Showing posts with label motorsikal. Show all posts

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL. Kadang2 tak terbayang kita orang orang susah ni apa yang mereka akan buat bila terdesak. Bila dalam keadaan yang tiada pilihan.. Mereka terpaksa guna sahaja apapun kaedah sebagai jalan penyelesaian walau di mata orang lain mungkin akan pandang rendah, sinis, hina & bagi yang berhati mulia sikit mungkin pandangan mereka lebih kepada pandangan simpati & sedih.


Bila terbaca perkongsian kat media sosial tentang servis penghantaran mayat guna motorsikal di Uganda, kerana katanya kos ambulan di sana mahal.. Time ni baru rasa syukur kita kat Malaysia yang masih boleh guna khidmat ambulan dengan percuma. Erkk.. percuma ke? Tapi rasanya percuma la sebab laki aku pun pernah naik ambulan untuk di hantar ke emergency tapi tak di kenakan sebarang kos pun.


Kat di negara2 miskin macam Afrika.. Dah lama miskin lepas tu semuanya nak kena bayar jadi apa yang kita tak pernah nampak berlaku di Malaysia jadi sesuatu perkara biasa di negara mereka. Sedih sangat tengok fenomena macam tu.. Tapi nak buat macam mana.. kemampuan mereka terbatas untuk menyempurnakan penghormatan terakhir dengan cara lebih baik. Tu je yang mereka mampu. So, sama2 la muhasabah diri yer kawan - kawan.. At least orang meninggal dunia kat Malaysia ni takde lagi dengar bawa balik naik motorsikal atau waris dukung jalan kaki bawa balik rumah untuk menyempurnakan mayat tu tapi di negara lain.. Memang ada berlaku semua tu.


Kita rasa kita susah.. Ada orang lain lebih susah maka sedarlah. Kau tak sesusah mana berbanding mereka yang lebih susah. Kalau kau masih mampu duduk & makan kat tempat ni >> Ramai Yang Sanggup Menanti Sepanjang Tahun Hanya Kerana Burger Ni << Sila rasa malu untuk mengaku kau orang susah, ok! Orang susah mungkin tak pernah merasa makan benda2 tu semua walau kau rasa bukan makanan mewah tapi kalau orang betul2 susah bagi dia makanan macam tu dah cukup mewah dah.

Moral of the story.. Walau kita rasa terbeban dengan pemerintahan kerajaan sekarang tapi tetap kita kena bersyukur kita masih mampu survive hidup kat Malaysia cuma jangan terlampau rasa selesa sampai malas nak usaha. Asyik dok harap BR1M jer. hihihihi

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND. Aku pernah la jenjalan ke hatyai. Rasanya dua kali kot. Dua2 kali laki aku drive bawak masuk kereta sendiri ke sana. Tak susah pun nak drive kesana. Dengan anak kecik masa tu aku rasa lebih selesa bawa masuk kereta sendiri. Almaklum la nak kemana mana nanti senang. Tak payah nak sewa tut tut bagai. Tambang tut tut pun ta murah sangat nak ke satu satu destinasi.


Tadi terbaca Harian metro online kes rakyat malaysia yang di tembak matI kat Haytai baru baru ni. Katanya punca sebab suspek tak puas hati cara dia bawak motor & potong motor suspek. Sebab terkejut & geram terus sipolan tu tembak dia. Depa jenis tak main bertumbuk dah.. tembak terus je. Seram pulak aku baca kes macam ni.

Sumber Harian Metro

Memang kalau kat Thailand boleh tengok penunggang motorsikal kat sana takde nak merempit bagai. Even tak pakai helmet rilex je dorang bawak. Even jalan dorang memang tak systematic langsung tapi tetap nampak tenang jer. Bila kita kesana jangan la nak bawa motor macam kat Malaysia. Suka2 hati nak cilok sana sini. Kat Thailand sedia maklum depa nak dapat senjata api cukup senang. Malah senjata api di jual merata rata macam jual pistol mainan jer. So jangan nak tunjuk samseng jalanraya sangat la kat sana.

Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengaum. Kalau tiba kau me'lembu' dalam kandang harimau memang mati la jawabnya. Kita faham2 je la penunggang motor kat Malaysia ni. Cara depa bawa motor macam jalan tu depa je guna. Kalau tergolek sorang2 tak apa jugak.. ni buat tergolek atas jalan orang lain terlenyek dah melibatkan orang lain pulak.

Kalau setakat naik motor tak payah tunjuk samseng sangat la kan.. Melainkan kau naik benda ni >> anda akan kagum melihat ujian ketahan kenderaan ni << Besar la sikit tu pun tak bermakna kau boleh jadi samseng jalan raya walaupun kereta ni memang jenis kebal & kental punya.

Moral of the story.. Hormati cara & budaya orang lain bila kita ke tempat orang. Itu sangat penting untuk menjamin keselamatan kita selama berada di negara orang.

P/S : Entri ni tidak menuduh arwah bawa motor ala2 mat rempit cuma dari kes ni kita patut ambil pengajaran. Kalau berada di Thailand.. jangan nak merempit macam kat malaysia.

KALAU SETAKAT NAIK MOTOR TAK PAYAH NAK DRIVE THRU LA

KALAU SETAKAT NAIK MOTOR TAK PAYAH NAK DRIVE THRU LA. Setakat naik motor kau tak payah drive thru sangat la.. Nampak macam Jakun katanya. Tak layak laluan drive thru untuk penunggang motorsikal. Yang pakai kereta je boleh drive thru. Yang pakai motor nak2 lagi kapcai jangan mencemar duli kat lalui drive thru.. Nyah kau dari situ!! Pergi kau parking jauh2 sikit kemudian masuk order kat kaunter. tak sedar naik motor nak drive thru.


Amboi sombongnya mukadimah kau lekatlekit Ooi.. Hina sangat ke orang tunggang motor ni? Isk... aku pun membesar bonceng motor je. Bukan kaya raya sangat pun. Takkan la aku nak lupa diri tahap keji sampai macam tu sekali. Takde la terbaca satu post yang tengah jadi viral kat FB pasal seorang minah ni gelakkan sebuah motorsikal yang di tunggang dua insan bercinta katanya. Tak tau la mana dia tau depa masih bercinta.. ntah2 beranak pinak dah kat rumah tu pun sapa tau. Gelak pasai depa ni drive thru kat Mc D. Macam menghina sangat pun ada.. terkejut katanya. tak tau la apa yang dia terkejut sangat tengok motor kat laluan drive thru tu.. ke dia yang baru keluar dari hutan pelik tengok motor drive thru.

Pinjam Gambar kat Blog BuasirOtak

Jangan gelakkan kesusahan orang cheq Ooi.. hari ni kau berkereta tak mustahil kalau Allah nak tarik nikmat yang kau ada, kau berkaki je atas jalan. Jangan nanti orang nampak ko terkedek kedek kawat kat laluan drive thru pulak.

Rezeki setiap orang tak sama.. Maybe dia cuma mampu pakai motor tapi siapa tahu dia lebih senang dari orang yang mengejek dia. Senang tak semestinya harta & duit jer.. mungkin hidup dia lebih bahagia & senang hati dari yang dalam kereta tu. Hidup tak senang tengok orang susah. Ada je nak gelakkan.

Moral of the story... Aku dah pesan banyak kali. Zaman Laman Sosial & Viral ni hati2 nak post apa2. Silap haribulan nak gelakkan orang diri sendiri kena maki seantero alam maya.

HINANYA DAH KAWEN & ADA ANAK MASIH PAKAI MOTOR

Tu dia ni statement minta kena maki nampaknya? Kau kata dah insaf tak melantang lagi tapi kenapa tajuk entri kau cari gaduh sangat. Aku tetap akan melantang dalam blog selagi isu tu minta aku melantang secukup rasa. Risau di benci? Kau fikir orang yang tunjuk gud gud tu semua di sayangi semua orang ke? Jadi.. marilah kita berpegang dengan prinsip ni, Apa jer kita buat tak semua jadi betul pada semua orang, maka buatlah apa yang kita rasa betul & betulkan apa yang silap pernah kita buat. Simple kan?

