ANON MENYALAK SEBAB MANUSIA LAIN TOLONG ANJING
Kalau bab samak menyamak ni semua orang sinonim dengan haiwan bernama Anjing & babi, kan?? Tapi yang sang lekit nak cakap pasal samak menyamak ni adalah berkenaan dengan haiwan bernama Anjing.Di sebabkan datangnya pak atau mak anon mana entah komen kat entri kisah Pak Mie yang menyelamatkan Anjing2 jalanan yang sakit, cacat & tua. Punya la tak puas hati sebab sang lekit menyokong kerja kebajikan Pak Mie buat tu. Kat sini bagi yang mempertikaikan kerja amal yang Pak Mie buat untuk anjing2 terbiar tu meh sikit kita study2 hari Jumaat ni yer..
Yang bawah tu komen balas dari komen si Anon tu. Rujukan dari entri ni ORANG MELAYU ISLAM LEBIH SUKA MENGHINA DARI MEMBANTU HANYA KERANA DIA BERNAMA ANJING
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasukDalam kes Pak Mie ni dia bukan la pergi kutip anjing2 tu sebab geram dengan kecomelan anjing tersebut dan sebab teramat comel maka Pak Mie rasa nak Adopt untuk jadi teman peluk2, cium di kala kesunyian tapi Pak Mie bawak balik anjing2 tersebut atas dasar simpati & perikemanusian. Kebanyakkan anjing2 pak mie bawak balik untuk bagi perlindungan tu anjing2 tua, anjing2 cedera, anjing2 sakit. Jadi salahkan apa yang Pak Mie buat wahai Anon??
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. (
Tidak usahlah menyentuh binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah bagi orang yang melakukan pekerjaan sia-sia. Setiap umat Islam berlulah bersikap ihsan terhadap binatang, kerana Allah swt akan memuliakan orang yang ihasan kepada binatang. Ada kisah seorang sahabat Rasulullah yang singgah disebuah perigi untuk mengambil air minum, sahabat tersebut turun ke dalam perigi tersebut untuk minum, setelah sahabat tersebut minum dan hilang hausnya, maka beliau naik kembali dari perigi tersebut, beliau terlihat seekor anjing melihatnya dalam keadaan lidahnya terjelir keluar dari mulutnya, sahabat tersebut turun mengambil air dengan menggunakan kasutnya untuk diberikan minum kepada anjing yang kehausan sehingga anjing itu kenyang.
Soal larat ke tak larat dia samak.. Tak payah nak pertikaikan. Setiap keinginan tu ada jalan. Yang menjadi halangan adalah alasan. Kalau nak buat seribu daya boleh buat. Kalau taknak buat berjuta alasan dia senaraikan. Ye dak?? Lagipun nak samak sekarang bukan susah dah. Dah ada dalam bentuk sabun untuk mencuci najis berat ni. Manalah tau kot2 tempat si Anon susah nak jumpa tanah kan jadi dia rasa macam susah kot nak menyamak najis berat ni jadi dia pun pertikaikan la apa Pak Mie buat, kat sini sang lekit nak memperkenalkan sejenis sabun yang boleh di gunakan untuk menyamak najis berat aitu..
Sabun Taharah yang diperbuat dari 90% bahannya dari tanah liat, tanpa bahan pengawet, dan tanpa bahan kimia boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah.
Macam dalam entri yang lepas sang lekit ada cakap.. pada kita yang tak mampu buat.. boleh tolong apa yang patut.. tak mampu tolong.. tolong la jangan menghina atau memperkecilkan apa yang orang lain buat.. Dan paling minta tolong jangan hina orang yang membuat kerja kebajikan walaupun dia membuat amal kepada makhluk bernama Anjing.Jangan kita pandang hina sangat dekat Pak Mie tu sebab dia buat kebajikan pada Anjing sedangkan kita sendiri yang tak pernah sentuh Anjing tu suci sangat ker??
Pada Si Anon yang cakap Pak Mie tu orang kampung dia.. bagus la. Dah tak jauh dengan rumah pak mie tu kan?? Hang kan orang baik2.. orang suci murni.. orang yang mulia. Kalau hang takut sangat Pak Mie tu tak dan nak samak guna ayaq campoq tanah.. nak samak 5 kali sehari apakata pi tolong dia beli sabun Taharah. Anggap sedekah sudah.. Hang kan risau takut Pak Mie takdan menyamak.. Jadi hingaq saja tak guna, ya dak?? Hingaq guna ayaq liuq ja sapa2 pun buleh buat, ok!
Moral Of The Story.. Sebelum cakap sila google dulu. Tudia perumpamaan zaman IT gitu. Tak payah menyalak yer Anon.. sebab Anon dari spesis manusia jugak jadi menyalak bukan salah satu aktiviti manusia melainkan Anon yang punya krisis Identiti. sekian makaseh