masing2.

Apapun berhati hanti dengan apa2 produk yang yang berasaskan placenta ni.. Kalau tak paham better selidik dulu. Jangan main serbu je nak cantik. Sebab memang ada produk berasaskan placenta @ uri manusia & haiwan. Hope pengedar2 produk kecantikkan tak fikir keuntungan sangat la.. Periksa dulu kehalalan sesuatu produk sebelum di jual. Make sure ramuan dalam produk tu selamat & halal.. Ia berkaitan dengan keberkatan rezeki yang kita dapat jugak.


MAKAN PETAI BOLEH JADI PANDAI

Petai! Sapa suka makan petai? Yang pasti ramai suka makan petai berbanding yang tak suka. Tapi kakak & adik aku memang ada yang jangankan makan, bau pun depa tak suka. Adik beradik aku ni ada jenis makan very selected Uolls... Nak buat macam mana bukan di buat buat.. tapi aku yang membesar dengan depa tau la.. memang depa dari kecik macam tu. Tapi aku takde la memilih sangat bab makan ni. Semestinya aku pemakan petai... hahahaha

Sumber Google

Ramai yang tak tahu sebenarnya selain petai ni sejenis makanan yang berbau kuat nak2 lagi kalau dia dah jadi sisa kumuhan silap buang boleh jadi perfume haruman petai satu toilet Uolls.. Tapi Banyak khasiatnya. antara khasiat yang aku google adalah...

Meningkatkan mood:
Anda mengalami penurunan mood, dan selalu merasa susah dan bersedih?. Menurut kajian yang dilakukan kepada orang yang mengalami kesedihan, lebih banyak dari mereka yang kembali pulih setelah makan petai. Ini di sebabkan petai mengandungi tryptophan, aitu sejenis protein yang menghasilkan hormon serotonin, yang telah dikenalpasti dapat menjadikan seseorang itu lebih rilex, mengembalikan mood, dan menjadi gembira.

Sindrom senggugut (PMS):
Lupakan lah ubat-ubatan kimia untuk mengatasi sindrom pra haid, dan beralihlah dengan makan petai. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai mampu meneutralkan glukosa dalam darah, yang juga akan meningkatkan mood.

Anemia:
Petai mengandungi Zat besi yang tinggi, sehingga akan merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah. dengan demikian, makanlah petai jika anda mengalami gejala kurang darah atau anemia.

Tekanan darah tinggi:
Buah tropika yang satu ini juga mengandungi kalium, tetapi rendah garam. dengan demikian, petai sangat baik untuk dimakan oleh pesakit tekanan darah tinggi. US Food and Drug Administration telah setuju,petai adalah buah yang dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.

Otak:
200 pelajar di sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan kajian dengan makan petai waktu  sarapan dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kemampuan otak mereka. Hasil ppenyelidikan ini telah menunjukkan bahawa kalium yang banyak terdapat dalam petai yang membantu para pelajar menjadi lebih peka.


Sembelit:
Petai Tinggi serat, dapat membantu sistem pencernaan. Serat sangat diperlukan usus untuk membantu proses makanan, sehingga lebih cepat dikeluarkan dari tubuh. dengan itu dapat mengatasi masalah sembelit

Keletihan:
Kerana petai mengandung 3 jenis gula seperti yang telah disebutkan diatas, maka ia juga dapat membantu mengatasi rasa keletihan ketika kita sedang bekerja, atau beraktiviti.

Menenangkan Saraf:
Petai tinggi mengandungi vitamin B, aitu yang dapat membantu menenangkan sistem saraf. Dengan demikian, perasaan rilek boleh segera anda rasakan sehabis melakukan tugas rutin kerja anda.


Gastrik:
Petai juga dapat digunakan sebagai makanan untuk pengidap gastrik. Petai adalah satu-satunya buah yang boleh dimakan mentah oleh pengidap gastrik kronik. Buah ini mampu meneutralkan asam, dan akan mengurangkan iritasi dengan memberi lapisan dinding lambung.

Mengurangi kesan buruk Merokok:
Petai juga akan boleh membantu orang yang berniat untuk berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai akan membantu memulihkan paru-paru akibat kesan buruk zat nikotin.

Depresi/kemurungan:
Kalium merupakan elektrolit penting bagi kesihatan, kerana membantu menormalkan degupan jantung, membekalkan oksigen ke otak, serta seimbangkan kadar air dalam tubuh. Apabila kita kemurungan, maka kadar metabolisme kita akan meningkat dan akan mengurangkan kadar kalium dalam darah. Petai tinggi kalium, baik untuk membantu sistem metabolisme dan mengatasi kemurungan

Stroke:
Menurut ulasan “The New England Journal of Medicine” , makan petai sebagai dengan diet teratur dapat mengurangi risiko kematian akibat strok hingga 40%.

Awet muda:
Petai tinggi mengandungi protein yang berguna untuk menjana semula kulit, sehingga akan membantu kita agar awet muda. Bahkan petai diimport, dan menurut maklumat akan dijadikan sebagai bahan kosmetik disana.

Cacingan:
Mungkin kerana kandungan belerang dan tanin didalam petai,buah ini merupakan makanan yang berkesan untuk mengatasi masalah cacingan. Cacing perut seperti cacing kremi dan lain2 akan mati atau akan keluar dari perut kita.

Menambah Selera Makan:
Jika Anda mengalami kurang selera makan, maka petai mungkin dapat membantu Anda. Banyak orang telah membuktikan, selera makan mereka meningkat jika makan bersama petai dalam banyak cara.

Tu dia busuk2 pun banyak khasiat Uolls. Busuk bukan sebarang busuk.. Si busuk sedap di makan jugak baik untuk kesihatan. Entri ni entri draf... aku dah tak ingat sumber asal tapi aku bukan copypaste fakta dia bulat2.. Gigih aku translate ke bahasa melayu sebab bahasa asal artikel bahasa Indonesia. Thanks Google Translate, tak banyak sedikit membantu jugak. Memula aku tak tau apa benda la Maag tu rupanya Gastrik. Tu pun aku baca kat Wikipedia. Hahahahaha... Nak berblog bukan senang beb.. Kena usaha, tak gitu. Bukan main copypaste lepas tu claim macam hak sendiri. Apa kelas jadi blogger murahan camtu, kan??


KERANA SELULIT KINI BERDEPAN DENGAN MAUT

Dua sahabat karib kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Tengok kita tengok dulu kesan luka tu sebelum mengupas kupis isu ni..


Ni kes nak cantik punya cerita. Pada mulanya niat di hati nak buang selulit kat peha & punggung tapi kini mereka berdepan dengan risiko maut bila pakar kecantikkan tersalah menyuntik ubat kat punggung & peha diorang. walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau. Menurut dorang ni.. Duit dah habis kira - kira RM50k juga la untuk rawatan tersebut.
Rujukan : Kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com