TAKZIAH.. RUMAH BLOGGER LIYLIZ YUSOF HANGUS TERBAKAR
TAKZIAH.. RUMAH BLOGGER LIYLIZ YUSOF HANGUS TERBAKAR. Sejak semalam terbaca berita duka mengenai seorang blogger cantik Liyliz Yusof yang di khabarkan rumahnya hangus terbakar. Habis semua isi rumah termasuk dokumen penting untuk pernikahan dia nanti terbakar. Tapi Alhamdullillah mereka sekeluarga selamat cuma hanya berjaya menyelamatkan diri sehelai sepinggang.Berat ujian untuk Liyliz Yusof & family.. Nak2 lagi dia tengah menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan & semua persiapan perkahwinan dia musnah dalam kebakaran tersebut. Sesungguhnya Allah lebih tahu.. Dia takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Semoga Liyliz & Keluarga tabah menghadapi ujian berat ni & semoga Allah permudahkan segalanya untuk mereka.
Menurut status yang di muat turun kat Facebook beliau.. Sekarang di memerlukan rumah jadi sesiapa yang tahu dimana agensi atau badan2 yang boleh dia memohon bantuan rumah sila la membantu. Sekarang katanya mereka menumpang di rumah saudara...
Boleh rujuk di post Liyliz Yusof |
Atas perikemanusiaan Denaihati Network jugak menganjurkan kutipan derma untuk di salurkan kepada Liyliz & keluarga bagi meringankan beban mereka. Sekiranya anda ingin menyalurkan sebarang bantuan tak kira la berbentuk kewangan atau apa saja boleh merujuk post ni di Facebook denaihati..
Sama sama kita membantu walau hanya dengan sepotong doa. Moga Allah melimpah kurniakan rezeki buat mereka untuk membina kembali kediaman yang musnah terbakar.