Kalau depa kaya mampu beli kereta mustahil mereka nak berhimpit atas satu motor camni. sumber google

Apa yang hina sangat orang bawak motor walau dah kahwen & ada anak? Laki kau tu kaya sangat ke sebab mampu pakai kereta? Oo.. laki aku tak kaya tapi cukup la makan pakai aku & anak aku dia bagi. Tak perlu la nak jadi macam pengemis kat pejabat zakat kan? Yelah... zakat kat Malaysia ni nak bayar jer senang, kat kaki lima pun boleh bayar. kalau nak minta cukup susah. Jangan harap kau jumpa agen pemberi zakat tepi kaki lima. Naik turun tangga pejabat berbulan2 pun belum tentu dapat, katanya.  Dok baca pengalaman orang2 yang nak minta bantuan pusat zakat ni cukup menyedihkan.. Alamak tercerita pasal zakat la pulak.. Aku pun dah jadi macam mummydiarie dah. hahahahaha...

ok.. ok.. berbalik pada tajuk entr. terbaca satu post yang maybe menuju kearah jadi viral sebab statement dia 'Bijak' sangat. statement seorang adik manis yang mengutuk dalam bahasa yang agak kurang ajar pada mak bapak yang bawak baby naik motor. Katanya kalau dah miskin jangan kawen.. Kau fikir jodoh tu untuk orang2 kaya je ke? Maybe dia ni dari semasa kejadian dia dalam rahim mak dia sampai la di keluar tengok dunia memang dalam kereta je kot.. Yang paling sedih dia panggil golongan mak bapak yang tak mampu pakai kerete ni, beruk! Menusuk sehingga ke usus jugak la.. sebabnya aku dulu kecik2 pun bapak aku pakai motor je. Motor tu pun sampai sekarang ada lagi kat kampung even ayah aku dah takde. Sayang giler arwah dengan motor pertama dia tu.. Dengan motor tu la di besarkan anak2 dia sehingga ke IPT. Baru la dia merasa bawak kereta.

Yelah.. kau pantang tengok jer.. ada orang terpaksa berpantang makan sebab nak besarkan anak. Nak beli makanan pun kadang2 tak cukup apatah lagi nak pakai kereta. Even kau nak tunjuk prihatin pun kat baby tu tapi tak perlu menghina mak bapak dia seolah2 sengaja aniaya anak sendiri

Wahai adik manis.. walau pun kau tak pernah susah kau kena jugak ambil tahu kesusahan orang lain untuk kau tak jadi bengap tahap macam sekarang. Kau fikir orang nak ke hidup susah? Kalau perjalanan hidup boleh di tulis macam novel rasanya takde orang tulis kisah hidup dia susah. Sebab tu Allah uji setiap orang tak sama.. ada yang di uji dengan kekayaan macam kau.. Tapi nak buat camna kaya buat ko jadi sombong macam tu. Ada orang di uji dengan kesusahan macam kau nampak mereka2 yang bawak baby naik motor tu.. Sebab Allah nak bagi peluang kat orang2 kaya buat pahala tapi nak buat camna segelintir orang kaya bodoh macam kau dik.. bukan je tak rebut peluang buat pahala malah tunjuk bodoh dekat semua orang.

Moral of the story.. nak jadi outspoken biar bijak. Kalau macam ni punya gaya memang minta kena pijak. kekekekeke



EMAS TAK SELAMAT LAGI DI PAKAI KAUM WANITA

Selalunya kita dengar jenis peragut yang bermotor ni suka meragut handbag atau rantai emas kat leher mangsa. Jarang kita dengar orang ragut cincin atau gelang/rantai tangan. Sebab benda yang tersangkut di bahu & leher lebih senang di ragut berbanding benda yang ada di tangan atau di jari mahupun dalam poket. Kalau benda2 macam tu selalunya di kaitkan dengan di rompak atau samun tapi bukan ragut. Sebab ragut ni bermaksud rampas & lari. Cewah.. aku dok jadi wikepedia sdn. Bhd pulak, kan?? sesuka hati je buat kamus sendiri. Tapi selalunya ragut macam tu la sifatnya, kan??

