Showing posts with label Liyana adnan. Show all posts

ENGINEER KUTUK CIKGU MINTA MAAF

Rasanya ramai dah tahu kes sorang minah engineer yang mengutuk cikgu (walau dalam entri tu ada betul cuma banyak yang salah jer..) mendapat serangan dari masyarakat yang celik IT menghentam, mengeji, memaki,menegur tak kurang ada yang mengaku pernah jadi cikgu minah engineer ni menyatakan perasaan kecewa & terkilan dengan penulisan dia kat entri bertarikh Isnin, November 28, 2011, yang bertajuk  Untung laa sape jadi cikgu, tu.

 Sebahagian kritikan,kutukan,cacian & hinaan yang minah tu kena kat chatbox dari penulisan lancang kuning dia tu.

Walaupun entri tu entri tahun lepas punya.. namun sebab mungkin sorang mula ungkit & sebarkan balik entri tiba2 menjadi hot & spicy.. mengundang rasa tak puas hati, sakit hati, terkilan, kecewa kepada ramai pihak termasuk yang bergelar cikgu, bakal cikgu mahupun orang yang takde kena mengena dengan profesion guru ni. Sebabnya.. semua orang tau lancang minah engineer ni tak pandang kiri kanan dah.. Nak bagi pendapat tak salah tapi kena betul juga penyampaian & fakta. Jangan main hentam tanpa usul periksa.. main pukul rata mengata semua padahal yang buat perangai cuma segelintir saja. Mungkin niat dia.. bukan nak cakap semua.. tapi tu la, kerana mulut badan binasa. satu perkataan pun boleh jadi banyak makna inikan pula 1 ayat.. bayangkan berapa banyak tafsiran boleh jadi. Jadi penyampaian tu kena betul & jangan rasa diri tu dah cukup kebal nak jadi orang yang kononnya 'Outspoken'. Outspoken pun biar kena cara.. tak kena gaya jawabnya menganiaya diri sendiri la.

 Ni la ayat2 yang membengangkan ramai pihak. Boleh rujuk entri ni --> KUTUK CIKGU

Mungkin tak tahan dengan macam2 tohmahan, caci maki orang.. Minah ni tampil menulis dalam blog permohonan maaf. Kita toksah la nak pertikaikan sejauh mana dia ikhlas & insaf minta maaf ni.. Tu biar antara dia dengan Allah pula. Apa yang penting.. apa yang berlaku mungkin boleh menjadi pengajaran pada dia mahupun kita semua.. Dia dah minta maaf, jadi maafkan la dia. Cukup la dia dah terima kesan dari penulisan dia yang lancang tu. Bagi la ruang dia betulkan kesilapan dia... Sekurang kurangnya dengan permohonan maaf tu (kalau betul la tu yang dia sendiri tulis & post) dia dah mengaku salah & silap dia. So, pada cikgu2 yang makan hati dengan tulisan cik engineer yang baru nak merasa duit gaji engineer tu.. Tolong maafkan dia yer. Anggap la dia macam budak2 yang masih telan hingus sendiri yang tak berapa bijak tulis karangan tapi sebab nasib baik dapat keja engineer. Peace No war...

Permohonan maaf dari minah Engineer @ Liyana Adnan

P/S : Moral of the story lepas grad jangan kerek sangat.. sebab takde manusia yang berguru dengan jin atas gunung boleh dapat diploma/degree/master/PHD bagai.. semua bermula dengan SEKOLAH & CIKGU, ok.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com