Tetiba tadi jumpa satu status di mana seoarang perempuan yang di ragut rantai tangan. RANTAI TANGAN bermakna benda tu tersakut pada lengan. Lengan biasanya dia terjuntai di bawah bukan tergantung di atas macam rantai leher. Tapi peragut ni memang sangat2 berbakat la dalam kemahiran meragut. Mungkin dia dah banyak pengalaman ragut kot sebelum ni sehingga berjaya meragut rantai tangan milik mangsa.


Betapa tak selamatnya emas di pakai kaum wanita zaman sekarang. Kalau kita bertudung, rantai di leher tak nampak dorang target pula benda yang nampak. Tak kira la tersangkut kat mana pun emas tu dorang tetap akan cuba meragut.

Sebab tu la betapa lebih selamat kita nampak miskin di mata orang juga penjenayah asalkan kita tak terdedah pada bahaya yang kita sendiri tak sangka. Zaman menunjuk2 gelang separuh lengan, cincin penuh 20 jari atau rantai berselerak sangkut kat leher dah berakhir. Jadi berhati hatilah kaum wanita.. Selalu den tulis dalam entri.. kaum wanita/perempuan/gadis adalah sasaran penjenayah. Selalulah beringat walau di mana juga kita berada walau dalam rumah sendiri sekalipun.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BUKAN SALAH PERAGUT KALAU KENA RAGUT

Peragut tak salah?? Kerja meragut tu baik ke? Mulia ke? Bawak bertenang je anak2.. adik2.. kakak2.. abang2... pakcik2.. & makcik2.. semua. ketenangan saja boleh buat kita berfikir dengan waras. Jadi tarik nafas dulu.. jangan buat apa2 spekulasi sebelum baca habis entri ni.

Biasa la rutin harian den clik2 jugak la akhbar online ni nak ambil tau isu2 semasa dalam & luar negara katanya. Mana yang best untuk di kupas kupis dalam blog melekit ni harus la jejari kontot ku menaip sepatah dua kata dalam entri. Berita hari ni yang buat den tertarik pasal berita dua gadis yang tercedera terbabas motorsikal selepas cubaan meragut. Baca dulu sedutan berita kemudian baru kita kopek dengan lebih rakus.


Sumber Sinar Harian

Kalau macam ni punya kes memang bukan nak salahkan peragut. Peragut dah tau la sejenis manusia bertopengkan syaitan. Jadi dia memang la jahat tak boleh di nafikan lagi. Akal dia 80% di kuasai syaitonn... Tapi kita yang manusia ni. Dah kau tahu jenayah sekarang macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mentang2 la sebelum ni maybe tak pernah kena ragut jadi macam confident je takkan kena ragut sampai tak ambil pusing soal keselamatan diri & harta benda.

Banyak kot kes ragut di sebabkan kelalaian kita sendiri. Macam si gadis ni.. Kira memang berani mati la letak handbag dalam bakul motorsikal tu. Orang sekarang majoriti memang tak berani dah buat macam tu. Even galas kat bahu pun orang tak berani ambil risiko. Kalau boleh sorok sesoroknya la handbag tu dari penglihatan peragut kalau nak memandu ni tak kira la motorsikal ataupun kereta.

Jadi dalam kes ni kesalahan utama adalah dari sikap cik adik ni sendiri yang mendedahkan diri dia pada risiko jenayah. Jadi pada semua gugurl.. kakak2.. makcik2.. beringatlah! Kaum wanita adalah sasaran penjenayah jadi alert sikit bila ada kat luar. bawak handbag tu tak payah la sangkut kat lengan ala2 mak limah pulang petang sangat. senang2 je peragut nak tarik. Gunalah handbag yang tali panjang boleh galas silang walaupun tak menjamin 100% selamat tapi at least tak senang2 la peragut nak tarik. Dia nak ragut pun dia fikir jugak berapa peratus peluang dia berjaya ragut. Kalau yang galas bersilang tu peratus untuk dia dapat kurang sikit sebab tersakut pada badan si mangsa.

P/S : Bukan kata kerja meragut tu tak salah tapi kita tak mampu nak tangkap semua peragut yang ada kat Malaysia ni jadi kita sendiri yang kena ambil langkah keselamatan untuk mengelak diri kita jadi mangsa ragut. Kang ada pulak yang salah faham kata den ni cakap peragut tu tak salah.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com